Anda di halaman 1dari 84

[Type the

documen
t title]

[Pick the date]

[Year]

[Type the abstract of the document here. The abstract is typically


a short summary of the contents of the document. Type the
abstract of the document here. The abstract is typically a short
summary of the contents of the document.]

[Type the
document
subtitle]

FOKUS/REVISI KOMSAS SPM 2015 - SIRI 21


GURINDAM TONGGAK DUA BELAS
Hendak pandai menghargai masa,
Jangan dinanti esok lusa.
Ketekunan akan membawa kejayaan,
Kegigihan bekerja dengan keupayaan.
Wajah ceria keseronokan bekerja,
Usah berduka bermuram durja.
Hidup dalam kemuliaan kesederhanaan,
Bertindak dengan penuh kebijaksanaan.
Ketinggian peribadi jadi amalan,
Ketelusan hati jadi bekalan.
Kekuatan sifat baik hati,
Bertimbang rasa dan bersimpati.
Pengaruh kepimpinan melalui teladan,
Baik buruk jadikan sempadan.
Menjadi kewajipan menjalan tugas,
Walaupun sederhana tetapi tegas.
Kebijaksanaan berhemat perlu diutama,
Tidak membazir teliti saksama.
Keutamaan kesabaran fikiran tenang,
Perkara susah menjadi senang.
Peningkatan bakat diberi sokongan,
Tunjukkan kebolehan jadikan dorongan.
Nikmat mencipta budaya kreatif,
Kembangkan bakat semoga aktif.
Soalan berdasarkan petikan
(i) Sebagai pekerja dalam sesebuah organisasi, seseorang perlulah memiliki dan
mengamalkan beberapa sifat baik. Berdasarkan gurindam nyatakan sifat-sifat tersebut.
[3M]
Sifat baik seorang pekerja :
menghargai masa
tekun dan gigih bekerja
tidak membazir
1

teliti / adil dan saksama


sabar / tenang
tunjukkan kebolehan ikut kemampuan

(ii)
Apakah nasihat penyair kepada mereka yang berbakat? [3M]
- memberikan tunjuk ajar kepada orang lain
- meningkatkan bakat yang ada supaya lebih maju
- jangan bersikap sombong dengan bakat yang ada
(iii) Berdasarkan gurindam tersebut, nyatakan tiga ciri penting untuk melahirkan pekerja
cemerlang. [3M]
- bijak menghargai masa
- gigih ketika menjalankan tugas yang diamanahkan
- mempunyai perasaan gembira ketika bekerja
(iv) Apakah kebaikan nilai kesabaran dalam gurindam tersebut? [2M]
- fikiran menjadi tenang
- pekerjaan yang sukar akan menjadi mudah
- keputusan yang dibuat tidak mengikut perasaan
Soalan berdasarkan maksud
(i)
Berikan maksud perkara susah menjadi senang. [2M]
- sesuatu hal/ masalah / kesulitan dapat diselesaikan dengan mudah
(ii)
Berikan maksud rangkap pertama Gurindam Tonggak Dua Belas. [2M]
Maksud rangkap pertama - masa yang ada hendaklah digunakan dengan sebaikbaiknya dan jangan membazirkan masa
(iii) Berikan maksud rangkai kata 'baik buruk dijadikan sempadan'. [2M]
- perkara yang elok atau tidak menyenangkan perlu dijadikan panduan hidup.
(iv) Berikan maksud Pengaruh kepimpinan melalui teladan, baik buruk jadikan
sempadan. [2M]
Maksud - Seseorang pemimpin menjadi teladan kepada orang lain, setiap kejadian dapat
dijadikan panduan hidup
(v)
Apakah maksud baris jangan dinanti esok lusa?. [2M]
Maksud - usah / tidak bertangguh
(vi) Apakah maksud ketelusan hati jadi bekalan? [2M]
Maksud - kejujuran sebagai amalan hidup
Soalan berdasarkan pendapat (KBAT)
(i) Pada pandangan anda, apakah yang perlu dilakukan oleh seseorang pekerja untuk
mendapat nikmat keseronokan bekerja? [3M]
Cara-cara untuk mendapat nikmat keseronokan bekerja:
- menanam minat kepada kerja / tugas
- menganggap kerja sebagai ibadat
- bergaul dengan semua orang / tidak sombong

sentiasa jujur dan ikhlas

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah kita dilarang menangguh-nangguhkan pekerjaan


yang telah diamanahkan kepada kita? [3M]
- untuk mengelakkan berlakunya kerugian
- agar kerja yang dilakukan tidak bertimbun / tidak menjadi beban / dapat diselesaikan dengan
segera
- agar tidak membazirkan masa
- kita tidak tahu apakah yang berlaku pada masa hadapan yang menghalang kita untuk
bekerja.
- untuk menghindari sifat tidak bertanggung jawab / tidak berdisiplin dalam pekerjaan / tidak
mematuhi waktu bekerja @ peraturan kerja
- untuk menghindari sifat pemalas
- untuk mengelakkan bekerja pada saat akhir yang akan menjejaskan kualiti kerja / produktiviti
(iii) Sekiranya anda merupakan seorang pemimpin, apakah ciri-ciri kepimpinan yang
anda harap dapat diteladani oleh rakyat bawahan? [3M]
Ciri-ciri kepimpinan yang dapat diteladani oleh rakyat:
- bersikap amanah dalam menjalankan tugas
- cekap dalam menjalankan tugas
- berilmu tinggi
- berakhlak baik/ mulia
- mempunyai wawasan dan matlamat yang jelas
- memimpin ke arah kebaikan sejagat
- berintegriti dan berlaku adil
- tidak mementingkan diri sendiri
- bertanggungjawab kepada orang yang dipimpin
- tidak egois dan sombong
- bertimbangrasa
(iv) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu menghargai masa?
Kita perlu menghargai masa kerana masa yang lepas tidak akan berulang lagi. Kita perlu
menghargai masa agar kita tidak ketinggalan dalam mengejar kemajuan. Dengan menghargai
masa, kita dapat menyiapkan kerja kita dengan lebih sempurna.
(v)
Sekiranya anda merupakan seorang pemimpin, apakah ciri-ciri kepimpinan yang
anda harap dapat diteladani oleh rakyat bawahan?
- bersikap amanah dalam menjalankan tugas;
- bertindak adil dalam mengambil sesuatu tindakan;
- cekap dalam menjalankan tugas.
(vi) Mengapakah bakat yang ada harus dikembangkan?
- agar kebolehan diri dapat dikenal pasti;
- dapat menjadi haluan kepada kerjaya masa hadapan;
- untuk menunjukkan potensi diri agar dapat dinilai oleh orang lain.
(v)
Berikan pandangan anda tentang cara-cara untuk menjadi insan yang cemerlang.
- melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan;
- sentiasa berfikiran positif;
- bijak dalam mengambil sesuatu tindakan.
(vi) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu bergembira semasa bekerja?
- agar tidak mengalami tekanan perasaan atau stres;

supaya waktu bekerja berlalu dengan cepat;


dapat menghasilkan kerja yang berkualiti.

(vii) Sikap berjimat cermat perlu ada pada seseorang pekerja. Jelaskan.
- untuk mengelakkan berlakunya amalan membazir;
- barangan yang dibeli haruslah mengikut keperluan;
- wang yang dijimatkan dapat digunakan pada masa depan;
- dapat memaksimumkan keuntungan syarikat atau jabatan.
(viii) Pada pendapat anda, apakah kesan buruk amalan suka menangguhkan kerja?
- akan hilang kepercayaan orang ramai atau pelanggan;
- kerja tidak dapat disiapkan mengikut jadual;
- akan menimbulkan masalah kepada orang ramai.
(ix) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu bersikap sabar dalam menjalankan
tugas? [3M]
Sebab-sebab:
- hasil kerja lebih berkualiti
- tidak melakukan sebarang kesilapan
- tidak membazir masa / tenaga
(x)
Pada pendapat anda, mengapakah seseorang itu perlu mempunyai keperibadian
mulia dalam kehidupan. Berikan tiga sebab. [3M]
Sebab-sebab:
- sentiasa mengamalkan nilai baik
- dihormati / dipandang mulia
- jujur / amanah dalam menjalankan tugas
- mendapat keberkatan hidup
(xi) Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri pemimpin yang dapat dijadikan teladan oleh
orang bawahannya. [3M]
Ciri-ciri:
- tidak sombong
- sedia mendengar pendapat orang lain / berfikiran terbuka
- bekerja bersama-sama pegawai bawahan
- menjaga/ mengambil berat kebajikan pekerja
- bijak menyelesaikan masalah
Soalan berdasarkan aspek KOMSAS
(i) Nyatakan tiga pengajaran yang boleh diambil daripada Gurindam Tonggak Dua
Belas. [3M]
Pengajaran daripada gurindam:
- Kita hendaklah bijak menguruskan masa. Contoh: tidak bersikap suka menangguhkan kerja
- Kita hendaklah tekun dan gigih melaksanakan tugas. Contoh: melakukan kerja yang
diamanahkan dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya
- Kita hendaklah bijaksana dalam membuat keputusan. Contoh: tidak terburu-buru dalam
tindakan dan sentiasa berbincang atau bermesyuarat.
(ii) Huraikan dua nilai murni dalam gurindam. [4M]
- Kesederhanaan mengamalkan sifat sederhana dalam kehidupan
- Kebijaksanaan bertindak dengan bijaksana
- Ketelusan peribadi yang baik dijadikan amalan

Baik hati sentiasa bertimbang rasa dan bersimpati

(iii) Nyatakan bentuk gurindam di atas. [4M]


Bentuk gurindam:
- Puisi terikat/ tidak bebas
- Mempunyai 12 rangkap
- Setiap rangkap mengandungi 2 baris
- Mengandungi 4 patah perkataan dalam satu baris
- Suku kata antara 9 hingga 15 suku kata. Contohnya: Ja/ngan di/nan/ti e/sok lu/sa iaitu 9
suku kata dan Ke/bi/jak/sa/na/an ber/he/mat per/lu di/u/ta/ma iaitu 15 suku kata sebaris
- Rima akhir aa. Contohnya : Nikmat mencipta budaya kreatif, Kembangkan bakat semoga
aktif
(iv) Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam puisi tersebut. [4M]
Persoalan;
- persoalan menghargai / menepati masa dalam menjalankan tugas - Contoh: tidak bersikap
suka menangguhkan kerja
- persoalan kegigihan bekerja demi mencapai kejayaan - Contoh: melakukan kerja yang
diamanahkan dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya
- persoalan kebijaksanaan dalam membuat keputusan - Contoh: tidak terburu-buru dalam
tindakan dan sentiasa berbincang atau bermesyuarat.

Revisi Siri 20
SYAIR PEMBERONTAKAN PATANI
Laksamana dititahkan Betara,
Ke negeri Patani berjalan segera,
Mendapat cogan Raja Senggora,
Akan menerima hukum dan dera.
Barang yang hendak dihukumkan,
Sekalian tidak boleh disalahkan,
Kesalahan pinta dimaafkan,
Pegawai yang dipegang itu dipohonkan.
Setelah demikian titah Betara,
Laksamana tiada berani dura,
Kerana negeri hendak dipelihara,
Kelak menjadi huru-hara.
Bonda duli mahkota indera,
Pada Laksamana emak saudara,
Sakit terlantar hampir bermara,
Meninggalkan dia tiada terkira.
Daripada kerja terlalu berat,
Ke atas negeri hendak mudarat,
Jadilah dititahkan duli hadirat,
Bimbang dan masghul di suruh kerat.
Tiadalah lagi terkata-kata,
Sudah dengan titah sang nata,

Diputuslah hati yang bercinta,


Kepada Allah diserah semata.
Niat Laksamana yang pegari,
Daulat baginda barang berdiri,
Jika selamat sentosa negeri,
Biarlah susah di atas diri.
Berjalan ia berhati hampa,
Bonda yang sakit tiada dilupa,
Kerana sakit berat menimpah,
Yakin hatinya tiada berjumpa.
Daripada sudah dimikian peri,
Keberatan tertanggung di atas negeri,
Yang sakit itu seorang diri,
Bala yang datang meliput negeri.
Jadilah dititahkan Seri Betara,
Tiadalah lagi terkira-kira,
Berjalanlah pergi bersegera-segera,
Mendapat cogan Raja Senggora.
Soalan berdasarkan petikan
(i) Mengapakah Laksamana bersedia untuk melaksanakan perkara yang dititahkan oleh
raja?
Laksamana bersedia untuk melaksanakan perkara yang dititahkan oleh raja bagi membuktikan
ketaatannya kepada raja. Selain itu, Laksamana juga ingin mengelakkan negara dilanda huruhara.
(ii) Nyatakan dua perintah Betara kepada Laksamana dalam syair tersebut.
Betara memerintahkan Laksamana pergi ke negeri Patani dengan segera
Betara memerintahkan Laksamana supaya menerima arahan daripada Raja
Senggora.
(iii) Bagaimanakah perasaan Laksamana apabila menerima perintah daripada Raja
Senggora?
Laksamana dalam keadaan serba salah kerana terpaksa meninggalkan ibu saudaranya sakit
tenat.
Soalan berdasarkan maksud
Terangkan maksud rangkai kata 'tiada berani dura'.
Maksud 'tiada berani dura' adalah tidak berani menunjukkan kebimbangan.
Soalan berdasarkan pendapat (KBAT)
(i)

Apakah yang akan terjadi kepada Laksamana jika enggan mematuhi arahan Betara?
Jika Laksamana enggan mematuhi arahan Betara:

Laksamana akan dianggap sebagai penderhaka


Jawatannya sebagai laksamana akan dilucutkan
beliau akan dibuang negeri

(ii)
Pada pendapat anda, mengapakah golongan raja digambarkan sebagai golongan
yang memiliki daulat yang tinggi?
Golongan raja digambarkan sebagai golongan yang memiliki daulat yang tinggi untuk:
mengangkat imej mereka
mewujudkan rasa taat setia dan patuh dalam kalangan rakyat
menimbulkan rasa takut kepada pihak luar atau musuh.
(iii) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mengutamakan kepentingan negara
daripada hal peribadi?
Kita perlu mengutamakan kepentingan negara daripada hal peribadi untuk:
memastikan negara dalam keadaan aman
menunjukkan rasa cinta akan tanah air
kerana negara memerlukan rakyat untuk mencapai kemajuan.
Soalan berdasarkan aspek KOMSAS
Huraikan perwatakan Laksamana seperti yang terdapat dalam syair tersebut.
- Seorang yang bertanggungjawab. Walaupun berhadapan dengan tugas berat, Laksamana
tidak berani menunjukkan rasa gelisah, risau atau susah hati justeru beliau bertanggungjawab
menjaga keamanan negara.
Seorang yang penyayang. Pada masa yang sama, bonda Duli Mahkota Indera iaitu emak
saudara laksamana sudah lama gering dan laksamana tidak sanggup meninggalkan baginda.
- Seorang yang bersemangat patriotik. Walaupun dengan berat hati, laksamana tetap
menjunjung perintah betara dengan menolak ke tepi sebarang perasaan bimbang dan sedih
apabila menggalas tanggungjawab negara.
- Seorang yang berfikiran rasional. Sudah tersurat bahawa masalah yang dihadapi dalam
negeri lebih berat berbanding dengan masalah bondanya yang sakit seorang diri kerana
melibatkan rakyat jelata.

SYAIR MAKNA RIAK


Kemudian dinyatakan makna riak,
Amal ibadat kerana menusia,
Inilah kebencian Tuhan yang sedaya,
Sebab kerana syirikkan Dia.
Terkadang riak pula dilakukan,
Mengiringkan beberapa puasa tak makan,
Bertutur itu suara diperlahankan,
Tubuh dan badan tidak dihiraukan.
Supaya disangka ianya wali,
Akan dunia tidak peduli,
Hemahnya itu disangka ali,
Tetapi hatinya ke dunia bertali.
Terkadang riakkan ia berilmu,

Bersurah ketika orang berjamu,


Berkata-kata tidaklah jemu,
Nahu dan sarap habis diramu.
Terkadang bercakap ilmunya mantik,
Bicara alhayat konon diselidik,
Supaya disangka ianya cerdik,
Sukalah orang memberinya gundik.
Terkadang riak dengan pakaian,
Berserban lilit ekor berhambaian,
Sejadah di bahu bersampaian,
Tasbih di tangan berulitan.
Pejamkan mata duduk bersila,
Lidah berzikir Allah Taala,
Terkadang jazbah seperti gila,
Kasadnya hendak jadi kepala.
Riak demikian menjadi balak,
Amal itu tentu ditolak,
Terkadang dilemparkan ke mukanya pulak,
Allah Taala sualak.
Soalan berdasarkan petikan
(i)

Nyatakan kesan perbuatan riak sebagaimana yang terdapat dalam puisi di atas. (2M)

Antara kesan perbuatan riak yang dijelaskan dalam Syair Makna Riak ialah amal ibadat
orang yang riak tidak diterima oleh Allah. Selain itu, adakalanya mereka akan
menanggung
dosa akibat daripada perbuatan mereka.
(ii) Apakah maksud riak seperti yang dijelaskan oleh syair di atas? [2M]
Maksud riak ialah melakukan amal ibadat kerana manusia
(iii) Apakah akibat yang akan diterima oleh seseorang yang bersikap riak? [2M]
Akibat yang akan diterima:
riak mendatangkan bala
amalan kita akan ditolak
Allah tidak suka akan sifat riak
(iv) Mengapakah Tuhan benci akan sikap riak? [2M]
Sikap riak dibenci Tuhan kerana sikap tersebut mendatangkan syirik.
Soalan berdasarkan pendapat
(i) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara yang dapat dilakukan untuk membendung
perasaan riak yang terdapat dalam diri seseorang? (3M)
Pada pendapat saya, kita dapat membendung perasaan riak dengan cara beribadat kepada
Tuhan dengan hati yang benar-benar ikhlas. Kita juga perlu sedar akan kesan dan dosa akibat
daripada perbuatan tersebut. Selain itu, kita juga hendaklah sesalu mengikuti kelas-kelas
agama untuk menyucikan jiwa kita.

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah segelintir masyarakat suka mengamalkan sikap
riak dalam perlakuan mereka? [3M]
Segelintir masyarakat suka mengamalkan sikap riak kerana:
- mereka suka menunjuk-nunjuk perlakuan mereka
- mereka ingin dipuja oleh masyarakat
- mereka ingin dipandang tinggi atau dihormati
(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang itu dapat menghindari sikap riak?
[3M]
Cara menghindari sikap riak:
- tidak menunjuk-nunjuk
- sentiasa merendah diri
- sentiasa bersyukur
- sentiasa berbaik sangka
- menerima kelebihan orang lain
(iv) Pada pendapat anda, apakah kesan yang akan diterima oleh seseorang yang bersikap
riak dalam pergaulannya dengan masyarakat? [3M]
Kesan yang akan diterima:
- akan dibenci oleh masyarakat
- akan dipulaukan oleh masyarakar
- akan dipandang hina
Soalan berdasarkan aspek KOMSAS:
(i)
Jelaskan tiga pengajaran yang terdapat dalam puisi tersebut. (4M)
- Kita hendaklah menjauhi perbuatan riak kerana perbutan ini tidak diterima oleh Allah - Riak
ialah amal ibadat yang dibuat hanya untuk manusia dan perbuatan ini amat dibenci Tuhan
kerana mensyirikkan-Nya
- Kita haruslah bersederhana ketika melakukan ibadat supaya tidak menjejaskan kesihatan
- Ada sesetengah manusia melaksanakan ibadat puasa dengan tujuan dipuji tentang
kelebihannya dengan tidak mempedulikan kesihatan.
- Kita haruslah ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara dengan tidak mengharapkan
ganjaran. Orang yang riak suka dirinya dianggap cerdik ketika berbicara dan menerima
ganjaran daripada orang.
- Kita haruslah mengamalkan kehidupan yang sederhana dan tidak bersikap
riaksupaya amalan kita tidak ditolak oleh-Nya - Riak boleh mendatangkan bala dan amalan kita
akan ditolak kerana Allah tidak suka dengan sifat riak.
(ii)
Huraikan dua nilai kemanusiaan yang terdapat dalam syair di atas. [4M]
Nilai kemanusiaan:
- Kesyukuran bersyukur dengan ilmu yang dimiliki
- Kesederhanaan bersederhana dalam segala perbuatan tanpa menunjuk-nunjuk
(iii) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam syair di atas. [4M]
Persoalan:
- Persoalan sifat riak dibenci oleh Tuhan kerana riak ialah amal ibadat yang dibuat hanya untuk
manusia dan perbuatan ini mensyirikkan-Nya
- Persoalan terdapat golongan yang suka menunjuk-nunjuk dengan sentiasa membaca alQuran dan memberi ceramah tetapi mencampuradukkan perkara yang betul dan salah
- Persoalan kehidupan orang yang riak pasti tidak akan mendapat keberkatan kerana
orang yang riak akan menerima balasan daripada perbuatannya yang dibenci oleh Allah.

REVISI KOMSAS SPM 2015 - SIRI 18


SELOKA EMAK SI RANDANG
Baik budi Emak Si Randang,
Dagang lalu ditanakkan
Tiada kayu rumah diruntuhkan,
Anak pulang kelaparan,
Anak di pangku diletakkan,
Kera di hutan disusui,
Dagang pergi awak terhutang,
Beras habis padi tak jadi.
Soalan berdasarkan maksud
Anak di pangku diletakkan,
Kera di hutan disusui
(i)
-

Apa yang dimaksudkan dengan baris-baris seloka di atas. [2M]


menguruskan hal orang lain sedangkan hal keluarga sendiri diabaikan

(ii)
-

Apakah maksud Dagang lalu ditanakkan dalam seloka di atas? [2M]


memasakkan nasi untuk orang asing

(iii) Apa yang dimaksudkan oleh penulis Anak di pangku diletakkan dalam seloka di
atas. [2M]
- anak sendiri dibiarkan/diabaikan/ditinggalkan/tidak dipedulikan
Soalan berdasarkan petikan
(i)
-

Nyatakan dua tindakan tidak rasional Emak Si Randang dalam seloka di atas. [2m]
memasak nasi untuk orang dagang yang lalu di depan rumahnya
merobohkan rumah untuk dijadikan kayu api
mengabaikan anak sendiri
berhutang untuk berbudi

(ii)
-

Bagaimanakah bentuk layanan Emak Si Randang terhadap dagang lalu? [2M]


ditanakkan nasi
rumah diruntuhkan untuk dibuat kayu api

(iii) Apakah masalah yang dihadapi oleh Emak Si Randang berdasarkan seloka tersebut.
[2M]
Masalah yang dihadapi oleh Emak Si Randang:
menanggung hutang
beras habis
padi yang ditanam tidak menjadi
(iv) Nyatakan dua perbuatan negatif yang dilakukan oleh Emak Si Randang seperti yang
digambarkan dalam puisi. (2M)
10

Perbuatan negatif yang dilakukan oleh Emak Si Randang dalam puisi tersebut ialah memasak
dan memberi makan kepada orang dagang sedangkan anaknya kelaparan. Dia juga berhutang
untuk memberi makan kepada orang dagang sedangkan padi yang ditanam tidak menjadi.
(v) Nyatakan tindakan-tindakan yang tidak wajar dilakukan oleh Emak Si Randang.
[2M]
Tindakan-tindakan yang tidak wajar dilakukan oleh Emak Si Randang:
- meruntuhkan rumah kerana tiada kayu
- anak dipangku diletakkan, kera di hutan disusui
- dagang pergi awak menanggung hutang
Soalan berdasarkan pendapat (KBAT)
(i)
Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mengutamakan keluarga
sendiri dahulu berbanding orang lain. Kemukakan tiga alasan anda. [3M]
- keluarga merupakan orang yang paling rapat dengan kita
- keluarga merupakan darah daging/keturunan kita sendiri
- keluarga merupakan orang utama yang akan membantu apabila kita berada dalam kesusahan
- membantu keluarga merupakan tuntutan agama/tanggungjawab
(ii)
Pada pandangan anda, bagaimanakah Emak Si Randang sepatutnya
melayan orang dagang? [3M]
memberi makan minum hanya setakat yang mampu
menyediakan tempat penginapan sekiranya perlu
bertanya khabar serta berbual-bual
membawa orang dagang bersiar-siar
memperkenalkan kepada jiran-jiran
(iii)
-

Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu melayan tetamu dengan baik? [3M]
Tuntutan agama
Mengeratkan hubungan persahabatan/persaudaraan/semangat kekitaan
Murah rezeki
Menjaga nama baik
Memupuk sifat mulia/ nilai ketimuran

(iv) Pada pendapat anda, apakah yang akan anda lakukan sekiranya ibu bapa
anda bersikap tidak rasional seperti Emak Si Randang? [4M]
- menasihati ibu atau bapa secara baik
- minta kerjasama jiran yang rapat dengan keluarga untuk menasihati
ibu atau bapa
- menunjukkan cara yang terbaik untuk menolong orang
- menghalang supaya tidak berhutang kerana orang lain
(v) Seloka di atas menyentuh tentang sikap negatif Emak Si Randang. Pada pendapat
anda, apakah kesan yang timbul sekiranya Emak Si Randang berterusan bersikap
sedemikian? [3M]
Kesan yang timbul sekiranya Emak Si Randang berterusan bersikap sedemikian:
- menyusahkan diri sendiri dan keluarga
- menyebabkan hubungan antara ahli keluarga menjadi tegang
- terpaksa menanggung pelbagai kerugian
(vi) Pada pendapat anda, mengapakah sesetengah orang terjebak dalam kancah hutang?
[3M]

11

Sebab sesetengah orang terjebak dalam kancah hutang:


- berbelanja melebihi had kemampuan diri sendiri
- berbelanja secara boros
- tidak membuat perancangan sebelum berbelanja
- tidak membuat simpanan untuk digunakan semasa menghadapi kecemasan atau
masalah
(vii) Buat baik berpada-pada. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk
merealisasikan peribahasa tersebut? [3M]
Pada pendapat saya, kita dapat merealisasikan peribahasa tersebut dengan menilai keadaan
dan kemampuan diri kita tersebih dahulu sebelum menolong orang lain. Kita juga perlu menilai
risiko yang terpaksa kita hadapi apabila kita memikirkan untuk menolong orang lain. Selain
daripada itu kita perlulah menilai sejauh mana orang yang ingin kita tolong akan dapat
menghargai pertolongan kita.
(viii) Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan oleh seseorang jika didatangi
tetamu? [4M]
Yang perlu dilakukan oleh seseorang jika didatangi tetamu:
memberikan layanan yang baik
bersifat ikhlas dengan menunjukkan muka yang manis
menyediakan jamuan dan kemudahan mengikut kemampuan
menjaga suasana rumah supaya tidak mengganggu tetamu
memakai pakaian yang bersih, kemas dan menutup aurat
Soalan berdasarkan aspek KOMSAS
(i)
Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam seloka tersebut. [4m]
- Kita hendaklah berbelanja secara berhemah supaya tidak ditimpa kesusahan pada
kemudian hari : Emak Si Randang sanggup berhabis bagi melayan tetamunya sehingga
sanggup meruntuhkan rumah untuk dijadikan kayu api
Kita perlu sayang kepada ahli keluarga sendiri berbanding orang yang tidak dikenali :Emak
Si Randang mengabaikan anaknya sendiri kerana memberi perhatian kepada tetamu yang tidak
dikenalinya
- Kita mesti bersederhana dalam kehidupan supaya tidak ditimpa kesusahan pada kemudian
hari : Emak Si Randang keterlaluan ketika berbelanja sehingga akhirnya dia ditimpa kesusahan
kerana kehabisan beras
- Kita hendaklah mengelakkan diri daripada membazir ketika berbelanja kerana membazir
adalah amalan syaitan : Emak Si Randang dirundum malang kerana membazir ketika
berbelanja sehingga dia dibebani masalah hutang
(ii)
Huraikan tema seloka di atas. [3M]
Tema : sikap masyarakat yang terlalu mengagungkan orang luar berbanding ahli
keluarga
sendiri
Contoh:
- Emak Si Randang memasak nasi untuk orang dagang yang lalu di depan rumahnya
- Emak Si Randang sanggup merobohkan rumah untuk dijadikan kayu api
- Emak Si Randang tidak membuat pertimbangan yang wajar ketika melayan tetamu
sehingga sanggup mengabaikan anaknya sendiri
(iii) Huraikan dua perwatakan Emak Si Randang berdasarkan seloka di atas. [4M]
tidak rasional. Contohnya, Emak Si Randang sanggup meruntuhkan rumah sendiri untuk
menanak nasi.
12

tidak bertanggungjawab terhadap keluarga. Contohnya orang dagang diutamakan, anak


sendiri diabaikan.
kurang bijak. Contohnya, Emak Si Randang sanggup berhutang untuk menolong orang
lain.
(iv) Huraikan dua nilai yang cuba diterapkan dalam seloka di atas. [4M]
- nilai baik hati. Contohnya, Emak Si Randang menolong orang dagang yang dalam
kesusahan
nilai budi pekerti. Contohnya, Emak Si Randang telah menunjukkan budi pekerti
terhadap orang asing yang datang ke rumahnya
nilai menghormati tetamu. Contohnya, Emak Si Randang melayan tetamu yang datang
ke rumahnya.
nilai bertanggungjawab terhadap ahli keluarga. Contohnya, Emak Si Randang
sepatutnya mengutamakan ahli keluarganya berbanding orang lain.
(v)
Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam Seloka Emak Si Randang. [4M]
Dua persoalan yang terdapat dalam seloka:
- persoalan mengutamakan orang lain lebih daripada keluarga sendiri. Cth: Emak Si Randang
menolong orang lain hingga mengabaikan anak/keluarga sendiri
- persoalan mengalami kerugian akibat sikap orang yang dibantu tidak mengenang budi. Cth:
Emak Si Randang menolong orang sehingga berasnya habis dan banyak hutang
(vi) Nyatakan tiga nilai kemanusiaan yang terdapat dalam seloka tersebut. [3M]
Tiga nilai kemanusiaan yang terdapat dalam seloka:
- nilai bertanggungjawab iaitu menyediakan keperluan, seperti makanan, pakaian
dan sebagainya untuk keluarga
- nilai rasional iaitu tidak mengabaikan keluarga semata-mata kerana membantu
orang lain
- nilai berhemat iaitu tidak berbelanja terlalu boros sehingga terpaksa menanggung
hutang
- nilai baik hati iaitu membantu orang yang memerlukan pertolongan
- nilai kesederhanaan iaitu bersederhana dalam membuat amalan sedekah

GURINDAM 12 FASAL YANG KEENAM


Cahari olehmu akan sahabat,
Yang boleh dijadikan ubat.
Cahari olehmu akan guru,
Yang boleh tahukan tiap seteru.
Cahari olehmu akan isteri,
Yang boleh menyerahkan diri.
Cahari olehmu akan kawan,
Pilih segala orang setiawan.
Soalan berdasarkan maksud
(i) Berikan maksud Cahari olehmu akan sahabat, Yang boleh dijadikan ubat. [2M]
Carilah sahabat yang baik agar dapat membantu kita semasa kesusahan
13

Soalan berdasarkan petikan


(i) Apakah saranan pengarang dalam rangkap pertama gurindam di atas? (2M)
Saranan pengarang dalam rangkap pertama gurindam di atas ialah mencari teman yang dapat
membantu kita ketika susah dan senang.
Soalan berdasarkan pendapat (KBAT)
(i) Dalam gurindam di atas, pengarang ada menyentuh persoalan pemilihan sahabat
setiawan. Pada pendapat anda, mengapakah kita memerlukan sahabat dalam kehidupan?
(3M)
Pada pendapat saya, kita memerlukan sahabat dalam kehidupan untuk menjadi pendengar dan
tempat kita meluahkan masalah serta tempat kita meminta pertolongan ketika susah. Kita
memerlukan sahabat juga kerana sahabat boleh menjadi tempat kita berkongsi pengalaman
hidup.
(ii) Dalam gurindam tersebut, penyair ada menyuruh kita mencari kawan. Pada pendapat
anda apakah ciri-ciri kawan yang baik?
Ciri-ciri kawan yang baik:

sedia memberi bantuan ketika kita ditimpa musibah

sentiasa bersama sewaktu susah dan senang

sentiasa menjaga maruah kitaltidak mengaibkan kita

sentiasa mendorong kita ke arah kebaikan


(iii) Rangkap pertama gurindam memberi nasihat cara mencari sahabat. Jika anda ingin
mencari sahabat, apakah ciri-ciri sahabat sejati yang menjadi pilihan anda? [3M]
Akhlak terpuji
Rajin menuntut ilmu
Membantu ketika dalam kesusahan
Menghormati orang tua
Mendorong mencapai kejayaan duni dan akhirat
(iv) Pada pendapat anda, mengapakah kita disarankan supaya memilih kawan yang baik.
Berikan tiga sebab. [3M]
Tiga sebab kita disarankan supaya memilih kawan yang baik:

membantu ketika susah dan senang.

menunjukkan teladan yang baik

mengelakkan diri terlibat dengan kegiatan yang negatif/ tidak bermoral.

kawan yang baik sentiasa mengajak ke arah kebaikan

bersedia mendengar masalah

membantu dalam pelajaran.


Soalan berdasarkan aspek KOMSAS
(i) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam gurindam di atas. (4M)
Dua persoalan yang terdapat dalam petikan gurindam ialah kepentingan memilih sahabat yang
sejati. Sahabat yang sejati akan sentiasa membantu kita ketika menghadapi kesusahan.
Persoalan kedua ialah kebijaksanaan memilih isteri sebagai teman hidup. Seseorang isteri yang
baik ialah isteri yang taat akan suami dan sentiasa di sisi suami ketika senang dan susah.
(ii) Kemukakan dua pengajaran yang terdapat dalam gurindam tersebut. [4M]
Dua pengajaran :

14

* Kita mestilah mencari sahabat yang baik agar dapat membantu kita semasa kita berada
dalam kesusahan - Sahabat yang sejati akan sentiasa membantu kita ketika menghadapi
kesusahan
* Kita hendaklah mencari guru yang baik agar kita dapat membezakan antara yang baik
dengan yang buruk Guru yang baik ialah guru yang benar-benar berilmu dan dapat
menyelesaikan setiap kemusykilan
* Seseorang lelaki hendaklah mencari isteri yang dapat berbakti dengan ikhlas demi
kebahagiaan rumah tangga - Seseorang isteri yang baik ialah isteri yang taat akan suami dan
sentiasa di sisi suami ketika senang dan susah.
* Kita hendaklah mencari kawan yang jujur dan setia supaya aib kita sentiasa terpelihara
Kawan yang baik ialah kawan yang mementingkan semangat setiakawan
(iii) Huraikan dua nilai yang terdapat dalam gurindam ini. [4M]
Dua nilai murni:
* Nilai kebijaksanaan kebijaksanaan seseorang memilih sahabat, guru dan isteri akan
memberi
manfaat kepadanya.
* Nilai ketaatan/kesetiaan seorang isteri perlu taat dan setia kepada suaminya.
* Nilai keikhlasan seseorang sahabat perlu ikhlas dalam menjalinkan perhubungan.
* Nilai setiakawan seseorang itu perlu memilih kawan yang setia

REVISI KOMSAS SPM 2015 - SIRI 15


SYAIR SITI SIANAH
Setengahnya perempuan terlalu janggalnya,
Roma di muka pula dicukurnya,
Seperti taji berandam di keningnya,
Kemudian memakai dengan selengkapnya.
Mengagak mengilai terlalu suka,
Melihat laki-laki ditampakkan muka,
Supaya laki-laki boleh menyangka,
Ianya elok tiada terhingga.
Sesetengah perempuan sangat pesolek,
Berhias berdandan berpakai molek,
Di dalam cermin muka ditelek,
kanan dan kiri dibelek-belek.
Meskipun tiada berapa eloknya,
Ada yang setengah kembang hidungnya,
Serta pula kepik batangnya,
Seperti buaya besar mulutnya.
Setengah perempuan perangainya cela,
Habis dipenuh rambut kepala,
Rambut yang sikit disiputnya pula,
Memakai cemara berjela-jela.
Terkandang muka dibubuh pupuri,
Kaki dan tangan, lengan dan jari,
Jadilah rupanya putih berseri,

15

Pekerjaan tipu sangat digemari.


Sesetengah perempuan yang makan angkat,
Memakai gelang bertingkat-tingkat,
Memandang laki-laki matanya lekat,
Dengan jantan suka berdekat.
Kaki dan tangan dinaikkan pula,
Pura-pura dikatakan ubat segala,
Hakikatnya diketahui Allah Taala,
Supaya laki-laki berhati gila.
Berlindunglah kita kepada Allah,
Daripada perbuatan yang amat salah,
Mudah-mudahan dilepaskanlah,
Jangan menjadi betina sempolah.
Sesetengahnya suka bermain judi.
Inilah perangai banyak terjadi,
Habis tergadai intan serudi,
Kerana perangai sudah membadi.
Laki-laki perempuan bertindih lutut,
Banyaklah kelakuan yang tidak patut,
Sembahyang ibadat sudahlah bantut,
Kerana svaitan duduk dibuntut.
Soalan berdasarkan petikan
(i) Berikan gambaran wanita yang terdapat dalam syair di atas. [3M]
- Mencukur bulu kening sehingga tajam
- Ketawa mengilai-gilai
- Menunjuk-nunjuk rupa paras kepada lelaki
- Suka bersolek/berdandan/berhias
(ii) Nyatakan sifat-sifat negatif wanita berdasarkan Syair Siti Sianah. [2M]
Antara sifat negatif wanita berdasarkan Syair Siti Sianah ialah mencukur bulu roma di
muka dan di kening. Selain itu, terdapat juga wanita yang ketawa mengilai-ngilai dan
berhias dengan tujuan memikat lelaki.
(iii) Berikan dua gambaran wanita yang terdapat dalam syair ini. [2M]
- wanita yang berperangai janggal kerana mencukur bulu roma di muka dan kening sehingga
tajam
wanita yang ketawa mengilai-ngilai dan menunjuk-nunjukkan mukanya kepada lelaki
wanita yang suka bersolek, berdandan, atau berhias
(iv) Berdasarkan rangkap kedua, apakah tujuan sesetengah perempuan itu bersolek?
[2M]
Supaya mereka kelihatan cantik pada pandangan lelaki.
(v)
-

Berikan maksud jangan menjadi betina sempolah. [2M]


wanita dilarang agar tidak menjadi sampah masyarakat / tidak berguna.
16

(vi)
-

Berikan maksud cemara. [2M]


rambut palsu

(vii) Berikan maksud memakai cemara berjela-jela dalam syair ini. [2M]
memakai rambut palsu yang terlalu panjang
************************************************************************************
Soalan berdasarkan pendapat
(i) Dalam rangkap akhir syair ini ada dinyatakan tentang gejala sosial yang berlaku. Pada
pandangan anda, apakah langkah-langkah yang dapat dilakukan bagi mengatasi gejala
tersebut? [3M]
Taat akan suruhan agama
Program keagamaan perlu lebih banyak/kerap
Ibu bapa perlu mengawasi anak-anak
Peranan guru, PIBG dan sebagainya dalam memberi kesedaran
Kecaknaan masyarakat terlibat dalam pencegahan
Peranan media dalam melaksanakan kempen bahaya gejala sosial
Pihak berkuasa perlu lebih tegas dalam mengenakan tindakan
(ii) Golongan lelaki wajar bertanggungjawab terhadap golongan wanita. Pada pendapat
anda, apakah tanggungjawab tersebut? Nyatakan tiga bentuk tanggungjawab itu. [3M]
tidak menindas atau mengeksploitasi golongan wanita
membimbing golongan wanita ke jalan yang benar
menjaga kehormatan seseorang wanita
(iii) Sebagai rakan yang prihatin, apakah tindakan yang akan anda ambil sekiranya rakan
perempuan di sekolah anda berperangai buruk? Nyatakan tiga tindakan tersebut. [3M]
menasihatinya agar meninggalkan perangai buruknya
memberitahu ibu bapanya supaya mereka dapat
membimbingnya dan mendoakannya agar diberikan petunjuk
(iv) Pada pendapat anda, apakah punca-punca yang mendorong sesetengah remaja
bergaul secara bebas? Berikan tiga punca. [3M]
terpengaruh oleh rakan sebaya
terpengaruh oleh media massa
suka mencuba sesuatu yang baharu
gagal membezakan yang baik dengan yang buruk
(v) Mengapakah seseorang perempuan itu dilarang berhias secara keterlaluan? Berikan
tiga pendapat anda tentang perkara tersebut. [3M]
menimbulkan tarikan kepada lelaki untuk berbuat jahat
menjatuhkan maruah sebagai seorang wanita
dilarang oleh agama
merosakkan sistem atau norma masyarakat
(vi) Dalam rangkap kesebelas syair ini, dinyatakan perlakuan antara lelaki dan
perempuan yang tidak patut dilakukan. Pada pendapat anda, apakah cara terbaik untuk
mengelakkan gejala ini daripada menular dalam kalangan anak-anak? (3M)
Pada pendapat saya, cara terbaik untuk mengelakkan gejala ini daripada menular adalah
dengan mendidik anak-anak sedari kecil tentang kesopanan diri. Selain itu, anak-anak mesti
diberitahu tentang keburukan dan akibat yang mungkin berlaku daripada perlakuan seperti itu.

17

Akhirnya, ibu bapa hendaklah sentiasa berusaha memberi perhatian dan mengawasi pergaulan
anak-anak dan mengambil sikap menegur jika berlaku gejala ini.
(vii) Jelaskan tiga kesan pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan. [3M]
pergauian bebas dilaknati oleh Tuhan / menyalahi nilai moral
mendorong kepada perlakuan zina
wanita mengandung anak luar nikah
bayi yang tidak berdosa dibuang di merata-rata tempat
Soalan berdasarkan aspek KOMSAS
(i) Nyatakan pengajaran yang terdapat dalam syair tersebut. [3M]
Pengajaran:
Seseorang wanita perlu bersederhana dalam penampilan diri
Seseorang wanita yang berada di khalayak ramai perlu bersopan santun seperti jangan
ketawa mengilai-ngilai.
Golongan wanita sepatutnya tidak keterlaluan dalam menghiaskan diri.
Golongan wanita seharusnya bersyukur atas kejadian Tuhan terhadap dirinya.
- Golongan wanita perlu bersikap jujur dan tidak seharusnya berniat untuk tidak
memperdayakan orang lain.
Golongan wanita tidak harus berkawan dengan orang yang rendah akhlaknya.
Setiap wanita hendaklah menjaga perilaku mereka.
- Kita haruslah sentiasa berdoa kepada Tuhan supaya dilindungi daripada pengaruh negatif.
Setiap wanita mestilah bertindak dan berfikir secara rasional dengan menjauhkan diri
daripada amalan berjudi.
Setiap orang hendaklah mentaati ketetapan agama.
(Pilih 3 pengajaran sahaja)
(ii) Berikan dua persoalan yang terdapat dalam Syair Siti Sianah. [2M]
Persoalan yang terdapat dalam Syair Siti Sianah ialah persoalan sikap wanita yang suka
berhias hingga melanggar hukum syarak. Selain itu, terdapat juga persoalan ketaaatan
kepada Allah.
(iii) Jelaskan empat bentuk syair tersebut. [4M]
terdiri daripada sebelas rangkap
setiap rangkap terdiri daripada empat baris
mempunyai tiga hingga lima patah kata dalam setiap baris
rima akhirnya aaaa
(iv) Bincangkan tiga latar masyarakat yang terdapat dalam syair di atas.
masyarakat yang terlalu mementingkan kecantikan diri : Terdapat wanita yang gemar
bersolek, memasang badan dengan pakaian yang cantik, dan kerjanya hanya menghadap
cermin untuk menghias wajah begitu lama.
- masyarakat gila judi : Tabiat berjudi juga lekat kepada segelintir wanita sehinggakan
mereka sanggup menggadaikan harta kerana kegilaan itu.
masyarakat yang lalai akan perintah Allah dan ajaran agama - Mereka telah dilalaikan oleh
syaitan daripada mendirikan solat atau daripada mengerjakan ibadat lain.
(v)
kita

Huraikan dua nilai kemanusiaan yang terdapat dalam syair tersebut. [4M]
memelihara maruah diri : tidak melakukan perkara yang tidak bermoral
kesyukuran : berterima kasih kepada Tuhan atas apa-apa yang telah dikurniakan kepada
18

(vi)
Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam syair tersebut. [4M]
Sikap wanita yang suka berhias : Segelintir wanita berlebih-lebihan ketika berdandan
seperti mencukur bulu roma di muka dan membentuk kening.
Wanita yang tidak sopan dan ingin menarik perhatian lelaki : Ada wanita yang sengaja
cuba memancing perhatian lelaki dengan gelak ketawa yang berlebih-lebihan.
Golongan wanita yang sangat menitikberatkan kecantikan : Terdapat wanita yang gemar
bersolek, memasang badan dengan pakaian yang cantik, dan kerjanya hanya menghadap
cermin untuk menghias wajah begitu lama.
Memohon perlindungan daripada Tuhan : Kaum wanita hendaklah berdoa supaya tidak
terjebak ke dalam kancah sampah masyarakat atau tidak berguna.

REVISI KOMSAS SPM 2015 - SIRI 14


PANTUN EMPAT KERAT (JENAKA DAN SINDlRAN)
Apa guna berkain batik,
Kalau tidak memakai capal;
Apalah guna beristeri cantik,
Kalau tak pandai menumbuk sambal.
Darl Kelang lalu ke Jawa,
Naik sigai ke atas atap;
Ikan kering lagi ketawa,
Mendengar tupai membaca kitab.
Ambil segulung rotan saga,
Suruh diambil marl diurut;
Duduk termenung harimau tua,
Melihat kambing mencabut janggut.
Kupu-kupu terbang melintang,
Hinggap menghisap bunga layu;
Hati di dalam menaruh bimbang,
Melihat ikan memanjat kayu.
Lebat sungguh padi di paya,
Kayu tumbang tepi pangkalan;
Hairan sekali hati saya,
Burung terbang disambar ikan.
Soalan berdasarkan petikan
(i) Nyatakan dua perkara ganjil yang terdapat dalam pantun ini. [2M]
Dua perkara ganjil:
- Ikan kering lagi ketawa
- Tupal membaca kitab
- Duduk termenung harimau tua
- Kambing mencabut janggut
- Ikan memanjat kayu
- Burung terbang disambar ikan
(ii) Berikan maksud rangkap pertama pantun di atas. [2M]

19

- Maksud: seseorang yang berwajah rupawan/jelita sahaja tidak memadai jika tidak pandai
memasak

Soalan berdasarkan pendapat (KBAT)


(i) Pada pendapat anda, apakah kesan jika seseorang itu memilih isteri berdasarkan
kecantikan semata-mata? [3M]
Pendapat:
kebahaglaan rumahtangga tldak kekal lama
urusan rumahtangga akan terabai
asuhan anak-anak tidak sempurna
suami diabaikan kerana asyik menjaga kecantikan sahaja

Soalan berdasarkan aspek komsas


(i) Jelaskan dua nilai yang terdapat dalam pantun ini.
Nilai:
Kerajinan : Isteri yang rajin menguruskan rumah tangga lebih sempurna daripada isteri
yang asyik menjaga kecantikan sahaja.
Kebijaksanaan : Kebijaksanaan penting dalam menilai sesuatu perkara yang aneh
berlaku di sekelilingnya.
Nasihat-menasihati : Golongan wanita dinasihatkan supaya pandai memasak.
Merendah diri : Orang yang tidak mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam
sesuatu bidang dinasihatkan supaya merujuk kepada orang yang lebih arif.
- Bertanggungjawab : Seseorang isteri bertanggungjawab menguruskan rumah tangga
dengan baik.
Kegigihan : Orang bawahan gigih berusaha untuk mencapai matlamatnya.
- Rasional : Seseorang yang tidak rasional dalam melakukan sesuatu perkara akan
ditertawakan oleh orang lain.
(ii) Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam pantun ini? [4M]
Persoalan:
Kepentingan membuat kerja-kerja dapur bagi kaum wanita - Isteri yang cantik
dianggap tidak sempurna jika dia tidak tahu membuat kerja-kerja di dapur
- Manusia memang lazim berhadapan dengan peristiwa luar biasa - Sesuatu pekerjaan yang
dilakukan oleh orang yang bukan ahlinya akan mendapat cemuhan serta ditertawakan orang
sahaja
Kuasa manusia tidak kekal selama-lamanya - Orang gagah dan kuat akan kehilangan
kuasanya juga
- Kebimbangan terhadap keupayaan orang lain - Orang atasan berasa bimbang akan
keupayaan orang bawahannya
Keupayaan orang lemah melakukan perkara yang mengagumkan - Perkara pelik apabila
orang bawahan berupaya menjatuhkan orang atasan untuk mendapatkan kuasa
(iii) Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam pantun ini? [4M]
Pengajaran:
Kaum wanita hendaklah menguasai pelbagai ilmu dalam
menguruskan rumahtangga : Isteri yang cantik dianggap tidak sempurna jika dia tidak tahu
membuat kerja-kerja di dapur
- Kita hendaklah mempunyai ilmu dan kemahiran dalam sesuatu bidang jika ingin
menunjukkan kepandaian agar tidak mendapat malu / dipandang rendah : Sesuatu pekerjaan
yang dilakukan oleh orang yang bukan ahlinya akan mendapat cemuhan serta ditertawakan
orang sahaja
20

- Kita hendaklah menjauhi sikap suka memandang rendah terhadap orang yang lemah
kerana mungkin suatu hari mereka akan mengatasi kita : Orang atasan berasa bimbang akan
keupayaan orang bawahannya
- Kita hendaklah menghormati pihak lain walaupun mereka golongan rendah/
golongan bawahan : Perkara pelik apabila orang bawahan berupaya menjatuhkan
orang atasan untuk mendapatkan kuasa

PANTUN EMPAT KERAT (BUDI)


Terang bulan terang dipaya,
Anak kambing memakan rumput;
Jika tak kenang kepada saya,
Nama yang baik tidak disebut.
Anak merak mati tersangkut,
Mati dipanah Seri Rama;
Resam di dunia juga disebut,
Orang yang mati meninggalkan nama.
Anak itik terenang-renang,
Air pasang tenang-tenangan;
Budi sedikit bila kan hilang,
Itu menjadi kenang-kenangan.
Anak ikan berlima-lima,
mati ditimpa punggur berdaun;
Kasih tuan saya terima,
Sebagai hutang seribu tahun.
Soalan berdasarkan maksud:
(i) Nyatakan maksud rangkap kedua dalam pantun di atas? [2M]
Maksud rangkap kedua dalam pantun di atas ialah mengikut adat di dunia mereka yang
berbudi akan sentiasa di kenang walaupun telah meninggal dunia
(ii) Berikan maksud nama yang baik tidak tersebut. [2M]
Maksud: Seseorang yang melakukan kebaikan/kebajikan tidak akan dilupakan/akan
dikenang/disebut-sebut/diingati
(iii) Berikan maksud resam di dunia. [2m]
Maksud resam di dunia ialah adat kehidupan.

Soalan berdasarkan petikan


(i)

Nyatakan dua kelebihan orang yang berbudi dalam pantun di atas. [2M]
Dua kelebihan:
* Namanya disebut-sebut/dikenang
* Meninggalkan nama yang baik setelah meninggal dunia
* Namanya disanjung walaupun budinya sedikit
* Orang yang makan budi akan terasa seperti berhutang sepanjang hidup
21

(ii) Nyatakan tiga kepentingan budi yang baik terhadap seseorang. [3M]
Kepentingan budi yang baik:
* menjadi kenangan orang lain
* disebut hingga ke mati
* dianggap sebagai hutang oleh si penerima budi
*****************************************************************************
Soalan berdasarkan pendapat
(i) Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat kini sukar menabur budi
dengan
ikhlas? Berikan 3 sebab. [3M]
Pada pendapat saya, masyarakat kini sukar menabur budi dengan ikhlas adalah kerana ada
segelintir daripada mereka bersifat materialistik, iaitu mereka mengharapkan ganjaran setelah
menabur budi. Selain itu, ada juga antara masyarakat kini yang tidak mempunyai pegangan
agama yang kukuh sehingga hilang nilai keikhlasan hati. Sebab lain ialah ada ibu bapa yang
tidak menerapkan nilai-nilai keikhlasan hati dalam diri anak sejak kecil lantaran kesibukan kerja
menyebabkan masyarakat kini sukar menabur budi dengan ikhlas.
(ii) Pada pendapat anda, apakah kebaikan berbudi akan sentiasa disanjung
tinggi? [3M]
Pendapat:
* Dipandang mulia dalam budaya masyarakat Malaysia
* Dapat membantu menyelesaikan pelbagai masalah
* Mendapat pahala
* Mengeratkan hubungan sesama manusia
* Disukai orang lain
(iii) Pada pendapat anda, apakah bentuk sumbangan yang dapat kita
hulurkan
kepada masyarakat? [3M]
Pendapat:
* Tidak mengganggu ketenteraman orang lain / masyarakat sekitar
* Sentisa memberikan kerjasama dalam kerja-kerja amal di kawasan tempat tinggal
* Menghulurkan bantuan sama ada tenaga atau material kepada mangsamangsa
musibah / bencana alam
* Mencurahkan ilmu kepada masyarakat sekitar
* Menderma
* Menyumbangkan tenaga / menjadi jurulatih dalam kegiatan sukan
(iv) Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat sekarang tidak mementingkan amalan
berbudi? [3M]
Pendapat:
* Mereka mampu menyediakan semua keperluan untuk diri dan keluarga
* Mereka mendapatkan pertolongan daaripada sesuatu pihak dengan cara membayar
upah
* Mereka lebih memikirkankan status / taraf untuk memohon pertolongan / budi daripada orang
lain
* Mereka lebih bersikap keakuan / mementingkan diri sendiri
(v) Jelaskan dua cara anda membalas budi baik seseorang. [4M]
Salah satu cara saya membalas budi baik seseorang ialah saya akan mengucapkan terima
kasih supaya dia berasa dihargai. Selain itu, saya akan berdoa agar orang berkenaan
dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
22

Soalan berdasarkan aspek komsas


(i) Nyatakan persoalan berdasarkan pantun di atas. [4M]
Persoalan berdasarkan pantun:
* Persoalan orang yang berbudi akan sentiasa dikenang
* Persoalan mereka yang berbudi akan meninggalkan nama walaupun telah meninggal dunia
* Persoalan budi yang ditabur tetap menjadi kenangan walaupun sedikit
* Persoalan budi yang ditabur tidak terbalas walaupun seribu tahun
(Tidak perlu dihuraikan kerana kata kunci soalan Nyatakan. Bilangan isi berdasarkan markah)
(ii) Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam pantun ini. [4M]
Pengajaran:
* Kita haruslah mengenang budi kepada orang yang berbudi kepada kita. Nama orang yang
berbuat baik akan disebut-sebut orang.
* Kita haruslah senantiasa berbuat baik supaya dapat meninggalkan nama baik. Sudah
menjadi lumrah kehidupan di dunia, orang yang berbuat baik akan meninggalkan nama baik
selepas meninggal dunia.
* Kita hendaklah mengenang budi orang yang menabur budi kepada kita walaupun budi yang
ditaburkan itu sedikit. Walaupun budi yang ditabur hanya sedikit namun tetap akan dikenang.
* Kita wajar berbudi untuk membentuk masyarakat yang berkasih sayang. Berbudi dapat
menerapkan kasih sayang yang berpanjangan.
(iii) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam pantun ini. [4M]
Persoalan:
* Kelebihan berbuat baik kepada seseorang - Nama orang yang berbuat baik akan disebutsebut orang walaupun sudah meninggal dunia.
* Budi yang sedikit tetap dikenang - Walaupun budi yang ditabur hanya sedikit namun tetap
akan dikenang
* Budi sangat berharga dalam masyarakat - Berbudi dapat melahirkan masyarakat yang
penyayang
(iv) Huraikan dua nilai murni yang terdapat dalam pantun ini. [4M]
Nilai-nilai murni:
* Baik hati Seseorang yang baik hati akan sudi menghulurkan pertolongan terutama kepada
orang yang memerlukannya.
* Keikhlasan Seseorang yang membantu / memberi pertolongan tanpa memikirkan balasan.
* Mengenang budi Seseorang yang sentiasa mengingati budi yang ditaburkan dan
cubamembalasnya.

Fokus KOMSAS-PROSA KLASIK SPM 2015

HIKAYAT SIAK
PETIKAN 1
Dan sampailah di Kuala Johor. Maka orang Johor pun gegerlah, mengatakan, Tuan kita sudah
datang! Dan mana suku Laksamana, semuanya datang, menghadap baginda. Maka kata orang
Johor, Jikalau betul asal tuan kami, minta tawarkan air yang masin. Dan titah baginda,

23

Baiklah. Dan lalu diambil rotan, dilingkar, dimasukkan ke dalam air. Maka baginda beryangyang, Jikalau betul asal dari raja Johor, hendaklah Allah Taala tawarkan air yang masin,
menjadi tawarlah. Lalu dimasukkan ke dalam lingkaran rotan itu. Maka segera diambilnya air
itu. Dan, masing-masing minum air itu, sangat tawarnya, lagi sejuk rasanya. Maka segala orang
Johor pun bersoraklah, Ialah, tuanku patik, Tuanku Yang Maha Mulia ini! Dan banyaklah yang
mengikut baginda. Dan baginda pun bertitah kepada segala rakyat, Hendaklah kamu
mengatakan daulat.
Maka baginda pun masuk ke Negeri Johor. Maka dibedil orang dari kubu Johor. Maka segala
meriam pun keluar air kepada mulut meriam. Satu pun tiada berbunyi. Maka baginda pun
mudik, didayungkan oleh segala rakyat, sambil bertimang, berakung, lalu ke Pangkalan Rama,
di jambatan dalam. Maka baginda pun melompat naik ke atas jambatan. Baginda memegang
pedang kerajaan yang bernama Sepurejab, telah terhunus dari sarungnya.
(i)
Berikan maksud beryang-yang. [2M]
Maksud membaca mantera / memuja sesuatu
(ii)
Cara:
-

Nyatakan cara baginda menukarkan air masin menjadi tawar. [3M]


mengambil rotan, dilingkar
baginda beryang-yang
dimasukkan lingkaran rotan ke dalam air

(iii) Pada pendapat anda, apakah bukti rakyat menunjukkan taat setia kepada
pemerintah? [3M]
Bukti:
sentiasa mematuhi arahan / perintah
menjaga keamanan negara
bekerja keras memajukan negara
menghormati pemerintah
mematuhi peraturan dan undang-undang
PETIKAN 2
Hatta, pada waktu itu Raja Bugis pun datang ke Mengkalis, Daeng Parani, dan Daeng Celak,
dan Raja Tuha. Lalu ia mendapatkan baginda, kerana sudah berkenalan dengan baginda,
tatkala di Bangkah Kota; baginda duduk dengan Sultan Palembang. Dan serta bertemu dengan
baginda, lalu berbicara, hendak melanggar Johor. Daeng Parani pun meminta perjanjian, jikalau
dapat Johor, baginda menjadi Yang Dipertuan Besar; Daeng Parani menjadi Yang Dipertuan
Muda. Sudah putus muafakat , dan Daeng Parani minta hendak pergi ke Langat, dan
mengambil segala Bugis yang ada di sana. Dan barang bila esok, hendak pergi menyuruh
membawa surat ke Johor kepada Yang Dipertuan Johor mengatakan, paduka anakanda hendak
menuntut kematian Marhum Mangkat Dijulang. Dan jikalau kota yang buruk, suruh baiki kota;
yang parit tohor, suruh dalamkan.
Dan serta sampai surat itu ke Johor, maka Yang Dipertuan Johor pun mengampungkan segala
orang besar-besar, muafakat, menyuruh membaiki kota, parit. Dan sudah masyhur khabar itu,
mengatakan anak Marhum Mangkat Dijulang sudah keluarlah; segala rakyat pun datang,
dibawa oleh Raja Negara Selat. Dan serta sampai, bertemu dengan Yang Dipertuan di
Mengkalis, mengatakan tuan dari Johor. Dan segala Minangkabau mengatakan tuan dia, datang
dari Minangkabau.
Hatta, lalu berkelahi. Maka titah baginda, Janganlah engkau berkelahi, sama-sama bekerjalah.
Dan baginda pun menyiapkan perahu, kecil besar. Setelah sudah, sampailah ketika yang

24

sempurna, maka baginda pun berangkat ke Johor. Dan segala rakyat Selat, dan segala yang di
lahut, semuanya mengiringkan baginda.
(i)
Berikan maksud mengampungkan segala orang besar-besar. [2M]
Maksud mengumpulkan semua pegawai
(ii)
Apakah perjanjian yang dibuat antara baginda dengan Daeng Parani? [2M]
Perjanjian :
Jika Johor berjaya ditawan, baginda menjadi Yang Dipertuan Besar dan Daeng Parani menjadi
Yang Dipertuan Muda
(iii) Berikan kebaikan bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan? [4M]
Sebab:
kerja yang susah akan menjadi mudah
kerja dapat disempurnakan dalam masa yang singkat
dapat mengeratkan tali silaturahim
memupuk semangat bertolak ansur
menjamin keharmonian
wujud masyarakat yang bersatu padu
hasil yang diperoleh dapat dinikmati bersama-sama
dapat berkongsi idea
PETIKAN 3
Syahadan, akan Yamtuan Muda pun mengamuk. Anak bininya habislah mati dibunuhnya.
Tinggal seorang anaknya, perempuan. Niat hatinya, sudah habis mati anak bininya, hendak
mengamuk ke dalam kota. Serta sudah ia membunuh anak isterinya, datanglah takut hatinya,
lalu ia terjun, lari ke hutan kayu onak. Ia bersembunyi. Akan Yang Dipertuan Besar, Tiada aku
mahu lari, kerana besar sangat dosaku membunuh ayahanda baginda. Dan baiklah aku
serahkan nyawaku, mana dengan perintah Yang Dipertuan. Maka ia pun datang, dengan tiada
berbulang dan tiada berkeris, persembahkan nyawa. Maka titah baginda kepada hulubalang
baginda, Tiada patut, orang sudah menyerahkan nyawanya kepada kita, tiada patut kita
bunuh. Dan tiada dibunuh baginda.
Maka orang pun datang membawa khabar, mengatakan Yamtuan Muda sudah membunuh anak
isterinya. Maka titah baginda kepada Bendahara, Akan sekarang bagaimana bicara ayah,
mahukah mengikut bicara sahaya? Maka sembah Bendahara, Mana titah patik junjung. Titah
Raja Kecil, Dan kepada fikir sahaya, ayah hendak sahaya jadikan ayah kembali, jadi
Bendahara. Akan Yamtuan Muda, disuruh bunuh oleh Bendahara, sebab derhaka membunuh
anak isterinya, tiada dengan izin baginda. Dan akan bonda baginda, Encik Apung, kembali ke
rahmatullah taala, tiada sempat berpandangan dengan baginda.
(i) Berikan maksud kembali ke rahmatullah taala. [2M]
Maksud meninggal dunia
(ii) Mengapa baginda tidak membunuh Yang Dipertuan Besar? [3M]
Sebab
- Yang Dipertuan Besar telah sedar akan dosanya membunuh ayahanda baginda
- Yang Dipertuan Besar telah datang menyerahkan nyawanya
- Yang Dipertuan Besar datang tiada berbulang dan tiada berkeris
- Yang Dipertuan Besar akan menurut perintah baginda
25

(iii) Pada pendapat anda, apakah kebaikan pemerintah bersikap adil terhadap
rakyatnya? [3M]
Kebaikan
- supaya rakyat berpuas hati
- supaya rakyat percaya akan kewibawaan ketua
- menjalin hubungan erat antara pemimpin dengan rakyat
- rakyat akan menyanjungi pemerintah

Fokus KOMSAS-PROSA KLASIK SPM 2015 SIRI 12B


HIKAYAT KHOJA MAIMUN
PETIKAN 10
Maka kata Bayan, Hai perempuan, sungguhkah engkau hendak balik kepada suamimu?
Setelah didengar oleh perempuan itu bunyi suara demikian itu, maka pada hatinya perempuan
itu suara dari dalam kubur inilah. Maka kata perempuan itu, Ya Tuhanku hambamu hendak
kembali kepada suami hambamu kerana sangat hambamu dahaga, ya Tuhanku! Maka kata
bayan itu, Bahawa pekerjaanmu berbuat khianat itu akan suamimu itu hendaklah segera
engkau bertaubat, maka bertaubatlah engkau ke mari. Maka kata perempuan itu, Demi Allah
bahawasanya sudahlah hambamu kerjakan seperti kata tuan hamba itu. Maka kata Bayan itu,
Cukurlah rambutmu dahulu dan bulu keningmu sekali, maka aku mahu memulangkan engkau
dengan suamimu, Maka dikerjakan oeh perempuan itu seperti kata bayan itu.
Setelah sudah maka ia pun pulanglah kepada makam itu. Maka Bayan itu pun menunjukkan
dirinya kepada perempuan itu seraya katanya, Bedebah yang tiada berbudi engkau! Inilah
orang yang kena murka kerana tiada malu. Sungguhpun ia Syeikh dan wali masakan ia berkatakata dari kuburnya, melain akulah yang berkata kerana ingin membalas pekerjaanmu dahulu
itu.
i.

Apakah maksud membalas pekerjaanmu? [2M]


melunas / melangsaikan perbuatan tersebut

ii. Nyatakan tiga syarat yang dikemukakan Bayan kepada perempuan itu untuk dia
kembali semula kepada suaminya? [3M]

bertaubat atas perbuatan khianat terhadap suami

mencukur rambut

mencukur kening
iii. Sekiranya anda ialah perempuan itu, adakah anda akan menerima syarat yang
dikemukakan oleh Bayan tersebut? Berikan tiga alasan anda. [3M]
Terima kerana:

rasa berdosa kepada suami

ingin kembali hidup bersama-sama dengan suami

hukuman yang diberikan tidak berat dan setimpal


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------PETIKAN 11
Setelah Bayan itu mendengar kata Khoja Maimun, maka katanya , Hai Khoja Maimun,
sungguhlah hamba ini sekepal, tetapi hati hamba di mana tuan tahu? Akan sekalian alam ini di
bawah tilik hamba dan hamba ini bukannya seperti unggas yang lain; tetapi bukan hamba ini
daripada unggas syurga dan daripada bangsa malaikat, dan bukan hamba daripada jin, tetapi 26

hamba Allah Taala, senantiasa memuji-muji Allah Azzawajalla; dan akan hati hamba ini, yang
akan datang sepuluh hari sudah hamba ketahui sebarang halnya. Adapun akan sekarang ini
tiga hari lagi datanglah kafilah dari negeri Babil hendak membeli dagangan yang bernama
sanbal. Jikalau tuan hamba hendak membeli hamba, bertangguhlah dahulu kepada orang yang
menjual hamba ini, dan tuan hamba kampungkanlah sanbal dalam negeri ini; apabila datang
kafilah itu, tuan hamba juallah; insyaAllah daripada laba sanbal itulah tuan hamba beli hamba.
Setelah Khoja Maimun mendengar kata Bayan itu, terlalulah sangat sukacitanya seraya katanya
kepada orang itu, Tuan hamba berikanlah hamba burung ini, darihal harganya hamba minta
bertangguh dahulu.
i.

Apakah maksud darihal harganya hamba minta bertangguh dahulu? [2M]


mengenai nilai barang, saya mahu beritahu kemudian

ii. Bayan menceritakan keistimewaan Bayan kepada Khoja Maimun agar Khoja Maimun
membelinya. Nyatakan tiga keistimewaan Bayan seperti yang dijelaskan Bayan kepada
Khoja Maimun. [3M]

seluruh alam di bawah pandangannya

seekor burung yang taat kepada Allah dengan sentiasa memuji akan kebesaran Allah

Bayan dapat mengetahui kejadian sepuluh hari mendatang


iii. Bayan sengaja menceritakan kehebatannya kepada Khoja Maimun. Pada pandangan
anda, mengapakah seseorang sanggup menceritakan kebolehannya kepada orang lain?
Berikan tiga sebab hal tersebut boleh terjadi. [3M]
Sesetengah orang sanggup menceritakan kebolehan diri sendiri untuk meyakinkan orang
lain akan kehebatannya, dengan harapan diberi tanggungjawab, jawatan atau pangkat yang
sesuai
Selain itu, untuk menutup kelemahan yang dimiliki agar tidak disisihkan daripada kumpulan

untuk menarik perhatian kumpulan agar sikap dan kata-katanya sentiasa dipercayai.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------PETIKAN 12
Setelah sudah maka anak raja itu pun menyimpang ke rumah seorang perempuan. Setelah
sampai anak raja itu pun berkata kepada perempuan itu, Hai ibuku, pergilah sampaikan kepada
perempuan itu, katakan aku suruh kepada orang itu, katakan aku berkehendakkan dia dengan
barang-barang tipu daya ibu akan meluluskan maksud aku ini! Setelah didengar oleh orang tua
itu segeralah ia pergi kepada isterinya Khoja Maimun itu. Setelah ia sampai, maka segala pesan
anak raja itu pun habis sekaliannya dikatakannya oleh perempuan tua itu, serta dengan manis
mulutnya berkata-kata, berapa peluk cumbu-cumbuan akan yang memberi berahi dikatakannya.
Setelah isteri Khoja Maimun mendengar kata orang tua itu, maka hatinya pun terikatlah akan
anak raja itu dan api yang berahi itu pun nyalalah di dalam dadanya itu. Maka Bibi Zainab pun
berkehendaklah akan anak raja itu seraya katanya, Hai ibuku, baiklah katakan kepada anak
raja itu hamba punya sembah maka ampun banyak-banyak pada anak raja itu! Sekarang
malam hamba mendapatkan anak raja itu, tetapi jangan ibuku katakan seorang jua pun rahsia
ini. Bukan sebarang ini, mati sahaya, anak raja tiada akan mati, sahaya juga yang mati!
Setelah orang tua itu mendengar kata isteri Khoja Maimun demikian itu , maka ia pun segeralah
kembali serta menyampaikan segala pesan Bibi Zainab kepada anak raja itu.
Sebermula maka tersebutlah perkataan isteri Khoja Maimun. Setelah hari malam, maka ia pun
memakai pakaian yang amat indah-indah dan memakai bau-bauan yang amat harum baunya,
hendak pergi mendapatkan anak raja itu. Setelah sudah maka ia pun keluar hendak berjalan.

27

i. Apakah maksud hatinya pun terikatlah akan anak raja itu? [2M]

Bibi Zainab terpikat kepada putera tersebut


ii. Nyatakan pesanan Bibi Zainab kepada anak raja. [3M]
Bibi Zainab memohon ampun kepada anak raja. Dia berpesan bahawa dia akan menemui
anak raja itu pada waktu malamnya.
iii. Pada pendapat anda, wajarkah Bibi Zainab menemui anak raja itu?
Berikan tiga alasan anda. [3M]

Tidak wajar kerana:


* tindakan itu akan mendorongnya melakukan perbuatan sumbang dan terkutuk apatah lagi dia
telah lama ditinggalkan oleh suaminya
* Pada masa itu anak raja pula memang mempunyai niat tidak baik terhadap Bibi Zainab yang
mempunyai kecantikan yang tiada tolok bandingnya di negeri itu.
* Selain itu, sebagai isteri, Bibi Zainab harus sedar bahawa tindakannya menemui anak raja itu
ketika suaminya tiada di rumah akan menjatuhkan maruah dirinya dan nama baik suaminya.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------PETIKAN 13
Setelah didengar oleh saudagar titah raja itu, maka sembah saudagar itu, Ya tuanku, di
manakah tuanku tahukan isteri hambamu? Maka dikhabarkan oleh raja segala perihal
ehwalnya itu, habis dikatakan kepada saudagar itu. Setelah sudah berkata-kata, maka
saudagar pun bermohonlah kepada raja itu hendak kembali ke negerinya kerana musim pun
sudah sampai. Maka ia pun memberi anugerah saudagar itu, dipersalinnya dengan pakaian
yang mulia-mulia. Setelah sudah, saudagar itu menjunjung duli yang mulia-mulia. Setelah
sudah, saudagar itu menjunjung duli lalu berjalan ke negerinya. Setelah sampai kepada
isterinya kasih saudagar pun makin sangat bertambah-tambah kepada isterinya.
Maka kata Bayan, Demikianlah hikayat orang yang bijaksana, hartanya pun banyak
diperolehnya dan nama yang jahat pun dilepaslah. Bermula nama yang baik juga diperolehnya,
disebut orang dari dunia datang ke akhirat. Akan sekarang baiklah tuan hamba pergi kerana
anak raja itu menanti tuan. Maka isteri Khoja Maimun pun turunlah berjalan baru tiga langkah,
maka hari pun siang, lalu balik ke rumahnya duduk dengan percintaannya serta berahinya akan
anak raja itu.
i. Apakah maksud rangkai kata segala perihal ehwalnya? [2M]

semua yang berkaitan dengan kejadian yang berlaku


ii. Apakah kisah orang yang bijaksana yang terdapat dalam petikan? [3M]

kisah orang yang bijaksana adalah tentang harta banyak yang diperolehnya

dapat menghilangkan nama yang buruk

nama yang baik juga diperoleh yang akan disebut orang dari dunia hingga ke akhirat
iii. Isteri Khoja Maimun masih gagal menemui putera raja. Pada pendapat
anda, mengapakah seorang isteri perlu menjaga maruah diri? [3M]

untuk menimbulkan kepercayaan dan penghormatan orang ramai terhadapnya

untuk menjaga nama, maruah suami dan keluarganya

untuk menjamin keharmonian pasangan suami isteri


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------PETIKAN 14
28

Setelah isterinya mendengar kata suaminya itu, maka perempuan itu pun tersenyum seraya
katanya, Patutlah maka tuan hamba tiada mahu belayar mencari makan. Tidakkah tuan
mendengar suatu hikayat? Maka kata suaminya, Betapakah hikayat itu, ceterakan olehmu
supaya aku dengar. Maka kata isterinya, Ada seorang laki-laki berbagai-bagai ia diperbuat
oleh isterinya tiada juga ia marah, dan perempuan itu pun hairanlah melihatkan hal suaminya
itu.
Syahadan adalah pada suatu hari maka fikirlah perempuan itu, Bahawa banyak benci juga
rupanya suami aku ini akan aku, maka demikian ini lakunya, tetapi baik juga aku cuba juga
dahului. Setelah sudah ia berfikir itu maka dipanggilnya seorang perempuan, daripada
kejahatannya, maka diberinya memakai cara laki-laki, lalu dibawanya naik ke rumahnya, lalu di
hadapan suaminya, itu pun tiada juga ia berkata-kata akan isterinya. Maka perempuan itu pun
berkata kepada suaminya, Apa juga mulanya maka tuan hamba tiada menaruh cemburuan
akan hamba? Berbagai-bagai laku hamba tiada juga tuan hamba gusarkan hamba. Maka kata
suaminya, Sebab pun aku tiada menaruh cemburuan itu, oleh sebab aku sudah melihat orang
cemburuan diperduakan oleh isterinya dan berapa laki-laki diperdayakannya berbagai-bagai
pulak oleh isterinya itu. Maka sahut isterinya, Apakah penglihatan tuan hamba itu? Maka kata
suaminya, Adalah seorang laki-laki dapat ia menjadikan dirinya gajah, tetapi akan laki-laki itu
amat cemburuannya. Apabila ia hendak berjalan maka dijadikan dirinya gajah hikmat,
diadakannya suatu baluhan di atas belakangnya, dibawanya berjalan ke sana sini akan isterinya
itu, daripada ia tiada percaya dan sangat cemburuan, takut akan isterinya bermukah.
i. Apakah maksud rangkai kata tiada juga tuan hamba gusarkan hamba? [2M]

mengapakah tuan tidak memarahi saya


ii. Berdasarkan petikan di atas, mengapakah si isteri bercerita? [3M]

mengurangkan sikap cemburu buta suaminya

menggalakkan suaminya belayar untuk mencari rezeki yang halal


meyakinkan suaminya bahawa dia tidak akan curang sewaktu suaminya tiada di rumahnya
iii. Nyatakan kepentingan-kepentingan memelihara institusi keluarga dalam
sesebuah masyarakat. [3M]

dapat mengekalkan budaya hidup berkeluarga

dapat membentuk akhlak dan sahsiah anak-anak

dapat melahirkan anak-anak yang berjaya dalam pelajaran


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------PETIKAN 14 A
Hai Raja, kepada hati raja hamba ini seperti perempuan yang lain itukah? Maka raja tiada tahu
malu dan sopan kepada segala manusia dan tidak takut akan azab Allah Taala. Jikalau hamba
mengerjakan pekerjaan yang demikian itu dan lagi tiada diperkenankan oleh Allah sebagai lagi
tiada pada segala makhluk, muka yang mana hamba hendak pandangkan kepada orang, dan
apalah jawab tatkala di Padang Masyar di hadapan penghulu hamba Yang Maha Mulia itu.
Bahawa sesungguhnya pekerjaan itu akan masyhur juga akhirnya dan lagi apabila didengar
oleh suami hamba, nescaya matilah hamba dibunuhnya. Syahadan lagi jikalau perempuan yang
tiada berbudi lagi hina zahil akalnya itu redalah ia dapat malu dianya, tiada takut azab Allah
Taala di dalam neraka jahanam lima ratus ribu tahun lamanya itu, tiada ia takut asalkan ia
dapat. Demikianlah hamba dengar perihal orang yang menduakan suaminya itu. Adapun raja
jikalau hamba hendak berbuat khianat atas hamba raja dapat hamba perikan dia itu.
Setelah didengar oleh raja kata isteri saudagar itu, maka raja pun tersenyum lalu bertitah Hai
ibuku, bahawa sesungguhnya telah taubatlah hamba daripada pekerjaan yang jahat ini! Maka

29

emas yang dibawanya itu pun habislah diberi raja kepada isteri saudagar itu.
i. Berikan maksud pekerjaan itu akan masyhur. [2M]

perbuatan itu tersebar


ii. Mengapakah isteri saudagar tidak mahu melakukan perbuatan menduakan
suami? Nyatakan tiga sebab berdasarkan petikan di atas. [3M]

dia tidak mahu menanggung malu

dia takut dibunuh oleh suaminya

dia takut akan soal jawab di padang mahsyar

dia takut dimasukkan ke dalam neraka selama lima ratus ribu tahun
iii. Pada pandangan anda, apakah langkah-langkah yang dapat dilakukan untuk
mengelakkan dugaan seperti yang dihadapi oleh isteri saudagar? Kemukakan tiga
langkah yang sesuai. [3M]

banyakkan berdoa kepada Tuhan

tinggal sementara dengan keluarga

membataskan pergaulan dengan orang lain

banyakkan beribadat bagi meningkatkan keimanan diri


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------PETIKAN 15
Setelah dilihat oleh Bayan kelakuan Bibi Zainab membunuh Tiung itu tiada dengan semenamena, maka ia pun mendiamkan dirinya berbuat tidur. Maka isteri Khoja Maimun pun pergilah
mendapatkan Bayan itu serta dibangunkannya. Maka Bayan pun berpura-pura terkejut seraya
berkata, Apakah pekerjaan tuan hamba membangunkan hamba ini dan hendak ke mana tuan
maka datang malam-malam buta ini? Maka datang ujar Bibi Zainab, Hai Bayan, berilah aku
izin supaya aku pergi mendapatkan anak raja itu, kerana aku sangat berahi akan dia!
Betapakah bicaramu?
Setelah Bayan mendengar kata Bibi Zainab itu lalu ia pun fikir seketika di dalam hatinya.
Jikalau tiada kuturutkan kehendaknya kalau-kalau aku diperbuatnya seperti Tiung itu! Jikalau
demikian, baiklah kusuruhkan ia pergi tetapi insya-Allah Taala perempuan ini aku perlalaikan
juga akan dikau! Setelah sudah ia berfikir itu maka ujarnya, Hai Siti yang mulia yang amat elok
paras, jikalau demikian baiklah tuan segera mendapatkan anak raja itu, kerana tuan sudah
berjanji dengan dia, supaya jangan kedapatan kata kepada anak raja itu kelaknya! Tuan pun
sangat bebal oleh bertanya kepada Tiung itu daripada sebab dia pun ingin juga, bagaimanapun
adalah dengkinya juga akan tuannya, baiknya belum terlanjur fikirnya pekerjaan tuan. Jikalau
sudah, ialah esok yang memberitahu kepada tuan yang laki-laki! Adapun akan bahagian hamba
ini haraplah tuan yang kejahatan sekalipun pekerjaan tuan, insya-Allah Taala di atas hamba
membaikkan dia.
i. Berikan maksud aku perlalaikan juga akan dikau. [2M]

aku lekakan engkau


ii. Nyatakan tiga perbuatan yang menunjukkan kebijaksanaan Bayan. [3M]

berpura-pura tidur bagi mengelakkan tuannya tahu yang dia melihat kejadian Tiung dibunuh

berpura-pura memberikan keizinan

berfikir sebelum mengambil tindakan


iii. Apakah yang anda akan lakukan bagi mengelakkan rakan anda daripada
melakukan perbuatan yang salah? Kemukakan tiga pendapat anda. [3M]

30

menasihatinya dengan cara yang lemah lembut


mengajaknya mengingati dan mematuhi ajaran agama
memberitahu kesan buruk yang akan ditanggung sebagai akibat perbuatan salah itu.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------PETIKAN 16
Sebermula setelah isteri Khoja Maimun mendengar kata Tiung itu maka ia pun terlalu
marahnya, serta disentapkannya dari sangkarnya lalu dihempaskannya seraya katanya, Tak
kusangka engkau tiada menaruh kasihan rupanya sama perempuan! Maka tiung itu pun
matilah. Setelah dilihat oleh Bayan kelakuan Bibi Zainab membunuh Tiung itu tiada dengan
semena-mena, maka ia pun mendiamkan diri berbuat tidur. Maka isteri Khoja Maimun pun
pergilah mendapatkan Bayan itu serta dibangunkannya. Maka Bayan pun pura-pura terkejut
seraya berkata, Apakah pekerjaan tuan hamba membangunkan hamba ini dan hendak ke
mana tuan maka datang malam-malam buta ini? Maka datang ujar Bibi Zainab,Hai Bayan,
berilah aku izin supaya aku pergi mendapatkan anak raja itu, kerana aku sangat berahi akan
dia! Betapakah bicaramu?
Setelah dilihat oleh Bayan kelakuan Bibi Zainab membunuh Tiung itu tiada dengan semenamena, maka ia pun mendiamkan dirinya berbuat tidur. Maka isteri Khoja Maimun pun pergilah
mendapatkan Bayan itu serta dibangunkannya. Maka Bayan pun berpura-pura terkejut seraya
berkata, Apakah pekerjaan tuan hamba membangunkan hamba ini dan hendak ke mana tuan
maka datang malam-malam buta ini? Maka datang ujar Bibi Zainab,Hai Bayan, berilah aku izin
supaya aku pergi mendapatkan anak raja itu, kerana aku sangat berahi akan dia! Betapakah
bicaramu?
Setelah Bayah mendengar kata Khoja Maimun itu lalu ia pun fikir seketika di dalam hatinya.
Jikalau tiada kuturutkan kehendaknya kalau-kalau aku diperbuatnya seperti Tiung itu! Jikalau
demikian, baiklah kusuruhkan ia pergi tetapi insya-Allah Taala perempuan ini aku perlalaikan
juga akan dikau! Setelah sudah ia berfikir itu maka ujarnya, Hai Siti yang mulia yang amat elok
paras, jikalau demikian baiklah tuan segera mendapatkan anak raja itu, kerana tuan sudah
berjanji dengan dia, supaya jangan kedapatan kata kepada anak raja itu kelaknya! Tuan pun
sangat bebal oleh bertanya kepada Tiung itu daripada sebab dia pun ingin juga, bagaimanapun
adalah dengkinya juga akan tuannya, baiknya belum terlanjur fikirnya pekerjaan tuan. Jikalau
sudah, ialah esok yang memberitahu kepada tuan yang laki-laki! Adapun akan bahagian hamba
ini haraplah tuan yang kejahatan sekalipun pekerjaan tuan, insya-Allah Taala di atas hamba
membaikkan dia. Jikalau datang pun tuan yang laki-laki tiada mengapa. Baiklah tuan segera
pergi! Kalau-kalau sudah tiba anak raja itu menanti tuan daripada hamba pun sangat hendak
berbual, murkalah ia dengan tuan kelaknya. Apakah yang dicari oleh manusia di dalam dunia ini
melainkan martabat, kekayaan, harta dan kejayaan? Tiada adalah yang lebih baik kepada
martabat raja atau anak raja itu tetapi dengan ikhtiar juga. Akan hamba ini adalah seperti
hikayat cetera seekor Bayan yang dicabut bulunya oleh isteri saudagar. Demikianlah adanya!
i. Berikan maksud serta disentapkannya dari sangkarnya lalu dihempaskannya
sebagaimana terdapat dalam petikan. [1M]

ditarik dengan kuat dari kurungannya lalu dilempar dengan kuatnya


ii. Mengapakah Bayan berpura-pura tidur setelah melihat peristiwa Bibi Zainab dan
Tiung? [3M]

kerana tidak mahu menerima nasib yang sama seperti Tiung yang telah dibunuh oleh Bibi
Zainab
bayan tidak mahu Bibi Zainab mengetahui bahawa Bayan melihat peristiwa Tiung dibunuh
oleh Bibi Zainab

31

iii. Pada pendapat anda, wajarkah Bibi Zainab menemui anak raja itu? [4M]
Tidak wajar kerana:

Bibi Zainab telah bersuami dan tidak wajar seorang isteri menemui lelaki lain

tidak wajar menduakan suami kerana perbuatan itu dilarang oleh agama.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------PETIKAN 17
Maka Taif pun berkata, Hai perempuan, siapa engkau ini dan apa katamu? Maka sahut
perempuan itu, Akulah yang mengawal istana raja itu. Telah aku keluarlah, siapa dapat
kembalikan aku ke istana ini? Maka kata Taif, Apa erti katamu itu? Maka kata perempuan itu,
Bahawa Raja Tabristan ini berpalinglah daulatnya dan umurnya pun singkatlah. Maka sahut
Taif, Hai perempuan, betapakah perinya engkau kembali ke istana raja ini dan daulatnya raja
pun akan bertambah-tambah dan umurnya pun dilanjut akan Allah? Maka kata perempuan itu,
Sungguh-sungguhkah engkau hendak berbuat kebaktian akan raja itu? Jika engkau hendak
akan bertambah-tambah daulatnya raja kamu itu dan umurnya pun dilanjutkan Allah, hendaklah
engkau bunuh akan anakmu yang engkau kasihkan dengan tulus hatimu, supaya segera aku
kembali ke istana raja kamu itu! Telah Taif mendengar kata perempuan itu maka Taif pun
segeralah ditangkap tangan anaknya. Maka segera dipegangkannya oleh perempuan itu seraya
katanya, Jangan engkau bunuh anakmu itu! Bahawa sesungguhnyalah telah kembalilah aku ke
istana raja kamu, daripada tulus hati kamu dengan ikhlasnya hati kamu mengerjakan pekerjaan
tuanmu itu. Adalah Allah Taala memberi balasan atas kejujuranmu dan keikhlasanmu kerana
yang sempurna adalah Allah Taala jua. Maka raja kamu berbahagialah ia, dan daulatnya pun
bertambah-tambah dan umurnya pun dilanjutkan Allah Taala! Maka Taif pun dilepaskannya
tangan anaknya itu lalu dibawanya kembali ke rumahnya.
i. Bagaimanakah perempuan itu masuk ke dalam istana tanpa membunuh anak Taif?
[2M]

kerana Taif telah bersetuju membunuh anaknya dengan hati yang ikhlas
ii. Berdasarkan petikan di atas, siapakah perempuan yang berkata-kata itu dan apakah
keistimewaannya? [3M]

pengawal istana.

Keistimewaan perempuan itu jika dia dapat masuk ke dalam istana ialah daulat Raja
Tabristan akan bertambah dan umur Raja Tabristan bertambah lanjut
iii. Pada pendapat anda, apakah amalan yang perlu dipraktikkan dalam kehidupan
seharian? [3M]

membaca untuk menambah pengetahuan

memakan makanan yang berkhasiat dan seimbang

bersenam secara berterusan dan mengamalkan gaya hidup sihat


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------PETIKAN 18
Hatta berapa lamanya Khoja Maimun belayar itu, maka datanglah cubaan Allah Taala atas
hambanya, dengan demikian dicetera akan orang yang empunya cetera ini. Selama
peninggalan Khoja Maimun belayar itu, sebermula ada pada suatu hari maka Bibi Zainab pun
bercintalah akan suaminya. Maka ia pun pergilah duduk di tingkap mahligainya berangan-angan
serta memandang pada jalan seraya itu maka pada ketika itu terpandanglah kepada anak raja
di dalam negeri itu lalu berkuda hampir dengan mahligai isteri Khoja Maimun. Pada tatkala Bibi

32

Zainab pun memandang ke bawah, maka terpandanglah kepada muka anak raja itu,
pemandangan Bibi Zainab terlalu elok rupanya anak raja itu. Sebermula anak raja pun
memandang kepada isteri Khoja Maimun, terlalu baik parasnya sama berjumpa matanya lalu
dibawanya tersenyum oleh anak raja itu. Dengan takdir Allah Taala maka anak raja itu pun
berahilah akan Bibi Zainab itu. Adapun akan Bibi Zainab itu pun tersangkutlah hatinya akan
anak raja itu.
Setelah sudah maka anak raja itu pun menyimpang ke rumah seorang perempuan. Setelah
sampai anak raja itu pun berkata kepada perempuan itu, Hai ibuku, pergi sampaikan kepada
perempuan itu, katakan aku suruh kepada orang itu, katakan aku berkehendakkan dia dengan
barang-barang tipu daya ibu akan meluluskan maksud aku ini!
i. Apakah yang dimaksudkan dengan frasa berkehendakkan dia dengan barang-barang
tipu daya? [2M]

memerlukan Bibi Zainab dengan apa-apa juga muslihat asalkan diperoleh


ii. Nyatakan kelebihan anak raja itu sehingga Bibi Zainab terpikat kepadanya. [3M]

paras rupanya yang dipandang cantik oleh Bibi Zainab


anak raja itu mempunyai senyuman yang menawan yang dilemparkan semasa terpandang
Bibi Zainab di tingkap mahligai

anak raja itu seorang yang dianggap berani dan sungguh-sungguh menyukai Bibi Zainab
kerana mengirimkan perempuan utusan untuk menyatakan hasrat hatinya
ii. Pada pendapat anda, wajarkah Bibi Zainab jatuh cinta kepada anak raja dan
kemudian berhasrat hendak menemuinya pula? [3M]

Tidak wajar kerana:


* Bibi Zainab merupakan isteri saudagar Khoja Maimun
* sebagai seorang isteri, dia perlu taat dan setia kepada suaminya
* Bersikap curang merupakan dosa besar bagi seorang isteri

Fokus KOMSAS-PROSA KLASIK SPM 2015 SIRI 12A


HIKAYAT KHOJA MAIMUN
PETIKAN 1
Sekali peristiwa pada suatu hari Khoja Maimun berkata-kata kepada unggas kedua akan perihal
ehwal manfaat perniagaan di laut itu. Maka Khoja Maimun pun terlalu sangat berahinya hendak
pergi belayar. Maka ia pun pergilah mendapatkan isterinya seraya berkata," Hai kekasihku,
ketahuilah olehmu bahawa segala manusia ini tiada dapat berpindah juga dan tiada dicarikan
manfaatnya pun kuranglah, kerana dirham itu menanggung segala pekerjaan. Akan sekarang
hamba dengar perniagaan laut itu terlalusangat besar labanya daripada perniagaan yang di
darat ini. Akan sekarang berilah izin aku olehmu supaya aku pergi belayar." Maka sahut
isterinya," Sebenarnya benar kata tuan hamba itu, tetapi sungguhpun perniagaan itu sangat
besar labanya, dan balanya pun amat besarnya dan banyak dugaan dalam dunia ini.
Sehari berapa upahnya tuan pergi dari kerana harta dunia ini banyak yang mahal dan cemar di
dalamnya dirham itu, sayang sekali kalau orang yang tidak tebal imannya dan ia seumpama air
yang manis, makin diminum mungkin bertambah dahaga. Syahadan warnanya pun kuning
seperti muka orang durjana. Jikalau tuan hamba hendak pergi belayar, akan sebaik-baiknya
tuan hamba bawa juga hamba kerana hamba perempuan dan kita adalah seperti gusi dengan
gigi adanya. Jikalau tiada gusi, gigi pun binasalah, demikianlah adanya."
33

i.
Apakah maksud rangkai kata sangat besar labanya? [2m]
Maksud rangkai kata sangat besar labanya - Terlalu/amat/banyak untungnya
ii.

Nyatakan sebab-sebab isteri Khoja Maimun ingin suaminya membawa dia


bersama-sama dalam pelayarannya. [3m]
Sebab-sebab isteri Khoja Maimun ingin suaminya membawa dia bersama-sama dalam
pelayarannya kerana:
Kerana membawa dirinya bersama-sama ialah satu tindakan terbaik
Kerana dia seorang perempuan
dan dia mengumpamakan dirinya dengan suaminya saling memerlukan seperti
gusi dengan gigi
kerana dirinya dan suami tidak boleh berpisah, ibarat kalau tiada gusi, gigi pun
binasalah
iii. Sekiranya anda Khoja Maimun, adakah anda akan membawa isteri anda bersamasama dalam pelayaran? Nyatakan tiga alasan anda. [3m]
Ya kerana:
- Bimbang keselamatan isteri jika ditinggalkan
- Ingin isteri sama-sama mengikut pelayarannya
- Tidak sampai hati untuk menolak dengan permintaan isterinya
Tidak kerana:
- Pelayaran yang penuh bahaya, tidak sesuai membawa perempuan
- Terlalu sayang akan isteri, tidak mahu isteri menempuh bahaya dalam pelayaran.
- Isteri tidak perlu dibawa kerana tugas seorang isteri adalah menguruskan rumah tangga
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------PETIKAN 2
Setelah Bayan mendengar kata Khoja Maimun itu lalu ia pun fikir seketika di dalam hatinya.
Jikalau tiada kuturutkan kehendaknya kalau-kalau aku diperbuatnya seperti Tiung itu! Jikalau
demikian, baiklah kusuruhkan ia pergi tetapi insya-Allah Taala perempuan ini aku perlalaikan
juga akan dikau! Setelah sudah ia berfikir itu maka ujarnya, Hai Siti yang mulia yang amat elok
paras, jikalau demikian baiklah tuan segera mendapatkan anak raja itu, kerana tuan sudah
berjanji dengan dia, supaya jangan kedapatan kata kepada anak raja itu kelaknya! Tuan pun
sangat bebal oleh bertanya kepada Tiung itu daripada sebab dia pun ingin juga, bagaimanapun
adalah dengkinya juga akan tuannya, baiknya belum terlanjur fikirnya pekerjaan tuan. Jikalau
sudah, ialah esok yang memberitahu kepada tuan yang laki-laki! Adapun akan bahagian hamba
ini haraplah tuan yang kejahatan sekalipun pekerjaan tuan, insya-Allah Taala di atas hamba
membaikkan dia. Jikalau datang pun tuan yang laki-laki tiada mengapa. Baiklah tuan segera
pergi! Kalau-kalau sudah tiba anak raja itu menanti tuan daripada hamba pun sangat hendak
berbual, murkalah ia dengan tuan kelaknya. Apakah yang dicari oleh manusia di dalam dunia ini
melainkan martabat, kekayaan, harta dan kejayaan? Tiada adalah yang lebih baik kepada
martabat raja atau anak raja itu dengan tetapi dengan ikhtiar juga maka sempurna adanya.
Baiklah tuan segera pergi mendapatkan anak raja itu tetapi dengan ikhtiar juga. Akan hamba ini
adalah seperti hikayat cetera seekor Bayan yang dicabut bulunya oleh isteri saudagar. Demikian
adanya!
i. Berikan maksud rangkai kata aku perlalaikan juga akan dikau. [2M]

saya akan melekakan kamu


ii. Apakah helah yang dilakukan oleh burung Bayan agar dia tidak menerima nasib seperti
burung tiung? [3M]

menyuruh isteri Khoja Maimun segera menemui anak raja


34

berjanji akan menyimpan rahsia pertemuan isteri Khoja Maimun dengan anak raja daripada
pengetahuan Khoja Maimun
mempengaruhi isteri Khoja Maimun dengan mengumpamakan dirinya seperti kisah seekor
bayan yang dicabut bulunya oleh isteri saudagar
iii. Sekiranya seorang rakan anda terjebak dalam kegiatan maksiat, apakah tindakan anda
untuk menghalangnya daripada melakukan perbuatan tersebut? [3M]

menasihatinya supaya tidak melakukan kesalahan tersebut lagi

mengajaknya untuk melakukan perkara lain yang berfaedah


membawanya bertemu dengan guru atau kaunselor untuk memberikan nasihat kepadanya

memberitahu kesalahannya kepada keluarganya


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------PETIKAN 3
Hatta berapa lamanya Khoja Maimun belayar itu, maka datanglah cubaan Allah Taala atas
hambanya, dengan demikian dicetera akan orang yang empunya cetera ini. Selama
peninggalan Khoja Maimun belayar itu, sebermula ada pada suatu hari maka Bibi Zainab pun
bercintalah akan suaminya. Maka ia pun pergilah duduk di tingkap mahligainya berangan-angan
serta memandang pada jalan seraya itu maka pada ketika itu terpandanglah kepada anak raja
di dalam negeri itu lalu berkuda hampir dengan mahligai isteri Khoja Maimun. Pada tatkala Bibi
Zainab pun memandang ke bawah, maka terpandanglah kepada muka anak raja itu,
pemandangan Bibi Zainab terlalu elok rupanya anak raja itu. Sebermula anak raja pun
memandang kepada isteri Khoja Maimun, terlalu baik parasnya sama berjumpa matanya lalu
dibawanya tersenyum oleh anak raja itu. Dengan takdir Allah Taala maka anak raja itu pun
berahilah akan Bibi Zainab itu. Adapun akan Bibi Zainab itu pun tersangkutlah hatinya akan
anak raja itu.
Setelah sudah maka anak raja itu pun menyimpang ke rumah seorang perempuan. Setelah
sampai anak raja itu pun berkata kepada perempuan itu, Hai ibuku, pergi sampaikan kepada
perempuan itu, katakan aku suruh kepada orang itu, katakan aku berkehendakkan dia dengan
barang-barang tipu daya ibu akan meluluskan maksud aku ini! Setelah didengar oleh orang tua
itu maka segeralah ia pergi kepada isterinya Khoja Maimun.
i. Apakah maksud tersangkutlah hatinya? [2m]

jatuh cinta
ii. Tuliskan peristiwa pertemuan pertama Bibi Zainab dengan anak raja. [3M]

Bini Zainab kesunyian lalu duduk di tepi tingkap, memerhatikan keadaan keliling sambil
berangan-angan

Seorang anak raja sedang menunggang kuda lalu di hadapan mahligai Bibi Zainab

Bibi Zainab dan anak raja berpandangan lalu mereka tersenyum


iii. Sekiranya anda Bibi Zainab, apakah yang anda lakukan untuk menghilangkan
kesunyian? [3M]

mengaji al-Quran supaya dapat mententeramkan hati dan mendoakan suami selamat

Melakukan aktiviti riadah seperti berkelah, bersukan, dan lain-lain

Membuat kerja-kerja kebajikan seperti berkhidmat di rumah orang tua-tua supaya tidak
berasa sunyi
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------PETIKAN 4
35

Syahadan telah hari malam waktu pun sunyi orang tidur, maka isteri Khoja Maimun pun
memakai pakaian yang indah-indah dan memakai bau-bauan yang amat harumnya. Maka ia
pun datanglah kepada Bayan. Kata Bayan, Tuan hamba ini tahu akan dirinya orang yang
duduk bertafakur, wahai Bibi Zainab! Maka ia pun datang kepada Bayan seraya katanya,Hai
unggas yang bijaksana lagi budiman, beri apalah aku ini jalan supaya aku pergi mendapat
habibiku itu! Maka sahut Bayan, Belumkah tuan hamba bertemu laki-laki itu? Belum! kata
Bibi Zainab, Pada malam inilah! Maka kata Bayan, Terlalu sangat bebalnya tuan ini maka
tiada mahu bertemu dengan anak raja itu. Pada bicara hamba baik juga tuan segera pergi.
Janganlah tuan takut, tiada akan tuan ini beroleh malu, insya-Allah hamba bicarakan dia.
Janganlah syak hati. Tiadakah tuan mendengar hikayat seorang perempuan bijaksana, tetapi
suaminya terlalu amat cemburuan, daripada sangat arifnya serta tahu ia memikirkan dirinya itu
berapa-berapa harta orang diperdaya olehnya? Maka kata Bibi Zainab, Betapa hikayatnya itu
ceterakanlah olehmu ini supaya aku dengar? Maka sahut Bayan,Tiadalah hamba mahu
berhikayat akan dia, seolah-olah hamba menangguhkan tuan dengan hikayat ini menjadi
durjanalah hamba kepada tuan. Maka kata isteri Khoja Maimun, Hai handaiku Bayan, tiadakah
engkau kasihkan aku? Setelah Bayan mendengar kata isteri Khoja Maimun ia pun
berhikayatlah.
i. Apakah tujuan Bibi Zainab memakai pakaian yang indah dan bau-bauan? [2m]

Bibi Zainab ingin bertemu dengan anak raja


ii. Nyatakan dua sebab Bayan enggan bercerita tentang hikayat perempuan bijaksana
kepada Bibi Zainab. [2M]

tidak mahu seolah-olah menangguhkan Bibi Zainab untuk bertemu dengan anak raja

bimbang tindakannya itu akan menyusahkan Bibi Zainab


iii. Pada pendapat anda, mengapakah Bayan seolah-olah menggalakkan Bibi Zainab pergi
menemui anak raja? [4M]

Bayan tahu bahawa Bibi Zainab ingin sangat bersua dengan anak raja itu, jadi dia tidak
akan berjaya menghalangnya

Bayan menggalakkan Bibi Zainab bertemu dengan anak raja itu sebagai helah sahaja

di samping menggalakkan Bibi Zainab pergi, Bayan mengemukakan tajuk cerita dan Bibi
Zainab tidak jadi pergi kerana gemar mendengar cerita

supaya Bibi Zainab tidak mengesyaki tujuannya bercerita


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------PETIKAN 5
Alkisah peri menyatakan cetera ketiga mengenai seorang suami yang sangat cemburu, maka
kata Bayan, Adalah kononnya suatu cetera mengenai seorang perempuan terlalu baik
parasnya. Maka nikahlah ia dengan seorang laki-laki terlalu sangat cemburuannya. Selama ia
duduk dengan isterinya itu, jangankan ia pergi berniaga, berjalan-jalan pun tidak ia, kerana tiada
mahu meninggalkan isterinya itu.
Hatta berapa lamanya maka harta yang dibawanya itu pun habis dimakannya. Maka kata si
isteri kepada suaminya, Hai tuan hamba,betapa hal kita ini? Maka sahut lakinya, Tiadalah aku
mahu bercerai dengan tuan hamba kerana aku tiada percaya akan dikau, kalau-kalau
peninggalan aku, engkau berbuat jahat!
Setelah isterinya mendengar kata suaminya itu, maka perempuan itu pun tersenyum seraya
katanya, Patutlah maka tuan hamba tiada mahu belayar mencari makan. Tidakkah tuan
mendengar suatu hikayat? Maka kata suaminya, Betapakah hikayat itu, ceterakan olehmu
supaya aku dengar. Maka kata isterinya, Ada seorang laki-laki berbagai-bagai ia diperbuat
36

oleh isterinya tiada juga ia marah, dan perempuan itu pun hairanlah melihatkan hal suaminya
itu.
Syahadan adalah pada suatu hari maka fikirlah perempuan itu, Bahawa banyak benci juga
rupanya suami aku ini akan aku, maka demikian ini lakunya, tetapi baik juga aku cuba juga
dahului. Setelah sudah ia berfikir itu maka dipanggilnya seorang perempuan, daripada
kejahatannya, maka diberinya memakai cara laki-laki, lalu dibawanya naik ke rumahnya, lalu di
hadapan suaminya, itu pun tiada juga ia berkata-kata akan isterinya.
i.

Apakah maksud rangkai kata diberinya memakai cara laki-laki? [2M]


iaitu berpakaian seperti lelaki

ii. Mengapakah lelaki itu tidak mahu berpisah dengan isterinya? [3M]

dia tidak percaya akan isterinya

dia bimbang sepanjang peninggalannya, isterinya akan berbuat jahat

dia terlalu sayang akan isterinya


iii. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk mewujudkan keharmonian dalam
hidup pasangan suami isteri? [3M]

pasangan suami isteri mesti saling mempercayai antara satu sama lain

pasangan suami isteri juga mesti saling menghormati antara satu sama lain

pasangan suami isteri seharusnya menghadapi susah senang bersama

pasangan suami isteri mesti bertolak ansur antara satu sama lain.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------PETIKAN 6
Setelah didengar oleh saudagar itu, maka ia pun naik ke rumahnya. Maka dilihatnya bulu Bayan
itu, berlambak di tanah. Maka kata saudagar, Tiada Bayanku ini dimakan oleh kucing! Engkau
juga membunuh dia, tidak juga dibunuh oleh orang, ini adalah hasil perbuatanmu yang jahat,
maka Bayanku engkau bunuh! Hai bedebah, nyahlah engkau dari rumahku ini, tiada aku mahu
memandang muka orang durjana ini! Maka isteri saudagar itu pun turulah dari rumahnya, lalu
ia pergi kepada kubur Tuan Syeikh. Maka di sanalah ia diamnya pada kubur itu. Sehari-hari
minta doa hendak pulang kepada suaminya juga.
Adapun Bayan itu masuk ia diam di dalam saluran itu. Apabila orang membasuh beras itu
dimakannya oleh Bayan itu hingga sampai panjanglah bulunya dan dapatlah ia terbang kepada
kubur Tuan Syeikh itu. Maka isteri saudagar itu pun datanglah menyapu kubur itu. Maka
perempuan itu pun minta doa kepada Allah Taala. Ya Tuhanku, berkatilah oleh Allah engkau
Syeikh, kembalikanlah aku kepada suamiku! Sudah letih benar tubuhku ini! Maka kata Bayan,
Hai perempuan, sungguhkah engkau hendak balik kepada suamimu? Setelah didengar oleh
perempuan itu bunyi suara demikian itu, maka pada hatinya perempuan itu suara dari dalam
kubur inilah. Maka kata perempuan itu, Ya Tuhanku hambamu hendak kembali kepada suami
hambamu kerana sangat hambamu dahaga, ya Tuhanku! Maka kata bayan itu, Bahawa
pekerjaanmu berbuat khianat itu akan suamimu itu hendaklah segera engkau bertaubat, maka
bertaubatlah engkau ke mari. Maka kata perempuan itu, Demi Allah bahawasanya sudahlah
hambamu kerjakan seperti kata tuan hamba itu. Maka kata Bayan itu, Cukurlah rambutmu
dahulu dan bulu keningmu sekali, maka aku mahu memulangkan engkau dengan suamimu,
Maka dikerjakan oeh perempuan itu seperti kata bayan itu.
i.

Apakah maksud rangkai kata dikerjakan oeh perempuan itu? [2M]


perempuan itu mengikut arahan
37

ii. Bagaimanakah reaksi saudagar apabila melihat bulu Bayan bertaburan di tanah? [3M]

dia mengatakan bahawa Bayannya bukan dimakan kucing

dia mengatakan isterinya yang membunuh Bayan

dia menghalau isterinya keluar dari rumahnya


iii. Pada pendapat anda, mengapakah Bayan menyuruh isteri saudagar mencukur rambut
dan bulu keningnya? [3M]

ingin membalas dendam terhadap isteri saudagar

supaya isteri saudagar kelihatan bodoh

supaya isteri saudagar berasa malu

supaya saudagar terus membenci isterinya.


PETIKAN 7
Setelah sampai anak raja itu pun berkata kepada perempuan itu, Hai ibuku, pergilah
sampaikan kepada perempuan itu, katakan aku suruh kepada orang itu, katakan aku
berkehendakkan dia dengan barang-barang tipu daya ibu akan meluluskan maksud aku ini!
Setelah didengar oleh orang tua itu segeralah ia pergi kepada isterinya Khoja Maimun itu.
Setelah ia sampai, maka segala pesan anak raja itu pun habis sekaliannya dikatakannya oleh
perempuan tua itu, serta dengan manis mulutnya berkata-kata, berapa peluk cumbu-cumbuan
akan yang memberi berahi dikatakannya.
Setelah isteri Khoja Maimun mendengar kata orang tua itu, maka hatinya pun terikatlah akan
anak raja itu dan api yang berahi itu pun nyalalah di dalam dadanya itu. Maka Bibi Zainab pun
berkehendaklah akan anak raja itu seraya katanya, Hai ibuku, baiklah katakan kepada anak
raja itu hamba punya sembah maka ampun banyak-banyak pada anak raja itu! Sekarang
malam hamba mendapatkan anak raja itu, tetapi jangan ibuku katakan seorang jua pun rahsia
ini. Bukan sebarang ini, mati sahaya, anak raja tiada akan mati, sahaya juga yang mati!
Setelah orang tua itu mendengar kata isteri Khoja Maimun demikian itu
i. Apakah maksud kata-kata anak raja katakan aku berkehendakkan dia dengan barangbarang tipu daya ibu akan meluluskan maksud aku ini? [2m]

Dia mahu perempuan tua menyampaikan hasrat hatinya kepada Bibi Zainab bahawa dia
suka akannya. Anak raja mahu perempuan itu menggunakan pelbagai muslihat supaya
hasratnya tercapai.
ii. Nyatakan perwatakan Bibi Zainab berdasarkan petikan? [3m]

seorang isteri yang menduakan suaminya

seorang wanita yang mudah tergoda dengan godaan

seorang wanita yang cantik


iii. Pada pendapat anda, mengapakah Bibi Zainab bersikap demikian? [3M]

terlalu rindu akan belaian suaminya

telah jatuh cinta akan anak raja yang sangat kacak

tidak mempunyai pegangan agama yang kuat.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------PETIKAN 8
Maka kata Bayan itu, Adalah seorang saudagar di negeri Istanbul, maka ia pun pergi belayar.
Hatta berapa lamanya selepas peninggalan saudagar itu, maka isteri saudagar itu bermukah
dengan seorang kalandar. Sebermula adapun saudagar itu ada menaruh seekor Bayan. Hatta
berapa lamanya maka saudagar itu pun datanglah daripada belayar itu. Maka tiadalah baik

38

hatinya saudagar itu akan isterinya itu. Sebaik-baik ia berbantah, maka isteri saudagar itu
berfikir di dalam hatinya, Tiada siapa lagi yang memberitahu kepada suamiku ini melainkan
Bayan juga, maka ia tahu akan perbuatan aku ini. Maka isteri saudagar itu pun marahlah
kepada Bayan itu.
Maka ada pada suatu hari maka saudagar itu pun tiada di rumahnya pergi ke kedainya. Setelah
dilihat oleh isteri saudagar suaminya pergi berjalan maka Bayan itu pun dipanggilnya lalu
ditangkapnya,dicabutkannya bulunya Bayan itu seraya katanya, Si celaka inilah memberitahu
kepada suamiku maka ia tahu! Setelah habislah bulu Bayan itu dicabut oleh isteri saudagar,
baharu dilepaskannya. Maka Bayan itu pun larilah bersembunyi masuk ke dalam saluran tempat
orang membuang air beras. Maka Bayan itu pun diamlah di sana. Pada sangkaan isteri
saudagar Bayan itu sudah mati. Maka saudagar pun kembalilah ke rumahnya. Apabila isteri
saudagar itu melihat suaminya pulang, ia pun pura-pura berteriak-teriak seraya
katanya,Sayangnya Bayan aku dimakan oleh kucing!
i.

Apakah maksud frasa saudagar itu pun datanglah daripada belayar itu? [2M]
saudagar itu baru pulang daripada pelayaran.

ii. Berdasarkan petikan, mengapakah isteri saudagar mencabut bulu Bayan? [3M]

menyangka Bayanlah yang memberitahu suaminya tentang kecurangan yang dilakukan

Dia juga berbuat demikian dengan harapan Bayan akan mati

Perbuatan tersebut dilakukan untuk mendapat simpati daripada suaminya


iii. Pada pendapat anda, bagaimanakah saudagar mengetahui kecurangan isterinya? [3M]
dengan cara gerak hati seorang suami. Suami sememangnya dianugerahkan keistimewaan
untuk memahami sikap isterinya yang berubah

Saudagar juga mungkin mengetahui berita buruk itu melalui rakan-rakannya

Bayan yang dapat bercakap itu juga boleh menjadi sumber berita tentang kecurangan
isterinya.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------PETIKAN 9
Maka sahut Khoja Maimun, Berapa harganya? Maka kata orang itu, Seribu dinar Bayan
hamba ini harganya. Maka tersenyum Khoja Maimun, katanya Adakah orang yang mahu
membeli burung yang segenggam ini seribu dinar? Layaknya unggas ini makanan kucing juga.
Setelah Bayan itu mendengar kata Khoja Maimun, maka katanya , Hai Khoja Maimun,
sungguhlah hamba ini sekepal, tetapi hati hamba di mana tuan tahu? Akan sekalian alam ini di
bawah tilik hamba dan hamba ini bukannya seperti unggas yang lain; tetapi bukan hamba ini
daripada unggas syurga dan daripada bangsa malaikat, dan bukan hamba daripada jin, tetapi
hamba Allah Taala, senantiasa memuji-muji Allah Azzawajalla; dan akan hati hamba ini, yang
akan datang sepuluh hari sudah hamba ketahui sebarang halnya. Adapun akan sekarang ini
tiga hari lagi datanglah kafilah dari negeri Babil hendak membeli dagangan yang bernama
sanbal. Jikalau tuan hamba hendak membeli hamba, bertangguhlah dahulu kepada orang yang
menjual hamba ini, dan tuan hamba kampungkanlah sanbal dalam negeri ini; apabila datang
kafilah itu, tuan hamba juallah; insyaAllah daripada laba sanbal itulah tuan hamba beli hamba.
i. Berikan maksud rangkai kata kampungkanlah sanbal dalam negeri ini. [2m]

membeli kesemua narwastu / wangi-wangian yang terdapat dalam negeri tersebut


ii. Apakah kelebihan-kelebihan yang dinyatakan oleh Bayan tentang dirinya? Kemukakan
tiga kelebihan tersebut. [3M]

sekalian alam di bawah tilikan Bayan

39

sentiasa memuji-muji Allah Azzawajalla


mengetahui sesuatu yang akan berlaku sepuluh hari akan datang

iii. Sekiranya anda ialah Khoja Maimun, adakah anda akan membeli Bayan dengan harga
seribu dinar? Berikan tiga alasan anda. [3M]

akan membelinya kerana:


* Bayan banyak mempunyai kelebihan
* Bayan dapat meramal kejadian masa hadapan
* Bayan petah berkata-kata

tidak akan membelinya kerana:


* tidak sepadan dengan nilai Bayan
* belum tahu kata-kata Bayan itu betul
* Bayan bersifat tinggi diri

Fokus KOMSAS-PROSA KLASIK SPM 2015


PROSA PELAYARAN PENUH PERISTIWA

SIRI 11B

PETIKAN 7
Mendengar percakapan itu Tuan Puteri Dayang Seri Jawa tidak tersabar lagi lalu menyampuk,
Wahai tuan-tuan sekalian, adakah patut orang yang serupa ini berhutang rial kepada patik?
Sebenarnya dagang yang hina inilah yang telah menjadi tawanannya. Dia seorang pahlawan
yang handal.
Kalau begitu, kata Awang Sulung pula, memanglah benar kata adinda, kerana kakanda telah
menewaskan Tuan Puteri Dayang Nuramah yang hendak merampas kakanda daripada tangan
adinda dan sekarang hutang pun sudah berbayar, piutang pun sudah diterima, maka
memohonlah kakanda kembali ke Bandar Mengkalih.
Oleh sebab terlupa hampa mendengarkan titah Awang Sulung itu, Tuan Puteri Dayang Seri
Jawa hendak terjun ke laut, tetapi segera dihalang oleh hulubalang yang ada di situ lalu
dibawanya masuk ke magun. Di situ Tuan Puteri Dayang Seri Jawa telah tidak sedarkan diri.
Ampun Tuanku, janganlah Tuanku sakat lagi puteri itu, kalau berlaku sesuatu hal kita juga yang
susah, sembah hulubalang itu.
Kemudian si Kembang Cina pun berpantun:
Jangan ditebang gelanggang itu,
Pucuknya ada berjurai-jurai;
Jangan dikenang yang hilang itu,
Sudah jauh digonggong murai.
Balas Awang Sulung:
Bagaimana tidak dikenang,
Pucuknya pauh selasih Jambi;
Bagaimana tidak dikenang-kenang,
Dagang yang jauh kekasih kami.
(i)
Apakah maksud magun? [2M]
Maksud kata magun ialah bilik kurungan di buritan kapal layar / bilik rehat jurumudi.
(ii)
Mengapakah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa tidak sedarkan diri? (3m)
Tuan puteri tidak sedarkan diri kerana
- Enggan berpisah dengan Awang Sulung Merah Muda.
- Gagal terjun ke dalam laut kerana dihalang oleh hulubalang.
- Hendak bermanja dengan Awang Sulung Merah Muda.
40

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa berpantun
sedemikian dan apakah maksud pantun tersebut? (3 m)
Tuan puteri berpantun sedemikian kerana tidak mahu Awang Sulung Merah Muda:
- pulang ke negeri asalnya.
- Menasihati Awang Sulung merah supaya melupakan kekasih lamanya kerana kekasihnya itu
telah dimiliki oleh orang lain.
- Mempunyai perasaan sayang dan cinta kepada Awang Sulung Merah Muda
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------PETIKAN 8
Mendengar suara itu lanun-lanun itu mulai gementar. Mereka kenal itulah suara Awang Sulung,
Hai, baru ini kita kiamat, kita sudah derhaka kepada penghulu kita sendiri dan kepada diri kita
sendiri! bisik mereka sesama sendiri.
Ampun Tuanku, patik tidak tahu bahawa Tuanku rupanya di dalam geliung panjang ini,
sembah mereka beramai-ramai dengan tubuh yang gementar.
Beta tidak beritahukan pelayaran beta pada kalian kerana beta menemani Tuan Puteri Dayang
Seri Jawa kembali ke negerinya. Lagipun beta telah berhutang kepadanya sebanyak dua puluh
lapan rial batu dan emas sejangka tiga untuk melangsaikan hutang beta kepada Datuk Batin
Alam.
Ampun Tuanku, janganlah Tuanku dukacita dengan hutang itu. Sekiranya Tuanku hendak
kembali ke Bandar Mengkalih, biarlah patik isikan geliung ini penuh sarat dengan rial batu dan
emas.
(i) Apakah maksud rangkai kata isikan geliung ini penuh sarat? (2m)
memuatkan kapal layar yang besar dengan padat
(ii) Mengapakah Awang Sulung tidak menghebahkan tentang pelayarannya?
Nyatakan tiga sebab beliau berbuat demikian berdasarkan petikan di atas. (3m)
menemani Tuan Puteri Dayang Seri Jawa kembali ke negerinya
berhutang kepada Tuan Puteri Dayang Seri Jawa sebanyak lapan rial batu
menyelesaikan hutang kepada Datuk Batin Alam sebanyak emas sejangka tiga
(iii) Pada pendapat anda, mengapakah lanun-lanun begitu menghormati Awang
Sulung? Berikan tiga sebab. (3m)
mempunyai sifat yang mulia
seorang yang sangat bijaksana
seorang pahlawan yang handal
suka memaafkan kesalahan orang lain
seorang yang sangat merendah diri
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------PETIKAN 9
Setelah beberapa lama berlabuh barulah orang-orang yang mabuk tadi tersedar.
Sesetengahnya terpinga-pinga sambil bertanya-tanya di manakah mereka berada sekarang,
tetapi jurumudi pula tersedar segeralah dia mencabut kerisnya lalu menikam seekor ayam.
Dengan kerisnya yang berlumuran darah itu pergilah dia mendapatkan Tuanku Nakhoda Tua.
Ampun Tuanku, patiklah yang memeliharakan geliung ini daripada amuk Tuan Puteri Dayang
Nuramah kelmarin.
Tuanku Nakhoda Tua yang baru pulih dari mabuknya terpisat-pisat membelek-belek keris
jurumudi yang penuh berdarah itu. Fikirnya, sungguh juga kata jurumudi ini, kerana waktu amuk
itu berlaku beta jatuh pengsan.
Tiga hari tiga malam lamanya geliung itu berlabuh di Pulau Tapai. Anak-anak geliung bersuka
ria dengan pelbagai jamuan. Kemudian Tuanku Nakhoda Tua berkata, Jikalau selamat geliung

41

inisamapai ke Tanah Jawa, akan ku kahwinkan puteriku Dayang Seri Jawa dengan sesiapa
yang dapat menyelamatkannya.
Ampun Tuanku, patiklah akan menjadi galang gantinya hingga selamat sampai ke Tanah
Jawa, sembah jurumudi.
Sabarlah wahai jurumudi, sekarang kita masih dalam perjalanan, kita belum lepas daripada
bahaya yang besar, kerana bajak laut terlalu banyak di lautan depan ini.
Pada suatu hari ketika anak-anak geliung itu memikul kayu api dan mencari air di pulau,
terlihatlah oleh jurumudi itu akan Awang Sulung. Eh, mengapa budak hitam itu duduk dan
makan saja, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa? Tidakkah ia disuruh bekerja seperti anak-anak
geliung yang lain?
Oleh sebab terlalu marah melihatkan telatah jurumudi itu, jawab Tuan Puteri Dayang Seri Jawa?
Apa kau peduli, geliung ini bukan kepunyaanmu, bukan nasi kau yang dimakannya dan bukan
air kau yang diminumnya.
Tuan Puteri Dayang Seri Jawa mulai terfikir hendak menguji kecekapan Awang Sulung lalu
disuruhnya Si Kembang Cina mengembalikan buyung suasa dan meminta Awang Sulung
mengambil air, tetapi Awang Sulung berkayuh ke tengah laut di tempat arus yang paling deras
untuk mengambil air.
i) Apakah maksud rangkai kata menjadi galang ganti? [2m]
Maksud rangkai kata - mempertaruhkan diri
ii) Mengapakah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa tidak menyuruh budak hitam itu
bekerja seperti anak-anak geliung yang lain? [3m]
Tuan puteri tidak menyuruh budak hitam itu bekerja kerana tuan puteri:
- Mengetahui budak hitam itu adalah anak raja yang berdaulat / Awang Sulung Merah Muda.
- Menyayangi budak hitam itu.
- Mahu menyuruhnya memenuhkan air dalam buyung suasa.
iii) Berdasarkan petikan di atas, tuliskan tiga watak dan perwatakan jurumudi. [3m]
Perwatakan jurumudi ialah:
- Mabuk laut
- Pembohong mengaku menyelamatkan geliung daripada serangan Tuan Puteri Dayang
Nuramah.
- Iri hati dengki melihat Awang Sulung Merah Muda tidak bekerja seperti
anak-anak geliung yang lain.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------PETIKAN 10
Melihatkan lanun itu telah pergi, jurumudi segera mencabut kerisnya lalu menikam seekor ayam
lagi, kemudian dengan keris berdarah itu pergilah dia menghadap Tuanku Nakhoda Tua
mengatakan dialah yang telah menyelamatkan geliung itu daripada dirampas oleh lanun.
Dengan tidak berfikir panjang lagi, Tuanku Nakhoda Tua percaya dengan kata-kata jurumudi
yang palsu itu, lalu baginda menitahkan Mualim Cik Mas menikahkan puterinya dengan
jurumudi itu.
Apabila jurumudi dan Mualim sudah sedia di depan Tuanku Nakhoda Tua, masuklah Tuan
Puteri Dayang Seri Jawa dengan geramnya, Ya, ayahnada, tua orang tua, berakal; makin tua
makin berminyak, tetapi tua ayahanda tua cendawan makin tua makin busuk!
Tuanku Nakhoda menjadi tersentak, Hai anakku yang tidak tahu dek untung, mengapakah kau
berkelakuan demikian ini di depan orang tua?
1. Apakah maksud rangkai kata, tua orang tua, berakal; makin tua makin berminyak,
tetapi tua ayahanda tua cendawan makin tua makin busuk? [2m]
42

Maksud rangkai kata ini ialah orang tua sepatutnya bertambah cerdik kerana berpengalaman
seperti kelapa tua yang berminyak. Tetapi tua ayahanda diibaratkan cendawan yang semakin
rosak dan membusuk kerana terus mempercayai kata-kata jurumudi tanpa usul periksa.
2. Nyatakan siapakah anakanda dan siapakah ayahanda dalam petikan di atas?
Apakah pula penerangan yang dikemukakan oleh anakanda kepada ayahanda itu.
[3m]
Anakanda ialah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa yang menerangkan kepada ayahanda, iaitu
Tuanku Nakhoda Tua tentang jurumudi yang berbohong. Sebenarnya, Awang Sulung Merah
Muda yang menjaga dan menyelamatkan kapal tersebut daripada serangan lanun, bukannya
jurumudi.
3. Pada pendapat anda, mengapakah jurumudi bersungguh-sungguh hendak
memperisteri Tuan Puteri sungguh-sungguh hendak memperisteri Tuan Puteri Dayang
Seri Jawa? Berikan alasan anda. [3m]
Pada pendapat saya, jurumudi hendak memperisteri Tuan Puteri Dayang Seri Jawa kerana
kecantikan Tuan Puteri tersebut. Selain itu, keturunan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
merupakan golongan bangsawan, dipandang tinggi oleh masyarakat dan berharta pula. Jadi,
jurumudi berhasrat merampas Tuan Puteri Dayang Seri Jawa daripada Awang Sulung Merah
Muda agar cita-citanya itu tercapai.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------SOALAN-SOALAN KBAT
1.

Pada pendapat anda, wajarkah Tuanku Nakhoda Tua mengahwinkan anaknya,


Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dengan jurumudi? Nyatakan empat alasan anda. [4m]
Wajar:
pada pandangan Tuanku Nakhoda Tua, jurumudi banyak jasanya.
Tuanku Nakhoda Tua yakin bahawa jurumudi yang telah menghapuskan lanun.
Tuanku Nakhoda perlu mengotakan janjinya
anak seharusnya mengikut perintah ayahnya.
Tidak wajar:
Tuanku Nakhoda Tua sepatutnya menyelidik kebenaran kata-kata jurumudi lebih dahulu
Tuan Puteri Dayang Seri Jawa tidak menyukai jurumudi
jurumudi menipu Tuanku Nakhoda Tua dengan mengatakan bahawa dia yang
menyelamatkan geliung itu daripada dirampas oleh lanun
jurumudi seorang pengecut dan gemar mengambil kesempatan atas susah payah orang lain.
2. Pada pendapat anda, wajarkah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa menolak permintaan
ayahandanya untuk memanggil Awang Sulung Merah Muda? Kemukakan tiga pendapat
anda. [3m]
Wajar kerana:
puteri akan dilihat sebagai tidak sopan
Tuanku Nakhoda yang bersalah dan sepatutnya baginda yang berjumpa sendiri dengan
Awang Sulung Merah Muda
Awang Sulung Merah Muda akan mentaati perintah Tuanku Nakhoda Tua
3. Pada pendapat anda, mengapakah aktiviti menyabung ayam tidak digalakkan dalam
masyarakat? [4m]
kerana perbuatan itu dianggap menganiayai binatang
unsur perjudian terdapat dalam aktiviti ini
dalam Islam perkara ini haram
43

4. Sikap Tuan Puteri Dayang Seri Jawa terhadap ayahandanya dianggap kurang ajar.
Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu berhemah ketika berkomunikasi dengan ibu
bapa kita? [3m]
kerana mereka yang melahirkan dan membesarkan kita dengan kasih sayang
kata-kata yang kasar akan menyebabkan hati mereka tersinggung
supaya hidup kita memperoleh keberkatan
5. Jika anda menghadapi situasi yang sama seperti Tuanku Nakhoda Tua, apakah yang
akan anda lakukan untuk memujuk orang yang berkecil hati? [3m]
mengungkapkan kata-kata pujian
kata-kata kita mesti bersikap lemah lembut agar orang yang mendengarnya memberikan
respons positif
jika masih gagal, jangan berterusan mendesak, sebaliknya berikan masa dan datang pada
waktu lain untuk memujuknya.
6. Hasrat Awang Sulung Merah Muda yang mahu melangsaikan hutang wajar dicontoh.
Berikan tiga kesan jika sesuatu hutang tidak dilunaskan. [3m]
tidak dapat menjalani kehidupan dengan aman dan tenang Cth: sentiasa diganggu orang
yang meminjamkan wang
dihimpit pelbagai perasaan. Cth: fikiran tertekan resah gelisah kerja-kerja tergendala
kerana memikirkan hutang
berlakunya pertengkaran,permusuhan, atau kejadian yang tidak diingini. Cth; diancam oleh
pihak yang berhutang.
7. Pada pendapat anda, mengapakah Awang Sulung enggan datang menghadap
Tuanku Nakhoda Tua? [3m]
Awang Sulung berasa kecil hati kerana sebelum ini dia pernah diusir atau dihina oleh Tuanku
Nakhoda Tua untuk meminta pertolongan membayarkan hutang
darjat dirinya tidak setaraf dengan baginda
dia hanya menumpang teduh di dalam kapal dan masih berhutang
dia bersikap rendah diri
8. Pada pendapat anda, mengapakah kedatangan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
disambut dengan begitu meriah? [3m]
kerana puteri itu daripada keturunan raja yang berpengaruh
menunjukkan bahaw negeri mereka negeri berdaulat dan tahu adat
sudah menjadi kebiasaan negeri-negeri pada zaman itu, tetamu daripada keturunan raja perlu
disambut meriah, seperti yang diterima apabila baginda melawat negeri lain.
9. Pada pendapat anda, mengapakah Awang Sulung memberi pelbagai alasan terhadap
permintaan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa? Nyatakan tiga alasan yang menjadi penyebab
tindakan Awang Sulung. [3m]
Awang Sulung memberi pelbagai alasan untuk melihat kesungguhan Tuan Puteri Dayang Seri
Jawa mahu mendapatkan khidmatnya
dia tidak mahu berkawan rapat dengan puteri itu agar puteri itu tidak mengetahui latar
belakang hidupnya
kemungkinan sememangnya tubuhnya letih dan tidak mampu membantu orang lain.
10.Pada pendapat anda, apakah tujuan Awang Sulung menyamar sebagai budak yang
comot? [3m]
merasai pengalaman sebagai orang biasa
menguji pembesar-pembesar di sesuatu kawasan, sama ada menghormati orang ramai atau
tidak

44

mengetahui tahap layanan yang diterima oleh golongan bawahan


11.Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mengetahui adat di negeri orang apabila
kita merantau di tempat orang? [3m]
kita tidak akan dipandang serong
orang lain akan menghormati kita
kita mudah mendapat kawan
12.Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat dahulu gemar menyabung ayam? [3m]
tidak ada pilihan hiburan yang lain
untuk mengisi masa lapang
kurang kesedaran dan pengamalan ajaran agama
dianggap tidak menjadi kesalahan dari segi undang-undang

PROSA PELAYARAN PENUH PERISTIWA


PETIKAN 1
Mendengar suara itu lanun-lanun itu mulai gementar. Mereka kenal itulah suara Awang Sulung,
Hai, baru ini kita kiamat, kita sudah derhaka kepada penghulu kita sendiri dan kepada diri
kita sendiri! bisik mereka sesama sendiri.
Ampun Tuanku, patik tidak tahu bahawa Tuanku rupanya di dalam geliung panjang ini,
sembah mereka beramai-ramai dengan tubuh yang gementar.
Beta tidak beritahukan pelayaran beta pada kalian kerana beta menemani Tuan Puteri Dayang
Seri Jawa kembali ke negerinya. Lagipun beta telah berhutang kepadanya sebanyak dua puluh
lapan rial batu dan emas sejangka tiga untuk melangsaikan hutang beta kepada Datuk Batin
Alam.
Ampun Tuanku, janganlah Tuanku dukacita dengan hutang itu. Sekiranya Tuanku hendak
kembali ke Bandar Mengkaleh, biarlah patik isikan geliung ini penuh sarat dengan rial batu dan
emas.
Mendengar percakapan itu Tuan Puteri Dayang Seri Jawa tidak bersabar lagi lalu menyampuk,
Wahai tuan-tuan sekalian, adakah patut orang yang serupa ini berhutang rial kepada patik?
Sebenarnya dagang yang hina inilah yang telah menjadi tawanannya. Dia seorang pahlawan
yang handal.
Kalau begitu, kata Awang Sulung pula, Memanglah benar kata adinda itu, kerana kakanda
telah menewaskan Tuan Puteri Dayang Nuramah yang hendak merampas kakanda daripada
tangan adinda dan sekarang hutang pun sudah berbayar, piutang pun sudah diterima, maka
memohonlah kakanda kembali ke Bandar Mengkaleh.
(i) Berikan maksud rangkai kata sudah derhaka kepada penghulu kita
sendiriberdasarkan petikan di atas? [2M]
Telah khianat terhadap pemimpin kita
(ii) Apakah alasan yang telah diberikan oleh Awang Sulung Merah Muda untuk
membolehkan baginda pulang semula ke Bandar Mengkaleh? [3M]
Baginda telah menewaskan Tuan Puteri Dayang Nuramah yang hendak merampas
baginda daripada tangan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
Hutang baginda sudah berbayar
Piutang pun sudah diterima
(iii)
Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mentaati ketua yang telah dilantik
secara majoriti? [3M]
45

ketua telah dilantik oleh masyarakat dan sudah pastinya ketua merupakan orang yang
paling layak diikuti nasihat atau arahannya.
ketua orang yang paling mahir mentadbir organisasi dan selalunya mereka orang yang
berpengalaman.
- keputusan mesyuarat merupakan keputusan ramai dan jika menentangnya bermakna
tindakan kita bertentangan dengan budaya hidup bermasyarakat.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------PETIKAN 2
Setelah beberapa lama berlabuh barulah orang-orang yang mabuk tadi tersedar.
Sesetengahnya terpinga-pinga sambil bertanya-tanya dimanakah mereka berada sekarang,
tetapi jurumudi pula apabila tersedar segeralah dia mencabut kerisnya lalu menikam seekor
ayam. Dengan kerisnya yang berlumuran darah itu pergilah dia mendapatkan Tuanku Nakhoda
Tua.
Ampun Tuanku, patiklah yang memeliharakan geliung ini daripada amuk Tuan Puteri Dayang
Nuramah kelmarin.
Tuanku Nakhoda Tua yang baru pulih dari mabuknya terpisat-pisat membelek-belek keris
jurumudi yang penuh berdarah itu. Fikirnya sungguh juga kata jurumudi ini, kerana waktu amuk
itu berlaku beta jatuh pengsan.
(i)
Berikan maksud rangkai kata memeliharakan geliung ini ? [2M]
Maksud rangkai kata - Menjaga keselamatan kapal tersebut
(ii)
-

Apakah yang dilakukan oleh jurumudi setelah tersedar daripada pengsan? [3M]
mencabut keris
menikam seekor ayam
dengan keris berlumuran darah pergi berjumpa Tuanku Nakhoda Tua

(iii) Sekiranya anda Tuanku Nakhoda Tua, bagaimanakah cara yang paling sesuai untuk
membalas perbuatan jurumudi? [3M]
Sekiranya saya Tuanku Nakhoda Tua
Positif:
mengucapkan terima kasih
memberikan hadiah
mengiktiraf sebagai pahlawan atau wira
mengahwinkannya dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
Negatif:
menyelidik pengakuan jurumudi
memeriksa keris dan kesan darah pada keris jurumudi
meminta untuk melihat musuh yang dibunuh
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------PETIKAN 3
Setelah beberapa lama berlabuh barulah orang-orang yang mabuk tadi tersedar.
Sesetengahnya terpinga-pinga sambil bertanya-tanya di manakah mereka berada sekarang,
tetapi jurumudi pula apabila tersedar segeralah dia mencabut kerisnya lalu menikam seekor
ayam. Dengan kerisnya yang berlumuran darah itu pergilah dia mendapatkan Tuanku Nakhoda
Tua.
"Ampun Tuanku, patiklah yang memeliharakan geliung ini daripada amuk Tuan Puteri Dayang
Nuramah kelmarin."
46

Tuanku Nakhoda Tua yang baru pulih dari mabuknya terpisat-pisat membelek-belek keris
jurumudi yang penuh berdarah itu. Fikirnya, sungguh juga kata jurumudi ini, kerana waktu amuk
itu berlaku beta jatuh pengsan.
Tiga hari tiga malam lamanya geliung itu berlabuh di Pulau Tapai. Anak-anak geliung bersuka
ria dengan pelbagai jamuan. Kemudian Tuanku Nakhoda Tua berkata, "Jikalau selamat geliung
ini sampai ke Tanah Jawa, akan kukahwinkan puteriku Dayang Seri Jawa dengan sesiapa yang
dapat menyelamatkannya."
"Ampun Tuanku, patiklah akan menjadi galang gantinya hingga selamat sampai ke Tanah
Jawa," sembah jurumudi.
"Sabarlah wahai jurumudi, sekarang kita masih dalam perjalanan, kita belum lepas daripada
bahaya yang besar, kerana bajak laut terlalu banyak di lautan depan ini."
(i)
Apakah perkara yang dilakukan oleh jurumudi sebaik-baik sahaja dia tersedar
daripada pengsan? [2M]
Perkara yang dilakukan :
segera mencabut kerisnya.
lalu menikam seekor ayam
mendapatkan Tuanku Nakhoda Tua
memberitahu bahawa dia yang memelihara geliung itu daripada amukan Tuan Puteri
Dayang Nuramah
(ii)
Mengapakah Tuanku Nakhoda Tua enggan menerima pengakuan yang dibuat oleh
jurumudi? [3M]
Enggan terima pengakuan :
perjalanan belum sampai ke destinasi / masih dalam perjalanan
masih berhadapan / belum terlepas bahaya besar
lautan yang akan ditempuhi dipenuhi bajak laut
(iii)
Pada pandangan anda, mengapakah jurumudi beria-ia hendak mengambil hati
Tuanku Nakhoda Tua? [3M]
Sebab beria-ia mengambil hati:
ingin mengahwini puteri
ingin membolot kekayaan / kekuasaan
ingin mengalahkan pesaing-pesaingnya
berpendapat tuanku Nakhoda Tua mudah dipengaruhi
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------PETIKAN 4
Melihatkan lanun itu telah pergi, jurumudi segera mencabut kerisnya lalu menikam seekor ayam
lagi, kemudian dengan keris berdarah itu pergilah dia menghadap Tuanku Nakhoda Tua
mengatakan dialah yang telah menyelamatkan geliung itu daripada dirampas oleh lanun.
Dengan tidak berfikir panjang lagi, Tuanku Nakhoda Tua percaya dengan kata-kata jurumudi
yang palsu itu, lalu baginda menitahkan Mualim Cik Mas menikahkan puterinya dengan
jurumudi itu.
Apabila jurumudi dan mualim sudah sedia di depan Tuanku Nakhoda Tua, masuklah Tuan
Puteri Dayang Seri Jawa dengan geramnya, "Ya ayahanda, tua orang tua, berakal; makin tua
makin berminyak, tetapi tua ayahanda tua cendawan makin tua makin busuk!"
Tuanku Nakhoda menjadi tersentak, "Hai anakku yang tidak tahu dek untung, mengapakah kau
berkelakuan demikian ini di depan orang tua?"
"Kerana mata ayahanda sudah kabur dan telinga ayahanda sudah pekak, sebab itulah
anakanda berkata demikian. Cubalah ayahanda lihat siapakah di dalam petak jubung yang
dilingkari tali sauh itu?"
Tuanku Nakhoda Tua segera menjengah ke petak jubung. Dilihatnya ada seorang muda yang
sangat tampan dengan wajahnya berseri-seri bagai purnama empat belas hari bulan. Baginda

47

tertegun kaum lalu kembali bertanya kepada puterinya, "Hai anakanda, siapakah pemuda yang
di dalam jubung itu?"
"Dialah budak hitam yang meminta tOlcing bayarkan hutangnya kepada ayahanda dulu,
tetapi telah ayahanda nyahkan dia."
(i)
-

Berikan maksud rangkai kata tidak tahu dek untung. [2M]


tidak menghargai / tidak bersyukur dengan kelebihan yang dimiliki

(ii)
Apakah kata-kata Tuan Puteri Dayang Seri Jawa yang menyebabkan
ayahandanya begitu marah? [3M]
Tuan Puteri menyatakan bahawa ayahandanya tidak seperti orang lain yang semakin tua
semakin berakal.
Tuan Puteri menyatakan bahawa ayahandanya ibarat cendawan, semakin tua semakin
tidak berguna
Tuan Puteri menyatakan bahawa penglihatan ayahandanya kabur dan pendengarannya
tidak jelas.
(iii)
Pada pendapat anda, wajarkah Tuanku Nakhoda Tua menitahkan puterinya
bernikah dengan jurumudi? [3M]
Wajar kerana:
jurumudi dianggap lelaki yang hebat kerana dialah yang menyelamatkan geliung itu.
Tuanku Nakhoda Tua percaya akan jurumudi apabila melihat bukti keris jurumudi yang
berlumuran darah.
Jurumudi ialah orang pertama yang menemuinya dan mengaku menyelamatkan geliung
itu.
Anak sepatutnya mengikut perintah ayahnya
Tuanku Nakhoda Tua perlu mengotakan janjinya.
TIDAK WAJAR kerana:
Tuanku Nakhoda Tua mengambil keputusan tanpa usul periksa kebenaran kata-kata
jurumudi
Tuanku Nakhoda Tua langsung tidak menanyakan pendapat orang lain / puterinya
sebelum membuat keputusan
Tuanku Nakhoda Tua terus mempercayai jurumudi hanya dengan bukti keris yang
berlumuran darah
Tuan Puteri Dayang Seri Jawa tidak menyukai jurumudi
Jurumudi seorang yang pengecut dan gemar mengambil kesempatan atas susah payah
orang lain.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------PETIKAN 5
Dayang Seri Jawa mengajak Awang Sulung melabuhkan geliung panjang di pulau itu untuk
mengambil kayu dan air yang telah kehabisan, tetapi gelombang sangat besar dan geliung tidak
dapat rapat ke tepi.
Awang Sulung segera ke petak jubungnya mengambil bungkusan tulang pelanduk putih lalu
mengikatkannya pada benang pancar warna, dicampakkannya ke laut. Seketika kemudian laut
menjadi tenang bagai air di kuali dan dapatlah geliung itu berlabuh dengan eloknya.
Setelah beberapa lama berlabuh barulah orang-orang yang mabuk tadi tersedar.
Sesetengahnya terpinga-pinga sambil bertanya-tanya di manakah mereka berada sekarang,
tetapi jurumudi pula apabila tersedar segeralah dia mencabut kerisnya lalu menikam seekor
ayam. Dengan kerisnya yang berlumuran darah itu pergilah dia mendapatkan Tuanku Nakhoda
Tua.
Ampun Tuanku, patiklah yang memeliharakan geliung ni daripada amuk Tuan Puteri Dayang
Nuramah kelmarin.

48

Tuanku Nakhoda Tua yang baru pulih dari mabuknya terpisat-pisat membelek-belek keris
jurumudi yang penuh berdarah itu. Fikirnya, sungguh juga kata jurumudi ini, kerana waktu
mabuk itu berlaku beta jatuh pengsan.
(i)
-

Berikan maksud rangkai kata memeliharakan geliung. [2M]


menjaga / melindungi kapal layar

(ii)
Apakah tindakan yang dilakukan oleh Awang Sulung setelah melihat ombak
yang terlalu besar dan geliung tidak dapat dirapatkan ke tepi pulau? [3M]
Tindakan Awang Sulung:
Awang Sulung segera ke petak jubungnya
mengambil bungkusan tulang pelanduk putih
mengikat bungkusan pada benang pancar warna
mencampakkan bungkusan tersebut ke laut
(iii) Pada pendapat anda, mengapakah Tuanku Nakhoda Tua tidak wajar mempercayai
kata-kata jurumudi itu. [3M]
Tidak wajar kerana:
- Tuanku Nakhoda Tua tidak melihat sendiri jurumudi menghadapi amukan Tuan Puteri
Dayang Nuramah
Jurumudi tidak jujur / mempunyai muslihat
Tuanku Nakhoda Tua tidak dapat berfikir dengan baik / waras pada waktu itu
Wajar kerana:
Jurumudi telah menunjukkan keris yang berdarah sebagai bukti
Jurumudi telah lama berkhidmat dengan Nakhoda Tua
Geliung tidak lagi dalam keadaan bahaya / terancam
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------PETIKAN 6
Beta tidak beritahukan pelayaran beta pada kalian kerana beta menemani Tuan Puteri Dayang
Seri Jawa kembali ke negerinya. Lagipun beta telah berhutang kepadanya sebanyak dua puluh
lapan rial batu dan emas sejangka tiga untuk melangsaikan hutang beta pada kepada Datuk
Batin Alam.
Ampun Tuanku, janganlah Tuanku dukacita dengan hutang itu. Sekiranya Tuanku hendak
kembali ke Bandar Mengkalih, biarlah patik isikan geliung ini penuh sarat dengan rial batu dan
emas.
Mendengar percakapan itu Tuan Puteri Dayang Seri Jawa tidak tersabar lagi lalu menyampuk,
Wahai tuan-tuan sekalian, adakah patut orang yang serupa ini berhutang rial kepada patik?
Sebenarnya dagang yang hina inilah yang telah menjadi tawanannya. Dia seorang pahlawan
yang handal.
Kalau begitu, kata Awang Sulung pula, memanglah benar kata adinda, kerana kakanda telah
menewaskan Tuan Puteri Dayang Nuramah yang hendak merampas kakanda daripada tangan
adinda dan sekarang hutang pun sudah berbayar, piutang pun sudah diterima, maka
memohonlah kakanda kembali ke Bandar Mengkalih.
(i)
Siapakah adinda dalam petikan tersebut? (2M)
Adinda dalam petikan tersebut ialah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.
(ii)
Nyatakan tiga alasan Awang Sulung ingin kembali ke Bandar Mengkalih. (3M)
Awang Sulung ingin kembali ke Bandar Mengkalih kerana dia telah berjaya menewaskan lanunlanun yang menyerang geliung yang dinaikinya. Selain itu, hutangnya sebanyak dua puluh
lapan rial batu dan emas sejangka tiga kepada Tuan Puteri Dayang Seri Jawa telah
dilangsaikan oleh lanun-lanun apabila lanun-lanun tersebut mengisikan rial batu dan emas ke
49

dalam geliung. Awang Sulung juga telah berjaya menewaskan Tuan Puteri Dayang Nuramah,
oleh itu hutangnya dianggap sudah berbayar.
(iii)
Pada pendapat anda, mengapakah rakyat perlu mentaati sultan? (3M)
Pada pendapat saya, rakyat perlu mentaati sultan kerana sebagai pemerintah negeri, sultan
mempunyai darjat yang tinggi. Selain itu, rakyat perlu mentaati sultan supaya tidak dianggap
penderhaka kerana penderhaka akan dihukum. Sultan juga dipercayai mempunyai daulat.

REVISI Prosa Moden SPM 2015 - SIRI 10

DRAMA 1400
Petikan 1
MAK SOM: (Kepada INTAN SIT! RAHlMAH) Pak Tuan dah berangkat balik.
PAK TUAN DOLAH:
INTAN SITI RAHIMAH:
PAK TUAN DOLAH:
INTAN SITI RAHIMAH:
PAK TUAN DOLAH:
INTAN SITI RAHIMAH:
PAK TUAN DOLAH: .
INTAN SITI RAHIMAH: Intan sedih melihat keadaan hidup setengah-setengah daripada
mereka. Makanan anjing kita lebih baik daripada makanan mereka. (m.s.257)
i

Nyatakan rungutan orang-orang kampung yang disampaikan oleh Intan Siti


Rahimah kepada Pak Tuan Dolah. [2 m]
Rungutan orang-orang kampung yang disampaikan oleh Intan Siti Rahimah kepada Pak Tuan
Dollah:
- Kekotoran daripada kandang kuda mencemarkan air sungai
- Anak-anak mereka sakit-sakit belaka
ii Sekiranya anda Pak Tuan Dolah, apakah langkah-langkah yang akan anda ambil untuk
memastikan sungai itu tidak terus tercemar? [3 m]
Sekiranya saya ialah Pak Tuan Dolah, langkah-langkah SAYA untuk memastikan sungai itu
tidak terus tercemar ialah:
- Memindahkan kandang kuda jauh daripada sungai
- Membina sistem kumbahan yang lebih sistematik
- Memproses najis kuda menjadi baja organik
- Mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak berwajib
- Menukarkan bidang ternakan kepada bidang yang lain
- Mengadakan gotong-royong untuk membersihkan sungai
iii Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan drama di atas
dan satu persoalan lain daripada drama tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [4 m]
Persoalan dalam petikan:
- Pencemaran sungai memberi kesan buruk kepada masyarakat dan membawa penyakit
Cth: Air sungai yang tercemar menyebabkan anak orang-orang kampung menghidapi penyakit.
- Penindasan terhadap golongan yang lemah
Cth: Pak Tuan Dollah mahu orang kampung takut akan dirinya.
- Rasa simpati terhadap golongan bawahan
Cth: Intan Siti Rahimah sedih melihat kesengsaraan hidup orang kampung.

50

Persoalan dalam keseluruhan drama


- Kepincangan masyarakat yang memilih kepada orang yang berharta
Cth: Pak Tuan Dollah menggunakan wang untuk mempengaruhi penduduk kampung
memilihnya sebagai wakil penduduk.
- Kesedaran dan keinsafan terhadap kesilapan yang pernah dilakukan.
Cth: Pak Tuan Dollah menyedari perbuatannya selama ini telah menyimpang daripada hukum
Allah dan dia insaf serta mula mendekatkan diri kepada Allah.
- Kepercayaan terhadap amalan syirik dan khurafat
Cth: Pak Tuan Dollah tergamak memindahkan jenazah ibunya dari kubur
ke bawah rumah untuk memastikan dia memperoleh kekayaan seperti yang diminta oleh
bomoh
---------------------------------------------------------------------------------------------------Petikan 2
DOLAH
: Mengapa emak menangis, emak?
MAYAT IBU DOLAH:

DOLAH
: (Agak kehilangan akal pada mulanya tetapi tiba-tiba dia
berkata) Ya Allah, ampunilah dosaku. Berilah aku rahmat-Mu.
Kemudian, DOLAH membaca surah al-Falaq dengan suara yang nyaring.. (m.s.271)
i.
-

Mengapakah emak Dolah menangis? [2 m]


Emak menangis:
Dolah mengebumikan emaknya di tempat yang kotor di bawah rumah
badan emaknya tidak reput
tanah bernajis

ii. Pada pendapat anda, apakah peranan ibu dalam membentuk akhlak terpuji
anak-anak. [3 m]
Peranan ibu:
memberikan pendidikan agama kepada anak-anak
memberi kasih sayang
menyediakan keperluan asas
membantu anak-anak menyelesaikan masalah
memantau pergerakan anak-anak.
iii. Jelaskan satu nilai yang terdapat dalam petikan drama di atas dan satu nilai
yang lain daripada keseluruhan drama itu. [4 m]
Nilai dalam petikan:
- kasih sayang
Cth: Dolah sayang kepada ibunya
Nilai dalam keseluruhan drama:
- ketaatan
Contoh: Siti Rahimah taat kepada arahan suaminya Dolah.
- keinsafan
Contoh: Dolah insaf atas perbuatannya.
- kesabaran

51

Contoh: Soud meminta Dolah agar bersabar dengan hinaan orang kampung
---------------------------------------------------------------------------------------------------Petikan 3
Romli: Itu betul, Pak Sudin
Pak Sudin:.
Kamar:.
Pak Sudin:.
Leman: .
Romli: .
Kamar : .
Leman : .
Pak Sudin :
Romli : Mengapa dulu tak begini? (m.s.261)
i.
Nyatakan masalah-masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak di kampung
tersebut. [2m]
Masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak kampung:
anak-anak sakit
menghidap penyakit yang bukan-bukan
mata anak Romli dan Pak Sudin tertangkup
ada anak yang lumpuh
ada anak yang pekak
ada anak yang tolol
ii.
Jelaskan usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk mencegah penyakit berjangkit
merebak dalam kalangan masyarakat. [3m]
Usahausaha untuk mengelakkan penyakit berjangkit:
Sentiasa menjaga kebersihan diri.
Kerajaan mengetatkan kawalan di pintu masuk negara.
Menghapuskan haiwan atau serangga pembawa penyakit.
Menyuntik vaksin pada masyarakat awam, sebagai langkah pencegahan,
Melarang rakyat negara ini melawat negara yang ada penyakit berjangkit.
Kerajaan menganjurkan kempen kesedaran tentang bahaya penyakit berjangkit.
iii. Huraikan satu pengajaran dalam petikan drama dan satu pengajaran lain daripada
drama tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [4m]
Pengajaran dalam petikan:
- Kita janganlah mencemarkan alam sekitar
Contoh: Tuan Dollah mencemarkan sungai dengan najis-najis kuda yang dipeliharanya.
- Kita janganlah mengabaikan kesihatan diri
Contoh: Banyak anak kampung / penduduk kampung menghidap penyakit akibat pencemaran
alam sekitar yang berlaku di kampung tersebut.
Pengajaran dalam keseluruhan drama:
- Kita hendaklah mencari rezeki atau harta yang halal.
Contoh: Abu Lahab mengumpul harta dengan menipu orang kampung dan akhirnya mereka
telah dimasukkan dalam tahanan.
- Kita janganlah menindas golongan yang lemah atau miskin.
Contoh: Dollah dihina oleh masyarakat kampung sehingga tidak ada orang yang mahu
menerima pinangannya kerana dia capik dan miskin.

52

- Kita hendaklah taat dan menunaikan perintah Allah.


Contoh: Maulana mengingatkan Dollah supaya mentaati Allah dan bukannya menurut nafsu.
- Kita hendaklah insaf dan bertaubat atas segala kesalahan yang telah kita lakukan.
Contoh: Abu Lahab dan isterinya insaf atas perbuatan mereka menipu orang kampung. Mereka
berjanji akan memulangkan harta orang kampung semula.
- Kita janganlah mencari kesenangan dan kemewahan dengan memperdaya orang lain.
Contoh: Abu Lahab dan isterinya hanya mementingkan kekayaan sahaja sehingga sanggup
memujuk dan memperdaya orang kampung supaya menjual tanah kepada Dolah.
- Kita hendaklah menyebarkan ilmu yang kita miliki kepada orang lain
Contoh: Intan Siti Rahimah ingin mengajar anak-anak orang kampung untuk berkongsi ilmu
dengannya.
- Kita janganlah mudah terpedaya dengan pujukan orang lain.
Contoh: Penduduk kampung menjual tanah mereka setelah dipujuk oleh Abu Lahab dan
isterinya.
- Kita janganlah mempercayai / terpengaruh dengan kepercayaan khurafat
Contohnya: Dolah menggunakan azimat yang diberikan oleh Tuk pawang dan khidmat Jin
tanah untuk mendapatkan kekayaan
---------------------------------------------------------------------------------------------------Petikan 4
INTAN SITI RAH\MAH: Siang tadi Intan ke surau.
PAK TUAN DOLAH:
INTAN SITI RAHMAH:
PAK TUAN DOLAH:
INTAN SITI RAHIMAH:
PAK TUAN DOLAH:
INTAN SITI RAHIMAH:
PAK TUAN DOLAH: Itu salah siapa? (m.s.257)
i. Kemukakan dua sebab Pak Tuan Dolah melarang Intan Sit.i Rahimah ke surau. [2 m]
tidak mahu isterinya bergaul dengan orang miskin
tidak mahu orang kampung mengadukan masalah mereka kepada Intan Siti Rahimah
ii.
Berikan tiga kesan buruk apabila orang-orang kaya menjauhkan diri mereka
daripada orang miskin. [3 m]
menyebabkan masyarakat berpuak-puak
harta dan kekayaan yang diperoleh tidak dapat dikongsi bersama-sama
gagasan kerajaan untuk mewujudkan masyarakat penyayang tidak tercapai
iii.
Huraikan satu nilai kemanusiaan berdasarkan petikan drama tersebut dan satu nilai
kemanusiaan lain yang terdapat dalam keseluruhan drama. [4 m]
Nilai kemanusian dalam petikan:
- keprihatinan
Contoh: Intan Siti Rahimah prihatin terhadap masalah orang kampung
Nilai kemanusiaan dalam keseluruhan drama:
- keinsafan

53

Contoh: Wak Tuan Dolah akhirnya sedar akan kesalahnya terhadap penduduk
kampung, ibunya dan Tuhan.

DRAMA TIANG CENGAL DINDING SAYUNG


Petikan 1
SANI : Sani yakin, emak. Sani yakin bapa masih hidup.
SABARIAH:
SANI:..
SABARIAH:..
SANI:.
SABARIAH:.
SABRI:
SABARIAH:.
SABRI: (Meluru Ice arah SABARIAH) Hiss, apa ni Angah? Jangan ditengking
herdik Sani itu. Tidak tengok emakkah? Jaga sikit mulut itu. (m.s.214)
i. Apakah tanggapan Sabariah terhadap bapanya? [2 m]
Tanggapan Sabariah terhadap bapanya:
bapanya sudah tidak ada/mati
mayatnya mungkin sudah hilang
ii. Pada pendapat anda, mengapakah pertelingkahan dalam kalangan keluarga sering
berlaku? [ 3 m]
Pada pendapat saya, pertelingkahan dalam keluarga sering berlaku kerana:
masing-masing ada ego yang tersendiri / tiada rasa hormat antara satu sama lain
perbezaan pendapat dalam sesuatu perkara/kurang persefahaman
perebutan harta benda/harta pusaka
iii. Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan drama di atas dan satu
pengajaran lain daripada keseluruhan drama tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
[ 4 m]
Satu pengajaran dalam petikan:
- Kita perlu menjaga hubungan yang baik dalam keluarga/ Kita hendaklah hormatmenghormati / Jangan bergaduh antara adik-beradik /Janganlah bercakap kasar sesama ahli
keluarga.
Cth: Sabariah yang tidak suka kepada Sani dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap
Sani.
Satu pengajaran daripada keseluruhan drama:
- Kita hendaklah menjalankan tanggungjawab dengan baik iaitu memberikan pendidikan
kepada anak-anak.
Cth: Pak Jumaat dan Mak Jah memberikan pendidikan kepada anak-anaknya sehingga anakanaknya berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.
- Kita hendaklah mengenang jasa ibu bapa yang telah memhesarkan kita.
Cth: Sani menyayangi Pak Jumaat dan Mak Jimah sepenuh hati walaupun dia hanya anak
angkat sahaja.
- Kita perlu menyesal dan insaf terhadap kelemahan kita.
Cth: Sabariah insaf atas kesilapannya yang tidak dapat meluangkan masa dengan ibu bapanya.
54

- Kita pertu bersyukur dengan apa-apa yang kita miliki.


Cth: Man Bengap bersyukur dengan kehidupannya yang serba kekurangan.
- Kita perlu berjimat cermat ketika berbelanja.
Cth: Pak Jumaat menyimpan duit yang dikirimkan oleh anak-anaknya.
- Kita perlulah bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara.
Cth: Penduduk kampung bekerjasama mencari Pak Jumaat yang hilang.
---------------------------------------------------------------------------------------------------Petikan 2
PAK MAN: Assalamualaikum, Sani.
SANI:
PAK MAN: .
SANI :
PAK MAN: .
SANI: .
PAK MAN: .
SANI: .
PAK MAN: Ini semua kuasa Allah. Ombak besar itu tidak sampai ke rumah kita. Mujur ada
pulau depan pantai kita. Kalau tidak, rumah kamu, rumah aku habis ranap. Kebetulan pula aku
demam hari itu, tidak turun ke laut. Kalau tidak, aku sendiri tidak dapat ramal nasib akuini, Sani.
(Menyalakan rokok daun) Kamu cuti lama? (m.s.192)
i. Kemukakan dua sebab Pak Man mengatakan hasil tangkapannya tidak banyak. [2 m]
Dua sebab Pak man mengatakan hasil tangkapan tidak banyak
kesan tsunami
ikan besar belum ada/ ikan besar dihanyutkan ombak besar
ii. Pada pendapat anda, bagaimana kita dapat membantu meringankan beban orang yang
ditimpa bencana? [3 m]
Cara untuk membantu meringankan beban orang ditimpa bencana:
- memungut derma untuk mereka
- melawat tempat bencana dan memberikan bantuan yang diperlukan
- membantu memulihkan kawasan bencana seperti tempat tinggal, membersihkan
kawasan tersebut
- memberikan sokongan moral
- memberikan bantuan perubatan
iii. Kemukakan dua nilai dalam petikan, dan dua nilai dalam keseluruhan drama. [4 m]
Satu nilai yang terdapat dalam petikan
- kesyukuran
Cth: Pak Man bersyukur kerana terselamat daripada menjadi mangsa tsunami.
Satu nilai dalam keseluruhan drama:
- kesetiaan
Cth: Mak Jimah begitu setia menunggu suaminya pulang di tepi pantai setiap hari
- kasih sayang
Cth: Jimah sangat menyayangi suaminya dan sentiasa mendoakan suaminya pulang ke
pangkuannya.
55

- keprihatinan
Cth: Sani sentiasa bersama-sama ibunya semasa auyahnya hilang di laut
- kesopanan
Cth: Pak Man menasihati Sabariah yang bersikap kurang ajar / kurang sopan kepada ibunya
bapanya
---------------------------------------------------------------------------------------------------Petikan 3
PAK MAN: Apa pun, dia tetap balik, Sabariah. Begifirlah.
SABARIAH:.
SANI: .
SABARIAH:
SABRI: Ya Allah... . Apa ni?
SANI:.. Baliklah, itu saja pesan mak. Sani tidak tambah satu ayat pun. (m.s.225)
i. Berikan dua pesanan emak kepada anak-anaknya seperti yang telah disampaikan oleh
Sani. [2 m]
Dua pesanan emak :
mengembalikan buku simpanan mereka
menyemak baki dalam buku simpanan
mengambil duit mereka kembali
mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih
menyuruh mereka balik ke tempat masing-masing
ii. Pada pendapat anda, apakah yang patut dilakukan oleh anak-anak untuk menghargai
jasa ibu bapa mereka? [3 m]
Pendapat:
menjaga hati/perasaan mereka
bercakap dengan nada dan suara yang sopan/menghormati mereka
menjaga mereka ketika mereka sakit
mendoakan kesihatan / kesejahteraan hidup mereka
belajar bersungguh-sungguh
membawa mereka pergi bercuti/menghantar mereka ke Mekah
iii. Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan drama di atas dan satu
persoalan yang lain daripada keseluruhan drama itu. [4 m]
Satu persoalan dalam petikan drama:
- Kesetiaan seorang isteri
Cth : Jimah setia menunggu kepulangan suaminya di tepi pantai.
- Jujur menyampaikan amanah
Cth: Sani dengan jujur telah menyampaikan pesanan emaknya kepada
abang dan kakaknya.
- Kata-kata lebih tajam daripada mata pedang
Cth : Sabariah dan adik-beradiknya amat terasa akan kata-kata Pak Man.
- Pengabaian terhadap ibu bapa
Cth: Sabariah dan adik-beradiknya telah mengabaikan ibu bapa mereka.
Satu persoalan dalam keseluruhan drama:
- Sikap anak-anak yang terlalu mementingkan kerjaya

56

Cth: Shahrul mahu kembali ke tempat kerjanya walaupun ayahnya masih


belum dijumpai.
- Ketentuan qadak dan qadar Tuhan
Cth: Pak Jumaat yang hilang di laut akibat tsunami telah dijumpai selamat.
- Ketabahan menghadapi dugaan hidup
Cth: Jimah tabah menghadapi dugaan hidup apabila suaminya hilang di laut semasa kejadian
tsunami.
- Kepincangan masyarakat yang mengambil kesempatan atas kesusahan
orang lain
Cth: Wahid dan Senin mengambil kesempatan menipu dan mencuri
barangan mangsa tsunami.
---------------------------------------------------------------------------------------------------Petikan 4
SABARIAH : Emak... . Sabariah minta maaf.
SHAHRUL :
SALMAH :
JIMAH : Sepatutnya kehadiran kamu pada kala aku dan bapa kamu ditimpa musibah:
(m.s.229)
i.
Apakah kesalahan yang dilakukan oleh Sabariah sehingga sanggup jarinya
dipotong? [ 2 m]
Sabariah memohon ampun kepada emaknya
Menyedari kasih sayang lebih penting daripada wang
Kasih sayang ibu tiada penghujung
ii.
Ibu bapa sebenarnya tidak mengharapkan wang ringgit anak-anak mereka. Pada
pendapat anda, apakah yang diharapkan oleh setiap ibu bapa daripada anak-anak
mereka? [3m]
Menghormati antara satu sama lain
Sentiasa bertolak ansnr antara satu sama lain
Menjaga hati orang yang lebih tua
Sentiasa memberikan sokongan sekiranya ada ahli keluarga dalam kesusahan
Menjaga hati ibu bapa
iii.
Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan drama dan satu latar
masyarakat lain yang terdapat dalam keseluruhan drama. [4m]
Latar masyarakat yang terdapat dalam petikan drama:
- masyarakat yang sentiasa memaafkan kesalahan orang
Cth:.
Latar masyarakat lain yang terdapat dalam keseluruhan drama
- Masyarakat yang menjaga hubungan kekeluargaan
Cth:
- Masyarakat yang tidak berputus asa dalam melakukan sesuatu perkara
Cth:
-----------------------------------------------------------------------------------------------------Petikan 5
SANI : (SANI cuba memujuk) Emak tidak makan tidak minum dari pagi tadi
JIMAH :(Menoleh memandang SANI) Bapa kau di tengah.

57

SANI : Sani yakin, Emak. Sani yakin bapa masih hidup. (m.s.213)
i.
-

Mengapakah emak beranggapan laut tidak akan memusnahkan harapannya? [2 m]


Laut tempat Tuhan memberi rezeki / kehidupan
laut tempat Tuhan kumpulkan hidupan air untuk manusia
Laut bukan tanah perkuburan / laut tidak menyusahkan manusia
laut sebagai kilang tempat Allah limpahkan rahmat-Nya

ii.

Pada pandangan anda, mengapakah seseorang itu masih sanggup menjadi nelayan
walaupun mengetahui malapetaka yang bakal menimpa apabila berada di tengah
tengah laut? [3 m]
- pekerjaan tersebut telah dilakukan sejak remaja dan sudah sebati dengan jiwa mereka
- golongan ini tiada kemahiran lain untuk bertukar bidang kerja
- mereka yakin hidup dan mati telah ditentukan oleh Allah, jadi masalah tempat kerja bukan
menjadi halangan untuk terus mencari rezeki
iii. Jelaskan satu latar masyarakat dalam petikan drama di atas dan satu latar
masyarakat lain daripada drama tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [3 m]
Dalam petikan:
- masyarakat nelayan yang hidup bergntung sepenuhnya kepada hasil laut
Cth: Suami Jimah yang bekerja sebagai nelayan dalam membesarkan mereka anak-beranak
Keseluruhan drama:
- masyarakat golongan terpelajar yang menjawat jawatan professional
Cth: Sani seorang doktor, Shahrul seorang akauntan dan Sabri seorang arkitek.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------Petikan 6
SANI : Emak, cukuplah itu, emak...
SABRI : Emak, mari kita jumpa bapa.
SALMAH :
SHAHRUL :
SABARIAH : Emak, Sabariah mohon ampun, emak . (m.s.231)
I. Berikan bukti yang menunjukkan Sabariah telah sedar akan kesilapannya? [2 m]
Sabariah memohon ampun kepada emaknya
Menyedari kasih sayang lebih penting daripada wang
Kasih sayang ibu tiada penghujung
II. Pada pendapat anda, apakah yang boleh dilakukan untuk memupuk kasih sayang
dalam kalangan keluarga? [3m]
Menghormati antara satu sama lain
Sentiasa bertolak ansnr antara satu sama lain
Menjaga hati orang yang lebih tua
Sentiasa memberikan sokongan sekiranya ada ahli dalam kesusahan
Menjaga hati ibu bapa
III. Huraikan satu pengajaran dalam petikan drama di atas dan satu pengajaran daripada
drama tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [4m]
Satu pengajaran dalam petikan drama:
Kita hendaklah memaafkan kesalahan orang + Cth:
Kita perlulah memohon kemaafan sekiranya melakukan kesalahan + Cth:
58

Pengajaran berdasarkan drama:


Kita hendaklah menjaga hubungan kekeluargaan + Cth:
Kita hendaklah tidak berputus asa dalam melakukan sesuatu perkara + Cth:
***Untuk cth..lihat buku ulasan komsas

DRAMA GELANGGANG TUK WALI


Petikan 1:
JAMIL: DIa tak tembak tuk?
TUK WALI: .
JAMIL :.
HALIM: .
TUK WALI: .
HALIM : ..
TUK WALI: Tiba-tiba tuk terpegang pistol!..... (m.s.210)
i.
-

Apakah reaksi Tuk Wali ketika diserang? [2m]


Reaksi Tuk Wali ketika diserang ialah
Tuk Wali mengelak ke kiri dan ke kanan
Tuk Wali menunggu kapak sampai hinggap atas kepala
Tuk Wali berdoa
Tuk Wali mengacu pistol kepada dua orang perompak

ii.
Pada pendapat anda, apakah kelebihan yang dimiliki oleh seseorang yang mahir
dalam seni dalam seni pertahanan diri? [3 m]
Dapat mempertahankan diri ketika dalam bahaya
Dapat membantu orang lain yang dalam kesusahan
Dapat melatih diri agar lebih berdisiplin
Dapat meningkatkan keyakinan diri
Akan lebih dihormati / disegani/ tidak dibuli
iii.
Huraikan satu perwatakan Tuk Wali yang terdapat dalam petikan drama di atas dan
satu perwatakannya yang lain daripada keseluruhan drama itu yang tidak terdapat dalam
petikan. [4m]
Satu perwatakan Tuk Wali berdasarkan petikan:
- Tuk Wali seorang yang berani
Cth: Tuk Wali berani mengacukan pistol kepada dua orang yang
menyerangnya.
- Tuk Wali seorang yang yakin diri
Cth: Tuk Wali berdoa sewaktu penyerang cuba mengapak kepalanya
- Tuk Wali seorang yang cekal
Cth: Tuk Wali tidak mudah menyerah kalah tetapi tetap berusaha mengelak serangan yang
bertubi-tubi walaupun dia sudah keletihan dan pandangannya sudah kabur.
Satu perwatakan Tuk Wali yang lain berdasarkan keselurhan drama:
- Tuk Wali seorang yang panas baran / pemarah
Cth: Tuk Wali menampar pemuda yang biadap kerana menari dan bermain gitar di rumah Tuk
Wali
-

Tuk Wali seorang yang cekap

59

Cth: Sewaktu pertarungan dengan Siak, Tuk Wali hanya mempertahankan diri dan dapat
mematahkan serangan dengan mudah.
- Tuk Wali seorang yang alim.
Cth: Tuk Wali tidak pernah tinggal solat berjemaah di masjid malah mengerjakan solat sunat
setiap malam.
- Tuk Wali seorang yang ikhlas.
Cth: Tuk Wali ikhlas dalam menyampaikan ilmu persilatan.
- Tuk Wali seorang yang baik hati / prihatin
Cth: Dia banyak melakukan kerja kebajikan untuk masyarakat untuk masyarakat seperti
mengubat orang sakit, mengurut, menggali kubur dan memandikan jenazah.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------Petikan 2
RIPIN: Wak masuk hutan minggu lepas?
TUK WALI:
RIPIN:
TUK WALI:
.RIPIN:
TUK WALI: .
RIPIN: .
TUK WALI:.
RIPIN: Masya-Allah! Semuanya diajar, wak? (m.s.190)
i.
-

Apakah pandangan Tuk Wali tentang orang sekarang? [2 m]


Pandangan Tuk Wali tentang orang sekarang
Orang sekarang tak berasa malu bila merosakkan(alam/hutan)
Hilang rasa hormat pada alam
Melanggar pantang larang
Cakapnya/Tuk Wali tidak dihargai

ii. Pada pendapat anda, mengapakah perubatan tradisional seperti


menggunakan tumbuhan herba masih diamalkan oleh masyarakat kini?
Perubatan tradisional seperti menggunakan tumbuhan herba masih diamalkan kerana....
Kos yang murah berbanding perubatan moden
Sebahagian tumbuhan herba mudah didapati di mana-mana
Dapat menyembuhkan penyakit yang tidak dapat diubati secara perubatan moden
Ada perubatan tradisional yang diiktiraf/mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan
Malaysia
-

Pengalaman lalu/testimonial menggunakan perubatan tradisional berkesan

iii. Jelaskan satu perwatakan Tuk Wali berdasarkan petikan


dan satu perwatakan Tuk Wali berdasarkan keseluruhan drama. [4m]
Perwatakan Tuk Wali berdasarkan petikan:
- Seorang yang percaya pada pantang larang
Contohnya: Tuk Wali berpegang kuat pada pantang larang ketika masuk ke hutan agar pokokpokok hutan dapat kekal sehingga ke anak cucu
- Seorang yang gigih/rajin
Contohnya: Tuk Wali bekerja sehari suntuk di hutan untuk mendapatkan akar kayu
Satu perwatakan berdasarkan keseluruhan cerpen:

60

- Seorang yang berani.


Contohnya: Tuk Wali berani bertarung dengan Siak apabila Siak datang menyerangnya.
- Seorang yang cekap
Contohnya: Tuk Wali pantas dan cekap menewaskan perompak yang cuba merompak kedai
emas.
- Seorang yang taat akan perintah agama.
Contohnya: Tuk Wali tidak pernah meninggalkan solat berjemaah di masjid dan rajin
menunaikan solat sunat.
- Seorang yang ikhlas
Contohnya: Tuk Wali melakukan kerja-kerja kemasyarakatan seperti memandikan jenazah,
menggali kubur tanpa meminta upah.
---------------------------------------------------------------------------------------------------Petikan 3
TUK WALI: (Bangun dan mengingati sesuatu) Di rumah Haji Kodri tadi aku tau aku memang
sengaja dimalukan. Aku malu, Umi! Malu! (m.s.200)
i.
Apakah yang dimaksudkan oleh Tuk Wali dengan mengatakan Aku tau mereka
Cuma jadikan Si Piee tu kambing hitam! dalam petikan di atas? [2m]
- orang kampung menjadikan Piee, anak tiri Tuk Wali sebagai alat untuk mempersendakan Tuk
Wali dari segi tingkah laku sehinggalah setiap perbuatannya.
ii.
-

Sekiranya anda anak murid yang paling rapat dengan Tuk Wali, nyatakan
tindakan-tindakan yang patut anda lakukan untuk menjernihkan keadaan. [4m]
memberikan galakan dan sokongan kepada Tuk Wali
menasihati Tuk Wali supaya jangan mudah berkecil hati dengan kata-kata orang
menaikkan semangat Tuk Wali supaya meneruskan perjuangan mengangkat ilmu
persilatan
meyakinkan orang kampung bahawa tanggapan negatif mereka terhadap Tuk
Wali adalah tidak benar

iii.
Berikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan dua persoalan lain
yang terdapat dalam keseluruhan drama. [3m]
Dalam petikan:
- pandangan negatif masyarakat terhadap dunia persilatan
Cth:.
Keseluruhan drama:
cabaran dan kekangan mempertahankan warisan budaya
Cth:
- Penyalahgunaan dadah dalam kalangan anak muda
Cth:
-----------------------------------------------------------------------------------------------------Contoh-contoh soalan dan jawapan KBAT
i.
Pada pendapat anda, mengapakah kita digalakkan agar mencari penyelesaian secara
berhemah apabila berlaku sesuatu pertelingkahan?
dapat mengelakkan perasaan dendam antara pihak yang terlibat
dapat mengelakkan kematian atau kecederaan terhadap mana-mana pihak

61

dapat mengekalkan perhubungan antara pihak yang bergaduh


untuk mengekalkan semangat perpaduan

ii.
Sekiranya anda ialah siak, adakah anda akan mengajak Tuk Wali beradu tenaga di
gelanggang? Berikan empat alasan anda.
Ya kerana:
Tuk Wali telah menampar cucu saya
bertindak bersendirian
tidak mempunyai belas kasihan kepada remaja
sudah takbur dan bongkak dengan kehebatannya
Tidak kerana:
tindakan Tuk Wali adalah betul
boleh diselesaikan menerusi muafakat
perbuatan cucu adalah salah dan perlu diberikan pengajaran
dia tidak melakukan perbuatan yang melulu.
iii. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk memelihara hutan di negara kita?
Kemukakan tiga pendapat anda.
mewujudkan hutan simpan yang tidak boleh diteroka
memperkasakan pasukan penguat kuasa dalam usaha menjejaki penceroboh hutan
meningkatkan jumlah denda dan hukuman kepada pembalak haram
melaksanakan usaha penanaman pokok hutan selepas balak ditebang
iv.
v.
diri?
-

Nyatakan langkah-langkah untuk membentuk kecemerlangan akhlak remaja.


ibu bapa memberikan pendidikan agama dan mengasuh anak-anak di rumah
masyarakat mengadakan pelbagai aktiviti yang berbentuk kemasyarakatan seperti
bergotong-royong
jiran-jiran menegur kelakuan remaja yang sumbang dan memberitahu ibu bapanya
kerajaan melancarkan kempen budi bahasa dan nilai murni
Pada pendapat anda, apakah faedah-faedah mempelajari seni mempertahankan
badan cergas kerana dapat merenggangkan otot, sendi dan mengurangkan lemak
dapat mempertahankan diri jika diserang oleh musuh
mewakili sekolah dalam pertandingan sukan dan dapat meningkatkan imej sekolah
mengekalkan budaya bangsa untuk diwariskan kepada generasi yang akan datang.

vi.
Pada pendapat anda, mengapakah silat tradisional semakin kurang digemari oleh
anak remaja sekarang?
- kerana anak muda sekarang gemar aktiviti yang lebih lasak seperti ragbi dan futsal
- bagi mereka yang meminati seni mempertahankan diri, mereka lebih cenderung memasuki
kelab tekwando atau karate
- kurangnya tempat yang menawarkan latihan silat tradisional disebabkan kekurangan
jurulatih mahir.
vii. Tuk Wali seorang tokoh yang memperjuangkan seni silat tradisional. Pada pendapat
anda, mengapakah sejak akhir-akhir ini seni silat tradisional kurang digemari oleh
masyarakat?
- kerana mendapat persaingan daripada seni silat dari luar seperti tekwando dan karate
- orang yang mahir mengajar seni silat tradisional makin kurang
- seni silat tradisional tidak memberikan gred terhadap pencapaian aklinya, tidak seperti
tekwando yang memberikan ahlinya tali pinggang biru, hijau, hinggalah tali pinggang hitam

62

viii.
Pada pendapat anda, mengapakah Tuk Wali melawan kumpulan perompak itu?
Berikan tiga alasan anda.
kerana dia mempunyai sifat keberanian yang tinggi
Tuk wali mempunyai ilmu persilatan yang hebat
Tuk wali yakin bahawa dia mampu menewaskan mereka.

CERPEN TANGGAR AMANAT


Petikan:
Pipinya bergerak-gerak mendengar saranan itu. Ikut pulang meledak. Adam tidak pernah
begitu(m.s.178)
i)
Apakah dua perkara yang diperlukan untuk mempertahankan warisan nenek
moyang? (2m)
keberanian
kekuatan
ii)
Sekiranya anda ialah Hawa, apakah pilihan anda, mengikut Adam pulang atau
meneruskan usaha Ahmad Abdullah? Nyatakan empat alasan anda. (4m)
Mematuhi perintah suami dituntut oleh agama
Keputusan tinggal di situ mengancam nyawa
Dapat meneruskan usaha Ahmad Abdullah di tempat lain
Berdosa jika mengingkari kata-kata Adam.
iii) Nyataka satu perwatakan Hawa dalam petikan dan dua perwatakan lain yang
terdapat dalam keseluruhan cerpen. (3m)
Perwatakan dalam petikan:
- seorang yang keras hati
Cth: enggan mengikut Adam pulang ke Malaysia
Pewatakan keseluruhan petikan:
- seorang yang berani
Cth: Janin dalam kandungan Hawa berani berhadapan dengan risiko yang mungkin akan
meragut nyawanya.
iv)
Pengajaran:
- Kita hendaklah bijak dalam berhujah.
Cth: Si anak berjaya meyakinkan bondanya bahawa usaha perniagaan boleh dilakukan di
tempat lain.
- kita hendaklah sabar dengan kerenah ahli keluarga.
Cth: Adam tidak jemu-jemu memujuk Hawa yang enggan berpindah ke Malaysia.
v)
Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan apabila berhadapan dengan
kejadian luar biasa?
berfikiran rasional, sama ada hendak menerima atau tidak kejadian yang berlaku
kuatkan semangat untuk menghadapi sebarang kemungkinan
berdoa dan berserah kepada Tuhan.
vi)
Pada pendapat anda, apakah yang akan terjadi jika Hawa masih berdegil mahu
tinggal di Yellowstone?

63

nyawanya terancam
dia akan kehilangan suaminya
usahanya untuk menyelamatkan warisan Ahmad Abdullah hanya sia-sia.

CERPEN PENANGGUNGAN
Petikan 1
Beberapa minit kemudian, mereka terpegun melihat Masnah mengerang. Dia
bergerak............Malangnya masing-masing ada dengan penyakitnya." (m.s.163)
i.
Mengapakan isteri Kapten Mamat menyangka bahawa Masnah dirasuk polong?
[2m]
- Muka Masnah terlalu pucat
- Mata Masnah liar
ii. Sekiranya anda ialah Kapten Mamat, apakah bantuan yang yang akan anda berikan
kepada Masnah dan anak-anaknya? Berikan tiga contoh bantuan tersebut.
- bantuan kewangan untuk meringankan beban Masnah
- bantuan dalam bentuk pakaian dan peralatan sekolah anak-anaknya
- bantuan dalam bentuk barangan keperluan harian.
i.
Huraikan satu nilai murni yang terdapat dalam petikan dan satu nilai murni lain yang
terdapat dalam keseluruhan cerpen.
Nilai murni dalam petikan;
Baik Hati
Cth: Kapten Mamat berjanji akan memastikan Masnah dan anak-anaknya tidak akan disiasiakan.
Nilai dalam keseluruhan cerpen;
Prihatin
Cth: Kapten Mamat begitu prihatin akan nasib isteri dan anak-anak
pekerja yang ditimpah kemalangan.
---------------------------------------------------------------------------------------------------Petikan 2
Abang Mat lupa. Engkau dan anak-anak akan dibayar pampasan. (m.s.160)
i.
Apakah kata-kata semangat yang diberikan oleh Kapten Mamat untuk
menyedarkan Mas tentang kematian suaminya? [2m]
Kata-kata semangat yang diberikan oleh Kapten Mamat untuk menyedarkan Mas tentang
kematian suaminya ialah:
Kematian Baharum adalah suatu pengorbanan
Kecintaan Baharum terhadap negara amat tinggi
Bahrum sanggup berkhidmat untuk bangsa dan negara
ii.
Pada pendapat anda, apakah cabaran-cabaran yang terpaksa dihadapi
oleh
pekerja yang berkhidmat di dalam kapal? [3m]
Antara cabaran yang terpaksa dihadapi oleh pekerja yang berkhidmat di dalam kapal ialah:
Berada di laut dalam tempoh masa yang lama
Terpaksa meninggalkan/ berjauhan daripada keluarga
Sentiasa berhadapan dengan bahaya/ risiko
Persekitaran kerja yang kurang selesa

64

iii.
Berikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan cerpen dan satu pengajaran
lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen.
Pengajaran yang terdapat dalam petikan cerpen ialah:
Kita hendaklah sedar bahawa hidup mati seseorang telah ditentukan oleh Allah.
Contohnya, Kapten Mamat menjelaskan kepada Masnah bahawa ajal Baharum telah ditetapkan
oleh Allah.
Pengajaran yang terdapat dalam keseluruhan cerpen ialah:
- Kita hendaklah membantu orang yang berada dalam kesusahan. Contohnya, Kapten
Mamat berjanji akan membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Masnah.

REVISI KOMSAS SPM 2015 - SIRI 5


CERPEN IDOLA
Petikan 1
Apakan daya aku hanya si penjaga panggung, Setiap malam aku menyusun mimpi.
(m.s.147)
(a)
Berikan maksud menampilkan kejantanan. [2m]
- Mempamerkan sifat-sifat kelelakian
(b) Pada pendapat anda, apakah tindakan si penjaga panggung untuk memperbaiki
kedaifan hidupnya? [3m]
- Melakukan kerja sampingan
- Belajar lagi sambil bekerja untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik
- Meningkatkan kemahiran diri dalam bidang yang diminati seperti lakonan
(c) Huraikan satu nilai yang terdapat dalam petikan dan satu nilai lain yang terdapat
dalam keseluruhan cerpen. [4 m]
Nilai dalam petikan:
- Amanah:
Cth: Si penjaga panggung mengemas panggung dan menyusun kerusi sebaik sahaja
persembahan tamat pada setiap malam.
Nilai dalam keseluruhan cerpen:
Bertanggungjawab
Cth: Si penjaga panggung bertanggungjawab menjaga panggung
-

Merendah diri
Cth: Hero tidak sombong walaupun sering dipuji oleh penonton

---------------------------------------------------------------------------------------------------Petikan 2
Pada suatu petang,. Tapi tapi saudara memang benar-benar hebat.(m.s.149)
(a) Apakah tujuan si penjaga panggung datang ke panggung walaupun dia tidak
bertugas waktu itu? [2 m]
- Untuk bertemu dengan si hero
65

(b) Pada pendapat anda, mengapakah seseorang hero sering dikagumi oleh para
penonton? [4 m]
- Hero itu seorang yang gagah
- Hero itu seorang yang baik hati
- Hero itu seorang yang tampan
- Hero sering berjaya menumpaskan kejahatan
(c) Huraikan satu perwatakan si hero yang terdapat dalam petikan dan satu perwatakan
si hero yang terdapat dalam keseluruhan cerpen. [4 m]
Perwatakan yang terdapat dalam petikan:
- Seorang yang merendah diri:
Cth: Hero menganggap lakonannya tidak seberapa dan tidak suka dipuji oleh si penjaga
panggung
Perwatakan yang terdapat dalam keseluruhan cerpen:
Seorang yang berbakat
Cth: Hero berbakat besar dalam lakonan sehingga dikagumi para penonton
- Seorang yang amanah
Cth: Si hero menjaga mutu lakonannya kerana sedar pengarah memberi kepercayaan
kepadanya
---------------------------------------------------------------------------------------------------Petikan 3
"Misalkan saja saudara minat memancing. Si penjaga panggung mengangguk-angguk
lesu. (m.s.151)
i.
Apakah maksud terkesima? (2 m)
- tercengang / termangu-mangu / hilang akal
ii.
Mengapakah si hero menyuruh penjaga panggung berhenti memuji dirinya? (3m)
Sebab si hero menyuruh penjaga panggung berhenti memuji dirinya ialah dia menjadi hero atas
tuntutan lakonan, bukannya kerana minat. Selain itu, hero juga mengatakan supaya penjaga
panggung tidak terkesima akan sesuatu yang lahirnya tampak cemerlang dan cerlang sinarnya.
iii.
Jelaskan punca masyarakat terlalu mengagumi golongan pelakon dan penyanyi
mengikut pandangan anda (4 m)
Masyarakat mengagumi pelakon dan penyanyi kerana penampilan mereka yang bergaya dari
segi bakat dan persembahan yang ditampilkan semasa beraksi. Selain itu, masyarakat
menganggap kehidupan pelakon dan penyanyi yang sentiasa mendapat liputan media untuk
tatapan peminat yang mahu mengikuti perkembangan karier dan kisah hidup di luar bidang
persembahan mereka.
iv.
Huraikan satu pengajaran daripada petikan di atas dan satu pengajaran daripada
cerpen yang tidak terdapat dalam petikan di atas. (4 m)
Pengajaran daripada petikan ialah kita tidak sehajarnya memuji seseorang artis secara
keterlaluan. Hero bangsawan telah menasihati penjaga panggung supaya memuji diri
sendiri, iaitu memberi fokus terhadap kenyataan hidup diri sendiri. Pengajaran daripada
cerpen ialah kita hendaklah sentiasa amanah dalam tugas. Si penjaga panggung
seharusnya terus membuat kerja seperti biasa, dan tidak bertindak membalingkan
kerusi ke dinding panggung semata-mata menurutkan kata hatinya yang ingin berubah.
66

CERPEN BIARKAN SAMUDERA


Petikan 1
Ayah tidak boleh dipisahkan daripada samudera itu Pembangunan mewah itu telah
menciptakan pisau tajam(m.s.177)
i.
Mengapakah Hakimah berasa perlu membantu Mir? [2m]
- Sahabat baik
- Mir tidak ada ibu
- Ayahnya sudah tua
- Tidak memiliki apa-apa harta / tidak ada setapak tanah pun miliknya yang
sah
ii.
Pada pendapat anda, nyatakan tiga punca berlakunya pencemaran laut? [3m]
- Pembuangan sisa toksik kilang
- Tumpahan minyak dari kapal
- Pembuangan bahan sisa domestik
- Pembuangan sisa kotoran dari ladang ternakan
- Pembangunan di kawasan pesisir pantai.
iii.
Nyatakan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan
daripada keseluruhan cerpen. [4m]
Persoalan daripada petikan
- Pencemaran laut:
Cth: laut sangat terseksa, menderita, sakit dan dadanya bergelora kerana disakiti oleh
orang yang tidak bertanggungjawab.
- Sahabat yang sanggup berkorban dan bersama ketika susah dan senangCth: Hakimah adalah sahabat baik Amirah yang mengambil berat serta
berusaha untuk membantu Amirah yang mengalami penyakit kemurungan.
Persoalan daripada keseluruhan cerpen
- Persoalan menghargai alam sekitar
Cth: Ayah Mir sangat menghargai dan menyayangi laut sehingga tidak boleh dipisahkan dengan
laut.
- Persoalan konflik jiwa yang dialami oleh remaja kesan daripada kesempitan
Cth: Hidup Amirah mengalami tekanan perasaan apabila memikirkan nasib keluarganya yang
hidup dalam kesempitan.
Petikan 2
Suara garau ayahkah yang. Ayah yakin samudera tetap akan terus.(m.s.181)
i)
Apakah harapan ayah Mir kepadanya setelah lulus nanti seperti yang terdapat
dalam petikan. [2m]
- Mencari kerja yang baik
- Membina mahligai sendiri
ii) Pada pendapat anda, nyatakan tiga peranan anda untuk membahagiakan ibu bapa.
[3m]
- Belajar bersungguh-sungguh
- Mencapai kejayaan dalam pelajaran
- Mendapat pekerjaan yang baik
67

- Menjadi anak yang baik / soleh


- Berbakti kepada agama, bangsa dan negara
iii) Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satu pengajaran
yang terdapat dalam keseluruhan cerpen. [4m]
Pengajaran daripada petikan
- Kita hendaklah berusaha untuk memenuhi harapan ibu bapa
Cth; Ayah berharap agar Mir menjadi penerus dan pewaris untuk menjaga samudera.
- Kita mesti menghargai dan menjaga alam sekitar
Cth: Ayah Mir amat menghargai dan menjaga kebersihan laut yang telah banyak berjasa dalam
kehidupannya.
Pengajaran daripada keseluruhan cerpen
- Kita perlu membantu rakan yang menghadapi masalah,
Cth: Hakimah berusaha untuk membantu Amirah yang mengalami tekanan jiwa.
- Sebagai manusia, kita perlu berdoa serta berusaha untuk mengatasi konflik yang dialami
Cth: Amirah seharusnya mendekatkan diri kepada Allah dan berdoa agar jiwanya menjadi
tenang.
---------------------------------------------------------------------------------------------------Petikan 3
Hakimah angguk.. Barangkali, dia sewajarnya tidak terus(m.s.180)
i.
Apakah pendapat Hakimah terhadap konflik yang dihadapi oleh Mir? [2m]
- Mir tidak akan menghadapi konflik jiwa jika dia masih mempunyai
ibu
- Mir tidak harus terlalu memikirkan masalahnya sehingga mengganggu fikiran dan
perasaannya.
ii.
Sekiranya anda rakan Mir, apakah tindakan anda untuk membantu
menyelesaikan masalah yang dihadapinya? [3m]
- menasihatinya supaya menerima dugaan hidupnya dengan tabah
- membawanya bertemu dengan kaunselor untuk meminta nasihat
- sentiasa bersama-samanya dan mengawasi tingkah lakunya
- membawanya bersiar-siar agar dia dapat melupakan masalahnya
ii.
Huraikan satu nilai dalam petikan dan dua nilai yang lain dalam keseluruhan cerpen
tersebut. [4m]
Dalam petikan:
- kesyukuran
Cth: Hakimah bersyukur kerana mempunyai ibu yang baik hati
Dalam cerpen:
- bersimpati.
Cth: Hakimah simpati kepada Mir yang mengalami konflik jiwa
- keinsafan
Cth: Amirah akhirnya insaf akan sikapnya yang tidak tabah menghadapi masalah sehingga
mengalami konflik jiwa.
---------------------------------------------------------------------------------------------------Contoh soalan-soalan KBAT

68

1. Pada pendapat anda, apakah yang boleh dilakukan oleh seseorang anak untuk
membalas jasa ayah?
dengan pencapaian cemerlang dalam pelajaran
menyediakan semua kemudahan dan keperluannya sehingga akhir hayat
mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan ayahnya.
2. Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang mendorong kejayaan seseorang?
- berfikiran positif iaitu kemiskinan bukanlah suatu halangan untuk mencapai kejayaan
- mengamalkan budaya menabung wang dan berbelanja secara berhemah supaya wang
lebihan dapat digunakan pada kemudian hari
- menyambung pelajaran supaya memenuhi syarat-syarat untuk memohon pekerjaan yang
bergaji lumayan.
3. Sekiranya anda rakan Mir, apakah tindakan anda untuk membantu menyelesaikan
masalah yang dihadapinya?
menasihatinya supaya menerima dugaan hidupnya dengan tabah
membawanya bertemu dengan kaunselor untuk meminta nasihat
sentiasa bersama-samanya dan mengawasi tingkah lakunya
membawanya bersiar-siar agar dia dapat melupakan masalahnya
4. Jelaskan tiga cara untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem terutamanya di laut.
- memulihara alam sekitar dengan baik
- mengelakkan pembuangan sampah serta sisa buangan, terutamanya di laut dan sungai
- mengelakkan pembangunan berdekatan dengan laut keran hal ini akan mencemarkan air
laut.
5. Sekiranya anda Mir, apakah punca-punca yang menyebabkan anda mengalami
skizofrenia?
tidak mendapat kasih sayang ibu kerana ibunya meninggal dunia sejak lahir
rumah dirobohkan kerana tempat itu akan dibina pusat pelancongan
mengenang nasib ayah seorang nelayan tua
6. Pada pendapat anda, mengapakah Mir sentiasa mengingati ayahnya?
- kerana ketika hayatnya ayahnya selalu mendampinginya sama ada ketika susah atau
senang
- ayahnya pernah melalui kehidupan yang penuh penderitaan, jadi Mir rasa bersalah jika tidak
dapat membahagiakan ayahnya.
- ayahnya seorang bapa yang pengasih menyebabkan dia teringat curahan kasih sayang yang
pernah diterima
7. Sekiranya anda ialah Hakimah, nyatakan tiga tindakan yang akan anda ambil untuk
memulihkan semangat Mir?
mengajak dia melancong
selalu menemaninya berbual
mengajak dia balik kampung untuk bertemu dengan keluarga
membawanya berjumpa dengan pakar.
8. Sekiranya anda Mir, adakah anda akan mengalami keadaan seperti dirinya?
Mengapakah anda berpendapat demikian?
- saya tidak akan mengalami keadaan seperti yang dilalui orang lain kerana saya akan
bersikap positif serta berfikiran rasional menghadapi dugaan hidup sedemikian
69

- saya juga akan berbincang dengan rakan-rakan tentang permasalahan saya. Jikalau perlu,
ayah juga akan diajak berunding dalam hal ini bagi meredakan kesedihan hatinya atas
kehilangan rumah yang menjadi kenangan kami buat selama-lamanya itu
- saya akan berdoa supaya perkara yang berlaku merupakan ketentuan Allah dan menjadi
perkara terbaik nuat kami pada masa hadapan.
9. Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, bagaimanakah anda dapat berbakti
kepada samudera? Kemukakan tiga cara anda berbakti kepada samudera.
dengan cara menulis makalah tentang keburukan mencemari samudera
akan menyokong dan menyertai aktiviti membersihkan samudera
akan membantah pembangunan yang boleh menjejaskan keaslian samudera
10.
Seandainya Mir ialah anda, apakah yang perlu anda lakukan apabila
mendengar pesanan ayah tentang pembangunan di kawasan pantai?
- saya akan menyokong setiap pembangunan yang ingin dilaksanakan di kawasan pantai
namun pembangunan tersebut haruslah mematuhi garis panduan agar kawasan pesisiran
pantai tidak terjejas
- saya akan mematuhi arahan agar sentiasa menjaga kebersihan kawasan pantai
11.
Sekiranya anda ialah Hakimah, mengapakah anda bersungguh-sungguh mahu
membantu Mir? Berikan tiga sebab anda mahu membantu Mir.
Hakimah sangat kasihan akan diri Mir
Mir ialah sahabat rapat Hakimah
Hakimah telah dididik menjadi orang berbudi oleh ibunya
12.
-

Pada pendapat anda, apakah yang boleh dilakukan oleh seseorang anak untuk
membalas jasa ayah?
dengan pencapaian cemerlang dalam pelajaran
menyediakan semua kemudahan dan keperluannya sehingga akhir hayat
mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan ayahnya.

13.
Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang mendorong kejayaan seseorang?
- berfikiran positif iaitu kemiskinan bukanlah suatu halangan untuk mencapai kejayaan
- mengamalkan budaya menabung wang dan berbelanja secara berhemah supaya wang
lebihan dapat digunakan pada kemudian hari
- menyambung pelajaran supaya memenuhi syarat-syarat untuk memohon pekerjaan yang
bergaji lumayan.
14.
-

Sekiranya anda rakan Mir, apakah tindakan anda untuk membantu


menyelesaikan masalah yang dihadapinya?
menasihatinya supaya menerima dugaan hidupnya dengan tabah
membawanya bertemu dengan kaunselor untuk meminta nasihat
sentiasa bersama-samanya dan mengawasi tingkah lakunya
membawanya bersiar-siar agar dia dapat melupan masalahnya

15.

Jelaskan tiga cara untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem terutamanya di


laut.
- memulihara alam sekitar dengan baik
- mengelakkan pembuangan sampah serta sisa buangan, terutamanya di laut dan sungai
- mengelakkan pembangunan berdekatan dengan laut kerana hal ini akan mencemarkan air
laut.
70

CERPEN MELLISA
Petikan 1
Dalam kesibukan dan kebisingan bunyi mesin tulis. Nama Syahid juga selalu muncul dalam
akhbar itu (m.s.153)
i)

Apakah reaksi Mellisa apabila Syahid memperkenalkan dirinya? [2m]


- perasaannya tergugah
- berasa malu / mukanya menjadi merah
- berasa gugup

ii)
Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang harus menyesuaikan diri ketika
berada dalam sesuatu majlis? [3m]
- memberi salam / menyapa
- beradab sopan (pakaian, tutur kata, perbuatan)
- beramah mesra / berbual / bergaul
iii) Huraikan satu latar masyarakat dalam petikan dan satu latar masyarakat daripada
Keseluruhan cerpen.
Latar masyarakat dalam petikan
- Masyarakat yang peramah.
Cth: Syahid menghulurkan tangan kepada Mellisa sebaik sahaja diperkenalkan oleh Farid.
- Masyarakat penulis.
Cth: Syahid merupakan penulis rencana dalam akhbar.
Latar masyarakat daripada keseluruhan cerpen
- Masyarakat muda yang amat cinta akan negara.
Cth: Mellisa amat cinta akan negara lebih-lebih lagi setelah mengetahui peristiwa yang
menyebabkan rusuhan kaum yang berlaku pada zaman kanak-kanaknya dahulu.
- Masyarakat berbilang kaum yang hidup harmoni.
Cth: Keluarga Mellisa yang berketurunan Cina duduk sekampung dengan keluarga Hisyam
dengan aman dan damai sehinggalah peristiwa berdarah 13 Mei berlaku.
Masyarakat pelajar yang gigih.
Cth: Mellisa amat tekun menyiapkan tesisnya dengan membuat rujukan terperinci dengan
menyemak pelbagai dokumen, buku, akhbar dan majalah.
Petikan 2
Dia mulai suka dengan anak muda ini. Dalam perjalanan pulang dari pejabat surat khabar itu,
dia mulai diam(m.s.155)
i)

Apakah sebab-sebab Mellisa menyukai Syahid? [2m]


- bersikap terbuka
- suka mendengar bicaranya.
- suka melihat mimik mukanya.
- suka melihat senyumannya.
- Syahid seperti Hisyam

ii) Pada pendapat anda, apakah alasan-alasan untuk menolak ajakan


daripada seseorang yang tidak kita kenali? [3m]
- memerlukan masa untuk mengenalinya

71

- sibuk dengan urusan yang lebih penting


- takut difitnah / pandangan serong masyarakat
- bimbang akan keselamatan diri
iii) Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam cerpen ini
dan satu daripada keseluruhan cerpen. [4m]
Persoalan daripada petikan
- Sikap berhati-hati dalam perhubungan dengan orang lain.
Cth: Mellisa berhati-hati dalam perkenalannya dengan Syahid.
Persoalan daripada keseluruhan
- Persoalan pengorbanan diri untuk negara.
Cth: Mellisa sanggup mengorbankan keperluan dirinya dengan meninggalkan orang yang
dicintai untuk menyahut panggilan mempertahankan negara.
- Persoalan persengketaan antara kaum.
Cth: Hasyim dan ibunya telah menjadi mangsa rusuhan kaum pada 13 Mei di Jalan Petaling
semasa dalam perjalanan pulang dari rumah keluarganya di hadapan Stadium Negara.
Petikan 3
Dia sayang kepada negara ini, bangsa ini. Sebelum dia mati,(m.s.171)
i.
Mengapakah Mellisa sayang akan negara ini? [3m]
kerana Mellisa warganegaranya
dia dibesarkan dan bersekolah di negara ini
Mellisa tidak dapat hidup di negara lain walaupun negara lain lebih maju berbanding
negaranya kerana cara hidup dan budaya berfikir yang berbeza
ii.
Pada pendapat anda, mengapakah Mellisa menyertai pasukan tentera? [3m]
kerana ingin menjaga keamanan dan keselamatan negara
dia tidak mahu terjadi lagi peristiwa 13 Mei yang telah mengorbankan Hisyam yang
begitu dikasihinya dan banyak menyebabkan nyawa lain terkorban.
iii.
Nyatakan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan tema yang
diperoleh daripada cerpen ini. [3m]
Dalam petikan:
perasaan cinta akan negara.
Cth: Mellisa memilih menyertai angkatan tentera kerana mahu melihat negara dan rakyat
negara ini hidup aman damai
Tema: cinta antara dua budaya.
Cth: Mellisa terpisah hubungan dengan kekasihnya Hisyam dalam tragedi 13 Mei 1969 dan
peristiwa itu menyebabkan dia bersemangat kental untuk mengekalkan keamanan negara.
---------------------------------------------------------------------------------------------------Contoh soalan-soalan KBAT
1. Adakah anda bersetuju bahawa Syahid dalam petikan di atas ialah Hisyam? Berikan
alasan anda.
Ya, saya setuju kerana:
- Syahid mengatakan bahawa dia pernah berjumpa dengan gadis berkenaan
- wajah Syahid mirip Hisyam yang pernah akrab dengan gadis itu

72

- walaupun dahulu Hisyam agak berisi tubuhnya namun ada tanda-tanda dia akan tinggi
seperti bapanya.
2.
-

Mengapakah Mellisa tidak dapat melupakan Hisyam?


cintanya yang sebenar kerana cinta pandang pertama
Hisyam pandai memujuk ketika dia sedang merajuk
Hisyam selalu memuji dia pandai memasak

3. Pada pendapat anda, mengapakah Mellisa menyertai pasukan tentera?


kerana ingin menjaga keamanan dan keselamatan negara
dia tidak mahu terjadi lagi peristiwa 13 Mei yang telah mengorbankan Hisyam yang begitu
dikasihinya dan banyak menyebabkan nyawa lain terkorban.
4. Farid memperkenalkan Syahid kepada Mellisa. Pada pendapat anda, bagaimanakah
caranya untuk mellisa memilih sahabat yang baik?
Kita perlulah mengetahui latar belakang sahabat itu menerusi rakan-rakannya
sahabat yang dipilih perlulah mempunyai akhlak yang mulia
kita perlulah mempunyai keserasian agar mudah untuk menyelesaikan sesuatu masalah
yang berbangkit.
5. Pada pendapat anda, apakah yang menyebabkan Inggeris menjalankan
sistemdevide et empera ataupun pecah dan perintah terhadap penduduk Tanah
Melayu?
kerana Inggeris tidak mahu rakyat Tanah Melayu bersatu hati.
Sekiranya perpaduan wujud, sudah tentu lama-kelamaan mereka akan memberontak
dan menentang penjajah Inggeris
Apabila pengenalan kaum dilakukan, mudahlah untuk Inggeris melaksanakan apa-apa
sahaja yang hendak dilakukan kerana setiap kaum mempunyai pendirian dan pendapat masingmasing
6. Rusuhan kaum mendatangkan berbagai-bagai masalah kepada rakyat dan negara.
Nyatakan tiga masalah.
menjejaskan kesejahteraan hidup rakyat
membantutkan usaha kerajaan untuk membagunkan negara
imej negara juga akan terjejas
7. Sekiranya anda Syahid, wajarkah anda mencari perempuan lain apabila mengetahui
Mellisa bertindak demikian? Kemukakan tiga alasan untuk menyokong pendapat anda.
saya tidak akan mencari perempuan lain kerana Mellisa memang mencintai saya dan
saya juga demikian
Mellisa meninggalkan saya semata-mata untuk kepentingan negara
saya tidak mahu dianggap sebagai orang yang mementingkan diri
8. Mellisa teringatkan jasa Hisyam terhadapnya. Pada pendapat anda, bagaimanakah
caranya agar rakan kita sentiasa mengingati kita walaupun sudah lama tidak berjumpa?
kita perlu sentiasa bersikap jujur, baik dalam kata-kata, mahupun tindakan
kita perlu berani berterus-terang, sama ada sikap rakan kita itu baik atau sebaliknya agar
kelakuan yang buruk dapat diperbetulkan
kita jangan sekali-kali mementingkan diri sendiri, sebaliknya mementingkan kebajikan
rakan lebih utama berbanding keperluan diri sendiri
tutur kata hendaklah dijaga,jangan bercakap besar, menjerit atau suka menghina.
73

9. Pada pendapat anda, apakah usaha yang patut dilakukan untuk memastikan
masalah perkauman dalam kalangan masyarakat kita dapat dielakkan?
semua kanak-kanak dihantar ke sekolah kebangsaan
para pemimpin jangan sekali-kali menimbulkan isu sensitif yang boleh menyinggung
perasaan kaum-kaum
setiap rakyat Malaysia perlu sedar bahawa keharmonian kaum amat penting untuk
memastikan keamanan dan kestabilan negara.
10. Pada pendapat anda, apakah cara-cara untuk mengelakkan peristiwa 13 Mei daripada
berulang?
mengutamakan perpaduan dalam kalangan rakyat
tidak menimbulkan apa-apa perkara yang melibatkan sensitiviti kaum
menghormati adat, budaya, agama, dan kepercayaan kaum-kaum lain
pemimpin dan pihak keselamatan sentiasa menjaga keamanan negara ini.
11. Sebagai remaja, bagaimanakah anda menunjukkan kesetiaan anda pada negara?
dengan sentiasa mematuhi undang-undang negara
menghormati para pemimpin negara
belajar dengan tekun untuk memajukan negara pada masa akan datang
12. Sekiranya anda berada dalam keadaan Jamilah, nyatakan tindakan-tindakan yang
patut anda ambil.
memohon bantuan pihak keselamatan
berlindung di balai polis atau di kem tentera
berdoa kepada Tuhan agar diberikan suasana segera aman
13. Tuliskan faktor-faktor wanita berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan
kaum lelaki pada hari ini.
kaum wanita telah mendapat pendidikan yang sama dengan kaum lelaki
kaum wanita juga mencari rezeki dan memikul tanggungjawab yang sama dengan kaum
lelaki dalam keluarga
- pemimpin negara telah menggubal akta untuk membela nasib kaum wanita yang teraniaya.
14. Pada pandangan anda, bagaimanakah cara untuk memupuk semangat cinta akan
negara dalam kalangan remaja?
kempen kesedaran
pembelajaran mata pelajaran sejarah
didikan ibu bapa
penglibatan dalam PLKN
15. Pada pendapat anda, apakah yang menyebabkan seseorang lebih mementingkan
negara daripada diri sendiri?
kerana memahami sejarah negara yang pernah dijajah dan khuatir jika negara dijajah
sekali lagi
disebabkan semangat patriotik yang mendalam tertanam dalam diri mereka
mereka juga membuat keputusan sedemikian disebabkan latar belakang pendidikan
yang diterima daripada ibu bapa yang mementingkan nusa dan bangsa
16. Perpaduan sangat penting dalam usaha memajukan negara kita. Huraikan tiga usaha
yang boleh dilakukan untuk memupuk perpaduan antara kaum di negara kita.
melalui sistem pendidikan yang sama
kerajaan mengadakan kempen kesedaran berkaitan kepentingan perpaduan

74

melalui sambutan perayaan secara bersama

CERPEN PEMAIN CATUR


Petikan 1
Sebaik-baik duduk, sesuatu yang maha menyakitkan menyembur di bawah meja. Um
menuduh Uj.(m.s.151)
i. Berdasarkan petikan, apakah kesan perbalahan anak-anak terhadap keadaan ibu?
(2m)
- ibu sedih
- berasa tertekan dengan perbalahan anak-anak
- menelan air mata hiba
- ibu kejang kaki tangan serta seluruh badan bahagian kiri / diserang angin ahmar
ii. Pada pendapat anda, bagaimanakah kita mewujudkan keharmonian dalam keluarga?
(3m)
- Saling menghormati
- Saling memahami
- Saling mengasihi
- Bertolak ansur / bertoleransi
iii. Huraikan satu persoalan dalam petikan di atas dan satu persoalan lain daripada
keseluruhan cerpen. (4m)
Persoalan daripada petikan
- perpecahan dalam keluarga
Cth: Uj dan Um sanggup saling menuduh sesama sendiri tentang orang yang meletakkan asid
di bawah meja
- sikap mementingkan diri sendiri
Cth: Sikap Uj dan Um yang tidak mahu mengalah dan mahu menang menyebabkan mereka
bertelagah sedangkan hubungan mereka adalah sedarah iaitu adik-beradik.
Persoalan daripada keseluruhan cerpen
- kepentingan latihan dalam memantapkan sesuatu kemahiran
Cth: Um dan Uj berlatih bermain catur untuk memantapkan kemahiran dalam permainan catur
- peranan anak dalam meneruskan legasi keluarga dalam sesuatu bidang Cth: Uj menurunkan
kemahiran bermain catur kepada Um supaya Um mampu meneruskan kemasyhuran nama
keluarga al-Hakam
- sikap batu api yang boleh memecahbelahkan keluarga
Cth: Uk memberitahu Uj bahawa Um tekun membaca buku tentang permainan catur untuk
mengalahkan Uj
- tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa
Cth: Uj melantik dua orang doktor keluarga untuk merawat ibu mereka
- ketidakjujuran dalam tindakan
Cth: Uj melatih Um untuk mewarisi kemahiran bermain catur tetapi dia menjadi marah apabila
mendengar khabar bahawa Um giat membaca buku tentang permainan catur
75

---------------------------------------------------------------------------------------------------Petikan 2
Kita ialah zuriat kebanggaan,.Uj menggilap bakat Um dengan apa cara jua (m.s.145)
i. Kemukakan dua sebab Uj ingin menggilap bakat Um dalam permainan catur. [2m]
- Um mempunyai bakat semula jadi dalam permainan catur.
- Um juga mudah dibentuk / dilatih
ii. Pada pendapat anda, nyatakan tiga usaha yang perlu diambil untuk menggalakkan
lebih ramai golongan remaja melibatkan diri dalam permainan catur. [3m]
- Sekolah menganjurkan lebih banyak pertandingan catur.
- kerajaan boleh mengadakan kempen berkaitan catur kepada
masyarakat.
- Ibu bapa juga boleh menggalakkan anak-anak mereka melibatkan diri dalam permainan catur
melalui sokongan dan galakan.
iii.
Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan cerpen di atas
dan satu latar masyarakat lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen tersebut. [4m]
Latar masyarakat dalam petikan
- masyarakat yang bercita-cita tinggi untuk menjulang kegemilangan keluarga dalam permainan
catur
Cth: Uj yang berusaha membimbing adiknya, Um untuk menguasai permainan catur bagi
menyambung tradisi kegemilangan keluarga mereka dalam permainan catur.
Latar masyarakat dalam cerpen
- masyarakat yang berpecah-belah dalam keluarga akibat perbalahan
Cth: perbalahan antara Um dan Uj dalam permainan catur sehingga keluarga mereka berpecahbelah.
- Masyarakat yang mahir dalam permainan catur
Cth: keluarga Uj.
- Masyarakat yang bangga dengan keturunan
Cth: Uj seringkali menceritakan kehebatan keluarganya dalam permainan catur kepada Um.
---------------------------------------------------------------------------------------------------Petikan 3
Setapak demi setapak bala tentera.. Jangan tuduh Uj sembarangan.(m.s.150)
i.
-

Jelaskan helah yang dilakukan oleh Uj untuk mengalahkan Um. (2m)


ketika Um meneguk minuman, Uj telah mengalihkan buah catur Um
buah catur Um yang berada di kanan, dialih ke kiri

ii. Sekiranya anda seorang pemain bola sepak sekolah, apakah persediaan anda untuk
menghadapi sesuatu pertandingan? [3m]
saya akan berlatih dengan bersungguh-sungguh
saya akan mempelajari pelbagai kemahiran dalam bola sepak
saya akan mengkaji kekuatan dan kelemahan pasukan lawan
iii.
Nyatakan satu watak Um yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu
perwatakan lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen tersebut. [4m]
Dalam petikan:
seorang yang bersemangat waja

76

Cth: Um bersedia berhadapan dengan Uj dalam permainan catur walaupun Uj pemain catur
yang hebat
Dalam cerpen:
seorang yang berani.
Cth: Um berani menerima cabaran Uj untuk berlawan catur.
---------------------------------------------------------------------------------------------------Contoh soalan-soalan KBAT
1. Sekiranya anda Uj, apakah tindakan yang akan anda lakukan apabila mendengar berita
yang disampaikan oleh Uk?
- menyiasat terlebih dahulu kesahihan berita tersebut
- memanggil Um untuk bersemuka
- bertanyakan hal yang sebenar kepada Um sendiri
2. Pada pendapat anda, nyatakan tiga usaha yang perlu diambil untuk menggalakkan
lebih ramai golongan remaja melibatkan diri dalam permainan catur.
- Sekolah menganjurkan lebih banyak pertandingan catur.
- kerajaan boleh mengadakan kempen berkaitan catur kepada masyarakat.
- Ibu bapa juga boleh menggalakkan anak-anak mereka melibatkan diri dalam permainan catur
melalui sokongan dan galakan.
3. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk menghargai jasa seorang ibu?
- Sentiasa menunjukkan kemesraan kepada ibu
- Sentiasa taat dan patuh kepada ibu
- Sentiasa menjaga dan mengambil berat kebajikan ibu
- Mendoakan kesejahteraan ibu
4. Nyatakan tiga faedah yang diperoleh seseorang jika menceburi permainan catur?
- dapat mengisi masa lapang.
- dapat mengharumkan nama keluarga
- dapat mengharumkan nama negara
- membantu mengasah daya pemikiran
- menjadi punca pendapatan
- mengelakkan diri daripada terlibat dengan gejala sosial
5. Pada pendapat anda, wajarkah anak-anak bergaduh di hadapan ibu bapa? (3m)
Tidak wajar kerana ibu bapa wajib dihormati dan anak-anak harus menjaga perasaan ibu bapa
agar tidak tersinggung dengan pelakuan anak-anak. Selain itu, anak-anak harus menjaga
kebajikan dan hati ibu bapa agar ibu bapa tidak bersedih yang boleh menyebabkan kesihatan
ibu bapa mereka terganggu.
6. Pada pendapat anda, wajarkah Uj dan Um berusaha untuk melakar kembali nama alHakam di papan catur? Mengapa? (3m)
Wajar kerana mereka merupakan keturunan al-Hakam yang masih hidup dan tahu sejarah
kegemilangan nenek moyang mereka dalam permainan catur sebelum abad ke-17 lagi. Jika
tidak, sudah pasti ilmu bermain catur yang menjadi kebanggaan keluarga mereka akan terkubur
begitu sahaja serta tidak dapat diwarisi untuk anak cucu mereka sampai bila-bila.
7. Kemukakan tiga langkah untuk menggalakkan orang ramai meminati catur. (3m)
- Permainan ini hendaklah dijadikan sebagai permainan pilihan dalam kegiatan kokurikulum di
sekolah

77

- Badan sukan pula hendaklah menganjurkan pertandingan catur dalam kalangan belia
- Tunjuk cara permainan ini juga dapat menarik orang ramai agar meminati catur.
8. Nyatakan tiga nasihat yang dapat anda berikan kepada pemain yang kalah dalam
pertandingan itu. (3m)
- Agar menerima hakikat bahawa kalah atau menang merupakan adat pertandingan
- meminta pemain tersebut mengkaji punca kekalahannya dan meningkatkan latihan
- menyertai pertandingan yang akan datang.
9. Pada pendapat anda, siapakah yang telah mengalihkan buah catur Um dari sebelah
kanan ke sebelah kiri? Berikan tiga alasan anda.
- Uj kerana strategi Um akan gagal jika dia menukarkan tempat buah catur Um
- Uj terpaksa menukar kedudukan buah catur Um, jika tidak dia akan kalah
- Uj ingin membatalkan permainan kerana dia hampir kalah.
10. Tuliskan amalan nilai-nilai murni yang perlu diamalkan dalam keluarga.
- menjalinkan perasaan kasih sayang dan bergaul mesra dengan ahli keluarga
- bersopan santun, berbudi bahasa dan saling menghormati
- tidak menaruh dendam dan sedia memaafkan
11. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu menjaga nama baik dan imej keluarga?
- keluarga melambangkan diri kita sendiri. Jika nama baik dan imej keluarga tercalar, nama baik
kita juga akan tercalar
- Kita berasal daripada keluarga tersebut.
- Penjagaan nama baik dan imej keluarga menyebabkan kita terdorong untuk melakukan
perkara yang baik dalam kehidupan.
12. Pada pendapat anda, apakah cara terbaik untuk menyelesaikan masalah yang
berlaku dalam kalangan keluarga?
- bersemuka dan berbincang untuk menyelesaikan masalah
- mengamalkan sikap bertolak ansur dan saling memaafkan
- meminta nasihat daripada ahli keluarga yang lebih dewasa
13. Permainan catur banyak memberi kelebihan kepada kita. Nyatakan tiga kelebihan
permainan tersebut.
- dapat mengasah minda sekali gus menajamkan akal agar lebih mahir dalam matematik
- Kita akan memanfaatkan masa yang terluang dengan aktiviti yang berfaedah
- Kita boleh mengetahui sejarah negara-negara luar yang ada kaitan dengan catur.
14. Berikan dua cara seseorang dapat mengekalkan kejuaraannya dalam sesuatu
pertandingan.
- sentiasa berlatih dengan bersungguh-sungguh dalam mempelajari teknik permainan
- sentiasa merendah diri dan bersyukur dengan kemenangan yang diperoleh agar tidak leka dan
bongkak.
15. Dalam sesuatu permainan, selain pengalaman dan strategi yang betul, pada
pendapat anda, apakah yang amat diperlukan untuk kita memenangi permainan
tersebut?
- kita perlu mempunyai sifat sabar daripada asakan pihak lawan
- kita perlu percaya akan kemampuan diri kita untuk mengalahkan pihak lawan
- kita perlu memiliki semangat dan keyakinan yang kuat untuk memenangi pertandingan yang
dijalankan.

78

16. Pada pendapat anda, siapakah yang melakukan penipuan? Berikan alasan anda.
Uj membuat penipuan kerana
- dia sangat egoistik
- bimbang akan kalah dengan adiknya, Um
- tidak dapat menerima kekalahan kerana dia lebih berpengalaman dan banyak mempunyai
ilmu pengetahuan dalam permainan catur

FOKUS/REVISI KOMSAS SPM 2015 - SIRI 1


CERPEN IBU DAN CEPER
Petikan 1
Ibu tidak lagi cergas..Aku masih ingat waktu itu (m.s102)
i.
Nyatakan kesan yang terjadi apabila hujan di hulu sungai Ceper turun tidak berhentihenti. [2m]
Kesan-kesan yang terjadi:
- air sungai menjadi keruh macam air susu
- sampah sarap dipunggah bersama
- menumbangkan pokok-pokok yang tegak di tepi-tepi tebingnya
- memuntahkan tanah hingga terkobak rata-rata
- pokok-pokok padi habis tenggelam dan mati begitu saja
ii. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk
mengelakkan berlakunya banjir di kawasan sawah padi? [3m]
Pada pendpat saya - Langkah-langkah:
membina tebatan / benteng / penghadang banjir
mendalamkan dasar sungai / melebarkan sungai yang berdekatan
membina pintu air / kunci air
membina sistem saliran / perparitan
membersihkan sungai daripada sampah sarap
iii.
Huraikan satu persoalan dalam petikan cerpen di atas dan satu persoalan lain
daripada cerpen yang tidak terdapat dalam petikan. [4m]
Persoalan dalam petikan:
Kesukaran yang dihadapi akibat bencana alam.
Cth: Pokok-pokok padi ibu ditenggelami air dan mati apabila air sungai Ceper melimpah.
Ketabahan menghadapi rintangan hidup.
Cth: Ibu bangun pada waktu subuh dan bersedia menempuh apa-apa sahaja ujian atau cabaran
pada siang hari
Persoalan dalam cerpen;
Kepentingan air dalam kehidupan.
Cth: Ibu dan penduduk kampung menggunakan air sungai Ceper untuk kegunaan seharian dan
mengairi sawah.
Kurang kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar.
Cth: Penduduk kampung membuang sampah sarap ke dalam sungai Ceper menyebabkan
sungai tersebut tercemar.
Kasih sayang dalam keluarga.
Cth: Aku menjaga ibu ketika ibu sakit dan tidak boleh bergerak

79

---------------------------------------------------------------------------------------------Petikan 2
Ceper masih keruh airnyaWaktu bapa meninggal tidak pula.(m.s.107)
i.
Gambarkan situasi sungai Ceper selepas ibu meninggal dunia. [2m]
Situasi sungai Ceper selepas ibu meninggal dunia:
sungai Ceper langsung tidak berbusa dan berombak lagi.
tebing sungai tidak ditendang lagi
lubuk-lubuk sungai tidak dikorek lagi
arus sungai begitu lambat bergerak ke kuala
dipenuhi dengan serbaneka serdak (sampah sarap)
ii.
Banyak sungai mengalami pencemaran sebagai akibat tindakan manusia yang tidak
bertanggungjawab. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh diambil
untuk mengatasi masalah pencemaran sungai di negara ini? [3m]
Pada pendapat saya langkah-langkah:
penguatkuasaan undang-undang dengan mengenakan tindakan tegas terhadap mereka yang
mencemarkan sungai
pemasangan perangkap sampah di kawasan sungai / menggunakan bola lumpur untuk
mengurangkan pencemaran..
kempen kesedaran tentang kesan buruk pencemaran sungai
menjadikan sungai sebagai sungai angkat kepada penduduk
iii.
Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan cerpen di atas
dan satu pengajaran yang lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam
petikan. [4m]
Pengajaran dalam petikan
Kita hendaklah memelihara dan memulihara sungai.
Cth: Sungai Ceper tercemar dengan teruk akibat perbuatan manusia yang tidak
bertanggungjawab.
Kita hendaklah menyayangi bapa kita.
Cth: Aku menjaga bapa ketika bapa sakit.
Pengajaran lain yang tidak terdapat dalam petikan
Kita hendaklah bertanggungjawab menyara kehidupan keluarga.
Cth: Sebagai anak aku bertanggungjawab menjaga dan menyara kehidupan ibu dan bapa
apabila mereka sudah tidak berdaya.
Kita hendaklah menjaga kerukunan rumah tangga agar tidak berlaku perselisihan faham
antara suami dengan isteri.
Cth: Bapa seharusnya mengetahui tanggungjawabnya sebagai suami dengan menjadi ketua
keluarga yang bertanggungjawab
Kita mestilah berbakti kepada kedua-dua ibu bapa kita.
Cth: Aku mencuci najis ibu ketika ibu lumpuh dan tidak mampu bergerak.
Kita janganlah membuang masa dengan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah
Cth: Bapa asyik berdenak ketitir (memikat burung ketitir) walaupun ketika banjir besar melanda.
------------------------------------------------------------------------------------------------

80

Petikan 3
Bapa tidak dapat ampu ibu lagi.Barangkali niatku bukan kutujukan kepada ibu,(m.s.106)
i.
Mengapakah aku berasa menyesal dan memohon ampun daripada ibu? [2m]
Sebab aku berasa menyesal:
... kerana aku menjelit knat sedikit sewaktu ibu sedang berak.
... kerana aku melihat pipi ibu basah kerana air mata meleleb turun akibat tersinggung dengan
nada suam aku yang agak tinggi.
ii. Sebagai seorang anak, apakah tanggungjawab yang perlu kita laksanakan terhadap
ibu bapa? Nyatakan tiga tanggungjawah tersebut. [3m]
Tiga tanggungjawab seorang anak terhadap ibu bapa:
... memeliham / menjaga ibu bapa ketika mereka tua / sakit.
... menjaga hati dan perasaan mereka I tidak menyinggung perasaan ibu dan bapa.
.. senliasa menziarahi/melawat ibu bapa sekiranya kita tinggal berasingan / berjauhan.
... sentiasa menghubungi/bertanya khabar ibu dan bapa.
... sentiasa menggembirakan hati ibu dan bapa.
iii. Huraikan satu pengajaran yang terkandung dalam petikan cerpen dan satu
pengajaran lain berdasarkan keseluruhan cerpen tersebut.
Pengajaran dalam petikan:
... Sebagai seorang anak, kita bendaklab menunaikan tanggungjawab menjaga ibu yang uzur /
sakit,
Cth: Aku dan isterinya bersama-sama menjaga ibu yang lumpuh.
... Kita janganlab sesekaJi meninggikan suara terhadap ibu atau bapa / kita janganlah sesekali
menyinggung perasaan ibu dan bapa.
Cth: Aku telab menjerit kuat sedikit sewaktu mengampu ibn yang sedang berak.
Pengajaran dalam cerpen:
... Kita perlulah menjaga dan memelihara alam sekitar daripada musnab.
Cth: Sungai Ceper musnab akibat pencemaran dan pembuangan sampah sarap oleh
masyarakat.
... Kita hendakJab bersabar dan tabah menghadapi segala dugaan yang melanda.
Cth: Ibu terus bersawab walaupun ditimpa pelbagai hencana yang disebabkan oleh Ceper itu.
--------------------------------------------------------------------------------------------Contoh soalan dan jawapan KBAT
1. Sekiranya anda berada di tempat penulis, apakah perasaan anda setelah melihat ibu
anda mengalirkan air mata?
rasa sentuh hati dan sebak
rasa penyesalan yang amat dalam
insaf akan kesilapan diri
ingin memohon maaf sebanyak-banyaknya daripada ibu atas keterlanjuran yang
mengguris hatinya.
2. Pada pendapat anda, mengapakah berlakunya pencemaran sungai di Malaysia?
Pencemaran sungai berlaku di Malaysia kerana:
- Penduduk tempatan membuang air kumbahan, najis dan sampah sarap ke dalam sungai.

81

- Kilang-kilang membuang sisa-sisa toksik dan bahan-bahan buangan industri ke dalam sungai.
- Pembalakan menyebabkan permukaan tanah gondol dan sungai berkeladak.
3. Pada pendapat anda, wajarkah ibu aku menjerit dan memarahi ayah aku? Berikan
tiga alasan anda.

Ya, kerana:
- Bapa aku tidak menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.
- Bapa aku lebih mengutamakan hobinya mendenak ketitir daripada menyelesaikan masalah
tanaman padi yang ditenggelami air.
- Bapa aku tidak mengendahkan masalah besar yang menimpa tanaman padi mereka
4. Sebagai seorang anak, jelaskan tiga usaha yang dapat anda lakukan untuk
menggembirakan hati seorang ibu yang berhadapan dengan situasi seperti yang
digambarkan dalam petikan cerpen di atas. (3m)
Berjaya dalam pelajaran
Memujuk ibu supaya bersabar menghadapi ujian Tuhan
Patuh kepada arahan dan nasihatnya.
Membantunya ketika ada masa lapang
Tidak mengabaikan ibu ketika usia tuanya.
5. Sekiranya anda aku, jelaskan tindakan anda untuk memulihkan keadaan Sungai
Ceper.
Sekiranya saya aku, saya akan mencadangkan aktiviti gotong-royong membersihkan Sungai
Ceper kepada penduduk untuk memulihkan keadaan sungai tersebut. Selain itu, saya juga
akan meminta pihak berkuasa untuk meletakkan papan amaran supaya tidak menbuang
sampah ke dalam sungai untuk mengingatkan penduduk supaya tidak mencemarkan Sungai
Ceper. Saya juga akan melaporkan perbuatan mencemarkan Sungai Ceper yang dilakukan oleh
sesiapa sahaja kepada pihak berkuasa supaya tindakan yang setimpal dapat dikenakan untuk
menjaga kebersihan Sungai Ceper.
6. Ibu merupakan contoh orang kampung yang rajin. Berikan tiga sebab orang kampung
terpaksa bekerja keras memanfaatkan masa yang terluang.
Orang kampung bekerja keras kerana jika tidak nasib mereka akan berubah atau kekal di paras
kemiskinan. Selain itu, persekitaran tempat tinggal telah membuka minda mereka untuk
mempelbagaikan kemahiran bagi mendapatkan punca pendapatan. Akhir sekali, didikan
keluarga mereka sebelum ini yang meyakinkan mereka bahawa alam yang terbentang luas
merupakan rezeki anugerah Allah yang boleh diraih, asalkan sahaja rajin berusaha.
7. Pada pendapat anda, mengapakah golongan petani sering dikaitkan dengan
kemiskinan? Berikan tiga pendapat.
Saya berpendapat:
Kebanyakan petani mengusahakan tanaman secara kecil-kecilan
Menggunakan alatan tradisional untuk bercucuk tanam
Ancaman musuh tanaman dan faktor alam sekitar selalu menjejaskan
pendapatan petani.
8. Sekiranya rumah jiran anda dinaiki air, apakah usaha anda untuk membantu jiran
anda itu?
Usaha saya ialah:
Menghubungi pihak berkuasa untuk memaklumkan perkara itu
Membantu jiran saya berpindsah ke pusat pemindahan
Memberikan bantuan sama ada makanan atau pakaian mengikut
kemampuan.

82

9. Pada pendapat anda, apakah langkah yang dapat dilakukan untuk mngelakkan Sunagi
Ceper daripada banjir?
Pada pendapat saya, penduduk kampung perlu membersihkan sampah sarap. Sesudah itu,
pihak kerajaan wajar menggali bagi memperdalam Sungai Ceper supaya air mengalir dengan
lancar menuju ke laut dan banjir kilat tidak berlaku apabila hujan lebat. Kiri dan kanan sungai
juga perlu ditebas supaya tidak ada sampah sarap yang memenuhi kembali sungai.
10.
-

Pada pendapat anda, mengapakah banyak sungai di negara ini tercemar?


masyarakat membuang sampah sarap ke dalam sungai
penerokaan hutan yang berleluasa untuk aktiviti pertanian dan penempatan
aktiviti pembalakan haram

11.

Pada pendapat anda, apakah langkah yang perlu diambil untuk


menghadapi musim kemarau?
- berjimat cermat menggunakan air
-sentiasa menyimpan air
- membina empangan yang lebih besar

83

Anda mungkin juga menyukai