Anda di halaman 1dari 13

KOLEKSI IKTIBAR DAN PENGAJARAN UNTUK SOALAN MEMINTA

PENDAPAT CALON.

SUKATAN PELAJARAN TINGKATAN 4


BAB 1 : KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA
Contoh soalan: Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan oleh seseorang
pemimpin untuk membawa kemajuan kepada masyarakat ?
-

Setiap tamadun berkembang daripada perkampungan menjadi negara kota.


Di kota-kota itu telah berlaku perkembangan kegiatan ekonomi yang pesat
dan juga pertumbuhan penduduk.
Kepelbagaian ekonomi telah membawa kepada pengkhususan kerja
dan juga keperluan infrastruktur seperti jalan dan kawalan undang-undang.

Setiap tamadun awal itu adalah unik dan istimewa.

Contohnya tamadun Mesopotamia memperlihatkan usaha manusia untuk hidup lebih


aman melalui pengenalan Undang-undang Hammurabi.
Tamadun Mesir Purba pula dengan keajaiban seni binanya
Tamadun Indus dengan keunikan sistem perancangan bandarnya.
Tamadun Hwang Ho, kecekalan para pemerintah dan masyarakatnya mengawal aliran
Hwang Ho agar tidak memudaratkan kegiatan pertanian mereka

Hikmah dan faedah ini hanya akan dapat dihasilkan sekiranya manusia bersikap cekal
dan bertindak secara inovatif. Sifat dan sikap begini masih tetap relevan pada zaman
moden untuk membina tamadun masa kini.

BAB 2 : PENINGKATAN TAMADUN


Contoh soalan: Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, bagaimanakah sesebuah negara
boleh mencapai kemajuan?
-

Peningkatan dalam tamadun menggambarkan bahawa manusia sentiasa bersikap


inovatif dan sentiasa berusaha membaiki dan meningkatkan kehidupan yang sedia ada.

Kesemua ini berlaku kerana wujudnya peluang yang berbentuk keamanan negara,
sistem pemerintahan yang kuat dan adil seperti pemerintahan demokrasi dan
republik,

serta adanya pemerintah yang berwibawa dan kuat seperti Augustus Caesar,
Alexander the Great, Chandragupta Maurya, Asoka dan Shih Huang Ti.
Kita kini tahu bahawa hasil daripada pembangunan pengetahuan baik daripada segi
keagamaan, falsafah ataupun sains dan teknologi, begitu banyak perubahan telah berlaku
dari masa ke masa.

Pada hari ini kita melihat sendiri bagaimana dengan peluang yang ada, kita berupaya
untuk meningkatkan tamadun yang telah kita bina selama ini untuk mencapai
kehidupan yang lebih baik sama ada dari aspek politik, ekonomi ataupun sosial.

Satu pengajaran yang dapat diteladani daripada tamadun awal ini ialah keperluan
mempunyai kebolehan menjangka perubahan yang akan berlaku seperti yang
terdapat pada masyarakat zaman dahulu.

Dunia kian berubah kerana ilmu kian bertambah dan teknologi terus bercambah dan
buktinya telah dapat kita lihat.

Oleh itu, kita patut terus meningkatkan pemikiran dan kemahiran kita dengan cara
menambahkan ilmu yang ada atau meneroka bidang baru untuk
mempertingkatkan tamadun kita. Hal ini penting supaya pencapaian kita pada hari ini
dapat diwarisi atau dinikmati dan dibanggai oleh generasi akan datang.

BAB 3 :

TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA

Contoh soalan: Pada pandangan anda, bagaimanakah sesebuah masyarakat boleh muncul
sebagai masyarakat yang maju?
-

Dengan kecekalan, masyarakat kerajaan pertanian (agraria) akhirnya telah dapat


berkembang serta membentuk sebuah kerajaan yang berdikari dan mempunyai sistem
pentadbiran yang teratur.

Mereka juga telah berusaha untuk menguasai alam sekitar seperti membina sistem
dapat membaiki taraf hidup dan seterusnya berjaya membina rumah ibadat yang
terkenal.

