Anda di halaman 1dari 3

UNIT-UNIT JENTERA PILIHANRAYA

PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN PENGERANG


_______________________________________________________________________
_
-HURAIAN FUNGSI DAN BIDANG TUGAS-

i. UNIT LOGISTIK DAN UNDANG-UNDANG PILIHANRAYA

Tanggungjawab :

• Mengurus selia urusan logistik Jentera Pilihanraya Pemuda serta tafsiran


undang-undang pilihanraya.
• Memastikan Jentera Pilihanraya Pemuda di semua peringkat memperolehi dan
mengguna pakai bahan-bahan pilihanraya yang telah disediakan.
• Memastikan kehadiran Pemuda ‘kelihatan’ dan dilihat dengan bahan-bahan
pilihanraya ini khususnya semasa hari penamaan calon dan hari pembuangan
undi.

ii. UNIT GERAK GEMPUR

Tanggungjawab :

• Menyediakan 30 Jentera Pilihanraya Pemuda di setiap Cawangan. Jentera


ini dilatih untuk melaksanakan 3 peranan meliputi Unit Keselamatan, Unit
Pemuda Bermotor dan Unit Poster.
• Memantau kewujudan dan perjalanan ketiga-tiga unit tersebut diperingkat
cawangan.
• Memantau disiplin dan dedikasi setiap jentera agar memastikan Imej UMNO
sentiasa tinggi di mata masyarakat.

iii. UNIT KESELAMATAN & PEMANTAUAN PEMBANGKANG

Tanggungjawab :

• Menjaga dan memantau keselamatan bilik gerakan agar tidak dicerobohi.


• Menjaga keselamatan Unit Poster semasa menjalankan tugas.
• Sentiasa bersama dengan Ahli Wanita dan Puteri dalam menjaga keselamatan
mereka ketika menjalankan tugas meraih undi di semua tempat.
• Menjaga keselamatan jentera serta pengundi semasa hari mengundi.
• Melaporkan segera kepada bilik gerakan sekiranya berlaku perkara yang tidak
diingini serta mendapatkan bantuan pihak polis untuk meleraikan keadaan.
• Memantau dan memaklumkan tentang aktiviti pihak pembangkang.
• Menimbulkan kesulitan (sabotaj) kepada pihak pembangkang di dalam
menjalankan aktiviti dengan cara dan strategi yang dibenarkan secara rahsia.

iv. UNIT PEMUDA BERMOTOR

Tanggungjawab :

• Memantau kewujudan dan perjalanan Unit Pemuda Bermotor di setiap


cawangan.
• Menghiasi motosikal dengan bendera serta boster BN dengan mengambil kira
faktor keselamatan
• Membantu Unit Keselamatan di dalam menjalankan tugas bersama peraih
undi serta semasa sesi ceramah dan di masa-masa yang diperlukan.
• Sebelum Pilihanraya; mengiringi Yang Berhormat Ketua Bahagian di dalam
lawatan ke setiap cawangan. Semasa Tempoh Kempen Pilihanraya ;
mengiringi lawatan calon dan penceramah parti yang datang bertugas ke
cawangan.
• Mengadakan rondaan secara berkumpulan bagi mempromosi BN mengikut
peraturan jalanraya dan secara berkhemah serta bersopan santun.

v. UNIT POSTER & BAHAN PILIHANRAYA

Tanggungjawab :

• Memantau kewujudan dan perjalanan Unit Poster & Bahan Pilihanraya di


setiap cawangan.
• Mengenalpasti tempat yang strategic untuk pemasangan poster dan bahan
pilihanraya.
• Mempastikan bekalan poster & bahan pilihanraya mencukupi dengan
mengambilkira jumlah poster yang mungkin rosak atau disabotaj oleh pihak
lawan.
• Memastikan poster BN dinaikkan secara keseluruhan kawasan serta
bekerjasama dengan Unit Pemuda Bermotor dan Unit Keselamatan di dalam
menentukan tempat dan pengawasan poster.

vi. UNIT PENERANGAN & RISIKAN

Tanggungjawab :

• Bekerjasama dengan Unit Keselamatan dan Pemantauan Pembangkang di


dalam memantau aktiviti ceramah pembangkang.
• Mengenalpasti dan melaporkan isu-isu yang dimainkan oleh pihak lawan serta
mencadangkan jawapan balas.
• Mengatur dan memantau kerja-kerja perang saraf.
• Membuat kajian dan mengenalpasti sikap pengundi muda.
• Memastikan Jentera Pilihanraya Pemuda mempunyai kefahaman dan
kemahiran yang tinggi di dalam melaksanakan setiap fungsinya.

vii. UNIT KEAHLIAN DAN PENDAFTARAN PEMILIH

Tanggungjawab :

• Membuat semakan dan mengumpulkan data dan maklumat kelayakan ahli


pemuda sebagai pengundi.
• Melaksanakan usaha dan kempen untuk menarik minat golongan muda di
bawah 40 tahun untuk menyertai Pemuda UMNO.
• Melaksanakan usaha dan kempen pendaftaran ahli-ahli pemuda UMNO
sebagai pengundi melalui kerjasama dengan Suruhanjaya Pilihanraya.
• Memberikan penerangan terhadap kekeliruan bahawa “mendaftar sebagai ahli
UMNO bermakna telah mendaftar sebagai pengundi”.

viii. UNIT PRIHATIN

Tanggungjawab :

• Memantau dan mengenalpasti serta melaporkan segala kesulitan hidup yang


dialami oleh masyarakat yang mungkin boleh dieksploitasi oleh pihak
pembangkang.
• Mengusahakan bantuan untuk menunjukkan Kerajaan BN adalah sebuah
kerajaan yang prihatin terhadap segala permasalahan yang dihadapi oleh
rakyat.
• Semasa kempen pilihanraya, bekerjasama erat dengan Bilik Gerakan
Bahagian di dalam memastikan kebajikan jentera pilihanraya pemuda di
dalam melaksanakan tugasnya.

ix. UNIT TUGAS-TUGAS KHAS

Tanggungjawab :

• Melaksanakan segala arahan khas yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa


Penggerak Jentera Pilihanraya Pemuda Bahagian.

Anda mungkin juga menyukai