Anda di halaman 1dari 10

1.

0 PENGENALAN
Mengikut Falsafah Pendidikan Kebangsann (FPK) dalam (Choong, 2009), pendidikan di Malaysia
adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembang lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Bagi merialisasikan FPK dan menghadapi globalisasi pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) telah mengambil langkah proaktif memperkasa sekolah-sekolah kebangsaan melalui Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia (PIPP) 2006-2010. Dalam konteks ini, seseseorang guru
bertanggungjawab untuk meningkatkan prestasi murid dalam pelajaran dan menghasilkan modal
insan kelas pertama. Justeru, guru hendaklah mempelbagaikan strategi dan kaedah pengajaran
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran ( P&P). Pembelajaran akan berjalan dengan lancar,
menarik dan berkesan sekiranya guru menggunakan pelbagai kaedah yang bersesuaian dengan isi
pelajaran dan kemahiran yang akan dicapai oleh murid (Mohamad Johdi, 2007).
Terdapat empat strategi pengajaran pembelajaran yang perlu difahami dan dikuasai oleh seseorang
guru (Noriati A. Rashid ,2009). Pertama, strategi pengajaran berpusatkan guru di mana guru
mengawal keadaan dan berperanan sebagai ketua. Dengan kata lain,guru bertanggungjawab
sepenuhnya menentukan objektif pembelajaran, merangka tugasan pembelajaran dan memilih
sumber pembelajaran bagi muridnya.
Strategi yang kedua adalah strategi pengajaran yang berpusatkan murid. Strategi ini memberi
tumpuan kepada perkembangan pembelajaran murid dan memberi peluang kepada murid untuk
menentukan jenis pengetahuan dan meneroka sesuatu ilmu yang baru.
Ketiga, strategi pengajaran berasaskan bahan yang mana guru menyampaikan proses pengajaran
dan pembelajaran dengan menggunakan banyak bahan seperti buku,blok-blok binaan,komputer dan
lain-lain bagi meningkatkan pemikiran kritikal dan mental.
Strategi keempat ialah pengajaran berasaskan tugasan. Dalam strategi ini, guru melibatkan murid
dalam aktiviti atau tugasan yang memberikan peluang kepada murid untuk mengaplikasikan apa yang
dipelajarinya. Dengan kata lain, strategi ini menekankan kolaborasi antara guru dan pelajar dalam
mempelopori sesuatu perkara atau topik secara penyempurnaan projek atau tugasan.
Sehubungan dengan itu, diharapkan semua guru sentiasa memilih strategi dan kaedah pengajaran
pembelajaran yang sesuai untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya
pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan berkesan. Dengan cara ini, ia dapat
membantu murid untuk mendapat pencapaian yang cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik
tetapi juga dalam kehidupan sehariannya. Secara tidak langsung, ia dapat melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dan seterusnya dapat
merealisasikan Wawasan 2020.

