Anda di halaman 1dari 1

Headcount

Peserta akan dapat


1.
menyatakan kepentingan headcount dalam mengesan keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran;
2.
menjelaskan penggunaan borang-borang, rekod, dan maklumat pencapaian
murid yang penting dalam melihat perkembangan pelajar;
3.
menentukan TOV;
4.
membuat perkiraan ETR dan OTI;
5.
menyampaikan modus operandi pelaksanaan HC;
6.
melaksanakan post-mortem untuk tujuan pemulihan, pengukuhan, dan
pengayaan.
Headcount adalah PROSES MENGENAL PASTI POTENSI AKADEMIK DAN
POTENSI KERJAYA SETIAP MURID MULAI TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6
(UPSR) /TINGKATAN 1 HINGGA TINGKATAN 6
Mengapa Perlu Headcount?
1.
Melihat keupayaan sedia ada setiap murid;
2.
Menilai potensi setiap murid yang dapat digarap;
3.
Merancang program yang bersesuaian dengan kebolehan dan keupayaan
murid berasaskan diagnosis yang tepat;
4.
Untuk tujuan post-mortem dan tindakan penambahbaikan yang proaktif;
5.
Pemantauan dan penilaian boleh dibuat oleh Pengetua, Guru Besar, GPK,
guru kelas, dan guru mata pelajaran secara sistematik;
6.
Panitia dapat berfungsi dengan lebih berkesan.
Definisi TOV [take-off value]:
Nilai Letak kerja kepada seseorang murid berdasarkan potensi sedia ada
seperti pencapaian akademik merujuk kepada pencapaian dalam setiap mata
pelajaran
Mengenal pasti TOV [take-off value]
Berasaskan keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 1/2/3/4/5 bagi calon
UPSR, Tingkatan 1/2 untuk calon PMR, Tingkatan 4 untuk calon SPM
Definisi ETR[expected targeted result] :
Sasaran hasil pembelajaran yang diharapkan merujuk kepada penilaian
/berdasarkan keputusan peperiksaan terakhir/ peperiksaan awam
Menentukan ETR [expected targeted result]
dengan merujuk kepada keputusan terbaik peperiksaan awam sekolah
Definisi OTI[operational targeted increment]
Peningkatan hasil pembelajaran yang diharapkan dengan merujuk beberapa
penilaian sebelum mencapai ETR
Menentukan OTI [operational targeted increment]
dengan merujuk kepada ETR serta menetapkan sama ada jangkaan
pemeringkatan dua atau tiga kali penilaian.
Definisi AR[actual result]:
Pencapaian penilaian pembelajaran yang sebenar pada peringkat terakhir
seperti keputusan Peperiksaan Awam

Anda mungkin juga menyukai