Anda di halaman 1dari 5

TAJUK KARANGAN: ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB KITA

FOKUS KARANGAN: CARA-CARA MELESTARIKAN ALAM SEKITAR


FORMAT KARANGAN: SYARAHAN (SITUASI PERTANDINGAN)
[Ayat Format: Kata Alu-aluan] Yang Dihormati Tuan Pengerusi, Yang Berusaha Tuan
Pengetua SMK Bukit Hijau, Encik Zainuddin bin Hj. Arshad, Guru Penasihat Kelab Rekreasi
dan Alam Sekitar, Encik Kamaruddin bin Che Din, para hakim yang adil saksama, guru-guru,
dan rakan pelajar. Selamat pagi dan salam sejahtera.
[Ayat Format: Tajuk syarahan] Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia, maka tajuk syarahan
saya ialah Alam Sekitar Tanggunjawab Kita. [Ayat Rangsangan: Tajuk karangan] Tajuk ini
amat sesuai untuk direnungi bersama memandangkan alam sekitar kita sedang menghadapi tahap
pencemaran yang amat serius. [Ayat Huraian: Pandangan] Kita sedang mengalami suatu
fenomena yang dikenali sebagai pemanasan global atau kesan rumah hijau. Saya pasti bahawa
para hadirin turut mengalami dampaknya. Mungkin para hadirin akan tertanya-tanya prihatinkah
manusia terhadap alam sekitar? [Ayat Arahan:Fokus karangan] Jadi, apakah yang patut kita
lakukan? Bolehkah kita memainkan peranan dalam usaha melestarikan alam sekitar kita yang
sudah tercemar ini?
Hadirin yang saya hormati,
[Ayat Topik: Idea karangan] Tanggungjawab perdana kita ialah menyahut seruan kerajaan
dengan mengamalkan program kitar semula. [Ayat Huraian] Usahlah bebankan tanggungjawab
pelestarian alam sekitar di pundak kerajaan semata-mata. Kita haruslah mengikis persepsi ini
daripada kamus hidup kita dengan menjadi rakyat yang lebih prihatin terhadap alam sekitar.
[Ayat Contoh] Kumpulkan dan asingkanlah bahan-bahan buangan ataupun terpakai di rumah.
Bungkuslah barang-barang yang dapat dipergunakan ataupun dikitar semula seperti botol plastik,