Bagi mengetahui dengan meyeluruh tentang strategi pengajaran pembelajaran, dua strategi akan
dikupas dan dibincangkan dalam tajuk berikutnya iaitu strategi pengajaran berpusatkan murid dan
strategi pengajaran berasaskan tugasan.
2.0 STRATEGI PENGAJARAN BERPUSATKAN MURID
Dewasa ini, strategi pengajaran berpusatkan murid telah banyak digunakan oleh para guru semasa
meyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran bahkan telah menjadi tren utama dalam inovasi
kurikulum seluruh dunia.
Noriati (2009) mendefinisikan strategi pengajaran berpusatkan murid sebagai pengambil alihan tugas
atau tanggungjawab daripada guru oleh murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Strategi ini
melibatkan murid secara aktif dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan seperti yang dinyatakan oleh
(Orlich et al.,2007) dalam Noriati (2009).
Dalam strategi ini, guru hendaklah memastikan murid-murid belajar sesuatu dan membina
pengetahuan mereka sendiri melalui aktiviti yang dilakukan. Esah (2003) menyatakan bahawa guru
hendaklah mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran semasa menyediakan
aktiviti untuk mereka.
Selain itu, strategi ini juga dapat meningkatkan penglibatan murid dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, meningkatkan kemahiran berfikir, menambahkan keyakinan diri, menggalakkan murid
menghasilkan idea dan memberi pendapat, menggalakkan murid membina ilmu dan mewujudkan
suasana kerjasama dalam kalangan murid (Shahabuddin,2007).
Strategi pengajaran berpusatkan murid mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Antaranya adalah seperti
yang dinyatakan oleh Noriati (2009) iaitu murid lebih minat dalam pelajaran, melibatkan komunikasi
dua hala, kepimpinan bercorak demokratik, membina kreativiti murid dan pembelajaran bercorak
pengarahan kendiri.
Menurut Amaljaya (2009), aktiviti yang dijalankan mengikut strategi pemusatan murid menjadikan
murid lebih member fokus dalam proses pembelajaran. Strategi ini adalah lebih sesuai apabila
maklumat tidak dapat disampaikan dengan berkesan melalui strategi pemusatan guru dan apabila
matlamat pengajaran merangkumi kemahiran kreatif dan kritikal (Noriati,2009).
2.1 KAEDAH PENGAJARAN YANG BERSESUAIAN DENGAN STRATEGI BERPUSATKAN MURID
SERTA TEORI-TEORI YANG BERKAITAN
2.1.1 Kaedah Pengajaran Perbincangan
Mengikut Gauthier (2001) dalam Noriati (2009), perbincangan merupakan satu proses aktif yang
melibatkan guru dan murid dalam persekitaran pembelajaran. Bond (2001) menegaskan bahawa
dalam perbincangan ini, murid akan menjadi lebih aktif (Noriati,2009).
Bagi menggalakkan penyertaan aktif murid dalam aktiviti pembelajaran, aktiviti berkumpulan perlu
diadakan supaya murid dapat berinteraksi sesama mereka sewaktu perbincangan-perbincangan yang
dijalankan (Shahabuddin et.al. , 2007).

Abd. Ghafar (2003) menjelaskan bahawa dalam kaedah ini, guru hendaklah memastikan murid
sentiasa berminat untuk mengikuti pembelajaran. Guru-guru perlu menggalakkan para pelajar berfikir
untuk lebih menghasilkan daya pemikiran yang lebih kreatif, inovatif dan menghasilkan idea yang
bernas.
Kaedah pengajaran perbincangan kumpulan ini termasuk dalam model pembelajaran koperatif. Noriati
(2009) menjelaskan bahawa pembelajaran secara koperatif yang dipelopori oleh Slavin (2005) adalah
merupakan pembelajaran aktif yang berupaya mengubah suatu situasi pembelajaran yang pasif
kepada suatu yang dinamis serta berpusatkan murid. Noriati (2009) menjelaskan bahawa terdapat
empat prinsip pembelajaran koperatif iaitu kebergantungan positif, interaksi bersemuka, penglibatan
seimbang dan akautabiliti individu.
Arends(2001) dalam Noriati(2009) menjelaskan bahawa kaedah perbincangan digunakan oleh guru
untuk mencapai tiga objektif pengajaran iaitu meningkatkan pemikiran dan membantu murid membina
kefahaman kandungan; merangsang penglibatan; serta membantu murid menguasai kemahiran
komunikasi dan proses pemikiran.
Menurut Noriati (2009) lagi, terdapat empat elemen penting yang perlu diberi penekanan sewaktu
seseorang guru ingin menggunakan kaedah perbincangan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran iaitu matlamat dan objektif P&P, saiz kumpulan, susunan bilik dan pemilihan topik yang
ingin dibincangkan.
Terdapat 5 teknik utama dalam pembelajaran koperatif. Pertama, Penyiasatan Berkelompok (Group
Investigation). Dalam teknik ini, setiap ahli kumpulan akan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti
sekolah untuk mendapatkan maklumat. Ini memerlukan murid mengenalpasti suatu topik yang
disiasat, merancang serta menjalankan penyiasatan. Semua maklumat yang telah diperolehi akan
dianalisis dengan cara terperinci untuk dipersembahkan dalam bentuk yang kreatif dan menarik.
Kedua, teknik Student Team Achievement Division (STAD). Dalam teknik ini, murid-murid perlu berada
dalam kumpulan kecil dan menggunakan lembaran kerja untuk menguasai suatu cabang
pengetahuan. Mereka saling membantu antara satu sama lain melalui tutorial, kuiz atau perbincangan
kumpulan.
Ketiga, teknik Jigsaw. Setiap kumpulan akan menghantar ahli untuk membentuk kumpulan pakar. Ahliahli dalam kumpulan pakar akan membincangkan sebahagian bahan akademik (yang telah disediakan
oleh guru). Selepas itu, semua ahli kumpulan pakar tadi akan kembali ke kumpulan asal masingmasing untuk berkongsi pengetahuan mereka dengan rakan sekumpulan. Motif utama dalam Jigsaw
ialah setiap murid dalam satu kumpulan akan menjadi pakar dalam topik tertentu dan
bertanggungjawab memberi tunjuk ajar kepada rakan sekumpulan tentang apa yang telah mereka
pelajari.
Teknik keempat ialah Team-Accelerated Instruction (TAI). Ia merupakan pendekatan secara
menyeluruh di mana pelajar mempunyai kebebasan bertindak dan guru boleh membentuk kelas
heterogeni. Pelajar yang mempunyai latar belakang yang berbeza ditentukan kepada kumpulan yang
heterogenus. Ini bertujuan untuk memberi peluang kepada murid yang rendah pencapaian supaya
dapat meningkatkan tahap pencapaiannya seiring dengan murid lain yang mempunyai pencapaian
tinggi.

