Anda di halaman 1dari 15

1 a) MAKSUD TEKNOLOGI PENGAJARAN

Bahagian Teknologi Pendidikan menyatakan bahawa Teknologi pengajaran ialah


suatu applikasi, media, sIstem, pendidikan dan teknik yang yang memberi pencapaian
dalam pengajaran dan pembelajaran.
Teknologi Pengajaran adalah sebahagian daripada teklogi pendidikan yang
mementingkan penggunaan proses saintifik dalam pengalaman pengajaran. ALA dan
AECT (1975)
Mengikut Heinich(1984) Teknologi Pengjaran tidak akan berkembang selagi ia
berada dalam pendidikan. Ia seharusnya berdiri sendiri di atas label ‘teknologi’ supaya
menjalankan kajian dalam reka bentuk pengajaran system.
Teknologi Pengajaran membantu dalam pembelajaran di mana menggunakan
pelbagai dan sumber, pembelajaran iaitu secara sistematik. Ia adalah satu proses untuk
menyelesaikan masalah pembelajaran dan pengajaran dengan melibatkan reka bentuk dan
menggunakan pengajaran sistem.

PERANAN DAN PENDEKATAN TEKNOLOGI PENGAJARAN


Peranan dan pendekatan teknologi pengajaran yang dapat menggalakkan
pembelajaran positif adalah dengan memperkukuhkan sistem pendidikan kebangsaan
dengan cara mengurangkan jurang perbezaan diantara bandar dengan luar bandar serta
memperbaiki peluang-peluang pendidikan di kawasan luar bandar yang mengalami
segala kekurangan dari segi kemudahan kakitangan yang berkelayakan dan juga peralatan
pengajaran. Selain itu, ia juga berfungsi sebagai mempertingkatkan mutu pendidikan
dengan cara mengadakan demonstrasi pengajaran yang baik melalui media serta
membekalkan bahan-bahan pandang dengar. Ia juga berperanan membantu dalam usaha
mengkaji semula dan pembaharuan kurikulum melalui sistem penyampaian cepat dan
berkesan.
Teknologi pengajaran juga bertindak mempertingkatkan kadar pencapaian pelajar
melalui rancangan yang menarik dengan cara menggunakan teknik-teknik dan bahan–
bahan pandang dengar serta memberi peluang kepada guru-guru untuk menumpukan
perhatian mereka kepada individu. Ia juga membantu pengajaran dalam mata pelajaran
yang terdapatnya kekurangan guru terlatih seperti dalam bidang sains, matematik,

1
teknikal dan vokasional. Di samping itu, teknologi pengajaran berperanan meningkatkan
kesedaran moral dan berusaha mencapai perpaduan kebangsaan melalui program moral
untuk disiarkan ke sekolah-sekolah rendah dan menengah dengan menggunakan Bahasa
Melayu. Ia juga membantu dalam program-program latihan penggunaan
(praperkhidmatan dan dalam perkhidmatan) melalui penggunaan teknik-teknik media
baru. Teknologi pengajaran juga menekankan prinsip-prinsip pembelajaran yang
melibatkan perasaan di samping faktor-faktor sosial dan kepintaran kognitif.
Teknologi pengajaran beperanan dan bertindak untuk mengubah peringkat
membuat keputusan semasa di mana semasa perancangan kurikulum penggunaan
teknologi pengagajaran ditentukan. Ia menjamin keberkesanan kurikulum dalam
pengajaran. Selain itu, teknologi pegangajaran juga berperanan untuk mengubah sistem
atau pendekatan pengajaran. Ia menyatakan bahawa teknologi pengajaran bukan sahaja
boleh memperbaiki kualiti pengajaran malah ia juga boleh mengubah kepentingan
sesuatu topik dalam sukatan pelajaran. Keadaan yang sama juga mungkin wujud dalam
pengajaran dan pembelajaran bagi menyelesaikan masalah dan penggunaan startegi
pembelajaran peguasaan. Mengubah pengalaman pembelajaran adalah peranan teknologi
pengajaran. Ia bermaksud pengalaman pembelajaran melalai teknologi dijalankan dengan
teratur dan tersusun. Ia manjamin setiap pelajar mendapat pengalaman pembelajaran
yang baik dan teratur.
Oleh kerana teknologi pengajaran terbuka kepada pelbagai jenis pembelajaran,
secara bersendirian atau berkumpulan, bersama sumber manusia dan bukan manusia,
proses pembelajaran telah menjadi suatu proses yang aktif di mana pelajar diberi peluang
memberi makna kepada pengalaman yang diterimanya. Dari situ lahirlah pelajar yang
cemerlang, bertanggungjawab, berkemahiran tinggi dan berdaya maju.
Sebagai rumusan, teknologi pengajaran melibatkan ruang lingkup yang lebih luas
termasuk identifikasi, kurikulum, kaedah pengajaran dan pembelajaran dan pengelolaan
serta penggunaan alat dan bahan pengajaran. Di sini boleh disimpulkan yang teknologi
pengajaran memainkan peranan yang penting dalam membantu proses pengajaran dan
pembelajaran di mana ia lebih tertumpu kepada penggunaan dan penyusunan secara
sistematik terhadap berbagai-bagai alat dan bahan teknologi yang boleh membantu
aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

