Anda di halaman 1dari 12

1

Salah satu objektif transformasi pertanian yang


dilancarkan oleh Kementerian Pertanian dan
Industri Asas Tani adalah menjadikan projek yang
berjaya sebagai tempat rujukan bagi usahawan
baru menimba pengalaman, mempelajari teknik
dan pengurusan projek tersebut bagi
dilaksanakan di tempat lain.
Seorang usahawan baru, Bing Irwan bin Sutno
telah mengambil langkah awal mempelajari
teknik tanaman tomato fertigasi daripada Harrani
bin Dayat seorang usahawan yang berjaya di
Johor. Minat Bing timbul apabila melihat
kejayaan Harrani yang merupakan abang iparnya
mengusahakan tanaman tomato fertigasi di
Batu Pahat.

Oleh : Rosli Yaakub


Ibu Pejabat LPP

Menurut Bing, peluang bagi memulakan projek


ini pula terbuka apabila Harrani sendiri
menunjukkan tapak yang sesuai bagi
memulakan usahanya di Taman Usahawan
Peladang (TUP), Pertubuhan Peladang Negeri
Johor (PPNJ) di Sungai Lebak, Johor. Tapak ini
telah ditinggalkan oleh pengusaha sebelumnya.
Bermula dengan 0.8 hektar yang diusahakan
pada awal tahun 2001, beliau telah menambah
keluasannya kepada 1.2 hektar ditanam dengan
tanaman tomato fertigasi. Bagi setiap 0.4 hektar
yang diusahakan, Bing telah menanam 10 ribu
hingga 12 ribu pokok tomato dengan anggaran
pengeluaran 120 hingga 130 metrik tan.
Bing menggunakan cara semaian anak benih
bagi memulakan tanaman tomatonya, setelah
itu ia akan dipindah ke polibeg yang diisi dengan
sabut kelapa sebagai medianya. Pada masa
inilah pembajaan memainkan peranan utama.
Menurut Bing, formula bancuhan dan jenis baja
yang digunakan sangat penting untuk
mendapatkan pengeluaran hasil yang
maksimum
dan
bermutu.
Dalam
mengusahakan penanaman kaedah fertigasi ini
pemerhatian tindak balas pokok terhadap setiap
perubahan formulasi nutrein perlu diberi
tumpuan.
2

Pengeluaran buah tomato bagi 1.2 hektar yang


diusahakan sekarang, Bing telah memperolehi
98,600 kg, iaitu catatan bagi tahun 2004.

Bing telah menanam


10 ribu hingga 12 ribu pokok
tomato dengan anggaran
pengeluaran 120 hingga 130
metrik tan.

Bing tidak menghadapai masalah bagi


memasarkan hasil usahanya itu dengan
permintaan tetap dan harga yang tinggi. Pasaran
dibuat secara jualan terus kepada peruncit dan
juga jualan secara borong di ladang. Malahan
menurutnya pada masa ini beliau tidak dapat
memenuhi permintaan pasaran tempatan.

Bing Irwan bin Sutno,


usahawan tomato
fertigasi.

Di awal penglibatannya Bing telah


mengeluarkan modal sendiri bagi menjayakan
projek ini. Namun demikian beliau bernasib baik
kerana tapak dan peralatan asas telah sedia ada
yang ditinggalkan oleh pengusaha sebelumnya.
Antara peralatan yang tersedia adalah tapak
asas bersimen, kerangka rumah lindungan dan
tiub pengairan semburan baja. Dengan asas
yang ada Bing memulakan tanaman tomatonya
dengan tunjuk ajar dari mantornya, Harrani.
Beliau sangat menghargai pengetahuan tersebut
dan seterusnya menjadikan Harrani sebagai
perunding kepadanya.
Apa yang lebih membanggakan beliau
adalah apabila projek beliau mendapat
pengiktirafan dengan penganugerahan
sijil SALM pada bulan Mac 2003 setelah
beliau mengikuti segala amalan
pertanian
yang
disyaratkan
Kementerian Pertanian dan Industri
Asas Tani.
Beliau merancang meluaskan lagi
kawasan projek ini meliputi dua hektar
kawasan di TUP Sungai Lebak
tersebut.
Beliau amat berharap agar kawasan
tersebut mendapat bekalan elektrik
segera bagi beliau melaksanakan
proses pengurusan pembajaan secara
automatik dengan penggunaan
komputer. Dengan cara ini beliau
menjangkakan pengurusan akan
dilaksanakan lebih cekap dan dapat
menjana lebihan pendapatan yang
tinggi di masa depan.
Tomato yang dihasilkan melalui
kaedah fertigasi ternyata
menguntungkan.

Terdapat pelbagai faktor yang mendorong


peningkatan pengeluaran hasil padi, antaranya
amalan pengurusan tanaman yang sistematik,
teknologi terkini yang diaplikasikan serta benih
bermutu dan terjamin yang digunakan sebelum
dipindahkan ke bendang.

sekam arang yang terhasil tidak berubah dari


segi bentuk. Manakala unsur-unsur phosphorus
(P2 05) dan kalium (K20) yang amat diperlukan
oleh anak padi bagi pertumbuhan akar dengan
cara mempercepatkan tumbesaran tisu
manistem masih kekal.

Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Gunong


Semanggol mempunyai perancangan dan
strategi tersendiri dalam mengeluar anak padi
asas untuk kegunaan peladang yang
menjayakan projek benih padi berdaftar. Anak
padi asas yang sihat dan bermutu ini, PPK
sediakan melalui penggunaan sekam padi
sebagai media bagi mempercepatkan
tumbesarannya.

Penggunaan media ini juga menjadikan anak


padi sihat, kuat dan tumbuh sekata. Faktor ini
memboleh anak padi yang berumur 20 hari dapat
digulung dan dihantar ke bendang dalam masa
yang singkat bagi proses penanaman.
Sebaliknya agak sukar jika dibandingkan dengan
penggunaan sekam padi yang dibakar secara
biasa atau tanah liat.
Oleh kerana pengubahan anak padi perlu
dilakukan menggunakan mesin khas iaitu
transplanter, maka benih padi perlu disemai di
dalam tray (takung) khas yang berukuran 2 kaki
lebar x 1 kaki panjang x 1 inci tinggi. Setiap hektar
sawah memerlukan 250 tray anak padi dan
setiap tray memerlukan 350 gram sekam arang.
Benih padi yang diperlukan untuk satu tray ialah
250 gram yang mengandungi lebih kurang 9,529
biji benih.

Sekam padi yang digunakan oleh PPK bukanlah


sekam kuning dari sisa buangan kilang,
sebaliknya sekam arang hasil daripada proses
pembakaran menggunakan mesin pembakar/
burner yang direka khas. Proses pembakaran
sekam ini mengambil masa sekitar 20 minit dan

Oleh : SMT
Ibu Pejabat LPP

Cara media ini digunakan adalah dengan


meletak rata sebahagian daripada 350 gram
sekam ke dalam tray. Selepas itu, 250 gram

Benih padi akan direndam dan


dicampur bahan penggalak akar
untuk proses percambahan.
Proses pemilihan benih
untuk semaian penting
dalam menghasilkan
benih padi berdaftar.

benih padi yang telah direndam dan dituskan


ditabur rata di atas sekam seterusnya diikuti
dengan menutup benih padi tersebut dengan
sebahagian lagi baki sekam yang tinggal.
Seterusnya tray yang mengandungi sekam dan
anak padi tadi disiram serta disusun bertingkattingkat dan ditutup.

pembakaran sekam melalui burner ini


mengeluarkan asap yang banyak dan
mengganggu penduduk sekitar. Sungguhpun
begitu usaha sedang dilakukan oleh PPK bagi
mencari kaedah untuk mengurangkan asap dan
memindahkan operasi pembakaran ke tempat
yang lebih strategik. PPK juga sedang berusaha
memperbesarkan saiz projek yang diusahakan
dan bersedia untuk memberi tunjuk ajar kepada
yang berminat.

