Anda di halaman 1dari 1

PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI SPM 2012

PANITIA PERDAGANGAN
Program Asak Minda ( Teknik menjawab Soalan SPM)
PENGENALAN.
Program Peningkatan Prestasi SPM 2012 atau dikenali sebagai Program Asak Minda merupakan satu
usaha dan ikhtiar panitia Perdagangan untuk mencapai keputusan peperiksaan yang lebih baik dari
tahun sebelumnya. Peningkatan prestasi dalam pencapaian keputusan peperiksaan diharapkan boleh
diperolehi dari segi kuantiti dan kualiti.
MATLAMAT
a) Menambahkan bilangan pelajar yang memperolehi keputusan yang cemerlang.
b) Keputusan SPM akan mencapai 90%
OBJEKTIF
a) Pelajar kategori lemah dan sederhana mendapat kesedaran dan berminat untuk
memajukan diri ke arah kejayaan.
b) Pelajar dapat menggunakan minda dengan berkesan dan teratur sebagai
persediaan menghadapi peperiksaan.
c) Pelajar memperolehi kebiasaan dan keyakinan dalam menjawab soalan-soalan
yang berformat SPM
STRATEGI
a) Program ini melibatkan mata pelajaran Perdagangan
b) Pelajar yang terlibat adalah tingkatan 5 Fitrah dan 5 Gigih.
c) Kemudahan penyediaan bahan-bahan program seperti Modul, latihan atau lain-lain disediakan
oleh panitia
d) Pelajar akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang dikenali sebagai Kumpulan Minda ( 1
hingga 8) untuk setiap kelas.
KUMPULAN SASARAN
a) Pelajar kategori baik, sederhana dan lemah (Dari tingkatan 5 Fitrah hingga 5 Gigih)
KESIMPULAN
Pihak jawatankuasa panitia perdagangan amat berharap program ini akan berjalan dengan lancar
seperti yang dirancangkan. Ia merupakan salah satu usaha jawatankuasa panitia untuk membantu
para pelajar mencapai kejayaan yang baik dan cemerlang. Kerjasama guru amat diperlukan dalam
menjayakan program ini.

Anda mungkin juga menyukai