Teknik kelima ialah Team Games Tournament (TGT). Dalam teknik ini, guru perlu memberitahu
pelajaran yang berkaitan sama ada dalam bentuk syarahan, demonstrasi atau pertunjukan visual.
Pelajar berbincang mengenai bahan yang disampaikan oleh guru. Kemudian pelajar akan bekerja
mengikut lembaran kerja yang disampaikan oleh guru untuk menguasai konsep. Pelajar akan bermain
suatu permainan berbentuk pertandingan di dalam bilik darjah.
Dalam kaedah perbincangan, terdapat dua teknik yang boleh digunakan iaitu teknik Putaran Giliran
(Round Robin) dan teknik Meja Bulat (Round Table). Dalam teknik Putaran Giliran, setiap ahli dalam
kumpulan akan mengutarakan pendapat masing-masing secara lisan mengikut putaran giliran mereka
Matlamatnya adalah untuk memberikan setiap ahli peluang mengemukakan idea masing-masing
sambil menerima dan menolak idea yang lain secara diplomasi. Melalui teknik ini berlakulah proses
bertukar-tukar idea dan pandangan agar idea yang diperuntukan itu akan menjadi lebih jelas dan
bermakna.
Manakala teknik Meja Bulat pula, ahli kumpulan dapat berkongsi maklumat secara bergilir-gilir dalam
mencurahkan idea yang dibincangkan. Setiap ahli memerlukan tambahan idea untuk melengkapkan
tugasan. Aktiviti berkongsi maklumat ini dapat dilaksanakan oleh ahli dalam kumpulan agar perkara
yang dibincangkan itu menghasilkan satu idea yang sangat bermakna. Melalui penurunan idea
tersebut, setiap ahli digalakkan untuk membaca dan menyemak hasil tugasan mereka agar tugasan
mereka mantap dan bermakna.
2.1.2 Aplikasi Kaedah Pengajaran Secara Perbincangan Dalam Subjek Bahasa Melayu Tahun 6.
Kaedah perbincangan kumpulan amat bersesuaian diaplikasikan dalam P&P bagi mata pelajaran
bahasa Melayu terutamanya dalam bahasa Melayu penulisan untuk murid Tahun 6 di bawah tajuk
penulisan karangan yang bertemakan isu alam sekitar.
Guru akan memulakan sesi pengajaran dengan memberikan set induksi yang dapat menarik minat
murid-murid untuk meneruskan aktiviti P&P. Contohnya, selepas memberi salam, guru meminta muridmurid memeriksa sampah di bawah kerusi masing-masing dan meminta mereka mencuci dan
membuang sampah yang berdekatan dengan mereka. Selepas itu, guru mengucapkan tahniah dan
memberikan pujian kepada murid-murid atas kesudian mereka membuang sampah tersebut.
Kesannya, emosi murid akan berada dalam gembira dan bersemangat untuk meneruskan P&P.
Menurut teori pelaziman klasik J.B. Watson (1878-1958) dalam Noriati (2009), emosi kanak-kanak
dapat dibentuk melalui proses pelaziman. Jadi, pembentukan emosi yang positif sebelum memulakan
P&P amatlah penting bagi memastikan murid-murid bersedia untuk meneruskan pembelajaran.
Seterusnya, guru mengaitkan perbuatan murid tadi dengan kepentingan menjaga alam sekitar serta
menceritakan senario yang berlaku di Malaysia tentang masalah pencemaran alam sekitar.
Kemudian, guru membentuk beberapa kumpulan kecil. Katakan guru membentuk 6 kumpulan kecil
iaitu kumpulan A,B,C,D,E dan F. Setiap kumpulan perlu melantik seorang ketua kumpulan. Guru juga
digalakkan untuk memilih ketua kumpulan kerana guru lebih tahu akan kebolehan murid-muridnya.
Pembentukan kumpulan boleh dibuat melalui bulan kelahiran, saiz kasut, dan sebagainya.
Setiap ketua kumpulan diminta mengambil kad soalan daripada guru. Sebanyak tiga soalan yang
berbeza dikemukakan dan ini bermakna dua kumpulan akan mendapat soalan yang sama.

