Anda di halaman 1dari 14

RISALAH TAZKIR

RISALAH MEMPERINGATKAN ANAK-ANAK TENTANG KETURUNAN PENGHULU


SEGALA NABI DAN ATQIAA

Edisi kemaskini bertarikh 13 Ogos 2015

RISALAH TAZKIR
RISALAH MEMPERINGATKAN ANAK-ANAK TENTANG KETURUNAN PENGHULU
SEGALA NABI DAN ATQIAA

______________________________________________________
Risalah ini telah dihadiahkan kepada saya Mohd Iqbal Nor Bin Mohammad Hairodin oleh
pengarangnya sendiri iaitu guru yang kami muliakan Tuan Guru Haji Zulkifli, Mudir
Pondok Baitul Qurra di Sungai Udang, Melaka

(semoga Allah memberkatinya dan

mengurniakan kita manfaat dengan ilmunya) pada hari akhir dawrah kitab aqidah.
Kami dapati risalah (yang kami ringkaskan nama Arabnya kepada Risalah Tazkir) ini
belum diterbitkan di pasaran buku secara meluas. Oleh itu, kami berhajat menyebarkan
tulisan beliau kepada semua lapisan masyarakat. Semoga usaha kecil kami ini diberkati
seterusnya menyempurnakan adab kami kepada Tuan Guru yang kami muliakan.

______________________________________________________
Penulis asal

Tuan Guru Haji Zulkifli,


Mudir Pondok Baitul Qurra di Sungai Udang, Melaka

Penerbit e-buku ini

Jumpabuku.com

Dilarang menerbit atau menggunakan e-buku ini untuk tujuan keuntungan. Hanya
untuk tujuan pengumpulan maklumat dan penelitian ilmiah sahaja.

Persediaan Membaca
Para pembaca budiman dinasihatkan untuk membaca beberapa bahagian penting
(terutamanya bahagian Prinsip Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah Mengenai Ahli Bait
Secara Ringkas) dalam sebuah karya terjemahan berjudul 60 Hadith Kelebihan Aali Bait
terbitan Sofa Production terlebih dahulu sebelum membaca risalah ini bagi mengelakkan
salah faham tiada bertempat dan bagi mendapatkan kefahaman yang lebih menyeluruh
dan seimbang.
Buku ini merupakan terjemahan Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin kepada salah
sebuah karya al-Imam al-Hafiz Jalal al-Din al-Suyuti.
Semoga Allah memberkati mereka dan mengurniakan kita manfaat dengan ilmu mereka.
Ringkasan prinsip berkenaan adalah seperti berikut.
1.

Kewajipan mencintai dan memulai semua Ahli Bait dan sahabat Rasulullah S.A.W.

2.

Kewajipan mengetahui dan menyempurnakan hak-hak mereka.

3.

Tidak bersikap melampau terhadap Ahli Bait.

4.

Memuliakan isteri-isteri Rasulullah S.A.W.

5.

Menyifatkan Ahli Bait sepertimana yang disyariatkan dan tidak berlebihan.


Memaksumkan Ahli Bait termasuk dalam perbuatan melampaui batas.

6.

Tidak ada Ahli Bait yang sentiasa berada dalam keadaan diampunkan dosa. Ada Ahli
Bait yang baik dan ada Ahli Bait yang jahat.

7.

Sebarang perkataan atau pandangan yang melebihkan ataupun memuliakan Ahli Bait
tidak bermaksud menafikan kemungkinan adanya orang lain yang lebih utama
berbanding mereka dalam perkara tertentu.