Jadi, kita boleh mengambil iktibar bahawa kita juga boleh maju sekiranya mampu
memanfaatkan setiap kurnian Tuhan dengan sebaik-baik mungkin dan yang penting
kita perlu berusaha dan jangan mudah berputus asa.

Kita tidak seharusnya hanya berbangga mempunyai keturunan yang mahir dan berani
melayari lautan luas beberapa abad lalu atau mempunyai bahan tinggalan sejarah yang
boleh dilihat di muzium.

Yang lebih penting daripada itu ialah generasi sekarang seharusnya mempunyai
semangat meneroka. Tradisi pelaut itu harus dihayati agar aktiviti ekonomi kita pada
zaman moden ini dapat dipelbagaikan.

Generasi muda harus berani menceburi bidang perdagangan laut malah bercita-cita
menghidupkan kembali kegiatan dan kegemilangan lampau dalam bidang
pelayaran dan perdagangan maritim.

Kedudukan negara kita yang strategik di perairan Nusantara yang menjadi laluan
perdagangan antarabangsa tetap kekal hingga ke hari ini. Jadi, amatlah bersesuaian
kerajaan sekarang memanfaatkan keadaan ini.

Pembinaan, penambahan dan pembaikan kemudahan pelabuhan Kelang dan Tanjung


Pelepas di samping pelabuhan lain tentu akan memberikan keuntungan kepada rakyat dan
negara.

Langkah tersebut, membawa keuntungan melalui peningkatan hasil daripada


perdagangan antarabangsa dan menambahkan peluang pekerjaan kepada rakyat.

Kalau pada masa dahulu penganutan unsur luar dapat disesuaikan dengan keadaan
setempat, hal yang serupa juga seharusnya dapat dilakukan pada masa ini, iaitu kita
sebagai generasi muda seharusnya memainkan peranan mempertahankan tradisi asal
budaya sendiri.

Dengan itu kita akan dapat mempertahankan diri daripada mudah terpengaruh
dengan unsur budaya luar yang bersifat negatif.

SPM 2007
Soalan 1(e)

Senaraikan tiga iktibar yang boleh diambil oleh generasi muda hari ini daripada
masyarakat kerajaan maritim.

Jawapan :

- Semangat meneroka dan berdagang dengan masyarakat luar.


- Kemahiran pelayaran
- Kemahiran membina kapal untuk perdagangan jarak jauh.
- Kemahiran astronomi melihat bintang untuk menentukan arah
- Kemajuan pelabuhan menjadikan orang Melayu pemegang kuasa politik
- Orang Melayu merupakan pelaut, pedagang dan peneroka terulung di Asia
Tenggara.
- Berani menceburi perdagangan laut.

BAB 4:

KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA DI


MAKKAH.

Kemunculan agama Islam di Semenanjung Tanah Arab telah mencorakkan tamadun baru
bagi masyarakat Arab Jahiliah Semenanjung Tanah Arab, iaitu tamadun Islam.

Kemunculan tamadun ini telah mengubah cara hidup masyarakat Arab Jahiliah kepada
suatu kehidupan yang lebih teratur secara beransur-ansur.

Nilai-nilai murni telah diterapkan dalam kehidupan, misalnya amalan bekerjasama dan
saling membantu antara satu sama lain.

Kemunculan tamadun Islam memberi rahmat kepada seluruh manusia dan ini bermula di
Semenanjung Tanah Arab, seterusnya ke negara-negara lain di dunia.

Faktor utama yang menjayakan perkembangan tamadun Islam di Makkah adalah


disebabkan ketokohan dan kewibawaan Nabi Muhammad s.a.w sebagai pemimpin
berkaliber dan bijaksana di samping kegigihan dan kesabaran baginda dalam
menangani masalah dan halangan yang ditempuh.