Selain itu, guru juga membekalkan sehelai kertas mahjong dan dua batang marker pen bagi setiap
kumpulan. Mereka akan mencatatkan segala isi perbincangan di atas kertas mah-jong tersebut
dengan menggunakan pengurusan grafik seperti peta minda, jadual, carta alir dan sebagainya.
Dalam kad soalan tersebut, murid-murid dikehendaki membincangkan tentang punca-punca
pencemaran, kesan-kesan pencemaran dan langkah-langkah yang yang perlu diambil bagi
menangani masalah tersebut. Dalam kumpulan tersebut, murid-murid perlu menyumbangkan idea
masing-masing. Mereka boleh menggunakan teknik Meja Bulat atau Putaran Giliran. Bagi
memudahkan perbincangan kumpulan, guru boleh menetapkan teknik yang akan digunakan oleh
setiap kumpulan.
Apabila murid berbincang dan mengemukakan idea, mereka biasanya akan mengeluarkan pendapat
mereka berdasarkan pengalaman dan pengetahuan sedia ada mereka. Hal ini berkait rapat dengan
teori pembelajaran konstruktivisme yang dipelopori oleh Jean piaget (yang dikenali sebagai
Konstruktivisme psikologi/ individu/kognitif/kognitif)dan Lev Vygotsky (yang dikenali sebagai
konstruktivisme sosial).
Menurut Lev Vygotsky dalam dalam Noriati (2009), dalam sesi perbincangan, hubungan sosial berjaya
diwujudkan seterusnya individu saling membina pengetahuan baru. Penglibatan dengan orang lain
member peluang kepada murid untuk menilai dan meningkatkan pengetahuan diri.
Ketika sesi perbincangan, guru perlu bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain untuk
menegaskan perkara-perkara yang perlu dibincangkan dan mengarahkan perbincangan sentiasa
menghala ke arah perkara yang betul. Dengan kata lain, guru bertindak sebagai fasilitator untuk
membantu dan membimbing murid-murid untuk mengeluarkan idea masing-masing.
Guru perlu menetapkan masa perbincangan kumpulan bagi memastikan mereka tidak melakukan
perbincangan dengan main-main dan berbual tentang perkara-perkara yang tidak berkaitan. Setelah
tamat perbincangan guru hendaklah meminta setiap kumpulan untuk melaporkan isi-isi perbincangan.
Guru memberi peneguhan positif melalui pujian kepada semua murid kerana memberikan komitmen
sepenuhnya dalam perbincangan.
Peneguhan yang diberikan oleh guru ini termasuk dalam teori pelaziman operan B.F. Skinner.
Mengikut Skinner, peneguhan boleh dibahagikan kepada dua iaitu peneguhan positif dan peneguhan
negatif. Menurut Baldwin dan Baldwin (2001) dalam Noriati (2009), peneguhan positif menjadi
rangsangan kepada tingkah laku seterusnya manakala peneguhan negatif ialah peneguhan yang
diberikan memungkinkan tingkah laku diteruskan apabila rangsangan yang tidak selesa disingkirkan.
Hasil perbincangan boleh dicatatkan di papan tulis. Guru perlu membuat perbincangan semula
dengan murid-murid bagi memilih isi-isi dan idea-idea yang bernas. Bagi mengakhiri P&P ini, guru
mengarahkan murid-murid untuk menjalankan aktiviti penulisan karangan berdasarkan isi-isi yang
telah dibincangkan. Murid boleh menyiapkan esei ini di rumah dan perlu dihantarkan pada keesokan
harinya.
2.2 IMPLIKASI KAEDAH PENGAJARAN DENGAN PEMBELAJARAN