Teks Risalah Tazkir

Kandungan berbahasa Melayu risalah dwibahasa ini adalah seperti berikut:


Pendahuluan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani, segala puji bagi Allah
tuhan sekalian Alam, selawat dan salam ke atas Saiyidina Muhammad, keluarganya dan
para sahabatnya sekalian. Ada pun selepas itu: Maka ini adalah sebuah ringkasan yang
aku ingatkan di dalamnya akan anak-anakku tentang anak keturunan Nabi Muhammad
Sollallahu Alaihi Wa Aalihi Wasallam kerana sabda Baginda SallalLahu Alaihi Wa
Aalihi Wasallam yang bermaksud: Hendaklah kamu mencintai Allah dengan sebab yang
Ia telah berikan kepada kamu dari nimat-nimatNya, dan hendaklah kamu mencintai
diriku dengan sebab kecintaan Allah terhadapku, dan hendaklah kamu mencintai kaum
keluargaku dengan sebab cinta kamu kepada ku. Dan semoga mereka dapat menyertai
kaum keluarga Nabi SallalLahu Alaihi Wa Aalihi Wasallam itu di dalam seluruh
sifat-sifat mereka yang terpuji dan perjalanan hidup mereka yang di redhai Allah. Aku
menamakan mukhtasar ini dengan (Risalah Memperingatkan Anak-anak Tentang
Keturunan Penghulu Segala Nabi Dan Atqiaa) SallalLahu Alaihi Wa Aalihi Wasallam,
dan tiada keupayaan maupun kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah jua Yang
Maha Tinggi lagi Maha Agung.
Keutamaan-Keutamaan Ahlul Bait Yang Mendapat Keberkatan
Dan hendaklah kamu ketahui bahawa Ahlul Bait keturunan Nabi itu disebut kemuliaan
mereka dan keutamaan mereka di dalam Al-Quran dan Sunnah sehingga tidak ada ruang
bagi seseorang daripada kalangan orang-orang Islam dapat menafikannya. Mereka itu
adalah termasuk orang-orang yang diselimutkan oleh Nabi Sollallahu Alaihi Wa Aalihi
Wasallam dan anak cucu Baginda Sollallahu Alaihi Wa Aalihi Wasallam daripada zuriat
Sayyidina Ali Karamallahu Wajhahu dan Sayyidatina Fatimah Az-Zahra Radhiallahu
Anha. Mereka sebagaimana yang terdapat di dalam Sunnah yang sahih adalah darah
daging daripada Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wa Aalihi Wasallam dan golongan

yang termulia dari kalangan umat Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wa Aalihi
Wasallam. Daripada keutamaan mereka yang dikhususkan oleh Allah untuk mereka ialah
bahawasanya Allah Azza Wa Jalla dengan rahmatNya berkehendak menyucikan mereka
daripada dosa-dosa dan kesalahan. Firman Allah Azza Wa Jalla bermaksud:
Sesunnguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai ahlul bait
dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya. Telah berkata Imam Al-Haitami
Rahimahullah: Ayat ini smber bagi keutamaan Ahlul Bait Nabi kerana ayat ini telah
menghimpunkan dasar-dasar bagi sigat-sifat keutamaan mereka, dan mengambil berat
dengan kedudukan mereka sekira-kira ayat itu bermula dengan lafaz hanya sanya yang
bermaksud untuk mengkhususkan kemahuan Allah atas mereka dengan cara
menghapuskan kotoran iaitu dosa, atau keraguan pada barang yang wajib mereka beriman
dengannya, dan membersihkan mereka daripada setiap akhlak dan keadaan yang tercela.
Dan daripada keutamaan-keutamaan mereka juga ialah bahawasanya Nabi Sollallhu
Alaihi Wa Aalihi Wasallam akan memerangi orang yang memerangi kaum keluarganya.
Dan perhimpunan mereka bersama Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wa Aalihi
Wasallam pada hari kiamat. Dan bahawasanya mereka itu seumpama bahtera Nabi Nuh
Alaihissalam kepada umat ini. Dan mereka membawa keamanan dan kedamaian kepada
umat Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wa Aalihi Wasallam. Dan bahawasanya
berdasarkan beberapa riwayat, zuriat Sayyidatina Fatimah Az-Zahra Radhiallahu Anha
sekali-kali tidak akan dimasukkan ke dalam neraka pada hari kiamat kelak. Dan
bahawasanya syafaat Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wa Aalihi Wasallam
diberikan kepada mereka pada hari kiamat. Dan bahasanya kekerabatan Nabi Muhammad
Sollallahu Alaihi Wa Aalihi Wasallam adalah bersambungan di dunia dan di akhirat.
Dan bahawasanya selawat atas mereka adalah menyusuli selawat ke atas Nabi
Muhammad Sollallahu Alaihi Wa Aalihi Wasallam. Dan bahawasanya Al-Imam al
Mahdi Al muntadzor adalah daripada kalangan mereka. Sesungguhnya telah
menunjukkan atas semua keutamaan-keutamaan ini nas-nas Al-Quran dan Sunnah. Maka
sesiapa yang inginkan kepada perincian hendaklah dua membaca kitab seperti Tuhfatu Al
ahbab Bi Fadhoili Aali Sayyidina Muhammad Sohib Athharu Wa Asyrafu Ansaab oleh Al
Johori Rahimahullah. Semua ini adalah perkara yang telah Allah takdirkan dan kehendaki

