Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN PERASMIAN PROGRAM GURU PENYAYANG

SK (1) SELAYANG BARU

Perasmian Program Guru Penyayang 2015 telah diadakan pada 9 Februari


2015. Objektif program ini bertujuan untuk membentuk karektor serta
sahsiah diri murid yang disenangi oleh warga sekolah. Selain itu, dapat
mewujudkan satu suasana yang harmoni antara guru dan murid selaras
dengan keperluan sekolah.
Bersempena Program Amalan Guru Penyayang yang dilaksanakan
pada tahun ini, SK Selayang Baru (1) telah memilih aktiviti yang
berkonsepkan penyayang dan kemesraan ke atas murid. Program
dijalankan bertemakan Sambutan Hari Jadi. Antara aktiviti-aktiviti yang
telah dijalankan di dalam Program Amalan Guru Penyayang di sekolah ini
ialah:
i.Menyambut atau mengalu-alukan kehadiran murid.
ii.Sambutan Hari Jadi( memotong kek hari jadi dan pemberian hadiah ).
iii.Program Mentor Mentee.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Puan Norlaily Binti Abdul Rahman,
GPK Pentadbiran di sekolah ini. Antara ucapan beliau adalah setiap orang
perlu menyayangi dan hormat kepada diri sendiri sebelum mengharapkan
orang menyayangi anda. Kita perlu hormat dan menyayangi diri dengan
jaga

kebersihan

diri,

kekemasan

diri,

tingkahlaku

yang

baik

dan

menghormati orang sekeliling.


Diharapkan program seperti ini dapat dijalankan pada setiap tahun
untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara guru-guru dan
murid-murid. Di samping itu, ianya juga dapat menarik minat murid untuk
hadir ke sekolah dan sekaligus dapat melahirkan murid yang cemerlang,
gemilang dan terbilang.

Dengan adanya program seperti ini, hasrat untuk membudayakan


amalan guru penyayang di sekolah dapat disemai demi meningkatkan
mutu dan kualiti pendidikan 8egara. Secara tidak langsung juga program
seumpama ini dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan di kalangan
warga sekolah.
GAMBARAN SEKITAR MAJLIS PERASMIAN
PROGRAM GURU PENYAYANG
SK (1) SELAYANG BARU

Seorang murid tahun 3 menerima


hadiah
Salah
seorang tokoh guru penyayang
daripada pihak sekolah. menerima anugerah daripada pihak
sekolah.

Murid-murid yang menyambut hari jadi


pada bulan Februari

Antara guru-guru yang menerima


anugerah tokoh guru penyayang.

Puan Norlaily merasmikan majlis Program


Pihak sekolah dan murid-murid
Guru Penyayang dan Mento Mentee,menyanyikan lagu hari jadi.

Anda mungkin juga menyukai