Anda di halaman 1dari 16

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/282074089

Kebolehcapaian Perkhidmatan Awam Kepada OKU Kes KTM

Article · September 2015

CITATIONS READS
3 4,756

1 author:

Mohd Luqman Hakim Rosli


Universiti Putra Malaysia
2 PUBLICATIONS   3 CITATIONS   

SEE PROFILE

All content following this page was uploaded by Mohd Luqman Hakim Rosli on 23 September 2015.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Abstrak

Selaras dengan pertambahan bilangan orang kurang upaya (OKU), maka lebih banyak projek
yang berkaitan dengan keperluan pengguna OKU perlu dibina. Namun dalam keghairahan
mengejar keperluan permintaan yang semakin meningkat, kita seolah-olah lupa kepada
tanggungjawab sosial yang perlu diambilkira dalam setiap pembangunan. Aksesibiliti
merupakan aspek yang penting dalam survival golongan OKU. Hal ini kerana penekanan
asksesibilitidapat mengurangkan segala permasalahan mudah capai dalam dan luar sesebuah
bangunan kerajaan, swasta dan sebagainya. Walaupun wujud beberapa akta yang berkaitan
namun ia masih belum mencukupi untuk menangani pelbagai masalah kekurangan fasiliti
pada pengangkutan awam yang berlaku. Kajian ini bertujuan untuk memberikan peluang
kepada golongan OKU untuk hidup dalam keadaan yang selesa dan menikmati semua fasiliti
yang disediakan seperti orang lain. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan tahap
kesedaran pengguna tren KTM terhadap golongan orang kurang upaya (OKU), Mengetahui
persepsi dan mentality pengguna tren KTM terhadap golongan orang kurang upaya (OKU)
dan mengenalpasti sejauh mana kebajikan golongan orang kurang upaya (OKU) di dalam tren
dijamin dan dijaga. Kajian ini tertumpu kepada kemudahan OKU yang disediakan dalam dan
luar stesen serta tren kereta api itu sendiri. Kaedah metodologi yang digunakan dalam kajian
ini adalah seperti kaedah pemerhatian, borang soal selidik dan temu bual. Hasil kajian yang
didapati menunjukkan bahawa fasiliti OKU yang terdapat di setiap stesyen kereta api dan
didalam kereta api masih berada dalam tahap kekurangan dan keprihatinan masyarakat
terhadap golongan OKU juga masih rendah, perlu ditingkatkan lagi dan perlu menunjukkan
rasa kemesraan OKU itu sama seperti orang biasa.

1
PENGENALAN

Kurang upaya merupakan satu kehilangan upaya atau ketidakupayaan suatu keadaan yang
dianggap mengurangkan fungsi atau keupayaan seseorang berbanding dengan ukuran biasa
masyarakat yang normal. Istilah ini biasanya digunakan untuk merujuk kepada fungsi
individu seperti kelemahan fizikal, deria, kognitif, intelektual atau kesihatan mental.
Penggunaan ini dikaitkan dengan model ketidakupayaan perubatan, dan bukan model
ketidakupayaan sosial atau hak asasi manusia. Kehilangan upaya ini boleh terjadi sejak lahir
atau kemudiannya. Mereka yang mengalami keadaan ini digelar orang kurang upaya (OKU),
atau lebih kontroversi, orang cacat atau terencat. Sesetengah orang pula menggunakan istilah
orang istimewa.

Orang kurang upaya boleh dikategorikan kepada 6 pecahan iaitu:

 Kurang upaya penglihatan

 Kurang upaya pendengaran

 Kurang upaya anggota badan

 Masalah pembelajaran (Autisme, Disleksia, & “Down Syndrome”)

 Cerebral Palsy (Ketakupayaan bergerak sejak kanak-kanak)

 Kanak-kanak istimewa

Walaupun OKU begitu sinonim dan sering disebut oleh rakyat Malaysia namun, sedarkah
kita hanya segelintir daripada berjuta rakyat Malaysia yang mengambil berat perkara ini.
Jarang kali kita melihat rakyat Malaysia memberi bantuan kepada golongan seperti ini.
Kebanyakkan rakyat lebih bersifat mementingkan diri daripada memberi bantuan kepada
mereka. Hal ini dapat dilihat dalam kehidupan harian dimana kebanyakkan pengangkutan
awam yang disediakan di Malaysia seperti perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu (KTM),
terdapatnya tempat duduk khas kepada golongan OKU ini namun, jarang rakyat yang
mempunyai sikap ingin mendahulukan golongan ini. Segelintir rakyat juga tidak mengetahui
bahawa terdapatnya akta yang diperuntukkan oleh kerajaan terhadap golongan ini dan mereka
sebenarnya diberikan keistimewaan yang tertentu akibat daripada kekurangan yang dialami.

2
ISU-ISU PENYALAHGUNAAN TEMPAT YANG DIWARTAKAN KEPADA
GOLONGAN KURANG UPAYA DI DALAM PENGANGKUTAN KEMUDAHAN
AWAM

Kajian yang dijalankan oleh kumpulan kami adalah mengenai isu-isu penyalahgunaan
tempat yang diwartakan kepada golongan orang kurang upaya (OKU) di dalam pengangkutan
kemudahan awam. Seperti yang kita sedia maklum, di dalam pengangkutan awam terdapat
beberapa tempat khas yang telah disediakan bagi golongan kurang upaya. Namun rakyat
Malaysia seperti tidak mengendahkan perkara ini. Mereka boleh dikatakan mementingkan
diri sendiri tanpa memikirkan kesusahan yang dialami oleh individu OKU ini dan jelas
menunjukkan mereka telah melanggar Akta Orang Kurang Upaya 2008.

Seterusnya, kumpulan kami juga ingin mengetahui tahap kesedaran pengguna tren
Keretapi Tanah Melayu (KTM) terhadap golongan ini. Untuk objektif ini, kami timbulkan
beberapa persoalan mengenai adakah mereka sedar atau cakna dengan persekitaran mereka
sama ada terdapat individu OKU ini disekeliling mereka ataupun tidak dan juga kami ingin
mengetahui sejauh mana pengetahuan rakyat Malaysia mengenai Akta Orang Kurang Upaya
2008.

Selain itu, kami ingin mengetahui persepsi dan mentaliti rakyat Malaysia yang sering
menggunakan perkhidmatan awam seperti tren KTM terhadap golongan yang lemah ini.
Mungkin mereka mempunyai pandangan serta alasan tertentu yang menyebabkan diri mereka
lebih layak berbanding golongan ini dan daripada hasil kajian bersama dengan kaedah
pemerhatian kami dapat meletakkan satu penanda aras bagi menentukan persepsi dan
mentaliti orang awam terhadap golongan OKU didalam pengangkutan awam seperti kereta
api khususnya.

Bukan itu sahaja, melalui kajian yang dijalankan, kami juga dapat memerhati serta
mengenalpasti sejauh mana kebajikan golongan kurang upaya ini dipelihara di dalam kereta
api yang sedang beroperasi. Pada objektif ini sasaran pemerhatian kami adalah pada staf atau
petugas didalam kereta api, adakah mereka menjalankan tugas untuk memberi keutamaan
terhadap golongan kurang upaya ini atau mereka tidak mengendahkan perkara ini serta
kebajikan-kebajikan yang lain juga seperti penyediaan bantuan khas ketika golongan OKU
hendak memasuki dan keluar dari kereta api.

3
AKTA ORANG KURANG UPAYA 2008

Akta OKU telah diluluskan di Parlimen ( Dewan Negara ) pada 24 Disember 2007
dan telah diwartakan pada 24 Januari 2008 dan dikuatkuasakan pada 7 Julai 2008. Akta OKU
ini memberikan pengiktirafan hak OKU dan menukar konsep OKU daripada konsep
kebajikan kepada konsep right-based. Akta ini juga membolehkan OKU mempunyai hak
penyamaan peluang dan penyertaan penuh dalam masyarakat setara dengan ahli masyarakat
yang lain. Akta 685 ini memperuntukan perihal berkaitan pendaftaran, perlindungan,
pemulihan, pembangunan dan kesejahteraan OKU.

Menurut Undang-undang Malaysia Akta 685, terdapat 5 bab yang boleh diambil
perhatian terutama rakyat Malaysia mengenai hal ehwal OKU ini. Yang pertama merupakan
kebolehhakesan iaitu perkara yang melibatkan akses kepada kemudahan, ameniti,
perkhidmatan dan pembangunan awam untuk mereka. Kemudian, dalam bab ini juga
merangkumi akses kepada pengangkutan awam, pendidikan, pekerjaan, kehidupan berbudaya
dan rekreasi serta sukan.

Mengikut akta ini, bab kedua merangkumi perkhidmatan di rumah, kediaman,


sokongan komuniti sekeliling, habilitasi dan rehabilitasi. Seterusnya, bab ketiga merangkumi
kesihatan kepada golongan OKU ini. Hal ini penting agar mereka tidak terkena
ketidakupayaan selanjutnya. Oleh hal yang sedemikian, akses kepada kesihatan mereka juga
termasuk dalam akta ini.

Bab 4 mengisahkan mengenai perlindungan orang dengan ketidakupayaan teruk iaitu


perlindungan sepanjang hayat dan sistem sokongan sosial manakala dalam bab terakhir
menceritakan mengenai keadaan berisiko dan kecemasan. Memikirkan hal ini, akta ini telah
memperuntukkan akses kepada bantuan untuk mereka.

Bagi perkara am, akta OKU memberi perlindungan tindakan guaman dan prosiding
undang-undang, kuasa membuat peraturan, dan terdapat Akta Perlindungan Pihak Berkuasa
Awam 1948 bagi menjaga kebajikan mereka.

4
HASIL KAJIAN DAN METHODOLOGI(KAEDAH)

(i)Pemerhatian

Kajian telah dilaksanakan di dalam Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Transit
Aliran Ringan (LRT). Kajian di dalam KTMB bermula dari stesen Serdang hingga stesen
Bank Negara manakala kajian di dalam LRT bermula dari stesen PWTC hingga stesen
Bandar Tasik Selatan.

Sepanjang berada di dalam kedua-dua pengangkutan itu, kami melakukan pemerhatian


terhadap tingkah laku dan sikap para penumpang terhadap golongan Orang Kurang Upaya
(OKU) dan juga golongan lain seperti orang-orang tua, ibu mengandung dan kanak-kanak.
Kami juga turut memerhatikan bagaimana para penumpang menggunakan tempat-tempat
duduk yang dikhaskan terhadap golongan-golongan yang lebih memerlukan.

Semasa berada di Stesen Bandar Tasik Selatan, seorang lelaki tua yang buta telah menaiki
kereta api bersama seorang wanita dan seorang kanak-kanak. Kerana keadaan dirinya yang
tidak boleh melihat, lelaki tua tersebut menaiki koc wanita bersama-sama wanita dan kanak-
kanak didalamnya. Semasa berada di dalam koc, kelihatan lelaki tersebut berdiri sepanjang
masa sehinggalah mereka turun di stesen Mid Valley. Perkara ini menunjukkan sikap
ketidakprihatinan para penumpang terhadap golongan yang lebih memerlukan kerana tiada
tindakan dari sesiapa untuk memberikan tempat duduk mereka kepada lelaki tua tersebut.

Sepanjang berada di dalam kereta api, kami juga dapat melihat tempat-tempat duduk yang
disediakan didahulukan kepada orang-orang tua dan kanak-kanak. Perkara ini menunjukkan
masih terdapat penumpang-penumpang yang kasihan dan prihatin terhadap orang-orang yang
lebih memerlukan.Sepanjang berada di dalam LRT pula, kami dapat melihat perkara yang
sama. Kehadiran kanak-kanak yang lebih ramai berbanding di dalam kereta api menjelaskan
lagi pemerhatian kami. Kanak-kanak didahulukan untuk duduk oleh ibu bapa mereka kerana
fizikal mereka yang kecil boleh membahayakan mereka semasa berada di dalam kesesakan.
Para penumpang yang lain juga turut memahami situasi tersebut.

5
Selain itu, sikap keprihatinan para penumpang terhadap golongan ibu mengandung juga dapat
dilihat. Semasa berada di dalam LRT, seorang wanita yang sudah berumur meminta anaknya
yang sedang mengandung untuk duduk di tempat yang tersedia kosong. Walaupun mereka
berdua tergolong dalam golongan yang lebih memerlukan, wanita itu mendahulukan anaknya
yang sedang mengandung. Perkara ini menunjukkan bahawa golongan seperti mereka
mempunyai sikap empati terhadap sesama sendiri.

Hasil daripada pemerhatian kami, terdapat rakyat Malaysia yang kurang prihatin terhadap
golongan-golongan OKU, orang-orang tua, ibu mengandung dan kanak-kanak. Namun
begitu, kami juga percaya sebenarnya masih terdapat ramai rakyat Malaysia yang betul-betul
prihatin terhadap golongan-golongan ini walaupun amat sukar untuk dijumpai.

(ii)Responden

Berdasarkan tajuk kajian, lima hingga enam orang responden telah ditemu bual. Responden-
responden tersebut telah dipilih secara rawak di kawasan menunggu tren komuter arah
Rawang serta arah Sungai Gadut. Memilih memulakan perjalanan dari stesen Serdang pada
pukul 8.30 pagi ternyata bukanlah waktu yang sesuai untuk membuat pemerhatian apatah lagi
temu bual kerana keadaan yang terlalu sesak. Maka, cara alternatif telah dipilih iaitu dengan
turun dari komuter di stesen Bandar Tasik Selatan.

Di stesen Bandar Tasik Selatan, dua orang responden telah berjaya ditemu bual. Berdasarkan
temu bual yang telah dilakukan, responden pertama didapati lebih peka dengan keadaan
sekeliling di dalam tren komuter; mungkin kerana beliau pernah menerima nasib yang sama.
Responden pertama merupakan seorang lelaki yang berusia; mungkin dalam lingkungan 50-
an atau 60-an. Beliau menyatakan bahawa sebenarnya masih ada golongan masyarakat yang
tidak prihatin dan bertimbang rasa terhadap golongan kurang upaya ini. Dalam temu bual ini
juga, beliau telah menunjukkan demonstrasi tentang bagaimana golongan kurang upaya ini
diperlakukan oleh sebahagian daripada pengguna tren komuter KTM.

Responden kedua merupakan seorang wanita berusia dalam lingkungan 50-an yang sedang
dalam perjalanan menuju ke Tanjung Malim untuk menghadiri sebuah majlis. Berdasarkan
temu bual yang telah dijalankan bersama beliau, ternyata beliau menjawab dengan endah tak
endah, lantas menunjukkan kekurangpekaan beliau terhadap tahap keprihatinan masyarakat
kepada golongan kurang upaya. Jawapan beliau terhadap soalan-soalan dikemukakan adalah
pendek serta boleh diagak dan klise.

6
Selain itu, kami juga berhenti di stesen Putra untuk menemu bual. Di sana, seorang lagi
responden berjaya ditemu bual. Kali ini, responden tersebut merupakan seorang wanita yang
lebih muda berbanding responden kedua tadi serta ternyata lebih peramah. Responden ini
bernama puan Junidatul Fauziah. Setiap soalan yang dikemukakan dijawab dengan baik dan
tenang serta ikhlas dari hati. Beliau menyatakan bahawa secara keseluruhannya semuanya
baik-baik sahaja; maksudnya, pihak KTM serta orang ramai telah memberikan kerjasama
yang baik dalam menjamin kebajikan golongan kurang upaya ini. Cuma, pada
pemerhatiannya, masih wujud sesetengah pihak dari kaum lelaki yang mengendahkan arahan
untuk meninggalkan koc wanita dan bergerak ke koc yang sepatutnya. Dalam temu bual
tersebut beliau juga menyatakan bahawa beliau pernah memberi tempat duduk kepada ibu
mengandung di dalam komuter.

Akhir sekali, kami berhenti di stesen LRT PWTC. Di sana, kami sekali lagi melakukan temu
bual. Responden kali ini merupakan seorang wanita muda yang berkemungkinan berusia
dalam lingkungan usia kami dan mungkin juga seorang pelajar. Gadis ini mahu dikenali
sebagai Izzati. Beliau mengakui bahawa dalam masyarakat kita selaku pengguna KTM, ada
sesetengah yang prihatin dan memahami dan ada sesetengah yang tidak. Beliau juga berkata
bahawa jika terbabit dalam keadaan di mana beliau terpaksa berhadapan dengan golongan
kurang upaya, beliau akan memberikan tempat duduknya kepada mereka kerana pada
pendapatnya, beliau masih muda serta masih mampu berdiri. Selain itu, beliau turut
mencadangkan kempen sebagai salah satu alternatif untuk meningkatkan kesedaran
masyarakat tentang perkara ini.

Dalam pada itu, kami juga telah mendapat peluang untuk menemubua seorang aktivis OKU
dan juga penulis terkenal buku “OKU BANGKIT” iaitu saudara Rosli Ibrahim. Kami
menganggap ini sebagai satu peluang kerana inilah responden aktif yang boleh kami cerapkan
banyak maklumat berkaitan permasalahan golongan OKU dalam kereta api khususnya. Kata
beliau banyak kekurangan yang boleh diperbaiki dan beliau juga berpendapat pengangkutan
awam kereta api tidak mesra OKU lihatlah contoh yang diberinya, garisan kuning pada
tempat menunggu di setiap stesen kereta api kelihatannya agak sedikit nipis dan tidak timbul,
ini menyukarkan golongan OKU penglihatan seperti beliau untuk mengagak kewujudan
garisan kuning tersebut dan ini boleh membahaya mereka, beliau juga menyebut terdapat
beberapa kes kematian melibatkan OKU dalam permasalahan garisan kuning ini.

7
Selain itu, aksesibiliti golongan OKU juga sukar kerana bahagian tebing simen di stesen
menunggu kereta api dengan lantai dalam kereta api tidak sama dan sekata serta terdapat
ruang(gap) antara tebing stesen menunggu dengan kereta api , ini amat menyukarkan mereka
ketika menaiki dan menurun dari kereta api tersebut kerana mereka perlu melangkah masuk
dan keluar dari kereta api.

Berdasarkan temu bual yang telah dilakukan, sesetengah responden telah menjawab dengan
baik dan jujur, manakala sesetengah lagi sekadar menjawab dengan jawapan yang boleh
diagak, dan bukan jawapan sendiri. Secara rawak dan kasar, sesetengah jawapan itu sendiri
mampu menggambarkan tahap keprihatinan seseorang individu tersebut terhadap pengguna
KTM yang terdiri daripada golongan kurang upaya.

STRATEGI PENYELESAIAN

Antara cara bagi menangani perkara ini ialah pihak kerajaan perlu membuat kempen
“Keprihatinan Terhadap Golongan Kurang Upaya” bagi menyedarkan rakyat mengenai orang
kurang upaya. Melalui kempen seperti ini, rakyat mendapat pengetahuan yang lebih dengan
memasukkan Akta Orang Kurang Upaya 2008 sebagai salah satu tujuan utama kempen ini
dilaksanakan. Selain itu, rakyat juga akan mula memahami serta membuka minda mereka
untuk memberi keutamaan kepada golongan kurang upaya ini.

Justeru itu, pihak pengurusan KTM misalnya, harus meneliti semula keberkesanan dalam
menyediakan tempat yang telah diwartakan untuk golongan ini. Mereka perlu sentiasa
memantau keadaan didalam tren supaya golongan OKU ini benar-benar mendapat hak
keistimewaan mereka seperti yang terkandung didalam akta. Selain menyediakan koc untuk
golongan wanita, pengurusan juga boleh menyediakan koc hanya untuk golongan kurang
upaya ini agar mereka mendapat keselesaan.

Bukan itu sahaja, bahagian media massa perlu memainkan peranan mereka melalui iklan-
iklan yang mempunyai unsur kepentingan kepada golongan kurang upaya ini dikaca-kaca
televisyen ataupun corong-corong radio agar lebih ramai yang melihat serta mendengar
mengenai isu ini. Penyebaran maklumat menggunakan media massa amat efektif kerana hal
ini memberi pendedahan kepada para penonton yang terdiri daripada pelbagai lapisan
masyarakat seperti kanak-kanak, remaja, dan juga orang dewasa. Hal ini sekaligus mampu
membantu menyedarkan rakyat Malaysia dan pihak kerajaan dalam memperkasakan perkara
ini.

8
Seterusnya, pihak sekolah perlu memberikan pendedahan awal kepada para pelajar dari
sekolah rendah sehingga sekolah menengah. Hal ini dapat memberi kesedaran awal kepada
lapisan masyarakat kita kerana mereka merupakan pewaris kepada tonggak kepimpinan
negara. Bak kata pepatah, meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Kadang kala para pelajar
ini juga mampu membuka mata ibu bapa mereka kepada keprihatinan terhadap golongan
kurang upaya ini.

Dalam temu bual bersama saudara Rosli, beliau ada mencadangkan supaya pihak yang
bertanggungjawab dapat menyediakan satu perkhidmatan khas untuk golongan OKU
penglihatan dan pendengaran dengan cara menyediakan bahasa isyarat dalam mesin membeli
token di setiap stesyen kereta api untuk lebih jelas dan memudahkan mereka membeli token
atau tiket bagi menuju ke destinasi, dengan cara ini dapat meningkatkan lagi kesedaran
mengenai perkhidmatan mesra OKU.

Dalam konteks mahasiswa, kami mengambil langkah untuk menggalakkan mahasiswa UPM
supaya lebih memberi tumpuan terhadap suara kecil sebilangan mahasiswa OKU yang
menuntut di UPM. Kami telah menulis satu surat rasmi buat Yang Dipertua Perwakilan
pelajar, saudara Hanif Ramlan bagi memberitahu seterusnya menyuarakan suara mahasiswa
OKU yang mesti didengari (rujuk lampiran). Antara langkah cadangan kami kepada Majlis
Perwakilan Pelajar adalah:

a)Memperbanyakkan tempat meletak kenderaan bagi golongan OKU

b)Memberikan aksesibiliti yang secukupnya seperti sediakan lif bagi


memudahkan golongan OKU dan mengelakkan mereka menaiki tangga biasa

c)Memastikan tempat duduk OKU di dalam bas betul-betul dapat diduduki


oleh golongan OKU.

d)Mengambil beberapa orang pensyarah yang mahir bahasa isyarat bagi


mengajar golongan OKU ini.

Akhir sekali, tidak dapat dinafikan peranan diri sendiri juga perlu bagi melahirkan
masyarakat yang prihatin kepada OKU. Kita boleh memupuk sifat keprihatinan dalam diri
sendiri agar sentiasa mengambil berat terhadap golongan yang memerlukan bantuan. Melalui
sifat ini, rakyat Malaysia akan menjadi masyarakat yang menjaga tepi kain orang tetapi dari
sudut yang positif iaitu menjaga kepentingan orang yang memerlukan bantuan.