bagi mereka, maka tidak menafikan semua itu wahai anak-anakku melainkan orang yang
tiada kemuliaan dan kedudukan.
Akhlak Mereka Yang Bersih
Mereka adalah golongan yang sangat mengerti makna kebersihan hati dan kejernihan
batin. Maka, mereka sentiasa bersifat benar dan iklhas dalam tujuan, perkataan dan
perbuatan mereka dengan cara yang sebenar-benarnya, sehingga setengah daripada
mereka menjadi hairan dan dukacita melihat percampuran antara yang terpuji dan yang
tercela dalam tingkah laku sebahagian manusia, sedang yang lain daripada mereka pula
hairan melihat kepada keadaan akhlak mereka yang sentiasa lurus dan mulia, tidak
mengenal bohong dan khianat dan tidak biasa melakukan keduanya, dan mereka tidak
kedekut dengan kebaikan dan tidak juga kedekut untuk mengiktiraf kebaikan daripada
orang lain kerana kesombongan bukanlah dari sifat mereka, dan mereka sangat cepat
menyedari akan perkara yang hina dan rendah dan mereka sangat benci akannya dengan
sebenci-bencinya, mereka menyukai bagi manusia akan kebaikan dan mereka
bersungguh-sungguh berdakwah menyelamatkan manusia, dan memimpin manusia
kepada petunjuk Allah dengan lemah lembut dan kasih sayang. Dalam semua akhlak,
keadaan dan perbuatan mereka menjadi terang erti-erti keimanan, Islam dan Ihsan itu.
Dan mereka adalah orang-orang yang berpegang dengan ilmu, sangat mencintai para
ulama dan solihin, dan sentiasa berusha menghadiri majlis-majlis mereka, dan di tangan
ulama-ulama mereka ilmu-ilmu Islam dan pengetahuanopengetahuan keugamaan dan
ketuhanan terpelihara dan tersebar. Sifat-sifat yang tinggi tersebut dari sifat benar, ikhlas,
pemurah, merendah diri, suka dan marah kerana Allah, lemah-lembut dan penyayang,
amar makruf dan nahi munkar, serta kuat berpegang dengan pedoman ilmu ugama adalah
sifat-sifat mereka yang tulin. Mereka semua berkongsi sifat-sifat tersebut disebalik
perbezaan darjat-darjat mereka. Maka tidak ada beza pada yang tersebut itu orang-orang
kaya dan orang-orang miskin mereka, dan orang-orang alim dan orang-orang yang
kebanyakan dari kalangan mereka. Sifat-sifat itu disisi mereka adalah nyata manakala di
sisi orang lain ia tersembunyi. Anggota keluarga Nabi SAW. membawa sifat-sifat yang
terpuji itu dan mewarisinya daripada sifat-sifat bapa-bapa mereka dan moyang-moyang

mereka, dan dari punca kejayaan mereka iaitu datuk mereka Nabi Muhammad Sollallahu
Alaihi Wa Aalihi Wasallam.
Manhaj Ahlul Bait Dalam Mentaati Allah
Adapun manhaj mereka dalam mentaati Allah maka ia adalah jalan yang paling benar dan
paling berkemampuan untuk memperteguhkan apa yang disisi mereka daripada sifat-sifat
yang terpuji itu. Asasnya ialah di dalam firman Allah Taala pada Surah AlAshr yang
bermaksud: Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian,
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati
supaya mentaati kebenaran dan nasihat nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
Dan di dalam sabdaan Rasulullah Sollallahu Alaihi Wa Aalihi Wasallam yang
bermaksud: Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara pula; masa hidupmu
sebelum datang masa matimu, masa sihatm sebelum datang masa sakitmu, masa
lapangmu sebelum datang masa sibukmu, masa mudamu sebelum datang masa tuamu,
dan masa senangm sebelum datang masa susuahmu. Dalam menerangkan manhaj mereka
yang lurus itu telah berkata Al-Imam Abdullah Bin Umar Bin Yahya Rahimahullah
sebagaimana yang diambil daripada kitab Aqdul al-Yawaqid al-Jauhariah yang berbunyi:
Ilmu dan amal beserta ikhlas kepada Allah Azza Wa Jalla itulah jalan para pendahulu
kita daripada kalangan Alawiyyin yang terdiri daripada para auliya yang terpilih lagi
hampir dengan Allah, dan ia adalah jalan yang telah dihurakan di dalam kitab Ihya
Ulumuddin, dan selainnya daripada karangan-karangan Imam al-Ghazali, dan di dalam
penulisan pemimpin-pemimpin kita yang agong seperti kitab-kitab Imam al-Haddad,
al-Musyri, dan Syarhul Ainiyyah, dan al-Ghurar, dan al-Aqdhu, dan al-Silsilah
al-Idrusiyyah. Dan ringkas kata ia adalah sesungguhnya disiplin membahagikan
masa-masa dengan amalan-amalan soleh, beserta ikutan sempurna kepada Penghulu bagi
seluruh

golongan

sayyid,

dan

memperbetulkan

amalan-amalan

itu

dengan

mengikhlaskannya daripada kecacatan dan kecelaan, dan menyucikan hati daripada setiap
akhlak yang hina, dan menghiasinya dengan setiap akhlak yang terhormat, berkasih
sayang dan berbelas kasihan terhadap hamba-hamba Allah, dan mengeluarkan usaha
untuk mengajar mereka dan membimbing mereka kepada barang yang ada didalamnya
kejayaan, dan warak daripada perkara-perkara haram dan yang meragukan, dan

mengurangkan mengambil perkara-perkara yang harus dan dari mengikut hawa nafsu,
mengambil manfaat dari detik-detik umur dengan mengasingkan diri daripada
orang-orang yang berpangkat dan kebanyakan, maka mereka tidak mencampuri manusia
melainkan untuk belajar dan mengajar, menunaikan solat jumaat dan solat berjemaah dan
menziarahi setiap orang-orang yang dikasihi, dan mengimarahkan tempat-tempat lawatan
itu dengan mengingatkan ilmu-ilmu yang bermanfaat, mengunci mulut daripada
percakapan yang jahat dan bohong, dan menghubungkan tali persaudaraan dengan kaum
kerabat dan rakan-rakan, membuat kebaikan kepada setiap manusia dan bersifat dengan
sifat-sifat yang sempurna, dan melupakan daripada meminta balasan, menjalinkan
perhubungan yang baik, dan meninggalkan penipuan di dalam pergaulan, dan
menjauhkan diri daripada membuat helah walaupun dibolehkan oleh syarak, dan
mencegah daripada kemungkaran dan menyuruh dengan berbuat kebaikan, menolong
setiap orang-orang yang ditimpa bala dan musibah, memelihara diri dan maruah,
merendah diri dan berlemah lembut, sentiasa menjaga pandangan Allah, menepati segala
perjanjian, berzuhud terhadap dunia, berserah diri kepada Allah dalam setiap keadaan,
bersifat redho dan menerima bagi ketentuan Yang Maha Agong lagi Maha Bijaksana,
bersederhana dalam hidup, tidak menonjolkan diri dan menjauhi kemasyhuran Maka
yang tersebut ini hanyalah sedikit sahaja daripada sifat-sifat mereka yang agong, adapun
perincian yang lengkap mengenainya kalau kamu ingin mendapatkannya maka lihatlah di
dalam kitab Ihya Ulumuddin oleh Hujjatul Islam Imam al-Ghazali. Dan telah
menghimpunkan dengan ringkas manhaj mereka itu Al-Imam Al-Habib Ali bin
Muhammad Al-Habasyi RahimahulLah pada serangkap syair yang bermaksud:
Maka ia adalah amal-amal yang bersih dari kotoran,
Dan juga ilmu, adab-adab, dan wirid yang berterusan.
Melalui manhaj ketaatan ini yang mereka mempertahankannya daripada satu generasi
kepada satu generasi telah keluar zuriat ahlul bait dengan kehendak Allah dan pujian
untuk Nya, sebagai ikutan dan pimpinan pada setiap zaman mereka muncul dan pada
setiiap temmpat mereka menetap.

Al-Imam Abdullah Al-Haddad Radhiallahu Anhu


Dan sebaik-baik contoh dari kalangan yang lahir dari manhaj yang lurus ini ialah
Al-Imam Al-Haddad Radhiallahu Anhu syeikhul Islam dan paksi pendakwah yang
menyampaikan petunjuk ugama serta satu satunya sepertinya di zamannya daripada
kalangan tokoh-tokoh besar Ahlul Bait Nabi Radhiallahu Anhum. Beliau adalah
termasuk daripada golongan ulama mursyid yang agung sepanjang sejarah Islam. Aku
memetik dengan ringkas di sini perkataan As-Sayyid Toha bin Hassan bin Abdurrahman
Assaqaf HafizahulLah yang berbunyi: Sayyiduna Al-Imam Al-Allamah Addai illalLah
melalui perkataannya dan perbuatannya, tunggak dakwah Islam, Al-Habib Abdullah bin
Alawi bin Mohammad Al-Haddad. Beliau Radiallahu Anhu di lahirkan di Sibir satu
tempat di pinggir Bandar Tarim di dalam negeri Hadhramaut pada malam khamis 5 saffar
tahun 1044 Hijrah. Beliau di besarkan di Tarim. Sesungguhnya telah hilang
penglihatannya ketika beliau masih kecil namun Allah telah menggantikan penglihatan
yang hilang itu dengan cahaya basirah yang terang benderang. Dan beliau telah
bersungguh-sungguh bekerja keras di dalam menuntut ilmu yang bermanfaat dan
mendampingi serta belajar dari para ulama di zamannya. Kemudian Allah telah
mempersiapkan untuk beliau dengan tugas berdakwah, membimbing dan menyeru
manusia ke jalan Allah dengan cara penuh hikmah dan pengajaran yang baik. Lantas
orang ramai pun menyambut dakwahnya dan tersebarlah namanya di seluruh negeri dan
telah mengambil manfaat dan petunjuk melaluinya sebilangan manusia yang ramai.
Dakwahnya tersebar di setiap tempat, dan orang ramai pula mengambil manfaat dari
nasihatnya dan buku-buknya, dan telah mengambil ilmu pengetahuan darinya bilangan
manusia yang sangat ramai Baginya karangan-karangan yang amat banyak, yang di
dalamnya terhimpun nasihat-nasihat, pengajaran-pengajaran dan hikmah-hikmah. Dan
karangan-karanggannya itu telah tersebar dengan meluas serta telah diterima oleh umat,
dicintai dan memberi manfaat kepada manusia dengan kehendak Allah. Kebanyakan
karangan-karangannya

telah

dicetak

serta

disambut

oleh

manusia

dengan

bersungguh-sungguh, dan para ulamak dan ariffin telah merasa kagum dengan
karangan-karangannya itu lantas mereka telah menempatkannya seumpama makanan
tetap bagi mereka yang mereka baca isi kandungannya pada pelbagai waktu. Dan mereka

berpendapat bahawa karangan-karangannya itu telah berjaya menghimpunkan rumusan


dan intipati daripada kata-kata Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali, dan tidak dapat
mengelak daripada membaca kitab-kitabnya itu oleh setiap muslim lantaran sifatnya yang
ringkas dan menyeluruh. Semoga Allah memberi manfaat dengannya melalui keberkatan
pengarangnya Al-Imam Al-Haddad Radhiallahu Anhu. Beliau Radhiallahu Anhu telah
bermusafir ke Haramain Sharifain dan menunaikan haji dan umrah serta menziarahi
Datuknya Sayyidul Kaunain Sayyiduna Muhammad ke atasnya sebaik-baik selawat dan
salam. Yang demikian itu terjadi pada tahun 1079 hijriah. Dan telah berhimpun para
ulamak Makkah dan Madinah yang mulia itu yang selama ini mencemburui dirinya, dan
mereka mengetahui kedudukannya yang tinggi lagi mulia, dan mereka memberikan
puji-pujian kepadanya. Beliau sentiasa menyeru manusia kepada Allah dengan cara yang
penuh hikmah dan pengajaran yang baik sehinggalah beliau wafat kembali kepada Allah
Taala, iaitu ada malam Selasa, 7 Zulkaedah, tahun 1132 hijrah, dan disemadikan di
perkuburan Zanbal di Tarim. Semoga Allah merahmatinya dengan rahmat yang sangat
luas dan meredhai akannya dan Allah memberi manfaat kepada kita dengan dirinya dan
ilmu-ilmunya dalam negeri dunia dan akhirat, Aamin
Sesungguhnya Allah Azza Wa Jalla teelah mengingatkan aku atas apa yang terdapat pada
Imam yang mulia ini dari kedudukannya yang besar di sisi Allah, yang demikian ialah
tatkala munculnya kalimah Allah di Madrasah Baitul Qurra wal Ilmi di negeri Melaka
yang diberkati Allah, pada hari diadakan Maulid baginya, dan telah muncul juga
sepertinya pada langit di atas Madrasah sebelum bermulanya majlis bacaan Rotib yang
dinisbahkan kepada beliau Radhiallahu Anhu, dan tiada keupayaan maupun kekuatan
melainkan dengan izin Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agong.
Kewajipan Umat Islam Terhadap Ahlul Bait
Firman Tuhan kita yang Agong lagi Mulia tentang hak RasulNya dan hak kaum keluarga
Baginda Sollallahu Alaihi Wa Aalihi Wasallam yang bermaksud: Katakanlah Aku tidak
meminta kepadamu sesuatu upah pun atas seruanku kecuali kasih sayang dalam
kekeluargaan. Telah berkata Imam Ibnu Katsir ad-Dimasyqi RahimahulLah sewaktu
huraiannya bagi ayat ini: Dan kita tidak mengingkari akan wasiat mengenai ahlul bait,

dan perintah agar berlaku ehsan kepada mereka, menghormati mereka dan memuliakan
mereka, kerana sesungguhnya mereka adalah daripada zuriat yang suci, dari keluarga
yang termulia yang wujud di muka bumi ini samada pada kebanggaannya, kedudukannya
dan keturunannya. Dan sabda Rasulullah Sollallahu Alaihi Wa Aalihi Wasallam dalam
sebuah hadith mutawatir bermaksud: Sesungguhnya Aku meninggalkan di kalangan kamu
barang yang jikalau kamu berpegang teguh dengannya, kelak kamu tidak akan menjadi
sesat untuk selama-lamanya selepas ketiadaanku nanti, salah satu dari keduanya adalah
lebih agong dari yang lain, Kitab Allah tali yang memanjang dari langit hingga ke bumi,
dan keturunanku kaum keluargaku. Selama-lamanya kedua-duanya itu tidak akan
berpisah sehinggalah kedua-duanya mendatangi Al-Haudh. Oleh itu perhatikanlah
bagaimana kamu menggantikan aku terhadap keduanya. Maksudnya menurut Al-Imam
An-Nabhani RahimahulLah ialah berpegang teguh menunaikan apa sahaja yang menjadi
hak mereka dari kasih sayang, penjagaan, membesarkan kedudukan mereka,
pengagungan, pemuliaan dan penghoormatan terhadap mereka. Telah berkata Sayyidina
Hassan bin Ali bin Abi Talib Radhiallahu Anhuma: Aku adalah dari kalangan ahlil bait
yang Allah telah menghilangkan dari mereka dosa-dosa dan membersihkan mereka
dengan sebenar-benar bersih, dan aku dari kalangan ahlul bait yang telah Allah fardukan
kasih dan kesetiaan untuk mereka. Ketahuilah bahawa hak-hak yang disebutkan ini wajin
atas setiap Muslimin menunaikannya terhadap ahlul bait Nabi. Ia adalah wasiat Nabi
Muhammad Sollallahu Alaihi Wa Aalihi Wasallam kepada Umat Baginda. Dan hak
tersebut adalah berlaku ke atas semua ahlul bait samada yang berbuat baik dari kalangan
mereka atau sebaliknya. Seterusnya hak-hak yang wajib ditunaikan itu adalah berterusan
walau pun setelah kewafatan mereka. Firman Allah Taala yang bermaksud: Dan
orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Anshar), mereka berdoa': Ya
Tuhan kami beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih
dahulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami
terhadap orang-orang yang beriman; Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkaulah Maha
Penyantun lagi Maha Penyayang. Maka hak mereka bagi yang disebutkan di dalam ayat
ini adalah lebih besar kerana mereka adalah golongan yang khusus dari kalangan kaum
Muslimin. Seterusnya adalah wajib menunaikan seluruh hak-hak tersebut dengan tidak
berlaku cuai atau melampaui batas. Yang demikian ialah kerana sikap cuai atau

melampau batas dalam mencintai itu sebenarnya adalah tanda kepada tidak wujudnya
cinta yang benar atau dicemari oleh tipu daya dan pengkhianatan. Semoga Allah
melindungi Ahlul Bait dari kedua-duanya. Sesungguhnya telah menyusun guru kami,
Alim yang terhormat AlHabib Zaid bin Yahya Al-Alawi Al-Hadhrami sebuah kitab yang
sangat elok dalam tajuk ini. Bagi sesiapa yang inginkan tambahan keterangan maka
hendaklah dia mendapatkan kitab tersebut.
Aku Mewasiatkan Kamu Dengan Mereka RadialLahu Anhum
Telah berkata al-Hafiz al-Manawi RahimahulLah dalam syarahnya ke atas hadis
ath-Thaqalain yang bermaksud: Sesungguhnya Aku meninggalkan di kalangan kamu
barang yang jikalau kamu berpegang teguh dengannya, kelak kamu tidak akan menjadi
sesat untuk selama-lamanya selepas ketiadaanku nanti, salah satu dari keduanya adalah
lebih agong dari yang lain, Kitab Allah tali yang memanjang dari langit hingga ke bumi,
dan keturunanku kaum keluargaku. Selama-lamanya kedua-duanya itu tidak akan
berpisah sehinggalah kedua-duanya mendatangi Al-Haudh. Oleh itu perhatikanlah
bagaimana kamu menggantikan aku terhadap keduanya. Dengan katanya: Perhatian.
telah berkata As-Sharif, khabar ini memberi faham bahawa akan sentiasa wujudnya orang
yang berkelayakan untuk berpegang dengannya dari kalangan ahlul bait dan
keturunannya yang bersih pada setiap zaman sehingga terjadinya kiamat, hingga datang
gesaan berpegang teguh dengannya sebagaimana gesaan berpegang teguh dengan
Al-Kitab. Ketahuilah sesungguhnya keperluan kita kepada berpegang teguh dengan
mereka adalah lebih kuat dan lebih besar pada zaman ini berbanding zaman yang lampau
kerana sesungguhnya zaman kita telah berkuasa atasnya hukum yang berdasarkan kepada
hawa nafsu, golongan yang jahat, orang-orang musyrik dan orang-orang yang tidak
berugama, serta telah tersebar luas diantara manusia adat budaya dan syiar-syiar mereka.
Maka kewujudan anak keturunan Nabi Sollallahu Alaihi Wa Aalihi Wasallam pada
zaman ini akan menerangkan jalan bagi manusia untuk bergerak kepada Allah dan
memperkuatkan keazaman mereka untuk berbuat ketaatan serta dapat mengerahkan
tumpuan hati mereka ke arah usha-usha untuk memelihara ajaran-ajaran ugama dan
mendakwah manusia kepadanya. Oleh itu, adalah menjadi kewajipan atas semua
pendakwah kepada Allah agar memperkenalkan mereka kepada manusia dan menggesa

