Anda di halaman 1dari 3

Falsafah dan Idea Bola Sepak Johan Cruyff.

Hendrik Johannes Cruyff atau Johan Cruyff adalah pemain pasukan negara Belanda
dan juga bekas pemain unggul Fc Barcelona suatu ketika dahulu.Beliau juga di
kenali dengan turning skill yang masih di anggap baru pada masa kegemilangan
nya.Hinggakan pernah mendapat nama jolokan Cruyff turn .Sebahagian petikan
kata kata beliau mungkin di anggap hanyalah pengucapan dan kata kata , tetapi
jika di teliti sedalam nya kata kata beliau itu adalah falsafah sebenar Cruyff, dimana
falsafah tersebut merangkumi taktikal dan strategi bolasepak yang mendapat
pengaruh corak Total Football. Ilham yang di dapati dari gurunya iaitu Rinus Michels
dicurahkan ke FC Barcelona dan La Masia lah yang menjadi bukti:

" Apabila pemain bermain menentang pasukan yang mempunyai dua pemain
pertahanan tengah yang hebat, pilihan yang terbaik adalah untuk bermain tanpa
penyerang. "

" Pemain mahu berlagak seperti ketua atau sikap yang sentiasa menghentam
pemain lain selepas kesilapan bukan lah sifat benar seorang ketua pasukan .Di
padang seorang ketua pasukan perlu bersedia membaca kesilapan rakan sepasukan
dan menanganinya
" Pemain perlu melakukan percubaan , atau tiada gol. "

"Perkara yang sukar tentang sesebuah perlawanan yang mudah adalah untuk
menjadikan pemain lawan bermain dengan lemah dan buruk. Seorang pemain yang
lemah sebenarnya tidak lemah kerana dia boleh cenderung untuk menendang bola
gawang gol sendiri. Ini kerana jika kita meletakkan tekanan kepadanya, dia akan
hilang kawalan . Oleh itu , kita perlu meningkatkan tempo permainan dan dia secara
automatik akan memberikan bola serta hilang kawalan terhadap bola apabila sering
memberi hantaran jauh. "

"Bola sepak adalah mudah. Tetapi tiada apa yang lebih sukar daripada bermain
bola sepak dengan mudah "

"Dalam pasukan saya , penjaga gol adalah penyerang yang utama , dan
penyerang pula pertahanan utama

"Dalam ruang sempit seseorang pemain perlu mampu bertindak dengan cepat.
Seorang pemain yang baik jika memerlukan masa yang terlalu lama boleh menjadi
lemah dan akan bermain dengan buruk. "

"Di Barcelona semasa latihan saya sentiasa arahkan Koeman untuk membuat
tendangan percubaan pertama ke arah tembok pertahanan dengan sekuat mungkin
.Hal ini supaya pemain yang bertahan di tembok tidak tergesa gesa untuk
memecahkan tembok pertahanan apa bila berhadapan dengan situasi sepakan
percuma. "
"Jika mahu bermain dengan rentak permainan cepat ,pemain selalunya akan
bermula dengan larian pantas dan berjalan dengan cepat , tetapi sebenarnya bola
lah yang menentukan kelajuan/kecepatan tempo permainan."

"Jika pemain posisi forward saya berhadapan dengan keadaan satu vs satu , saya
akan selalu berkata : ' biar dia lakukan sendiri . ' tetapi ada kalangan pemain saya
yang berkata: Tidakkah kita boleh membantu beliau? . Lantas Jawapan dari saya
adalah : Pertama, terdapat peluang yang baik jika anda hanya berlari di kearah
rakan anda tetapi juga akan menarik pemain lawan juga malah anda telah
meletakkan posisi anda sebagai pertahanan kedua, kerana akan menjadi situasi
dua lawan dua yang akan memberi lebih kesukaran berbanding satu lawan satu ".

"Jika pasukan bermain secara control/possession ball, pasukan tidak perlu hanya
bertahan , kerana hanya ada sebiji bola. "

"Sebuah counter-attack hanya boleh berlaku apabila pemain membuat kesilapan.


Itulah sebabnya terdapat peraturan . Hantaran lintang, Adalah Dilarang. Pemain
saya perlu mencipta barisan pertahanan dan serangan sebanyak mungkin.Ini
kerana pemain perlu sentiasa mempunyai pilihan untuk menghantar bola ke
hadapan, walaupun ianya hanya satu meter. Kerana itu pasukan masih mampu
bertahan jika kehilangan bola . Barisan yang kukuh menjadikan hantaran lintang
adalah pekara yang mustahil. "

"Teknik ini bukan untuk pandai menimbang bola 1000 kali. Sesiapa sahaja boleh
melakukannya dengan kerap berlatih . Tetapi ia akhirnya hanya berguna untuk
pertunjukan sarkes dan pertunjukan jalanan. Teknik sebenar adalah hantaran bola

dengan satu sentuhan , memiliki kelajuan yang betul, hantaran yang tepat ke arah
kaki rakan sepasukan anda. "

Pemahaman kepada falsafah Cruyff jelas membuktikan bahawa prinsip yang


digunapakai oleh Cruyff kini diwarisi oleh pasukan FC Barcelona .Segala petikan
kata kata beliau mengambarkan gaya Barcelona bermain (Tiki-Taka). Cruyff yang
juga pemenang 3 kali anugerah Ballon d'Or pada tahun 1971, 1973 dan 1974
menjadi pengaruh besar kepada jurulatih dan pengurus pasukan bolasepak terkenal
dunia seperti Frank Rijkaard, Josep Guardiola, Roberto Martnez dan Arsne Wenger.
KKK for #HooliganMalaya

Your skin oh Yeah Your Skin and Bones Arabella.

Anda mungkin juga menyukai