Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA PROGRAM BENGKEL

LITERASI MAKLUMAT (ICTL)


PENDIDIKAN KHAS 2014
6 7 NOVEMBER 2014
(KHAMIS JUMAAT)

Disediakan oleh :
PN. NUR RAWAIDAH RAHMAT
GURU TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SMK TUNKU SYED IDRUS

KERTAS KERJA PROGRAM BENGKEL LITERASI MAKLUMAT ICTL 2014

KERTAS KERJA PROGRAM BENGKEL LITERASI MAKLUMAT (ICTL)


PENDIDIKAN KHAS 2014

1.0

PENGENALAN
Komponen Teknologi Maklumat dan Komunikasi Masalah Pembelajaran
memberi fokus kepada memperkembangkan sifat sifat ingin tahu, kreatif,
ekspresif melalui imaginasi dan pemikiran. Penglibatan aktif dalam pelbagai aktiviti
pengoperasian komputer membolehkan pelajar pendidikan khas menyatakan idea
dan eksperisi diri. Melalui proses pengajaran dan pembelajaran dalam bidang ini,
dapat membantu pelajar pendidikan khas memperolehi maklumat dan berinteraksi
dengan bahan untuk belajar sendiri. Di samping itu, pelajar pendidikan khas
berupaya untuk berkomunikasi dengan menggunakan teknologi maklumat dan
komunikasi serta memperkayakan pengalaman pembelajaran ke arah membina
kerjaya yang bersesuaian dengan kemahiran yang diperolehi.
Maka, satu program telah dirangka iaitu bengkel literasi maklumat bagi
tujuan memberi pendedahan asas perisian aplikasi teknologi maklumat dan
komunikasi kepada para pelajar pendidikan khas. Bengkel ini akan melibatkan
pelajar secara aktif dalam pelbagai aktiviti pengoperasian komputer. Bengkel ini
akan diadakan selama dua hari di mana pelajar pendidikan khas dipecahkan
kepada dua kumpulan. Pelajar Kelas Amanah dan Kelas Bahagia akan didedahkan
kepada perisian aplikasi Microsoft Word dan Paint, manakala pelajar Kelas Cergas
dan Kelas Dedikasi akan didedahkan kepada perisian aplikasi Microsoft Office yang
meliputi Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft Power Point.
Bengkel ini akan diadakan di makmal komputer sekolah di mana para
pelajar pendidikan khas menggunakan kemudahan yang ada di dalam sekolah di
samping mempraktikkan proses pembelajaran di luar kelas. Semoga bengkel
literasi maklumat ini memberi manfaat kepada para pelajar pendidikan khas.

Page 2

KERTAS KERJA PROGRAM BENGKEL LITERASI MAKLUMAT ICTL 2014

2.0

OBJEKTIF DAN MATLAMAT


2.1

Memberi pendedahan kepada pelajar pendidikan khas untuk menguasai


sesuatu kemahiran dalam komponen Teknologi Maklumat dan Komunikasi
supaya mereka boleh mengaplikasi dalam kehidupan seharian.

2.2

Memupuk

minat

pelajar

pendidikan

khas

di

samping

memperoleh

pengetahuan serta kemahiran asas komputer.

3.0

TEMPOH / MASA PROGRAM


3.1

Tempoh perlaksanaan program ini adalah selama dua hari iaitu pada hari
Khamis dan Jumaat.

3.2

Masa perlaksanaan program ini diadakan pada sesi pagi persekolahan


bermula jam 8.00 am dan berakhir pada 1.30 pm.

4.0

TARIKH PERLAKSANAAN PROGRAM


6 dan 7 November 2014 (Khamis dan Jumaat).

5.0

SASARAN PESERTA
5.1

6.0

Para Pelajar Pendidikan Khas SMKTSI (28 orang).

LOKASI TERLIBAT
a) Makmal Komputer Dua, SMKTSI.

7.0

TENTATIF / PENGISIAN PROGRAM


TARIKH

MASA

AKTIVITI
Page 3

KERTAS KERJA PROGRAM BENGKEL LITERASI MAKLUMAT ICTL 2014

6 NOV 2014

8.00 am

KHAMIS
(PPKI C&D)

- Semua pelajar pendidikan khas kelas C&D berkumpul


dan diberi taklimat oleh guru.

