Anda di halaman 1dari 5

TUGAS MATERIAL TEHNIK

SERAMIK

OLEH:

JHON FREDDY M.SITOMPUL

09 205 043

JURUSAN TEHNIK INDUSTRI

FAKULTSA TEHNIK INDUSTRI

ISTITUT TEHNOLOGI MEDAN

2011
SERAMIK
Sejarah Perkembangan dan Pengaruh Seramik

Oleh: Mohd Khairi Baharom

Perkataan seramik adalah berasal dari pada perkataan Greek iaitu Keramos bermaksud
tanah liat yang digunakan untuk pembuatan produk. Perkataan ini juga membawa maksud yang
serupa dengan perkataan tembikar tetapi terma seramik lebih menggambarkan segalanya yang
berkaitan dengan bahan tanah liat berbanding tembikar. Produk tanah liat akan bertukar menjadi
seramik apabila didedahkan pada suhu yang tinggi melebihi 600 darjah selsuis. Seramik
merupakan salah satu objek seni yang tertua sekali pernah dihasilkan oleh manusia sejak zaman
pra sejarah lagi. Bentukan seramik yang terawal dijumpai oleh ahli arkeologi kebanyakkannya
adalah berbentuk figura. Para pakar mempercayai bahawa figura-figura ini pada masa dahulu
digunakan bertujuan sebagai objek kepercayaan terhadap kesuburan dan digunakan semasa
upacara-upacara tertentu. Produk seramik yang tertua di dunia dijumpai oleh ahli arkeologi
adalah produk zaman Jomon, Jepun iaitu bertarikh 10,000 Sebelum Masihi.