2
2 a) MAKSUD MEDIA PENGAJARAN
Media pengajaran merupakan suatu pengajaran melalui audio visual dan bahan-
bahan berkaitan yang penting digunakan semasa pembelajaran dan pengajaran di mana
informasi dapat disampaikan kepada pelajar.
Segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan pesanan daripada
pengirim kepada penerima sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan, perhatian, minat
serta perhatian pelajar dan seterusnya terjadinya proses pembelajaran. – Modul OUM
(2009)
Media dalam proses pembelajaran bermaksud alat grafik dan elektroniks yang
diterima dan meyusun maklumat dan informasi dalam bentuk visual atau verbal (Belach
& Ely (1971)).Media Pembelajaran ialah media-media yang membawa mesej atau
informasi yang bertujuan untuk pembelajaran dan pengajaran (Heich 1985).Media
Pembelajaran merangkumi semua sumber yang diperlukan untuk komunikasi dengan
pelajar (Media Martn & Briggs (1986))
Media pembelajaran adalah segala sesuatu yang dapat digunakan untuk
menyalurkan pesanan (bahan pembelajaran) sehingga dapat merangsang perhatian, minat,
pemikiran dan pesanan pelajar dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran untuk
mencapai objektif tertentu. (H.Malik (1994))
Menurut Kemp dan Semellie (1994), media pengajaran sebagai audio visual dan
bahan-bahan yang berkaitan dengannya yang berfungsi dalam pelaksanaan sesuatu
pengajaran.
Ngui Kuan Sang (1989), berpandangan bahawa ia adalah satu pengalaman yang
melibatkan penggunaan penglihatan dan /atau pendengaran seseorang serta teknik-teknik
pengajaran, termasuk proses pengalaman, persediaan dan perasaan.

Daripada definisi-definisi yang diberikan maksud media pengajaran adalah penggunaan


media dikhususkan dan ditempatkan pada kepentingan. Media pengajaran merupakan
suatu alat untuk menjelaskan apa yang terdapat dalam buku adalah simbol atau numerik.

