Anda di halaman 1dari 4

Contoh Rencana dan Sumber Rujukan Tugasan Sejarah PT3 2014

Assalamualaikum.

kredit foto dari cpiasia.net

Pelaksanaan PT3 melalui Tugasan


Hanya mata pelajaran Sejarah dan Geografi sahaja yang diberikan tugasan dalam PT3.
Tugasan Sejarah PT3: Rencana Perpaduan Kaum di Malaysia. Calon dikehendaki
menulis sebuah rencana yang panjangnya 300 patah perkataan dalam waktu Pengajaran
dan Pembelajaran di sekolah.
Biarpun pelaksanaan itu dilakukan dalam waktu PdP di sekolah untuk menulis rencana 300
patah perkataan, calon juga dikehendaki membuat perancangan seperti yang dinyatakan
dalam Kerangka Pelaksanaan Tugasan. Hal ini penting kerana mengikut Rubrik Penskoran
markah perancangan dan penyediaan awal bahan membawa markah sebanyak (30
markah) dan penulisan rencana 300 patah perkataan itu pula membawa markah sebanyak
(70 markah).
KBAT dalam Tugasan PT3
Sekiranya calon PT3 hendak tahu, tugasan menulis rencana ini adalah soalan berbentuk
KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi). Sekiranya sebelum ini, calon hanya menjawab
soalan objektif tetapi kini, calon perlu berfikir dahulu sebelum bertindak.
Tidak banyak bezanya menulis karangan atau pun rencana. Seharusnya, calon PT3 tidak
mengalami masalah untuk melaksanakan tugasan ini. Sekiranya dalam penulisan karangan
calon hanya perlu menulis isi, huraian dan nyatakan contoh, tetapi untuk menulis
rencana calon PT3 perlu memasukkan isi, huraian, contoh dan sumber rujukan. Dalam
bahan Tugasan Sejarah PT3 telah diberikan contoh menulis sumber rujukan.

Contoh dan Sumber Rujukan

Saya tertarik dengan perkongsian Cikgu Razak dengan draf awal untuk menyiapkan tugasan
ini. Oleh itu, saya salin untuk dikongsikan dengan calon PT3 semua.
1. Tajuk rencana (contoh - Perpaduan kaum di Malaysia/ apa sahaja yang sesuai daripada
petikan di atas dianggap betul contohnya Perpaduan Teras kejayaan negara , bersatu teguh
bercerai roboh , perpaduan rakyat di negara ini, dll )
2. Nama penulis Nama kita
3. Isi kandungan: bahagikan isi kandungan berdasarkan konstruk yang dikehendaki
Pengenalan - Isu-isu Perpaduan Kaum Secara Umum
(a) Pengenalan menjelaskan tentang isu-isu perpaduan kaum secara umum ( cadangan )

Dasar pecah dan perintah British


Sistem pendidikan zaman British
Pendudukan Jepun
Peristiwa 13 Mei
Isu agama dan budaya- trend terkini

Kepentingan Perpaduan Kaum di Malaysia


(b) Kepentingan perpaduan kaum ( cadangan )

mewujudkan masyarakat harmoni dan aman


memelihara kedaulatan Negara
mewujudkan perasaan cinta kepada Negara/ patriotisme
meningkatkan imej Negara di mata dunia
membangunkan ekonomi negara
mengekalkan kestabilan politik
membina masyarakat yang saling menghormati

Faktor yang Menyumbang kepada Pengukuhan Perpaduan Kaum

(c) Faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum ( cadangan )

Peristiwa 13 mei
Sistem pendidikan penjajah/ sekolah vernakular
Penubuhan parti politik
Isu perkauman ( bahasa , budaya , pendidikan , agama , kerakyatan
Dasar pebdidikan kebangsaan

Cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum


(d) Cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum ( cadangan )

kewujudan pelbagai aliran sekolah


parti politik berasaskan kaum
kesan dasar penjajahan british
Sikap individulistik dalam masyarakat
Penyalahgunaan media sosial menimbulkan isu sensitif
Campurtangan kuasa luar

Langkah-langkah untuk mengekalkan dan memantapkan perpaduan kaum di Malaysia


(e) langkah-langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum di Malaysia
( cadangan )

Kempen kerajaan
Program RIMUP
Gotong royong
Rumah terbuka
Sambutan perayaan
Program sukan
Slogan I Malaysia
Aktiviti kokurikulum

Rumusan
(f) Membuat rumusan ( cadangan )
Pengetahuan

Keamanan dan kesejahteraan negara sentiasa terjamin

Berdasarkan peristiwa sejarah lama ( apa peristiwanya ) kita wajar ........

Memahami dan menghayati peristiwa sejarah negara


Iktibar

Bersatu padu , bertolak ansur, hormat menghormati antara sesama angota masyarakat

Harapan ( saya berharap agar )

Sentiasa mematuhi undang-undang/ peraturan

Tidak terpengaruh dengan anasir luar

Menghargai jasa tokoh


Sumber Rujukan
(g) Menyenaraikan sumber rujukan- buku/ internet/ akhbar/ majalah/
Kredit Sumber: Tugasan PT3 Sejarah @ Cikgu Razak
Oleh itu, adalah diharapkan penerangan secara ringkas tentang tugasan Sejarah PT3 ini
sedikit sebanyak dapat membantu calon. Calon PT3 juga boleh merujuk contoh dan
sumber rujukan semasa proses penyediaan bahan dan penulisan rencana Perpaduan Kaum
di Malaysia itu nanti. Semoga berjaya.

Anda mungkin juga menyukai