Anda di halaman 1dari 4

MODUL 9 Kecederaan Terbakar

Setelah mengikuti modul ini, peseta dapat


1 Mengenal pasti bahan-bahan yang boleh membakar
2 Mengukur keluasan bahagian badan terbakar mengunakan peraturan 9
3 Mengenal pasti peringkat terbakar
4 Menyatakan Prinsip Asas Pengendalian Mangsa Terbakar
5 Mengenal pasti kecederaan Elektrikal dan pengendalian kecederaan yang
disebabkan oleh arus elektrikal
6 Melaksanakan praktikal: Balutan kes terbakar
9.0

Pengenalan

Terbakar adalah salah satu kecederaan yang amat sakit. Ketenatan mangsa
terbakar bergantung kepada beberapa faktor :

9.1

9.2

Luas permukaan badan yang cedera


Tempat mana yang terbakar
Darjah terbakar
Umur, keadaan fizikal dan kesihatan mangsa

Bahan yang membakar


Cecair mudah terbakar seperti minyak, kerosin dan etanol
Kayu
Kertas
Elektrik

Cara mengukur keluasan bahagian badan terbakar mengunakan


peraturan 9

Keadaan ketenatan mangsa juga boleh di sukat mengikut keluasan


permukaan yang terbakar dengan mengunakan perinsip peraturan 9

Seluruh bahagian
kepala dan leher
- 9%
Seluruh bahagian
dada dan abdomen
- 9% + 9%
Seluruh bahagian
belakang badan
- 9% + 9%
Kedua-dua bahagian tangan - 9% + 9%
Kedua-dua bahagian kaki
- 9% + 9% +9% +9%
Anggota kemaluan
- 1%

9.3

Peringkat terbakar

Terbakar boleh di kelaskan mengikut kedalaman kerosakkan kepada tisu.

Darjah pertama melibatkan hanya lapisan permukaan kulit. Kulit nampak


kemerahan, kering dan rasa sakit yang amat sangat

Darjah kedua lapisan kulit yang pertama dan kedua telah terbakar. Kulit berwarna
kemerahan gelap dan terdapat lepuhan (blister). Mangsa berasa amat sakit

Darjah ketiga semua lapisan kulit telah rosak. Kulit nampak terbakar hitam atau
putih kering.pesakit rasa sakit atau mungkin tidak terasa sakit langsung jika saraf rosak

9.5

Prinsip Asas Pengendalian Mangsa Terbakar

TINDAKAN ANDA

Rendam atau siram anggota yang cedera secepat mungkin dengan air sejuk
sebanyak dan seberapa lama yang mungkin sehingga hilang rasa panas dan
kurang rasa sakit
Tanggalkan pakaian yang terbakar. Jika ada pakaian yang melekat, gunting di
sekeliling nya
Tanggalkan segala bahan yang di perbuat dari logam yang di pakai seperti
cincin, gelang, jam dan sebagainya, kerana ia boleh menyimpan haba.
Tutup anggota yang terbakar dengan kain yang bersih
Jangan ! gunakan plaster dan pembalut ketat pada anggota yang cedera
Jangan ! taruh krim, mentega, ais dan sebagainya kepada anggota yang
cedera
Pastikan mangsa boleh bernafas, jika mangsa mengalami kesesakan nafas
atau saluran pernafasan tersekat, buka saluran pernafasan dan beri bantuan
pernafasan jika perlu
Kendalikan mangsa untuk renjatan
Jika kecederaan agak teruk, bawa mangsa secepat mungkin ke hospital

9.6

Kecederaan Elektrikal dan pengendalian kecederaan elektrikal

Arus voltan tinggi (lebih dari 1000 voltan)


boleh menyebabkan pancaran. Arus eletrik boleh
melompat (arcing)
dan memancar daripada
punca
eletrik
dan
menyambar
mangsa
menyebabkan pakaian dan kulit terbakar dengan
teruk dan kematian serta-merta.

TINDAKAN ANDA:

Matikan suis utama


Jika tidak dapat di lakukan, lepaskan mangsa
dari sentuhan dengan mengunakan bahan
bukan pengalir seperti kayu, kerusi plastik
dan sebagainya
Tentukan mangsa ada nadi dan nafas, kalau
tiada lakukan CPR
Rawat kecederaan terbakar dimana arus
masuk dan keluar
Rawat untuk renjatan
Bawa mangsa secepat mungkin ke hospital

Arus voltan rendah (220 240 voltan) biasa


nya terdapat dalam bangunan yang akan
Menyebabkan sentuhan dimana arus eletrik
akan mengalir dari punca kedalam badan
mangsa dan menyebabkan banyak kecederaan
pada organ dalaman

TINDAKAN ANDA:

Ingat, bahan bukan pengalir tidak akan


dapat menyelamatkan anda dari pancaran
punca eletrik tersebut.
Jangan bantu mangsa selagi kawasan
kemalangan belum di sahkan selamat,
jauhkan diri anda dari tempat kemalangan
sekurang-kurang nya 18 22 meter.
Hubungi penguasa eletrik tempatan
supaya bekalan eletrik di putuskan
Bila kawasan selamat, tentukan mangsa
ada nadi dan nafas, jika tiada, lakukan
CPR
Rawat mangsa untuk terbakar
Rawat untuk renjatan
Bawa mangsa secepat mungkin ke
hospital.

Anda mungkin juga menyukai