Anda di halaman 1dari 3

Ulik Mayang nyanyian asli

Dilagu Si gadis merdu sekali;


Terima Kasih sekalung budi,
Sudi datang ke majlis ini.

Yg dihormati
temenggong__________________________________________,YDP___________________________________,
NYDP_____________________________________________
Yg Berusaha En Narawi Ank Aba,Guru Besar Sk Melaban, Yang Dihormati En Keegen Ank Emba
Penolong Kanan Akademik, En Siun Ank Adam, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En.Sawing Ak
Rejap, Penolong Kanan Ko-Kurikulum..Rakan-Rakan Guru ,Kakitangan Sk Melaban Dan Para Murid
Yg Dikasihi Sekalian

Hati-hati membuka peti,


Peti pusaka zaman berzaman;
55 tahun janji ditepati,
Malaysia merdeka penuh keamanan.

Alhamdulillah. Bersyukur Kita Ke Hadrat Ilahi,Kerana Di Pagi Yg Berbahagia Dan Ceria Ini Kita
Dapat Bersama-Sama Kita Berkumpul Bagi Memeriahkan Majlis Sambutan Penutup Bulan
Kemerdekaan Peringkat Sekolah.
Begitu Pantas Detik Masa Berlalu, Kini Kita Telah Menyambut Kemerdekaan Malaysia.
Dengan Penuh Kedamaian. Ini Jelas Membuktikan Betapa Beruntungnya Kita Sebagai Rakyat
Malaysia,Hidup Di Bumi Bertuah Ini. . Sesungguhnya sambutan kemerdekaan ini diadakan
sebagai tanda bahawa para guru dan pelajar sekolah ini dapat seiring dan sederap
melangkah, dengan semangat kesungguhan yang berkobar-kobar dan beriiltizam tinggi
untuk menjadi warganegara yang patriotik.
Seterusnya,Majlis Menjemput Para Guru Dan Murid Berdiri Dan Bersama-Sama Menyanyikan
Lagu Kebangsaan,
-Lagu Negaraku
-Lagu Sarawak
-Lagu Sekolah
Pahlawan Melayu Gagah Perkasa,
Musuh datang habis dibasmi;
Tuan sudah diberi kuasa,
Sudilah kira, pohon merasmi.

Seterusnya, Majlis Menjemput Guru Besar Sk Melaban En Narawi Bagi Menyampaikan


Sepatah Dua Kata. Majlis Dengan Ini Mempersilakan..
Para Hadirin Sekalian,
Majlis Diteruskan Lagi Dengan Gimik Pelancaran Sambutan Kemerdekaan Yang Dikepalai
Oleh___________________________________________..
Seterusnya Majlis Menjemput Gb Untuk Melaungkan Perkataan Keramat Rakyat Malaysia.
Dispersilakan.
Majlis Diteruskan Lagi Dengan Nyanyian 2 Buah Lagu Patriotik .Justeru Itu,Bagi Menzahirkan
Rasa Bangga Menjadi Warganegara Malaysia,Marilah Sama-Sama Dengan Penuh Semangat
Menyanyikan Lagu : -1 Malaysia -Jalur Gemilang

Majlis dengan segala hormatnya menjemput temenggong,__________________________________


untuk menyampaikan ceramah kemerdekaan.. Majlis dengan ini mempersilakan.
Bendera berkibar di rumah Pak Agos,
Di halaman rumah pasang pelita;
Menjelang tiba Tiga Puluh Satu Ogos,
Tarikh kemerdekaan negara kita.
-Majlis seterusnya diteruskan dengan persembahan nyanyian murid tahun 1,2,3 dan
persembahan pentomin daripada murid tahun 4,5 dan 6..

Terbang tinggi si burung helang,


Berkicau kenari sambil berterbangan;
Insan cemerlang negara terbilang,
Bakat diserlah tanda kecemerlangan.

Hadirin sekalian,
-Pihak sekolah telah mengadakan pelbagai aktiviti sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan
bagi Tahap 1 dan 2. Kini tibalah masanya untuk majlis penyampaian hadiah. Oleh itu majlis
mempersilakan En Narawi selaku guru besar dan ____________________ untuk menyampaikan
hadiah kepada para pemenang.
- Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian ___ penyampaian hadiah kepada
para pemenang.
Penutup acara:
Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara. Pihak majlis mohon mengambil
kesempatan waktu di penghujung ini untuk mengucapkan ribuan kalungan bunga terima
kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan Majlis Penutup Sambutan Bulan
Kemerdekaan peringkat sekolah ini dapat dilangsung dengan meriahnya. Terima kasih juga

diucapkan kepada semua murid atas kerjasama yang diberikan bagi mengharmonikan majlis
ini.
Tenang-tenang air di kali,
Tempat mandian putra puteri;
Sempurna sudah majlis dirai,
Salah dan silap harap dimaafi.

Anda mungkin juga menyukai