Anda di halaman 1dari 4

10 SAHABAT YANG TELAH DIJAMIN SYURGA

Dan orang-orang yang terdahulu lagi yang petama-tama (masuk Islam) di antara orang-orang Muhajirin dan
Anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah ridho kepada mereka dengan mereka dan
mereka ridho kepada Allah. Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir di bawahnya sungaisungai. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang agung.
(Qs At-Taubah : 100)
Berikut ini 10 orang sahabat Rasul yang dijamin masuk surga (Asratul Kiraam).
1. Abu Bakar Siddiq ra.
Beliau adalah khalifah pertama sesudah wafatnya Rasulullah Saw. Selain itu Abu bakar juga merupakan laki-laki
pertama yang masuk Islam, pengorbanan dan keberanian beliau tercatat dalam sejarah, bahkan juga didalam
Quran
(Surah At-Taubah ayat ke-40)
sebagaimana berikut : Jikalau tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya
(yaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seseorang
dari dua orang (Rasulullah dan Abu Bakar) ketika keduanya berada dalam gua, diwaktu dia berkata kepada
temannya:Janganlah berduka cita, sesungguhya Allah bersama kita. Maka Allah menurunkan ketenangan
kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentara yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan
seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha
Bijaksana. Abu Bakar Siddiq meninggal dalam umur 63 tahun, dari beliau diriwayatkan 142 hadits.
2. Umar Bin Khatab ra.
Beliau adalah khalifah ke-dua sesudah Abu Bakar, dan termasuk salah seorang yang sangat dikasihi oleh Nabi
Muhammad Saw semasa hidupnya. Sebelum memeluk Islam, Beliau merupakan musuh yang paling ditakuti oleh
kaum Muslimin. Namun semenjak ia bersyahadat dihadapan Rasul (tahun keenam sesudah Muhammad
diangkat sebagai Nabi Allah), ia menjadi salah satu benteng Islam yang mampu menyurutkan perlawanan kaum
Quraish terhadap diri Nabi dan sahabat. Dijaman kekhalifaannya, Islam berkembang seluas-luasnya dari Timur
hingga ke Barat, kerajaan Persia dan Romawi Timur dapat ditaklukkannya dalam waktu hanya satu tahun. Beliau
meninggal dalam umur 64 tahun karena dibunuh, dikuburkan berdekatan dengan Abu Bakar dan Rasulullah
dibekas rumah Aisyah yang sekarang terletak didalam masjid Nabawi di Madinah.
3. Usman Bin Affan ra.
Khalifah ketiga setelah wafatnya Umar, pada pemerintahannyalah seluruh tulisan-tulisan wahyu yang pernah
dicatat oleh sahabat semasa Rasul hidup dikumpulkan, kemudian disusun menurut susunan yang telah
ditetapkan oleh Rasulullah Saw sehingga menjadi sebuah kitab (suci) sebagaimana yang kita dapati sekarang.
Beliau meninggal dalam umur 82 tahun (ada yang meriwayatkan 88 tahun) dan dikuburkan di Baqi.
4. Ali Bin Abi Thalib ra.
Merupakan khalifah keempat, beliau terkenal dengan siasat perang dan ilmu pengetahuan yang tinggi. Selain
Umar bin Khatab, Ali bin Abi Thalib juga terkenal keberaniannya didalam peperangan. Beliau sudah mengikuti
Rasulullah sejak kecil dan hidup bersama Beliau sampai Rasul diangkat menjadi Nabi hingga wafatnya. Ali Bin
Abi Thalib meninggal dalam umur 64 tahun dan dikuburkan di Koufah, Irak sekarang.
5. Thalhah Bin Abdullah ra.
Masuk Islam dengan perantaraan Abu Bakar Siddiq ra, selalu aktif disetiap peperangan selain Perang Badar.
Didalam perang Uhud, beliaulah yang mempertahankan Rasulullah Saw sehingga terhindar dari mata pedang
musuh, sehingga putus jari-jari beliau. Thalhah Bin Abdullah gugur dalam Perang Jamal dimasa pemerintahan Ali
Bin Abi Thalib dalam usia 64 tahun, dan dimakamkan di Basrah.
6. Zubair Bin Awaam
Memeluk Islam juga karena Abu Bakar Siddiq ra, ikut berhijrah sebanyak dua kali ke Habasyah dan mengikuti
semua peperangan. Beliau pun gugur dalam perang Jamal dan dikuburkan di Basrah pada umur 64 tahun.
7. Saad bin Abi Waqqas

Mengikuti Islam sejak umur 17 tahun dan mengikuti seluruh peperangan, pernah ditawan musuh lalu ditebus
oleh Rasulullah dengan ke-2 ibu bapaknya sendiri sewaktu perang Uhud. Meninggal dalam usia 70 (ada yang
meriwayatkan 82 tahun) dan dikuburkan di Baqi.
8. Said Bin Zaid
Sudah Islam sejak kecilnya, mengikuti semua peperangan kecuali Perang Badar. Beliau bersama Thalhah Bin
Abdullah pernah diperintahkan oleh rasul untuk memata-matai gerakan musuh (Quraish). Meninggal dalam usia
70 tahun dikuburkan di Baqi.
9. Abdurrahman Bin Auf
Memeluk Islam sejak kecilnya melalui Abu Bakar Siddiq dan mengikuti semua peperangan bersama Rasul. Turut
berhijrah ke Habasyah sebanyak 2 kali. Meninggal pada umur 72 tahun (ada yang meriwayatkan 75 tahun),
dimakamkan di baqi.
10. Abu Ubaidillah Bin Jarrah
Masuk Islam bersama Usman bin Mathuun, turut berhijrah ke Habasyah pada periode kedua dan mengikuti
semua peperangan bersama Rasulullah Saw. Meninggal pada tahun 18 H di urdun (Syam) karena penyakit pes,
dan dimakamkan di Urdun yang sampai saat ini masih sering diziarahi oleh kaum Muslimin.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------MEREKA YANG DIJANJIKAN SYURGA OLEH ALLAH TAALA :
Mereka yang dijanjikan syurga oleh Allah Taala dikenali menurut B. Arab sebagai ~ " AlMubashharin Bil Jannah . Manakala yang dimaksudkan oleh para ulama sebagai mereka yang dijanjikan syurga
oleh Allah Taala ialah golongan manusia yang dijamin oleh Allah Taala dengan syurga, yang mana berita
gembira itu disampaikan melalui lisan Baginda Rasulullah s.a.w , samada ianya berbentuk Al-quran Al-Karim ,
ataupun Hadist An-Nabawi.
Golongan yang dijanjikan Allah Taala dengan syurga ini sebenarnya ramai, bukan setakat 10 orang sahaja
sebagai mana yang difahami oleh sebahagian muslimin iaitu golongan yang berusaha berhempas-pulas
menjaga keimanan mereka ( aqidah ) mereka dan sentiasa mentaati Allah Taala. Hal ini diceritakan oleh Allah
Taala di dalam Al-Quran Al-Karim itu sendiri di antaranya ;




Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka
beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari
sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu"; dan mereka
diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam
syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya
selama-lamanya. ( Ayat 25 , Surah Al-Baqarah )

Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah",
kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke
semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap
kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang
telah dijanjikan kepada kamu. ( Ayat 30 , Surah Al-Fussilat )
Mereka yang dijanjikan dengan syurga ini juga ada berbagai-bagai jenis martabatnya , ada yang diazab terlebih
dahulu di dalam neraka mengikut kadar dosa-dosa yang dimilikinya dan kemudiannya dimasukkan ke dalam
syurga.
Ada pula yang masuk ke dalam neraka sebentar , kemudian dimasukkan ke dalam syurga.
Dan ada pula yang masuk ke dalam syurga terus tanpa dihisab, iaitu di padang mahsyar dengan melalui
proses yang amat sukar seperti ke sana-sini demi mencari Para Anbiya a.s yang boleh memberikan mereka
syafaat.
Ada pula yang masuk ke dalam syurga secara berterbangan terus ke dalam syurga iaitu bagi para syuhadak
( orang-orang yang mati syahid di dalam memperjuangkan Islam ) .

Pendek kata : Semua orang Islam, sebanyak mana pun dosanya selagi dia tidak menyekutukan Allah Taala
maka mereka berpeluang untuk masuk ke dalam syurga jua akhirnya !.
MASALAH : SIAPAKAH PULA 10 ORANG SAHABAT YANG DIJANJIKAN SYURGA ITU ? DAN KALAU
BENARLAH YANG DIJANJIKAN MASUK SYURGA ITU BUKAN SEKADAR 10 ORANG ITU SAHAJA , MAKA
KENAPAKAH YANG SELAIN 10 ORANG ITU TIDAK TERKENAL ?.
Jawapannya : 10 ORANG YANG DIJANJIKAN SYURGA ini lebih terkenal daripada selain mereka kerana ianya
merupakan para sahabat ( r.a ) yang amat terkenal ( popular ) dan satu lagi, ianya diriwayatkan oleh hadis yang
menyenaraikan nama-nama mereka secara sekelompok ( 10 orang sekaligus ), berbeza pula dengan selain
mereka yang juga dijanjikan syurga akan tetapi , nama-nama para sahabat (r.a) selain mereka itu disebut
secara berasingan oleh Rasulullah s.a.w , bukannya disebut secara sekaligus @ sekolompok sebagaimana 10
orang yang dijanjikan memasuki syurga. Dan kebanyakan mereka yang dijanjikan dengan syurga adalah
Generasi Pertama Islam , iaitu para sahabat (ra) yang telah banyak berkorban untuk mengembangkan dan
mempertahankan agama Allah Taala ini !.
10 Orang yang dijanjikan syurga sebagaimana disebut secara sekaligus oleh Baginda Rasulullah s.a.w ialah
sebagaimana hadis berikut :





Ertinya : Daripada Abdul Rahman Bin Humaid, daripada bapanya : Sesungguhnya Said Bin Zaid pernah
menceritakan kepadanya mengenai satu kumpulan , dengan katanya : Pernah Baginda RasululLah s.a.w
bersabda : 10 orang yang akan memasuki syurga iaitu (1)- Abu Bakar , (2)- Umar, (3)-Utsman , (4)- Ali , (5)Zubair , (6)-Tolhah , (7)-Abdul Rahman , (8) Abu Ubaidah , (9) Saad Bin Abu Waqqas ~ maka beberapa orang
yang mengira-ngira jumlah semua yang dijanjikan dengan syurga itu , di manakah lagi seorang ?. Lalu mereka
bertanya kepada Said Bin Zaid : Demi Allah Wahai Abu Aawar ! Siapakah dia orang yang kesepuluh itu ?. Maka
Said Bin Zaid pun menjawabnya : Bukahkah kamu sendiri telah bersumpah bahawa Abu Aawar itu pun adalah di
kalangan mereka yang dijanjikan syurga ? . Imam Abu Isa (At-Tirmidzie) menyatakan : Abu Aawar itu sendiri
adalah Said Bin Zaid Bin Amru . ~ ( Hadis Sahih riwayat Imam At-Tirmidzie , di dalam Kitab Al-Manaqib : 3681 )
dan hadis seumpama ini diriwayatkan juga oleh Imam Abu Dawud rh di dalam sunannya Kitab As-Sunnah :
4031 dan juga Imam Ahmad Musnad Al-Ansar : 21, 088 )
10 orang itu ialah :
1- Saidina Abu Bakar As-Siddiq (ra).
2- Saidina Umar Al-Khattab (ra).
3- Saidna Utsman Bin Al-Affan (ra).
4- Saidina Ali Bin Abu Talib (ra).
5- Saidina Zubair Bin Al-Awwam (ra).
6- Saidina Tolhah Bin UbaidiLlah (ra).
7- Saidina Abdul Rahman Bin Auf (ra).
8- Saidina Abu Ubaidah Amir Bin Al-Jarrah (ra).
9- Saidina Saad Bin Abu Waqqas (ra).
10- Saidina Said Bin Zaid (ra).
Jadi sebagaimana dijelaskan tadi, 10 orang ini bukanlah menunjukkan bahawa mereka sahaja yang dijamin
masuk syurga , walhal banyak hadis-hadis lain yang sahih yang menunjukkan bahawa begitu ramai para sahabat
(ra ) dan umat Islam yang dijanjikan syurga.
Sebagai contohnya : Saidina Bilal Bin Rabah (ra) sendiri telah diberikan pangkat sebagai ahli syurga kerana
beliau (ra) merupakan sahabat yang tidak pernah putus wudhuknya ( air sembahyangnya ) di dalam jangkamasa
yang lama.
Saidina Abu Darda (ra) juga digelar oleh Baginda Rasulullah s.a.w sebagai ahli syurga kerana hatinya yang
begitu mulia dan tidak pernah menyimpan sebarang hasad-dengki terhadap sesama manusia.
Saidina Ukasyah (ra) juga digelar sebagai ahli syurga.
Menurut hadis , umat Rasulullah s.a.w yang dijamin masuk ke dalam syurga tanpa hisab adalah sebanyak 70
ribu orang ( Hadis riwayat Imam Al-Bukhari rh ).
Manakala di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmidzie (rh) pula dijelaskan bahawa ahli-ahli
syurga kesemuanya berjumlah 120 ribu barisan dan 80 ribu barisan daripada 120 ribu barisan itu adalah terdiri