9
LAMPIRAN

(I)LAMPIRAN TEMU BUAL

RESPONDEN A

Penemu Assalamualaikum cik, kami pelajar UPM dan kami ditugaskan untuk
bual: mengkaji etika pengguna KTM terhadap golongan kurang upaya. Macam
yang kita tahu, golongan OKU tu termasuklah golongan yang kelainan upaya,
ibu-ibu mengandung serta warga emas. Jadi, jika cik berhadapan dengan
situasi di mana cik ternampak golongan OKU yang tidak mendapat tempat di
dalam komuter, apa yang bakal cik lakukan?

Responden Hmm..saya akan berilah tempat duduk saya kepada orang tersebut.
A:
Penemu Macam mana pulak dengan tindakan pihak pengurusan KTM serta rasa
bual: prihatin dan tanggungjawab orang awam terhadap golongan tersebut? Apa
pandangan cik?

Responden Sepatutnya, orang awam bagi kerjasamalah kepada pihak KTM dan golongan
A: OKU tersebut.

RESPONDEN B

Penemu Assalamualaikum cik, kami dari UPM dan kami sedang mengkaji etika
bual: pengguna KTM terhadap golongan kurang upaya. Jadi, apa yang dapat cik
dapat katakan tentang situasi yang berkaitan dengan hal ini serta bagaimana
dengan pengalaman cik sendiri?
Responden Setakat ni, yang saya nampak rakyat Malaysia semua ok, prihatin, bagi
B: tempat duduk kepada golongan mengandung dan orang tua. Saya sendiri pun
akan utamakan orang OKU untuk memberi tempat duduk.

Penemu Jadi, bagaimana pula dengan sifat prihatin dalam kalangan masyarakat kita
bual: serta pihak KTM?

10
Responden Setakat ni ok, contohnya dalam koc wanita, ramai orang bersifat prihatin; bila
B: tahu ini adalah koc wanita, mereka bertolak ansur dan segera bergerak ke koc
lain(bagi golongan lelaki).

Penemu Pada pendapat puan, ada tak cara-cara tau langkah-langkah untuk pihak KTM
bual: jalankan bagi meningkatkan lagi jaminan kepada golongan OKU serta untuk
meningkatkan nilai etika dalam diri masyarakat kita?

Responden Hmm..yang saya nampak, cuma itulah, kadang-kadang masih ada juga lelaki
B: yang masuk ke koc wanita. Tapi secara keseluruhannya, setakat ini ok.

RESPONDEN C

Penemu Assalamualaikum, kami dari UPM, dan tajuk kajian kami ialah etika
bual: pengguna KTM terhadap golongan kurang upaya. Pada pendapat anda,
bagaimana tahap keprihatinan masyarakat kita terhadap golongan OKU?
Responden Pada pandangan saya, ada yang prihatin ada yang tak. Ya, masih wujud
C: golongan yang tak prihatin.
Penemu Jadi, anda rasa, macam mana caranya nak atasi masalah ini?
bual:
Responden Mungkin, kita boleh melakukan kempen kepada orang ramai oleh pihak yang
C: berwajib.
Penemu Jika anda berada di dalam situasi di mana anda berhadapan dengan golongan
bual: kurang upaya, apa yang anda akan lakukan?
Responden Saya akan bagi tempat duduk saya kepada mereka, kerana saya masih muda
C: dan mampu berdiri.

11
(II)LAMPIRAN SURAT RASMI PADA MPP

Yang Di Pertua,
Majlis Perwakilan Pelajar,
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang Selangor Darul Ehsan
Tuan.

Memohon Penyediaan Kebajikan buat Mahasiswa OKU

Merujuk kepada perkara diatas saya Mohd Luqman Hakim bin Rosli, selaku pengarah untuk
projek “Mahasiswa kepada Orang Kurang Upaya” ingin berkongsi beberapa resolusi buat
pihak Majlis Perwakilan Pelajar UPM supaya dapat juga membantu dalam menyemarakkan
lagi keprihatinan kita pada OKU

2)Antara resolusinya ialah:

a)Memperbanyakkan tempat meletak kenderaan bagi golongan OKU

b)Memberikan aksesibiliti yang secukupnya seperti sediakan lif bagi memudahkan golongan
OKU dan mengelakkan mereka menaiki tangga biasa

c)Memastikan tempat duduk OKU di dalam bas betul-betul dapat diduduki oleh
golongan OKU.

d)Mengambil beberapa orang pensyarah yang mahir bahasa isyarat bagi mengajar
golongan OKU ini.

3)Segala keprihatinan dari pihak Majlis Perwakilan Pelajar, saya dahulukan dengan
ucapan terima kasih.

Sekian,

Yang Benar,

(Mohd Luqman Hakim Bin Rosli)

Pengarah Projek keprihatinan OKU.

12
KESIMPULAN

Kajian ini dijalankan untuk mengetengahkan isu golongan kurang upaya yang terbiar
sekian lama. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, beberapa cadangan pengurusan buat
pihak yang bertanggungjawab dalam penyelenggaraab pengangkutan awam kereta api dari
segi tempat letak kereta di stesen, laluan pejalan kaki, perabot jalan dan akses masuk
bangunan dicadangkan untuk memperbaiki fasiliti yang sedi ada bagi mencapai persekitaran
kemudahcapaian bagi semua golongan masyarakat tidak kira sempurna fizikal atau golongan
yang kurang bernasib baik.

Boleh dikatakan, masih ramai rakyat Malaysia tidak mampu menunjukkan


keprihatinan mereka pada golongan ini, dan boleh dilihat juga isu OKU ini hanya seperti
bermusim iaitu hanya ketika berlaku sesuatu yang buruk atau kemalangan pada OKU barulah
masyarakat berlumba-lumba menunjukkan keprihatinan mereka dan selepas isu ini akan
menjadi sejuk semula dan tidak tahu pun kemana kita hendak membawa isu kebajikan OKU
ini.

13
PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim.

Alhamdullilah,bersyukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnia dan rahmat serta nikmat masa,
nyawa tenaga yang dianugerahkan-Nya dapat juga kami menyiapkan tugasan ini dengan satu
kepastian untuk cenderung terhadap permasalahan masyarakat di Malaysia.

Pertamanya, kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah tercinta
kami, Prof. Madya Dr Ahmad Tarmizi Talib kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan telah
membuka satu ruang baru buat kami untuk menyiapkan tugasan ini. Dikesempatan ini juga
kami ingin mengucapkan juga tahniah buat Dr Ahmad Tarmizi kerana memberi satu
gambaran terhadap etika dan pembanggunan manusia yang sebenar dalam konteks
hubungkait dengan isu-isu semasa.

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa kami yang
menjadi pemudahcara kami bagi menyiapkan kerja kursus ini secara tidak langsung mereka
jugalah yang memberikan kami segala kemudahan dan sokongan moral sehingga berjaya
menyiapkan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga kami tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi
peringatan terhadap setiap apa yang menjadi kelalaian dan kealpaan kami. Mereka juga
terlibat dalam tugasan ini samaada sebagai rakan pelajar atau respondan bagi membantu kami
dengan menjawab setiap pertanyaan yang kami utarakan kepada mereka.

Akhir madah, kami seklali lagi mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat
secara langsung atau sebaliknya dalam proses menyiapkan kerja kursus ini.

14
RUJUKAN

Jabatan Kebajikan Masyarakat, (2008). “Bantulah dan Hormatilah OKU.” Atas talian :
http://realitioku.blogspot.com/2008/01/bantulah-hormatilah-oku.html ( 1 Januari 2009)

SIRIM: MS 1183: 2002, Code of Practice for Means of Escape for Disable People (2009).
Department of Standards Malaysia.

Rosli Ibrahim “OKU BANGKIT” (2012)

15

View publication stats

Anda mungkin juga menyukai