Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Yang Berusaha Tn. Hj. Osman bin Omar, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan
Bandar Puteri Jaya,

Barisan Penolong Kanan, Guru-guru Kanan Mata Pelajaran, guru-guru serta rakan
pelajar sekalian.

Sketsa ringkas yang dipertontonkan sebentar tadi adalah bersempena dengan


Pelancaran Program Sekolahku Bersih, Indah, Ceria.

Babak 1 dalam sketsa tersebut menunjukkan keadaan yang sering berlaku di


sekolah, di mana pelajar-pelajar sering membuang sampah di merata tempat. Di
samping itu, watak yang dipertontonkan juga menunjukkan penampilan diri pelajar
yang tidak kemas serta tidak menggambarkan ciri-ciri seorang pelajar yang
berpenampilan menarik.

Babak 2 pula menunjukkan keadaan di mana guru bersama-sama pelajar


mengindahkan serta menceriakan persekitaran kelas.

Bersih bukan sahaja dinilai dari sudut pemandangan atau persekitaran sekolah,
malah penampilan diri seseorang pelajar juga turut diambil kira.

Indah membawa maksud suasana yang cantik, permai, bagus, elok dan molek. Ia
juga menyumbang kepada keadaan dan perasaan yang segar, senang dan tenang.

Ceria pula bermaksud bersih dan cantik dengan dekorasi, susun atur dan suasana
persekitaran yang riang, selesa, suci, murni dan menarik.

Suasana sekolah yang bersih, indah dan ceria dapat membantu guru dalam
menyediakan suasana pembelajaran yang selesa kepada para pelajar.

Oleh itu, marilah kita bersama-sama menjaga kebersihan kelas dan persekitaran
sekolah serta meningkatkan keprihatinan dan komitmen terhadap keindahan dan
keceriaan sekolah.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai