Anda di halaman 1dari 5

SEMINAR PUSTAKAWAN PUiTM 2010

HOTEL UiTM DUNGUN, TERENGGANU


20 – 21 FEBRUARI 2010

LAPORAN RINGKAS PEMBENTANGAN KERTAS KERJA 3

TARIKH : 20/02/2010

PENCERAMAH : Profesor Datuk Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid

SESI 3 : Enriching the future librarians.

INTIPATI KERTAS KERJA :

1. RECOMMENDED BOOKS:

”Find your strongest life”


By Marcus Barkingham
-Push ladies into life full of transformation from within about what the happiest and success women
do differently – (excellent & great reading)

Berdasarkan contoh Prof Datuk Dr. Ahmad yang telah membelikan anaknya buku berjudul “Dewey
the library cat” tentang seekor kucing terbiar yang dijumpai seorang director perpustakaan di
pelihara sehingga 19 tahun di perpustakaan Spencor, Iowa dan begitu dikenali oleh pengunjung
perpustakaan.
 Ia akan datang kepada pengunjung yang mempunyai masalah.
 Pelanggan akan berasa tenang.
 Kucing tersebut punyai kemashyuran global.

“Sastera agung tamadun manusia “


-kita perlu belajar dari sejarah agar tidak melakukan kesilapan dan menjadi panduan untuk membina
kejayaan pada masa hadapan.

2. KEPENTINGAN BUKU DALAM KEHIDUPAN

Buku ilmiah – sukar dijual di pasaran.


Buku popular mendapat tempat dihati pembaca kerana ia merupakan bacaan ringan dan santai.
Aktiviti menyenaraikan kedai buku popular menggalakan peserta berfikir dan berinteraksi secara dua
hala.

1
3. KATA-KATA HIKMAH/QUOTATIONS

Banyak kata-kata hikmah yang dapat dijadikan panduan hidup dan ia perlu digunakan untuk
melonjak pembentukan sahsiah individu. Antaranya ialah:-

1. “Baca buku yang terbaik dahulu sebelum terlewat”

2. “Kelemahan sikap membawa kepada kelemahan sahsiah” -Enstaien-

3. “If you dream it you can do it” -Walt Disney-

4. “A people that values it privileges above its principles soon lose both”
-Presiden Amerika Syarikat-

4. IMPIKAN BAHAWA:

1. UiTM boleh menjadi insitusi terbaik di Malaysia atau antarabangsa.


2. Bolehkah sebuah kampung di Malaysia menjadi yang terbaik seperti kampung di US yang
mempunyai kualiti hidup tinggi, terdapat buku-buku terkini dan lengkap dengan
infrastruktur.
3. Cendiakawan yang terbaik lahir di Malaysia atau Kuala Lumpur.

5. MOTIVASI DIRI, CARANYA:

Kita harus mengambil contoh untuk menjadi cemerlang hasil keputusan sendiri atau bermula dari
bawah seperti Abraham Lincoln atau guru-guru MPSI. Oleh itu jika peranan kita pelbagai, banyak
yang boleh dijadikan reality. Kita juga perlu memilih untuk menjadi cemerlang dan mengusai ilmu
sedalamnya.

6. MEDIUM PENTING YANG BOLEH DICONTOHI:

Newsletter: Harvard bookstore yang menyenaraikan buku-buku penting, menjemput penulis buku
bertemu dengan peminat untuk mengalakkan budaya pembacaan di kalangan masyarakat.

7. PERANAN PUSTAKAWAN

 Dapat mengubah keputusan atau pemilihan tindakan dalam kehidupan orang lain
 Perlu peka terhadap perubahan persekitaran untuk mengejar kecemerlangan
 Jalinkan hubungan baik dengan pelanggan melalui kepimpinan unggul
 Memahami teras kompetensi dan ketrampilan
 Pustakawan perlu bertindak sebagai Pembina Tamadun, Penjaga Khazanah dan Intelectual
Negara
 Perlu definisikan realiti untuk mencipta kejayaan dimasa hadapan
 Revolusi perubahan teknologi perlu diselaraskan dengan kemahiran pengendaliannya
 Pustakawan harus memahami sistem Dewey dengan lebih mendalam

2
 Orang yang mempunyai asset terpenting dalam organisasi adalah ditaraf kebolehan yang
unik, jarang didapati dan sukar diganti. Jika seseorang mentor bersara, organisasi mengalami
kerugian. Universiti mempuyai cawangan yang banyak dalam organisasi berbeza dan
kejayaannya bergantung kepada budaya ilmu warganya.

Menjadi pustakawan hebat:-


 Kita perlu memahami sejarah pembangunan yang bermula dari masyarakat primitive,
membangun kepada pertanian, masyarakat industry, perkhidmatan, masyarakat maju dan
post industrial.

Pembangunan bakat/potensi manusia:


 Pustakawan bertindak sebagai Intelektual Negara atau orang yang bakal menjayakan
wawasan dan boleh mengurus ilmu seperti dalam peranan pengurusan ilmu (KM).
 Pengurusan kumpulan ilmu adalah pihak yang mengetahui kewujudan, kejumudan dan
kepupusan ilmu dan data.
 Organisasi pembelajaran – sekolah, tempat kerja dan perpustakaan.
 Pustakawan perlu mengenal diri, melaksanakan peranan yang pelbagai, meluaskan pengaruh
dan memberi impak yang berlainan.

SESI SOAL JAWAB

[Pn Khasiah]: Kesedaran & perlakuan (tidak melakukan jika tidak diimpikan) seperti kekuatan minda
atau fizikal perlukan keinginan untuk melonjak.

[Dr. Ahamad]: Lebih sekadar dari bermimpi. Lain?

[En Rashid]: Bermimpi perlukan ketua yang dapat memimpin ke arah realiti.

[Dr. Ahmad]: Tidak perlu menjadi “no.1” untuk menjamin kejayaan sesuatu aktiviti. Untuk membina
sesuatu yang lebih baik daripada sebelumnya memerlukan kefahaman tetang potensi diri dan
semangat berpasukan.

Keistimewaan Pustakawan:

1. Warga Negara global yang pertama merakamkan atau merekodkan sejarah manusia.
2. Pustakawan yang merekodkan dokumen untuk menilai. Contoh akur janji doctor
merahsiakan maklumat pesakit, melanggarnya akan dikenakan tindakan.
3. Pustakawan adalah penyambung jambatan tradisi popular, contohnya rakyat dengan tradisi
istana, teknologi lama dengan penemuan saintifik yang canggih.
4. Manusia ada 4 bahagian: kesedaran, minda, seksyen, peribadi dan tingkah laku. Semua ini
mempengaruhi tabiat.
5. Setiap individu punya peluang untuk memajukan diri. Contohnya seperti penulis buku Harry
Potter.

3
6. “Global librarian” Dapat memberikan pengaruh terhadap seseorang apabila bekerja di serata
dunia/luar negara.
7. Masyarakat berilmu hanya berilmu bila ada akses kepada sumber ilmu.
8. Pustakawan adalah orang yang ada peluang berbanding orang lain. Contoh akses kepada
bahan dilarang, bahan yang patut dan tidak patut diharamkan seperti Injil & Quran di Negara
Komunis.

KESIMPULAN

Kita akan kuat jika rakan-rakan berkongsi idea dan punya pasukan yang sama hasrat.

Kita tidak boleh menjadi orang yang BELAJAR kalau kita tidak boleh MENULIS

Kita tidak boleh MENULIS kalau kita tidak boleh BERFIKIR

Kita tidak boleh BERFIKIR kalau kita tidak MENYELIDIK

Kita tidak boleh MENYELIDIK kalau kita tidak MENDOKUMENTASI

Dan kita tidak boleh MENDOKUMENTASI jika tiada pembudayaan ILMU

RAPPORTEUR

1. KETUA : Puan Nor Aziah Abdullah


2. AHLI : En. Bahroni Moojee
3. AHLI : Cik Mawar Noor Abdullah

4
5

Anda mungkin juga menyukai