Anda di halaman 1dari 11

Elektrik

Lemon Battery

Pengenalan

Eksperimen Bateri menggunakan buah Lemon ini sangat popular di sekolah-sekolah

seluruh dunia. Namun di Malaysia ianya tidak sepopular dinegara-negara Barat.
Walaupun eksperimen ini sangat mudah dilakukan, namun ramai pelajar masih berasa
ragu-ragu untuk melakukannya. Kenapa buah lemon? Buah lemon mempunyai
kandungan asid yang tinggi. Dengan tindakbalas kimia antara asid dan elektrolit, voltage
akan terhasil.

Mari kita cuba bersama.

Bahan-bahan diperlukan

Dua biji lemon (Boleh dibeli di pasaraya)

Dua keping syiling satu sen

Dua butir paku dinding (

3 wayar klip buaya (Boleh dibeli di kedai2 elektrik)

Jam digital kecil

Langkah-langkahnya

Buat dua lubang kecil pada kedua-dua biji lemon.

Masukkan syiling dan paku pada setiap lubang. Rujuk rajah

Sambungkan syiling di buah lemon A ke paku di buah lemon B menggunakan wayar klip
buaya 1.

Sambungkan wayar klip buaya 2 ke paku di  lemon A dan wayar klip buaya 3 ke syiling
di lemon B.

SAmbungkan hujung wayar klip buaya 3 ke terminal positif jam digital

Sambungkan hujung wayar klip buaya 2 ke terminal negatif jam digital

Untuk menentukan terminal positif dan negatif pada jam, sila perhatikan tanda positif
pada bateri yang diletakkan kedalam jam tersebut.

Perhatikan pada skrin jam! jam anda kini dikuasakan oleh sebiji buah Lemon!
Bom Mini

Pengenalan

Serbuk baking soda dikenali sebagai Natrium Bikarbonat di dalam istilah sains kimia.
Ianya mudah larut dalam air dan sering digunakan sebagai ejen penaik di dalam proses
pembuatan roti dan kek.

Cuka masakan pula adalah sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai Asid Asetik. Cuka
masakan dihasilkan melalui proses penapaian ethanol. Ia kemudiannya disuling dan
dilarutkan dengan air sebelum dibotolkan.

Tahukah anda bahawa cuka dan serbuk baking soda akan bertindak antara satu sama lain
apabila dicampurkan bersama?

Mari kita perhatikan keajaiban tindak balas kimia ini…

Bahan-bahan

1. Beg ziplock (saiz kecil – 1.5inci x 3.5 inci)

2. Cuka masakan (Asid Asetik)
3. Serbuk baking soda (Natrium Bikarbonat)
4. Sudu kecil

Langkah-langkah eksperimen

1. Eksperimen ini hendaklah dilakukan di kawasan luar dan terbuka

2. Masukkan satu sudu kecil serbuk baking soda ke dalam beg ziplock kecil.
3. Dengan pantas, campurkan sedikit cuka ke dalam beg ziplock yang berisi baking
soda dan tutup beg dengan pantas.
4. Letakkan beg ziplock di permukaan yang rata.
5. Undur beberapa tapak.
6. Beg ziplock akan mengembang dan meletup selepas beberapa ketika (Nota:
Letupan yang akan berlaku adalah tidak merbahayakan).

Sains Di Sebalik Aktiviti

Serbuk baking soda adalah sejenis alkali dan cuka masakan adalah sejenis asid. Apabila
alkali dan asid bercampur, tindak balas peneutralan akan berlaku. Proses peneutralan
akan membebaskan gas karbon dioksida yang membuatkan serbuk baking soda kelihatan
berbuih.

Oleh kerana beg ziplock ditutup kemas semasa eksperimen dijalankan, gas karbon
dioksida yang terhasil terperangkap di dalam beg tersebut. Apabila gas yang terhasil
terlalu banyak dan tidak dapat ditampung oleh beg ziplock, ianya akan meletup seperti
bom mini!
Air Pancutan Coca-Cola

Pengenalan

Minuman berperisa kola, Coca-Colaä

Pasti ramai di antara kita yang menggemari minuman berperisa kola yang enak dan
menghilangkan dahaga.

Minuman berperisa kola, seperti Coca-Cola, selalunya mengandungi kandungan gula

yang tinggi disamping mengandungi perisa karamel dan kafiena.

Minuman kola juga sering dipasarkan sebagai salah satu minuman berkorbonat. Proses
pengkarbonatan yang dijalankan ke atas minuman berperisa kola adalah satu proses untuk
melarutkan gas karbon dioksida ke dalam air tersebut. Gas karbon dioksida yang terlarut
akan membentuk asid karbonik di dalam minuman tersebut.

Konfeksi gula mentol, Mentosä

Mentos adalah merupakan salah satu konfeksi gula berperisa mentol yang paling terkenal
di dunia. Pada hari ini, Mentos telah pun dipasarkan dengan pelbagai perisa seperti epal
hijau, anggur, strawberi dan oren. Namun begitu, perisa mentol tetap menjadi perisa yang
paling digemari.
Mentos mempunyai lapisan keras yang diperbuat daripada gula, perisa dan pewarna.

 Sejarah Mentos bermula di Netherland pada tahun 1950-an. Pada ketika itu, Mentosä
dikilangkan oleh Perfetti Van Melle Corporation. Kini, Mentos dijual di setiap kedai
runcit dan pasaraya di seluruh dunia.