Masyarakat terawal telah mengalami perubahan di dalam kehidupan seharian dan mula
menggunakan tanah liat sebagai bahan untuk menghasilkan bekas makanan dan cecair. Terdapat
3 teori yang telah dinyatakan oleh Emmanuel Cooper (1988) tentang wujudnya produk seramik
terawal manusia; a) teori pendiang; oleh kerana sumber api merupakan yang terpenting untuk
kehidupan masyarakat zaman dahulu dan dipercayai bahawa kawasan pendiang mereka telah
dihasilkan lubang untuk ditempatkan sumber api. Hasil ciptaan lubang ini menyebabkan tanah
pendiang (tanah liat) tersebut menjadi keras seakan produk seramik akibat pendedahan terhadap
api pendiang. b) Teori bakul; masyarakat terdahulu menggunakan bakul yang diperbuat daripada
bahan tumbuhan. Untuk memastikan bakul ini kalis air, msyarakat terdahulu menggunakan tanah
liat basah (cecair) dan dilumurkan pada permukaan bakul tersebut. Selepas ianya kering
sepenuhnya, mereka meletakkannya ke dalam api dan akhirnya bahan tumbuhan yang digunakan
untuk menghasilkan bakul tadi terbakar menyebabkan yang tinggal hanya bahan tanah liat
berbentuk produk bakul seramik. c) Teori figura; kepercayaan masyarakat dahulu terhadap
figura-figura seramik yang melibatkan upacara tertentu berkemungkinan menggunakan bersama
unggun api. Berkemungkinan figura-figura yang diperbuat daripada tanah liat ini dimasukkan ke
dalam api sebagai salah satu acara upacara ini menyebabkan secara tidak langsung perubahan
vitrifikasi (perubahan menjadi kaca) terhadap jasad figura seramik berlaku. Pengalaman
masyarakat melihat perubahan jasad ini berlaku menyebabkan mereka menggunakan bahan tanah
liat sebagai medium untuk menghasilkan produk seramik untuk kegunaan harian mereka. Walau
bagaimanapun, teori daripada Cooper (2000) lagi menyatakan bahawa masyarakat terawal
merupakan masyarakat yang masih mengamalkan berpindah-randah dari satu tempat ketempat
yang lain dalam satu jangka masa mungkin menyebabkan produk seramik tidak diamalkan
sebagai peralatan harian. Apabila masyarakat ini telah menetap di sesuatu tempat tertentu serta
kekal hingga beranak-pinak serta menjadikan pertanian sebagai satu cara hidup menyebabkan
mereka mula menghasilkan produk harian yang berupaya menyimpan makanan serta cecair.
Penemuan ini mungkin menjelaskan tentang kemungkinan masyarakat menemui atau
menghasilkan produk seramik yang terawal. Pada masa tersebut mereka mula menghasilkan
produk yang berfungsi atau untuk kegunaan harian daripada bahan tanah liat.
Kebanyakannya adalah berbentuk bekas simpanan makanan dan minuman serta bekas untuk
tujuan keagamaan. Seramik pada masa ini dipercayai dibakar menggunakan kaedah pembakaran
api secara terbuka (bonfire) dan kaedah pembakaran di dalam lubang tanah (pit fire). Pada masa
ini tanur pembakaran belum lagi dicipta dan dipercayai produk seramik ini dibakar pada suhu
antara 600 hingga 700 darjah selsuis. Penemuan penting ini telah membuktikan bahawa
bermulanya salah satu perkembangan seni dan kraf manusia pada zaman dahulu.
Berdasarkan kenyataan ahli arkeologi, tamadun manusia yang terawal juga ditemui
menghasilkan produk seramik selain daripada zaman Jomon iaitu di Anatolia, Syria dan di
beberapa kawasan kecil Asia sekitar tahun 6000 Sebelum Masihi. Penemuan ini adalah
menemukan rekabentuk produk seramik yang paling mudah pada abad tersebut. Masyarakat pada
masa ini menghasilkan produk seramik menggunakan teknik lingkaran dan picitan (hasilakn
permukaan rata). Kebanyakkan rekabentuk produk terawal adalah jenis bundar atau bulat
walaupun mesin lemparan alin belum diciptakan lagi dan selepas itu bentukan lain pula
dihasilkan seperti segi empat tepat dan bujur. Bentuk Jar dan mangkuk berbentuk bulat adalah
yang terkenal pada zaman terawal ini dan didekorasikan dengan catan warna merah dan hitam.
Rekabentuk produk seramik dan bahan mula berkembang semasa tamadun Mesopotamia dan
Mesir sekitar tahun 5000 Sebelum Masihi. Pada zaman ini, masyarakat mula menyediakan tanah
liat dengan lebih berhati-hati. Dekorasi seramik diperbaharui dengan catan yang dituris. Pada
zaman tersebut juga berlakunya perkembangan terhadap ciptaan mesin lemparan alin, tanur dan
kaedah pembakaran di dalam tamadun-tamadun lain. Perkembangan seramik di Persia mula
berlaku sekitar tahun 4000 Sebelum Masihi.
Tamadun Mesopotamia mempunyai tiga zaman yang menunjukkan perkembangan seramik
berlaku iaitu yang pertama adalah zaman Hassuna (5000-4500 SM) iaitu masyarakat pada zaman
ini menghasilkan rekabentuk seramik paling mudah dengan dekorasi berunsurkan alam
sekeliling. Zaman kedua adalah Halaf (4500-4000 SM) yang telah menunjukkan peningkatan
terhadap produk seramik melalui perkembangan yang berlaku terhadap teknologi tanur
pembakaran serta penemuan ciptaan gerlis dan kaca. Zaman Ubaid (4000-3500 SM) adalah yang
terakhir dengan berlakunya perkembangan terhadap teknologi penyediaan tanah liat, mesin
lemparan alin dan tanur pembakaran. Pada zaman ini juga dekorasi produk seramik makin
bertambah baik.
Sebelum kaedah bahan kalis air seperti bahan gerlis ditemui, masyarakat pada zaman dahulu
mempunyai cara yang tersendiri menghasilkan produk seramik yang mempunyai kebolehan
sebagai bekas simpanan cecair. Terdapat dua kaedah utama yang sering digunakan iaitu; a)
menggunakan batu sungai yang licin digosok pada permukaan produk seramik iaitu jasad produk
dalam keadaan hampir kering. Kaedah ini mampu menghasilkan produk seramik kurang poros
serta menjadi berkilat selepas proses pembakaran. Kaedah kedua adalah menggunakan tanah liat
halus yang dicairkan dijadikan sebagai slip (tanah liat keadaan cecair yang likat) dengan melitupi
permukaan seramik. Kaedah ini berupaya menghasilkan permukaan seramik menjadi berkilat
dan juga sebagai dekorasi produk.
Apa yang menakjubkan, ahli arkeologi menjumpai produk seramik daripada zaman tamadun
Lembah Indus iaitu masyarakatnya juga menghasilkan produk seramik untuk sekali pakai
bertujuan perniagaan minuman pada zaman tersebut. Satu longgokkan produk seramik yang
pecah dijumpai disekitar kawasan dipercayai ruang perniagaan minuman zaman tersebut.
Kesemua produk ini mempunyai rekabentuk yang mudah seakan untuk disiapkan secara cepat
oleh pereka pada zaman ini.
TEKNOLOGI SERAMIK

Perkembangan dan pengaruh seramik telah banyak berlaku pada masa dahulu.
Mesopotamia merupakan tamadun yang mempunyai pengaruh seramik yang kuat terhadap
tamadun lain yang wujud di sekitarnya pada zaman itu. Elemen budaya dan kepercayaan juga
mempengaruhi rekabentuk dan dekorasi produk seramik tamadun manusia. Perkembangan
terhadap dunia seramik ini berterusan dan membuktikan bahawa manusia sememangnya
dilahirkan dengan sikap ingin tahu dan berusaha untuk memuaskan hati mereka tanpa jemu.