manusia kepada mereka. Dan daripada tokoh-tokoh mereka pada zaman kita al-Allamah
al-Muhaqqiq al-Faqih, hamba yang zuhud al-Murabbi ad-Daeie IlalLah, Sayyid al-Habib
Abu Muhammad, Zain Bin Ibrahim Bin Semait, yang digelar dengan Syafie kecil dan
kiblat ilmu ahlul bait, dan Tuan Sayyid yang Alim yang Faqih al-Musnid al-Murabbi
ad-Daei IlalLah al-Habib Salim bin Abdullah bin Umar bin Ahmad as-Syathiri Ba Alawi
al-Husaini al-Hadrami al-Tarimi, dan al-Allamah ad-Daie Ilallah al-Habib Umar bin
Muhammad bin Salm bin Hafiz Ibnu Syeikh Abi Bakar bin Salim. Mereka adalah
tokoh-tokoh besar dari ulamak-ulamak Hadhramaut pada hari ini, yang daripada kurniaan
Allah Yang Maha Agong kepada kami bahawa telah memberikan kepada kami diantara
nimat melihat kepada mereka dan mengenali mereka, dan di antara duduk bersama
mereka di dalam majlis-majlis mereka serta mengambil faedah daripada mereka. Ia
sesungguhnya adalah nimat yang tidak dapat ditimbang dengan kesenangan dunia dan
segala isinya untuk sesiapa yang berkehendak kepada keselamatan dan kejayaan akhirat.
Aku mewasiatkan kepada kamu wahai anak-anakku agar menghadiri majlis-majlis
mereka dan berpegang teguh dengan nasihat-nasihat dan peringatan-peringatan mereka,
dan jadilah kamu semua orang-orang yang sentiasa mencintai mereka dan menyambut
seruan-seruan mereka dengan penuh kemuliaan dan kebajikan. Wahai Tuhan kami
kurniakanlah untuk kami daripada kalangan isteri-isteri kami dan zuriat-zuriat keturunan
kami penyejuk mata hati untuk kami dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang
yang bertakwa. Dan solawat dari Allah keatas Penghulu kami, dan Kekasih kami, dan
Pemberi syafaat untuk kami, Nabi Muhammad yang terpilih, dan juga ke atas kaum
keluarga Baginda dan sahabat-sahabat Baginda, berserta salamNya, dan segala puji
tertentu bagi Allah jua Tuhan Sekalian Alam.

Kepada ulama dan cucu Nabi SAW. kita muliakan,


Dengan bimbingan dan dakwah mereka jadi bekalan,
Barangsiapa tidak bahagia dalam menolong kekasih,
Maka dalam jiwanya ada nifak dan juga kedengkian,
Dari mereka lahirnya abid, zahid dan penyabar,
Dan juga ulama besar, para wali dan syuhada,
Para Habaib dan ketua mereka Imam Al-Muhajir,
Adalah tokoh-tokoh besar dan Imam Al-Haddad,
Berselawat dan salamlah wahai orang bingung,
Atas Nabi Kekasih Allah dan beristiqamahlah.
Tamat al-risalah

Anda mungkin juga menyukai