Anda di halaman 1dari 3

Eksistensialisme

Teori eksistensialisme ini telah berkembang antara tahun 1940 dadiperkenalkan oleh ahli-ahli
falsafah seperti Soren Kierkegaars, Martin Heidegger, Karl Jaspers, Gabriel Marcel dan Jean
Paul Sartre. Walaubagaimanapun, dalam kebanyakan ahli falsafah tersebut, Jean Satre
(1905-1980) paling dikenali dalam pemikirannnya tentang falsafah eksistensialisme ini.
Beliau lahir di Perancis pada 21 Jun 1905 dan meninggal di Paris pada 15 April 1980 iaitu
pada umur 74 tahun. Satre telah mengutarakan bahawa sejak lahir manusia tidas terikat
dengan komitmen-komitmen pada masa lalu, maka hanyalah satu landasan nilai yang dapat
digunapakai iaitu, kebebasan. Beliau telah menghasilkan banyak buku dan salah satunya yang
berkaitan dengan eksistensialisme ini ialah buku yang bertajuk ‘being and nothingness’
ataupun bermaksud, ‘ada atau ketiadaan’.

Secara terperincinya, falsafah eksistensialisme tidaklah sama dengan falsafah moral yang
lain, yang banyak berpegang kepada teori-teori , prinsip-prinsip dan peraturan-peraturan
hidup. Menurut Satre, jika individu mematuhi peraturan masyarakat secara buta tuli, dia
mempunyai pandangan “mitologi” yang menjejaskan kebebasannya. Mitos ini mesti
dihapuskan dari alam kemoralan.

Bagi Satre, apa yang bolah menjadikan perkara itu benar atau salah adalah sama sekali di
bawah kawalan diri manusia itu sendiri. Ia sesuatu yang sangat subjektif di dalam konsep
apakah yang memberi makna di dalam hidup seseorang.Manusia boleh menjadikan sesuatu
perkara yang mereka lakukan itu lebih berharga adalah dengan memilih apa yang mereka
mahu lakukan itu sendiri. Satre memegang dan mempercayai bahawa manusia itu berhak
untuk memilih hidup dengan cara yang dikehendaki.Ianya ibarat melukis di kain kanvas,
manusia itulah yang memilih kain kanvas,berus lukisan yang mahu digunakan serta warna-
warna yang ingin digabung serta dicorakkan di atas kain kanvas itu.Walaubagaimanapun,
setiap orang mempunyai sepenuh tanggungjawab di atas setiap perkara apa yang mereka
pilih. Tiada siapa yang boleh disalahkan di atas segala tindakan yang diambil melainkan diri
manusia itu sendiri. Manusia perlu memilih segala tindakan diri dan orang lain secara sendiri
kerana manusia hidup dan berkongsi di dalam alam manusia sejagat. Amat mudah baginya,
etika yang paling penting ialah ‘Jujur, menjadi diri sendiri dan bertindak demi kebebasan’.
Walaubagaimanapun, dalam hal lain, eksistensialisme dilihat sebagai suatu falsafah moral
yang ketat dalam memegang bahawa seseorang manusia itu mempunyai sepenuh
tanggungjawab ke atas hidup mereka. Mereka sama sekali tidak boleh menyalahkan orang
lain mahupun nasib itu sendiri atas apa yang terjadi kepada diri mereka.

Di dalam buku Moral Reasoning(2001) yang ditulis oleh Richard M.Fox dan Joseph P.De
Marco telah mencatatkan tentang pendapat Satre yang menyatakan bahawa peraturan-
peraturan dan prinsip-prinsip itu selalunya tidak cukup untuk menentukan secara moralnya
sesuatu perkara itu benar atau salah.Jika dilihat kembali apa yang dikatakan oleh Satre, kata-
katanya itu seperti ada kebenarannya kerana sememangnya peraturan-peraturan dan prinsip-
prinsip sememangnya amatlah diperlukan di dalam penghakiman moral.

Satre memberikan contoh, ketika peperangan seorang lelaki tidak boleh sewenangnya
menentukan sama ada dia perlu tinggal bersama ibunya di rumah atau mengikut bersama
perjuangan dan rintangan itu. Sesungguhnya peraturan ‘melakukan kebaikan dan mengelak
serta meninggalkan kejahatan’ sama sekali tidak dapat membantu dirinya dalam
mempengaruhi tindakannya. Begitu juga dengan peraturan ‘kita hendaklah menghormati ibu
bapa’ serta ‘kita hendaklah berjiwa patriotisme’ juga tidak akan langsung menyumbang. Di
dalam hal ini, peraturan akan menjadi satu konflik jiwa individu tersebut dan akhirnya,
keputusan perlu di ambil untuk menentukan tindakan yang perlu diambil.

Jika kita perhatikan, peraturan-peraturan ini menjadi pilihan alternatif yang membenarkan
seseorang itu membuat pilihan. Satre juga berpendapat, seseorang yang tidak mempunyai
masalah moral adalah seseorang yang tidak punya rasa untuk melakukan kebaikan mahupun
mengelak kejahatan. Perkara ini secara jelas dan nyata amatlah bertentangan dengan ajaran
Islam itu sendiri iaitu Islam menyuruh umatnya ‘Amar makruf wa nahi mungkar’ iaitu
melakukan perkara kebaikan serta meninggalkan segala kejahatan mahupun keburukan.
Seterusnya, Satre telah memutuskan bahawa untuk mengambil tindakan,tidak mencukupi
dengan hanya sekadar berdasarkan segala peraturan dan prinsip-prinsip. Tambahan lagi,
untuk menggunakan peraturan, pilihan juga perlu dibuat bukan sahaja untuk menimbang
dengan betul bahkan untuk menentukan tindakan mana yang betul.
Berdasarkan segala huraian Satre tentang eksistensialisme ini, kita dapat simpulkan bahawa
beliau meletakkan moral itu sebagai suatu perkara yang berubah mengikut masa, keadaan dan
tempat serta mestilah seiring dengan perubahan pandangan hidup seseorang dari suatu ketika
ke suatu ketika. Segalanya bergantung kepada diri seseorang itu sendiri mahu meletakkan
hidup mereka dengan cara yang bagaimana. Apa yang ditakuti, tiada lagi nilai baik yang
dapat diputuskan oleh manusia untuk ditindakkan.Dunia akan menjadi begitu kejam sehingga
menjatuhkan ketamadunan sesuatu bangsa dan negara.

Perkara ini amatlah berbeza jika kita tujukan pandangan kita terhadap sudut pandangan
Islam. Moral merupakan perkara yang paling asas dalam kehidupan seorang insan. Agama
Islam telah memberikan garis panduan yang jelas tentang akhlak dan moral umat sejagat bagi
membolehkan pembangunan masyarakat berjalan dengan lancar dan harmoni. Sesungguhnya
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang bermaksud ‘Sesungguhnya aku dibangkitkan
hanyalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia’ . Selain itu, di dalam surah Al Maidah
ayat yang ke 2 merupakan contoh garis panduan akhlak yang telah disusun di dalam al quran,

‘....Hendaklah kamu bantu untuk membuat kebajikan dan bertakwa, janganlah kamu bantu
membantu pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan (melampaui batas-batas ajaran
Allah); dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat azab-Nya’.

Nah, ayat di atas secara terang-terangan telah menunjukkan bahawa moral dan akhlak
mengikut landasan Islam adalah sesuatu yang baik berlandaskan syariah; satu ukuran yang
tidak berubah mengikut keadaan dan waktu. Walau jauh mana kita merantau, dan semakin
bertambah usia, syariah itu tetap begitu kerana ianya adalah hokum daripada sang pencipta
yang berkuasa terhadap makhluk yang diciptaNya. Jadi, dia telah mencipta sebuah peraturan
yang amat cantik dan sesuai dengan fitrah insani. Oleh itu, tidak akan ada unsur luar yang
dapat mempengaruhi pandangan atau criteria moral dan nilai Islam yang mana perkara inilah
yang menjadi perbezaan di antara nilai moral di dalam pandangan Islam dan sudut pandangan
barat atau lebih spesifiknya, Satre serta ahli pemikiran eksistensialisme yang lain.

Anda mungkin juga menyukai