Anda di halaman 1dari 32

Pendidikan

Keselamatan
(PKES 3023)
Disediakan oleh:

Phavetra

Dinita

Jayanthy

GOLONGAN
ISTIMEWA

Orang Kurang Upaya (OKU) merupakan


orang yang kurang bernasib baik.
Mereka dilahirkan dalam keadaan cacat.
Ada juga yang menjadi cacat akibat
mengalami kemalangan yang menjejaskan
anggota badan.
Mereka tidak dapat menjalani kehidupan
yang sempurna kerana kekurangan yang
dimiliki.

Kanak-kanak istimewa adalah sebahagian


daripada mereka yang tergolong dalam
kumpulan orang kehilangan upaya (OKU), iaitu
seseorang yang tidak berupaya menentukan
sendiri bagi memperoleh sepenuhnya, atau
sebahagian daripada keperluan biasa seseorang
individu, dan tidak dapat hidup bermasyarakat
sama ada dari segi fizikal, atau mental, dan
berlaku sama ada sejak dilahirkan, ataupun
sesudah itu.

KATEGORI
GOLONGAN
ISTIMEWA/ ORANG
KURANG UPAYA
(OKU)

Kurang Upaya
Penglihatan termasuk rabun,
buta. Palsy Celebral
meliputi
Kurang Upaya Fizikal
hemiplegia(sebelah
- iaitu kecacatan
badan),
anggota badan
diplegia(kedua belah
misalnya penyakit
kaki), dan
polio, kudung, distrofi
kuadriplegia(keduaotot, dan sebagainya.
dua belah tangan dan
kaki)
Masalah Pembelajaran - lewat perkembangan
bagi kanak-kanak berusia bawah tiga tahun;
Sindrom Down, autisme, ADHD, terencat
akal(berusia lebih tiga tahun), dan masalah
lain seperti disleksia, disgrafia, diskakulia, dan
lain-lain.
Kurang Upaya
Pendengaran termasuk pekak dan
bisu.

PERANAN JABATAN KEBAJIKAN


MASYARAKAT(JKM) DI MALAYSIA

Penubuhan sebuah kementerian khusus yang


antara peranan dan tanggungjawabnya, adalah
menjaga kebajikan golongan yang tidak
bernasib baik, iaitu Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga, dan Masyarakat.
Di bawah kementerian inilah diwujudkan
Jabatan Kebajikan Masyarakat, yang amat peka
dan sentiasa bersedia mendengar serta
membantu dalam apa jua cara, untuk
menjadikan golongan istimewa ini sebagai
warganegara yang berguna.

Perkhidmatan yang diberikan oleh


jabatan ini meliputi kanak-kanak, orang
kurang upaya (OKU), warga emas,
orang papa, keluarga, mangsa
bencana, komuniti, dan juga skim
bantuan kebajikan

Jabatan ini juga


bertanggungjawab mengeluarkan
statistik jumlah Orang Kurang
Upaya melalui pendaftaran yang
dilakukan di Pejabat Kebajikan
Masyarakat Daerah/Jajahan,
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Negeri, dan Ibu Pejabat Jabatan
Kebajikan Masyarakat Malaysia.

ANTARA FAEDAH YANG DIPEROLEH APABILA


MENDAFTAR DENGAN JKM ADALAH:

rawatan perubatan
khidmat pemulihan, rawatan lanjutan, dan
latihan vokasional
pendidikan akademik di sekolah khas dan
institusi tertentu
bantuan kewangan, peralatan tiruan, dan alatalat kemudahan
pertimbangan Elaun Pekerja Kurang Upaya
pertimbangan jagaan dan perlindungan, didikan
dan latihan di institusi JKM/NGO dalam program
Pemulihan Dalam Komuniti(PDK)
peluang pekerjaan di sektor awam atau sektor
swasta

Bantuan untuk
Kanak-kanak istimewa
dan
Orang Kurang Upaya

o Kemudahan pengangkutan awam : terdapat


insentif potongan harga atau tambang misalnya,
bagi Sistem Penerbangan Malaysia (50%
potongan penerbangan dalam negeri), KTM (50%
konsesi tambang), dan semua perjalanan dengan
bas Transnasional diberikan konsesi 50%. PUTRALRT juga memberikan konsesi tambang kepada
golongan ini.