Kaedah ini memberi impak yang amat baik terhadap perkembangan pendidikan masa kini. Hal ini
demikian kerana, kaedah perbincangan ini menekankan aspek penglibatan murid berbanding kaedah
tradisional yang berpusatkan guru.
Kaedah perbincangan ini dapat merangsang minda murid-murid. Melalui kaedah ini, murid akan
berusaha untuk memberikan idea dan pandangan serta melibatkan diri secara aktif dalam
pembelajaran. Dengan kata lain, kaedah ini dapat mengubah diri murid daripada pasif kepada lebih
aktif. Penglibatan murid-murid secara aktif dalam proses pembelajaran membolehkan minda mereka
berkembang.
Pembelajaran secara koperatif dapat meningkatkan kemahiran sosial antara murid. Mengikut
pendapat Shahabuddin et.al.(2007), kaedah koperatif ini dapat memupuk sifat penyayang, kerjasama,
hubungan yang erat antara murid dan sebagainya. Kaedah ini menggalakkan murid-murid mengajar
sesama sendiri dan bantu-membantu antara satu sama lain dalam kumpulan seterusnya dapat
mengukuhkan hubungan persahabatan antara murid-murid.
Selain itu, kaedah perbincangan membolehkan pelajar meningkatkan kefahaman dan berkeupayaan
untuk menyelesaikan masalah. Hal ini demikian kerana, murid-murid akan cuba membuat
perbincangan yang rapi dalam kumpulan mereka. Apabila semua murid memberikan pandangan,
maka pemahaman mereka terhadap sesuatu topik yang dibincangkan akan meningkat dan
memudahkan
untuk
mereka
meyelesaikan
sesuatu
masalah.
Implikasi yang negatif dalam kaedah ini adalah disiplin sesetengah murid menjadi tidak terkawal
semasa sesi perbincangan. Hal ini dapat mengganggu murid-murid yang lain yang memberi fokus
kepada isi perbincangan.
3.0 STRATEGI PENGAJARAN BERASASKAN TUGASAN
Menurut Sharifah (1986), strategi pengajaran berasaskan tugasan telah dikemukakan oleh Professor
William Heard Kilpatrick ( 1871-1965 ) yang mana telah diubah suai daripada kaedah penyelesaian
masalah John Dewey. Strategi ini merupakan suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pesat
berkembang dalam zaman moden ini.
Noriati (2009) menjelaskan bahawa dalam strategi ini, guru melibatkan murid dalam aktiviti atau
tugasan yang memberikan mereka peluang untuk mengaplikasikan apa-apa yang dipelajari. Dalam
menghasilkan aktiviti menggunakan strategi ini, guru perlu mengambil kira beberapa kriteria. Pertama,
aktiviti yang dipilih mesti berfokus kepada matlamat utama topik yang ingin diajar. Kedua, guru perlu
mempelbagaikan aktiviti berdasarkan matlamat pengajaran. Ketiga, guru hendaklah memastikan
aktiviti yang dirancang membuka ruang dan peluang kepada murid untuk berinteraksi dan membuat
refleksi. Keempat, guru perlu memastikan setiap aktiviti perlu dipersembahkan dan dipantau bagi
menghasilkan
P&P
yang
berkesan.
Kajian John Brodi (2008) menunjukkan strategi pengajaran berasaskan tugasan mampu
meningkatkan keyakinan dan motivasi murid seterusnya menjadikan murid lebih aktif dalam P&P. Bagi
menjadikan proses P&P lebih bermakna, guru perlu menegaskan tujuan-tujuan dan objektif-objektif
pembelajaran berdasarkan aktiviti yang bakal dilakukan supaya murid-murid dapat melibatkan diri
dalam aktiviti tersebut. Apabila murid mula melaksanakan aktiviti dan tugasan, guru boleh memantau

kemajuan dan member bantuan jika perlu. Di akhir tugasan, guru perlu membuat sesi perbincangan
dan refleksi dengan murid tentang tugasan yang telah dijalankan.
3.1 KAEDAH PENGAJARAN YANG BERSESUAIAN DENGAN
BERASASKAN TUGASAN SERTA TEORI-TEORI YANG BERKAITAN

STRATEGI

PENGAJARAN

3.1.1 Kaedah Simulasi


Kaedah simulasi adalah sesuai digunakan dalam P&P berteraskan strategi pengajaran berasaskan
tugasan. Simulasi merupakan satu gambaran abstrak sesuatu situasi sebenar yang memerlukan
pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing untuk menyelesaikan
sesuatu masalah atau isu. Ia merupakan satu situasi yang diwujudkan untuk menyerupai keadaan
sebenar dengan cara menggunakan masalah-masalah yang benar-benar wujud atau menyediakan
situasi-situasi yang benar-benar wujud di dalam keadaan yang terkawal.
Menurut Noriati (2009), untuk mencapai hasil pembelajaran, murid perlu melalui tugasan dalam
simulasi serta membentuk konsep dan kemahiran yang diperlukan dalam pencapaian sesuatu aspek
atau bidang.
Terdapat beberapa ciri kaedah simulasi. Pertama, simulasi merupakan satu pembelajaran melalui
pengalaman. Murid belajar daripada kesilapan dan berpeluang untuk meningkatkan diri dalam situasi
yang berikutnya. Kedua, dalam kaedah simulasi, peranan murid agak luas, kerana peserta bukan
sahaja dikehendaki memegang peranan sebagaimana yang ditentukan tetapi mereka perlu
berbincang dan memberi sumbangan kepada perserta-perserta bagi membuat keputusan. Ketiga,
murid dikehendaki berinteraksi secara dinamis dalam sistem yang berkaitan, membuat keputusan dan
menyelesaikan
masalah
yang
dihadapi.
Menurut Joyce et al. (2002) dalam Noriati (2009), model simulasi mengandungi empat fasa iaitu
orientasi, latihan peserta, proses simulasi dan perbincangan. Fasa orientasi merupakan fasa guru
mengemukakan topik yang ingin diajar, menerangkan konsep dalam simulasi serta memberikan
gambaran umum tentang aktiviti dalam simulasi.
Dalam fasa kedua, murid akan diperkenalkan tentang peraturan, peranan murid, prosedur, cara
mendapat skor serta matlamat simulasi. Guru akan mengagihkan peranan kepada setiap murid
supaya mereka mengetahui peranan mereka.
Murid-murid akan mula melakukan simulasi dalam fasa yang ketiga. Pada fasa ini, guru akan
bertindak sebagai pengadil dan jurulatih. Guru juga boleh memberhentikan proses simulasi buat
seketika bagi mendapatkan maklum balas daripada murid, menilai prestasi dan memperjelas salah
tanggapan yang berlaku semasa proses simulasi.
Selepas murid-murid menjalankan proses simulasi, guru hendaklah membuat perbincangan bersama
murid tentang hasil pembelajaran dan refleksi daripada hasil aktiviti yang telah dijalankan. Ini adalah
merupakan fasa yang keempat.
3.1.2 Aplikasi Kaedah Simulasi Bagi Mengajar Subjek Bahasa Melayu Tahun 6.

