Anda di halaman 1dari 4

CADANGAN KERTAS KERJA

Tajuk kajian:

PENERAPAN NILAI DALAM PEMBELAJARAN MATEMATIK DI SEKOLAH


SEKOLAH MENENGAH

1.0 Pengenalan:

Penerapan nilai dalam pembelajaran matematik merupakan komponen penting dalam agenda
untuk melaksanakan tanggungjawab dalam mewujudkan program pendidikan matematik
yang cemerlang di negara kita. Program yang dimaksudkan itu tidak tertumpu pada
penghasilan pelajar yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam matematik, yang
mampu bersaing dengan pelajar lain diperingkat global semata-mata. Program tersebut juga
perlu membangunkan pelajar yang menghayati nilai dan etika yang menyeluruh dan
bersepadu serta membudayakan pendidikan matematik secara beradab demi menjaga,
memartabatkan, dan memperkasakan akal, nyawa, agama, harta dan keturunanan.

Didalam konteks perkembangan ilmu matematik di negara ini, khususnya dari sudut nilai,
didapati masih sedikit yang diketahui tentang sistem nilai matematik dan bagaimana ia
diterapkan. Guru-guru matematik di Malaysia masih lagi kurangnya kesedaran tentang
kenyataan bahawa matematik subur dan kaya dengan nilai-nilai kehidupan. Mereka hanya
melihat bahawa matematik hanya memetingkan penguasaan konsep dan kemahiran
matematik semata-mata. Guru juga didapati masih tidak faham erti nilai disamping nilai
dilihat kurang penting justeru mewujudkan kesukaran mengaitkan nilai dalam pengajaran
matematik.

Matematik bukan sahaja melibatkan aritmetik dan geometri, tetapi juga melibatkan
pergolakan kefalsafahan iaitu disiplin disiplin dalam subjek matematik itu sendiri. Mengikut
konteks falsafah, terdapat empat fahaman utama dalam matematik yang telah digunakan iaitu
logikisme, formalisme, intuisionisme dan kuhnism.

Berdasarkan beberapa kajian yang telah dijalankan sebelum ini, didapati masih sedikit
bilangan guru-guru yang mengetahui tentang nilai-nilai kehidupan yang mampu diterapkan
dalam mata pelajaran matematik.

2.0 Objektif kajian:

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk memahami apakah yang dimaksudkan dengan nilai
matematik terutamanya dalam konteks acuan dan falsafah matematik di negara ini disamping
mengkaji sejauh mana penerapan nilai-nilai kehidupan dalam mata pelajaran matematik di
sekolah. Kajian ini juga ingin meneliti persepsi, pandangan dan sikap guru terhadap
pembelajaran matematik serta masalah yang timbul dalam proses penyampaiaannya.
3.0 Metodologi kajian:

Kajian ini fokus dalam mengkaji sejauh manakah penerapan nilai-nilai kehidupan dalam
matapelajaran matematik di sekolah menengah. Ini dilakukan dengan meneroka tanggapan
dan kepercayaan guru sekolah menengah terhadap nilai matematik serta kaedah dan masalah
yang dihadapi dalam menyampaikannya. Kaedah yang digunakan adalah menerusi temubual
dan sampel soalan kajian berhubung dengan permasalahan kajian. Data kajian dikumpulkan
secara kuantitatif (survey, pemerhatian/wawancara berstruktur) dan kualitatif (wawancara
terbuka, pemerhatian di tempat kajian). Kajian yang akan dijalankan akan melibatkan
beberapa orang guru matematik dari sekolah menengah yang dipilih. Temubual dan
rakamannya akan dijalankan di sekolah oleh para penyelidik sendiri serta data yang diperoleh
diananlisis secara induktif.

3.1 Peserta kajian :

Pengkaji terdiri daripada pelajar tahun akhir Bacelor Sains (Kepujian) Matematik, Universiti
Putra Malaysia di bawah seliaan Profesor Madya Dr. Mat Rofa Bin Ismail. Berikut adalah
senarai peserta dalam menjalankan kajian ini:

1. Mohd Sukhairi bin Husain(850223-07-6047)

2. Nurzeehan binti Ismail(891005-23-5186)

3. Nurul Hazzwane Binti Md Amin(890913-01-5336)

4. Nama: Seti Nurulain Maryam binti Mohd Sidik(890503-03-6206)

3.2 Populasi dan sampel kajian:

Sasaran kajian ini ialah guru-guru matematik sekolah menegah dari sekolah-sekolah yang
berlainan di Selangor. Sekolah-sekolah yang dicadangkan dalam menjalankan kajian ini
adalah:

1. SMK SERI SERDANG


2. SMK SERI INDAH
3. SMK SERI KEMBANGAN
4. SMK JALAN TIGA
5. SMK JALAN EMPAT
6. SMK CONVENT (M) KAJANG
7. SMJK YU HUA
8. SAM SUNGAI MERAB LUAR
9. SM TEKNIK KAJANG
10. SMKA MAAHAD HAMIDIAH
11. SMK SERI PUTERI (SMBP)
12. SMK CYBERJAYA
13. SMK TINGGI KAJANG
14. SMK JALAN BUKIT
15. SMK PUTRAJAYA 3
16. SMK PUTRAJAYA PRESINT 8
17. SMA TINGGI AR-RAHMAN
18. SMA PERSEKUTUAN
19. SMK SULTAN ALAM SHAH

3.3 Struktur soalan kajian:

Didalam mengkaji persepsi, pandangan dan sikap guru terhadap pembelajaran matematik,
beberapa persoalan akan diajukan kepada guru. Soalan-soalan digubah berdasarkan kepada
fahaman falsafah yang terdapat didalam pembelajaran matematik. Guru akan disoal tentang:

1. Pengetahuan guru tentang matlamat dalam pendidikan matematik.

2. Nilai yang mempengaruhi, nilai yang diharapkan serta nilai yang terbit dalam

pembelajaran matematik.

3. Kefahaman guru tentang nilai matematik serta kaedah yang digunakan dalam

proses penyampaiaannya.

3.4 Analisis data:

Dalam menganalisis data, pengkaji akan membuktikan nilai-nilai yang terterap dalam
pembelajaran matematik di sekolah-sekolah menengah secara induktif. Data yang diperolehi
dari sesi soal selidik akan dibentangkan dalam bentuk nilai peratusan dan frekuensi
menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Menerusi dapatan
tersebut, generalisasi dan kesimpulan akan dibuat berdasarkan fahaman falsafah yang dibawa
oleh guru dalam pengajaran matematik disekolah.

3.5 Batasan kajian:

Kajian ini dianggarkan memakan masa selama tempoh 3 bulan untuk disiapkan. Dalam
menjalankan kajian ini, segala kos berhubung dengan kajian akan ditanggung oleh pengkaji
sendiri. Dinyatakan disini bahawa data dan keputusan kajian yang akan dikeluarkan hanya
merangkumi sekumpulan kecil dan tidak mewakili keseluruhan guru matematik di Malaysia
serta hanyalah sekadar sebagai rujukan dalam penyelidikan ini sahaja dan tidak akan
dibentangkan di mana mana forum atau seminar atau diumumkan kepada media.
4.0 Kesimpulan:

Pemahaman yang tidak utuh terhadap nilai dalam pendidikan matematik sering memunculkan
sikap yang kurang tepat dalam pembelajaran, lebih parah lagi mewujudkan sikap yang negatif
terhadap matematik itu sendiri. Dengan memahami ciri dan nilai yang terdapat didalam
matematik, guru diharapkan dapat mengambil sikap yang tepat dalam pembelajaran
matematik. Ini bermakna pembelajaran matematik harus disampaikan dengan menerapkan
nilai-nilai dan norma kehidupan dan bukannya berteraskan teori set dan nombor semata-mata.
Adalah penting untuk memahami apakah itu yang dimaksudkan dengan nilai matematik
terutamanya dalam konteks acuan dan falsafah matematik di negara ini disamping mengkaji
sejauh mana penerapan nilai-nilai kehidupan dalam mata pelajaran matematik di sekolah.

Anda mungkin juga menyukai