Anda di halaman 1dari 31

TAJUK:

ISU KERUNTUHAN AKHLAK DAN MORAL DI KALANGAN REMAJA


(SAMSENG JALANAN, BULI, SEKS BEBAS).
1.0
Pengenalan
Zaman beredar terlalu cepat. Kadangkala kita alpa tentang persekitaran
sekeliling yang telah mengalami banyak perubahan ke arah kemajuan seiring
dengan kemajuan di negara-negara maju. Bagi negara membangun seperti
Malaysia perubahan-perubahan yang besar ini telah memberi banyak impak
positif dari segi ekonomi, pembangunan, perindustrian, pelaburan, perbankan,
pertanian dan sebagainya. Tetapi bagaimana pula dengan tahap sosial
masyarakat negara terutama remaja di mana mereka inilah yang akan memacu
pembangunan negara pada masa akan datang. Kebelakangan ini terlalu banyak
diperkatakan isu yang berkaitan dengan masalah sosial yang melibatkan remaja.
Pelbagai andaian, hujah, cadangan, program dan aktiviti bagi menangani
masalah sosial ini diutarakan. Perlakuan sosial yang negatif dalam bentuk devian
sosial tidak seharusnya merupakan satu petunjuk ke atas kelemahan masyarakat
untuk membudayakan pembangunan secara positif yang berteraskan prinsip dan
nilai-nilai murni kemanusiaan serta agama.
1
2.0
Pengertian keruntuhan akhlak dan moral, remaja
Secara umumnya keruntuhan akhlak dan moral merangkumi pelbagai perlakuan
negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan
kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu
masyarakat ataupun negara.
Secara perundangan tidak terdapat definisi yang khusus bagi mengkategorikan
remaja. Akta Pekerjaan Kanak-Kanak dan Orang Muda 1996 mentakrifkan
seorang kanak-kanak adalah mereka yang berada dalam lingkungan umur 10
hingga 14 tahun. Dalam Akta Pengangkatan 1952, kanak-kanak didefinisikan
mereka yang berumur 21 tahun ke bawah. Walaupun setiap akta ini tidak
menjelaskan peringkat umur tertentu, secara umumnya dalam membicarakan
masalah remaja, golongan remaja yang perlu ditumpukan adalah yang berumur
di bawah 21 tahun dan sebahagian besar daripada mereka masih dalam alam
persekolahan.
Di antara tajuk yang dikupas di bawah keruntuhan akhlak dan moral remaja pada
masa ini adalah isu-isu yang berkaitan dengan isu samseng jalanan, isu buli dan
juga isu seks bebas. Isu ini sudah menjadi isu yang hangat diperkatakan di
media-media masa dan media elektronik. Isu berkaitan remaja ini juga perlu
diberi penekanan kerana bangun dan jatuhnya sesebuah negara adalah

bergantung kepada bagaimana badan- badan kerajaan dan juga bukan kerajaan
memainkan peranan mereka dalam cara mengatasi masalah keruntuhan akhlak
dan moral di kalangan remaja.
2
3.0
Isu-isu Keruntuhan Akhlak Remaja
3.1
Isu Samseng Jalanan
Masalah kebejatan sosial seperti aktiviti pelumbaan motosikal haram oleh
penunggang motosikal yang tidak bertanggungjawab atau lebih dikenali sebagai
mat rempit bukanlah merupakan satu isu yang baru memandangkan gejala
sebegini telah wujud sekian lama di jalan-jalan raya di negara ini. Menurut
kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, rempit bermaksud menyesah atau memukul
sesuatu contohnya dengan menggunakan rotan. Sebutan rempit itu sendiri
sebenarnya adalah berasal daripada perkataan rampit iaitu menggambarkan
pelumba memeras minyak di jalan raya (litar).
'Samseng jalanan' akan menggantikan istilah Mat Rempit bagi mengelak publisiti
dan pembentukan identiti kepada golongan berkenaan. Ketua Trafik Pasukan
Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof menyatakan bahawa keputusan tersebut
dicapai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada mesyuarat pasukan itu di Pulau
Pinang baru-baru ini. Beliau turut meminta pihak media dan pengeluar filem agar
tidak mengagung- agungkan golongan berkenaan dengan memberi publisiti
keterlaluan. Pihak Polis tidak mahu mempopularkan istilah Mat Rempit kerana
tidak mahu golongan itu mempunyai identiti sendiri dan bangga dengan istilah
tersebut. Penggunaan istilah dan penghasilan filem aktiviti Samseng Jalanan
pada pendapatnya dapat menggalakkan lagi kegiatan tidak bermoral di kalangan
belia negara ini.
Mat Rempit merupakan istilah kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam
perlumbaan haram, biasanya dengan menggunakan motor kapcai atau skuter. Ia
merupakan satu gejala sosial remaja di Malaysia sekarang. Minah Rempit pula
boleh jadi merupakan seorang pelumba perempuan, atau teman wanita Mat
Rempit.
3
Kebanyakan motosikal yang digunakan Mat Rempit tidak memenuhi piawai,
ataupun telah diubah suai dengan banyak. Malah ada juga Mat Rempit yang
tidak mempunyai lesen sah, tidak membayar cukai jalan dan menaiki motosikal
curi. Kini, taman perumahan turut telah ditukar menjadi litar lumba oleh Mat
Rempit. Dianggarkan di Malaysia sahaja terdapat kira-kira 200,000 Mat Rempit.
Istilah Mat Rempit ini turut digunakan di Singapura dan Indonesia untuk tujuan
yang sama.

Mereka beraksi pada waktu senja, malam atau selepas ibu bapa pulang daripada
bekerja. Remaja ini mencuri kunci motosikal atau memberi alasan membeli
barang di kedai berdekatan atau pergi ke pasar malam. Ibu bapa tidak sedar
anaknya boleh pergi jauh sehingga ke Kuala Lumpur.
Mereka beraksi di celah-celah kereta yang penuh sesak di Kuala Lumpur untuk
mendapat perhatian orang ramai. Di Kuala Lumpur jalan yang popular ialah Jalan
Raja Laut, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Bukit Bintang. Lebuh raya Lekas
di Semenyih yang belum siap sepenuhnya telah mengorbankan beberapa remaja
belasan tahun.
Menurut penulis Al-Islam (Erwanz, 2009) Aksi-aksi yang ditunjukkan oleh mereka
tidak ubah seperti aksi yang ditayangkan di dalam drama dan filem. Mengapa
remaja kita memilih jalan ini? Tidakkah mereka fikir, perbuatan mereka hanyalah
sia-sia? Trend menunjukkan aksi menunggang motosikal di jalanraya dengan
pelbagai bentuk gaya oleh remaja dan belia khususnya sehingga mendatangkan
kecelakaan perlu dikawal dan dihapuskan segera secara menyeluruh kerana ia
akan menjadi gejala sosial yang sukar dirawat. Ia bukan sahaja berleluasa di
kawasan bandar, malah di kampung, aksi mat rempit sentiasa mendapat
perhatian murid sekolah rendah yang kemudian mencuba aksi berbahaya
dengan basikalnya.
4
Antara aksi-aksi berbahaya yang biasanya dilakukan oleh golongan
mat rempit ini lalah:

Wheelie - menunggang laju sambil mengangkat tayar di bahagian


depan.

Wikang - menunggang sambil mengangkat tayar di bahagian


belakang.

Scorpion - menunggang motosikal sambil kaki menghala di


bahagian atas.

Superman - menunggang laju sambil terbaring persis aksi


superhero, Superman.

Pereng/corner - bahagian meletak kaki bergesel di jalan raya ketika


menunggang di selekoh.
Remaja merempit untuk mencari keseronokan, kepuasan, kemasyhuran, wang
dan perempuan. Kepuasan dan keseronokan untuk melepaskan diri sementara
dari tekanan hidup. Mengecapi bentuk hiburan yang murah dengan hanya
berbekalkan RM4 untuk minyak dan keberanian untuk beraksi. Ada yang
mendapat habuan lumayan berupa wang dan perempuan. Bukan semua berani
mati begitu tapi wang taruhan dikumpul dalam kalangan mereka, menyuburkan
lagi gejala ini.
Mengikut statistik PDRM, sejak 2001 sehingga Mei 2008, sebanyak 3,182
penunggang motosikal ditahan kerana pelbagai kesalahan lalu lintas, dan 2,970
daripadanya berusia antara 16 tahun dan 25 tahun.
Kegilaan anak-anak muda ini bukan sahaja berbahaya tetapi menambahkan lagi
kadar kemalangan dan kematian penuggang motosikal dijalan raya. Statistik
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati kes kematian di jalan raya melibatkan
penunggang dan pembonceng motosikal di negara ini dalam tempoh tujuh tahun
kian meningkat.
5
Pada tahun 2005, sebanyak 3,175 kematian dicatat bagi kelompok itu,
berbanding 3,088 (2004), 3,166 (2003), 3,034 (2002), 2,972 (2001), 3,118
(2000) dan 2,960 (1999). Daripada Januari 2007 hingga Julai 2007, didapati
bahawa sebanyak 242 tangkapan dilakukan, 200 daripadanya di sekitar Kuala
Lumpur. Statistik keseluruhannya menunjukkan 2005 hingga Julai tahun ini
(2008) sebanyak 1,557 pelumba haram berjaya ditangkap di bawah Sekyen 42
Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Kaum Melayu mendahului jumlah tangkapan, iaitu 1,436 tangkapan, Cina (51
tangkapan), India (63 tangkapan) dan kaum-kaum lain (tujuh tangkapan).
Daripada statistik itu juga, mereka yang bekerja sendiri paling ramai terlibat iaitu
269 orang, diikuti pengganggur 256 orang dan pelajar 238 orang. Mereka yang
bekerja sebagai buruh turut ditangkap seramai 186 orang, pekerja kilang 174
orang, penghantar surat 161 orang, mekanik 59 orang, dan lain-lain 214 orang.
Golongan mat rempit yang berumur lingkungan 16 hingga 20 tahun paling ramai
ditangkap iaitu 913 orang, diikuti umur 21 hingga 25 tahun seramai 550 orang,
26 hingga 30 tahun seramai 63 orang, bawah 15 tahun seramai 26 orang dan
lebih 31 tahun seramai lima orang.
6
3.2
Isu Buli
Apakah yang dikatakan pelakuan buli? Pelakuan buli merupakan satu fenomena
yang kompleks (Collins et al., 2004). Tingkah laku buli boleh ditunjukkan dalam

pelbagai bentuk dan cara tanpa mengira jantina. Terdapat pelbagai definisi
tentang pelakuan buli diberikan oleh para sarjana. Definisi pelakuan buli ini pula
bergantung kepada budaya sesuatu masyarakat. Mungkin satu pelakuan itu
dikatakan pelakuan buli oleh satu masyarakat dan bagi masyarakat lain ianya
bukan pelakuan buli. Bagi masyarakat melayu, penggilan nama atau gelaran
yang tidak baik misalnya bukan satu pelakuan buli, sebaliknya sebagai pelakuan
yang bersifat gurauan. Definisi pelakuan buli yang paling banyak diterima pakai
oleh para sarjana ialah definisi pelakuan buli yang diberikan oleh Olweus (1993a)
yang mengatakan pelakuan buli ialah tingkah laku agresif yang dilakukan secara
berulang kali terhadap orang lain secara individu atau secara berkumpulan.
Pelakuan buli merupakan juga satu bentuk interaksi sosial dimana individu yang
lebih dominan (pembuli) akan menunjukkan tingkah laku aggresif yang
cenderung menyebabkan ketidak selesaan kepada individu yang kurang
dominan atau lemah (mangsa buli). Menurut Rigby (1996) pula, tingkah laku buli
ialah perbuatan menekan atau menindas sama ada secara fizikal atau psikologi
oleh seseorang yang lebih berkuasa terhadap seseorang yang tidak berkuasa.
Apa yang penting dalam mendefinisikan pelakuan buli ialah wujudnya ketidak
imbangan kuasa antara pembuli dan mangsa buli.
7
Menurut Wikipedia, Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah
dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini
secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau
menghormati mereka yang kuat. Ada maksud lain yang menyatakan bahawa buli
bermaksud tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal
yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa dan ia bertujuan
mendatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan harmoni. Secara
keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak baik serta
boleh membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh mendatangkan
ketidak selesaan kepada orang lain.
Pembuli
Terdiri daripada pelajar menengah atas iaitu tingkatan empat, lima, dan
enam.

Bertubuh besar, tegap, dan tinggi.

Melibatkan sekumpulan pelajar dan biasanya usia mereka adalah


sebaya.

Membuli satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan di


sekolah.

Kejayaan membuli pelajar junior akan menunjukkan mereka kuat,


berkuasa, dan tidak mudah digertak.
Dibuli
Di Malaysia, pelajar-pelajar yang sering menjadi mangsa ialah pelajar menengah
rendah iaitu tingkatan satu, dua, dan tiga serta pelajar sekolah rendah.

Bertubuh kecil.

Pelajar yang kerap dipuji oleh guru akan menjadi sasaran.

Pelajar baru di sekolah.


8
Sebenarnya terdapat banyak sebab kenapa mereka suka membuli.
Antara sebabnya adalah:

Faktor rakan sebaya mempunyai pengaruh paling kuat untuk


mengubah tingkah laku pelajar.

Individu yang membuli ini mungkin ingin memperlihatkan


rasa tidak puas hati mereka.

Mereka pernah menjadi mangsa buli.

Gangguan personaliti seperti antisosial golongan yang tidak


pernah berasa bersalah apabila membuat kesilapan.

Individu yang gagal mengendalikan emosi dengan baik. Golongan ini biasanya
terdapat pada kanak-kanakhyperacti ve atau cergas yang melampau yang sering
bersikap tidak pernah mengambil peduli perasaan orang lain.

Mereka yang tidak berjaya dalam pelajaran, nakal, dan


mempunyai masalah disiplin.

Akibat perceraian ibu bapa.

Terlalu dimanja oleh ibu bapa.

