Anda di halaman 1dari 6

WANITA DARI PERSPEKTIF ISLAM

Allah menyatakan bahawa lelaki dan wanita saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Setiap
amal antara lelaki dan wanita akan dibalas sama rata Cuma perbezaan antara keduanya adalah dari
segi tanggungjawab. Nilai wanita didalam Islam juga tidak dapat disangkal sama sekali kerana
Rasulullah s.a.w bersabda ” sebaik-baik kenikmatan didunia adalah wanita yang solehah”. Bukan
sekadar itu sahaja kemulian wanita dapat dilihat dari segi kemulian seorang ibu, Rasulullah s.a.w
menyatakan bahawa ibu adalah berhak diberi perhatian dari seorang ayah. Antara alasan menyatakan
bahawa ibu seorang yang mulia kerana ini yang telah mengandungkan selama 9 bulan dan telah
menyusukan dengan kasih sayang yang tidak ada pada seorang yang bergelar lelaki.
” Umar telah naik ke atas mimbar Rasulullah s.a.w lalu berkata : wahai para sahabat! Janganlah kamu
menetapkan mahar yang tinggi ketika waktu pernikahan. Ini kerana, Rasulullah s.a.w dan para
sahabatnya hanya mengeluarkan mahar paling tinggi sebanyak 400 dirham walupun mahar yang lebih
tinggi daripada itu dianggap lebih bertakwa di sisi ALLAH s.w.t atau mendapat kemulian yang tidak
mampu dicapai oleh orang lain. Sesungguhnya aku dapat tahu bahawa ada antara kamu yang
mengeluarkan mahar kepada isterinya melebihi 400 dirham.
Kemudian Umar telah turun daripada mimbar lalu dihalang oleh seorang wanita Quraiy sambil
berkata : Wahai amirul Mukminin! Adakah engkau telah melarang kaum lelaki untuk mengeluarkan
mahar melebihi 400 dirham? Jawab Umar ya. Wanita itu berkata : apakah kamu pernah mendengar
apa yang diturunkan Allah di dalam Quran ? Umar bertabya apakah ayat itu? Jawab wanita itu : (dan
jika kamu iongin menggantikan isterimu dengan isteri yang lain sedangkan kamu telah memberikan
kepada seseorang antara mereka harta yang banyak, maka janganlah kamu mengambil kembali
daripadanya walau sedikit. Apakah kamu akan mengambilmya kembali dengan jalan tuduhan yang
dusta dan dengan menanggung dosa yang nyata ) surah An-Nisa ayat : 20.
Lantas umar berkata : ya ALLAH ampunilah dosa orang ramai yang mengambil ilmu daripada umar.
Kemudian beliau lantas naik ke mimbar sambil berkata :
Wahai sahabat ! sesungguhnya aku telah melarang kamu mengeluarkan mahar terhadap kaum wanita
melebihi 400 dirham,. Jeusteru sesiapa yang mahu, dia boleh memberikan hartanya sekehendak yang
dia mahu”.

Wanita adalah insan mukalaf sama seperti lelaki, dituntut supaya beribadah kepada Allah s.w.t. Islam
memperakui wanita berhak mendapat penghargaan sebagai seorang ibu, isteri dan anak perempuan.
Mereka juga bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perilaku di dunia dan di akhirat. Bahkan Islam
memberi hak harta,mentadbir serta menguruskannya.
Apabila Allah berfirman: ( ‫ ) الناس ياأيها‬atau ( ‫ ) يا أيها الذين امنوا‬maka seruan tersebut pastinya tertuju
kepada wanita dan lelaki, sama sahaja.
Inilah yang difahami oleh Ummu Salamah r.a. apabila mendengar Rasulullah s.a.w. menyeru
‫ ) ) يا أيها الناس‬akan segera berlari meninggalkan urusan yang sedang dilakukan, sehingga
sesetengah sahabat berasa hairan dengan kecepatan ummu Salamah menyahut seruan baginda.
Lalu beliau berkata kepada mereka yang hairan itu ; “Saya adalah manusia ”( ‫)الناس‬
Berdasarkan prinsip umum, wanita adalah sama seperti lelaki dari segi memikul tuntutan syarak
melainkan apa yang dikecualikan oleh Allah s.w.t. Allah berfirman :

“Sebahagian kamu adalah sebahagian yang lain”.


(Ali-‘Imran:195)

Jika sekiranya perempuan-perempuan munafiqah memainkan peranan di dalam merosakkan


masyarakat divsamping lelaki munafiq, maka semestinyalah wanita-wanita mukminah
memainkan peranan mereka di dalam mengislah masyarakat disamping lelaki mukmin.

Wanita Dalam Perundangan Rumawi

Wanita dalam perundangan Rom lebih menyedihkan. Pada masa muda remaja, wanita dikongkong di
bawah kekuasaan penjaganya, sama ada bapa atau datuknyaatau sebagainya yang diistilahkan sebagai
'Peter Families'. Kekuasaan seseorang penjaga tidak dihadkan, malahan boleh menghalau wanita itu
keluar rumah, atau menjualnya tanpa pembelaan undang-undang untuk mereka. Lebih dari itu, hak
hidup bagi seseorang wanita boleh ditentukan oleh penjaganya. Demikian menurut Profesor Dr Ali
Abdul Wahid Wafi dalam kitabnya 'Al-Mar atu fi al-Islam' iaitu selepas berkahwin wanita berubah
ilik daripada bapanya kepada suaminya dan terputuslah hubungan dengan keluarga asalnya. Suami
pula berhak mengisikan tempat yang dikosongkan oleh bapanya dalam tindak tanduknya terhadap
wanita itu.

Keadaan yang menyedihkan kaum wanita ketika itu telah cuba diselamatkan pada zaman Justinian
dengan suatu undang-undang yang dikenal dengan nama 'Justinian Law' tetapi tidak berubah keadaan
kecuali dalam beberapa hal sahaja. Sebelum 'Justinian Law' dilaksanakan, terdapat undang-undang
yang dikenal sebagai 'Undang-undang Dua Belas'. Dalam undang-undang tersebut disentuh tentang
kelayakan mendapat hak sivil. Kelayakan tersebut hendaklah dengan tiga syarat iaitu cukup umur,
siuman akal dan lelaki. Jelaslah di sini bahawa wanita pada kedua-dua zaman tersebut berada dalam
keadaan yang menyedihkan.
Dalam kitab 'Safr al-Khuruf' iaitu kitab agama Yahudi menjelaskan : seseorang bapa yang susah
hidupnya boleh menjual anak perempuannya bersama dengan kumpulan hamba bagi mengatasi
kemiskinan. Dalam kitab suci agama Yahudi yang dikenali dengan nama 'Thalmud' pula ada dicatat :
Tidak boleh seorang perempuan Yahudi mengadu kepada sesiapa jika didapati bahawa suaminya telah
melakukan hubungan seks dengan perempuan lain walaupun di dalam rumah mereka sendiri. Dimuka
surat yang sama dalam kitab tersebut terdapat kenyataan : Lelaki Yahudi boleh melakukan apa sahaja
kepada isterinya, ia boleh menikmatinya sepertimana dia menikmati seketul daging yang dibeli di
pasar sama ada dengan merendam, membakar atau apa sahaja yang digemarinya, atau
melemparkannya sahaja.

Profesor Dr. Mustafa al-Saba'i dalam kitabnya yang tersebut tadi ada menyebut : Anak-anak
perempuan Yahudi tidak boleh mendapat sebarang pusaka daripada harta yang boleh dipindahkan
seperti wang ringgit dan emas perak jika ada di kalangan keluarganya itu seorang lelaki, meskipun
emas perak yang ditinggalkan itu berpikul-pikul. Jika harta benda yang ditinggalkan itu harta benda
tetap seperti tanah, rumah dan sebagainya, maka perpempuan-permuan itu tidak boleh menerima
pusaka. Cuma boleh menerima belanja hidup dari si lelaki yang menguasai pusaka itu. Dalam kitab
Taurat terdapat kenyataan : Wanita-wanita adalah lebih bahaya atau lebih bala daripada lelaki.
Sejahat-jahat lelaki dan sekurang-kurangnya seorang yang baik dari satu ribu orang, sedangkan bagi
perempuan tidak akan wujud perkara seperti itu.

Wanita Dalam Perundangan Barat yang lain

Dalam undang-undang Inggeris sehingga tahun 1805, seorang suami diharuskan menjual isterinya.
Undang-undang tersebut telah menetapkan harga minima bagi seorang wanita ialah 6 pence. Pernah
berlaku pada suatu masa selepas undang-undang itu digantikan, seorang Inggeris dalam tahun 1931
telah menjual isterinya dengan harga 500 paun. Peristiwa ini telah dibawa ke mahkamah. Peguam
lelaki tersebut dalam pembelaannya telah menyebut bahawa perbuatan lelaki itu tidak salah kerana
ternyata wujud undang-undang Inggeris yang mengharuskannya pada suatu masa yang lalu.

Pendakwa telah berhujah dengan mengatakan : Walaupun benar undang-undang yang disebut oleh
peguam bela tersebut, tetapi sebenarnya undang-undang itu telah dimansuhkan pada tahun 1805.
Akhirnya lelaki tersebut telah didenda dan dipenjara selama 10 tahun. Dalam majalah 'Hadrat al'Islam'
(Tamadun Islam) keluaran 1916 ada memuatkan kisah seorang Itali yang menjual isterinyakepada
seorang lelaki dengan bayaran secara beransur. Apabila pembeli tersebut enggan menjelaskan baki
harga perempuan tersebut, maka berlakulah pergaduhan yang menyebabkan pembeli itu terbunuh.
Apabila berlaku Revolusi Perancis, pengisytiharan mengharamkan penindasan sesama manusia
dibuat. Tetapi tidak termasuk penindasan terhadap wanita. Dalam undang-undang sivil Perancis ketika
itu ada dinyatakan bahawa wanita tidak layak mendapat hak sivil sepenuhnya. Tidak boleh menjual
beli dan membuat kontrak tanpa keizinan penjaganya. Profesor Dr. Ali Abdul Wahid Wafi dalam
kitabnya berkata : 'Keadaan wanita di Perancis amat menyedihkan hingga ke zaman akhir-akhir ini.
Malah hingga sekarang masih tidak terbela sepenuhnya, mereka disisihkan daripada undang-undang
sebagai tidak layak mendapat sepenuhnya hak sivil'. Dalam undang-undang sivil Perancis (Code
Napoleon) ada tercatat : Perempuan yang telah berkahwin meskpun perkahwinannya diasaskan di atas
sesuatu persetujuan pengasingan hak milik harta suami isteri, namun begitu tidaklah bererti
membolehkan isteri tersebut menghibbah hartanya atau memindah milik atau menggadaikannya, atau
membelikan sebarang harta baru tanpa disertai dengan suaminya di dalam kontrak atau persetujuan
suami tersebut secara bertulis.

Persamaan Taraf

Dari segi persamaan taraf, kaum wanita pada umumnya adalah sama tarafnya dengan kaum lelaki,
masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Malah ada ketikanya undang-undang Islam
memperlihatkan kaum wanita khususnya ibu-ibu lebih mulia daripada kaum lelaki jika lebih
taqwanya. Antara kelebihan Islam ialah menghormati wanita dan mengiktiraf keinsanan serta
keupayaannya untuk memikul tuntutan agama (tanggungjawa), kesaksamaan hukuman dan peluang
memasuki syurga sama seperti lelaki. Islam menganggap wanita sebagai insan yang mlia dan
mempunyai hak-hak keinsanan yang setaraf dengan lelaki kerana wanita dan lelaki adalah cabang
kepada pohonan yang satu dan saudara yang dilahirkan oleh bapa yang satu iaitu Adam as dan juga
dari ibu yang satu iaitu Hawa.

Mereka adalah setaraf dari aspek asal usul kejadian, setaraf dari aspek ciri-ciri umum keinsanan,
setaraf dari aspek tuntutan agama serta tanggungjawab dan setaraf dari aspek pembalasan dan tempat
kembali (setelah kematian) dan sebagainya. Dari aspek hak-hak pemilikan harta, Islam telah
menghapuskan tradisi umat-umat terdahulu ( sama ada Arab atau bukan Arab) yang telah melarang
wanita dari memiliki harta atau mengecilkan skop mereka. Islam telah menetapkan bagi wanita hak
pemilikan dengan pelbagai bentuk dan jenisnya serta hak pengurusan dalam pelbagai cara yang
disyariatkan.
Dari aspek ilmu, Islam juga memberikan kepada wanita hak untuk menuntut ilmu sepertimana lelaki.
Realitinya Islam telah menjadikan menuntut ilmu sebagai perkara fardhu ke atas mereka sebagaimana
sabda Rasulullah saw yang bermaksud : 'Menuntut ilmu adalah fardhu ke atas setiap muslim'. Maksud
'setiap muslim' dalam hadith tersebut ialah sama ada lelaki atau perempuan seperti mana yang telah
diijma' atau disepakati para ulama.

Kelebihan-kelebihan Khusus

Dalam beberapa hal, Islam meletakkan wanita khususnya ibu-ibu ke suatu tempat yang lebih mulia
daripada kaum bapa. Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh al-Nasa'i dan Muslim bahawa
seorang lelaki telah mengadap Rasulullah saw lalu bertanya : "Siapakah ya Rasulullah yang paling
berhak saya dampingi?" Jawab Rasulullah : "Ibumu". Bertanya lagi lelaki itu : "Kemudian siapa lagi?"
Jawabnya : "Ibumu." "Siapa lagi?" tanyanya. "Ibumu," jawab Rasulullah. "Kemudian siapa lagi?"
Baru diberi jawapan oleh Rasulullah saw, "Bapamu." Oleh sebab itu Rasulullah saw pernah bersabda
yang bermaksud : "Syurga itu di bawah telapak kaki ibu."

Berikut merupakan keistimewaan wanita di sisi Islam yang boleh menangkis hujah Barat (dan Muslim
yang berkiblatkan Barat) yang mengatakan Islam mendiskriminasikan wanita.
 Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana lebih penyayang daripada lelaki. Sabda
Rasulullah: “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan
sia-sia”.
 Wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

 Sesiapa yang menggembirakan anak perempuannya, maka darjatnya umpama orang yang
sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t dan orang yang takutkan Allah akan
diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

 Haid seorang wanita menjadi penebus dosanya yang lalu. Jika pada hari pertama haid dia
membaca “Alhamdulillahi’alaa kulli halin wa astaghfirullah” (segala puji bagi Allah dalam
segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah daripada segala dosa), maka Allah akan
membebaskannya daripada neraka dan dengan mudah melalui siratul mustaqim dengan aman
daripada seksa. Bahkan Allah akan mengangkatkan darjatnya sama seperti darjat 40 orang
syuhada’ apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidnya.

 Seorang wanita yang taat pada suaminya (serta menjaga solat dan puasanya), semua ikan di
laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan akan beristighfar untuknya
selama dia mentaati suaminya dan meredhainya.
 Allah s.w.t akan memasukkan setiap wanita yang membantu suaminya dalam urusan agama
ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya.

 Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan
pada satu uratnya akan dikurniakan Allah satu pahala haji.

 Jika seorang wanita menyusukan anaknya hingga cukup tempoh (2.5 tahun), maka malaikat-
malaikat di langit akan mengkhabarkan berita gembira bahawa syurga wajib baginya.

 Apabila seorang wanita mencuci pakaian suaminya, maka Allah akan mencatatkan 1000
kebaikan dan mengampunkan 2000 kesalahannya. Bahkan segala sesuatu yang disinari
matahari akan meminta keampunan baginya dan Allah akan mengangkat 1000 darjat
untuknya.

Anda mungkin juga menyukai