Anda di halaman 1dari 15

PENGGUNAAN KAEDAH KOTAK AJAIB MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID

TAHUN 4 DALAM MEMBINA SIFIR


Oleh
Dk. Nur Azmina Binti Ak. Chuchu
Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
1.0

PENGENALAN

Matematik merupakan salah satu subjek teras yang amat penting untuk dikuasai oleh murid
khasnya murid di sekolah rendah. Kegagalan menguasai subjek ini diperingkat awal akan
menimbulkan kesan yang negatif kepada pembelajaran diperingkat yang lebih tinggi. Dalam
mencapai status negara maju dalam tahun 2020, beberapa perubahan dasar telah dibuat
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam proses memperkasa sistem pendidikan di
Malaysia bagi memenuhi keperluan negara di masa akan datang. Dalam perubahan dasar
tersebut, ia turut melibatkan subjek Matematik. Hal ini kerana, Matematik merupakan subjek
penting dan juga merupakan subjek kritikal khasnya di sekolah rendah.
Terdapat empat operasi asas dalam matematik iaitu operasi tambah, tolak, darab dan
bahagi. Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), antara perkara yang menjadi
fokus adalah membolehkan murid menguasai keempat-empat kemahiran tersebut.
Menguasai keempat-empat kemahiran asas Matematik itu adalah penting kerana ia
merupakan asas dalam menguasai tajuk yang lebih kompleks di dalam subjek matematik
dan juga asas untuk menguasai subjek-subjek lain seperti sains.
Matematik merupakan satu cabaran kepada generasi muda di Malaysia pada masa kini.
Skemp (1989), seorang pakar psikologi dan matematik menyatakan bahawa mata pelajaran
Matematik adalah subjek yang sukar dan lebih susah untuk dikuasai berbanding dengan
subjek-subjek yang lain. Kajian oleh Harries dan Bramby (2008) berpendapat bahawa
perwakilan konsep darab dengan cara susunan adalah lebih baik berbanding dengan
perwakilan lain. Hal ini kerana cara susunan dapat menunjukkan sifat komutatif operasi
darab, manakala konsep yang lain seperti garis nombor, set atau kumpulan dan nisbah tidak
dapat menunjukkan sifat tersebut dengan jelas.

1.1

REFLEKSI KAJIAN LALU


1

Semasa menjalankan praktikum fasa ketiga, saya mendapati beberapa orang murid dalam
kelas tahun 4 Hibiscus menghadapi masalah dalam penguasaan sifir. Pemerhatian saya
juga mendapati murid tahu menyelesaikan operasi darab tetapi oleh kerana tidak menguasai
sifir, murid tidak dapat menjawab dengan tepat. Selain itu, melalui ujian sifir yang dijalankan,
beberapa orang murid tidak dapat menguasai sifir dengan baik. Kaedah hafal dan tanya
yang dipraktikkan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran gagal untuk menarik minat
murid menghafal sifir.

Pengenalan kepada kaedah baru perlu agar guru dapat menggerakkan motivasi murid
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini dinyatakan oleh Tengku Sarina (2006)
bahawa tujuan penggunaan pelbagai kaedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran
ialah menggerakkan motivasi dalaman murid supaya terus berminat mengikuti pengajaran
guru. Penguasaan sifir penting kepada murid dan sekiranya masalah murid menguasai sifir
ini tidak dibendung, hal ini akan mendatangkan masalah kepada murid untuk meneruskan
pembelajaran dalam topik lain yang melibatkan operasi darab.

1.2

FOKUS KAJIAN

Fokus kajian adalah menjurus kepada masalah penguasaan sifir. Melalui pemerhatian saya,
murid tahu menyelesaikan operasi darab tetapi tidak dapat menjawab dengan tepat kerana
masih tidak menguasai sifir. Sebelum ini, murid telah diminta untuk menghafal sifir dan
sebelum proses pengajaran dan pembelajaran bermula mereka akan diminta untuk
membaca sifir-sifir yang dipilih oleh guru. Berdasarkan pemerhatian, murid dapat membaca
sifir dengan baik bersama rakan-rakan mereka. Hal ini kerana, murid yang telah menghafal
sifir dapat membaca sifir dengan baik dan jelas manakala murid yang masih belum dapat
menghafal sifir hanya mengikut rakan-rakan yang lain. Oleh itu, mereka yang masih tidak
dapat menghafal sifir tidak dapat dikesan oleh guru. Setelah melihat kepada latihan-latihan
yang diberi, murid-murid yang tidak dapat menguasai sifir dapat dikenal pasti. Hal ini kerana,
latihan yang dibuat tanpa bantuan rakan lain menyebabkan mereka tidak dapat
menyelesaikan operasi darab dengan betul.