Katakan seorang guru yang ingin mengajar subjek bahasa Melayu tahun 6 dalam tajuk penulisan
karangan jenis cerita. Pertama, guru akan memberikan salam kepada murid-murid dan mengambil
kedatangan murid-murid. Guru bertanyakan khabar dengan murid-murid dan meminta mereka
bersedia untuk meneruskan pembelajaran.
Guru meminta semua murid untuk datang ke hadapan untuk mengambikkertas undian kumpulan yang
terdiri daripada nombor 1 hingga 6. Kemudian, guru memberitahu murid supaya berada dalam
kumpulan mengikut nombor yang mereka dapat. Cara pembahagian kumpulan ini membantu murid
untuk berinteraksi antara satu sama lain bagi mencari ahli kumpulan masing-masing.
Kumpulan yang berjaya dibentuk dahulu diberi pujian dan hadiah oleh guru manakala kumpulan yang
terakhir yang dapat dibentuk dikenakan denda untuk menyanyikan sebuah lagu. Melalui cara ini,
murid akan bersemangat untuk meneruskan pembelajaran. Peneguhan dan hukuman yang diberikan
oleh guru ini amat berkait rapat dengan teori pelaziman operan B.F. Skinner. Dalam teori Skinner,
peneguhan dibahagikan kepada dua iaitu peneguhan positif dan negatif. Hukuman juga dibahagikan
kepada dua iaitu hukuman beri dan hukuman tarik.
Hukuman beri mengurangkan kemungkinan tingkah laku diulangi hasil daripada rangsangan yang
diberikan manakala hukuman tarik mengurangkan kemungkinan tingkah laku diulangi hasil daripada
rangsangan yang selesa ditarik balik (Noriati, 2009). Dalam kes tadi, kumpulan terakhir yang dapat
dibentuk dikenakan hukuman beri iaitu mereka terpaksa menyanyikan sebuah lagu.
Proses pengajaran diteruskan dengan perlantikan seorang ketua bagi setiap kumpulan. Pemilihan
ketua kumpulan adalah berdasarkan tarikh lahir. Murid yang paling tua automatik dilantik menjadi
ketua. Kemudian, ketua kumpulan diminta untuk mencabut kad tugasan daripada guru. Dalam kad
tersebut tercatat situasi-situasi yang perlu dilakonkan oleh murid bagi setiap kumpulan.
Dalam masa yang ditetapkan, murid-murid perlu berbincang antara ahli kumpulan tentang watakwatak yang yang diperlukan. Guru perlu memastikan semua murid terlibat dalam aktiviti perbincangan
ini.
Kemudian, setiap kumpulan diminta melakonkan situasi-situasi yang dikehendaki dalam kad tugasan
tadi dalam bentuk simulasi. Kumpulan yang tidak terlibat semasa simulasi dikehendaki mencatat ideaidea yang dikeluarkan oleh kumpulan yang melakukan simulasi. Proses ini diulang kepada kumpulan
yang lain pula.
Selepas simulasi tamat, guru memberikan pujian bagi membangkitkan semangat murid-murid. Guru
membuat
refleksi
bersama
pelajar
tentang
aktiviti
yang
telah
dijalankan.
Di akhir pengajaran, guru meminta murid menulis satu karangan berbentuk cerita berdasarkan manamana simulasi yang telah dilakukan oleh setiap kumpulan. Guru menetapkan supaya murid-murid
menyiapkan tugasan ini di rumah dan murid dikehendaki menghantar karangan ini pada keesokan
harinya.
3.2 IMPLIKASI KAEDAH PENGAJARAN DENGAN PEMBELAJARAN

Pertama, kaedah simulasi membolehkan murid menggunakan bahasa dengan lebih berfungsi dan
memberi murid peluang berinteraksi dan berkomunikasi dengan berkesan. Hal ini demikian kerana
dalam kaedah simulasi, semua murid perlu memberikan idea secara verbal.
Kedua, kaedah simulasi membantu pelajar bekerjasama dan menanamkan sikap positif. Kaedah
simulasi membolehkan murid berbincang dan berfikir secara kreatif, analisis dan kritis. Kaedah
simulasi ini juga dapat membantu pelajar mempertingkatkan kemahiran mereka seperti kemahiran
menjawab, dimana para pelajar akan memberi pendapat, cadangan, bantahan, membuat keputusan
dan menyelesaikan masalah semasa dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
4.0

