Anda di halaman 1dari 1

4.

RUMUSAN
Shahnon Ahmad (1997), menyatakan bahawa kesusasteraan berperanan sebagai satu cabang

kesenian yang berteraskan cinta. Cinta di sini maksudnya cinta kepada keindahan dan cinta
kepada kebenaran. Karya kesusasteraan dicipta oleh para sasterawan untuk membangunkan
peribadi manusia supaya cinta akan keindahan dan cinta akan kebenaran.
Sastera dapat mendorong kemampuan berfikir secara kritis dan kreatif kerana ketika
membaca sebuah karya sastera, seseorang harus memahami yang tersurat dan tersirat,
menemukan sebab-akibat dan kaitan antara pelbagai peristiwa dalam cerita, mengenali nada
dan maksud pengarang, menilai mutu, membandingkannya dengan pengalaman peribadi, dan
mengerahkan pengetahuannya dalam bidang lain untuk memahami, menilai, dan mengaitkan
karya sastera itu dengan dirinya dan lingkungannya.
Semua kemampuan ini adalah kemampuan berfikir secara kritis. Kesusasteraan,
terutama yang berbentuk cerita, menyediakan model penyelesaian masalah yang sangat
beragam.

Karya-karya

cereka

penuh

dengan

watak-watak

yang

berusaha

untuk

menyelesaikan masalah baik dengan cara berkesan mahupun tidak berkesan, dengan
menggunakan penalaran yang baik , menggunakan bukti-bukti yang kuat atau tidak.
Membacanya dapat membuatkan kita bercermin tentang cara kita menyelesaikan persoalan
dan menilai menilai manakah cara penyelesaian yang baik.
Sudah tiba masanya, pengajian sastera perlu diubah kurikulumnya dan cara berfikir
mereka yang terlibat secara langsung dengan perkara ini perlu dianjakkan. Kita mesti ada visi
dan misi untuk menjadikan pengajian sastera sebagai satu ilmu dan pada masa yang sama
sebagai satu peluang para pelajarnya melamar pekerjaan dan mampu melihat pengajian
sastera masih relevan dan setara dengan pengajian lain yang sedang pesat berkembang.
Sastera bukan sahaja bahasa tetapi sastera juga visual dan persembahan. Tuntutan
perubahan ini tidak bermakna dasar atau asas pengajian sastera itu diabaikan. Perkaraperkara ini perlu diteruskan tetapi dalam paradigma yang berbeza. Tokoh-tokoh Sastera,
pensyarah-pensyarah atau guru-guru sastera perlu diberi tanggungjawab supaya mereka
dapat menyumbang dengan lebih berkesan kepada kedinamikan pengajian sastera.
Setiap karya mempunyai mesej dan fungsi untuk mendidik dan membina keperibadian
ahli-ahli masyarakatnya. Setiap bahagian daripada unsur dan fungsi di dalamnya mempunyai
makna dalam teks karya selain berfungsi dalam kehidupan masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai