Anda di halaman 1dari 4

Tujuan, peraturan dan persediaan pengembaraan:

Pengenalan:

Aktiviti pengembaraan boleh dijalankan dengan cara berjalan kaki,


berbasikal, berperahu, berkayak, dan sebagainya.
Pelbagai cabaran akan dilalui sama ada susah mahupun mudah
memandangkan setiap pengembaraan akan melalui perkampungan,
jeram, sungai, hutan pergunungan, bukit-bukau, pesisiran pantai, dan
sebagainya.
Secara am, pengembaraan= perjalanan yang mempunyai tujuan dengan
menempuh pelbagai cabaran dan rintangan.

Jenis-jenis pengembaraan :

Menyiasat alam semula jadi


Menyiasat tempat, kawasan dan bahan bersejarah
Melakukan kajian geografi, dan sosiologi
Pengembaraan khusus
Pengembaraan misteri
Pengembaraan survival

Tujuan pengembaraan:

Individu dapat menambahkan pengetahuan, pengalaman, ilmu,


kemahiran dan mematangkan diri.
Mempratikkan segala ilmu berkaitan dengan hutan, akademik yang
dipelajari di sekolah seperti ilmu geografi, sejarah, matematik,
ekonomi rumahtangga dan sebagainya
Mengkaji tanah, jenis binatang ataupun serangga, jenis-jenis
tumbuhan, bentuk muka bumi, penempatan penduduk dan banyak
lagi yang dapat dipelajari.

Tujuan pengembaraan:

Melatih para pengembara supaya tajam penglihatan iaitu melalui


pemerhatian terhadap alam sekeliling yang dilalui dan mengesan tandatanda alam semula jadi apabila aktiviti mendaki dijalankan.
Melatih para pengembara supaya tajam pendengaran iaitu bunyian seperti
bunyi burung, unggas, serangga bahkan binatang-binatang yang lain
Dapat menguji ketahanan fizikal dan jasmani pengemabara supaya
mempunyai tenaga, sabar, lasak, tabah, cekal dan memiliki pelbagai sifat
positif.
Dapat mengajar pengembara sikap bertanggungjawab, tegas, berani dan
berdikari

Persediaan mengembara:
Kelengkapan mengembara:

1. Ransel atau harvesack dan cara mengisi barang


Beg yang sesuai digunakan supaya barang keperluan yang dibawa tidak
rosak dan pemgembara berada dalam keadaan selesa
Rasel atau harvesack=beg yang dicipta khas bagi memuatkan barangbarang keperluan mengembara dan berkhemah.
Biasanya digunakan oleh anggota tentera semasa membuat operasi.
Rasel diperbuat daripada kain tebal atau nilon dan terdapat dalam
pelbagai jenis, saiz dan reka bentuk.(Biasa dapat memuatkan di antara
8kg-10kg)
Beberapa perkara yang perlu diambil kira:
a) Cara penyusunan peralatan dan barang keperluan harus mengambl
kira aspek berikut:
i.
Peralatan yang berat diletakkan di bahagian bawah manakala
yang ringan diletakkan di bahagian atas
ii.
Letakkan peralatan yang mudah pecah di bahagian atas
iii.
Peralatan tidur dan pakaian diletakkan di bahagian bawah
kerana lambat digunakan
iv.
Peralatan penting dan perlu digunakan sebaik sampai di
tapak perkhemahan hendaklah diletakkan di bahagian atas,
supaya mudah mengeluarkannya
b) Pastikan peralatan tajam hendaklah dimasukkan ke dalam sarung
atau dibalut dengan kain bagi menjamin keselamatan pengembara
c) Masukkan kesemua barang ke dalam beg supaya tidak tercicir dan
tidak banyak beg yang dibawa, kecuali keperluan seperti khemah,
tikar dan peralatan yang mempunyai bekas khas.
d) Barang yang mudah pecah hendaklah dimasukkan ke dalam bekas
dan dilapik atau dibalut supaya tidak berlaga antara satu sama lain
e) Bagi menjimatkan ruang, pakaian yang dibawa sebaiknya dilipt dua
keudian digulung kecil dan kemas.

Persiapan dan perancangan sebelum pengembaraan:


Setiap aktiviti yang dilakukan seharusnya hendaklah dibincang dan
dirancang antara ahli terlebih dahulu. Perbincangan itu hendaklah
mencakupi persiapan sebelum, semasa dan selepas
pengembaraan.Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil kira:
1. Kebenaran daripada pihak-pihak tertentu: Memohon kebenaran
daripada pihak-[ihak tertentu seperti polis, pesuruhjaya, sekolah, ibu
bapa, pemilik atau pihak berkuasa tempat yang hendak dituju.
2. Tarikh dan masa pengembaraan: Pengembaraan boleh dilakukan
pada musim panas ataupun musim hujan. Pada musim hujan
pengembaraan lebih mencabar dan menyeronokkan. Tetapi mesti

3.