Bahan-bahan

1. Minuman Coca-Cola (botol 1.5L)

2. Mentos berperisa Mint (satu pek)
3. Kertas A4 (sehelai)
4. Pita pelekat
5. Gunting
6. Kertas keras (bersaiz sebesar kad pengenalan)
7. Kawasan luar yang lapang

 Langkah-langkah eksperimen 

1. Eksperimen ini mestilah dilakukan di kawasan luar yang lapang.

2. Bentukkan satu silinder kurus dengan menggunakan kertas A4 yang telah
disediakan. Diameter silinder tersebut mestilah sebesar gula-gula Mentos yang
akan dimasukkan ke dalamnya satu per satu.
3. Gunakan pita pelekat bagi menetapkan saiz silinder yang telah dibuat.
4. Dengan menutupkan bukaan bawah silinder tersebut dengan menggunakan kad
keras yang telah disediakan, masukkan 1 pek gula-gula Mentos ke dalam silinder
tersebut, satu per satu.
5. Letakkan botol Coca-Cola di atas permukaan yang rata dan buka penetupnya.
6. Dengan pantas, posisikan silinder berisi gula-gula mentos tadi tepat di atas bukaan
botol sambil kad keras masih berada di bawah silinder tersebut.
7. Setelah itu, tarik kad keras dengan pantas sambil satu tangan lagi masih
memegang silinder tepat di atas bukaan botol.
8. Kesemua gula-gula mentos harus jatuh ke dalam botol berisi air Coca-Cola
sekaligus.
9. Ambil 2 tapak ke belakang dan perhatikan letusan air Coca-Cola yang terhasil.
10. Bersihkan kawasan aktiviti selepas eksperimen. 

Sains Di Sebalik Aktiviti

 Apabila gula-gula Mentos dijatuhkan ke dalam minuman Coca-Cola, ketegangan

permukaan air tersebut akan dimusnahkan oleh gula dan minyak mentol. Justeru itu, gas
karbon dioksida yang terkandung di dalam minuman tersebut terbebas dengan pastas dan
dalam kuantiti yang banyak. 

Keajaiban Kobis Ungu

Tidak ramai orang yang menggemari rasa kobis ungu (Brassica oleracea var. capitata f.
rubra) kerana ianya pahit, apatah lagi mengetahui keajaiban yang terselindung di sebalik
warna ungunya yang terang.

Tahukah anda bahawa jus kobis ungu boleh digunakan sebagai penunjuk pH? pH ialah
skala darjah tahap keasidan atau kealkalian sesebuah cecair.

Warna ungu pada kobis tersebut sebenarnya disebabkan oleh sejenis pigmen yang
dipanggil anthocyanin. Pigmen ini akan berubah warna apabila dicampurkan dengan
cecair lain. Warna akan bertukar mengikut tahap keasidan / kealkalian cecair yang
dicampurkan tersebut.

Berikut adalah carta warna jus kobis ungu mengikut tahap pH yang dicampurkan
dengannya:

Menghasilkan penunjuk pH menggunakan jus kobis ungu adalah amat mudah sekali:

1. Potong lebih kurang 500gram kobis ungu kepada potongan-potongan kecil.

2. Masukkan cebisan-cebisan kobis tadi ke dalam sebuah mangkuk ataupun besen
yang tahan panas.
3. Masukkan air panas ke dalam besen yang berisi kobis ungu tadi.
4. Biarkan selama 15 minit.
5. Air panas di dalam besen tersebut akan bertukar warna menjadi ungu akibat
pelunturan pigmen daripada kobis tersebut.
6. Tapis dan ambil air berwarna ungu tersebut.
7. Cecair penunjuk pH darpada kobis ungu sudahpun siap untuk digunakan!

Jalankan eksperimen untuk menentukan pH bagi bahan-bahan di bawah dengan

menggunakan jus kobis ungu yang telah anda sediakan (beberapa titis jus kobis dan
beberapa titis cecair / larutan yang ingin dikaji):

1. Clorox (cecair peluntur)

2. Cuka
3. Susu segar
4. Baking soda
5. Sabun mandi cecair
6. Ubat gigi
7. Jus oren
8. Dan lain-lain lagi…

Selamat Mencuba!!!
Eksperimen Telur Terapung

Pernah tak anda mendengar tentang keajaiban Laut Mati? Ya! Orang tidak akan
tenggelam apabila mereka berada di Laut Mati. Tetapi adakah kita pernah terfikir
bagaimana di Laut Mati orang boleh terapung?

Mari kita lihat rahsianya melalui eksperimen mudah  yang menggunakan telur dan bahan-
bahan lain ini.
Bahan-bahan yang diperlukan

1. Sebiji telur
2. Air
3. Garam
4. Sudu besar
5. 2 gelas kaca

Langkah pertama

1. Labelkan gelas A dan gelas B

2. Masukkan air ke dalam gelas A. Masukkan telur. Perhatikan apa yang terjadi? Ya!
Telur akan tenggelam.

3. Masukkan air kedalam gelas B. Masukkan tiga sudu besar garam ke dalam gelas B dan
kacaukan hingga sebati. Masukkan telur ke dalam gelas B. Perhatikan apa yang terjadi?
Wow! Telur itu terapunglah….tapi mengapa yaa????

Mengapa ya? Dan apa kaitannya dengan Laut Mati?

Selamat mencuba

Anda mungkin juga menyukai