Anda di halaman 1dari 3

Laporan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Fasa 4 Pendidikan Muzik

Pada 19-23 August 2013, saya telah menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah
(PBS) fasa 4 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Pui Gin yang bertempat di daerah
Sandakan. Dalam PBS kali ini, kami dikehendaki mengumpul maklumat berkaitan
dengan pengajaran dan pembelajaran kelas Pendidikan Muzik di sekolah tersebut. Pada
hari pertama, saya telah meminta kebenaran daripada Guru Besar untuk memerhati
kelas Pendidikan Muzik demi menyiapkan tugasan yang diberikan dalam PBS kali ini.
Setelah diatur pihak pentadbirran sekolah, saya diberi peluang untuk memasuki kelas
Cikgu Mo Bui Yee.
Sebelum saya memasuki kelas guru tersebut, saya telah berbincang dengan
guru tersebut berkaitan tujuan serta tugasan yang perlu saya laksanakan dalam kelas
tersebut. Selepas perbincangan, saya diberitahu bahawa guru tersebut diberikan tugas
yang lain oleh guru besar, maka
dia tidak dapat menghadiri kelas tersebut.
Walaubagaimanapun, Cikgu Mo tetap mengaturkan satu masa untuk saya menjalani
temu ramah dengan dia dan membaca RPH kelas Muzik dia pada munggu tersebut
supaya dia dapat berkongsi cara pengajaran dan pembelajaran kelas Pendidikan Muzik
dia. Cikgu Mo turut membawa saya melawat Bilik Muzik Sekolah Pui Gin supaya saya
dapat memahami keadaan pelaksanaan kelas Muzik di Sekolah Pui Gin. Berikut
merupakan hasil dapatan saya dalam tugasan PBS fasa 4.
Menurut Cikgu Mo, kelas Muzik dia dibahagi kepada dua sesi, iaitu sesi
membaca dan sesi latihan. Dalam sesi belajar, Cikgu Mo akan mengajar murid lirik lagu
atau irama lagu yang akan murid belajar di dalam kelas dengan menggunakan papan
hitam. Setelah murid mengetahui lirik dan irama lagu baru yang diajar, barulah Cikgu Mo
membawa murid ke Bilik Muzik untuk memainkan alat muzik yang bersesuaian dengan
lagu yang diajar. Menurut Cikgu Mo, walaupun Bilik Muzik juga dilengkapi dengan alatan
mengajar seperti papan hitam, LCD projektor dan juga alat muzik perkusi seperti
kastanet, kerincing, rekorder dan drum, namun Cikgu Mo hanya akan membawa murid
ke Bilik Muzik semasa sesi latihan kerana terdapat murid yang nakal dan akan
memainkan alat muzik semasa sesi belajar. Demi mengelakkan masalah ini berlaku,
maka Cikgu Mo mengambil keputusan untuk mengajar murid di kelas sebelum
membawa mereka ke Bilik Muzik untuk sesi latihan.
Dalam bilik muzik, terdapat pelbagai jenis alat muzik seperti rekorder, keyboard,
alat perkusi dan sebagainya. Alatan muzik ini digunakan semasa sesi latihan setelah
sesebuah lagu baru telah diajar. Selain itu, Cikgu Mo juga pernah membuat aktiviti yang
dapat merangsang minat murid terhadap Pendidikan Muzik, iaitu menghasilkan alat
muzik dengan menggunakan bahan buangan. Alat-alat muzik ini telah dipamerkan di
dalam almari di bilik muzik. Disamping itu, Bilik Muzik juga dilengkapi dengan alat
elektronik seperti LCD projektor, komputer, pembesar suara dan radio. Akan tetapi, tidak
ada sebarang bahan bantu mengajar yang berkaitan seperti gambar penjarian rekorder,
gambar isyarat tangan solfa, gambar dan nama simbol muzik seperti treble klef, minim,
dan sebagainya. Pada pendapat saya, bilik muzik sekolah Pui Gin dilengkapi dengan
bahan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik yang asas, dan dapat ditambah
baik lagi.

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran kelas muzik, Cikgu Mo akan


memberi peluang kepada murid untuk memainkan lagu yang dipelajari dengan
menggunakan alat muzik. Menurutnya, ia adalah bertujuan mengukuhkan pembelajaran
murid dan memberikan keseronokan kepada mereka supaya dapat melepaskan tekanan
dalam pembelajaran mereka di sekolah melalui permainan alat muzik.
Antara alatan yang paling kerap digunakan ialah rekorder. Ini kerana ia mudah
didapati dan senang dipelajari oleh murid. Selain itu, kadang kala guru juga akan
menggunakan kastanet, kerincing dan tamborin dalam kelas muzik. Menurut Cikgu Mo,
penggunaan rekorder dapat membantu murid menguasai irama sesebuah lagu dan
seupaya murid dapat menyanyikan lagu dengan lebih merdu dan tepat dengan
iramanya. Penggunaan tamborin, kerincing dan kastanet pula dapat meningkatkan
penguasaan detik sesebuah lagu dan agar murid tidak akan menyanyi dengan terlalu
cepat atau perlahan. Menurut Cikgu Mo juga, tujuan setiap kali kelas muziknya, dia
mesti memberikan peluang kepada murid memainkan alat muzik kerana dia ingin
melatih koordinasi mata dan tangan murid.
Melalui sesi temu ramah dan rancangan pengajaran harian Cikgu Mo, saya
mendapati Cikgu Mo menggunakan alat muzik yang sesuai dengan pengajarannya. ini
kerana melalui rancangan pengajaran dan pembelajarannya, saya mendapati
penggunaan alat muzik dalam kelasnya mempunyai tujuan tertentu, iaitu membantu
murid menguasai kemahiran muzikal dan mencapai objektif pengajaran dan
pembelajaran. Sebagai contoh, jika Cikgu Mo mahu murid menguasai irama sebuah
lagu yang baru belajar, pertama sekali, dia akan menggunakan radio untuk memainkan
lagu untuk mengiringi murid menyanyi. Melalui ini, dia dapat mendedahkan murid
kepada irama lagu tersebut dan membantu mereka menguasai irama lagu tersebut
secara menyeluruh. Selepas itu, barulah Cikgu Mo membawa murid ke bilik muzik untuk
mereka memainkan lagu tersebut dengan menggunakan rekorder. Semasa permainan
rekorder, murid dapat menguasai setiap bahagian irama lagu yang dipelajari dengan
teliti. Dengan pengamalan langkah seperti ini, Cikgu Mo berasa dia dapat membimbing
murid belajar menyanyi atau memainkan lagu yang baru dipelajari dengan lebih
berkesan dan efektif.
Disamping itu, dalam sesi temu ramah, saya turut mendapati Cikgu Mo tidak ada
sebarang kelulusan dalam pendidikan muzik. Atas minatnya yang mendalam terhadap
muzik, maka dia belajar cara memainkan piano di gereja. Walaupun dia tahu bermain
piano, tetapi dia tidak pernah mengambil sebarang ujian piano. Selain belajar bermain
piano di gereja, dia turut menyertai kumpulan koir gerejanya. Melalui kumpulan koir, dia
telah mempelajari serba sedikit mengenai pengetahuan asas muzik dan pendidikan
muzik seperti not muzik, cara menyanyi yang betul, nyanyian solfa semerta berdasarkan
skor dan membaca skor muzik.
Adakah agihan masa dalam rancangan pengajaran guru sesuai dengan aktiviti
muzikal yang dijalankan.?

Seminggu 1 jam kelas muzik, 1 kelas 30 min, kelas pertama belajari lirik lagu dan
irama lagu. Kelas kedua bermain alat muzik di bilik muzik,
Adakah murid dapat menguasai kemahiran dan pengetahuan muzik yang diajar oleh
guru?
Ya. Kelas menarik. Guru mengajar dengan teliti, dan beramah mesra. Menggunakan
arahan yang senang difahami.
Berikan saranan anda untuk tindakan penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran
muzik.
Test outside song,
Guna solfa nyanyi irama lagu,
Used keyboard to guide
Used some folks song,
Translate to mother tongue
Langkah pembelajaran yang membosankan
Try to analyse song.

Anda mungkin juga menyukai