Anda di halaman 1dari 12

FIQHIYYAH:

KEMUDARATAN
HENDAKLAH
DISINGKIRKAN

PENGERTIAN
Qawaid ialah bahasa Arab kata jama dari Qaidah yang
memberi erti asas rumah dan sebagainya sepertimana
firman Allah swt:-


Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama dengan
anaknya Ismail meninggikan binaan asas (tapak) Baitullah
(Kaabah) itu.
(Al-baqarah: 127)

KEDUDUKAN QAWAID FIQHIYYAH DALAM


PERUNDANGAN ISLAM
Sesungguhpun Qawaid ini sifatnya aghlabiyyah
tidaklah bererti ia akan mengurangkan nilai
ilmiyyahnya, menurunkan kedudukannya yang tinggi
dalam fiqh dan kesannya yang besar dalam
pemahaman fiqh
Jika Qawaid ini tidak wujud maka hukum-hukum fiqh
akan merupakan hukum furu yang berpisah-pisah dan
kadang-kadang pada akhirnya boleh menimbulkan
pertentangan antara satu sama lain tanpa dasar-dasar
yang dipegang dalam pemikiran, yang menerangkan
alasan-alasan konkrit, yang menentukan arah
perundangan dan menyediakan cara-cara mengukur
dan membandingkannya

KEMUDARATAN HENDAKLAH
DISINGKIRKAN
Merupakan kaedah keempat dalam Qawaid Fidhiyyah
Asas kepada kaedah ini ialah hadith Rasulullah s.a.w:-


Maksudnya : Tidak ada kemudaratan dan tidak
memudaratkan
Maksud hadith tersebut ialah tidak harus seseorang
melakukan kemudaratan terhadap saudaranya sama ada
memulakan atau membalas
Kaedah ini membawa pengertian bahawa kemudaratan
itu harus dihilangkan dengan makna menyingkirkan
kemudaratan yang telah berlaku

PERBEZAAN ANTARA MASYAQQAH(KESULITAN) DENGAN


DARURAT (KEMUDARATAN)

Masyaqqah adalah suatu kesulitan yang


menghendaki keperluan (hajat) tentang
sesuatu apabila tidak di penuhi tidak
akan membahayakan manusia.
Darurat ialah kesulitan yang jika tidak
diselesaikan akan mengancam agama,
jiwa, akal, keturunan atau nasab dan
harta serta kehormatan manusia.

PRINSIP DAN APLIKASI KAEDAH BERKAITAN KEADAAN


MUDARAT
1.1 Darurat menghapuskan yang dilarang

Maksud kaedah ini ialah bahawa setiap sesuatu yang


dilarang pada Syara boleh bertukar menjadi harus
ketika darurat
Maka kaedah darurat mengharuskan yang haram itu
dinamakan Rukhsah dalam ilmu Usul al-Fiqh
Rukhsah itu mengharuskan yang diharam kerana
darurat tetapi kekal pengharamannya apabila hilang
darurat tersebut
Contoh:
I. Harus melafaz dengan kalimah kufur ketika dipaksa di
samping hati tetap beriman
II. Harus memandang aurat kerana darurat (keperluan)
seperti melakukan perubatan

1.2 Sesuatu yang diharuskan kerana darurat


dihadkan menurut kadar darurat sahaja
Islam mengharuskan yang dilarang ketika darurat
kerana hendak menolak kemudaratan dari manusia,
tetapi tidak patut bagi seorang muslim mengambil
peluang untuk terus-menerus merasa selesa dan
senang dengan yang haram atas alasan darurat
Maka kaedah ini bermaksud setiap sesuatu yang
diharuskan kerana darurat sama ada dibuat atau tidak,
adalah harus sekadar yang boleh menolak
kemudaratan dan tidak melebihi dari kadar itu
Tidak berdosa melakukan yang haram ketika darurat
dengan syarat tidak menginginkan dan melampaui
batas

Contoh:
I.

Keharusan seorang doktor memandang aurat wanita dibataskan


sekadar hajat dan tempat-tempat yang perlu sahaja
II. Orang gila tidak boleh dikahwinkan melebihi satu isteri kerana
hajatnya sudah tercapai dengan satu sahaja
1.3 Kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan
kemudaratan juga
. Kemudaratan boleh dihilangkan dengan kemudaratan yang lebih
rendah, tetapi tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan sama
dengannya atau lebih memudaratkan
. Contoh:
I. Jika seseorang dipaksa untuk membunuh orang, dia tidak halal
membunuhnya kerana pembunuhan itu menimbulkan
kemudaratan yang sama atau lebih besar darinya. Tetapi kalau
seseorang dipaksa minum arak kalau tidak dia akan dibunuh,
maka halal baginya meminum arak itu kerana ancaman
membunuh itu lebih berat daripada meminum arak.

1.4 Apabila dua mafsadah bertentangan, maka


perhatikan mana yang lebih mudaratnya dengan
memilih yang lebih ringan mudaratnya
Ertinya cara melepaskan dari pertembungan dua
kemudaratan yang pasti berlaku salah satu darinya,
sedangkan salah satu darinya itu besar dibandingkan
dengan satu lagi, maka hendaklah memilih yang kecil
dan lebih ringan dari mengambilkira aspek yang besar
kerana bahayanya lebih dahsyat
Contoh:
I. Fasakh akad kerana barang jualan yang aib (rosak);
fasakh perkahwinan kerana kepapaan
II. Harus membedah perut wanita yang mati bagi
mengeluarkan janin apabila ada harapan janin itu
masih hidup.

1.5 Hajat menepati seperti darurat, sama ada umum


ataupun khusus hajat itu
Hajat sekiranya tidak dipenuhi akan menimbulkan kesukaran
dan kesulitan, sedangkan darurat kalau tidak dipenuhi boleh
membawa kepada kebinasaan
Maksud kaedah ini ialah kemudahan-kemudahan Syara yang
dikecualikan tidaklah terbatas dalam keadaan darurat yang
amat mendesak sahaja, bahkan hajat-hajat yang
martabatnya kurang dari darurat pun membolehkan
kemudahan-kemudahan yang dikecualikan juga
Contoh:
I. Harus diterjemahkan nas-nas al-Quran kepada bahasa
bukan Arab memandangkan betapa perlunya manusia
mengetahui hukum Islam dan risalahnya yang universal
untuk manusia sejagat, kerana tidak kesemua orang bukan
Arab dapat menguasai bahasa al-Quran dengan baik

1.6 Menolak kerosakan lebih utama dari mengambil


kebaikan
Maksud kaedah ini ialah apanila bertembung mafsadah
(keburukan) dengan maslahah (kebaikan), maka pada
kebiasaanya hendaklah didahulukan menolak mafsadah
kerana penekanan Syara kepada perkara-perkara larangan
melebihi perkara-perkara yang diperintah
Justeru itulah maka dimaafkan meninggalkan sebahagian
yang wajib dengan sedikit masyaqqah, sedangkan tidak
dibenarkan sama sekali membuat perkara yang dilarang
apatah lagi dosa-dosa besar.
Contoh:
I. Berlebih-lebihan berkumur dan memasukkan air ke dalam
hidung adalah disunatkan ketika berwudhu, tetapi makruh
bagi orang yang berpuasa kerana maslahah atau
kepentingan menjaga kesahihan puasa perlu diutamakan ke
atas mafsadah meninggalkan sunat berlebihan pada wudhu

Sekian, Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai