Anda di halaman 1dari 17

Topik

Asas Statistik
dalam Ujian,
Pengukuran
dan Penilaian
Pendidikan
Jasmani

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan istilah asas dalam statistik;
2. Mengaplikasi jenis-jenis ukuran kecenderungan memusat dalam
Pendidikan Jasmani;
3. Mengaplikasi jenis-jenis ukuran pemboleh ubah; dan
4. Membezakan empat jenis skala pengukuran.

PENGENALAN

Kita mengetahui bahawa sebagai seorang pendidik dalam Pendidikan Jasmani,


kita akan selalu membuat ujian ke atas individu atau kumpulan. Banyak ujian
yang akan dijalankan semasa proses pengajaran seperti ujian kecergasan fizikal,
ujian kemahiran sukan dan pengetahuan pelajar dalam mata pelajaran
Pendidikan Jasmani. Mengapa kita memerlukan pengetahuan tentang statistik?

34 X

TOPIK 2

ASAS STATISTIK DALAM UJIAN, PENGUKURAN DAN


PENILAIAN PENDIDIKAN JASMANI

Setelah selesai melaksanakan ujian, anda dikehendaki untuk menganalisis


keputusan ujian yang dijalankan. Segala analisis berkaitan dengan markah ujian
akan diklasifikasikan sebagai statistik. Melalui proses ini, kita akan dapat
membuat
perbandingan dan mencari penyelesaian yang terbaik bagi
meningkatkan prestasi. Rajah 2.1 menunjukkan contoh statistik yang boleh
digunakan untuk memudahkan pembentangan dan penganalisaan data yang
merangkumi jangka masa panjang.
Oleh itu, mari kita pelajari tentang statistik dengan lebih mendalam.

Rajah 2.1: Kutipan pingat antara rumah sukan sekolah x

TOPIK 2 ASAS STATISTIK DALAM UJIAN, PENGUKURAN DAN


PENILAIAN PENDIDIKAN JASMANI

2.1

35

ISTILAH ASAS DALAM STATISTIK

Mari kita pelajari dahulu sejarah statistik.


Sejarah Statistik
Statistik berulang kali digunakan oleh Gottfried Achenwall (1719-1772), seorang
profesor di Universiti Marburg dan kemudian di Universiti Gottingen. Penggunaan
statistik dipopularkan oleh Sir John Sinclair dalam penulisannya Statistical Account of
Scotland 1791-1799. Namun, statistik dipercayai mula digunakan sejak sebelum abad ke
lapan belas untuk merekod data.
Kerajaan purba Babylon, Mesir dan Rom telah mula mengumpul rekod terperinci
tentang populasi dan sumber. Raja Henry VII England juga mula merekod angka
kematian apabila wabak menyerang England pada tahun 1532. Pada tahun 1662,
Kapten John Graunt telah menggunakan jadual yang dikumpul sepanjang 30 tahun
tentang orang yang akan mati akibat penyakit dan kadar kelahiran bayi lelaki dan
perempuan. Kerja-kerja ini merupakan satu usaha yang terulung dalam analisis
statistik. Beliau dilantik menjadi ahli Persatuan Agung setelah kejayaannya dalam
meramal kejadian yang akan berlaku. Ramai yang telah terlibat dalam bidang statistik
dan membawa pembaharuan kepada statistik pada masa kini.

Sebelum kita pergi lebih jauh, mari pelajari kita istilah-istilah asas dalam statistik.
Pemahaman istilah-istilah ini penting sebelum anda mengaplikasinya pada
keputusan ujian. Untuk memahami apa itu statistik, adalah wajar bagi kita untuk
meninjau beberapa definisi yang dikemukakan seperti berikut:
(a)

Populasi
Populasi adalah pengumpulan semua unsur yang dikaji dan yang kita
cuba menarik kesimpulan tentangnya.

Populasi ini perlu ditakrifkan supaya ia jelas, sama ada sesuatu unsur adalah
ahli populasi atau tidak. Semua subjek mestilah memiliki sesuatu ciri yang
boleh diukur atau diperhati. Sebagai contoh, jika anda mahu mengenal pasti
tahap kecergasan fizikal murid Tahun Dua di sekolah, populasi mestilah
meliputi kesemua murid Tahun Dua.

36 X

(b)

TOPIK 2

ASAS STATISTIK DALAM UJIAN, PENGUKURAN DAN


PENILAIAN PENDIDIKAN JASMANI

Sampel
Sampel ialah pengumpulan sebahagian tetapi bukan kesemua unsur
populasi yang dikaji.
Sampel digunakan untuk menghurai populasi.

(c)

Sampel rawak
Sampel rawak adalah keadaan di mana setiap subjek dalam populasi
mempunyai peluang yang sama rata, termasuk dalam sampel.

(d)

Taburan kekerapan
Taburan kekerapan ialah satu cara untuk menyusun data dalam bentuk
yang lebih bersesuaian dan praktikal.
Ia menunjukan kekerapan bagi sesuatu skor atau markah yang diperoleh oleh
sebuah kumpulan. Semua data hendaklah disusun bagi memudahkan untuk
kita mencari taburan kekerapan. Untuk memahami dengan lebih lanjut, mari
kita lihat contoh dalam Jadual 2.1.
Jadual 2.1 menunjukkan taburan kekerapan bagi ujian bangkit tubi bagi 23
orang murid Tahun Tiga Dahlia.
Jadual 2.1: Taburan Kekerapan bagi Ujian Bangkit Tubi Tahun Tiga Dahlia

x
29
28
27
26
25
24
23
22
21
20

t
1
1
11
111
11
111
1
1111
1111
1
N = 23

f
1
1
2
3
2
3
1
5
4
1

TOPIK 2 ASAS STATISTIK DALAM UJIAN, PENGUKURAN DAN


PENILAIAN PENDIDIKAN JASMANI

(e)

37

Data
Data adalah pengumpulan sebarang jumlah cerapan yang berkait.
Terma data juga bermaksud keputusan yang ditunjukkan secara bernombor
dalam pengukuran. Ia juga boleh bermaksud maklumat verbal dalam
kecenderungan memusat. Terdapat banyak cara dalam menyusun data. Apa
yang penting ialah data boleh dikumpul dan disusun secara tertib.
Penyusunan data membolehkan kita melihat dengan segera sebahagian ciriciri data yang telah dikumpul. Data boleh membantu pembuat keputusan
untuk membuat tekaan berasaskan pengetahuan tentang sebab-musabab dan
seterusnya kesan-kesan yang mungkin berlaku. Contoh data adalah seperti
Jadual 2.2 berikut.
Jadual 2.2: Contoh Data
Nama

Jantina

Ujian 1

Ujian 2

Ujian 3

Amran Omar

Lelaki

50

70

90

Benny

Lelaki

60

70

80

Canny

Perempuan

50

40

70

Lelaki

80

70

90

Danial Fazli

2.2

UKURAN KECENDERUNGAN MEMUSAT

Terdapat tiga ukuran kecenderungan memusat iaitu min, median dan mod.
Penerangan tentang jenis-jenis ukuran tersebut adalah seperti berikut:

2.2.1

Min

Sebagai guru, kita tidak boleh lari daripada pertanyaan pelajar, terutama dalam
hal ujian. Soalan yang selalu keluar dari mulut pelajar ialah Apakah markah
purata dalam ujian? Min adalah kaedah yang selalu digunakan untuk mengukur
kecenderungan memusat yang mewakili purata aritmetik suatu set pencerapan. Ia
dikira dengan mencampurkan jumlah skor dan dibahagikan dengan jumlah
bilangan skor. Formula mencari min adalah seperti berikut:

38 X

TOPIK 2

ASAS STATISTIK DALAM UJIAN, PENGUKURAN DAN


PENILAIAN PENDIDIKAN JASMANI

Contoh mencari min:


M = X/N
X = X
N
x = Jumlah semua skor
N = Jumlah bilangan skor

Mari kita lihat contoh berikut bagi memahami dengan lebih lanjut tentang min.
Contoh 2.1:
Cuba cari min bagi data di bawah:
5, 15, 10, 15, 5, 10, 10, 20, 25, 15
Data hendaklah disusun terlebih dahulu sebelum mencari min seperti berikut:
Skor
5
10
15
20
25

Kekerapan
2
3
3
1
1

Min bersamaan 130 dibahagikan dengan 10 bersamaan dengan 13; atau dalam persamaan
Min

130 = 13
10

2.2.2

Median

Median adalah satu nilai tunggal daripada set data yang mengukur item
memusat dalam data.

Item tunggal ini ialah yang paling tengah atau paling memusat dalam sesuatu set
nombor. Median juga yang membahagikan set data kepada dua bahagian yang
sama besar.
Berikut adalah contoh untuk mencari median.

TOPIK 2 ASAS STATISTIK DALAM UJIAN, PENGUKURAN DAN


PENILAIAN PENDIDIKAN JASMANI

39

Contoh 2.2:
5, 10, 10, 10, 15, 15, 20, 20, 25
Cuba anda cari median bagi bilangan pelajar di atas.
Mencari median dapat dilakukan dengan menyusun data bagi memudahkan
pencarian median. Kemudian, cuba cari median dengan mengambil nombor yang
berada di tengah-tengah set nombor. Dalam contoh ini, 15 adalah median kerana
ia berada di tengah set nombor.
Jika bilangan set nombor genap, ia dapat dilakukan dengan mencampur keduadua nombor yang berada di tengah dan dibahagikan dengan dua. Sebagai contoh;
2, 2, 4, 6, 7, 9, 10, 12
Median = 6 + 7
2
= 6.5
Median mempunyai beberapa kebaikan jika dibandingkan dengan min.
Pertamanya, nilai-nilai ekstrem tidak dapat mempengaruhi median. Kita boleh
mencari median walaupun data bersifat perihalan kualitatif. Median juga mudah
difahami dan boleh dikira dengan sebarang jenis data. Namun ia juga
mempunyai kelemahan di mana sesetengah prosedur statistik yang
menggunakan median adalah lebih kompleks daripada menggunakan min. Selain
itu, oleh kerana median ialah nilai yang berada pada kedudukan purata, kita
perlu menyusun data sebelum melakukan pengiraan. Ini akan mengambil masa
bagi set yang mengandungi bilangan unsur yang besar.

2.2.3

Mod

Mod ialah satu ukuran kecenderungan memusat yang berbeza daripada min,
tetapi agak menyerupai median kerana ia bukanlah dikira melalui proses
aritmetik biasa.
Mod ialah nilai yang paling kerap berulang dalam set data.

Ia diwakili oleh titik tertinggi dalam keluk taburan sesuatu set data. Sebelum
mengenal pasti mod, data hendaklah disusun secara sistematik bagi

40 X

TOPIK 2

ASAS STATISTIK DALAM UJIAN, PENGUKURAN DAN


PENILAIAN PENDIDIKAN JASMANI

memudahkan proses pencarian. Mari kita lihat contoh yang diberikan bagi
memahami dengan lebih lanjut tentang mod.
Contoh 2.3:
Data di bawah mewakili bilangan pelajar yang menjadi ahli Persatuan Bulan
Sabit Merah di Sekolah Menengah Kebangsaan Redang Panjang.
1, 2, 3, 3, 5, 5, 7, 7, 7, 7, 8, 9
Cuba anda cari mod bagi bilangan pelajar di atas.
Mod dapat dikenal pasti dengan melihat nombor yang kerap berulang di atas
data. Oleh itu, mod bagi contoh di atas ialah 7 kerana ia merupakan nombor yang
paling kerap berulang iaitu sebanyak empat kali pengulangan.
Sepertimana juga median, mod tidak mudah dipengaruhi oleh nilai-nilai ekstrem.
Kita boleh menggunakan mod tanpa menghiraukan besar mana, kecil mana, atau
bagaimana tersebarnya nilai-nilai dalam suatu set data yang ada. Ini kerana kita
hanya memilih set data yang berlaku paling kerap sebagai nilai mod. Walaupun
terdapat kebaikan, mod tidak boleh digunakan sekerap min dan median untuk
mengukur kecenderungan memusat. Kerapkali, nilai mod tidak ada kerana tidak
berlaku pengulangan dalam set data atau set data mengandungi dua, tiga atau
lebih mod. Ini menyebabkan ia agak sukar untuk ditafsir dan dibuat
perbandingan.