Sekadar mahu berseronok.

Mereka bosan dengan sekolah dan membuli pelajar lain


merupakan salah satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan.

Marah dan benci pada mangsa atas sebab disayangi guru


atau gemar bercakap dalam bahasa Inggeris.

Ingin menunjukkan kekuatan sendiri.

Faktor terakhir yang mungkin memainkan peranan yang penting ialah media
massa dan cetak yang memaparkan aksi, pertuturan, dan tingkah laku yang
ditayangkan di media elektronik dan media cetak menjadi ikutan sehingga
seolah-olah pelakon tersebut menjadi 'role model' bagi golongan remaja.
9
3.3
Isu Seks Bebas
Remaja dan seks bebas adalah dua perkara yang boleh dikatakan tidak boleh
terlepas dari digandingkan bersama. Perkara seperti ini sudah menjadi trend dan
jika ada remaja yang tidak tahu dan pernah melakukan seks dikatakan kolot dan

jumud. Kajian yang dilakukan oleh Universiti Pensylvania menunjukkan terdapat


lebih kurang 400,000 remaja dibawah umur di Amerika yang berkerja sebagai
pelacur, dan menurut The Washington Post yang bertarikh 11 Februari 2000
melaporkan 80% daripada bahan-bahan lucah yang melibatkan kanak-kanak
atau dikenali dengan istilah Child Pornography adalah datangnya dari asia iaitu
Negara Jepun. Dan baru-baru ini juga kita dikejutkan dengan kajian seorang
penyelidik yang mengatakan bahawa boleh dikatakan 1 remaja wanita dalam 10
wanita melakukan seks secara bebas.
Ada juga remaja yang mengaitkan cinta dengan seks, dan jika ada cinta yang
tidak menyediakan seks maka ia bukan dinamakan cinta. MasyaAllah begitu
bahaya dan dangkal pemikiran sebegini, dan menakutkan bagi masyarakat
Malaysia khususnya. Remaja kini beranggapan bahawa seks ini adalah satu
perkara yang enteng dan tidak perlu diperbesarkan. Memang nyatalah apa yang
dikatakan oleh Nabi Muhammad dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh
Bukhari dalam sahihnya Akan muncul daripada umatku yang menghalalkan
Zina, sutera bagi lelaki, minuman arak dan lagu-lagu yang melalaikan. Zina
adalah perlakuan seks diantara berlainan jantina tanpa apa-apa ikatan yang
menghalalkannya, dan memang kini sudah berlambak dan menjadi barah
dikalangan remaja kita. Apa yang menyedihkan ialah tiada sesiapa yang peduli
mengenai isu ini dengan serius. Sedangkan zina ini amatlah dilarang dalam
Islam, malahan untuk mendekatinya pun Islam melarang sepertimana Allah
berfirman Janganlah kamu mendekati kepada zina,
10
sesungguhnya Zina itu adalah satu perbuatan yang keji. Dan satu jalan
yang buruk (Al-Israk:32)
Memanglah kita katakan bahawa gelora seks ini adalah satu fitrah tapi kita perlu
sedar bahawa gelora seks ini perlu disalurkan berdasarkan petunjuk yang telah
digariskan Islam itu sendiri bukan berdasarkan hawa nafsu kita. Antara jalan
yang paling tepat untuk menyalurkan keinginan nafsu ini ialah dengan
pernikahan. Sabda Nabi Muhammad Wahai pemuda, siapa di antara kalian
sanggup untuk bernikah maka nikahlah. Sesungguhnya dengan pernikahan,
penglihatan akan lebih terpelihara dan kemaluan akan lebih terjaga. (hadis Ibnu
Masud yang diriwayatkan oleh Bukhari, muslim At-Tirmidzi, dan an-Nasai.
Penyataan dalam hadis tersebut bermakna berkemampuan untuk membiayai
pernikahan dan memberi nafkah (al-muntaqa min kitab at-tarhib wa targib, alQardhawi: 2/549 no 1095)
Dan Nabi juga bersabda tentang adanya bentuk ibadah dalam perlakuan seks
yang halal diantara suami dan isteri iaitu Dalam perhubungan badan terdapat
nilai sedekah. Sahabat bertanya Wahai RasulAllah, apakah jika salah seorang
diantara kami menyalurkan shawatnya akan mendapat pahala?. Sabda Nabi
Bukankah apabila hubungan itu dilakukan dalam bingkai haram ia berdosa?
Maka, jika dilakukan dalam bingkai halal ia akan mendapat pahala.