Selepas menjalankan ujian diagnostik (rujuk Lampiran 4), saya mendapati seramai 10 orang
murid lemah dalam penguasaan sifir. Daripada 10 soalan yang diberi, hanya seorang murid
2

daripada 10 orang tersebut mendapat 4 jawapan betul. Setelah saya melihat kepada kertas
jawapan mereka, saya mendapati kebanyakan dari mereka tidak dapat menghasilkan
jawapan yang betul kerana tidak menguasai sifir.
Melalui pemerhatian saya juga, terdapat juga murid yang membina sifir menggunakan
kaedah Jadual Sifir Pelbagai Guna (JSPG) (rujuk Lampiran 1) sebelum mula menjawab
soalan ujian. Mereka mengambil masa lebih kurang 5 ke 10 minit untuk membina sifir
menggunakan JSPG tersebut dan saya perhatikan sifir yang dibina juga tidak semuanya
betul. Berkemungkinan murid tersalah kira bagi hasil darab yang mempunyai nilai yang
besar. Oleh itu, saya memikirkan kaedah lain bagi membantu murid membina sifir dengan
cara yang cepat dan betul.
Menurut Cooper (1994), sesetengah murid mendapati pola adalah berguna dalam
mempelajari pendaraban. Oleh itu, kajian ini berfokuskan kepada satu kaedah iaitu kaedah
kotak ajaib dalam membantu murid menguasai sifir 3 hingga 9 dan seterusnya dapat
menjawab soalan pendaraban melibatkan sebarang nombor dengan dua dan satu digit.
Melalui kaedah ini, murid hanya perlu tahu setiap langkah untuk menyusun nombor dan
mengenal nombor yang lebih besar atau nombor yang lebih kecil. Kaedah ini dapat
membantu murid untuk membina sifir 3 hingga 9 dengan mudah dan cepat. Ini disokong
oleh kajian yang dijalankan oleh Azizi Bin Subeli dan Hu Laey Nee (2010) yang bertajuk
Kesan Penggunaan Kaedah Kotak Magik Dalam Kemahiran Mendarab.
Melihat kepada cadangan kajian lanjutan oleh Azizi(2010), mereka memberi cadangan
bahawa kaedah ini boleh dilanjutkan kepada murid-murid tahun lain seperti Tahun 3, 4, 5
dan 6 dan seterusnya memperkembangkan penggunaan kaedah kotak ajaib kepada sifir 2
hingga sifir 9 kerana dalam kajian mereka, hanya melibatkan penggunaan kaedah kotak
ajaib kepada sifir 6 hingga 9 sahaja. Oleh itu, dalam kajian saya, saya akan
memperkenalkan kaedah kotak ajaib bermula dari sifir 3 hingga 9.
Kotak ajaib adalah grid yang mengandungi susunan nombor tertentu bagi tujuan
pendaraban. Ia terdiri daripada sembilan petak. Dalam petak-petak berkenaan, nombor
disusun bagi tujuan pendaraban. Pendaraban menggunakan kaedah kotak ajaib sebenarnya
mengaplikasikan corak nombor dalam memudahkan pendaraban kerana ia melibatkan
susunan nombor yang membentuk corak nombor yang tertentu.
Berikut merupakan kaedah kotak ajaib dalam membina sifir genap:

Rajah 1 : Kotak ajaib bagi sifir genap


Kaedah pembinaan sifir 4, 6 dan 8.

Bagi sifir 4 bermula di


sini

12

24

36

20

32

16

28

Apabila urutan nombor


selepas lebih kecil nilainya,
nombor tersebut akan
ditambah 10.
Nilai 2 kurang daripada nilai
8, oleh itu 10 ditambah
daripada nilai 2 menjadi 12.

Rajah 2: Sifir 4

42

24

48

30

12

54

36

18

Bagi sifir 6 bermula di


sini

Rajah 3: Sifir 6

72

64

56

48

40

32

24

16

Bagi sifir 8 bermula di


sini

Rajah 4: Sifir 8

Berikut merupakan kaedah kotak ajaib dalam pembinaan sifir ganjil:

Rajah 5: Kotak ajaib bagi sifir ganjil


Kaedah pembinaan sifir 3, 7 dan 9.

21

12

24

15

27

18

Bagi sifir 3 bermula di


sini

Rajah 6: Sifir 3

Bagi sifir 7 bermula di


sini

21

42

63

14

35

56

28

49

Rajah 7: Sifir 7

81

72

63

54

45

36

27

18

Bagi sifir 9 bermula di


sini

Rajah 8: Sifir 9

Berikut merupakan kaedah kotak ajaib dalam pembinaan sifir 5:


Bagi sifir 5 bermula di
sini

10

15

20

25

30

35

40

45

Rajah 9: Sifir 5

2.0

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid dalam membina sifir.
2.1

OBJEKTIF UMUM

Kajian ini bertujuan membantu meningkatkan kemahiran murid dalam membina sifir.
2.2

OBJEKTIF KHUSUS

2.2.1

Meningkatkan penguasaan murid yang lemah dalam membina sifir 3 hingga 9.

2.2.2

Menambah baik amalan pengajaran ke arah membantu murid dalam menyelesaikan


masalah operasi darab.

2.3

SOALAN KAJIAN

2.3.1

Sejauh manakah kaedah kotak ajaib dapat membantu murid yang lemah dalam
membina sifir asas matematik 3 hingga 9?

2.3.2

Bagaimanakah pengenalan kaedah kotak ajaib dapat menambah baik amalan saya
dalam mengajar operasi pendaraban?

3.0

KAJIAN LITERATUR

Merujuk kepada kajian yang dijalankan oleh Chan Yaw Jong (2011) dalam kajiannya yang
bertajuk Penggunaan Kotak Ajaib dan Lattice Dalam Meningkatkan Penguasaan
Pendaraban Murid Tahun Lima, beliau menyatakan bahawa penggunaan kaedah kotak ajaib
ini berkesan dalam membantu murid membina sifir. Selain itu, beliau juga menyatakan
bahawa kaedah kotak ajaib ini mudah difahami dan dapat membina keyakinan murid dalam
menyelesaikan operasi darab. Ianya juga dapat menarik minat murid dengan topik darab
6

setelah mempelajari kaedah ini. Menurut Azizi bin Subeli dan Hu Laey Nee (2010) pula,
mereka mendapati bahawa pengaplikasian kaedah kotak ajaib telah mendatangkan kesan
yang positif terhadap pencapaian murid dalam menguasai sifir 6 hingga 9.
Di kebanyakan sekolah, operasi darab merupakan satu operasi asas yang sukar dikuasai
oleh murid. Masalah penguasaan operasi darab seterusnya menyebabkan murid
bermasalah dalam menguasai tajuk-tajuk Matematik yang melibatkan kemahiran mendarab.
Zainudin Bin Abu Bakar dan Mohd. Rashidi Bin Mat Jalil (2007) dalam kajian mereka
membincangkan tahap penguasaan fakta asas darab dapat dikuasai oleh pelajar jika
kaedah Petak Sifir diperkenalkan berbanding dengan kaedah tradisional yang hanya
menekankan kepada kaedah hafalan sifir matematik. Seramai 50 orang pelajar Tahun 4
diambil sebagai sampel untuk menjalankan kajian ini. Selepas kajian, didapati peningkatan
min markah kaedah tradisional ialah 19.68 peratus (%) manakala kaedah petak sifir pula
42.96%.
Kaedah petak sifir merupakan satu strategi lain bagi meningkatkan penguasaan murid
dalam fakta asas darab. Hasil kajian ini selaras dengan kajian yang dibuat oleh Mohd Zain
Bin Mukmin (1984) yang mendapati bahawa kelemahan pelajar di dalam matematik adalah
kerana pelajar tidak dapat menguasai fakta asas darab. Apabila fakta asas darab dikuasai,
Matematik akan menjadi satu mata pelajaran yang mudah.
Murid-murid menganggap peranan mereka dalam kelas sebagai pasif. Mereka merasa
bahawa banyak masa dihabiskan untuk mendengar syarahan guru, untuk menyelesaikan
masalah di papan tulis dan juga terdapat dalam buku teks secara bersendirian .Guru
seharusnya mengenal pasti dan mengkaji masalah yang dihadapi oleh murid dalam mata
pelajaran matematik ini dengan tujuan untuk memperbaiki dan memudahkan lagi aktivitiaktiviti pengajaran dan pembelajaran seterusnya menarik minat murid terhadap mata
pelajaran yang diajar oleh guru ini terus dipupuk dalam kalangan murid (Habibah,2004).
Pendapat yang dikemukakan oleh Howard Gardner menunjukkan bahawa kecerdasan
seseorang dapat ditingkatkan melalui pendidikan dan latihan. Menurut Gardner, setiap
individu mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza dan kecerdasan tersebut boleh
ditingkatkan dengan pendidikan melalui aktiviti yang bersesuaian. Dalam konteks ini, guru
memainkan peranan penting untuk membantu murid yang lemah dalam penguasaan sifir,
seterusnya merancang aktiviti yang bersesuaian dengan murid supaya dapat memenuhi
keperluan kecerdasan.
4.0

PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN

4.1

KUMPULAN SASARAN
7

Kajian ini melibatkan 10 orang murid tahun 4 Hibiscus. Murid-murid ini adalah di kalangan
murid yang lemah penguasaan sifir asas melalui ujian diagnostik yang dijalankan. Murid
lemah boleh ditakrifkan seperti berikut.
Kumpulan murid
Cemerlang
Sederhana
Lemah

Jumlah markah
7 hingga 10
5 hingga 7
0 hingga 4
Jadual 1

4.2

REKA BENTUK KAJIAN

Reka bentuk kajian ialah gabungan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Pendekatan
kuantitatif digunakan untuk menganalisis skor dan senarai semak manakala pendekatan
kualitatif digunakan untuk instrumen pemerhatian dan dokumen hasil kerja murid.
4.3

INSTRUMEN KAJIAN

Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan kaedah senarai semak, dokumen hasil kerja
murid, borang soala selidik dan penulisan refleksi.
4.3.1

Borang Senarai Semak.

Senarai semak dibentuk untuk mengetahui tahap perkembangan murid dalam penguasaan
sifir. (Rujuk Lampiran 2)
4.3.2

Dokumen Hasil Kerja Murid

Dokumen hasil kerja murid iaitu latihan-latihan juga digunakan sebagai instrumen kajian.
Dokumen ini akan membantu pengkaji mendapatkan maklum balas tentang tahap
perkembangan penguasaan sifir murid.
4.3.3

Borang Soal Selidik

Borang soal selidik dibentuk untuk mengetahui kesan penggunaan kotak ajaib dalam
menyelesaikan operasi darab. (Rujuk Lampiran 6).
4.3.4

Refleksi

Refleksi bagi setiap intervensi digunakan sebagai bukti masalah yang dihadapi oleh murid
sepanjang proses kajian ini dijalankan. Penulisan refleksi ini berdasarkan masalah murid,
suasana proses pembelajaran dan penglibatan murid.
4.3.5

Proses Temubual

Proses temubual dijalankan kepada murid sebelum, semasa dan selepas intervensi
dijalankan. Proses temubual ini dapat mengetahui masalah yang dihadapi oleh murid dan
kesan penggunaan kaedah kotak ajaib.
4.4

TINJAUAN MASALAH

Masalah telah dikenalpasti melalui pemerhatian dan ujian diagnostik yang dijalankan.
4.5

PELAKSANAAN TINDAKAN

4.5.1

Pemerhatian

Saya menggunakan kaedah pemerhatian dalam kajian ini. Pemerhatian ini dibuat semasa
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, melalui respon kepada soalansoalan yang dijalankan, semakan kerja rumah dan latihan di dalam kelas.
4.5.2

Ujian Diagnostik

Ujian diagnostik dijalankan bagi menguji tahap sebenar murid-murid yang dapat mengira
atau mencari jawapan bagi hasil darab sebarang nombor dengan nombor satu atau dua
digit. (Rujuk Lampiran 5)
4.6

ANALISA TINJAUAN MASALAH

4.6.1 Pemerhatian
Daripada pemerhatian yang dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran, didapati
murid mengambil masa yang agak lama membina jadual sifir pelbagai guna (JSPG) dan
saya juga mendapati bahawa jadual sifir yang dibina mempunyai nilai yang salah. Hal ini
menyebabkan murid tidak dapat menyelesaikan operasi darab dengan betul. Selain itu,
murid mengambil masa lebih kurang lima hingga sepuluh minit untuk menyiapkan operasi
darab tersebut.
4.6.2

Ujian Diagnostik

Ujian diagnostik yang diberi mempunyai 10 soalan untuk diselesaikan oleh murid dalam
masa 30 minit. Peruntukan masa 30 minit yang diberi didapati tidak mencukupi dan terdapat
murid yang tidak dapat siap beberapa soalan. Hal ini kerana, mereka mengambil masa yang
lama untuk menyediakan jadual sifir (JSPG). Kesemua 10 orang murid yang dipilih
merupakan mereka yang mendapat markah betul 4 dan ke bawah sahaja.
4.7