8.45 am

- Bertolak ke Makmal Komputer 2, SMKTSI

9.00 am

- Bengkel Aplikasi Perisian Microsoft Word

10.00 am

- Rehat

10.30 am

- Bengkel Aplikasi Perisian Microsoft Excel

11.30 am

- Bengkel Aplikasi Perisian Microsoft Power Point

12.30 am

- Kuiz Teknologi Maklumat


- Penyampaian Hadiah / Sijil

7 NOV 2014

8.00 am

JUMAAT
(PPKI A&B)

- Semua pelajar pendidikan khas kelas A&B berkumpul


dan diberi taklimat oleh guru.

8.30 am

- Bertolak ke Makmal Komputer 2, SMKTSI

8.40 am

- Bengkel Aplikasi Perisian Microsoft Word

9.50 am

- Rehat

10.30 am

- Bengkel Aplikasi Perisian Paint

11.30 am

- Kuiz Teknologi Maklumat


- Penyampaian Hadiah / Sijil

8.0

SENARAI JAWATANKUASA PROGRAM


JAWATANKUASA PENGURUSAN
Penaung

: Pn. Hjh. Noraini Binti Abd. Manaf


Page 4

KERTAS KERJA PROGRAM BENGKEL LITERASI MAKLUMAT ICTL 2014

Penasihat

: En. Zul Bin Senin

Penyelaras PPKI

: Pn. Syazrah Binti Sahrani

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


Pengarah Program

: Pn. Nur Rawaidah Binti Rahmat

AJK Dokumentasi

: Pn. Nur Rawaidah Binti Rahmat

AJK Hadiah / Sijil

: Pn. Azura Binti Rosli


Pn. Navamani A/P Raman

Fasilitator

: Pn. Nur Rawaidah Binti Rahmat

Pembantu Fasilitator

: Pn. Azura Binti Rosli


: Pn. Norafidah Binti Razali
: Pn. Navamani A/P Raman

9.0

ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL
1.

2.

PERKARA
Cenderahati Kuiz Sesi 1
(RM 5.00 x 10 pemenang )

RM 50.00

Cenderahati Kuiz Sesi 2


(RM 5.00 x 10 pemenang )

RM 50.00

JUMLAH

10.0

RM 100.00

SUMBER KEWANGAN
10.1

11.0

KOS

Peruntukan PCG Matapelajaran (Teras) Pendidikan Khas

PENUTUP

Page 5

KERTAS KERJA PROGRAM BENGKEL LITERASI MAKLUMAT ICTL 2014

Semoga aktiviti ini dapat memberi pendedahan kepada para pelajar pendidikan
khas tentang aplikasi perisian teknologi maklumat dan bagaimana ia membantu kita
dalam melakukan kerja seharian. Selain itu, aktiviti ini juga memberi peluang
kepada para pelajar pendidikan khas untuk menggunakan kemudahan makmal
komputer yang ada di sekolah. Semoga aktiviti sebegini dapat diteruskan lagi di
masa akan datang dengan pengisian yang lebih menarik dan bermanfaat.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

(PN. NUR RAWAIDAH RAHMAT)

(PN. SYAZRAH SAHRANI)

Guru Teknologi Maklumat & Komunikasi

Penyelaras Pendidikan Khas

Program Pendidikan Khas Integrasi

Program Pendidikan Khas Integrasi

SMK Tunku Syed Idrus

SMK Tunku Syed Idrus

73000 Tampin, Negeri Sembilan

73000 Tampin ,Negeri Sembilan

Disokong oleh,

Diluluskan oleh,

(EN. MOHD FAIRUL IZHAR MOHD ZAIN)

(PN. HJH. NORAINI ABD. MANAF)

Guru Literasi Teknologi Maklumat (ICTL)

Pengetua

SMK Tunku Syed Idrus

SMK Tunku Syed Idrus

73000 Tampin, Negeri Sembilan

73000 Tampin ,Negeri Sembilan

Catatan / Ulasan :
..............................................................................................................................................
..............................................................................................................................................

Page 6

Anda mungkin juga menyukai