Anda di halaman 1dari 5

KAEDAH MEMBACA DAN MENULIS SECARA KRITIS

Pengenalan

1. Cara yang paling berkesan untuk memahami isi kandungan sesbuah buku atau
rencana ialah dengan membaca buku atau rencana secara keseluruhan. Ini
bererti anda tidak akan memahami buku atau satu-satu bahan bacaan tanpa
menyedari apakah yang dibincangkan sepenuhnya.

2. Perkara yang penting dalam memahami satu-satu buku adalah kebolehan


seseorang pembaca mencari tanda-tanda (clues) yang penting tentang
kesimpulan penulis atau pendapat penulis dan contoh-contoh yang digunakan
oleh penulis.

3. Di dalam mana-mana bukupun yang perlu diperhatikan oleh


pembaca adalah:

(i) perkara yang dibincangkan,


(ii) kepala-kepala tajuk yang dibincangkan,
(iii) fokus utama penulis tentang tajuk yang dibentangkan,
(iv) ayat-ayat utama atau ‘topical sentence’.

Cara Membaca Dengan Kritis

Anda perlu melakukan kegiatan ‘pre-reading:


a. dengan melihat bahagian awal iaitu muka surat pertama
buku berkenaan. Biasanya di muka surat pertama akan diletakkan isi kandungan
bab buku berkenaan.
b. membaca bahagian prakata atau kata-kata pengantar.
c. melihat bahagian isi kandungan, kepala-kepala tajuk
bab dan bahagian indeks.
d. membaca ulasan-ulasan mengenai buku berkenaan samada
dikulit belakangg buku berkenaan atau review buku
berkenaan yang diterbitkan di majalah-majalah atau jurnal-jurnal tertentu
atau surat khabar.

Menggunakan Susunan Bab

1. Hampir semua penulis menggunakan kaedah merangka satu peta minda


tentang apa yang mereka hendak tuliskan. Dengan berbuat demikian penulis
dapat memastikan beliau akan menyebutkan perkara-perkara yang penting
yang seharus disebutkan. Maka tugas utama kita sebagai pembaca adalah
untuk mengesan peta minda penulis berkenaan.

1
Mengesan peta minda penulis mudah dijalankan kalau kita rujuk kepada
rangka atau isi kandungan bahan tulisan beliau. Ini akan mendedahkan kita
kepada bahan-bahan yang digunakan oleh penulis. Selain daripada itu, ia juga
akan membantu kita memahami bab-bab seterusnya.

Penulis-penulis juga biasanya menulis ayat topik atau ayat utama di peringkat
awal sesuatu peranggan. Kemudian mereka akan menerangkan dengan
memberikan hujah serta contoh-contoh untuk menjelaskan lagi perkara yang
disebutkan di ayat topik.

2. Dengan melihat kepala-kepala tajuk buku kita juga akan memahami susunan
bahan tulisan berkenaan. Ia juga menjimatkan masa pembaca sekiranya kita
hendak menulis nota atau rujuk balik kepada buku berkenaan.

Bahagian Pengenalan Dan Kesimpulan

1. Semua buku yang baik akan mengandungi Bahagian Pengenalan dan bahagian
kesimpulan. Dalam bahagian pengenalan penulis biasanya akan menerangkan
apa yang akan dibincangkan nanti serta apakah pendirian beliau tentang tajuk
atau tema buku. Manakala di bahagian kesimpulan atau penutup beliau
akan menyimpulkan pendapat atau hujah-hujah beliau. Beliau akan menunjuk
samada kenyataan atau pendapat awal beliau dipertahankan atau perlu
ditolakkan.

2. Penulis-penulis juga biasanya menulis peranggan utama (atau peranggan topik) di


awal (biasanya perenggan 1 atau 2). Perenggan ini kemudian akan
diperkembangkan di bahagian-bahagian berikut bab berkenaan.

3. Di tiap-tiap perenggan pula terdapt ayat topik atau ayat utama. Ayat ini biasanya
terkandung di peringkat awal sesuatu peranggan, iaitu ayat 1 atau 2 dan
kemungkinan juga di letak di pertengahan perenggan berkenaan. Kemudian,
diayat-ayat berikut mereka akan menerangkan dengan memberikan hujah serta
contoh-contoh untuk menjelaskan lagi perkara yang disebutkan di ayat topik.

