Anda di halaman 1dari 4

Sistem Kapitalisme 

Eropah
Sistem Kapitalisme Di Eropah

Pendahuluan :

 Ekonomi kapitalisme merupakan satu sistem ekonomi yang berasaskan kepada ekonomi
bebas. Ini bermakna setiap individu atau mana-mana syarikat yang memiliki harta atau
modal bebas menjalankan kegiatan ekonomi atau perdagangan. Matlamat utama di dalam
sistem ekonomi kapitalisme ialah keuntungan yang maksima.

Konsep :

 Pengumpulan modal
 Kebebasan ekonomi
 Hak milik perseorangan
 Kebebasan pasaran dan perniagaan
 Menggalakkan penambahan kekayaan dan pelaburan
 Kaum buruh dibayar upah
 Melibatkan sistem pengeluaran, pengedaran dan pertukaran secara besar-besaran.
 Tujuan untuk mendapatkan keuntungan

Ciri-ciri :

 Wujud aktiviti perdagangan dan perniagaan


 Pembayaran gaji untuk pekerja oleh majikan
 Sistem ekonomi dikuasai oleh golongan yang mempunyai modal besar.
 Untuk kepentingan sendiri
 Ekonomi dagangan bebas
 Mengutamakan harta persendirian

Sebab-sebab Perkembangan Sistem Kapitalisme :

Penubuhan Negara-negara Bangsa.

 Pesat pada abad ke-16 dan ke-17


 Raja menggalakkan perkembangan kapitalisme
 Mengamalkan dasar ekonomi merkantilisme
 Negara bangsa berlumba-lumba untuk mengumpulkan kekayaan
 Pelayaran, penerokaan dan penjelajahan ke kawasan baru digalakkan seperti Sebastian
Cabot dan Francis Drake
 Kerajaan Negara bangsa mewujudkan sektor pertanian dan perindustrian yang berkesan.
 Duti import yang tinggi dikenakan.
 Memastikan perdagangan memihak kepada Negara bangsa bagi memenuhi objektif dasar
ekonomi merkantilisme.

Gerakan Renaissance dan Reformation :

 Gerakan Renaissance disusuli oleh gerakan reformation


 Pertumbuhan sistem ekonomi kapitalisme
 Peranan agama dalam sector ekonomi lemah ekoran perkembangan idea-idea dan aliran
pemikiran humanisme, rasionalisme dan sekularisme.
 Tumpuan masyarakat terhadap kebebasan dan kekayaan kebendaan
 Masyarakt di bandar-bandar perdagangan giat dalam bidang pinjaman, pelaburan dan
pertukaran wang
 Menggalakkan sistem ekonomi kapitalisme dan merkantilisme.

Dasar Ekonomi Merkantilisme :

 Abad ke-16 dan ke-17 – revolusi perdangangan


 Dasar merkantilisme – system yang menekankan kekayaan, kekuasan dan kebajikan
 Pertambahan kekayaan dalam Negara
 Sector pertanian dan perindustrian maju
 Pasaran luar yang luas
 Akta Perintis dan Akta Perkapalan diperkenalkan untuk melindungi pelabur dan
pedagang tempatan.

Dasar kolonialisme :

 Penguasaan koloni – kunci kekayaan


 Dasar kolonialisme – didorong oleh dasar merkantilisme
 Dasarr kolonialisme ke atas kawasan di Timur dan Amerika Latin
 Bahan mentah dan pasaran terjamin.
Aliran agama Calvanisme :

 Aliran ini muncul di negara-negara Protestan.


 Dibawa oleh John Calvin
 Fahaman Calvanisme menghalalkan amalan riba.

Revolusi Pertanian :

 Bermulanya sistem pemagaran


 Tanah berpagar menggantikan tanah lapang
 Pengenalan tanaman baru
 Ciptaan jentera baru
 Teknik penanaman baru

Revolusi Perindustrian :

 Abad ke-18
 Penggunaan kaedah moden
 Ciptaan mesin pemintal
 1795, Edmund Cartwright mencipta mesin tenun yang menggunakan kuasa air.
 Wap digunakan dalam industri untuk mengendalikan jentera
 Peleburan besi
 Penghasilan keluli
 Pengeksportan barangan ke luar Negara
 Kemunculan golongan kelas pertengahan dan proletariat

Sistem Pengangkutan Dan Perhubungan :

 Pembinaan jalan raya dan terusan memudahkan pengangkutan barangan industri.


 John Macadam memperkenalkan pembinaan jalan raya dengan menggunakan batu dan
minyak tara.
 James Bridley membina terusan pertama – Terusan Worsley untuk mengangkut arang
batu ke bandar perusahaan Manchester.

Penghijrahan :

 Perkembangan dalam sistem pengangkutan menggalakkan penghijrahan penduduk dari


kawasan luar bandar ke bandar.
 Penghijrahan juga terdapat di Asia, India Barat, Australia dan New Zealand.
 Kemasukan buruh
 Semua ini membawa kepada kepesatan system kapitalisme di England

Kemunculan Institusi Kewangan :

 Amalan riba diterima oleh masyarakat Eropah


 Pertumbuhan industri bank – kemudahan pinjaman dan kredit membawa keuntungan
 Lahirnya golongan kapitalis – pemilik ladang, tuan tanah dan pengusaha lombong.
 Menggalakkan pelaburan modal dan perniagaan

Kesan Sistem Kapitalis :

 Pertambahan eksport ke luar negeri


 Peningkatan perdagangan antarabangsa
 Penghijrahan ke kawasan Bandar
 Pengenalan jenis tanaman baru
 Penggunaan kaedah penanaman baru
 Perubahan dalam bidang perhubungan

Anda mungkin juga menyukai