surat khabar lama, dan tin aluminium, secara berasingan . Kemudian, hantarlah barang-barang ini
ke pusat kitar semula yang berhampiran. Jadikanlah aktiviti ini aktiviti keluarga bulanan. [Ayat
Penyimpul: Kesan] Saya pasti, keceriaan alam sekitar dan keharmonian hidup kita terjamin!
[Ayat Topik] Seterusnya, pembakaran sampah sarap secara terbuka hendaklah kita elakkan.
[Ayat Huraian] Kegiatan ini tidak sihat kerana bukan sahaja mencemari alam sekitar malah
memudaratkan kesihatan manusia. Sudikah kita hidup di Bumi yang diselubungi jerebu? Jadi,
marilah kita menjadi penghuni Bumi yang lebih bertanggungjawab. [Ayat Contoh] Usahlah
bakar daun-daun kering, sampah, ataupun tayar buruk sewenang-wenang; kononnya hendak
membasmi nyamuk aedes. Sebaliknya, buanglah sampah sarap ke dalam tong sampah secara
sistematik. Pekerja majlis perbandaran akan memungut sampah sarap ke tapak pelupusan
sampah. [Ayat Penyimpul: Kesan] Dengan ini, kebersihan alam sekitar dan kesihatan kita
nescaya terpelihara!
[Ayat Topik] Satu langkah mudah yang dapat kita lakukan ialah penjimatan elektrik. [Ayat
Huraian] Penggunaan elektrik secara membazir bukan sahaja meningkatkan kos kehidupan
bahkan mencemari alam sekitar. Jika kita menjimatkan penggunaan tenaga elektrik, kita dapat
mengurangkan pembakaran bahan api untuk menghasilkan tenaga elektrik di stesen jana kuasa
elektrik. Jadi, amalkanlah langkah jimat cermat. [Ayat Contoh] Misalnya, tutuplah suis lampu,
kipas, alat pendingin udara, dan sebagainya apabila tidak diperlukan. Amalkanlah penjimatan
elektrik di rumah dan di sekolah. [Ayat Penyimpul] Kesannya, bukan sahaja sumber alam
semula jadi dapat dijimatkan bahkan Bumi kita dapat diselamatkan.
Hadirin yang saya harmati,
[Ayat Kesimpulan] Sebagai akhirulkalam syarahan saya pada pagi ini, saya ingin mengingatkan
semua warga dewan bahawa penjagaan alam sekitar merupakan tanggungjawab kita bersama.
[Ayat Cadangan: Nasihat] Umat manusia perlu ingat bahawa dia dilantik sebagai khalifah
Allah di atas muka bumi yang juga milik Allah. Maka, manusia tidak sepatutnya bertindak beraja
di mata, bersultan di hati terhadap alam sekitar. Marilah kita bersama-sama berganding bahu dan
menggembleng tenaga untuk menyelamatkan Bumi kita dari sekarang juga. Biarpun kecil,
sumbangan ini amat bermakna. [Ayat Harapan] Sebelum saya mengakhiri syarahan saya,
renungilah serangkap sajak daripada saya yang berbunyi:
Ini laut kita, lindungilah daripada pencemaran,
ini hutan kita, lindungilah daripada pemusnahan,
ini sungai kita, lindungilah daripada pembuangan,
ini Bumi kita, lindungilah daripada penodaan.
[Ayat Format] Sekian, terima kasih.

Tajuk karangan: Gejala lepak


Fokus karangan: Kesan-kesannya
[Ayat Rangsangan] Dewasa ini, gejala lepak meniti bibir dalam kalangan masyarakat. [Ayat
Arahan] Gejala ini mendatangkan dampak negatif kepada kaum remaja.
[Ayat Topik 1] Gejala lepak memang membuang masa remaja. [Ayat Huraian] Mereka hanya
berborak-borak kosong di tepi jalan raya ataupun di kompleks beli-belah. [Ayat Topik 2]
Implikasinya, pelajaran mereka terjejas. [Ayat Huraian] Hal ini demikian kerana mereka
mengabaikan kerja rumah dan tidak menelaah pelajaran. [Ayat Topik 3] Selain itu, masalah
sosial semakin meruncing. [Ayat Huraian] Rata-rata kaki lepak terbabit dalam jenayah seperti
vandalisme dan gengsterisme. [Ayat Topik 4] Natijahnya, imej negara tercemar. [Ayat Huraian]
Hal ini menjejaskan industri pelancongan kita kerana keselamatan mereka terancam.
[Ayat Cadangan] Oleh itu, gejala lepak ini hendaklah dibendung. [Ayat Harapan] Dengan ini,
masa depan generasi muda dan negara terjamin.

