Anda di halaman 1dari 12

PEMACU ELEKTRIK E5105/UNIT 3/1

UNIT 3 PEMACU ELEKTRIK

OBJEKTIF

Objektif Am : Memahami takrifan pemacu elektrik dan mengetahui ciri-ciri


motor yang berfungsi pada berbagai dayakilas dan kelajuan,
garislengkung dayakilas – kelajuan serta garislengkung arus –
kelajuan.

Objektif Khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :-

 menakrifkan voltan / frekuensi diubah dalam keadaan


praktiknya
 menerangkan kesan terhadap bentuk dan kedudukan
garislengkung dayakilas – kelajuan
 membuat kiraan bagi kedudukan baru garislengkung dayakilas
– kelajuan bagi lain-lain nilai voltan / frekuensi
 melakarkan kedudukan baru garislengkung dayakilas –
kelajuan bagi lain-lain nilai voltan / frekuensi
PEMACU ELEKTRIK E5105/UNIT 3/2

INPUT

3.0 PENGENALAN

Asas kawalan motor elektrik adalah sama seperti peranti-peranti lain misalnya :

i. solenoid
ii. lampu
iii. injap

Bagaimanapun, motor elektrik mempunyai ciri-ciri khusus seperti di bawah :

a) Motor memerlukan ‘momentary current surge’ sebanyak 5 hingga 10 kali


ganda dari arus larian (running).
b) Bergerak dari mara (forward) ke songsang (reverse) memerlukan
perhatian khusus. Ini disebabkan pusuan arus dan sifat tekun (inertia)
motor serta sifat tekun beban.
c) Masa untuk mencapai kelajuan operasi dan memperlahankan motor
sehingga berhenti perlulah diambil kira.
d) Dalam banyak kes, untuk mengubah kelajuan motor, sistem kawalan mesti
mengubah voltan masukan untuk arus terus atau mengubah frekuensi
untuk arus ulangalik.

3.1 TAKRIFAN UNTUK VOLTAN / FREKUENSI DIUBAH DALAM


KEADAAN PRAKTIKNYA

Apabila voltan dan frekuensi diubah, ia akan memberi kesan terhadap


garislengkung kelajuan. Contohnya, jika voltan dan frekuensi ditambah nilainya
dan garislengkung akan mendatar pada nilai daya kilas (Tm atau torque meter)
yang ditetapkan atau nilai dayakilas yang ditentukan serta pada kegelinciran
tertentu.
PEMACU ELEKTRIK E5105/UNIT 3/3

Jika frekuensi elektrik pada stator motor aruhan diubah / dilaras, kadar putaran
medan magnet akan berubah juga. Oleh itu titik tanpa beban untuk lengkuk
dayakilas – kelajuan turut akan berubah juga.

Untuk memastikan arus permagnetan berada pada kadar yang sesuai (tidak berada
pada kadar yang lampau), voltan talian yang digunakan haruslah dikurangkan
juga (berkadar terus dengan pengurangan frekuensi). Jika tidak, besi pada motor
akan berada pada keadaan tepu dan arus permagnetan akan menjadi terlampau
tinggi.

Jika voltan dilaras secara linear dengan frekuensi yang dikenakan, keputusan ciri
dayakilas – kelajuan akan diperolehi seperti Rajah 3.1 di bawah.

Dayakilas

Tm

Kelajuan
Sm (Speed meter)

RAJAH 3.1

3.2 KESAN TERHADAP BENTUK DAN KEDUDUKAN GARISLENGKUNG


DAYA KILAS – KELAJUAN

Untuk motor aruhan jenis sangkar tupai (squirrel-cage induction motor), bentuk
lengkuk dayakilas – kelajuan bergantung kepada voltan dan frekuensi yang
diberikan pada stator. Jika frekuensi (f) ditetapkan, dayakilas adalah berkadar
terus dengan kuasa dua voltan. Disamping itu, kelajuan segerak bergantung
kepada frekuensi bekalan.
PEMACU ELEKTRIK E5105/UNIT 3/4

Secara praktikal, bekalan voltan dan frekuensi dilaras dalam kadaran yang sekata
(linear) untuk memastikan fluk dalam sela udara adalah malar. Sebagai contoh,
jika voltan digandakan dengan faktor dua, frekuensi juga digandakan dua kali.
Dalam keadaan ini, bentuk lengkuk dayakilas – kelajuan adalah masih sama tetapi
kedudukannya akan diubah sepanjang paksi X mengikut frekuensi.

