Anda di halaman 1dari 10

Kepentingan Pembangunan Sahsiah

Perubahan Sahsiah Adalah Proses


Pertumbuhan Kendiri
Menurut Ryckman (2004), pertumbuhan yang
membawa perubahan sahsiah ini memberi
kesan langsung terhadap tahap produktiviti
diri serta apa dan bagaimana kita
menyumbang dalam bidang sosial.

Mencorakkan Kendiri
Melalui sahsiah diri, ia dapat membantu bagaimana
membentuk pengalaman yang telah ditempuhi
mahupun yang akan datang.
Semua pencapaian yang dikecapi termasuk jangkaan
kita tentang masa depan akan mempengaruhi
sahsiah diri kita.

Memerihalkan Sahsiah Secara Menyeluruh

Merujuk kepada sahsiah yang unggul, ia berkait


dengan individu yang bersifat mesra, selesa untuk
berhubung, peramah dan mudah untuk bergaul.
Kita cuba memberikan penjelasan tentang kriteria
tertentu berdasarkan pemerhatian tingkahlaku
daripada orang lain.
Menurut Schultz dan Schultz (2009), keupayaan
memberikan penjelasan ini bukan sahaja
membantu kita untuk memperolehi jawapan dari
perasaan ingin tahu yang timbul, akan tetapi
boleh memberikan kita rasa kawalan dalam
kehidupan.

Penjelasan Secara Teoritikal


Memperihalkan seseorang samada mempunyai sahsiah
unggul atau sahsiah teruk adalah suatu yang kompleks.
Ini kerana manusia itu sendiri adalah kompleks dan boleh
berubah berdasarkan situasi dan juga dengan siapa mereka
berhubung.
Pengalaman diri sedia ada hasil dari interaksi belum
mencukupi untuk memerihalkan seseorang (Maltby, Day
dan Macaskill (2007).
Ia perlu disepadukan dengan penjelasan formal secara
teoritikal dan kepelbagaian bidang dan individu.
Selain menggunakan pengalaman sedia ada, olahan makna
dan idea secara formal melalui teori dan latihan kursus
dapat membantu seseorang untuk lebih memahami dan
membantu individu lain termasuk rakan sekerja, murid
mahupun diri sendiri secara efektif.

Menjangkakan Dan Meramal Tingkahlaku


Berdasarkan pengalaman kehidupan dan interaksi dengan pelbagai
individu yang dilalui, lazimnya seseorang akan memperolehi makna
dan idea apa yang dimaksudkan dengan sahsiah.
Kesannya, ia dapat membantu seseorang untuk membuat
perancangan dan menjadikan diri lebih peka tentang bagaimana
memberikan tindakbalas pada masa akan datang yang bersesuaian
dengan situasi.
Namun, tidak semua dapat menerapkan pengalaman tersebut
dalam pengalaman baru yang bakal ditempuhi.
Secara khususnya guru dapat mengenalpasti keupayaan dan potensi
yang dimiliki setiap murid dan selanjutnya cuba berusaha
menggalakkan mereka melibatkan diri dalam mana-mana peluang,
khasnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran, mahupun
dalam aktiviti ko-kurikulum secara optimum.
Kesannya, progres diri murid menjadi lebih positif dan berkembang
memandangkan guru dapat memahami personaliti murid dari
perspektif menyeluruh dan tidak terhadap dari satu kacamata
sahaja.

Faktor Dan Teras Yang Mempengaruhi Sahsiah


Sahsiah boleh berubah menjadi lebih baik atau pun
sebaliknya mengikut peredaran masa.
Sahsiah dilihat sebagai sesuatu ciri yang stabil (Cervone
dan Pervin, 2008).
Manusia berubah kemungkinan kerana mereka belajar
dari kesilapan.
Tetapi semakin sebati sesuatu ciri dalam diri seseorang,
semakin sukar untuknya berubah.
Oleh itu, ia akan mengambil masa yang lama kerana
mengubah pelbagai aspek yang ada dalam diri
bukanlah suatu yang mudah.
Terdapat banyak faktor yang perlu dipertimbangkan
jika mahukan perubahan itu benar-benar berjaya.

Visi
Misi

Organisasi

Individu

Faktor
Mempengaruhi
Sahsiah

Motivasi

Baka

Etika
Situasi

Rumusan
1. Ciri sahsiah yang dimiliki oleh individu lazimnya akan
mengalami perubahan. Proses yang dialami ini
sebenarnya adalah suatu yang lumrah dan ia dilihat
sebagai proses pertumbuhan kendiri.
2. Dengan memahami situasi, jenis individu yang kita
berhubung serta peraturan, kesemua ini akan
menggambarkan diri individu.
3. Apabila kita dikatakan memahami seseorang dengan
baik, bijak membuat keputusan dan berupaya
menyelesaikan masalah secara berkesan, ia sebenarnya
bermula dengan keupayaan kita dalam memerihalkan
sahsiah secara menyeluruh dan objektif.

4. Penjelasan secara teoritikal dapat membantu kita


untuk mendapatkan gambaran tentang keperibadian
sahsiah secara lebih saintifik dan bersepadu. Ini kerana
melalui pemahaman teori kita akan berupaya menapis
unsur bias pengalaman peribadi dalam memahami
sahsiah diri dan juga orang lain.
5. Meskipun sahsiah boleh berubah berasaskan masa dan
peningkatan usia, sahsiah juga merupakan satu unsur
yang stabil. Oleh demikian, sebagai guru kita dapat
menjalankan tugas dengan lebih baik kerana dapat
membuat jangkaan dan ramalan terhadap tingkahlaku
yang dipamerkan oleh rakan sekerja dan murid.
6. Terdapat pelbagai faktor yang membentuk sahsiah.
Walaupun secara dasarnya, manusia mempunyai faktor
yang sama, namun kita menggunakan faktor yang
berbeza dari segi keutamaan untuk membentuk sahsiah
diri.

Anda mungkin juga menyukai