Anda di halaman 1dari 12

RINGKASAN

IKLIM KEHIDUPAN
INTELEKTUAL DI ANDALUSIA
SATU CERMINAN ISLAMISASI DUA-DIMENSI

WAN MOHD NOR WAN DAUD


Penulis asal Iklim Kehidupan Intelektual di Andalusia: Satu Cerminan
Islamisasi Dua-Dimensi

RINGKASAN

IKLIM KEHIDUPAN
INTELEKTUAL DI ANDALUSIA
SATU CERMINAN ISLAMISASI DUA-DIMENSI
______________________________________________________
Penghargaan & Harapan
Amat saya hargai budi baik semua guru dan sahabat di Worldwiew of Islam Series (WISE)
anjuran Himpunan Keilmuan Muslim (HAKIM) yang telah menyumbang kepada
kematangan intelektual saya selama ini. Usaha kecil ini saya dedikasikan kepada semua
warga Himpunan Keilmuan Muslim (HAKIM) dan semua pencinta kebenaran.
Mudah-mudahan usaha ini juga akan membuka jalan kepada saya untuk mendapat
manfaat berterusan dan berkekalan daripada keberkatan ilmu Prof. Syed Muhammad
Naquib al-Attas dan murid-muridnya di dunia dan di akhirat. Amin.

______________________________________________________
Penulis asal

Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud

Penyusun e-buku ini

Mohd Iqbal Nor Mohammad Hairodin

Penerbit e-buku ini

jumpabuku.com

Penerbitan ini telah diizinkan oleh Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud.
Dilarang menerbit atau menggunakan e-buku ini untuk tujuan keuntungan.

Tujuan Menuntut Ilmu dan Menyebar Ilmu ialah untuk Mencapai Keredhaan Allah
SWT serta Kebenaran
Perenggan 1
1.

Justeru, Islam meletakkan ilmu pengetahuan sebagai asas penting agama dan akhlak
serta syarat utama kejayaan tujuan kejadian insan sebagai hamba dan khalifah Allah
SWT.

2.

Segala usaha mencapai dan menyebar ilmu pengetahuan tidak harus tersasar dari
tujuan tersebut.

3.

Semua ulama Islam yang berwibawa sentiasa mengingatkan para murid dan ilmuan
akan dasar utama ini.

4.

Contohnya, Ibn Hazm dalam Maratib al-Ulum dan al-Akhlak wal Siyar mengkritik
orang yang mengejar ilmu ilmu untuk tujuan keduniaan sebagai membuat
pengorbanan besar bagi mencapai sesuatu yang tidak begitu bernilai.

5.

Beliau menulis:
Menuntut ilmu dengan tujuan mengumpul harta adalah (usaha dan) cita-cita yang
sangat sempit kerana harta dapat diperoleh dengan lebih mudah dan cepat (dengan
cara-cara lain) daripada melalui ilmu pengetahuan, iaitu dengan menyertai
golongan pemerintah atau dengan melibatkan diri dalam urusan hartanah atau
perniagaan. Malah, seorang yang jahil lebih berjaya dalam urusan tersebut
berbanding seorang ilmuan. Jika inilah keadaannya, menuntut ilmu untuk
mendapatkan kekayaan adalah rumit dan berbahaya kerana si penuntut akan
menambah dua keaiban besar: Pertama dia telah meninggalkan jalan lebih dekat
dan lebih mudah bagi mencapai cita-cita dan tujuannya....Kedua, dia telah
menggunakan perkara tertinggi (yakni ilmu) yang membezakan dirinya daripada
haiwan

bagi

memperoleh

batu-batu

meninggalkannya dan sebaliknya....

yang

tidak

diketahui

bila

akan

Perenggan 2
1.

Nilai penting ini tertayang apabila kita melihat bagaimana Ibn Hazm menyatakan
dalam kitabnya Taqrib, bahawa tujuan menulis sesuatu karya ilmiah ialah hanya
untuk mencapai tujuh perkara, dan bukan membuat harta iaitu:
1) mengutarakan sesuatu yang asli
2) menyelesaikan atau melengkapkan sesuatu yang belum lengkap.
3) memperbaiki sesuatu yang dilihatnya salah
4) menjelaskan dan menghuraikan sesuatu yang rumit dan sukar
5) meringkaskan karya seseorang yang terlalu panjang tanpa meninggalkan
perkara-perkara penting
6) menggabung maklumat dari pelbagai sumber, dan
7) menyatukan dan menyusun pelbagai maklumat menjadi manik-manik yang
menjadi rantai indah berseri.

Perenggan 3
1.

Sifat yang suka menulis untuk memenuhi tujuh tugas utama ini amat penting diambil
iktibar kerana jika mereka tidak melakukan tugas-tugas tersebut, masyarakat akan
datang tidak akan dapat memahami segala peristiwa bersejarah dan khazanah
keilmuan yang telah dicapai oleh umat terdahulu.

2.

Walaupun hasil-hasil peninggalan arkeologi boleh digunakan sebahagian sumber


sejarah yang penting, tetapi pentafsiran akan makna artifak-artifak arkeologi juga
memerlukan bantuan dari sumber-sumber bertulis.

Perenggan 4
1.

Peninggalan karya-karya bertulis dari ulama Andalusia dari pelbagai bidang telah
memberikan kepada kita begitu banyak maklumat dan kefahaman tentang
keunggulan tahap ilmu pengetahuan, kebudayaan dan ketamadunan daerah terpencil
itu.

2.

Tanpa karya-karya tersebut, suara-suara yang terakam pada kehebatan seni-bina dan
seni-reka di Alhambra dan di Kordoba contohnya, tidak akan jelas kedengaran, dan
tidak akan difahami maknanya yang sebenar.

Penguasaan Pelbagai Bidang


Perenggan 1
1.

Sepanjang sejarah Islam, para cendekiawan dan ulamanya cuba menguasai pelbagai
bidang ilmu pengetahuan melalui pemahaman dan penghayatan kategori fardu ain
dan fardu kifayah yang tidak terpisah.

2.

Ilmu-ilmu agama dipelajari dengan tekun sehingga ke tahap tinggi kerana ilmu-ilmu
tersebut memberi kefahaman tentang ayat-ayat Allah SWT yang diwahyukan,
sedangkan pemahaman tentang ilmu-ilmu alam semesta dan sejarah akan
memberikan kefahaman tentang ayat-ayatNya yang diciptakan.

Perenggan 2
1.

Justeru itu kita menyaksikan begitu ramai sekali cendekiawan Andalusia, yang
menguasai pelbagai bidang ilmu pengetahuan.

2.

Dalam kes Andalusia, hakikat ini dapat dilihat dalam banyak karya yang
menceritakan tentang perkembangan ilmu pengetahuan oleh cendekiawan di sana,
seperti karya Abul Qaim Said al-Qurtubi atau lebih dikenali sebagai Said al-Andausi
(w. 1070), yang bertajuk Tabaqat al-Umam (kitab tentang Kategori Bangsa).

3.

Contohnya lagi ialah Abu Ubaydah al-Laythi (w. 908 M), dikenali juga Sahib
al-Qiblah, ahli dalam ilmu fiqh, hadith, dan ilmu astronomi.

4.

Setelah belajar daripada tokoh terbaik di negaranya, beliau berguru dengan


tokoh-tokoh agung seperti al-Mazni dan Rabi ibn Sulayman ketika di Mesir.

5.

Yahya ibn Yahya (w. 972M), berasal dari Kordoba dan ppernah belajar di wilayah
Islam Timur.

6.

Yahya menguasai ilmu matematik, astronomi, perubatan, dan ilmu-ilmu tentang


pelbagai cabang bahasa Arab, sejarah, hadith, dan ilmu kalam terutama aliran
Muktazilah.

7.

Said sendiri yang juga seorang qadi, menguasai bidang bahasa, sejarah, falsafah
alam tabi, matematik dan astronomi.

Perenggan 3
1.

Begitu juga dengan Ibn Hazm (Fiqh, Puisi, Falsafah, Perbandingan Agama), Ibn
Bajjah (w. 1139) (Muzik, Falsafah dan Puisi), Ibn Tufayl (Falsafah, Perubatan), Ibn
Rushd (Falsafah, Sains Kimia, Kajihayat, Fizik, Perubatan, Fiqh) dan Ibn Khaldul (w.
1406) (Fiqh, Sejarah, Bahasa, Falsafah, Politik) dan ramai lagi.

2.

Malah secara umumnya, ahli falsafah di dunia Islam pada zaman itu tidak mendapat
pekerjaan melalui bidang itu, tetapi melalui bidang-bidang lain yang lebih praktikal
seperti perundangan (Ibn Rushd) dan perubatan (Ibn Tufayl).

3.

Harus ditegaskan di sini bahawa pencapaian mereka bukanlah sesuatu yang mustahil
diulangi pada zaman kita ini walaupun kita sedang menyaksikan pertambahan cabang
ilmu dan maklumat.

4.

Ini kerana kaedah pengajian mereka tidak menekankan kepada kuantiti subjek atau
buku yang dipelajari tetapi kepada kualiti subjek dan kepada keunggulan guru-guru
dan kitab.

5.

Inilah antara lain kemudiannya menjadi cadangan rasmi Ibn Khaldun untuk para
pelajar.

Kecemerlangan Membuahkan Kecemerlangan


Perenggan 1
1.

Salah satu lagi ciri iklim kehidupan intelektual mereka ialah pengiktirafan
kewibawaan, atau autoriti.

2.

Semua pelajar yang serius, dan pemimpin yang mahu dihormati dalam sejarah, akan
mencari dan mengejar tokoh-tokoh ilmuan yang paling berwibawa dalam bidang
masing-masing tanpa mengira samada mereka itu Muslim atau tidak, tanpa mengira
jarak geografis selagi mereka mampu.

3.

Walaupun kewibawaan seseorang pelajar itu bergantung kepada nilai hasil usahanya
sendiri, tetapi nilai peribadinya banyak terbantu oleh kualiti guru-gurunya.

4.

Tokoh-tokoh berwibawa melalui pengalaman bermanfaat, dan penelitian mendalam,


akan mendidik murid-muridnya tentang perkara-perkara penting dan mengenepikan
yang remeh-temeh dan yang menghabiskan waktu dan sumber.

5.

Setelah menghuraikan isu-isu pokok, mereka menunjukkan masalah-masalah besar


yang perlu dikaji dan diselesaikan (ditahap cutting-edge, dalam istilah kita hari ini),
bukan untuk mengulangi apa yang telah diketahui umum pada peringkat yang paling
rendah.

6.

Dengan cara ini ilmu akan berkembang; satu demi satu generasi lapisan pelajar akan
lahir dan menyumbang kepada kecemerlangan ilmu pengetahuan dan kegemilangan
tamadun umat.

Perenggan 2
1.

Guru-guru yang tidak berwibawa sebaliknya akan membazirkan banyak waktu,


tenaga dan harta membesarkan isu-isu dan tokoh-tokoh kecil, dan mengecilkan
isu-isu dan tokoh-tokoh yang sebenarnya besar; merongkaikan dasar-dasar yang telah
kukuh disepakati ilmuan muktabar sekian lama; menggunakan slogan-slogan popular
tanpa huraian bermakna.

2.

Ilmu akan rosak.

3.

Ilmuan sebenar akan disisihkan.

4.

Selain itu, guru-guru yang kurang wibawa akan cenderung berpegang kepada

ide-ide, dasar-dasar dan amalan yang selalu berubah-ubah, menolak sesuatu ide,
dasar dan amalan dengan keras yang kemudiannya akan dipeluknya dengan
melampau juga.
5.

Murid-murid juga akan menzahirkan sikap dan ide yang bukan sahaja
mengelirukan tetapi melampau.

6.

Kesemua ini merupakan sebahagian dari penzahiran keruntuhan adab yang


akan menimbulkan kekeliruan dalam arena pendidikan dan merosakkan mutu
pemikiran dan ketamadunan bangsa.

Perenggan 3
1.

Di Andalusia, pertalian antara kewujudan generasi tokoh-tokoh ilmuan berwibawa


dalam pelbagai bidang dengan barisan pelajar cemerlang jelas kelihatan.

2.

Said al-Andalusi, contohnya, belajar ilmu keagamaan, bahasa Arab, dan ilmu fiqh
dari seorang tokoh terkenal, Abu Muhammad al-Qasim; ilmu puisi dari tokoh
berwibawa, dan seorang qadi Abu Walid Hisham al-Kinani; ilmu matematik dan
astronomi dari Abu Ishaq al-Tajibi yang juga terkenal.

3.

Dalam kitabnya yang terkenal itu Said menggambarkan iklim sedemikian cukup
meluas, dan ramai tokoh mempunyai sebilangan murid-murid yang terbilang.

4.

Misalnya, Abul Qasim Muslamah ibn Ahmad al-Majiriti, seorang ahli matematik dan
astronomi terulung zamannya (w. 1008M) telah meninggal sebarisan pelajar yang
terbilang, lebih dari mana-mana tokoh di Andalusia.

5.

Di antara murid-muridnya yang terkenal dalam pelbagai bidang ialah Ibn Samh
al-Mahri (w. 1035), Ibn al-Saffar, Abul Hassan al-Zahrawi, Abul Hakam al-Kirmani
(w. 1066), dan Abu Muslim ibn Khaldun (w. 1057).

6.

Semua muridnya ini juga kemudiannya mempunyai ramai pelajar yang berpengaruh.

Perenggan 4
1.

Abul Walid Muhammad ibn Rushd juga terdedah kepada kehidupan ilmiah tinggi
sejak lahir.

2.

Datuknya adalah seorang hakim mazhab Maliki yang terkenal, dan qadi besar
Kordoba.

3.

Abul Walid mempelajari hadith dan menghafal Muwatta Imam Malik melalui
ayahandanya yang juga seorang ahli perundangan dan hadith.

4.

Abul Walid juga mendalami ilmu Shariah daripada tokoh-tokoh lain yang juga
ternama seperti Abul Qasim al-Bashkuwal, Abu Marwan al-Masarra dan Abu Jaafar
bin Abdul Aziz; mempelajari hadith, falsafah dan perubatan daripada Abu Jafar ibn
Harun al-Turjali.

5.

Beliau juga mempelajari ilmu perubatan daripada Abu Marwan ibn Jurayul yang
disebut sebagai salah seorang pengamal perubatan terulung.

Perenggan 5
1.

Muhyiddin Ibn al-Arabi (w. 1240M) juga dikelilingi tokoh tasauf dan filsafat
terkenal.

2.

Salah seorang kawan ayahnya ialah Ibn Rushd, ahli falsafah yang ulung itu.

3.

Beliau belajar al-Quran dan Kitab al-Kafi daripada Abu Bakr bin Khalaf, hadith
daripada Ibn Muallif Abul Hasan Sharih al-Ruaini, dan ilmu fiqh daripada ayahnya
sendiri, dan kemudiannya daripada Abul Qasim al-Sharrat.

4.

Beliau juga berguru dengan Abu Bakar Muhammad ibn Abu Jamtah, Ibn Zarqun,
Abu Muhammad Abd al-Haqq al-Azdi, Abu Abdullah al-Arabi dan ramai lagi.

Perenggan 6
1.

Semua contoh di atas bersifat peribadi.

2.

Keadaan ini berkait rapat dengan satu lagi amalan kependidikan Islam sepanjang
zaman bahawa ijazah yang dimiliki oleh seseorang murid dianugerahkan atas nama
gurunya.

3.

Murid-murid tidak akan mahu berguru dengan mereka yang tidak atau kurang
berwibawa.

4.

Ini bermakna bahawa nilai-nilai kecemerlangan ilmiah telah tertanam begitu


mendalam dalam kesedaran pemimpin dan rakyat.

Perenggan 7
1.

Sistem pendidikan moden menganugerahkan ijazah atas nama institusi, dan bukan
atas nama ilmuan atau guru setiap bidang.

2.

Amalan ini memang boleh membantu mengurangkan jumlah kertas ijazah yang
dikeluarkan oleh seseorang ilmuan atau guru kepada murid-muridnya yang lulus,
malah juga mengurangkan jumlah ijazah yang dimiliki seseorang pelajar seseorang
pelajar.