3
Media Pengajaran tidak mempunyai batasan demi mendapat ilmu dalam aktivi
pembelajaran dan pengajaran.

BELENDED INSTRUCTION
’Blended Instruction’ atau Pengajaran Pelbagai Teknik merupakan suatu
kegunaan teknologi dan pengajaran dengan kaedah biasa yang dilaksanakan untuk
mencapai matlamat. Blended Instruction adalah suatu kombinasi tentang pembelajaran
melalui ‘online’ dan ‘face to face’. Biasanya program ini mengambil 50% dalam
pengajaran online dalam setiap kelas yang diambil.
Menurut Kradisc (2007), pelbagai pendekatan dan praktikal pedagogi dan
menyediakan untuk menentukan langkah-langkah yang diperlukan dapat mencapai dalam
mengintergrasikan teknologi informasi dalam kurikulum.
Hement Minocha (2005), mendefinisikan blended learning terdiri daripada belajar
maklumat, interaksi, kolaberasi dan pengalaman di bilik darjah. Ia menerangkan bahawa
kebaikan daripada e-learning teknologi yang mengurangkan kos perjalanan, kos tutor dan
masa ynag diambil. Blended instruction adalah suatu rangka iaitu gabungan dari satu
pengalaman kepada yang lain. Oleh iaitu, setiap langkah membina di atas langkah
sebelumnya. Ia membolehkan suatu organisasi mengerakkan pendidikan dan skala
kolabarative daripada level maklumat rendah dipanjangkan kepada masteri.
Singh (2001), menerangkan bahawa pengajaran mengambil tempat dalam
’offline’ dan ’online’ setting. Semasa offline setting, pengajaran mengambil tempat
dalam pembelajaran tradisi, face to face classroom. Manakala offline setting biasanya
menggunakan internet. Walaupun ia merupakan suatu pembelajaran jarak jauh kendiri
semua pengajaran mengambil tempat dalam online. Melalui kegunaan ‘Web Blended
Learning’ mempergunakan atmosfera daripada persekitaran offline dan online.
Instructional Technology Planning Board (2003) mengatakan dalam pengajaran
pelbagai teknik, sebilangan jumlah penting pembelajaran pelajar adalah dicapai melalui
pengajaran secara online, mengakibatkan perubahan dalam struktur haluan dan
bagaimana atau di mana pelajar memperuntukkan masa mereka untuk memguasai secara
penuh isi kandungan khusus. Pengajaran pelbagai teknik dapat menjadi atau dianggap
sebagai kenderaan penting bagi memulakan penguasaan terhadap keupayaan teknologi

4
untuk membaiki kualiti pengajaran, meningkatkan kebolehan memperolehi data daripada
computer, meningkatkan jumlah bilangan pembelajaran dan untuk mengekalkan dan
mengurangkan kos.

PENDIDIKAN JARAK JAUH


Pendidikan jarak jauh adalah satu sistem pembelajaran jarak jauh yang berasaskan
web dan teknologi internet. Untuk mendapat cara lebih menyeluruh bagi meningkatkan
kualiti pengethuan.
Menurut Simson& Schlosser (1995) definisi bagi Pendidikan Jarak Jauh ialah
digubal dengan memberikan penekanan kepada penggunaan teknologi yang menyediakan
ciri-ciri komunikasi dua hala interaktif audio, video untuk menyediakan suasana dan
pengalaman pembelajaran yang setaraf dengan pembelajaran konvensional. Ia menekan
kepada komunikasi dua hala dan penggunaan media interaktif .
Menurut Holmberg (1977), Pendidikan Jarak Jauh adalah bentuk pengajian di
bawah pemerhatian yang tidak berterusan dan serta merta oleh tenaga pengajar tetapi para
pelajar mendapat manfaat daripada perancangan, bimbingan pengajaran oleh organisasi
pendidikan berkenaan. Ia memberi keterangan bahawa unsur utama Pendidikan Jarak
Jauh dengan semua bentuk pembelajaran dan pengajaran yang konvensional. Hubungan
antara tenaga pengajar dan para pelajar diwujud oleh beberapa media komunikasi. Ia
menekankan bahawa aspek interaksi perlu diwujudkan dalam sistem Pendidikan Jarak
Jauh.
Keegan (1980) menekankan Pendidikan Jarak Jauh perlu menyediakan kaedah
supaya interaksi pembelajaran dan pengajaran dapat dilaksanakan dalam pembelajaran
dan pengajaran konvensional. Dalam pembelajaran konvensional pengajar menyediakan
bahan pembelajaran dam terus menyampaikan kepada pelajar di bilik darjah. Oleh itu,
hubungan antara pengajar dan pelajar terjamin.
Pendidikan Jarak Jauh menggunakan nama yang berlainan seperti Distance
Learning, Open Learning, Open Education, Open University, Extentori Study, Home
Study, Independent learning dan istilah yang lain. Pada sistem Pendidikan Jarak Jauh
yang terbaru ramai diminati ialah ‘On-Line Learning’, ‘Virtual Learning’ atau ‘e-
learning’.

5
Pendidikan Jarak Jauh disimpulkan suatu sistem pembelajaran dimana antara
pelajar dengan guru atau tutor terpisah oleh jarak. Ia mengasingkan para pelajar daripada
bilik darjah dan juga masa pembelajaran berlaku melalui pengajararan oleh pengajar
walau di mana sahaja para pelajar memilih tempat. Pendidikan Jarak Jauh menampung
bilangan pelajar yang tiada had. Kesan dari pembelajaran berjarak adalah harus
memanfaatkan teknologi komunikasi jarak jauh sebagai kemudahan untuk memberi
sempadan antara komunikasi kerana ianya terpisah oleh jarak tersebut.

2 b) KON PENGALAMAN DALE


Edgar Dale telah membina Kon Pengalaman Dale dengan menggunakan 3 jenis
pendekatan iaitu pengelibatan (pengalaman secara langsung), pemerhatian (visual) dan
persimbolan (simbolik atau digital). Dale telah mencadangkan pengajaran harus bermula
dari pengalaman secara langsung dan seterusnya diikuti oleh pemerhatian dan
persimbolan. Beliau seterusnya menyarankan bahawa setiap kebijaksanaan guru
menyusun bahan-bahan pengajaran akan menentukan kejayaan atau penguasaan pelajar
terhadap sesuatu pelajaran. Mengikut Dale pendekatan kedua sesuai bagi kesemua
peringkat pelajar bukan sahaja bagi kanak-kanak. Apabila sesuatu tugasan pembelajaran
disampaikan kepada pelajar yang tidak mempunyai pengalaman yang relevan sebagai
asas rujukan, proses pengajaran hendaklah dimulakan dari pengalaman secara langsung,
pemerhatian dan persimbolan. Dalam langkah awal dan terpenting bagi guru ialah
mengukur peringkat pengalaman pelajar yang sedia ada, sebelum sesuatu topik
pengajaran itu disampaikan. Pendekatan melalui kon pengalaman Dale ini adalah
perlahan tetapi yakin. Manakala jika banyak penggunaan melalui simbol abstrak (verbal
dan visual) ia adalah laju tetapi lebih berisiko.

Gambar rajah 1.1 : Kon Pengalaman Dale

6
Gambarajah 1.2 : Contoh Pengajaran mengikut Kon Pengalaman Dale
ABSTRAK

PERSIMBOLAN
Menulis karangan (zoo)

PEMERHATIAN Menonton tayangan gambar ( zoo )

PENGLIBATAN Penceritaan semula pengalaman sebenar ( zoo )


KONKRIT

Gambar rajah 1.2 menunjukkan teknik pembelajaran yang saya hasilkan melalui
pemahaman saya terhadap Kon Pengalaman Dale. Walau bagaimanapun guru atau
pengajar perlu bijak dalam membuat keputusan untuk memilih teknik mana yang lebih
berkesan kerana ia adalah bergantung kepada kebolehan dan kemampuan pelajar
menerima cara pembelajaran tersebut tidak kisahlah dengan memulakan kepada teknik
yang mana dahulu asalkan ia memberikan manfaat kepada pelajar.

7
Bidang pertama iaitu pengelibatan pelajar dalam membuat sesuatu aktiviti
sebenar. Ia dapat dari murid tersebut melalui pengalaman tersebut melalui pengalaman
diri sendiri Ia dapat membantu menggembangkan pengalaman murid di mana guru
meminta murid menerangkan pengalaman mereka ketika murid-murid melawat di zoo.
Bidang kedua yang mengaitkan dengan pemerhatian meliputi perasaan, emosi pelajar
melalui tontonan tayangan gambar. Guru menunjukkan di depan gambar bergerak supaya
pelajar mengenali dan dapat ceritakan tentang melawat ke zoo dan apa yang dipelajari
dari situ. Bidang ketiga iaitu bidang pesimbolan dimana menekankan pengalan abstrak. Ia
dijalankan oleh guru secara lisan atau simbol. Guru menyuruh murid menjelaskan
pengalaman mereka melawat ke zoo dan seterusnya membuat suatu folio.
Antara faedah yang diperolehi melalui teknik pembelajaran ini ialah pelajar lebih
memahami apa yang dipelajari mereka kerana mereka didedahkan kepada situasi sebenar
sebelum didedahkan dengan gambaran melalui video atau filem dan diceritakan melalui
lisan. Contohnya, di peringkat pertama yang melibatkan penglibatan murid guru boleh
menggunakan teknik diskusi di mana murid-murid yang pernah melawat ke zoo diminta
tampil ke hadapan untuk menceritakan pengalaman sebenar mereka. Teknik ini mampu
menjana pemikiran pelajar melalui perkongsian maklumat. Maklum balas secara spontan
dalam sesi tersebut mampu memantapkan lagi aras pemahaman pelajar. Kemudian, dalam
proses pemerhatian, guru boleh menggunakan teknik demonstrasi di mana guru
menayangkan rakaman video tentang suatu suasana zoo dan hidupan liar di zoo. Di
samping itu, guru menunjukkan model-model haiwan kepada murid-murid dalam
penerangannya. Kaedah ini ialah penggabungan antara penerangan serta penggunaan
bahan sebenar atau model dalam memahami sesuatu konsep. Seterusnya, dalam peringkat
persimbolan, guru boleh menggunakan teknik peta minda di mana murid-murid diminta
melakarkan satu peta minda berdasarkan maklumat yang telah mereka perolehi daripada
perbincangan dan rakaman video. Akhirnya, murid-murid diminta menulis satu karangan
berdasarkan peta minda yang telah mereka lakarkan.
Di sini dapat dirumuskan bahawa pengalaman konkrit pelajar berlaku apabila
mereka terlibat langsung dalam aktiviti ataupun peristiwa. Pengalaman konkrit akan
semakin berkurang jika pelajar menjadi pemerhati. Pengalaman abstrak akan berlaku jika
penggunaan simbol visual dan verbal yang mewakili peristiwa. Keberkesanan

8
pengalaman abstrak adalah bergantung kepada maklumat konkrit sedia ada dalam
mentafsir konsep abstrak. Ini tidak bermakna teori kon pengalaman Dale tidak boleh
digunakan, ia masih lagi boleh digunakan sebagai panduan untuk menganalisis ciri-ciri
media dan kaedah pengajaran dan bagaimana ia berguna dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

3) VIRTUAL CLASSROOM
Definisi
Menurut Asma AL-Ari (unknown), Virtual Classroom merupakan suatu program
yang lengkap dalam pembelajaran. Ia merangkumi kombinasi oleh peristiwa yang
berlaku serentak. Suatu aplikasi komputer dan rangkaian teknologi dalam tugasan
pembelajaran. Pembelajaran virtual memberi maksud sesuatu pengajaran dalam situasi
pembelajaran di mana guru guru dan pelajar berpisah dari waktu atau ruang atau kedua-
duanya. Pelajar menerima kandungan tersebut dan berkomunikasi dengan guru melalui
teknologi yang sama.
Kelas Virtual melibatkan 3 skop bertindih dalam teknologi pengajaran. Kursus
kelas virtual, mesyuarat dan penyampaian. Menurut Murray Turoff (1995), menerangkan
ciri-ciri yang layak untuk kelas virtual. Bagi menunjukkan tinjauan, kita mengalakkan
kegunaan teknogi maklumat adalah lebih baik. Ia merupakan suatu sistem konferans yang
mempunyai instruktur menyediakan konferans yang berlainan untuk tujuan yang lain.
Menurut Star Roxenne Hiltz(1994), Kelas virtual berseri di pandangan orang
ramai setelah tamat sarjana muda semasa seminar ’Sosialogi of Architecture’ oleh
professor Suzzanne keller di princeton University pada tahun 1977. Pada masa itu ia
diadakan dalam lingkungan pembelajaran di dewan kuliah multimedia. Profesor pula
menajalankan kelas dan pelajar pula menyerap sambil mengambil nota.