Selepas tiga hari anak-anak padi dalam tray


akan dipindahkan ke tapak semaian konkrit dan
ditutup dengan plastik pelindung dengan
tembusan cahaya 30 % selama dua hari. Proses
membaja dengan baja semburan (foliar) untuk
pertumbuhan pokok dan pembiakan akar serta
penukaran air di tapak semaian dilakukan tiga
hari sekali. Pertukaran air ini dilakukan supaya
tapak semaian tidak berlumut dan untuk
mempercepatkan pertumbuhan akar. Manakala
kawalan serangga dilakukan mengikut
keperluan. Seterusnya pada hari ke-19 tapak
semaian perlu dikeringkan dan pada hari ke-20
anak padi bolehlah digulung dan dibawa ke
bendang untuk proses penanaman.
PPK dalam menyediakan sekam arang yang
memenuhi spesifikasi media tanaman padi pada
peringkat semaian telah membelanjakan lebih
RM60,000. Perbelanjaan tersebut antaranya
penyediaan bangunan, pendawaian, takung
semaian, mesin pembakar dan paip air.
Walaupun PPK berkemampuan mengeluarkan
sekam arang ini dalam kuantiti yang banyak,
namun PPK keluarkan hanya untuk keperluan
sendiri, iaitu sebanyak 17,500 kg.

Anak benih padi yang


mencapai umur 20
hari sesuai untuk
dipindahkan ke
ladang.

Sungguhpun dapat menjadikan sekam padi


terbuang ini menjadi media penting dalam
menyedia anak padi asas yang berkualiti, namun
PPK juga menghadapi masalah kerana
Tray yang mengandungi sekam dan benih padi
disusun bertingkat-tingkat ditutup bagi proses
percambahan.

Anak padi yang


telah bercambah
akan dipindahkan ke tapak
semaian konkrit
dan
ditutup
plastik pelindung
untuk proses
tumbesaran.

55

Oleh : Rohman Jasmani


Ibu Pejabat LPP

daripada air bukit


manakala
elektrik
daripada TNB dan baja
saya beli daripada
pembekal swasta.

Penglibatan kaum bumiputera khususnya


Melayu dalam sektor pertanian secara komersial
masa kini semakin ketara. Situasi ini mungkin
disebabkan sokongan pihak kerajaan yang
inginkan sektor ini berkembang seperti sektor
lain.

Semua itu memerlukan


modal yang tinggi untuk
menyediakannya,
mujurlah ibu dan adik
beradik saya dapat
membantu dari segi
tenaga kerja. Melihatkan
perkembangan projek
yang dapat memberikan
p u l a n g a n
menguntungkan pada
pusingan pertama, saya
tambah menjadi 8,000
polibeg pada April 2003.

Sektor pertanian pada masa dahulu hanya


diusahakan secara kecil-kecilan dan sebagai
sara diri bagi menampung pendapatan. Bagi
Mohd Bakhtiar Hashim, 26, membuktikan aktiviti
pertanian sememangnya boleh dikomersialkan
dan mampu menjanjikan pulangan lumayan jika
diusahakan bersungguh-sungguh. Beliau yang
mengusahakan tanaman cili secara fertigasi
merasakan sektor pertanian sebenarnya
mempunyai tarikan tersendiri.
Saya akan merasa puas dan tersenyum bila
melihat pokok cili yang saya tanam mula
berbuah. Kepuasan akan lebih dirasai bila kita
mula memetik hasil kerana segala penat lelah
selama ini telah berbalas kata beliau memberi
keyakinan.