Kemudahan pendidikan : terdapat sekolah


pendidikan
khas,
pengecualian
bayaran
pendaftaran kemasukan pelajar kurang upaya
pendengaran untuk latihan kemahiran di institusi
pengajian kelolaan Kementerian Pendidikan,
dengan elaun bulanan RM300.

Kemudahan dalam aktiviti harian : terdapat


peruntukan Kod Amalan Awam bagi Orang
Kurang Upaya ke Bangunan Awam, supaya
mesra
orang
kurang
upaya
dengan
menyediakan 'ram', 'railing', laluan untuk kerusi
roda, lif khas, tempat letak kereta khas, dan
tandas khas serta lain-lain.
Kemudahan galakan pelepasan cukai : bagi ibu
bapa yang mempunyai anak kurang upaya,
pelepasan cukai berganda diberikan disertai
rebet untuk membeli peralatan khas untuk
kegunaan sendiri, anak, dan ibu bapa orang
kurang upaya. Orang kurang upaya sendiri juga
menikmati pelepasan cukai tambahan sebanyak
RM5000.

Pendidikan khas adalah perkhidmatan dan


kemudahan pendidikan yang disediakan untuk
individu berkeperluan khas, atau kurang upaya.

Mereka
terdiri
daripada
yang
mengalami
kecacatan mental, bermasalah pembelajaran,
gangguan emosi dan tingkah laku, gangguan
komunikasi (pertuturan dan bahasa), hilang
pendengaran, hilang penglihatan atau darjah
penglihatan yang rendah, kecacatan fizikal dan
golongan pintar cerdas

ANTARA PERUNDANGAN NEGARA INI YANG


MENYEBUT TENTANG KEISTIMEWAAN DAN
KEPERLUAN PENYEDIAAN KEMUDAHAN KEPADA
GOLONGAN KURANG UPAYA IALAH;
1.

Undang-undang Kecil bangunan Seragam


1984 (UBBL 1984),

2.

Kod Amalan SIRIM (Malaysian Standards),

3.

Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.

ISU-ISU DAN
CADANGAN
GOLONGAN KURANG
UPAYA BAGI KAWASAN
LUAR BANGUNAN

ISU-ISU YANG
BERLAKU TERHADAP
GOLONGAN KURANG
UPAYA

PERTIMBANGAN
REKABENTUK BANDAR
Permasalahan yang selalu dikaitkan dengan
rekabentuk bandar adalah seperti elemen
halangan pada laluan pejalan kaki, papan
tanda bergantung yang terlalu rendah dan
kekurangan papan tanda amaran dikawasan
yang terdapat halangan.
Prinsip perancangan bagi mengatasi
permasalah ini adalah untuk merekabentuk
laluan pejalan kaki yang tiada halangan untuk
keselamatan dan kebebasan golongan kurang
upaya.

LANGKAH
Pertimbangan

rekabentuk
adalah
seperti
mengetahui
elemen-elemen
yang
mampu
menghalang serta membahayakan pengguna,
tekstur yang digunapakai adalah untuk menjadi
panduan
kepada
golongan
kurang
upaya
terutama bagi yang buta, meninggikan papan
tanda yang tergantung iaitu melepasi ketinggian
manusia, dan perletakan serta warna tong
sampah perlu mengambilkira permasalahan
golongan buta warna dan rabun.

PAPAN TANDA
Terdapat permasalahan yang berkaitan dengan
papan tanda tidak sah, kemalangan yang
disebabkan oleh perletakan papan tanda yang
tidak sesuai, kekurangan papan tanda yang
memaparkan amaran kawasan merbahaya, dan
tiada papan tanda jalan serta papan tanda
menuju ke sesuatu kemudahan yang disediakan.
LANGKAH
Prinsip perancangan yang dicadangkan adalah
untuk menyediakan kemudahan penunjuk
arah kepada golongan kurang upaya bagi
memudahkan pergerakan mereka.