daripada umat Saidina Rasulullah s.a.w.


Perlulah kita fahami , andainya golongan yang dijanjikan syurga ini tanpa hisab, kebanyakannya daripada
kalangan sahabat (ra) dan mereka yang mati syahid di jalan Allah Taala, maka betapa pula dengan golongan
isteri-isteri Rasulullah s.a.w ?, walhal mereka sendiri telah menunjukkan jasa yang terlalu besar dan
pengorbanan yang tiada taranya di dalam memperjuangkan Islam ini !!.
***********************
PENJELASAN MENGENAI SAIDINA ALI (RA) :
Ya benar sebagaimana yang saudara nyatakan itu, dan sememangnya Saidina Ali (ra) merupakan salah-seorang
sahabat (ra) yang paling utama, paling berilmu , paling berkarisma di dalam kepimpinan dan paling berani di
medan juang. Di dalam kisah-kisah Para Sahabat (ra) banyak diceritakan kisah-kisah mengenai ketokohan
Saidina Ali (ra) , khususnya di dalam bidang ilmu pengetahuan, hinggakan tidaklah menghairankan andainya
beliau (ra) sendiri dinobatkan sebagai Pelopor Ilmu Kesusasteraan Bahasa Arab .
Untuk menceritakan mengenai tokoh yang agung ini sudah tentulah tidak sesuai dengan gaya dan metode Web
al-ahkam.net yang disiarkan dalam bentuk ruangan siber ( internet ) yang terhad , oleh itu ianya lebih
memerlukan kepada rujukan yang banyak dan bacaan yang luas. Kami di sini sekadar membuka jalan dan
membimbing saudara-saudari seagama di dalam mengenal panduan agama Islam, maka setelah saudara
berkebolehan maka saudara/I sendirilah yang perlu menentukan gaya, cara dan keputusan untuk terus
menelusuri kehidupan ini agar sesuai dengan tuntuan Ilahi.
Untuk tidak menghampakan saudara yang bertanya, maka saya bentangkan salah-satu kelebihan Saidina Ali (ra)
beradasarkan hadis Rasulullah s.a.w ;