AKTIVITI 2.1
Cuba anda cari min, median dan mod bagi data yang diberi:
55, 45, 50, 45, 45, 50, 60, 70, 85, 55.
Anda dikehendaki untuk menyusun data yang diberikan.

2.3

UKURAN PEMBOLEH UBAH

Dalam subtopik ini, kita akan melihat beberapa ukuran pemboleh ubah julat,
sisihan lazim, varian, skor 2, skor 1 dan lengkok norma.

TOPIK 2 ASAS STATISTIK DALAM UJIAN, PENGUKURAN DAN


PENILAIAN PENDIDIKAN JASMANI

2.3.1

41

Julat

Apakah maksud julat?


Julat ialah perbezaan antara nilai tercerap paling tinggi dan paling
rendah.
Dalam persamaan, kita boleh nyatakan seperti berikut:
JULAT
Julat = Nilai pencerapan tertinggi - Nilai pencerapan
terendah

Menggunakan persamaan ini, mari kita bandingkan julat bayaran tahunan yang
diberikan dalam contoh 2.4 berikut.
Contoh 2.4:
Jumlah bayaran tahunan bagi pusat tuisyen Hj. Zulkifli diberikan dalam Jadual
2.3 berikut.
Jadual 2.3: Julat bayaran tahunan
Sesi

Awal tahun

Pertengahan tahun

Akhir tahun

Jumlah bayaran

RM 1000

RM 1200

RM 1900

Apakah julat bayaran tahunan pusat tuisyen Hj Zulkifli? Julat bayarannya ialah
RM1900  RM1000 = RM900.
Julat mudah difahami dan dicari, tetapi kegunaannya sebagai ukuran serakan
adalah terhad. Julat hanya menpertimbangkan nilai tertinggi dan nilai terendah
tetapi mengabaikan pencerapan lain dalam set data. Oleh kerana ia mengukur
dua nilai sahaja, julat lebih berkemungkinan untuk berubah dengan ketara
daripada satu sampel kepada sampel yang lain dalam populasi yang diberi,
walaupun nilai-nilai yang berada di antara nilai tertinggi dan nilai terendah
mungkin hampir sama.

42 X

TOPIK 2

2.3.2

ASAS STATISTIK DALAM UJIAN, PENGUKURAN DAN


PENILAIAN PENDIDIKAN JASMANI

Sisihan Lazim

Sisihan lazim ialah satu teknik pengukuran pemboleh ubah yang popular. Sisihan
lazim mengira berapa banyak penaklukan dibezakan daripada min kumpulan. Ia
juga adalah satu kaedah yang terbaik untuk melihat perbezaan skor dalam
taburan kecenderungan memusat.
Formula untuk mengira sisihan lazim adalah seperti berikut:
S = ( X  M )

"""""""""""""*P/3+
Di mana:
S = Sisihan lazim
X = Skor
M = Min
N = Jumlah bilangan skor
Mari kita lihat Contoh 2.5.
Contoh 2.5:
Jadual 2.4: Contoh Sisihan Lazim
X

X-M

( X - M )

-4

16

22

30

S = ( X  M )
(N-1)

S =

22
(5-1)
S = 5.5
S = 2.35
S = 2.35

TOPIK 2 ASAS STATISTIK DALAM UJIAN, PENGUKURAN DAN


PENILAIAN PENDIDIKAN JASMANI

2.3.3

43

Varian

Varian dianalisis bagi membuat inferens tentang sama ada sampel yang diambil
daripada populasi mempunyai min yang sama atau tidak. Dengan ini, kita dapat
membandingkan min lebih daripada dua sampel. Ia juga adalah cara yang baik
untuk menentukan ketepatan min. Formula untuk mencari varian adalah seperti
berikut:
S = ( X  M )

""""""""""""""P
Di mana:
S = Varian
X = Skor
M = Min
N = Jumlah bilangan skor
Jadual 2.5 memberikan contoh untuk mencari varian bagi dua kumpulan:
Contoh 2.6:
Jadual 2.5: Contoh untuk Mencari Varian
Kumpulan 1

Kumpulan 2

X-M

( X  M )

X-M

( X  M )

16

-1

-2

-2

-4

16

( X  M ) = 10
X = 25
N=5
M=5

( X  M ) = 40
X = 25
N=5
M=5

S = ( X  M )
N

S = ( X  M )
N

S = 10
5

S =

40
5

S = 2

S =

44 X

2.3.4

TOPIK 2

ASAS STATISTIK DALAM UJIAN, PENGUKURAN DAN


PENILAIAN PENDIDIKAN JASMANI

Skor z

Skor z menunjukkan sejauh mana kedudukan skor mentah dari min.


Skor z menunjukkan sejauh mana kedudukan skor mentah dari min. Semakin
jauh kedudukan skor mentah dari min, maka semakin besar nilai skor z. Jika skor
mentah lebih rendah daripada min, maka nilai skor z adalah negatif. Formula
skor z bagi skor mentah yang dikira berdasarkan semakin tinggi skor ujian maka
semakin baik prestasinya. Semakin tinggi skor z, maka semakin tinggi
prestasinya.
Skor z = (Skor mentah  Min)
Sisihan lazim
Contoh 2.7:
Seramai 30 orang pelajar mengambil ujian lompat kuasa menegak. Skor min yang
diperoleh ialah 40 dan sisihan lazim adalah 4. Maka nilai skor z bagi pelajar yang
mempunyai skor mentah 48 ialah:
Skor z =
=
=

(48 - 40)
4
8
4
2

Walau bagaimanapun terdapat beberapa ujian yang dikira semakin rendah skor
mentah semakin tinggi prestasinya. Formula skor z bagi skor mentah yang dikira
berdasarkan semakin rendah skor ujian, maka semakin baik prestasinya adalah
seperti berikut:
Skor z = ( Min Skor mentah)
Sisihan lazim
Contoh 2.8:
Seramai 30 orang pelajar mengambil ujian lari pecut 50m. Skor min yang
diperoleh ialah 8 saat dan sisihan lazim adalah 2. Maka nilai skor z bagi pelajar
yang mempunyai skor mentah 6 saat ialah:
Skor z =
=
=

(8 - 6)
2
2
2
1

TOPIK 2 ASAS STATISTIK DALAM UJIAN, PENGUKURAN DAN


PENILAIAN PENDIDIKAN JASMANI

2.3.5

45

Skor T

Prestasi kecergasan murid akan diperoleh setelah menggabungkan beberapa skor


ujian daripada beberapa komponen ujian kecergasan yang telah dijalankan.
Komponen ujian kecergasan yang dipilih biasanya mempunyai unit pengukuran
yang berbeza. Adalah tidak munasabah untuk menggabungkan ukuran daripada
unit-unit yang berbeza. Contohnya dalam ujian SEGAK, ujian Ringkuk Tubi
Separa adalah dalam unit bilangan sementara ujian Jangkauan Melunjur adalah
dalam unit sentimeter. Oleh itu, semua skor mentah bagi setiap ujian perlu
ditukarkan kepada skor piawai (skor T) terlebih dahulu sebelum dapat
digabungkan menjadi jumlah skor T secara keseluruhan. Formula mendapatkan
skor T adalah seperti berikut:
Skor T = 10 x (Skor z) + 50
= 10z + 50

2.3.6

Lengkok Norma

Sukar bagi kita menggambarkan taburan markah ujian dengan lebih jelas. Oleh
itu, lengkok norma dicipta bagi membantu para pendidik untuk memudahkan
cara perbandingan markah atau skor seseorang pelajar dengan pelajar yang lain.
Lengkok norma mempunyai kualiti yang menarik minat untuk digunakan.
Kebanyakan lengkok norma mempunyai bentuk menyerupai sebuah loceng.
Segala keputusan yang berasaskan lengkok norma lebih konsisten dan amat
sesuai untuk menilai prestasi pelajar daripada berlainan kumpulan.
Sesuatu taburan markah ujian juga boleh menjadi lengkok negatif atau lengkok
positif. Apabila sesuatu ujian dikategorikan sebagai senang di mana ramai calon
mendapat skor yang tinggi dan tidak ramai calon mendapat skor yang rendah,
ekor bagi taburan berkenaan akan menghala ke kiri dan dikenali sebagai lengkok
negatif. Seandainya ujian yang diberikan adalah terlalu sukar, ramai calon
mendapat skor rendah dan amat kurang calon yang mendapat skor tinggi, maka
ekor taburan berkenaan menghala ke kanan dan dikenali sebagai lengkok positif.
Lengkok norma dapat menjelaskan kepada kita min, median dan mod secara
serentak. Rajah 2.2 di bawah menunjukkan lengkok norma, lengkok norma positif
dan lengkok norma negatif.

46 X

TOPIK 2

ASAS STATISTIK DALAM UJIAN, PENGUKURAN DAN


PENILAIAN PENDIDIKAN JASMANI

Rajah 2.2: Lengkok norma

2.4

SKALA PENGUKURAN

Skala pengukuran selalu digunakan dalam ujian pengukuran Pendidikan


Jasmani. Peraturan yang berbeza dalam mengumpulkan data diguna untuk skala
tersebut. Penilaian skor ujian dilakukan adalah berdasarkan prosedur statistik
yang berbeza bagi setiap skala. Terdapat empat skala pengukuran iaitu:
(i)

Skala Nominal
Skala nominal adalah skala yang paling mudah dan terendah berbanding
lain-lain skala. Ia digunakan untuk mengenal pasti dan melaporkan
kekerapan sesuatu pemboleh ubah. Nilai yang diberikan kepada pemboleh

TOPIK 2 ASAS STATISTIK DALAM UJIAN, PENGUKURAN DAN


PENILAIAN PENDIDIKAN JASMANI

47

ubah dalam skala ini hanyalah membezakan kategori dan tidak boleh dibuat
perbandingan antara satu dengan lain. Contoh skala nominal ialah jantina
yang dibezakan oleh skala (1) untuk murid lelaki dan (2) untuk murid
perempuan ataupun bangsa yang dibezakan oleh skala (1) Melayu, (2) Cina,
(3) India dan (4) lain-lain. Nombor digunakan untuk mewakili pemboleh
ubah tersebut tetapi ia tidak mempunyai nilai berangka atau apa-apa
hubungan.
(ii)

Skala Ordinal
Skala ordinal membekalkan beberapa maklumat mengenai urutan atau
pangkatan pemboleh ubah dalam turutan tertinggi ke paling rendah atau
kecil ke besar. Nilai dalam skala nominal tidak menunjukkan berapa besar
perbezaan antara satu nilai dengan orang lain. Biasanya skala ordinal hanya
menunjukkan arah perbezaan. Contoh skala ordinal adalah skala Likert lima
peringkat iaitu (5) sangat setuju, (4) setuju, (3) tidak pasti, (2) tidak setuju
dan (1) sangat tidak setuju. Perbezaan antara kedudukan pangkatan antara
skala 1 hingga skala 5 tidak boleh dibandingkan.

(iii)

Skala Sela
Skor ujian berdasarkan skala sela adalah lebih tepat berbanding dengan
skala nominal dan ordinal. Menggunakan skala sela, perbezaan unit dalam
pengukuran dapat menggambarkan perbezaan yang sebenar terhadap ciriciri pemboleh ubah yang diukur. Contoh dalam ujian bangkit tubi, pelajar A
berjaya membuat 80 bilangan ulangan, pelajar B mendapat 70 ulangan dan
pelajar C mendapat 40 ulangan. Ini bermakna pelajar A berjaya melakukan
bangkit tubi 10 ulangan lebih berbanding pelajar B dan pelajar C, 30 ulangan
lebih rendah berbanding pelajar B. Namun dalam hal ini, kita tidak boleh
menyatakan bahawa pelajar A, dua kali lebih kuat berbanding pelajar C.
Manakala nilai 0 dalam skala sela tidak menggambarkan apa-apa nilai.
Pelajar yang mendapat skor 0 tidak bermakna dia tidak mempunyai daya
tahan otot di bahagian abdomen.

(iv) Skala Nisbah


Skala nisbah mempunyai semua ciri skala sela dan nilai 0 dalam skala ini
adalah mutlak dan bermakna. Sebagai contoh, skala yang mengukur
ketinggian adalah skala nisbah. Ini kerana nilai 0 dalam skala tersebut
membawa maksud tiada ketinggian. Bacaan sifar yang diberi alat
penimbang berat badan pula bererti tiada berat.

48 X

TOPIK 2

ASAS STATISTIK DALAM UJIAN, PENGUKURAN DAN


PENILAIAN PENDIDIKAN JASMANI

Statistik adalah satu alat yang digunakan untuk menganalisis data


pengukuran yang digunakan bagi tujuan menilai prestasi murid.

Istilah asas dalam statistik bertujuan untuk memudahkan pemahaman


seseorang tentang statistik sebelum mendalaminya dengan lebih lanjut.

Min adalah kaedah yang digunakan untuk mengukur kecenderungan


memusat yang mewakili purata aritmetik suatu set data. Ia dikira dengan
mencampurkan jumlah skor dan dibahagikan dengan jumlah bilangan skor.

Median merupakan item tunggal yang paling tengah atau paling memusat
dalam sesuatu set nombor. Median juga yang membahagikan set data kepada
dua bahagian yang sama besar.

Mod ialah nilai yang paling kerap berulang dalam set data. Ia diwakili oleh
titik tertinggi dalam keluk taburan sesuatu set data. Data hendaklah disusun
secara sistematik bagi memudahkan proses pencarian.

Dalam ukuran pemboleh ubah, julat ialah perbezaan antara nilai tercerap
paling tinggi dan paling rendah. Manakala, sisihan lazim mengira berapa
banyak penaklukan dibezakan daripada min kumpulan. Ia juga adalah satu
kaedah yang terbaik untuk melihat perbezaan skor dalam taburan
kecenderungan memusat.

Varian pula digunakan bagi membuat inferens, sama ada sampel yang
diambil daripada populasi yang mempunyai min yang sama atau tidak.
Dengan ini, kita dapat membandingkan min bagi lebih daripada dua sampel.

Lengkok norma dicipta bagi membantu para pendidik untuk memudahkan


cara perbandingan markah atau skor seseorang pelajar dengan pelajar yang
lain. Segala keputusan yang berasaskan lengkok norma lebih konsisten dan
amat sesuai untuk menilai prestasi pelajar daripada berlainan kumpulan.

Terdapat empat skala dalam pengukuran yang selalu digunakan dalam


Pendidikan Jasmani iaitu skala nominal, ordinal, sela dan nisbah.

TOPIK 2 ASAS STATISTIK DALAM UJIAN, PENGUKURAN DAN


PENILAIAN PENDIDIKAN JASMANI

Julat

Sisihan lazim

Kekerapan

Skor z

Lengkok Norma

Skor T

Median

Varian

Min

Nominal

Mod

Ordinal

Populasi

Sela

Sampel

Nisbah

Sampel rawak

49

Anda mungkin juga menyukai