KERB RAMP
Permasalah yang wujud pada Kerb ramp adalah
ketidaksempurnaan rekabentuk peralihan atau
bukan peralihan pada kesemua kawasan antara
kerb dan laluan lintasan pejalan kaki
(pedestrian crossing).
Kerb jalan yang tiada kerb ramp akan
menyusahkan pengguna terutamanya
pengguna berkerusi roda.
Prinsip perancangan yang digunapakai bagi
mengatasi masalah ini adalah untuk
mengatasi perbezaan level antara laluan
pejalan kaki dan permukaan jalan.

Pertimbangan rekabentuk yang dicadangkan


adalah keperluan kepada mengenali jenis-jenis
kerb ramp serta fungsinya.
Perlu dielakkan daripada merancang kerb ramp
dikawasan yang mudah ditakungi air.
Lokasi perletakan kerb ramp perlulah disetiap
persimpangan jalan dan laluan lintasan pejalan
kaki serta ditempat menurunkan pengguna
seperti di kawasan tempat meletak kenderaan
dan perhentian bas.

TEMPAT LETAK
KENDERAAN

Tempat letak kenderaan pada masa kini


mempunyai masalah seperti berikut iaitu
lorong laluan (aisle) bagi pengguna kerusi roda
tidak disediakan dan kurangnya kuantiti
tempat letak kenderaan khas bagi golongan
kurang upaya.
Prinsip perancangan yang dicadangkan adalah
untuk mewujudkan tempat letak kenderaan
yang boleh digunapakai oleh golongan kurang
upaya ke sesuatu tempat yang ditujui.

Pertimbangan rekabentuk adalah mengenali


kawasan yang sesuai bagi menempatkan
tempat letak kenderaan khas bagi golongan
kurang upaya.

Sesebuah taman yang baik perlulah


menyediakan sekurang-kurangnya satu (1)
tempat letak kereta khas supaya memudahkan
pengguna kurang upaya.

Lokasi perletakannya pula adalah mestilah


dikawasan yang paling selamat dan mudah
dikunjungi oleh pengguna.

TANGGA

Masalah yang berkaitan dengan tangga ialah


kecuraman tangga yang tidak munasabah dan
ketidaksempurnaan rekabentuk yang
menghalang pergerakan kaki.
Prinsip perancangan yang digunakan ialah
untuk mewujudkan tangga yang selamat dan
selesa kepada semua pengguna terutama
sekali kepada pengguna yang mempunyai
masalah pergerakan.

Tangga juga perlu mempunyai jaluran penunjuk


arah (guide strip) bagi kegunaan golongan buta.
Selain menggunakan jaluran penunjuk arah (guide
strip), tangga juga memerlukan kotak tanda yang
boleh disentuh (tactile marking) dengan
menggunakan tongkat oleh golongan buta.
Pelantar (landing) yang disediakan apabila
mempunyai perbezaan level lebih 2.5m.
Susur tangan (handrail) juga perlu disediakan
dikedua-dua belah tangga bagi memudahkan
pergerakan.

PAGAR DAN SUSUR


TANGAN (HANDRAIL)
Permasalahan yang berkaitan dengan pagar
dan susur tangan (handrail) ialah pagar yang
digunakan tidak selamat, susur tangan
(handrail) yang susah untuk dipegang dan
ketiadaan pagar atau susur tangan ditempat
yang sepatutnya diletakkan.
Prinsip perancangan yang dicadangkan ialah
untuk menyediakan pagar yang boleh
berfungsi sebagai penghadang keselamatan
kepada semua pengguna terutama sekali
kepada yang mempunyai masalah pergerakan.

Pertimbangan rekabentuk adalah menentukan


kawasan yang merbahaya di sesuatu tapak.

Kawasan yang membahayakan pengguna perlu


disediakan pagar keselamatan
walaubagaimanapun ia perlulah diletakkan
ditempat yang tidak mengganggu pergerakan
pengguna.

Ketinggian pagar ini perlulah bersesuaian


dengan pengguna biasa dan yang menggunakan
kerusi roda.

KESIMPULA
N

Pada keseluruhannya dapat disimpulkan


bahawa penyediaan kelengkapan atau
kemudahan kepada golongan kurang upaya
dapat memberikan manfaat kepada semua.
Ini adalah kerana selain daripada memberi
keselesaan kepada golongan kurang upaya
secara tidak langsung ia juga memperbaiki
sistem keselamatan sesebuah taman dan
bangunan awam itu.

Anda mungkin juga menyukai