Rajah 3.2(a) di bawah menunjukkan bentuk lengkung dayakilas – kelajuan


sebuah motor aruhan tiga fasa jenis sangkar tupai 11 kW, 460 V, 60 Hz di mana
pada kelajuan beban penuh adalah 1725 p.p.m. (pusingan per minit) dan dayakilas
beban penuh adalah 60 N-m (newton meter) manakala dayakilas maksimum
adalah 160 N-m dan arus rotor berkunci (tidak bergerak) adalah 80 N-m.

RAJAH 3.2 (a) :Lengkung dayakilas – kelajuan bagi motor aruhan sangkar
tupai

(Sumber : Electrical Machines, Drives, and Power Systems, Page 445)


PEMACU ELEKTRIK E5105/UNIT 3/5

RAJAH 3.2 (b) : Lengkung dayakilas – kelajuan pada tiga frekuensi yang
berbeza

(Sumber : Electrical Machines, Drives, and Power Systems, Page 445)

Jika kedua-dua voltan dan frekuensi dikurangkan sebanyak satu per empat (¼)
daripada asal iaitu 115 V dan 15 Hz, lengkuk dayakilas kelajuan akan digerak ke
arah kiri. Pada masa ini, lengkuk tersebut akan memintas (memotong) paksi X
pada kelajuan segerak 450 p.p.m. sepertimana yang ditunjukkan dalam Rajah 3.2
(b) di atas.

Mengikut formula : Ns = 120 f / P = 120 (15) / 4

= 450 p.p.m.

ATAU 1800 (Kelajuan asal) = 450 p.p.m


4 (Faktor yang dikurangkan)
Jika kedua-dua nilai voltan dan frekuensi ditingkatkan sebanyak 50% (690 V, 90
Hz), lengkuk tersebut akan dianjak ke arah kanan dan memotong paksi X pada
kelajuan segerak selaju 2700 p.p.m.

PEMACU ELEKTRIK E5105/UNIT 3/6

Disebabkan oleh bentuk lengkuk dayakilas / kelajuan berada pada bentuk yang
sama pada semua frekuensi, maka dayakilas yang dihasilkan oleh motor aruhan
tersebut adalah sama apabila kelajuan kegelinciran (dalam p.p.m.) adalah sama.

3.3 PENGIRAAN BAGI KEDUDUKAN BARU GARISLENGKUNG


DAYAKILAS – KELAJUAN BAGI LAIN-LAIN NILAI VOLTAN /
FREKUENSI

Contoh 3-1

Motor aruhan sangkar tupai tiga (3) fasa, 10 kuasa kuda (k.k.), 575 V, 1750 p.p.m.
(pusingan per minit), 60 Hz menghasilkan dayakilas sebanyak 110 N-m (newton
meter) pada kelajuan 1440 p.p.m. Jika motor diuja pada frekuensi 25 Hz. Kira :

a) voltan stator yang diperlukan untuk mengekalkan fluk yang sama di


dalam
mesin.
b) kelajuan baru pada dayakilas 110 N-m.

Penyelesaian

a) Voltan mestilah dikurangkan mengikut kadar frekuensi.


E = (25 / 60) x 575 = 240 V

b) Kelajuan segerak
Ns = (120 x 60) / 4 = 1800 p.p.m.

Maka kelajuan kegelinciran pada dayakilas ialah :


N1 = Ns - Nr = 1800 – 1440 = 360 p.p.m.

Kelajuan segerak pada kelajuan 25 Hz ialah :


Ns = (25 / 60) x 1800 = 750 p.p.m
Kelajuan yang baru pada 110 N-m ialah :
N = 750 - 360 = 390 p.p.m.

PEMACU ELEKTRIK E5105/UNIT 3/7

3.3.1 KEDUDUKAN BARU GARISLENGKUNG DAYAKILAS –


KELAJUAN BAGI LAIN-LAIN NILAI VOLTAN / FREKUENSI

Dayakilas

575 V, 60 Hz

Kelajuan

RAJAH 3.3 (a) : Kedudukan lama garislengkung dayakilas kelajuan

Dayakilas

240 V, 25 Hz
Kelajuan

RAJAH 3.3 (b) : Kedudukan baru garislengkung dayakilas – kelajuan


PEMACU ELEKTRIK E5105/UNIT 3/8

AKTIVITI 3(A)

UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN PENILAIAN KENDIRI.


SILA SEMAK JAWAPAN DIRUANGAN MAKLUMBALAS DI HALAMAN
BERIKUTNYA

3.1 Nyatakan TIGA (3) ciri-ciri khusus bagi sebuah motor elektrik.

3.2 Nyatakan kesan terhadap garislengkung dayakilas – kelajuan jika voltan dan
frekuensi diubah dalam keadaan praktiknya.

3-3 Motor aruhan sangkar tupai tiga (3) fasa, empat (4) kutub dengan kadaran 208 V,
60 Hz. Dikehendaki motor berpusing pada kelajuan tanpa beban pada 225 p.p.m
untuk mengekalkan fluk yang sama dalam ruang udara. Jika motor diuja pada
frekuensi 75 Hz,

Kira :
i. voltan yang diperlukan oleh stator.
ii. kelajuan baru pada dayakilas 225 N-m.
PEMACU ELEKTRIK E5105/UNIT 3/9

MAKLUMBALAS AKTIVITI 3(A)

3.1 Rujuk pada nota 3.0.

3-2 Rujuk pada nota 3.1.

3-3 i. Voltan mestilah dikurangkan mengikut kadar frekuensi.

E = (75 / 60) x 208 = 260 V

ii. Kelajuan segerak

Ns = (120 x 60) / 4 = 1800 p.p.m.

Maka kelajuan kegelinciran pada dayakilas ialah :

N1 = Ns - Nr = 1800 – 225 = 1575 p.p.m.

Kelajuan segerak pada kelajuan 75 Hz ialah :

Ns = (75 / 60) x 1800 = 2250 p.p.m

Kelajuan yang baru pada 225 N-m ialah :


N = 2250 - 1575 = 675 p.p.m.

PEMACU ELEKTRIK E5105/UNIT 3/10

PENILAIAN KENDIRI

 JAWAB SEMUA SOALAN.


 SEMAK JAWAPAN PADA MAKLUMBALAS YANG DISEDIAKAN.
 JIKA ADA MASALAH, SILA RUJUK PADA PENSYARAH
MATAPELAJARAN.

SOALAN 3-1

Lakarkan garislengkung dayakilas – kelajuan bagi sebuah motor aruhan jika voltan dan
frekuensi adalah linear.

SOALAN 3-2

i. Nyatakan kesan pada garislengkung dayakilas – kelajuan jika voltan dan frekuensi
dikurangkan nilainya.

ii. Nyatakan kesan pada garislengkung dayakilas – kelajuan jika voltan dan frekuensi
ditingkatkan nilainya.

SOALAN 3-3

Motor aruhan sangkar tupai tiga (3) fasa, empat (4) kutub, 440 V, 50 Hz akan
menjanakan dayakilas sebanyak 100 N-m pada kelajuan 1200 p.p.m.. Jika bekalan
frekuensi stator dikurangkan sebanyak separuh (50%).
Kira :
i. bekalan voltan stator yang diperlukan untuk memastikan nilai fluk
yang sama pada motor tersebut.
ii. kelajuan baru pada dayakilas 100 N-m.
iii. lakarkan kedudukan baru garislengkung tersebut.
PEMACU ELEKTRIK E5105/UNIT 3/11

MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI

SOALAN 3-1

Dayakilas

Tm

Sm Kelajuan

SOALAN 3-2

i. Garislengkung tersebut akan teranjak ke kiri dari garislengkung dayakilas –


kelajuan yang asal.

ii. Garislengkung tersebut akan teranjak ke kanan dari garislengkung dayakilas –


kelajuan yang asal.

SOALAN 3-3

i. 220 V
ii. 1050 p.p.m.

iii. Rujuk pada nota 3.3.1.

Anda mungkin juga menyukai