PERANCANGAN TINDAKAN

4.7.1

Mengambil data

Langkah awal saya ialah mengesan penguasaan sifir murid. Ujian diagnostik dijalankan
untuk melihat penguasaan sifir murid dan melihat masalah murid dalam menyelesaikan
operasi darab. Selain itu, saya juga membuat pemerhatian melalui latihan-latihan di dalam
kelas, kerja rumah dan juga ujian sifir yang dijalankan.
4.7.2

Menganalisis masalah murid

Setelah menjalankan ujian diagnostik, saya dapat mengenal pasti masalah murid di mana
murid lemah dalam penguasaan sifir. Kebanyakan soalan yang tidak dapat dijawab dengan
betul disebabkan oleh murid tidak menguasai sifir tersebut. Selain itu, terdapat juga murid
yang tidak dapat menyiapkan 10 soalan ujian tersebut dalam masa yang ditetapkan. Setelah
dinilai, pola kesilapan murid ialah murid tidak menguasai sifir, cuai semasa menjawab soalan
dan tidak tahu menyelesaikan operasi darab.
4.7.3

Melaksanakan tindakan

Dalam fasa ini, saya menggunakan model Kurt Lewin sebagai panduan untuk
melaksanakan kajian ini. Model Kurt Lewin melibatkan lima langkah utama iaitu mengenal
pasti aspek amalan, merancang pelan tindakan, melaksanakan pelan tindakan, melihat
kesan tindakan dan membuat refleksi ke atas segala tindakan.
Dalam mengenal pasti aspek amalan, saya menggunakan kaedah menemubual guru subjek
Tahun 4 secara tidak rasmi, menjalankan pemerhatian semasa proses pengajaran dan
pembelajaran serta menganalisis latihan-latihan dan ujian sifir yang dijalankan sebelum ini.
Setelah mengenal pasti masalah murid, saya mengambil tindakan dengan memperkenalkan
kaedah kotak ajaib kepada murid. Pengenalan kepada kaedah kotak ajaib dilakukan secara
berperingkat-peringkat bagi membantu murid menguasai kaedah ini dan seterusnya dapat
menguasai sifir 3 hingga 9 dengan mudah.
Peringkat 1: Pengenalan kaedah kotak ajaib
Dalam peringkat ini, saya memperkenalkan murid dengan kaedah kotak ajaib. Saya telah
menyediakan jadual kotak ajaib yang lengkap dengan nombor. Murid hanya perlu
menambahkan nombor-nombor dalam membina sifir menggunakan kaedah ini. Dalam
peringkat ini juga, saya memberi peluang murid untuk bekerjasama secara berpasangan
untuk melengkapkan kotak ajaib ini dari sifir 3 hingga sifir 9. Saya menggunakan kaedah
koperatif untuk peringkat ini bagi menjalankan cadangan kajian oleh Chan Yaw Jong (2011)

10

di mana beliau mencadangkan pembelajaran koperatif dalam melaksanakan kaedah kotak


ajaib ini.
1

Rajah 10: Jadual kotak sifir 3, 7 dan 9


2

Rajah 11: Jadual kotak sifir 2, 4, 6 dan 8


5

Rajah 12: Jadual kotak sifir 5


Peringkat 2: Aktiviti Kotak Ajaib Dengan Jadual Yang Tidak Lengkap
Dalam peringkat 1, murid diberi jadual kotak ajaib yang lengkap dengan susunan nombor.
Pada peringkat ini, murid diberi jadual kotak ajaib yang mempunyai susunan nombor yang
tidak lengkap. Hal ini bagi membantu murid menguasai kaedah kotak ajaib ini dalam
membina sifir 3 hingga 9. Murid juga diberi peluang bekerjasama secara berpasangan untuk
melengkapkan kotak ajaib ini.
1

3
5
9

Rajah 13: Jadual kotak sifir 3, 7 dan 9


2

11

2
6
Rajah 14: Jadual kotak sifir 2, 4, 6 dan 8
0

5
0

5
Rajah 15: Jadual kotak sifir 5

12

Peringkat 3: Aktiviti Kotak Ajaib Dengan Jadual Kosong


Dalam peringkat ini, murid hanya diberi jadual kotak ajaib yang kosong tanpa sebarang
nombor. Murid perlu menyusun nombor dahulu sebelum membina sifir menggunakan
kaedah ini. Dalam peringkat ini, murid akan menguasai kaedah membina sifir menggunakan
kotak ajaib ini kerana murid telah melalui 3 peringkat mengikut peringkat yang mudah
kepada peringkat yang susah.

Rajah 16: Jadual kotak sifir


4.7.4

Menilai tindakan

Setelah memenuhi reka bentuk kajian tindakan mengikut model Kurt Lewin, langkah
seterusnya adalah membuat penilaian ke atas murid-murid. Penilaian ini dijalankan
bertujuan menentukan sejauh manakah keberkesanan penggunaan kaedah kotak ajaib ini.

4.8

JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN

Jadual pelaksanaan kajian perlu dirangka supaya kajian dapat dijalankan secara sistematik
dan menepati jangkamasa yang ditetapkan.

Bil.

Aktiviti

Tarikh Pelaksanaan

Catatan
13

4.9

1.

Mengenal

pasti

masalah

dan

19/1/13 20/2/13

2.
3.
4.
5.

pengumpulan data awal.


Menulis kertas cadangan
Merancang tindakan
Melaksanakan kajian tindakan peringkat 1
Membincangkan masalah yang timbul

11 Februari 2013
25 Februari 2013
Mac 2013
Mac 2013

6.
7.

dalam peringkat 1
Melaksanakan kajian tindakan peringkat 2
Membincangkan masalah yang timbul

April 2013
April 2013

8.
9.

dalam peringkat 2
Melaksanakan kajian tindakan peringkat 3
Membincangkan masalah yang timbul

April 2013
April 2013

10.
11.
12.
13.

dalam peringkat 3
Menjalankan ujian pos
Refleksi kajian
Menulis laporan kajian
Pembentangan dapatan kajian

April 2013
Julai 2013
September 2013

ANGGARAN PERBELANJAAN KAJIAN

Bil
1
2
3
4
5

Bahan/Perkara
Kertas A4 (1 rem)
Kad manila ( 10 keping)
Percetakan senarai semak
Percetakan bahan
Pen marker
Jumlah

5.0

Jumlah
RM 12.50
RM 7.00
RM 10.00
RM 30.00
RM 15.00
RM 75.40

RUJUKAN
Azizi Subeli & Hu, Laey Nee. (2010). Kesan Penggunaan Kaedah Kotak Magik Dalam
Kemahiran Mendarab dalam Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan
(SPTMTE2010). Diterbitkan oleh Jabatan Matematik Institut Pendidikan Guru
Kampus Sarawak: Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, 31-41.
Chan Yaw Jong. (2011). Penggunaan Kotak Ajaib Dan Lattice Dalam Meningkatkan
Penguasaan Pendaraban Murid Tahun Lima. Koleksi Artikel Penyelidikan
Tindakan PISMP MT amb. Januari 2008 dalam Prosiding Seminar Penyelidikan
Tindakan IPG KBL Tahun 2011, 206-220.
Cooper, R. (1994). Alternative Math techniques instructional guide. ERIC digital
dissertations. Diperoleh pada 12 Februari 2013 dari http//www.eric.ed.gov.
eserv.uum.edu.my
Habibah Binti Suid. (2004). Faktor-faktor Kelemahan Pelajar Dalam Mata Pelajaran
Matematik Di Peringkat Sekolah Rendah. Universiti Teknologi Malaysia.
Harries, T. & Barmby, P. (2008). Representing multiplication. Education- Teaching
Methods and Curriculum Mathematics, 206, 37-41.

14

Mohd Zain Bin Mukmin. (1984). Strategi pengajaran dan aktiviti matematik untuk kanakkanak pemulihan. Jurnal Iktisas, 4, 12-14.
Skemp, R. R. (1989). Mathematics in the Primary School. London: Routledge.
Tengku Sarina Aini Tengku Kasim, Yusmini Md. Yusoff. (2006). Kaedah Mengajar
Kemahiran Interpersonal Guru. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Kuala
Lumpur.
Zainudin Bin Abu Bakar & Mohd. Rashidi Bin Mat Jalil. (2007). Keberkesanan kaedah
petak sifir dalam penguasaan fakta asas darab dalam Matematik Tahun 4: Satu
kajian di Sekolah Kebangsaan Mersing Johor. Tesis Sarjana Muda Pendidikan
yang belum diterbitkan. Johor: Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

15

Anda mungkin juga menyukai