4. Seorang pembaca yang bijak akan menumpukan perhatian yang agak


mendalam kepada bahagian ini dan sentiasa rujuk kepada bahagian ini untuk
memahami hujah penulis seterusnya.

Merancang Laporan Buku

1. Semasa membaca buku atau bahan yang ditugaskan anda perlulah


membuat nota atau pun peta minda ‘brain map’ bab/buku berkenaan.

2. Nota-nota tersebut perlulah disusunkan semula agak dia memberi kita

2
fahaman tentang buku/bab yang kita telah membaca.

3. Anda boleh juga memandukan nota-nota yang ditulis ditepi


buku (side bar). Namun demikian anda hanya dapat melakukan ini dalam
buku kepunyaan anda sendiri sahaja)

Mentajamkan Lagi Fokus Bacaan Anda

Anda perlu memikirkan perkara-perkara berikut:

1. Apakah tema utama penulis?

2. Apakah isi, struktur dan gaya yang digunakan oleh penulis?

3. Adalah penulis terlalu condong kepada satu-satu pendirian atau satu-satu sudut
sahaja?

4. Apakah tujuan utama penulis dalam menulis buku tersebut?

5. Apakah latar belakang penulis ? Adakah ia mempunyai kepakaran dalam bidang


yang dibentangkan?

6. Adakah kenyataan-kenyataan yang dikemukakan boleh dipercayai atau diterima?

7. Adakah penulis menggunakan kaedah menerang sahaja atau kaedah cuba


mempengaruhi perasaan kita supaya kita menyokong pendirian dia?

8. Adakah penulis memberikan bukti-bukti yang mencukupi untuk menguatkan


hujah-hujah beliau?

9. Apakah gaya yang digunakan oleh penulis? Adakah tujuan dan kesimpulan
tulisan beliau memadai gaya tersebut?

10. Bagaimanakah bahagian-bahagian buku dicantumkan agar menjadi berkesan


sebagai sebuah buku/tulisan yang lengkap.

Menyediakan Bukti-Bukti Yang Kukuh

Laporan buku yang paling berkesan adalah Laporan yang disusun dengan baik dan
yang mengandungi bukit-bukti yang jelas tentang hujah-hujah yang dikemukakan.
Perkara ini dapat dicapai sekiranya anda memberi perhatian yang cukup tentang:

a. idea-idea utama penulis

b. contoh-contoh atau bukti-bukti yang sah.

3
Untuk memudahkan anda dalam bahagian ini anda perlu rujuk kepada
nota-nota yang telah dibuat semasa membaca bahan berkenaan.

Pendapat Anda

Pelajar-pelajar adalah dikehendaki memberikan pendapat serta pengkritikan anda tengan


bacaan yang ditugaskan. Dengan berbuat demikian anda akan menyedari tidak ada
sesuatupun pendapat yang muktamat atau sempurna atau serba lengkap. Dalam ertikata
yang lain membaca dan menulis ulasan adalah satu proses mengkritik pendapat orang
lain, serta memantapkan fahaman anda tentang sesuatu isu yang pokok.

4
FORMAT LAPORAN BUKU

Nama Penulis:

Nama Buku/Bab:

Tempat diterbitkan: Penerbit: Tahun diterbitkan

Nombor dan tajuk bab serta halaman:

1. Pengenalan:

2. Ringkasan perkara-perkara penting:

3. Keterangan tentang pendirian penulis:

4. Bukti-bukti yang dikemukakan oleh Penulis untuk menyokong pendirian nya:

5. Adakah Penulis mengibangkan pendirian nya:


Ataupun adakah ia terlalu condong kepada satu-satu
pendapat:

6. Menafaat yang anda peroleh dari membaca buku/bab berkenaan:

7. Pengkritikan serta kesimpulan anda:

KRN/ppsk/usm 01.08.2008

Anda mungkin juga menyukai