Ertinya : Daripada Saad Bin Abu Waqqas , dia berkata : Pernah Baginda Rasulullah s.a.w memerintahkan Ali Bin
Abu Talib agar menjaga Madinah tidak menyertai perang Tabuk. Lalu, Ali pun berkata : Wahai Rasulullah !
patutkah tuan meninggalkan saya ini bersama-sama dengan golongan wanita dan kanak-kanak ?. Maka,
Baginda Rasulullah s.a.w pun menjawab : Wahai Ali ! tidakkah engkau suka berada di satu darjat di sisiku ,
seperti darjatnya Nabi Harun di samping Nabi Musa ?, bezanya hanyalah sudah tiada lagi Nabi sesudahku ? .~ (
Hadis Sahih diriwayatkan oleh Imam Muslim rh Kitab Fadhoil As-Sohabah : 4419 ) .
Silalah saudara/I merujuk kitab-kitab hadis yang memuatkan kisah-kisah yang sahih berkenaan dengan Saidina
Ali ataupun kitab-kitab biografi dan kisah para Sahabat (ra) seperti kitab Hayatus Sahabah oleh Al-Kandahlewi
( sudah ada terjemahannya di dalam bahasa Melayu ), Al-Bidayah Wan Nihayah oleh Imam Ibnu Katsir,
Tobaqat Ibnu Saad , Al-Isobah Fi Tamyiz As-Sohabah oleh Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani dan seumpamanya.
Dan rujukan yang disebut ini semuanya adalah sahih dan bertepatan dengan ajaran islam yang sebenar.
Jauhilah saudari/I sekaian daripada kisah-kisah luar biasa Saidina Ali (ra) yang kisahnya tiada dokongan
daripada Al-Quran, Al-Hadis yang sahih, Al-Atsar ( Peninggalan Para Sahabat ra ) dan sumber-sumber utama
rujukan Islam secara sahih lagi jelas.
Jauhilah saudara/I sekalian daripada penipuan kisah Saidina Ali (ra) yang dilakukan secara taksub dan
melampaui batas, samada daripada Golongan Syiah ( yang telah mencipta 70 ribu hadis-hadis palsu mengenai
ketokohan Saidina Ali sahaja ) ataupun daripada Golongan Khawarij !!! Jauhi golongan-golongan seperti ini ,
samada dengan membaca tulisan-tulisan mereka, ataupun melawati halaman-halaman web mereka !!!.
Ingatlah ! betapa tinggi pun kedudukan Saidina Ali (ra), ianya tidak mungkin mampu menentang taqdir Ilahi dan
ijma ummah yang telah menetapkan Saidina Abu Bakar (ra), Saidina Umar (ra) dan Saidina Utsman (ra) sebagai
khalifah-khalifah sebelum beliau (ra).
Ingatlah ! betapa mulia pun beliau (ra), tidak mungkin ianya menjadi sebab untuk kita memandang sepi ataupun
merendah-rendahkan sekaligus menghina para sahabat (ra) selainnya !!!.
Dan ketahuilah ! betapa agungnya (ra) beliau sekalipun , maka ianya disebabkan jihad dan taqwa beliau (ra)
yang tinggi, BUKANNYA kerana Tongkat Ali yang menjadi metos di kalangan masyarakat Melayu !.
***********************
RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN :
1- SILSILAH AL-AQAID Syiekh Ahmad Izzuddin Al-Bayanuni; Jilid ke-4 ( ms103-105 ) Terbitan Darussalam, Cairo.
2- AHSANUL KALAM Allamah Syeikh Atiah Saqr ; Jilid ke-2 , ms 580 Terbitan Darul Ghad AlArabiy, Cairo.
3- ATS-TSALATSUN AL-MUBASHSYARUN BIL JANNAH Dr. Mustafa Murad ; Terbitan : Darul Fajr Litturast , Cairo.
4- AL-MUBASYSHARUN BIL JANNAH WA AL-MUBASYSHARUN BIN NAR Ust Muhd Bayumi ; Terbitan : Maktabah Al-Iman, ElMansoora, Mesir.

Anda mungkin juga menyukai