Anda di halaman 1dari 40

BAHASA KANAK-KANAK LEMAH

PEMBELAJARAN (LEARNING
DISABLED)
 
Konsep Masalah Pembelajaran

Apakah yang dimaksudkan dengan masalah


pembelajaran?
• Sebelum membicarakan tentang konsep dan
definisi masalah pembelajaran, perlulah terlebih
dahulu memahami konsep lain yang lebih luas iaitu
kanak-kanak berkeperluan khas. Pengetahuan
tentang kanak-kanak berkeperluan khas akan
membantu untuk lebih memahami konsep-konsep
lain yang berkaitan dengannya seperti pendidikan
khas dan masalah pembelajaran
Konsep Masalah Pembelajaran

Garciulo (2003) definisi keperluan khas:


"Individuals who differ from societal or
community standards of normalcy. These
differences may be due to significant
physical, sensory, cognitive, or behavioral
characteristics. Many of these children
may require educational programs
customized to their unique needs."
Konsep Masalah Pembelajaran

9 kategorikan kanak-kanak berkeperluan khas:

1. Terencat Akal (Mental Retardation)


2. Kurang Upaya Dalam Pembelajaran (Learning
Disability)
3. Kecelaruan Emosi atau Tingkah Laku (Emotional or
Behavioral Disorders)
4. Pintar Cerdas dan Berbakat (Gifted and Talented)
Konsep Masalah Pembelajaran

5. Masalah Bahasa dan Pertuturan (Speech and


Language Disorders)
6. Masalah Pendengaran (Hearing Impairment)
7. Masalah Penglihatan (Visual Impairment)
8. Kecelaruan Spektrum Autisma (Autism Spectrum
Disorder)
9. Kurang Upaya Fizikal atau Masalah Kesihatan
(Physical or Health Disability)
Definisi Masalah Pembelajaran

Jabatan Pendidikan Khas,KPM:


• Murid bermasalah pembelajaran adalah kanak-kanak
yang mempunyai masalah kognitif (kerencatan akal)
yang dianggap boleh diajar (educable) dan boleh
mendapat manfaat pendidikan formal. Kategori
kanak-kanak bermasalah pembelajaran di bawah
tanggungjawab Kementerian Pelajaran Malaysia
adalah;
Definisi Masalah Pembelajaran

Jabatan Pendidikan Khas,KPM:


• Murid bermasalah pembelajaran adalah kanak-
kanak yang mempunyai masalah kognitif
(kerencatan akal) yang dianggap boleh diajar
(educable) dan boleh mendapat manfaat
pendidikan formal. Kategori kanak-kanak
bermasalah pembelajaran di bawah
tanggungjawab Kementerian Pelajaran Malaysia
adalah;
Definisi Masalah Pembelajaran

Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran di bawah


tanggungjawab KPM:
• Sindrom Down
•   Autisme ringan
•  Hiperaktif (Attention Deficit-Hyperactivity
Disorders/ADHD)
•  Terencat akal minima
•  Kurang upaya dalam pembelajaran (Learning Disability),
dan
• Kurang upaya dalam pembelajaran khusus (Contoh:
Disleksia)"
Ciri-ciri kanak-kanak bermasalah
pembelajaran
Aspek psiko-motor

Bentuk badan dan ko-ordinasi motor kanak-kanak ini


tidak banyak berbeza dengan kanak-kanak normal.
Walaubagaimanapun kanak-kanak yang mempunyai
rendah keupayaan mental yang disebabkan oleh
faktor – faktor organik adalah lebih kecil bentuk
badan berbanding dengan kanak-kanak biasa.
Ciri-ciri kanak-kanak bermasalah
pembelajaran
Aspek kognitif
Terdapat kelewatan dalam perkembangan kematangan dan
fungsi-fungsi intelek yang tertentu yang diperlukan dalam
perkembangan di sekolah. Sebagai contohnya,mereka
mempunyai rendah daya ingatan, kebolehan dalam
bidang pengamatan dn perkonsepan dan kebolehan
berbentuk kreatif. Kesediaan belajar dan keupayaan
menerima pelajaran bagi kanak-kanak bermnasalah
pembelajaran tidak sama dengan kanak-kanak biasa.
Contohnya, mereka hanya dapat mempelajari apa yang
dipelajari apa yang dipelajari oleh kanak-kanak biasa
berumur 6 tahun pada  peringkat umur 8 tahun atau lebih.
Ciri-ciri kanak-kanak bermasalah
pembelajaran
Aspek afektif

Mempunyai bidang perhatian yang singkat atau kurang


tumpuan terhadap sesuatu. Mudah kecewa disebabkan
pengalaman kegagalan yang berulang-ulang hasil daripada
pengharapan masyarakat supaya mereka berfungsi sesuai
dengan umur kronologi mereka. Sikap dan nilai mereka
tidak selaras dengan tingkahlaku kanak-kanak biasa. Minat
mereka adalah selaras dengan kanak-kanak yang
mempunyai mental yang sama dengan mereka.
Masalah bahasa kanak-kanak
bermasalah pembelajaran

Lisan
Bacaan
Tulisan
Kemahiran Lisan
Kategori Masalah Lisan
Autisma i. Pengulangan
ii. Pelat
iii.Penggantian konsonan
Sindrom i. Pengguguran konsonan
down ii. Penggantian konsonan
iii.Pertuturan kanak-kanak (baby talk)
Terencat Akal i. Masalah komunikasi
ii. Pengguguran konsonan (pergi-/pei/
iii.Sebut tidak jelas
iv.Tidak lancar
Kemahiran Lisan

Kategori Masalah Lisan


Serebral Palsi i. Masalah komunikasi
ii. Pengguguran konsonan (pergi-/pei/
iii.Sebut tidak jelas
iv.Tidak lancar
Masalah i. Kecelaruan pertuturan
komunikasi ii. Kecelaruan suara
iii.Tidak lancar
Aphasia i. Kecelaruan bahasa
ii. Kesukaran mengujarkan kata
Masalah gangguan pada penghasilan
pertuturan sebenar bunyi pertuturan

Masalah bahasa kesukaran dalam menghasilkan


perkataan untuk menyampaikan
sesuatu pandangan atau
kesukaran memahami
pertuturan
Kecelaruan aliran pertuturan terganggu oleh
kelancaran penghentian, pemanjangan (ssss-

saya) atau pengulangan bunyi (s-s-s-
saya) dan suku kata (sa-sa-sa-saya)
yang tidak normal.

Kecelaruan masalah dalam penggunaan nada,


suara kekuatan dan kualiti suara (kualiti
suara yang kasar (harsh), berangin
(breathy), tegang (strained), sengau
(hipo atau hipernasaliti) atau nada
yang terlalu tinggi atau rendah)
Bacaan

• Masalah dalam bacaan


– Meninggalkan huruf
– Meninggalkan perkataan
– Tidak kenal huruf
– Tidak memahami apa yang dibaca
– Teragak-agak
– Salah sebutan
Bacaan

• Masalah dalam bacaan


– Lemah daya ingatan
– Menambahkan perkataan
– Mengulang perkataan
– Mengeja semasa membaca
Strategi Pengajaran Bacaan
Kaedah VAKT

• Menggunakan deria visual


• V - visual (penglihatan)
• A – audio (pendengaran)
• K - kinesthetic ( pergerakan )
• T - tactile ( sentuhan)
Kaedah VAKT

Langkah-langkah pengajaran adalah seperti berikut:


• menggunakan surihan (tracing)’ untuk mengajar
bacaan
• guru menulis huruf cetak yang besar di atas kertas 4”
x 10” ( menggunakan krayon )
• Murid membuat surihan huruf dengan jari di atas
kertas itu
Kaedah VAKT

Langkah-langkah pengajaran adalah seperti berikut:


• Untuk mendapatkan kesan sentuhan semasa
membuat surihan, huruf dibuat daripada kertas
pasir, menggunakan talam berpasir/lumpur,
mewarna dengan jari, huruf timbul yang besar dan
lain-lain.
• Untuk belajar huruf melalui kaedah VAKT, murid
hendaklah ;
Kaedah VAKT

Untuk belajar huruf melalui kaedah VAKT, murid


hendaklah
• lihat huruf (V)
• dengar guru sebut huruf (A)
• menyebut huruf (A)
• dengar huruf yang disebut (A)
• rasa pergerakan otot semasa membuat surihan
huruf (K)
Kaedah VAKT

• rasa permukaan huruf dengan hujung jari (T)


• lihat pergerakan tangan semasa membuat surihan
(V)
• dengar sendiri huruf yang disebut semasa membuat
surihan (A)
Kaedah Fonik

– Membunyikan bunyi-bunyi vokal dan konsonan lalu


dicantum untuk membentuk suku kata
– Kaedah ini menekankan kepada hubungan bunyi-bunyi
dengan huruf-hurufnya.
– Kaedah bunyi sesuai digunakan kerana susuk Bahasa
Melayu yang terdiri daripada suku kata yang tetap
bunyinya.
Kaedah Fonik

• Menurut kaedah fonik, hanya bunyi huruf yang


diperkenalkan terlebih dahulu dan diikuti dengan
membunyikan suku kata dan seterusnya
membunyikan perkataan.
Kaedah Fonik
• Dalam kaedah fonik, huruf “a” tidak dieja tetapi
terus dibunyikan sebagai [ a ], dan begitulah bagi
huruf-huruf dan suku kata yang lain.
• Sebagai contoh, ba + ta terus disebut sebagai [ ba ]
+ [ ta ] dan seterusnya disebut sebagai [ bata ].