RUMUSAN

Dalam menghadapi arus globalisasi dalam dunia pendidikan ini, guru perlu bersiap sedia dengan ilmu
pengetahuan dan mempelbagaikan strategi dan kaedah pengajaran bagi menjadikan suasana kelas
lebih
menarik
seterusnya
dapat
menghasilkan
P&P
yang
berkesan.
Strategi pengajaran yang berpusatkan murid perlu diberi keutamaan sewaktu menjalankan P&P agar
murid-murid dapat melibatkan diri secara aktif. Kaedah perbincangan adalah sangat sesuai dijalankan
kerana kaedah ini melibatkan semua murid untuk memberi pandangan dan idea seterusnya dapat
membina hubungan sosial dalam kalangan murid.
Selain itu, strategi pengajaran berasaskan tugasan juga tidak boleh diabaikan. Hal ini demikian kerana
strategi ini dapat member peluang kepada murid untuk mengaplikasi apa-apa yang dipelajari oleh
mereka. Kaedah simulasi perlu dilaksanakan oleh guru bagi memberikan peluang kepada murid-murid
untuk melakonkan mengikut situasi hampir sama dengan situasi yang sebenar. Di samping itu, kaedah
simulasi dapat menjana kreativiti pemikiran murid dan memantapkan kemahiran berbahasa.
5.0

CADANGAN

Sebagai seorang guru, haruslah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan Oleh itu, perancangan
guru seharusnya lebih kreatif dari segi mengadakan pelbagai kemudahan dan sumber rujukan supaya
aktiviti P&P menjadi lebih bermakna dalam mendorong proses P&P menjadi lebih sempurna.
Dalam proses membentuk kumpulan, guru perlu mempelbagaikan cara untuk membahagikan
kumpulan supaya murid-murid dapat merasai pengalaman bersama murid-murid yang lain.
Selain itu, guru perlu mengambil kira aspek kesesuaian tempat sekiranya ingin menjalankan kaedah
simulasi agar murid-murid berasa selesa semasa mempersembahkan simulasi mereka.
Bagi memastikan disiplin murid sentiasa terkawal, guru hendaklah memberitahu murid supaya
berbincang dalam keadaan yang tidak mengganggu murid-murid yang lain sebelum mengarahkan
murid melakukan sesuatu aktiviti. Sekiranya murid masih dalam keadaan bising, guru perlu bertindak
cepat
untuk
member
amaran
kepada
murid
yang
membuat
bising.
RUJUKAN
Jurnal

Mohamad Johdi Hj. Salleh (2007). Guru Efektif dan Peranan Guru dalam Mencapai Objektif

Persekolahan Sekolah Rendah: Perspektif Guru Besar : Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut
Perguruan Batu Lintang.
John Brodi (2009). Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek: Satu Kajian Kes Teaching
School,IPTAR
:
Jabatan
Ilmu
Pendidikan,
IPTAR
Buku

Abd. Ghafar M.D (2003). Prinsip dan Amalan Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd.
Esah Sulaiman (2003). Modul Pengajaran: Asas Pedagogi. Skudai, Johor Bahru: Universiti Teknologi
Malaysia.
Shahabuddin Hashim,Dr.Rohizani Yaakub & Mohd.Zohir Ahmad. (2007). Pedagogi: Strategi dan
Teknik Mengajar Dengan Berkesan. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.
Noriati A. Rashid,Boon Pong Ying dan Sharifah Fakhriah .(2009). Murid dan Alam Belajar.Shah
Alam:Oxford Fajar Sdn Bhd.
Sharifah Alwiyah Alsagoff (1983). Ilmu Pendidikan : Pedagogi (edisi pertama). Kuala Lumpur :
Heinemann (Malaysia) Sdn. Bhd.
Syed Ismail & Ahmad Subki (2008). Budaya dan Pembelajaran. Penerbit Multimedia Sdn. Bhd.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Kuala Lumpur.
Choong Lean Keow. (2009). Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia Untuk Kursus Perguruan
Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun. Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
Internet
:
Amaljaya. (2009, May 06). Teaching Strategies. Retrieved Ogos 24, 2010, from Info Pendidik Guru:
http://amaljaya.com/guru/2009/05/06/teaching-strategies/

Anda mungkin juga menyukai