Anda di halaman 1dari 2

PENGENALAN

Golongan orang kurang upaya (OKU) merupakan sebahagian daripada masyarakat. Oleh itu,
mereka mempunyai kesaksamaan hak dan peluang untuk menjalani kehidupan seperti anggota
masyarakat yang lain. Pendekatan berasaskan hak dan juga perlindungan wajar digunakan bagi
menjamin kepentingan dan kesejahteraan OKU. OKU adalah seseorang yang mempunyai
ketidakupayaan jangka masa panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau pancaindera yang
apabila berhadapan dengan pelbagai halangan mungkin tidak dapat melibatkan diri sepenuhnya
dan secara efektif dalam masyarakat.
Pelbagai strategi telah dicadangkan untuk meningkatkan mobiliti dan kualiti hidup
golongan OKU supaya lebih produktif dan inklusif dalam masyarakat. (Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ; 2016). Manakala, masih ada kekurangan yang
tidak mampu ditampung oleh pihak kerajaan. Kemudahan mobiliti yang diwujudkan ini terdapat di
kawasan bandar sahaja. Hal ini menyukarkan golongan OKU untuk bergerak diluar bandar. Di
samping itu, kemudahan yang disediakan di bandar juga terhad di beberapa lokasi sahaja. Bagi
mengatasi masalah sebegini, projek kajian ini dijalankan dengan penggunaan Produk “Backbone
Steps”.

PENYATA MASALAH
Senator Datuk Ras Adiba Radzi meminta Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk mewujudkan
Pelan Tindakan Mobiliti Inklusif bagi menambah baik kemudahan mesra Orang Kurang Upaya
(OKU) di kawasan pengangkutan awam. Beliau berkata kemudahan mesra OKU itu termasuk di lif,
laluan taktil untuk OKU penglihatan, "Automatic Platform Gates" (APG) yang lebih lebar untuk
mereka yang berkerusi roda, kaunter khas bantuan OKU, butang talian bantuan berdekatan lif, tempat
letak kereta untuk pemandu OKU dan tempat serahan kereta. (Bernama (online) ; 3 September
2022 ).Dengan ini kita dapat melihat bahawa, kemudahan mobiliti hanya lebih kepada kawasan
bandar sahaja.

Bagi mengatasi isu seperti ini, kami bercadang untuk melakukan inovasi terhadap masalah kajian
ini dengan mencipta “Backbone Steps”. Kelebihan Projek “Backbone Steps” adalah ia membantu
OKU penglihatan untuk bergerak secara bebas dan selamat di bandar dan luar bandar. Ciptaan ini
akan mengeluarkan sejenis bunyi dan ketaran sebelum individu tersebut terlanggar dengan sebarang
objek. Dengan ini, ia membantu menambahkan keyakinan OKU penglihatan untuk bergerak di
mana-mana sahaja tanya rasa terbeban.

Anda mungkin juga menyukai