Antara komplikasi atau kesan seks bebas menurut perubatan moden antaranya
ialah penyakit jangkitan seksual atau dikenali sebagai STD. STD bermaksud
sexually transmitted disease, dan penyakit ini kerap menjangkiti individu melalui
seks bebas. Lebih kurang dua puluh jenis penyakit daripada kumpulan ini sudah
dikenal pasti antaranya ialah syphilis, gonorrhea, genital herpes, genital wart,
trichomoniasis, bacterial vaginosis, ifeksi cytomegalovirus, infeksi Chlamydia dan
yang paling berbahaya ialah AIDS.
11
Di Amerika sahaja ia menjangkiti 13 juta manusia setahun dan majoritinya ialah
kaum wanita (sumber perubatan islam dan bukti sains moden). Dan kos yang
diperlukan bagi merawat dan mencegahnya menjangkau $10 Billion. Antara
komplilasi yang timbul melalui penyakit- penyakit ini ialah:

mengandung diluar rahim atau dikenali sebagai ectopic


pregnancy

barah kemandulan

sakit jantung

infeksi dan sakit puan


Dan bagi bayi yang dilahirkan pula akan mengalami:

penyakit radang paru-paru

terencat akal

ganguan sistem saraf dan sakit mata


Menurut Institusi Alahan dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NAID) Amerika,
jumlah kes penyakit jangkitan seksual semakin meningkat pada hari ini. Ini
disebabkan ramai remaja terlibat dengan hubungan seks tanpa perkahwinan
disamping berleluasa seks bebas di dalam masyarakat.
12

4.0
Statistik Gejala Sosial Remaja
Di Malaysia, remaja merangkumi lebih daripada separuh keseluruhan penduduk.
Oleh kerana bilangannya yang ramai, maka masalah yang berkaitan dengan
kelompok ini juga banyak.
Statistik pembabitan kanak-kanak dalam jenayah dari Januari hingga Disember
2003 yang dilaporkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit
Aman menunjukkan kanak-kanak lelaki dan perempuan Melayu di seluruh negara
adalah yang paling ramai ditangkap iaitu seramai 3,617 orang (3,541 lelaki dan
76 perempuan).
Pembabitan mereka yang paling tinggi adalah dalam kes jenayah harta benda
iaitu mencuri kenderaan (Seksyen 379A) bagi tempoh sepanjang tiga tahun
terakhir (2001-2003).
Statistik yang dikeluarkan oleh Bahagian Perancangan dan Sistem Maklumat,
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula mencatatkan sehingga September
2003, seramai 113 pesalah kanak-kanak menjalani cubaan akhlak berbanding 98
pada 2002 dan 95 pada 2001.
Pesalah kanak-kanak yang diperintahkan mahkamah supaya ditempatkan di
sekolah akhlak adalah 198 sehingga September 2003, berbanding 401 pada
2002 dan 317 pada 2001.
Manakala kanak-kanak yang diperintahkan ditempatkan di Sekolah Henry Gurney
pula seramai 67 sehingga September 2003, berbanding 154 pada 2002 dan 147
pada 2001.
13
Selain pembabitan jenayah harta benda, samun bersenjata api dan
penyalahgunaan dadah juga mencetuskan kebimbangan. Seramai 91,447
penagih dadah dikesan di seluruh negara antara 2001 hingga Oktober 2003
dengan hampir 70 peratus daripadanya Melayu.
Statistik Agensi Dadah Kebangsaan menunjukkan 31,556 penagih dikesan pada
2001, 31,893 (2002) dan 27,998 dalam tempoh Januari hingga Oktober 2003.
Kesan penyalahgunaan dadah di Malaysia kini dirasai apabila generasi muda
tidak lagi mampu menyumbang tenaga untuk memajukan negara malah menjadi
golongan perosak.
Timbul pertanyaan adakah mereka sanggup kehilangan negara dan menjadi
seperti China yang terbabit dalam Perang Candu (1840-42) serta musnah akibat
penyalahgunaan dadah.
Pada 1838, China mencatatkan 12 juta penagih candu yang memberi peluang
kepada Barat untuk mengubah idea politik dan struktur sosial negara itu.

Bayangkan kuasa besar seperti China boleh ditawan mudah hanya dengan
menggunakan dadah dan apa pula nasib negara ini di tangan generasi muda
kita.
Semua senario itu menjelaskan kepada kita betapa rapuhnya jiwa remaja dan
belia yang kita harapkan suatu hari nanti menggalas tanggungjawab memimpin
negara.
14
5.0
Punca Keruntuhan Akhlak
Daripada data dan statistik yang dibentangkan, terbukti isu keruntuhan ahklak di
kalangan remaja masih pada tahap yang tinggi. Keruntuhan ahklak ini dapat
dilihat dari pelbagai sudut. Antara punca yang dikenal pasti adalah seperti
berikut;
5.1
Perasaan Ingin Tahu dan Ingin Mencuba
Remaja ialah mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Pada peringkat usia ini,
mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Justeru apa- apa sahaja
perkara baru yang terjadi di sekeliling mereka akan mengundang perasaan ingin
tahu dalam kalangan remaja.
Secara tidak langsung membuatkan mereka terdorong untuk mencuba dan
melakukan perkara-perkara yang yang tidak sepatutnya. Jika perasaan ingin tahu
dan ingin mencuba ke arah kebaikan seperti aktiviti membina teknologi
automotif yang baru dan berfaedah ini perlulah diberi penekanan yang tinggi.
Perasaan begitu sebenarnya adalah baik untuk remaja, namun yang
menimbulkan masalah apabila mereka tiada guide line dari orang-orang yang
sepatutnya, umpamanya para ibu bapa, keluarga, jiran dan sebagainya. Jadi
perasaan ingin tahu remaja akan mendorong mereka melakukan apa ingin
dilakukan tanpa memikirkan baik atau buruknya perkara perkara tersebut.
5.2
Pengaruh Rakan Sebaya
Kawan-kawan menjadi orang yang rapat dengan mereka. Kawan yang baik, boleh
membimbing mereka kepada kebaikan, namun jika tersilap memilih kawan, akan
mempengaruhi mereka kepada perkara-perkara
15
yang buruk. Selain itu sikap remaja turut menyumbang kepada gejala sosial,
kadangkala mereka ini terlalu mudah mempercayai orang lain. Umpamanya, jika
mereka merasakan rakan-rakan mereka lebih rapat dan lebih memahami,
dengan mudah mereka akan mengikut apa yang dilakukan oleh rakan-rakan.

Mereka lupa bahawa kawan juga kadangkala boleh makan kawan. Dalam
keadaan ini ramai para remaja terjerumus ke dalam gejala sosial.
Pengaruh di sekolah juga penting dalam pembentukkan akhlak remaja. Tekanan
yang dihadapi pelajar semasa di sekolah kerana tumpuan terpaksa diberikan
dalam akademik serta guru yang kurang profesional dalam menangani masalah
pelajar yang bermasalah akhirnya menyebabkan pelajar mengambil jalan mudah
untuk keluar daripada masalah itu dengan terlibat dengan kegiatan-kegiatan
yang kurang sihat. Situasi ini didorong oleh kurang perhatian daripada ibu bapa
di rumah.
5.3
Pengaruh Media Massa
Media massa juga menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala sosial dalam
kalangan para remaja hari ini. Tidak semuanya apa yang dipaparkan di media
massa itu memberikan kesan yang buruk. Namun, ada segelintir programprogram dan drama-drama yang memaparkan pergaulan bebas dalam kalangan
remaja, program-program realiti televisyen, serta rancangan-rancangan yang
bersifat hiburan semata- mata mempengaruhi para remaja dengan perkara yang
tidak baik. Umpamanya corak pergaulan remaja yang jauh dari nilai-nilai
ketimuran, cara berpakaian yang kurang sopan dan gaya hidup yang mengikut
cara barat. Terdapat juga unsur-unsur lucah dan mengghairahkan terdapat
dengan mudah dipasaran sama ada dalam bentuk bercetak, CD, atau lain-lain
selain dari itu bahan media ini mudah diperolehi.
16
5.4
Sikap Keluarga
Institusi keluarga penting untuk membantu mengelakkan para remaja dari
terjebak dengan gejala sosial. Paling penting perlu dititik beratkan ialah tentang
agama. Adanya asas agama yang teguh, remaja tidak akan sewenangwenangnya terjerumus kepada perkara yang tidak baik. Dalam hal ini peranan
ibu bapa sangat penting, terutamanya sebagai model kepada anak-anak.
Kesibukan bukan alasan sebagai penghalang ibu bapa mengambil berat hal
anak-anak mereka. Paling penting ibu bapa tahu berperanan dan mengamalkan
masa yang berkualiti dengan anak- anak. Ibu bapa seharusnya mempunyai masa
untuk berkomunikasi dan mengambil tahu perihal anak-anak mereka.
Selain itu, ibu bapa yang memiliki anak remaja hendaklah menjadi rakan
kepada mereka. Dengan ini anak-anak akan lebih mempercayai ibu bapa dan
menjadikan mereka sebagai rujukan jika berdepan dengan masalah. Apabila
anak-anak bercerita tentang masalah mereka, ibu bapa hendaklah memberikan
tumpuan. Jangan terus membuat spekulasi yang tidak baik ataupun terus
menghukum. Berikan masa untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian
terbaik. Ibu bapa juga digalakkan merancang aktiviti bersama anak-anak dan

ahli-ahli keluarga. Para ibu bapa juga perlu sentiasa memantau keadaan anakanak, tidak boleh just take for granted. Mereka tidak boleh membiarkan anakanak bersendirian menentukan jalan hidup mereka. Anak-anak perlu dibimbing.
Selain itu, ibu bapa perlu mengenali rakan anak-anak remaja mereka. Jika perlu,
sesekali minta supaya anak-anak membawa rakan-rakan mereka ke rumah
supaya dapat dipastikan dengan siapa anak kita berkawan. Ibu bapa harus
sentiasa berdoa agar anak-anak mereka terhindar dari
17
perkara-perkara yang tidak diingini. Mereka harus sedar bahawa doa
ibubapa sangat penting untuk kesejahteraan hidup anak-anak.
Justeru, bolehlah dikatakan bahawa punca-punca keruntuhan akhlak yang utama
adalah kemerosotan dari segi asuhan, didikan, bimbingan serta kawalan oleh ibu
bapa atau penjaga. Selain itu, tekanan hidup, sikap mengejar kemewahan serta
penglibatan dalam aktiviti sosial lain menyebabkan ibu bapa dan anak kurang
kesempatan untuk bercakap, berbincang, berdamping antara satu sama lain.
Malah ada yang jarang bersua muka. Keadaan ini menyebabkan remaja
membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan pengawasan ibu bapa.
Antara punca-punca lain keruntuhan akhlak yang berkaitan dengan hubungan
kekeluargaan adalah alam rumah tangga yang tidak teratur, perpisahan ibu
bapa, pertengkaran yang kerap berlaku dalam keluarga, keadaan sosio-ekonomi
yang sempit, suasana rumah tangga yang tidak harmonis dan tenteram serta
tidak keupayaan pihak penjaga mengawasi pendidikan anak-anaknya boleh juga
membawa kepada kancah keruntuhan moral.
Justeru, sebagai ibu bapa dan anggota masyarakat yang bertanggungjawab, kita
seharusnya menjalankan kewajipan dengan merancang aktiviti, mengenal pasti
masalah anak, memberi nasihat, pedoman, memberikan kemudahan-kemudahan
serta mengawal selia anak sepanjang masa.
18
6.0
Cara Mengatasi Masalah
Perbincangan mengenai keruntuhan ahklak remaja adalah berkisar isu pelajar
remaja. Justeru, strategi mengatasi masalah seharusnya ditumpukan pada
golongan remaja ini. Berikut beberapa saranan:
6.1
Peranan ibu bapa
Peranan Ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius
terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memerhatikan setiap gerak-geri
atau pergerakan anak- anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui

dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup
meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga
seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan
anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai
kedudukkan moral yang baik.
Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa
seharian bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan,
keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan.
Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni,
motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji,
berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup
menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah
menjadi role model kepada anak.
6.2
Pendekatan akademik
Pendekatan ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktivitiaktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan
19
ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik
pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar
dan teknik pengajaran luar kelas.
6.3
Penguatkuasaan Undang-Undang
Mewujudkan sistem perundangan di sekolah. Peruntukan undang- undang di
peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar sekolah, di
samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu
bapa dalam pengawasan disiplin.
Penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa seperti polis amatlah
berkesan sekiranya pemantauan dilakukan secara berterusan. Bidang kuasa polis
yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam
mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil
kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis.
Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti
kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting
dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih
bermakna sekiranya
kaunselor-kaunselor
yang

berkelayakan
dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan
keberkesanan kaunseling tersebut.
6.4
Peranan PIBG
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting.
Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu diadakan
khasnya bagi pelajar-pelajar yang bermasalah. Ibu bapa seharusnya menerima
teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan positif. PIBG jangan lah jadi
umpama KUCING TAK BERGIGI, TIKUS LOMPAT TINGGI-TINGGI
20
7.0
Kesimpulan
Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja pada hari ini akan memberikan kesan
dan impak yang begitu besar dalam masyarakat. Remaja merupakan aset utama
negara pada masa akan datang, memainkan peranan yang sangat penting
dalam pembangunan negara. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti
akan berlaku seandainya remaja pada hari ini tidak tahu bagaimana untuk
membentuk dan memuliakan akhlak mereka. Akhlak merupakan peribadi dan
cermin diri bagi seseorang individu. Kiranya individu itu mempunyai akhlak yang
buruk, maka secara automatiknya peribadi individu itu juga akan menjadi buruk.
Remaja yang mempunyai akhlak yang buruk boleh memberi kesan kepada diri
sendiri, keluarga,masyarakat, dan negara.
Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan, tetapi apa yang lebih penting:
ibu bapa mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mengatasi
masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Dengan kata lain, walau apapun
langkah yang diambil oleh mana-mana pihak, tanpa kerjasama daripada ibu
bapa, nescaya gejala ini sukar diatasi.
21

Rujukan
1.Collins, K. Gerry, M., Gary, A. (2004). Bullying in School: A Nothern
Ireland Study. Educational Research, Vol 48 (1), 55- 69.
2. Erwanz. (2009). Filem dan Drama Gagal Mendidik, Hantu-hantu Tetap
Berkeliaran Dan Bermaharajalela, Majalah Al-Islam. Julai: M/S 45-47.