4.

5.

6.

pastikan musim hujan itu tidaklah berbahaya seperti berlakunya banjir


besar, tanah runtuh, dan keadaan-keadaan jelas dapat menjejaskan
keselamatan. Tarikh hendaklah ditetapkan supaya pihak-pihak tertentu
seperti pihak polis mengetahui anda sedang melakukan aktiviti
tersebut.
Pakaian mengembara dan peralatan mengembara: Pemilihan
pakaian yang sesuai penting bagi membolehkan pengembara itu dapat
melakukan aktiviti dalam keadaan selesa dan selamat. Kasut yang
sesuai juga penting, jangan menggunakan selipar ketika mendaki.
Tapak kasut hendaklah mencengkam supaya tidak berlaku sebarang
kemalangan yang boleh mengakibatkan kecederaan. Hidup dalam
hutan adalah berbeza daripada kehidupan di rumah. Oleh itu tidak
perlu membawa makanan dan peralatan yang mewah.
Kemahiran dan latihan: Ahli kembara hendaklah serba sedikit
menyiap dan melengkap diri dengan beberapa kemahiran tertentu
mengenai ilmu kehutanan. Antara latihan-latihan penting adalah :
a) Pengiraan skala dalam peta topo
b) Mengenal petunjuk peta dalam peta topo
c) Cara membaca peta dan grid
d) Cara menggunakan kompas dan cara membaca kompas
e) Pemilihan pakaian, peralatan, makanan yang sesuai
f) Cara memasak makanan yang ringkas
g) Beberapa peraturan seperti peraturan di jalan raya, pejalan kaki,
keselamatan di air, bukit-bukau dan sebagainya
h) Mengetahui cara cara memberi asas pertolongan cemas kepada
rakan sepasukan
i) Menulis dan membuat laporan
j) Disiplin sebelum, semasa dan selepas perkhemahan
Alat pertolongan cemas: Setiap perjalanan hendaklah dilengkapi
dengan alat bantuan asas pertolongan cemas. Peti pertolongan cemas
penting bagi setiap kumpulan pengembara. Secara terperinci rujuk
bahagian ubatan bagi mengetahui serba sedikit mengenai perubatan
pertolongan cemas ini.
Peralatan yang dibawa:
Peta topo yang lengkap dan kemas
Soalan pengembaraan
Khemah
Peralatan memasak seperi periuk, kuali, pinggan dan sebagainya
Beras serta makanan kering secukupnya
Peralatan peribadi seperti sabun mandi, ubat gigi dan
sebagainya
Uniform, pakaian riadah dan baju tidur
Peralatan menulis seperti buku log, pensel dan sebagainya
Kamera
Lampu picit, lilin dan pelita
Peti pertolongan cemas, ubatan peribadi
Wang secukupnya

Peraturan/Perkara diambil kira:


1. Pengembara perlu menunjukkan disiplin yang tinggi
2. Berpakaian sopan dan selesa sepanjang pengembaraan
3. Menunjukkan sikap kerjasama yang tinggi. Hendaklah mengagihkan tugas
dengan adil kepada setiap ahli.
4. Pengembara hendaklah membuat sketch perjalanan dengan menandakan
penempatan, bentuk muka bumi, tanaman dan sebagainya.Ini bertujuan
bagi memudahkan laporan dibuat di akhir pengembaraan.
5. Pastikan setiap ahli yang mahu mengadakan pengembaraan sudah
mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa seperti pihak polis,
penghulu, ketua kampung, ketua-ketua di jabatan kerajaan dan swasta.
Surat kebenaran hendaklah dibawa bersama-sama sepanjang perjalanan
bagi memudahkan perjalanan.
6. Sebelum pengembaraan dilakukan, ahli hendaklah terlebih dahulu
menentukan arah, matlamat dan tempat yang hendak dituju sepanjang
hari tersebut.
7. Semasa berjalan dalam kumpulan, pastikan jarak tidak terlalu jauh
daripada setiap ahli kumpulan lain. Selain itu peta topo dan kompas
hendaklah ada pada setiap orang ahli. Semua ahli bertanggungjawab
menjaga ahli yang sakit. Sekiranya ada ahli yang sakit, jangan dibiarkan
bersendirian.
8.

Anda mungkin juga menyukai