[ b ] + [ a ] = [ ba ]
[ t ] + [ a ] = [ ta ]
[ ba ] + [ta ] = [ bata ]
Kaedah Seluruh Kata/ Terus
– Menyebut keseluruhan perkataan tanpa mengeja menurut
suku kata
– sangat popular dalam mengajar bacaan dalam
bahasa Inggeris,
– pengajaran membaca adalah berdasarkan
perkataan-perkataan yang biasa (sight words)
diguna seharian yang membentuk kebanyakan
pertuturan kita seperti saya, makan, lari, main,
emak, bapa dan sebagainya.
Kaedah Seluruh Kata/ Terus
• perkenalkan beberapa perkataan dahulu dan
diulang-ulang menyebutnya. Kebiasaannya
perkataan tersebut disertakan gambar dan adalah
diandaikan yang murid belajar secara pandang
(visual). Kaedah ini tidak menggunakan aktiviti
mengeja sama sekali.
Kaedah Seluruh Kata/ Terus
• Sekiranya murid tidak dapat menyebut perkataan
tertentu, guru digalak menggunakan fonik atau
bunyi huruf, iaitu menghubungkan satu huruf dengan
satu bunyi untuk membantu pelajar menyebut
perkataan tersebut. Misalnya bagi perkataan
”rumah”, guru boleh membantu murid dengan
menyebut bunyi huruf ”r” iaitu [ r ] dan kalau perlu
membunyikan suku kata [ ru ].
Kaedah Abjad/ Huruf
– Memperkenalkan nama abjad dan diikuti dengan ejaan
menurut suku kata
– mementingkan kanak-kanak mengenal nama-nama huruf
dari a – z.
– Selepas itu kanak-kanak diajar mengenali huruf-huruf
vokal ( a, e, i, o, u ), huruf-huruf konsonan, dan diftong
( ai, au,oi ). Bunyi-bunyi huruf juga diperkenalkan pada
peringkat ini.
– huruf-huruf ini digabungkan bagi membentuk suku kata
dan seterusnya perkataan.
Kaedah Abjad/ Huruf
Langkah:
• Memperkenalkan huruf - a - z
• Memperkenalkan huruf vokal a, e, i, o, u
• Menggabungkan huruf konsonan dan vokal - ba, be,
bi, bo, bu
• Membentuk perkataan daripada suku kata - ba + tu
batu
• Seterusnya membentuk rangkai kata dan ayat mudah.
 
Kaedah Abjad/ Huruf
• Kekuatan kaedah ini
– sesuai dengan binaan perkataan Bahasa Melayu
yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya.
– membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan-
perkataan baru yang belum dipelajarinya.
– memberi asas yang kukuh dalam kemahiran
membaca.

 
Kemahiran Mengeja
• Mengenal abjad
• Mengenal perkataan
• Menyatakan perkataan yang boleh dicam
• Membezakan bunyi-bunyi dalam perkataan
• Mengenal pasti kesamaan dan perbezaan dalam
perkataan
• Menghubungkan fonem dengan simbol/ abjad
• Mengeja perkataan mudah dan sukar menurut
fonetik
• Menggunakan ejaan yang betul dalam penulisan
Kemahiran Mengeja
• Mengenal abjad
• Mengenal perkataan
• Menyatakan perkataan yang boleh dicam
• Membezakan bunyi-bunyi dalam perkataan
• Mengenal pasti kesamaan dan perbezaan dalam
perkataan
• Menghubungkan fonem dengan simbol/ abjad
• Mengeja perkataan mudah dan sukar menurut
fonetik
• Menggunakan ejaan yang betul dalam penulisan
Implikasi terhadap intervensi bahasa
Rawatan/ Strategi

• sesi terapi secara individu atau dalam kumpulan kecil


• berinteraksi dengan kanak-kanak melalui permainan dan perbualan.
• Peralatan dan aktiviti yang biasa digunakan sewaktu sesi terapi ialah
objek, buku, gambar dan cerita untuk berinteraksi dan
berkomunikasi dengan kanak-kanak.
Prinsip asas merangka rancangan untuk intervensi
bahasa
• Sebagai permulaan biasakan diri murid dengan
bilangan frasa dan klausa yang minimum,
• Menggunakan bahan bergambar dan berwarna
untuk merangsang penumpuan dan ingatan
murid,
• Perkenalkan perkataan-perkataan baru, yang ada
kaitan dalam sepuluh bentuk dan konteks yang
berbeza.
Prinsip asas merangka rancangan untuk intervensi
bahasa
• Mengenalkan perkataan baru, konsep
• langkah pembinaan ayat daripada ayat mudah
kepada ayat sukar,
• Menagajar perkataan asas yang biasa digunakan
dan dipertingkatkan kepada perkataan yang lebih
kompleks penggunanya,
• Menggunakan perbendaharaan kata yang biasa
dan telah diketahui dalam pembinaan struktur
ayat,
Stretegi Pengajaran Kemahiran Lisan

Masalah Strategi Pengajaran


Kecelaruan i. Aktiviti awal pendengaran
suara ii. Aktiviti awal pertuturan
(cth: ayat berima)
Sebutan tidak i. Aktiviti awal pertuturan dan bahasa
jelas (cth: diskriminasi bunyi)
Tidak lancar/ i. Aktiviti awal pertuturan dan bahasa
gagap (cth: pemintal lidah, cuing)
Aphasia i. Aktiviti awal pertuturan dan bahasa
(cth: diskriminasi bunyi)

Anda mungkin juga menyukai