Dalam menyebarkan Islam, Nabi Muhammad s.a.w menanamkan keimanan yang kuat
kepada pengikutnya. Harta bukan menjadi ukuran utama dalam berdakwah, tetapi
kesabaran yang tinggi dan pengorbanan merupakan kunci kejayaan Islam.

Menerusi cara yang digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. itu orang ramai mudah
tertarik kepada Islam, walaupun sebelum ini mereka terlalu taasub (berpegang teguh)
dengan amalan tradisi masyarakat mereka.

Selain itu, mereka juga telah mengenali peribadi Nabi Muhammad s.a.w yang
sememangnya terkenal sebagai orang yang berakhlak mulia.

Kekuatan mental, fizikal dan rohaniah merupakan kunci kepada kejayaan


perkembangan Islam di Makkah.

Kesemua sifat positif Nabi Muhammad s.a.w. ini menjadi teladan untuk kita dalam
melakukan sesuatu pekerjaan. Kita juga harus menyedari bahawa untuk mencapai
kejayaan, kita hendaklah berusaha mengatasi cabaran dan halangan yang dihadapi.

BAB 5:

KERAJAAN ISLAM DI MADINAH

Beberapa ciri kerajaan Islam Madinah, sebenarnya memang terdapat di negara kita,
Malaysia. Keupayaan kita mempraktikkan nilai-nilai seperti yang diamalkan oleh Nabi
Muhammad s.a.w.
dalam Piagam Madinah membolehkan keharmonian dan
kesejahteraan masyarakat kita terus berkekalan.

Alangkah bertuahnya penduduk Malaysia yang dapat meraikan semua perayaan kaum
di negara ini dalam suasana yang aman, harmoni serta saling menghormati antara
satu sama lain tanpa mengenal batas agama dan budaya.

Kesabaran, kebijaksanaan dan kemurnian akhlak yang dipaparkan oleh Nabi


Muhammad s. a.w. merupakan kunci kejayaan pembentukan tamadun Islam.

Pembentukan kerajaan Islam Madinah yang kukuh dan mengambil kira perpaduan serta
keharmonian hidup pelbagai bangsa perlu dicontoh.

Prinsip dan nilai murni yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w dapat menjadi
pedoman kepada generasi muda yang bakal mewarisi kepimpinan negara.

Nabi Muhammad s.a.w merupakan tokoh yang berwawasan, berjiwa besar dan
pemaaf. Sifat-sifat ini telah diperlihatkan dalam peristiwa seperti Perjanjian Hudaibiyah
dan pembukaan semula kota Makkah.

Sikap tidak pernah menyerah kalah untuk meneruskan perjuangan murni harus
ditanam dalam jiwa kita.

Rintangan dan halangan harus ditempuhi dengan cekal demi memperoleh kejayaan yang
cemerlang.

Dengan akhlak yang terpuji ini, Nabi Muhammad s.a.w dapat berhadapan dengan
golongan penentang Islam sebelum ini dan menerima sebagai kawan. Inilah ciri yang
harus dimiliki oleh generasi Islam pada masa sekarang demi menghadapi zaman yang
mencabar.

BAB 6 :

PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA.

Kemunculan, perkembangan dan kejatuhan kerajaan Islam dalam sejarah perkembangan


tamadun manusia memberikan banyak pengajaran kepada manusia pada hari in. Zaman
kerajaan Islam di Madinah terutamanya selepas kawafatan Nabi Muhammad s.a.w
mengajar kita bahawa perpaduan amat penting dalam menentukan penerusan sesuatu
ummah.

Pemimpin kerajaan Islam sentiasa menekankan perpaduan dalam kalangan penduduk


Islam untuk memastikan perkembangan Islam berterusan.

Perkembangan kerajaan Islam juga menunjukkan bahawa pemerintahan dan


kepemimpinan kerajaan sangat penting dalam menentukan jatuh bangun sesebuah
tamadun, misalnya dalam aspek kegemilangan kailmuan pada zaman kerajaan Islam
Umaiyah dan Abbasiyah.

