Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA CERAMAH RAMADHAN 1431H .

Assalamualaikum wbrkth.
1. Pembuka Bicara
Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan
salam sejahtera.
Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad serta para sahabat.
Bagi memulakan majlis, marilah sama-sama kita membacakan ummul kitab AlFatihah
2. Protokol
Yang Berusaha Tn.Hj Suleiman bin Hj Abd Rahman, Pengetua SMK Mohd
Kahlid,

Yang dihormati En. Kamil firdaus bin Tarmizi(Penolong Kanan

pentadbiran), En Razali bin Tamadi(Pen Kanan Hem), Pn,Hjh Aszora bt Ahmad


(Pen Kanan Koko),Guru-guru Kanan, Barisan guru serta para pelajar yang
dikasihi sekalian.
.
3. Kata alu-aluan
Salam ramadhan kami hulurkan,
Dengan izinnya kita ditemukan,
Rasa syukur kami lafazkan,
Kesudian hadirin menerima jemputan.
Alhamdulillah, bersyukur kita terhadap Allah swt atas limpah kurniaNya, dapat
kita bersama-sama dalam majlis yang berbahagia ini untuk satu majlis ilmu
sempena bulan ramadhan yang penuh barakah ini yang akan disampaikan oleh

penceramah yang dijemput khas daripada JPN Johor. Sebelum mikrofon ini
beralih tangan izinkan saya membacakan sedikit biodata ringkas penceramah
kita pada hari ini

..
Para pelajar yang saya kasihi sekalian, di sini ingiun saya ingatkan agar samsamalah kita menjaga adab ketika berada di dalam majlis ilmu. Semoga dengan
beradanya kita di sini memberi seribu keberkatan dan manfaat dan bukannya
sekadar sia-sia sahaja. Baiklah, Tanpa membuang masa lagi majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan Ustaz Omar untuk menyampaikan ceramah
yang bertajuk
Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,
Tamat Ceramah
Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas perkongsian yang begitu bermakna dan
sarat dengan informatif yang telah disampaikan sebentar tadi.. Semoga ianya menjadi
iktibar dan pengajaran buat diri kita. sedikit rumusan daripada apa yang telah
disampaikan tadi bahawa sesungguhnya dari Ramadhan ke Ramadhan, dari satu
peribadatan ke peribadatan berikutnya semestinya membuahkan taqwa kita kepada
Allah Swt semakin berkualiti, ibarat orang menaiki tangga, maka apabila dia sudah
berada pada pijakan tangga yang lebih tinggi sesuai dengan frekuensi peribadatannya.
Tetapi jika sekiranya dari tahun ke tahun ibadah Ramadhan kita tunaikan, tapi ternyata
tidak ada peningkatan taqwa kepada Allah yang kita tunjukkan, maka kita khuatir kalau
puasa kita itu tergolong dalam golongan orang yang hanya merasakan lapar dan
dahaga sahaja, Rasulullah Saw bersabda yang artinya: Betapa banyak orang yang
berpuasa, tapi tidak mendapatkan pahalanya, melainkan hanya lapar dan haus saja
(HR. Ahmad dan Hakim dari Abu Hurairah). Semoga kita termasuk orang yang berjaya
dalam menjalankan ibadah Ramadhan.

Demikianlah adat kehidupan,


Orang berbudi kita berbahasa,
Namun cukup disedari
Tidak mungkin terbalas budi
Walau emas sebungkal diberi
Cuma harapan dalam dada
Tanda mata sudi diterima
Daripada kami yang bukanlah sesiapa
Tanda ingatan moga kekal selama.
Sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan, majlis mempersilakan Tn Hj
Suleiman bin Hj Abd Raahman diiringi En.Kamil Firdaus untuk menyampaikan
cenderamata kenang-kenangan daripada pihak sekolah. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.
Yang kurik itu kundi
Yang indah itu bahasa
Terima kasih ___________
Sempurna sudah majlis kita.
4. Penutup
Hadirin yang dihormati, dengan berakhirnya upacara penyampaian cenderamata itu
tadi, maka berakhirlah sudah majlis ilmu kita pada hari ini. Saya akhiri majlis ini dengan
lafaz yang mulia, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum
warahmatullahiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai