Anda di halaman 1dari 3

1.

Apa itu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)?

Laporan Awal dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 11 September 2012.

PPPM merupakan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melonjakkan sistem


pendidikan Negara untuk berada dalam kalangan negara sepertiga teratas sistem pendidikan
terbaik di dunia

Untuk julung kalinya pandangan daripada pihak awam diambil kira dalam penggubalan Pelan
Pendidikan melalui 16 Dewan Terbuka di 14 negeri, 20 meja bulat, lebih 200 memorandum 7000 syor diterima dan ditimbangkan dalam PPPM

Dapatan kajian daripada 6 IPTA, UNESCO, World Bank, TIMSS dan PISA digunakan dalam
pembangunan PPPM

Menggariskan 5 aspirasi sistem, 6 aspirasi murid untuk dicapai melalui perubahan yang perlu
berlaku melalui 11 Anjakan dan dilaksanakan dalam Tiga Gelombang

Apa beza PPPM berbanding Pelan lain yang pernah diperkenalkan dahulu?

Fasa diagnostik untuk menentukan baseline sistem pendidikan Negara

Public engagement dengan rakyat input digunakan dalam pembangunan pelan

Policy statement, strategic and operations

Menggariskan 5 aspirasi sistem untuk menyediakan murid dengan kemahiran abad ke 21


memastikan murid mencapai 6 aspirasi murid dalam PPPM iaitu pengetahuan, kemahiran
berfikir, profisiensi dwibahasa (dan galakan untuk menguasai bahasa lain), kemahiran
kepimpinan, identiti nasional, etika dan kerohanian

Selepas pelancarannya nanti, apakah inisiatif-inisiatif yang bakal dilakukan oleh kerajaan
untuk menjalankan polisi-polisi yang terkandung dalam plan ini?

Membentuk 1Agenda Kementerian 100 inisiatif dikenal pasti untuk dilaksanakan dalam
Tiga Gelombang sehingga 2025.

25 inisiatif utama telah dikenal pasti dan 13 inisiatif disasarkan untuk dicapai pada hujung
tahun ini.

Kementerian Pendidikan sangat beriltizam untuk memastikan usaha atau inisiatif ini
dilaksanakan dan menepati sasaran yang ditetapkan.

6 inisiatif telah disasarkan untuk dicapai dalam masa 100 hari dan Alhamdulillah telah dapat
dilaksanakan dan diumumkan oleh YAB TPM pada 10 April 2013 di SMK Jalan 4 Bangi,
Bandar Baru Bangi.

Pada hujung tahun ini Kementerian mensasarkan 7 lagi inisiatif yang sedang giat diusahakan
termasuk mencapai 100% literasi (BM) dan numerasi bagi Tahun 3; 1,608 sekolah yang
memerlukan pembaikan kritikal dibaiki.

Mengapa Kementerian Pendidikan mengumumkan pencapaian 100-hari PPPM?

Menunjukkan komitmen dan iltizam Kementerian dalam melaksanakan PPPM. Kajian


menunjukkan dalam mana-mana usaha reformasi pendidikan, jangkamasa 100 hari
merupakan indikator penting sama ada sesuatu perancangan berjaya atau gagal.

Transformasi pendidikan ini adalah legasi negara yang bukan sahaja melibatkan 5.5 juta
pelajar hari ini tetapi juga seluruh anak bangsa pada masa akan datang. Kita perlu
memastikan bahawa segala perencanaan ini tidak akan gagal di pertengahan jalan.

Selepas pelibatan awam yang intensif pada peringkat PPPM dibangunkan dan selepas
PPPM dilancarkan, rakyat mempunyai hak untuk mengetahui pencapaian Kementerian,
selaras dengan Anjakan ke 11 untuk meningkatkan ketelusan untuk akauntabiliti awam
secara langsung.

Apa inisiatif PPPM yang telah dan sedang dijalankan oleh Kementerian sekarang?

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, terdapat 25 inisiatif utama yang telah dikenal pasti
untuk digerakkan daripada peringkat awal lagi bagi mencapai outcome yang dihasratkan,
terutama dalam bidang-bidang kritikal.

