Anda di halaman 1dari 4

Bismillahirrahmannirrahim

Assalamu’alaikum wrt wbt,

Siri Perkongsian Solehah Sekali-sekala datang lagi..asif,asif ya Kak Ainul lambat pula keluar artikel
seterusnya tak seperti yang dijanjikan~~

Bahtera Penyelamat dalam Kehidupan Penda’wah, Ustaz Fathi Yakan

Ciri-ciri Mukmin yang sepatutnya dimiliki apatah lagi sebagai seorang dai’e..

Al-‘Abidun

At Taubah: 112

Satu lagi sifat yang seharusnya menjadi pembawaan di dalam kehidupan para dai’e ialah mereka
suka beribadat kepada Allah. Manusia-manusia ‘abid ialah mereka yang beribadah kepada Allah
dalam setiap gerak-geri dan tindak-tanduk, begitu juga perkataan dan perbuatan mereka supaya
dengan itu mereka dapat memenuhi tujuan utama hidupnya sebagai firman Alah swt:

Dan tidak Aku menjadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu.

( Adz-Zariyat:56)

Apabila Allah telah menjadikan matlamat kita, sasaran ‘ibadah kita, arah dan matlamat hidup kita,
maka kita akan berpegang teguh dengan segala perintahNya dalam setiap urusan hidup. Dengan
tindak-tanduk seperti ini,memenuhi dan mengisi pengertian untuk menjadikan kehidupan
seluruhnya tergolong dalam ‘ibadah kepada Allah ‘Azza wa Jalla, Tuhan sekalian alam sesuai dengan
pengakuan:

Katakanlah: “Sesungguhnya solatku, ‘ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah Tuhan
Semesta Alam. Al-An’am: 162
Apabila berhadapan dengan keterangan yang pasti dari nas, maka tidak ada ruang untuk berijtihad.
Di hadapan ketentuan syariat yang pasti tiada tempat untuk hawa nafsu. Sesuatu hukum yang
ditetapkan oleh Allah swt tidak wajar lagi untuk sesiapa pun berdolak-dalik menghadapinya.

Dan barangsiapa yang ta’at kepada Allah dan Rasul-Nya dan takut kepada Allah dan bertakwa
kepada-Nya, maka mereka adalah orang-orang yang mendapat kemenangan.

An-Nur: ayat 51

Ini bererti sesuatu perkara atau perbuatan itu hendaklah Islam. Segala sesuatu hendaklah dihukum
mengikut syari’ah Islamiyyah.

Ini bererti juga segala tindak-tanduk dalam kehidupan kita sama ada dalam konteks individu ataupun
dalam hubungan dengan orang lain hendaklah mengikut syari’at yang telah ditetapkan oleh Allah
kepada hambaNya.

Dengan pengertian menyeluruh seperti ini kita dapat ber’ibadah kepada Alah dalam seluruh urusan
hidup kita. Dalam pengertian seperti ini juga tidur menjadi ‘ibadah, berumahtangga, berjalan,
belajar semuanya mengikut peraturan yang diredhai Allah swt untuk hambaNya.

Ar-Raki’un dan As-Sajidun

Manusia yang sering ruku’ dan sujud ialah golongan yang mengambil berat soal-soal ‘ibadah
mengukuhkan dan memperbaiki hubungan dengan Allah. Mereka adalah orang yang begitu
memelihara salatnya sama ada dalam saat berdiri, duduk atau mengiring, mereka menjadikan ibadat
sebagai bekalan.
Firman Allah swt Ta’ala:

 Lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak [pula] oleh jual-beli dari mengingat Allah, dan
[dari] mendirikan sembahyang, dan [dari] membayarkan zakat. Mereka takut kepada suatu hari yang
[di hari itu] hati dan penglihatan menjadi goncang.

An-Nur: 37

Para penda’wah terutamanya pada zaman ini amat perlu mempunyai hubungan dengan Allah sesuai
dengan tanggunggjawab yang dipikul dan cabaran-cabaran besar yang merintangi perjalanan.
Kemenangan golongan Al-Salaf As-Salih dan berkembangnya da’wah yang di bawa oleh mereka
adalah hasil kekuatan hubungan mereka dengan Allah. Begitu juga kerapnya amalan-amalan mereka
dalam melaksanakan amalan-amalan sunat apatah lagi amalan fardhu yang diwajibkan.

Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam; (17) Dan di akhir-akhir malam mereka
memohon ampun [kepada Allah]. (18) Adz-Zariyyat:17-18
Sedang mereka berdo’a kepada Tuhannya dengan rasa takut dan harap, dan mereka menafkahkan
sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka .

As-Sajadah:16

Di atas adasar inilah yang mendorong Saidina Umar Al-Khattab menulis kepada Amr Al-Ash meminta
penjelasan daripadanya ketika tentera-tentera Islam di bawah pimpinannya kelewatan menguasai
negeri Mesir. Sayyidina Umar r.a berkata:

Saya merasa aneh kerana anda begitu lambat menakluki negeri Mesir. Hingga kini sudha dua tahun
anda memerangi mereka. Pada hemat saya ini tidak lain sebabnya bagiku melainkan kerana kamu
semua menjadi orang yang cintakan dunia sebagaimana musuh-mush anda mencintainya.
Sesungguhnya Allah swt tidak akan memberi kemenangan kepada sesuatu kaum kecuali dengan niat
mereka yang benar-benar ikhlas.

Anda mungkin juga menyukai