Selain sumbangan golongan cerdik pandai, peranan pemerintah juga penting sekali.
Pihak pemerintah bukan sahaja telah memberikan galakan ke arah tersebut tetapi juga
telah membina kemudahan seperti kawasan pembelajaran dan perpustakaan demi
memajukan perkembangan intelektual.

Kerajaan Umaiyah dan Uthmaniyah yang berkembang di Eropah juga mengajar kita
bahawa dasar kompromi dan toleransi amat penting dalam sesebuah negara yang
mempunyai pelbagai kaum dan amalan agama.

Dasar kerajaan Islam di kedua-dua buah kawasan ini yang mengamalkan toleransi dan
memberikan kebebasan beragama kepada rakyatnya bukan sahaja untuk menjaga
keamanan tetapi juga membawa kerajaan tersebut ke zaman kegemilangannya.

SPM 2007
Soalan 2 (d)

Sekiranya anda dilantik menjadi pemimpin Malaysia, bagaimanakah


anda mengamalkan ciri-ciri kepimpinan Islam dalam pentadbiran anda?

Jawapan :
- Mentadbir berdasarkan keadilan
- Bersifat amanah
- Berfikiran cerdas
- Bijak dalam pentadbiran
- Mematuhi perintah Allah s.w.t.
- Berakhlak mulia
- Sihat tubuh badan
- Warak

BAB 7 :

ISLAM DI ASIA TENGGARA

- Penyebaran Islam secara aman ke Asia tenggara merupakan pengajaran sejarah yang
besar ertinya bagi rantau i ni dan dunia seluruhnya. Hal ini mengingatkan kita kepada
seruan Nabi Muhammad s.a.w. agar dakwah Islamiah dilakukan dengan bijaksana.
- Selain itu, sikap terbuka dan tanpa prejudis masyarakat tempatan terhadap Islam
membolehkan Islam tersebar dengan aman tanpa konflik atau peperangan.
-

Lembaran sejarah ini tentu juga merangsang kesedaran dalam jiwa anak bangsa Malaysia
tentang usaha masyarakat negara kita dan kawasan sekitarnya memartabatkan ilmu
pengetahuan.

Kegiatan keilmuan seperti penulisan dan penterjemahan karya telah dilakukan oleh
semua pihak termasuk golongan pembesar, ulama dan orang awam..

Sifat keprihatinan terhadap ilmu pengetahuan dan kerjasama semua golongan


masyarakat untuk membangunkan khazanah ilmu menyebabkan terbinanya pusat
pengajian dan terhasilnya karya.

Oleh itu, jelaslah bahawa tradisi ilmu atau sikap mementingkan ilmu pengetahuan
memang telah berakar umbi dalam kehidupan masyarakat negara kita sejak dahulu lagi.

BAB 8 :

PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA SEBELUM


KEDATANGAN BARAT.

Penyerapan pengaruh Islam dalam kehidupan masyarakat Melayu sangat besar dan hal ini
dapat dilihat dalam seluruh institusi yang wujud dalam kehidupan mereka sama ada
politik, ekonomi dan sosial.

Undang-undang yang digunakan oleh negeri-negeri Melayu mempunyai asas syariah


yang kuat, pentadbiran dan pemerintahan Islam dijalankan dengan sebaik mungkin
sementara sultan pula berdiri sebagai tunjang kekuatan kerajaan dan agama.

Dalam bidang sosial pula seluruhnya dipengaruhi oleh Islam sama ada pendidikan,
bahasa dan kesusasteraan, kesenian dll.

Hal yang sama juga berlaku dari sudut ekonomi apabila elemen-elemen ekonomi Islam
diperkenalkan dan diamalkan termasuklah pengharaman terhadap riba dan sebagainya.

Islam telah membawa semangat nasionalisme dan intelektualisme yang sangat besar
bukan sahaja dalam kalangan masyarakat atasan malah dalam kalangan rakyat juga.

BAB 9 :

PERKEMBANGAN DI EROPAH

Daripada keseluruhan bab ini kita telah dapat melihat dengan jelas bagaimana orang dan
kuasa Barat dengan semangat inkuiri, sifat kepercayaan diri, keghairahan
menjelajah, idea yang imaginatif, kegiatan yang inovatif, kegigihan dalam
keusahawanan serta komitmen yang tinggi telah berjaya membawa masyarakat Eropah
keluar dari zaman gelapnya.

Pihak berkuasa negara dan rakyat telah secara bersama dan berterusan melanjutkan
agenda mereka demi mencapai objektif masyarakat dan negara. Golongan rakyat yang
terbabit termasuklah para pelaut, pengembara, intelektual, seniman, saintis, pereka,
pemodal, usahawan, petani dan pekerja.

Setelah bersama-sama mengatasi Zaman Gelap, merentasi dekad Renaissance, melalui


era penjelajahan, mencapai kemajuan ilmu, mengendalikan perkembangan Revolusi
Pertanian dan Revolusi Perindustrian, mereka telah melonjakkan negara-negara
Eropah menjadi kuasa imperialis.

Berabad lamanya dunia Barat mendominasi sebahagian besar dunia moden. Dengan itu,
mereka bukan hanya telah membawa perubahan besar kepada masyarakat mereka sendiri,
tetapi telah juga mengeksport perubahan tersebut ke seberang laut. Tanda-tanda atau
kesan daripada semua itu kita dapat lihat di mana-mana hingga ke hari ini.

Pada suatu masa dahulu Lautan Atlantik yang luas dan tidak diteroka merupakan
halangan kepada kegiatan pelayaran dan pengembaraan orang Eropah. Namun, setelah
diterokai, lautan tersebut telah bertukar menjadi laluan atau jambatan bagi jalan pelayaran
mereka ke dunia luar.

Pada suatu masa dahulu mereka meminjam ilmu daripada dunia Islam dan tertinggal
dalam beraneka lapangan, tetapi setelah menguasai pelbagai ilmu, mereka pula telah
meninggalkan golongan lain.

Dengan ilmu, bangsa Eropah bukan sahaja telah meneroka lautan luas dan daratan
yang terbentang tetapi juga angkasa raya, akhirnya.

BAB 10 : DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.


-

Sesuatu masyarakat harus sentiasa bersedia mengumpul modal, menguasai teknologi,


berpengetahuan, bertindak proaktif dan mempunyai perancangan ekonomi jangka
panjang yang jelas.

Penguasaan semua aspek ini akan membolehkan ekonomi sesebuah negara terus
maju,makmur dan mempunyai daya saing yang tinggi apabila berhadapan dengan
pelbagai cabaran di peringkat global. Golongan pemodal tidak boleh mengambil jalan
mudah dan terus berpuas hati dengan pencapaian sedia ada.

Kemajuan dan kemakmuran Tanah Melayu telah berjaya menarik minat imigran untuk
datang ke sini dan keadaan ini berterusan hingga kini. Kita seharusnya berbangga
dengan negara kita yang menjadi tumpuan pendatang asing kerana kekayaan dan
kemakmurannya.

Pada satu sudut yang lain pula, masyarakat tempatan seharusnya lebih giat, berinisiatif
dan bersedia mengusahakan sendiri kekayaan negara, terutamanya bagi mereka yang
tidak bermodal besar.

Jika tidak, orang asing yang sentiasa mengintai peluang untuk mengambil ruang tersebut,
akan mengambil alih peranan kita, seperti yang berlaku pada hari ini.

Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, kerajaan masa kini terpaksa membentuk dan
melaksanakan pelbagai polisi demi membaiki keadaan ekonomi yang tidak seimbang
dalam kalangan rakyat tempatan.

Kegigihan berterusan pihak pemerintah selepas merdeka telah berjaya membuktikan


bahawa rakyat tempatan terutamanya golongan bumiputera yang selama ini jauh
ketinggalan dalam sektor ekonomi moden berupaya mengendalikan palbagai bentuk
perniagaan hingga ke peringkat global.

Kejayaan Tenaga Nasional Berhad, Telekom Malaysia Berhad, PETRONAS dan


Permodalan Nasional Berhad menjadi petanda jelas tentang hal ini dan juga sumber
kebanggaan rakyat negara ini pada masa kini.

Usaha mengisi kemerdekaan bukanlah sesuatu yang mudah dan yang dapat dikendalikan
dengan serta-merta. Oleh itu, kita harus terus bersama-sama berganding bahu dan
berusaha demi masa depan negara kerana perjuangan kita, sebenarnya masih
belum selesai.

SUKATAN PELAJARAN TINGKATAN 5


BAB 1 :

KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA


TENGGARA

Walau apapun alasannya, kehadiran imperialis Barat adalah untuk kepentingan ekonomi
mereka. Pengenalan birokrasi Barat pula telah mengubah sistem politik, ekonomi dan
sosial negara-negara di Asia Tenggara.

Pentadbiran kerajaan penjajah mengamalkan diskriminasi dan penindasan. Semua


perkara yang tidak disenangi oleh rakyat tempatan ini telah mencetuskan gerakan
nasionalisme yang menuntut pembaikan terhadap taraf hidup dan seterusnya menuntut
kemerdekaan daripada kuasa penjajah.

Perjuangan para nasionalis telah memperlihatkan semangat juang yang kental,


keberanian serta pengorbanan yang tinggi.

Di samping itu, perpaduan, kepimpinan dan kebijaksanaan dilihat sebagai faktor


penting sesuatu perjuangan.

Oleh itu, sebagai generasi selepas merdeka, kita seharusnya menghargai perjuangan
nasionalis silam dengan berusaha untuk mempertahankan dan mengekalkan
kemerdekaan negara serta mengisi kemerdekaan tersebut dengan kemajuan.

BAB 2: NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA.


-

Perjuangan tokoh-tokoh masa lampau menentang penjajahan British patut kita contohi.
Mereka telah menunjukkan semangat setia negara yang tinggi kerana sanggup
berkorban untuk bangsa. Sifat bekerjasama dan tolong-menolong antara pemimpin
dengan pengikut dalam menentang penjajahan British telah menyumbangkan kejayaan.

Dalam penentangan ini jelas kelihatan bahawa sikap berdisiplin dan gigih berusaha
dapat menghasilkan perjuangan yang berjaya. Kekalahan mereka dalam perjuangan itu
adalah kerana kekurangan ilmu dan senjata moden.

Oleh itu, generasi pada hari ini patutlah mengambil iktibar daripada peristiwa ini dengan
berusaha melengkapkan diri dengan segala ilmu pengetahuan yang baik supaya kita
tidak terjajah lagi atau terpaksa tunduk terhadap mana-mana bentuk penjajahan.

Sistem pendidikan telah membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan orang


tempatan. Mereka mula terdedah kepada idea dan pandangan baru.

Pengaruh kebangkitan Islam di Asia Barat dan kegiatan nasionalisme di negara-negara


sekitar Tanah Melayu turut menyedarkan orang tempatan untuk bangkit menentang
penjajahan.

Akhbar, majalah dan novel telah menjadi alat penyebaran idea kebangsaan kepada
seluruh masyarakat. Kemunculan persatuan negeri serta badan sosial dan sastera telah
menyebabkan kegiatan nasionalisme menjadi lebih teratur dan mempunyai objektif lebih
jelas.

Pendudukan Jepun pula telah melahirkan semangat menentang penjajah melalui gerakan
bawah tanah/subversif.

Semua kegiatan nasionalisme berfokus pada matlamat orang Melayu untuk


membebaskan diri daripada tekanan penjajahan. Inilah semangat yang harus dipunyai
oleh generasi pada hari ini.

BAB 3 : KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA.


-

Pembentukan negara bangsa Itali dan Jerman di Eropah adalah berasaskan kepentingan
persamaan rumpun bangsa dan bahasa.

Pembentukan kerajaan Islam di Madinah pula berdasarkan penyatuan ummah Islam.

Manakala kejayaan pembentukan negara dan bangsa di Malaysia bergantung kepada


kesediaan setiap warga negara yang terdiri daripada pelbagai kaum mengamalkan sikap
tolak ansur dan kesederhanaan.

Setiap kaum mesti sanggup berkongsi secara bijak dalam bidang politik, ekonomi
dan sosial bagi memperkukuh pembinaan negara dan bangsa Malaysia.

BAB 4: PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA.


-

Pengenalan Malayan Union merupakan penjajahan mutlak British terhadap Tanah


Melayu. Usaha British ini dibantah hebat oleh orang Melayu sehingga Kongres Melayu
1946 diadakan dan UMNO ditubuhkan bagi menentangnya.
-

Kerjasama antara Raja-raja Melayu dengan UMNO dan sokongan oleh orang
Melayu telah menyebabkan British memulakan rundingan.

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dibentuk pada 1 Februari 1948. Perjanjian ini
telah memperkenalkan semula dasar British sebelum tahun 1941.

Konsep kerajaan persekutuan dan negeri diperkenalkan, institusi raja dipulihkan,


kerakyatan pula diperketatkan dan perlindungan terhadap orang Melayu dimasukkan
dalam perlembagaan.

Perkara ini merupakan asas kepada bentuk pentadbiran Persekutuan Tanah dan Malaysia
yang merdeka.

Soalan SPM 2006.


7 (c)

Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah yang berlaku sekiranya Malayan Union
terus dilaksananakan di Tanah Melayu.

Jawapan:
F1
F2
F3
F4
F5
F6
F7
F8
F9
F10
F11
F12
F13
F14

Pentadbiran disatukan dalam satu unit politik.


Negara kesatuan dibentuk.
Kuasa raja-raja Melayu hilang.
Bilangan kaum pendatang bertambah
Taraf Tanah Melayu sebagai tanah jajahan
Semua penduduk mempunyai hak dan taraf yang sama.
Bilangan penduduk asal menjadi kecil.
Penentangan orang Melayu akan berpanjangan.
Suasana tidak aman / rusuhan kaum / persengketaan kaum.
Agama Islam tercabar
Ekonomi Tanah Melayu dikuasai kaum pendatang.
orang Melayu terus mundur.
Orang Melayu kehilangan warisan bangsa.
perpaduan Melayu kukuh.

BAB 5 : PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA.


-

Perjuangan membentuk sebuah negara dan bangsa yang merdeka menuntut pengorbanan
yang besar.

Langkah para pemimpin Persekutuan Tanah Melayu yang memilih musyawarah sebagai
pendekatan mengatasi segala kemelut politik negara dan bangsa merupakan langkah
yang bijak dan amat berkesan.

Penubuhan Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC) sebagai gabungan kerjasama kaum


untuk mendapatkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957 adalah
satu rahmat kepada kita.

Generasi pada hari ini sepatutnya menghargai kebijaksanaan pemimpin-pemimpin


negara. Mereka seharusnya mendukung konsep kerjasama sebagai pendekatan
terbaik dalam memastikan kemerdekaan yang kita nikmati akan terus terpelihara.

Ikutlah kata pepetah Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat dan
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

BAB 6 : PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA.


-

Pada mulanya pembentukan Malaysia merupakan sesuatu yang agak mustahil terutama
apabila melihat reaksi penentangan yang datang dari dalam negeri dan negara luar.
Namun, menerusi diplomasi, masalah tersebut dapat diatasi.

Pembentukan Malaysia telah berjaya menggabungkan Persekutuan Tanah Melayu dengan


negeri-negeri jirannya bagi kepentingan bersama.

Memaparkan ciri-ciri kepemimpinan tokoh tempatan di Persekutuan Tanah Melayu,


Singapura, Sabah dan Sarawak.

Kerajaan British juga sanggup bekerjasama dan bertolak ansur untuk kepentingan
bersama.

Kerjasama yang diberikan oleh rakyat untuk memastikan kedaulatan negeri terjamin.

BAB 7 : SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NEGARA MALAYSIA.


-

Sistem pemerintahan demokrasi berparlimen berjalan dengan baik dan mantap


dengan sokongan rakyat.

Kerajaan memerintah sentiasa menunaikan tanggungjawabnya terhadap rakyat yang


diperintah.

Keadaan ini menjamin kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi.

Rakyat Malaysia harus berganding bahu membantu dan menyokong kerajaan


mengekalkan keharmonian yang ada.

Perasaan setia, bangga dan cinta akan negara perlu kita pupuk dan usaha ini perlu
diteruskan oleh generasi akan datang untuk mengukuhkan lagi pembentukan identiti
negara dan bangsa Malaysia.

BAB 8 : PEMBANGUNAN DAN PERPADUAN UNTUK KESEJAHTERAAN


-

Sesungguhnya Wawasan 2020 hanya akan menjadi realiti apabila kesemua sembilan
cabaran utama dapat disahut oleh semua rakyat Malaysia.

Generasi pelajar yang sedang berada di bangku sekolah pada hari ini sebenarnya
mempunyai tanggungjawab mengisi wawasan dan meneruskan kesinambungan
perjuangan pemimpin-pemimpin negara terdahulu untuk terus mengekalkan
kemajuan negara.

Dasar pembangunan ekonomi dan sosial telah digunakan dalam membina negara
Malaysia yang bersatu padu, aman dan sejahtera.

Kesejahteraan rakyat akan dapat dicapai dengan keadilan ekonomi dan perpaduan
negara.

Kerjasama dan tolak ansur antara kaum yang wujud selama ini telah menyediakan asas
kepada negara kita untuk lebih maju pada masa hadapan.

BAB 9 : MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA.


-

Sejarah membuktikan betapa penting sesebuah negara mengejar maklumat dan


mengikuti perubahan semasa dunia serta sentiasa di hadapan dalam mengejar kemajuan
terutama dalam era dunia yang tidak bersempadan/globalisasi.

Tiada halangan bagi rakyat Malaysia untuk mengikuti perkembangan dan meraih
maklumat dalam mengejar kemajuan.
-

Semua perkara ini bergantung kepada kehendak dan semangat serta daya saing rakyat
negara ini untuk berjaya pada peringkat dunia.

Soalan SPM 2005


4 (d)

Bagaimanakah anda boleh merealsasikan kejayaan k-ekonomi?

[3 markah]

Jawapan:
F1
F2
F3
F4
F5
F6
F7
F8
F9

Meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang sains dan teknologi.


Menjauhkan diri daripada gejala negatif.
Menguasai kemahiran IT.
Melibatkan diri dalam program-program sekolah JPN/KPM.
Menyertai program-program anjuran kerajaan.
Sanggup menerima perubahan positif.
Berinovasi dan kreatif.
berdaya saing.
mana-mana jawapan munasabah.

9(c)

Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, bagaimanakah sesebuah negara dapat


mengelakkan berlakunya peperangan.

Jawapan:
F1
F2
F3
F4
F5
F6
F7
F8
F9
F10
F11

Menjalin hubungan dengan semua negara tanpa mengira ideologi / amal dasar berkecuali.
Menghormati kedaulatan negara lain / tidak dijajah.
Menyertai pertubuhan serantau dan antarabangsa.
Mengelakkan daripada mencampuri urusan dalaman negara lain.
Mengelakkan daripada perlumbaan senjata.
Menyokong usaha untuk memelihara keamanan sejagat.
Bersama-sama menentang keganasan / pengganas.
Mendidik rakyat agar mencintai keamanan / kedamaian / perpaduan.
Menyelesaikan pertikaian secara diplomasi / rundingan / antara negara yang berkonflik.
Mengamalkan sikap toleransi.
Meningkatkan kemajuan negara / taraf hidup rakyat / kestabilan politik.

Anda mungkin juga menyukai