Bagi meningkatkan keberhasilan murid, Kementerian percaya bahawa usaha secara


bersepadu dari pada semua pihak adalah penting. Sebagai contoh, Kementerian melalui
Anjakan 9 iaitu Bekerjasama dengan Ibubapa, Komuniti dan Sektor Swasta secara meluas
telah pun melancarkan Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah pada 24 Februari 2013 dalam
usaha membentuk satu ekosistem pembelajaran di kawasan masing-masing.

Inisiatif ini bermula dengan perkara yang mudah, contohnya di SK Presint 14 (1) Putrajaya,
PIBG mengorak langkah untuk menjaga trafik di sana. Di sekolah tersebut ibu bapa juga
membantu melukis mural dan keceriaan kelas. (MHI TV3 ada video di sekolah tersebut yang
boleh ditayangkan)

Di SMK Tuanku Jaafar Senawang juga, kelas semakin cantik dengan kemas berkat
sokongan ibu bapa, dan apabila murid mula menjaga kebersihan kelas, lama kelamaan ia
menjadi satu budaya kepada murid tersebut dan sekolah menjadi tempat yang sangat
kondusif kepada proses pembelajaran.

Kementerian juga berusaha untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan


kepada sekolah. Justeru, Kementerian berusaha untuk mengupayakan JPN, PPD dan
pemimpin sekolah untuk mengubah paradigma dan melihat diri mereka bukan hanya
sebagai pengoperasi sesuatu dasar Kementerian tetapi sebagai pemikir dan penggerak
kepada transformasi itu sendiri.

Di bawah Anjakan 6 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ini, Kementerian akan


mempercepat penambahbaikan prestasi sekolah melalui program yang sistematik dan
dipimpin oleh PPD disemua negeri menjelang 2014 dan memastikan 100% sekolah
memenuhi keperluan infrastruktur asas menjelang 2015, bermula dengan Sabah dan
Sarawak.

Apakah inisiatif Kerajaan bagi menentukan bahawa Guru dapat fokus dalam menjalankan
tugas sebenar mereka iaitu mendidik?

Kementerian sedar bahawa tugas pentadbiran berlebihan mengambil masa urusan teras
guru dalam pengajaran dan pembelajaran,serta mengurangkan keberkesanan pengajaran
mereka. Oleh itu, Kementerian akan mengambil dua tindakan utama dalam Gelombang 1
bagi mengurangkan beban tugas yang keterlaluan.

Pertama, Kementerian telah mula menyeragamkan sistem pengurusan dan


pengumpulan data sedia ada bagi menghapuskan pertindanan permintaan data. Tiga
pangkalan data telah disasarkan untuk proses penyeragaman awal: Sistem Analisis
Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang digunakan untuk menggabungkan keputusan murid
dari pada peperiksaan semester berasaskan sekolah; Sistem Pengurusan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (SPPBS) yang digunakan untuk memantau keputusan PBS dan
Sistem Maklumat Murid (SMM) yang mengandungi data murid. Perubahan ini
seharusnya menghapuskan permohonan berulang bagi data yang sama dan
memudahkan proses memasukkan data baharu ke dalam sistem. Kementerian juga akan
mengkaji semula keperluan menyediakan pendokumentasian dan laporan terkini
(sebagai contoh, keperluan untuk pensijilan ISO) bagi mengenal pasti bidang untuk
diseragamkan.

Kedua, Kementerian akan mengenal pasti kaedah bagi mengatasi isu kesesakan di
sekolah yang mempunyai purata saiz kelas melebihi 35 murid. Kaedah yang
dicadangkan termasuk pembinaan bilik darjah tambahan, penempatan semula guru
tambahan,
dan/atau
mengetatkan
penguatkuasaan
kuota
enrolmen.
Walaubagaimanapun, Kementerian tidak akan mengurangkan bilangan murid bagi setiap
kelas daripada 35 orang kerana terdapat bukti kajian antarabangsa yang menunjukkan
saiz kelas bukan faktor penyumbang utama kepada pencapaian murid, berbanding kualiti
guru. Kementerian sedang membuat penelitian untuk menyediakan setiap sekolah
dengan sekurang-kurangnya satu pegawai pentadbiran. Rintis sedang dilaksanakan di
Melaka dan jika didapati berjaya, ia akan diperluaskan keseluruh negara.

Anda mungkin juga menyukai