Adegan utama pada seramik ini menggambarkan dewa 'wine' iaitu Dionysus. Seramik ini
dihasilkan oleh Asteas yang merupakan pengeluar seramik tertinggi di Paestum ketika zaman ini.

TEKNOLOGI BAHAN TERMAJU


(SERAMIK)
Keramos dalam bahasa Greek bermaksud lempung (tanahliat) yang dibakar pada suhu tinggi
melebihi1500oC.
Penggunaan tanahliat mempunyai pertalian erat dengan sejarah peradaban dan ketamadunan
manusia. Dari sudut perspektif Islam, asal kejadian manusia juga adalah dari tanah. Lantaran
kerana keunikan sifat tanahliat tersebut, ia dimanipulasi dan diaplikasikan dalam bidang seramik
untuk tujuan yang memberikan manfaat.

Umumnya bidang Teknologi Seramik diklasifikasi kepada 2 bidang iaitu seramik konvensional
dan seramik termaju. Dalam seramik konvensional, kebanyakan produk seramik yang dihasilkan
adalah menggunakan salah satu daripada teknik- teknik berikut; tuangan slip, pembentukan
plastik atau penekanan serbuk manakala dalam seramik termaju pula, seramik dijadikan sebagai
bahan untuk penghasilan komponen elektronik, penebat, superkonduktor, bioseramik untuk sains
perubatan dan pergigian, peralatan ketenteraan, teknologi angkasa lepas, teknologi nano dan lain-
lain aplikasi di dalam kejuruteraan.
 Kursus Teknologi Seramik di ADTEC Taiping merupakan antara kursus yang akan dijalankan di
institut ini dengan kapasiti pelajar seramai 80 orang. Terdapat 3 teras pembelajaran dalam bidang
Teknologi Seramik iaitu pendedahan kepada penekanan serbuk (powder press), tuangan slip (slip
casting) dan pembentukan plastik (plastic forming) di samping penekanan terhadap bidang
seramik termaju (advanced ceramic). Tiga teras tersebut merupakan  latihan yang diperolehi oleh
pelajar di dalam bidang kemahiran Teknologi Seramik, di samping modul-modul tambahan
untuk meningkatkan softskill para pelajar.

Selain itu, para pelajar juga akan didedahkan dengan teras-teras tambahan seperti teknik-teknik
dalam pencirian bahan seramik, teknik pengujian bahan seramik, rekabentuk acuan seramik
(ceramic mould design) dan lain-lain. Antara kemudahan yang terdapat di bahagian Teknologi
Seramik ADTEC Taiping ialah Makmal Pencirian Bahan, Makmal Pengujian Seramik, Makmal
Penyelidikan & Pembangunan (R&D), Makmal Penyediaan & Pembentukan Serbuk, Makmal
Pelicauan, Makmal Dekorasi, Makmal Silk Screen, Makmal Komputer dan Bilik Tutorial/
Kuliah. Sukatan latihan untuk Diploma Teknologi Seramik dibangunkan mengikut sukatan
Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) dan Standard Kemahiran Pekerjaan
Kebangsaan (National Occupational Skills Standard – NOSS) S-026-1/2/3 (Advanced Ceramics
Production) iaitu di bawah Sector 8 (Materials) dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). 
Sukatan latihan selaras dengan keperluan teknologi semasa dan memenuhi standard persijilan. Di
antara subjek yang diajar dalam bidang ini ialah Safety Practice, Technical Drawing, CAD
Ceramic, Glaze Technology, Firing Technology, Ceramic Mould Making, Ceramic Plastic
Forming, Decoration Techniques, Materials Testing, Materials Characterization Techniques,
Supervisory, Matematik Kejuruteraan  dan Sains Kejuruteraan dan lain-lain lagi. Antara industri-
industri di Malaysia yang berkaitan dengan bidang teknologi seramik ialah White Horse
Ceramic, Johan Ceramics Berhad, Seacera Tiles Berhad, Venus Ceramic Industry Sdn. Bhd.,
Malaysian Mosaics Berhad (MMB), Prestige Ceramics Sdn. Bhd., Guocera Tile Industries Sdn.
Bhd., In hesion Industrial (M) Sdn. Bhd., CeramTecnnovative Ceramic Engineering (M) Sdn.
Bhd., Maruwa dan lain-lain lagi.

Contoh-contoh produk berkaitan dengan teknologi seramik:

     

Anda mungkin juga menyukai