3.

Namun amalan pemberian ijazah atas nama ilmuan ini tidak menghalang
pertumbuhan tradisi keilmuan yang sophisticated dan kreatif sepanjang sejarah Islam,
termasuklah di Andalusia.

4.

Pada hakikatnya para ilmuanlah yang merupakan institusi.

5.

Tetapi amalan memberikan ijazah atas nama institusi pengajian yang lebih bersifat
organisasi, boleh menyelamatkan para ilmuan yang malas dan kurang berwibawa
untuk berlindung di belakang nama institusi sedemikian.

6.

Institusi yang ulung memerlukan kehadiran tokoh-tokoh ulung dan berwibawa dari
pelbagai bidang yang sanggup melakukan tugas-tugas pendidikan dan penyelidikan
bertaraf tinggi.

7.

Ini mengandakan iklim dan kaedah pengurusan yang memahami dan menghormati
tuntutan kecemerlangan ilmiah.

8.

Apabila para bijak-pandai mengungkapkan peribahasa penting---hanya jauhari


mengenal manikam---mereka sedar bahawa pemahaman dan penghormatan

sedemikian amat sukar diperolehi kerana jauhari sememangnya tidak ramai.


9.

Apabila nilai dan kaedah perniagaan diguna-pakai bagi menilai hasil-hasil keilmuan
dan mengurus institusi pendidikan, maka tokoh-tokoh yang menzahirkan (secara
retorik sekalipun) aspek-aspek tersebut, akan diberi amanah memimpin golongan
ilmuan dan institusi pendidikan tinggi.

Sikap Ilmiah Tidak Ekslusif dan Hormat-Kritis


Perenggan 1
1.

Iklim kehidupan intelektual Andalusia memaparkan pada umumnya rasa-hormat


tetapi kritis terhadap semua sumber keilmuan.

2.

Ini memungkinkan mereka menimba manfaat dari setiap sumber dan memperbaiki
aspek-aspek yang dianggap salah.

3.

Ibn Hazm dalam kitab al-Akhlaq wal-Siyar, yakni kitabnya yang terakhir,
menggunakan smber-sumber dari agama Yahudi dan Kristian, tradisi Yunani,
khazanah Iran pra-Islam.

4.

Namun demikian, Ibn Hazm menunjukkan kesilapan-kesilapan dalam ajaran agama


Yahudi dan Kristian setelah beliau mengkaji sendiri kitab-kitab suci mereka
Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru.

5.

Said al-Andalusi juga memuji kebaikan-kebaikan bangsa bukan Islam yang


memajukan pelbagai bidang ilmu pengetahuan seperti bangsa India, Persia, Yunani
tetapi tidak segan menolak pandangan-pandangan tokoh-tokoh Muslim awal yang
terkenal seperti Abu Yusuf Yakub ibn Ishaq al-Kindi dan Muhammad Ibn Musa
al-Khawarizmi.

Perenggan 2
1.

Ibn Rushd juga telah menunjukkan sikap hormat-kritis yang sama.

2.

Beliau menegaskan betapa perlunya mempelajari segala ilmu pengetahuan dan


kaedah dari setiap tokoh walaupun berbeza agama: buang yang keruh, ambil yang
jernih.

Perenggan 3
1.

Kita harus menerima daripada mereka (ilmuan bukan Muslim) dengan baik dan rasa
terima kasih mengenai apa saja kitab yang mereka tulis bersandarkan kebenaran, dan
berhati-hati dengan apa yang tidak benar, dan memaafkan kesilapan mereka.

Perenggan 4
1.

Hujjah-hujjah Ibn Rushd terhadap al-Ghazali dalam Fasl al-Maqal dan terutamanya
dalam Tahafut al-Tahafut merupakan contoh-contoh perdebatan ilmiah antara
generasi yang positif.

2.

Begitu juga kritikan Ibn Khaldun terhadap beberapa kesilapan sejarawan Muslim
sebelumnya dalam mentafsirkan beberapa aspek sejarah dalam al-Quran dan dalam
sejarah Islam sendiri.

Anda mungkin juga menyukai