Tajuk karangan: Amalan berjimat cermat

Fokus karangan: Cara-cara ibu bapa memupuk amalan berjimat cermat dalam kalangan
anak
[Ayat Rangsangan] Amalan berjimat cermat memang menjadi agenda perdana dalam kehidupan
seharian. [Ayat Huraian] Malangnya, anak-anak remaja bersikap membazir dan memboros dari
segi perbelanjaan serta penggunaan air dan elektrik. Mereka seolah-olah tidak menghargai nilai
wang dan sumber alam. Dalam konteks ini, ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk mendidik
anak-anak agar menjadi insan yang mengamalkan budaya berjimat cermat dalam kehidupan.
[Ayat Arahan] Persoalannya, bagaimanakah ibu bapa boleh melahirkan anak yang menghayati
amalan berjimat cermat dalam segala aspek kehidupan?
[Ayat Topik 1] Antara langkah perdana dalam pemupukan amalan berjimat cermat dalam
kalangan anak ialah ibu bapa perlu menjadi anjakan paradigma kepada anak mereka. [Ayat
huraian] Mereka harus menjadi cermin perbandingan yang positif kepada anak-anak dalam
segala aspek kehidupan kerana bapa borek anak rintik! [Ayat Contoh] Menurut pakar motivasi,
Dato Dr. Fadzilah Kamsah, setiap tindak-tanduk ataupun gerak-geri ibu bapa akan menjadi
ikutan anak-anak. Misalnya, jika ayah bertelefon bimbit berjenama Nokia N95, anak lelaki pula
hendak memiliki Nokia N97; jika ibu senantiasa tidak menutup pili air selepas menggunakannya,
maka anak gadis pula akan senantiasa tidak menutup suis lampu. [Ayat Penyimpul] Jadi, ibu
bapa haruslah menjadi contoh teladan yang sihat kepada anak.
[Ayat Topik 2] Selain menjadi modal insan yang ideal, ibu bapa perlu mengamalkan
kesederhanaan dalam kehidupan seharian. [Ayat Huraian] Hal ini demikian kerana sikap
boros tidak relevan lagi dalam kehidupan kita dalam zaman kegawatan ekonomi ini kerana
mengundang musibah, iaitu kemiskinan dan kesengsaraan. [Ayat Contoh] Kita sering terdengar
cerita seorang ayah berumah banglo dan berkereta mewah dahulu, tetapi sekarang berkain basah
kering di pinggang. Kita bukan tidak boleh berkereta ataupun berumah, tetapi apa gunanya

berkereta mewah dan berrumah banglo. [Ayat Penyimpul] Pendek kata, anak-anak kita tidak
akan mengamalkan sikap kesederhaan selagi ibu bapa mengagung-agungkan kemewahan.
[Ayat Topik 3] Ibu bapa juga perlu mengamalkan 3R (Reduce, Reuse dan Recycle) dalam
penerapan amalan berjimat cermat dalam kehidupan. [Ayat huraian] Dalam hal ini, ibu bapa
perlu menekankan kepentingan 3R dalam usaha mencermatkan perbelanjaan dengan melibatkan
semua ahli keluarga. [Ayat Contoh] Misalnya, anak-anak perlu dididik agar mengurangkan
penggunaan air, tenaga elektrik, kertas tulisan, ubat gigi, syampu, pencuci muka, dan sebagainya.
Selain itu, barang-barang terpakai seperti bekas air, beg sekolah, kasut dan sebagainya perlulah
digunakan semula. Barang-barang yang tidak berguna pula dihantar ke pusat kitar semula. [Ayat
Penyimpul] Tegasnya, konsep 3R ini dapat memupuk tabiat berjimat cermat dalam kehidupan
anak.
[Ayat Kesimpulan] Intihanya, kepentingan peranan ibu bapa dalam melahirkan anak yang
berjimat cermat dalam kehidupan tidak dapat dinafikan. [Ayat Pandangan] Sesungguhnya,
tabiat lama, yakni pembaziran dan pemborosan, sukar dikikis, tetapi boleh diubah secara
beransur-ansur. [Ayat Cadangan] Dalam hal ini, ibu bapa perlu menonjolkan kesungguhan,
kezaman, dan keiltizaman melalui teladan dan mengamalkannya sehingga konsep berjimat
cermat ini menjadi sebahagian hidup kita. Pedoman orang tua-tua cermat masa banyak, jimat
masa sedikit dan ingat sebelum kena, jimat sebelum habis pula hendaklah dijadikan petunjuk
dalam kehidupan kita . [Ayat Harapan] Dengan ini, seisi keluarga dapat mencegap nikmat
kebahagiaan, keharmonian dan kemakmuran.

Anda mungkin juga menyukai