Anda di halaman 1dari 9

TEKS PENGACARA MAJLIS

MESYUARAT AGUNG PIBK SMK PASIR BESAR KALI KE -40 TAHUN 2016
PENGACARA : EN MOHD HADZMEER HAFIZEE B RAZALI & PN HALIMATUL FATIHAH BT IBRAHIM
AGENDA
1. PERSEMBAHAN

TEKS
Untuk tatapan para tetamu yang hadir

MONTAJ
2. UCAPAN
PENGUMUMAN

Mengumumkan ketibaan
Yang berhormat Datuk Paduka Abdul Razak bin Ab Said
( Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kebudayaan Dan Adat Istiadat Melayu
Negeri Sembilan Merangkap ADUN Gemas)
*******Majlis mengucapkan selamat datang kepada

3. ( Sekiranya

Yang berhormat Datuk Paduka Abdul Razak bin Ab Said

Perasmi Datang

( Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kebudayaan Dan Adat Istiadat Melayu

Lebih Awal

Negeri Sembilan Merangkap Adun Gemas) bersama dengan ahli rombongan.


Terima kasih daun keladi pihak majlis amat berbesar hati di atas kesudian Yang
Berhormat hadir bersama-sama dalam majlis pada petang ini

4. Menjemput dan
Mempersilakan

Majlis menjemput dan mempersilakan

Tetamu

Yang berhormat Datuk Paduka Abdul Razak bin Ab Said

Mengambil

( Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kebudayaan Dan Adat Istiadat Melayu

Tempat

Negeri Sembilan Merangkap Adun Gemas) dengan diiringi Tn Haji Abdul Rahman
Bin Safar, Pengetua SMK Pasir Besar bersama dif-dif jemputan yang lain untuk
mengambil tempat di atas pentas.

5. Nyanyian lagu
Negaraku

Bagi memulakan majlis, marilah sama-sama kita menyanyikan lagu Negaraku


dengan iringan muzik.
1

Semua hadirin dipersilakan duduk


Anak ayam turun sembilan
Mati seekor tinggal lapan
Duduk berdoa kepada Tuhan
Minta Allah jalan ketetapan
6. Bacaan Doa

Sidang hadirin warga dewan yang dimuliakan,


Bagi memula dan memuliakan majlis marilah sama-sama kita menadah tangan
bermunajat, memohon keberkatan agar segala urusan mendapat rahmat.
Justeru, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Ustadz Abdul Hadi Bin
Salleh untuk memimpin bacaan doa.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Pergi mengail ikan haruan
Buat selendang kain pelekat
Terima kasih kepada tuan
Doa dipohon semoga berkat

Amin Ya rabbal alamin.Majlis mengucapkan terima kasih kepada ustadz ABDUL


HADI BIN SALLEH atas pimpinan bacaan doa itu tadi.
7. Ucapan alu-aluan

Assalamualaikum w.b.t , salam sejahtera dan salam sehati sejiwa.

pengerusi majlis
1. Yang Berhormat DATUK PADUKA ABDUL RAZAK BIN AB SAID
( Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kebudayaan Dan Adat Istiadat
2

Melayu Negeri
Sembilan Merangkap Adun Gemas)
2. Yang berusaha
(PPD TAMPIN/ WAKIL )
3. Yang Berusaha ..
Pengurus / ketua kampong
4. Yang Berusaha EN GHAZALI B ZAKARIA
Yang Dipertua PIBK SMKPB
5. Yang Berusaha TN HAJI ABDUL RAHMAN BIN SAFAR
Pengetua SMKPB
6. Guru-guru penolong kanan SMKPB

Guru-guru kanan matapelajaran ,guru-guru, Ahli-ahli JawatanKuasa PIBK, Ibu


bapa dan penjaga pelajar, pelajar-pelajar seterusnya hadirin hadirat yang
dihormati sekalian
Jejaran mengkudu berbias kesuma
Di celah angsana di Tanah Jawa
Ucapan Aluan pembuka bicara
Di dewan Gemilang kita bersua

Lenggang bertapak seni memandang


Silat sendeng menyusun jari
Salam sembah selamat datang
Sudi tuan ke majlis kami

Pada majlis yang penuh bermakna ini, marilah kita memanjat syukur ke hadrat
3

ilahi kerana dengan izin serta limpah rahmatnya kita diberikan kekuatan untuk
berhimpun di dewan SMKPB bagi menjayakan MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBK
KALI KE 40
Majlis juga berbesar hati mengalu-alukan kehadiran tetamu kehormat kita Yang
berhormat Datuk Paduka Abdul Razak bin Ab Said (Pengerusi Jawatankuasa
Bertindak Kebudayaan Dan Adat Istiadat Melayu Negeri Sembilan Merangkap
Adun Gemas) dan hadirin-hadirat kerana sudi menghadirkan diri dalam majlis
yang amat besar maknanya ini. Semoga dengan kesudian Yang. Berhormat kita
meluangkan masa pada petang ini akan menyemarakkan lagi majlis.
Melayang belatuk di hujung pekan
Diperdu peria makanan di cari
Kehadiran Yang Berhormat kami alukan
Majlis ceria bertambah seri

8. Ucapan YDP PIBG

Acara ucapan diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang Berusaha EN


GHAZALI B ZAKARIA
Yang Dipertua PIBK SMKPB
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
ucapan YDP PIBK
Petang hari menanam selasih
Selasih berbunga indah berwarna
YDP PIBK setinggi-tinggi terima kasih
Ucapan diberi penuh bermakna
Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan oleh YDP PIBG itu tadi.

9. Ucapan Pengetua

Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan daripada Tuan Pengetua Smk Pasir
Besar Tuan Haji Abdul Rahman Bin Safar
Majlis Mempersilakan
Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan oleh TUAN PENGETUA itu
tadi.
Yang awal kita dahulukan,

10.

UCAPAN

PERASMI

Yang dahulu kita alu-alukan,


Ucapan perasmian kita nantikan,
Pelengkap majlis yang kita adakan.
Hadirin-hadirat warga dewan yang dimuliakan,
Kini tibalah masa yang dinantikan, iaitu ucapan perasmian oleh tetamu
kehormat
Yang Berhormat DATUK PADUKA ABDUL RAZAK BIN AB SAID
( Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kebudayaan Dan Adat Istiadat Melayu
Negeri Sembilan Merangkap Adun Gemas)
Majlis dengan penuh rasa takzim mempersilakan
......................ucapan perasmian
Dengan bismillah kita mulai
Alhamdulillah wassala tannabi
5

Dengan takdir ilahi rabbi


Selesailah sudah upacara merasmi
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang
berhormat Datuk Paduka Abdul Razak bin Ab Said
(Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kebudayaan Dan Adat Istiadat Melayu
Negeri Sembilan Merangkap Adun Gemas) atas ucapan dan penyempurnaan
perasmian Majlis mesyuarat agung PIBK SMK PB KALI KE 40 BAGI TAHUN 2016
sebentar tadi.
11.

GIMIK

PENYAMPAIAN

Acara diteruskan lagi dengan acara gimik penyampaian wang bantuan khas

BANTUAN AWAL

persekolahan RM100 seorang yang diberikan oleh kerajaan daripada YANG

PERSEKOLAHAN

BERHORMAT DATUK PADUKA ABDUL RAZAK B SAID.


Sehubungan dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan YANG
BERHORMAT DATUK PADUKA dengan diiringi oleh Tuan Pegetua untuk tampil
menyempurnakan pengagihan tersebut kepada penerima yang bertuah
manakala selebihnya akan disempurnakan oleh guru tingkatan masing-masing
di bilik tingkatan masing-,masing sejurus sahaja selesai mesyuarat agung PIBK
nanti.
Justeru dengan segala hormatnya dipersilakan YB Datuk Paduka
1.
2.
3.
4.
5.
6

12.

Penyampai

Hadirin-hadirat yang dihormati,

an cenderamata

seterusnya acara penyampaian cenderamata kepada Ahli jawatankuasa PIBK

sijil
(AJK

yang telah mengembeling tenaga dalam meneraju persatuan PIBK SMKPB


hingga kini.

PIBK/MURID/GUR
U

dipersilakan ( penerima ajk pibk)

Seterusnya acara penyampaian cenderamata kepada pelajar-pelajar cemerlang


PT3 dan SPM

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada YANG BERHORMAT DATUK


PADUKA ABDUL RAZAK BIN ABD SAID dan Tuan Pengetua yang telah sudi
menyempurnakan penyampaian cenderamata sebentar tadi
7

Cenderamata

Sebagai tanda terima kasih atas kesudian Yang BERHORMAT DATUK PADUKA

vvip

ABDUL RAZAK BIN ABD SAID atas penyempurnaan majlis perasmian sebentar
tadi, majlis sukacita dan berbesar hati untuk memberikan cenderamata tanda
kenang-kenangan junjungan kasih kami terhadap Yang berhormat datuk paduka.
Justeru itu, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang berusaha Tuan
Pengetua untuk memberikan cenderamata kepada Yang BERHORMAT DATUK
PADUKA ABDUL RAZAK BIN ABD SAID
di persilakan
Seterusnya dijemput pula .( PPD) untuk menerima

13.

PENUTUP

cendearmata dari pihak kami

Hadirin-hadirat yang dimuliakan,


Dengan berakhirnya penyampaian cenderamata itu tadi, maka tibalah masanya
untuk kami selaku pengendali majlis mengundurkan diri. Pihak majlis juga
menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata,
tersilap bi ara sepanjang kami mengendalikan majlis ini.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu
wujudnya daripada kelemahan kami sebagai makhluk Allah bernama insan.
Ikan berenang di dalam lubuk
Ikan belida dadanya panjang
Adat pinang pulang ke tampuk
Adat sireh pulang ke gagang
Gugur menguning buah kuini
Menghijau pohon subur dibaja
Majlis kita berakhir disini
Silap dan salah lupakan sahaja
Sebarang kelemahan harap dimaaf
8

Segala kerjasama sangat dihargai


Terima kasih sekalung budi
Kenangan nan indah simpanlah di hati
Pohon kenangan elok merimbun
Tersenyum dara menyunting bunganya,
Kami menghimpun maaf dan ampun
Wacana hidup berkat selamanya.

14.

JAMUAN

Pihak majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada

TETAMU

tetamu kehormat, para jemputan dan semua hadirin-hadirat dan semua yang

KEHORMAT DAN

terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam mengendalikan MAJLIS

MESYUARAT

PERASMIAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 40 PIBK SMKPB 2016

AGUNG PIBK
Sebelum mesyuarat agung diteruskan, dijemput dengan segala hormatnya Tuan
Pengetua mempersilakan dan mengiringi YANG BERHORMAT DATUK PADUKA
ABDUL RAZAK BIN ABD SAID meninggalkan majlis .
Dengan ini majlis diserahkan kepada yang Yang berusaha En GHAZALI BIN
ZAKARIA Yang dipertua PIBK Sekolah untuk meneruskan aktiviti mesyuarat.
Sekian sahaja dari kami akhiri dengan lafaz yang mulia
Wabillahhitaufkwalhidayah. wassalamualaikum w.b.t.

Anda mungkin juga menyukai