3.Lokman Mohd Hashim, Penerbit MuitiaraIslam Online di Mac 22, 2009.


www.mutiaraislam.wordpress.com.
4.Mohd Hasbie Muda, Isu Mat Rempit @ Samseng Jalanan Online di Mei
17, 2009.hasbi emuda.w ordpress.com/2009/05/17/i su-mat-rempi t/
5. Olweus, D. (1993a). Bullying in School. London, Willy and Son: What we
know and what we can do. Oxford, Blackwell.
6.Rigby, K. (1996) Bullying in Schools and What To Do About It. Melbourne,
Australian Council for Educational Research.
7.Wan Roslili Abd Majid, Pegawai Penyelidik IKIM Online di Okt 6, 2004.
www.ikim.gov.my.
8.Pautan: Samseng Jalanan @ Mat Rempit.http://pmr.penerangan.gov.my.
9.Pautan: Buli.ms.w i kipedia.org/w i ki /Bul i
10.Pautan: 45% Mat Rempit tiada lesen dan cukai jalan.
http://belajarmemandu.wordpress.com/2009/05/19/mat-rempit-tiada-lesen/
11.Pautan:
Statistik
Kemalangan
Jalanraya
dan
Kematian.
http://www.rmp.gov.my
22
ISU KERUNTUHAN AKHLAK DAN MORAL DI KALANGAN REMAJA (SAMSENG
JALANAN, BULI, SEKS BEBAS).
Download this Document for FreePrintMobileCollectionsReport Document
Report this document?
Please tell us reason(s) for reporting this document
Top of Form
c7ffb813c5d9486

doc

Spam or junk

Porn adult content

Hateful or offensive

If you are the copyright owner of this document and want to report it, please
follow these directions to submit a copyright infringement notice.
Report Cancel
Bottom of Form
This is a private document.
Info and Rating
Reads:
50,623
Uploaded:
10/13/2009
Category:
Business/Law>Finance
Rated:
4 Ratings()
4.5

Copyright:
Attribution Non-commercial

anak melakukan
haram dalam
masyarakat hari

false

false

punca kegiatan
makna
remaja salah
dalam pembangunan
(more tags)
anak melakukan
haram dalam
masyarakat hari
punca kegiatan
makna
remaja salah
dalam pembangunan
perlumbaan motosikal
di buli
haram polis
apabila anak
hangat di
media yang
penyelesaian masalah
(fewer)
ann130885
Ads by Google

Apakah Yesus Tuhan?


Beasiswa Periksa Fakta
Tentang Klaim Yesus sebagai Allah
www.Y-Jesus.org/YesusTuhan
Alat Suami Keras Selalu
Minum petang, malam pasti tegang.
Produk GMP. Jaminan 60 hari. RM59

www.suamiperkasa.com
Gaji bulanan tak cukup
Kerja sambilan depan PC. 4 angka
seminggu 80%sistem bantu. Halal
janganketinggan.blinkweb.com
Share & Embed
Related Documents
PreviousNext

p.

p.

p.

p.

p.

p.

p.

p.

p.

p.

p.

p.

p.

p.

p.

p.

p.

p.

p.

p.

p.

p.

p.

p.

p.

p.

p.

p.

p.

p.

p.

p.

p.

p.

p.

p.

p.

p.

More from this user


PreviousNext

5 p.

22 p.

3 p.

29 p.

Recent Readcasters
Add a Comment
Top of Form
c7ffb813c5d9486

Submit
share:

Characters: 400
document_comme

4gen

Bottom of Form

Vinodshan Engkateswararaoleft a comment


senang gila ??????????
03 / 16 / 2011
Reply
Report

Ct Kdjleft a comment

bule sda copy paste ni


03 / 08 / 2011
Reply
Report

Shahira Shamrinleft a comment


urm, sy baru ikut serta kumpulan perbahasan sekolah, jadi maklumat seperti ini
amat penting buat saya...
01 / 30 / 2011
Reply
Report

Adaha Adha Harleft a comment


sy ska,,,,,,,lg pn nk ambik untk buat folio ne
01 / 29 / 2011
Reply
Report

Mardina Sweetleft a comment


??????
12 / 16 / 2010
Reply
Report
Show More

Print this document


High Quality
Open the downloaded document, and select print from the file menu (PDF reader
required).
Download and Print
Add this document to your Collections
This is a private document, so it may only be added to private collections.
+ Create a New Collection
Top of Form
c7ffb813c5d9486

Name:
Enter a name for your new colle

Description:

:
public - locked

Anda mungkin juga menyukai