Kriteria
Kriteria yang terdapat dalam virtual classroom adalah pelajar tidak perlu bertatap
muka secara langsung dengan guru untuk melakukan kegiatan pembelajaran seperti yang
berlaku di dalam kelas biasa. Selain itu, melalui kelas virtual juga pelajar dapat
berinteraksi secara tidak langsung melalui komputer mereka masing-masing yang

9
terhubung dengan internet dan boleh berinteraksi dengan rakan-rakan yang lain serta
profesor mereka melalui laman web. Kelas virtual juga memungkinkan seseorang untuk
belajar tanpa bergantung kepada tempat dan waktu serta memungkinkan seseorang untuk
mendapat pembelajaran seumur hidup. Di samping itu murid boleh memperoleh
maklumat dan belajar luar daripada kelas formal. Perkongsian maklumat berlaku dengan
berkesan melalui teknologi dalam pendidikan. Kelas virtual akan mewujudkan proses
pembelajaran dan pengajaran di bilik kelas secara lebih berkesan dan sistematik, serta
menyediakan bahan bantu mengajar yang releven dengan teknologi hari ini.

Mod pengajaran
Dalam Vitual Classroom terdapat 4 mod pengajaran. Mod sokongan merupakan
suatu mod yang membantu pelajar bagi menyediakan portfolio dalam bentuk cetakan atau
elektronik. Contohnya, pelajar menyediakan portfolio “The Survival of Plants”
(Kehidapan Tumbuhan) dalam bentuk slide show dengan menggunakan powerpoint dan
mencetaknya adalah menarik.
Mod Tutorial merupakan suatu situasi di mana pelajar dapat mengulangi tutorial
mengikut keperluan dan kemampuan mereka sendiri. Kelas ini dijalankan sama ada
mempunyai ramai pelajar atau secara akses kendiri. Keupayaan pelajar adalah berbeza
mengikut kemampuan mereka. Contohnya, selepas kelas, pelajar boleh berbincang
mengenai apa yang dibimbing oleh guru pada hari itu.
Mod Kumunikasi bermaksud mod perhubungan. Ia berlaku di antara guru dan
pelajar dalam situasi yang berbeza pada bila-bila masa. Mereka akan menerima dan
menghantar mesej dalam bentuk teks, graf, audio, video atau sebagainya. Contohnya,
pelajar berhubung dengan guru melalui e-mail dengan mudah dan pantas dengan hanya
klik pada ikon e-mail.
Mod penerokaan menyediakan pelbagai aktiviti seperti tugasan, projek, perisian
multimedia yang dapat daripada sumber seperti CD, internet dan portal maklumat. Mod
ini juga digunakan untuk mengkaji satu fenomena di mana pelajar akan menyelidik dan
mempelajari dengan sendiri di bawah suatu kawalan sistem. Contohnya, jika guru akan
mengajar tentang kitar hidup seekor rama-rama maka pelajar akan menerokai tentang
tajuk tersebut secara mendalam dengan melayari internet.

10
Platform
Pengguna platform menekan dalam virtual classroom. Platforn digunakan untuk
meningkatkan pengetahuan. Dalam kelas virtual ‘You Tube Video’ adalah salah satu
platform yang membenarkan guru untuk menyalin maklumat dan menghantar blog,
website atau network sosial. Di sini pelajar dapat menonton kelas dan mengambil
bahagian dalam ‘chat’, menghantar mesej kepada guru dan sebagainya.
Menurut Harman Singh (2001), peningkatan terkini dalam bilik darjah ialah
penerimaan bilik darjah untuk murid daripada pelajar akan ke bilik darjah. Pelajar akan
mencipta dan mengumpul pembelajaran yang berpengalaman dengan menggunakan blog
dan website sendiri. Pengguna boleh berinteraksi secara online dengan menggunakan
gambaran, powerpoint, dokument. Website ini dilengkapi dengan pembahagian audio dan
video dan ’chat’ secara langsung.
Kebanyakan program pembelajaran kelas virtual menggunakan platform e-
pembelajaran. (LMS) bagi mentadbir pelajar-pelajar dan kursus-kursus yang dapat
meyediakan kandungan pembelajaran. Diantaranya ialah papan hitam, Web CT, Moodle,
JoomlaLMS, share point LMS dan Tadaros LMS. Dengan itu, pelajar mengendalikan
forum diantara pelajar dan juga tutor.
‘Second Life’ menjadi satu blog yang terkini bagi bagi pelajar kolej dan
universiti. Pembelajaran bahasa dalam kelas virtual merebak dengan cepat dalam jenis
pembelajaran dalam ruang 3D. WebEX juga adalah suatu blog yang menunjukkan
peningkatan dalam pembelajaran menerusi talian dan di bilik darjah untuk menyediakan
pelbagai set pendidikan. Ia adalalah suatu penyelesaian kolaborasi masa sebenar yang
menggunakan papan putih interaktif, chat dan teknologi yang membenarkan perkongsian
audio dan video.

Manfaat
Menurut Porter (1997), jika mengamalkan kelas vitual maka harus
mempertimbang pelbagai perkara supaya kelas virtual dijadikan sebagai proses
pembelajaran yang berkesan dan efektif.

11
Kelas virtual memberikan harapan kepada pelajar dalam proses pembelajaran dan
mengadakah lingkungan yang kondusif untuk belajar. Ini dapat mewujudkan dengan
merumuskan pembelajaran yang jelas dan spesifik, dapat menyusun bahan-bahan
pembelajaran yang baik dan berkualiti. Ia dapat mewujudkan satu komunikasi yang baik
antara guru dan pelajar.
Kelas virtual menyediakan suatu ruang untuk percubaan dan penerapan. Dalam
konvensinal, pelajar sering diberi melakukan perubahan, menghadapi workshop,
melakukan demonstrasi, mengenal hasil tugasan akademik. Hasil dari kelas virtual boleh
bertukar pengalaman bagi menerapkan pengetahuan yang telah dapat. Contohnya,
melalui konferans jarak jauh atau video konferans dapat digunakan untuk ceramah.
Simulasi juga dapat dirancang untuk mendapatkan penerapan pengetahuan yang
disimulasikan betul atau tidak.
Kelas virtual menyediakan pelajaran dengan cara menarik. Menurut Merrill dalam
Reigeluth(1983) mengemukakan pengajaran merangkumi empat langkah utama yang
dilakukan oleh guru iaitu pemberian penjelasan, pemberian contoh, pemberian latihan
dan pemberian balasan yang berfungsi sebagai penguatan. Keempat-empat langkah
diterapkan dengan mudah semasa pembelajaran melalaui internet. Dengan adanya
contoh-contoh, internet dapat menggunakan gambar, diagram, grafik, suara dan juga
gerakan . Dengan ini pelajar dapat mempelajari dengan mudah dan interaksi diantara
pelajar dan bahan belajar langsung dengan aktif.
Kelas vitual meggalakan pelajar berkongsi maklumat antara satu sama lain.
Menurut Jamaludin (2000), dengan adanya kelas virtual begitu mudah dan cepat untuk
menyebarkan pengetahuan antara pelajar. Ini adalah penting untuk mendapatkan
pengetahuan yang lebih luas dalam pembelajaran kelas vitual. Beliau juga mengatakan
bahawa kelas virtual adalah alternatif yang berkesan bagi menampung bilangan pelajar
yang meningkat kerana pengajaran tradisional kurang dapat dilaksanakan dengan
berkesan kerana pengajaran secara kulih untuk 500 hingga 1000 orang pelajar yang hanya
menjadi sesi penyampaian sahaja.
Mahaamad Bilal Ali, Jamalludin & Zaidatun (2000) pula mengatakan bahawa
kelas virtual membolehkan pensyarah menyelia atau menghubungi pelajar ketika aktiviti
semasa menjalankan aktiviti latihan amali di rumah dan dapat dipantau oleh kemajuan

12
mereka oleh pensyarah yang berada di kampus. Penilaian itu dapat dilihat diantara pelajar
dan guru sahaja maka kerahsiaan dijaga dengan baik. Hasilan pelajar diemailkan dan
diperiksa oleh guru dengan memberikan komen.
Daripada definisi yang diberikan, manfaat kelas virtual adalah suatu pembelajaran
yang kondusif dengan menggunakan internet. Pelajar mendapatkan maklumat dan
menyebarkan maklumat dan dapat berinteraksi dengan mudah dan cepat. Kelas virtual
menampung ramai pelajar pada masa yang sama dan dapat belajar dari mana-mana
kawasan di dunia.

RUJUKAN

Dr.Sajap Maswan.(unknown) Pembelajaran Maya (Virtual Learning) dan


Pembangunan Komuniti.[Online].Retrievefrom:http://74.125.153.132/search?
q=cache%3A309aC4GxaacJ%3Awww.sajadstudio.info%2Fartikal
%2Fvirtual_komuniti.pdf+platform+kelas+maya&hl=en&gl=my

13
Jurnal Teknologi, Utm Perkembangan, Pembangunan Dan Penerimaan E-embelajaran?
[Online].Retrievefrom:Http://Www.Penerbit.Utm.My/Onlinejournal/41/E/JTDIS4
1E5.Pdf [ Dec 2004]

Marsh,G.E., McFadden, A.C., & Price, B. J. Blended Instruction. (2003) Adapting


ConventionalInstructionforLargeClasses. [Online]. Retrieve from:
http://www.westga.edu/~distance/ojdla/winter64/marsh64.htm (unknown)

Muhammad Adri (2008).Pemahaman Teknologi Informasi dalam perkembagan Media


Pembelajaran.[Online].Available:http://74.125.153.132/search?q=cache
%3A04YeLyiewvEJ%3Ailmukomputer.org%2Fwpcontent%2Fuploads
%2F2008%2F01%2F(unknown)

Muhammad Yusup. (2008). Pembelajaran Maya. [ Online ]. Retrieve from:


http://sociowolff.blogspot.com/2008/03/pembelajaran-maya.html.(unknown)

Romi Satria Wahono.(unknown). Definisi Dan Komponen E-Learning ? [ Online ].


Retrieve from: http://Ltc.Lionair.Co.Id/Mod/Forum/Discuss.Php?D=6&Mode
=1 (5 February 2009)

Rozinah Jamaludin. ( 2000 ). Asas- asas Multimedia Dalam Pendidikan. Selangor :


Utusan Publication & Distributors.

Shaharom T. M. Sulaiman.(2004). Kedurjanaan siber. Utusan Publications.

Yusup Hasyim. (2002). Media Pengajaran untuk Pendidikan dan Latihan. Penerbitan
Fajar Bakti.

Yusup Hashim. (1999). Pendidikan Jarak Jauh ( Teori dan Amalan ). Dewan Bahasa dan
Pustaka.

14
15

Anda mungkin juga menyukai