Saya banyak berterima


kasih kepada PPN yang
menjadi pembekal anak
pokok cili. Anak pokok cili
daripada PPN merupakan varieti Kulai 630 yang
mampu mengeluarkan
hasil tinggi. Di samping itu
Pertubuhan Peladang
Kawasan (PPK) Sik juga
menganjurkan Kursus
Pengurusan Fertigasi
kepada saya, ujarnya.

Mohd Bakhtiar yang sebelum ini pernah bekerja


dihotel terkemuka di Alor Star menceritakan,
penglibatan awal dalam tanaman cili fertigasi
timbul ketika melawat projek yang diusahakan
oleh Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Kedah
di Terenas, Sik. Beliau merasakan tanaman cili
secara fertigasi tidaklah sukar kerana ia
menggunakan teknologi terkini yang mudah
dipelajari.

Menurut beliau, dalam


mengusahakan
tanaman cili secara
fertigasi
terdapat
peringkat

Berbekalkan semangat ingin mencuba, akhirnya


pada Jun 2002, beliau mula mengusahakan
tanaman tersebut di kawasan seluas 1.8 hektar
yang disewa di Kampung Charok Tenang, Sik.
Peringkat permulaan dengan modal sendiri
sebanyak RM20,000 saya hanya mampu
mengusahakan 5,000 polibeg kerana dengan
modal itu juga saya gunakan untuk membayar
sewa tanah sebanyak RM550.00 setahun.
Segala kelengkapan infrastruktur terpaksa saya
sediakan sendiri. Bekalan air saya perolehi
Mohd Bakhtiar Hashim, usahawan cili
fertigasi.

terlebih dahulu. Bahan-bahan tersebut ialah:


Cili yang ditanam
menggunakan
kaedah fertigasi
t e r b u k t i
menguntungkan.

i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

kerja yang perlu dilakukan


dengan teliti agar tidak
mengganggu perjalanan
projek. Peringkat-peringkat
yang mesti diikuti dalam
mengusahakan tanaman
cili tersebut ialah:

Bahan-bahan ii iv di atas dicampur mengikut


sukatan yang sama agar menjadi 50% daripada
media tanaman kemudian ditambah dengan sabut
kelapa yang mewakili 40%. Akhir sekali campuran
tersebut ditambah pasir sungai sebanyak 10%.
Kesemua bahan-bahan tersebut digaul rata dan
dimasukkan ke dalam polibeg hingga ketinggian
polibeg. Polibeg yang mengandungi media
tanaman boleh digunakan sehingga empat
pusingan penanaman yang mengambil masa 8
bulan sepusingan.

Penyediaan Tapak
Penyediaan tapak dilakukan pada peringkat
awal kerja. Elakkan pilih
kawasan berbukit yang
menyukarkan kerja-kerja
penyediaan
tapak.
Kawasan projek hendaklah
diratakan
bagi
memudahkan air baja
dialirkan kesetiap pokok
dalam polibeg. Setelah
tanah diratakan, penyediaan batas yang
berukuran 12 kaki lebar
dengan ketinggian 6 inci
dan panjang mengikut
kesesuaian tapak dilakukan. Jarak antara batas
adalah 4 kaki bagi
memudahkan pengurusan
kerja seperti mengawal
rumpai, makhluk perosak
dan memunggut hasil.
Setelah batas siap, ia perlu
ditutup dengan plastik
hitam berukuran 4 kaki
lebar bagi menghalang
rumpai tumbuh mengganggu tumbesaran pokok
cili.
Penyediaan
Tanaman

Polibeg berukuran 23 inci x 18 inci


Sekam padi yang telah dibakar hingga
menjadi arang
Sekam padi/kulit padi hasil daripada
pemprosesan
Sekam padi yang telah dikeringkan
dalam oven
Sabut kelapa
Pasir sungai

Penyusunan Media Tanaman


Kerja-kerja penyusunan polibeg yang
mengandungi media tanaman dilakukan mengikut
batas yang tersedia. Polibeg disusun secara
memanjang dengan jarak antara barisan 2 kaki
manakala jarak dalam barisan pula 2 kaki.
Pemasangan Paip
Pemasangan polypipe untuk menyalurkan air ke
polibeg dilakukan mengikut saiz tertentu. Bermula
dari tangki air yang berkapasiti 2,400 liter dengan
pam elektrik, pemasangan paip utama yang
berukuran 50mm dibuat mengelilingi tapak projek.
Seterusnya paip berukuran 32mm akan dibuat
antara batas untuk menyalurkan air masuk.
Penyaluran air antara batas ke dalam barisan
dilakukan menggunakan paip berukuran 16mm
(tubing). Dari paip tersebut air akan disalurkan ke
polibeg dan pokok cili menggunakan paip
berukuran 3mm (liners) dan dipasang dengan
dripper yang berkemampuan menitiskan air
sebanyak 1.5 liter sehari.
Penyediaan Sokongan Pokok
Selepas kerja-kerja pemasangan paip siap,
penyediaan sokongan pokok berukuran 4 5
kaki dibuat menggunakan besi paip untuk
jangkamasa panjang atau kayu bagi menjimatkan
kos. Sokongan akan diletakkan pada hujung dan
tengah batas kiri dan kanan. Kemudian tali
direntang sebagai penyambung antara sokongan

Media

Dalam menyediakan media tanaman, bahan-bahan


asas perlu diperolehi
77

mengeluarkan hasil. Pada peringkat umur pokok


2 bulan ke atas, baja yang mengandungi foliar akan
diberi menggunakan kaedah semburan agar
tumbesaran pokok lebih sihat.
Di samping itu serangan serangga perosak seperti
White Flies, Thrip, Hamama dan Ulat diawasi
dengan penggunaan racun yang sesuai jika
terdapat tanda-tanda serangan. Selain itu kerja
penyelenggaraan seperti merumput dalam polibeg
dan meracun lorong turut dilakukan bertujuan
menghapuskan tempat pembiakan serangga
perosak.
Pokok cili akan mula berbuah sebulan setelah
ditanam dan hasil boleh dipetik sebulan selepas
itu. Buah dipetik sebelah pagi tiga kali seminggu
dan terus dihantar kepada pemborong. Purata
setiap pokok boleh keluarkan hasil sebanyak 1.5
2.0 kg. Keadaan ini juga bergantung pada cuaca
yang mana jika cuaca panas serangan serangga
perosak kurang, hasil akan tinggi berbanding
musim hujan.

Tapak penanaman cili kaedah fertigasi boleh


menggunakan sistem batas atau para.

dan seterusnya tali akan dipasang pada setiap


polibeg.
Penanaman Pokok
Penanaman anak pokok cili akan dilakukan setelah
kerja-kerja pada peringkat penyediaan asas
selesai. Penanaman anak pokok cili akan dilakukan
pada sebelah petang agar pokok tidak layu. Benih
pokok yang berumur 30 35 hari ditanam dalam
polibeg dengan kedalaman 3 5 cm. Selepas
ditanam anak pokok cili akan diikat pada tali
sokongan dan diairkan menggunakan air kosong.

Saya akan menggaji pekerja bagi memetik buah


cili kerana pemborong mahu buah cili segar untuk
pasaran. Jika saya lakukan sendiri buah akan rosak
kerana lambat dipetik. Untuk pasaran terus kepada
pemborong, purata harga cili yang saya dapat
sekitar RM3.00/kg. Sehingga kini, sebanyak 35 tan
cili telah dapat saya hasilkan dengan tiga pusingan.
Setiap pusingan, kos yang saya keluarkan
sebanyak RM15,000 dengan pulangan sekitar
RM30,000, tambah Mohd Bakhtiar lagi.

Pengurusan Tanaman
Kerja pengurusan tanaman dilakukan dengan
mengawasi bekalan air kosong atau mengandungi
baja. Bekalan air kosong akan disalurkan ke setiap
pokok bergantung pada cuaca. Dalam keadaan
cuaca panas, air akan dibekalkan setiap jam
selama 15 minit yang dipam daripada tangki sedia
ada. Manakala dalam keadaan biasa air akan
dibekalkan 3 kali sehari di samping air yang
mengandungi campuran baja juga sebanyak 3 kali
sehari.

Bercakap mengenai harapan masa depan, beliau


ingin menambah modal yang mungkin diperolehi
daripada institusi kewangan, seterusnya
membesarkan projek dengan menambah bilangan
polibeg.
Jika ingin pendapatan lebih, kita jangan takut untuk
menambah modal. Kadang-kadang semangat
ingin membesar projek kita ada tetapi bila
memikirkan masalah untuk mendapatkan modal
tambahan, semangat itu terus pudar katanya
mengakhiri perbualan.

Menurut beliau lagi, bekalan air baja mempunyai


campuran tertentu untuk tumbesaran pokok.
Campuran tersebut berbeza mengikut umur
pokok. Pada peringkat awal, bekalan air baja
disalurkan selepas 4 hari penanaman. Campuran
baja A dan baja B yang mengandungi unsur-unsur
tumbesaran dimasukkan ke dalam tangki dan
disalurkan kesetiap pokok.
Pada peringkat umur pokok 30 hari selepas
ditanam dan mula berbuah, campuran baja A dan
B akan ditambah dengan campuran baja C dan D
(campuran baja molybdate) yang mengandungi
unsur-unsur penggalakkan buah. Campuran ini
akan diberi sehingga pokok berumur 2 bulan
hingga 7 bulan iaitu anggaran umur pokok boleh
8

dibesarkan dalam polibeg sebelum dipindahkan


ke ladang.
Pada tahun 2004, limau madu yang dihasilkan
kira-kira 40 metrik tan sahaja. Ini adalah
disebabkan terdapat beberapa limitasi. Di
antaranya ialah struktur tanah yang tidak sesuai
untuk tanaman limau madu kerana
kawasan
berbukit
dan
kekurangan jalan perhubungan.

Oleh : Norma Haslina Abd. Manan


Ibu Pejabat LPP

Tanaman limau merupakan


salah satu daripada enam
komoditi komersial terpilih di
Negeri Terengganu. Industri
limau Negeri Terengganu telah
bermula semenjak tahun 60an
lagi di mana Negeri Terengganu
telah menjadi sebuah negeri pengeluar utama
tanaman limau. Sekitar tahun 70an industri
tanaman ini merosot akibat daripada serangan
Phythoptora. Dalam tahun 80an industri
penanamannya dibangunkan semula dengan
penemuan teknik cantuman (tut) dengan
menggunakan pokok penanti yang tahan
Phythoptora.
Projek tanaman limau madu yang diusahakan
di Terengganu ini diselia oleh seorang pengurus
ladang bernama Encik Pepat bin Jalal. Jumlah
pekerjanya seramai 10 orang, enam orang
daripada penduduk tempatan dan empat orang
rakyat Thailand yang bekerja secara kontrak.
Ianya dijalankan di Lot P.T. 91, Kampung Durian
Mentangau, Mukim Rasau, Dungun ( dalam
kawasan KETENGAH ).

Penanaman limau
menggunakan
sistem titis dapat
mengurangkan
kos buruh.

Projek telah diusahakan di kawasan seluas 50.5


hektar ( 125 ekar ) bermula pada 15 Mei 1999.
Pada 31 Disember 2000 semua anak pokok
limau madu siap dipindahkan dari APM
(Advance Planting Material) ke ladang. Jumlah
penanaman anak pokok limau madu tersebut
ialah sebanyak 20,000 pokok. Root Stocknya
ialah Cleopatra dan Troyer Citrange. Pertubuhan
Peladang Negeri (PPN) Terengganu merupakan
sebuah jabatan pelaksana projek limau madu
ini di bawah peruntukan sebanyak RM 2 juta.
Limau madu yang diusahakan ini daripada jenis
Limau Madu (M 33) iaitu anak cantuman APM.
APM merupakan anak benih lanjutan yang

Pokok limau hidup subur kerana sumber baja dan


air mencukupi menggunakan sistem titis.

