Anda di halaman 1dari 17

BAHASA

MELAYU SPM

PERIBAHASA
Peribahasa Dalam Penggunaan
Peribahasa digunakan mengikut konteks dan
suasana tertentu:
 Menyatakan maksud peribahasa

 Menyatakan peribahasa berdasarkan


maksud
 Menyatakan peribahasa berdasarkan ayat

 Membina ayat berdasarkan peribahasa

 Mewujudkan situasi yang dapat dikaitkan


dengan peribahasa
 Mewujudkan dialog yang dapat dikaitkan
dengan penggunaan peribahasa
Menyatakan maksud peribahasa
Peribahasa:
a) Berkerat rotan berpatah arang

b) Ingat sementara belum kena, jimat


sementara belum habis

Maksud:
a) Putus pertalian / perhubungan yang tidak
dapat disambung / didamaikan lagi
b) Selalu berwaspada dan berhati-hati dan
harus berusaha jangan sampai terlambat
Menyatakan peribahasa
berdasarkan maksud
Maksud:
a) Apabila membuat sesuatu pekerjaan itu
hendaklah beringat-ingat supaya tidak
mendatangkan kerugian.
b) Seseorang yang mendapat sesuatu yang
telah lama dihajatkan

Peribahasa:
a) Bertumpu dahulu baru melompat
b) Orang mengantuk disorongkan
bantal
Menyatakan peribahasa berdasarkan ayat
Ayat:
a) Encik Ali mengamanahkan edainya kepada
saudaranya semasa beliau ke luar negeri
tetapi kedainya itu dijual oleh saudaranya.
b) Walaupun majlis itu telah selesai tetapi
masih kedengaran rungutan tidak puas hati
darpada sesetengah pihak tentang
pelaksanaannya.

Peribahasa:
a) Harapkan pagar, pagar makan padi /
pancing makan umpan
b) Rumah sudah pahat berbunyi
Membina ayat berdasarkan
peribahasa
Peribahasa:
a. Buat Duit
b. Ombak kedengaran, pasirnya tidak
kelihatan
c. Mengata dulang paku serpih, mengata
orang awak yang lebih
Ayat:
a. Kebanyakan peneroka buat duit
betul pada masa harga kelapa sawit
melambung.
b. Berita penglibatannya dalam
kumpulan samseng itu sudah
menjadi bualan tetapi tiada sesiapa yang
dapat membuktikannya, bak kata
pepatah ombak kedengaran, pasirnya
tidak kelihatan.
c. Dia tidak disukai orang kerana suka mengumpat
ke sana ke mari pada hal dia sendiri tidaklah
baik sangat, perangainya itu tidak ubah seperti
mengata dulang paku serpih, mengata oran
awak yang lebih.
Mewujudkan situasi yang dapat
dikaitkan dengan peribahasa
Situasi 1:

Judi tidak pernah menjanjikan kesenangan kepada


manusia. Walaupun ada sesetengah orang
berpendapat sesiapa yang memenangi pertaruhan
dalam perjudian dia mendapat untung segera.
Namun begitu, kebanyakkan penjudi tidak
mengalami nasib baik ini. Oleh sebab itu, kita
dapati sukar hendak mempercayai cakap mereka
tentang keuntungan yang diperoleh daripada hasil
perjudian kerana cakap saja lebih tetapi hasilnya
kosong. Untuk meraih kesenangan hidup lebih
molek jika seseorang itu menghindari tabiat suka
berjudi, sebaliknya eloklah bekerja keras dan
menabung pendapatan dari semasa ke semasa.
Jawapan
Peribahasa:
a) Duit terpijak

b) Cakap tinggi/cakap atas

c) Nak kaya berdikit-dikit, nak ramai


bertabur urai/ sedikit-sedikit lama-
lama jadi bukit/ membanting tulang
Mewujudkan situasi yang dapat
dikaitkan dengan peribahasa
Situasi 2:

Apabila berbicara tentang keruntuhan moral


golongan remaja, kita wajar…………………… dan
menyalahkan pihak lain kerana kita bersama-
sama memikul tanggungjawab untuk
menanganinya. Sesiapa yang cuba………………..
dalam hal ini akan menjadi sia-sia sahaja. Jika
tidak ada anak sendiri yang terlibat tetapi tidak
dapat dinafikan ada anak buah yang terlibat
dalam gejala itu. Apabila hal itu dibangkitkan
sudah tentu…………………… juga akhirnya.
Jawapan
Peribahasa:
a. menuding jari
b. bersembunyi di sebalik telunjuk
c. kena batang hidung sendiri
Mewujudkan dialog yang dapat dikaitkan
dengan penggunaan peribahasa

Dialog(situasi 1):

Khalid: Pada cuti semester nanti, apakah


rancangan awak?
Liza: Saya bercadang hendak ke rumah
kakak di Pulau Pangkor untuk
menziarahi mereka sekeluarga
sambil bercuti di sana.
Khalid: Beruntunglah awak, tidak bungkam
sahaja di rumah.
Liza: Awak pula bagaimana?
Khalid: Saya tidak ke mana-mana kerana hendak
menolong ayah yang menguruskan
perniagaannya.
Liza: Lebih elok begitu, daripada awak membuang
masa ke sana ke mari tidak tentu arah.
Khalid: Jangan bimbanglah, saya sentiasa membantu
ayah di kedainya kerana itulah punca rezeki
kami sekeluarga.
Liza: Baguslah kalau awak ada kesedaran menjadi
anak yang dapat membalas jasa orang tua.

Jawapan:
a. Makan angin
b. Kutu rayau
c. Mata pencarian
Mewujudkan dialog yang dapat dikaitkan
dengan penggunaan peribahasa
Dialog (situasi 2):

Solehah: Mengapa awak membebel dari tadi


hingga sekarang dan bebelan awak
itu tidak tentu buah butirnya………………….dan
sukar difahami.
Rokiah: Tak adalah, aku Cuma menyampah dengan
budak-budak kelas sebelah yang bercakap
tidak berhenti-henti dari tadi, gelagat
mereka………………itu menyebabkan aku sukar
hendak menyiapkan kerja rumah yang
belum kuselesaikan.
Solehah: Engkau pun satu, siapa yang
suruh buat kerja itu di sekolah,
mengapa tidak siapkan sahaja
di rumah?
Rokiah: Aku tidak sempat menyiapkannya
semalam kerana aku asyik
menonton televisyen hingga larut
malam.
Solehah: Buatlah lagi, perangai yang
tidak senonoh dengan…………..,
apabila tiba masa cikgu hendak
kerja rumah baru terkial-kial.
Rokiah: Engkau pun tak boleh diharap,
jangankan nak sokong kawan,
mengutuk lagi ada.

Jawapan:
a. Seperti baung kena ketuk/tukul

b. Seperti murai dicabut ekor

c. Membuang masa

Anda mungkin juga menyukai