99

iaitu (AAA, AA, A, B, C dan D). Dengan


penggunaan mesin ini, kualiti limau akan
diasingkan mengikut saiz.

Limau madu yang


diusahakan ini daripada jenis
Limau Madu (M 33) iaitu anak
cantuman APM.

Kelengkapan Mesin dan Jentera

Pelbagai teknologi telah dijalankan oleh PPNT


bagi memastikan mutu dan kualiti buah dapat
dijaga. Di antaranya ialah pengamalan APM,
sistem pengairan titis, mesin pengredan,
kelengkapan jentera dan teknik pengawalan
perosak dan rumpai.
Pengamalan APM ( Advance Planting
Material)
Kaedah ini dinamakan Advance Planting Material
atau anak benih lanjutan. Biasanya anak benih
akan disemai dan dibesarkan dalam polibeg
sebelum ditanam dan dibesarkan di ladang.
Sistem Pengairan Titis
Operasi sistem ini pada awalnya menggunakan
tenaga elektrik yang dibekalkan oleh generator.
Pada bulan Mei 2004 kawasan tersebut telah
disalurkan dengan bekalan tenaga elektrik maka
kerja pengairan menjadi lebih mudah dan cepat.
Sistem pengairan titis ini menggunakan sumber
air daripada bumi yang digali sedalam 300 kaki
( pam air deepwell) berkapasiti 30,000 liter.

*
*
*

Jacto Air Blast Sprayer


SS A1 Tractor Mounted Sprayer System
Fertilizer Spreader

Teknik Pengawalan Serangga/ Rumpai


Jabatan Pertanian mengadakan gerakan
bersepadu untuk mengawal serangga perosak.
Semburan racun serangga dijalankan sebulan
sekali bagi memastikan buah limau yang
dihasilkan adalah bermutu tinggi dan bebas
parasit.
Impak daripada projek limau madu ini ialah
mewujudkan peluang pekerjaan kepada
penduduk. Ianya juga dapat memberikan
sumbangan kepada 50 keluarga PPRT mulai
tahun 2003. Selain itu, projek dapat
meningkatkan pendapatan melalui kegiatan
memproses, menggred, membungkus dan
memasarkan limau.

Mesin Pengredan
Mesin pengredan ini berharga RM 58,000. Mesin
ini digunakan untuk menentukan gred limau yang
dihasilkan. Ianya mengikut enam kategori gred

Mesin pengredan yang digunakan dapat memastikan kualiti


buah terjamin mengikut saiz.

10

Oleh : SMT
Ibu Pejabat LPP

Padi angin merupakan masalah yang melanda


dalam industri padi mengakibatkan kerugian
kepada pesawah dan negara. Puncanya
pelbagai, antaranya penggunaan mesin yang
tidak diselia rapi, penggunaan benih yang tidak
diiktiraf dan penyediaan bendang yang tidak
sistematik.
Pelbagai usaha dilakukan oleh pihak-pihak yang
terlibat dalam industri padi bagi mengatasi
perkara ini. Antara cara yang disarankan adalah
pengiliran cara penanaman padi, sekiranya
musim ini menggunakan cara tabur terus, maka
musim berikutnya cara mengubah perlu
dilakukan. Walaupun cara mengubah dapat
mengurangkan masalah padi angin, namun
memerlukan masa yang lama dan tenaga buruh
yang ramai. Malah tenaga mahir dalam kerja ini
telah lama berkurang.

Mesin transplanter berharga RM45,000 ini


didatangkan khas dari Jepun. Kini, PPK
mempunyai empat buah dan setiap mesin
berkeupayaan mengubah tiga ekar sehari.
Manakala keistimewaan mesin ini pula dapat
mengubah mengikut jarak dan jumlah anak benih
yang kita kehendaki. Mesin yang menggantikan
tenaga manusia dalam kerja mengubah ini
memerlukan alat untuk menyokong kerjanya.
Alat tersebut antaranya tray (takung) berukuran
2 kaki x 1 kaki x 1 inci tinggi untuk semaian anak
padi dan bagi seekar sawah memerlukan 100
tray anak padi. Tapak semaian khas yang
mempunyai saliran yang baik diperlukan bagi
menempatkan anak-anak padi ini.
PPK dalam membantu pesawah, menyediakan
pakej khas bagi kerja mengubah anak padi yang
berumur 20 hari. Kadar bayaran yang dikenakan
adalah sebanyak RM300.00 seekar, iaitu

Beberapa inisiatif telah dilakukan oleh pihak


tertentu dalam memperkenalkan cara mengubah
terbaru. Dalam perkara ini, Pertubuhan
Peladang Kawasan (PPK) Gunong Semanggol
turut memberi sumbangan yang bermakna
dengan memperkenalkan cara mengubah
menggunakan mesin transplanter kepada
para peladang yang mengusahakan projek
padi benih berdaftar selian PPK. Varieti
padi benih yang diusahakan ialah MR 219
dan MR 220.
Benih padi akan diangkut ke ladang untuk
diubah ke bendang.

11
11

Benih padi yang


mencapai umur 20
hari sesuai untuk
diubah ke bendang
menggunakan mesin
transplanter.

RM150.00 bagi perkhidmatan trasplanster dan


RM150.00 untuk 100 tray anak padi.
Perkhidmatan yang diberikan oleh PPK ini
membolehkan para pesawah mendapat benih
padi asas yang terjamin dan bermutu.
Justeru itu, pesawah tidak payah membazirkan
tenaga, masa dan wang bagi menyedia dan
mengawal tapak semaian. Sebaliknya boleh
menumpukan perhatian dalam kerja-kerja
penyediaan bendang bagi proses penanaman.
Penanaman melalui transplanter ini juga
memudahkan para pesawah membuat kerjakerja pembajaan, kawalan serangga dan
mengawal rumpai bagi mengelakkan
merebaknya padi angin yang mengancam
industri padi.
PPK dan usahawan dalam kawasan padi yang
berkemampuan boleh menggunakan atau
menyediakan perkhidmatan ini, walaupun kos
permulaannya agak mahal tetapi dalam masa
yang terdekat mampu memberi pulangan. Untuk
mendapat maklumat dan keterangan lanjut, sila
hubungi:
Pertubuhan Peladang Kawasan
Gunung Semanggol,
Selinsing, Perak.
No. Tel 05 -8901030

Mesin transplanter yang


digunakan untuk
mengubah anak padi
dapat mengurangkan
padi angin.

Penaung
Y. Bhg. Dato Nozir Ahmad bin Hussain

Grafik/Illustrator
Rohman bin Jasmani

Penasihat
Aziz bin Abu Seman

Fotografi
Ishak bin Abd. Rahman

Ketua Pengarang
Mohd. Rosli bin Harun

Pengedaran
Zulkifle bin Mat
Abu Hassan bin Abd. Aziz

Pengarang
Rosly bin Abd. Rahman
Saat bin Mohamad Tan
Azizan bin Othman
Rohman bin Jasmani
Sarimah bt Nordin
Mohd. Yusof bin Abd. Jalil
Norma Haslina bt Abd. Manan
Rosli bin Yaakub
Othman bin Majid

Diterbitkan Oleh:
Unit Produksi Media,
Bahagian Hal Ehwal Korporat,
Lembaga Pertubuhan Peladang,
Blok C Utara, Pusat Bandar Damansara,
Bukit Damansara,
50990 Kuala Lumpur.

12

Anda mungkin juga menyukai