Anda di halaman 1dari 24

HUKUM

SUBHAH
(BIJI-BIJI
TASBIH)
OLEH:

Muhammad Abu Farouq Al-Athari


(Rasul bin Dahri)

1
SOALAN-SOALAN
TENTANG ISBAL (PAKAIAN LABUH)

Tulisan ini berupa jawapan dari beberapa soalan


berkenaan “Isbal”. Oleh kerana terlalu banyak dan kerapnya
persoalan ini diajukan oleh para pelajar semasa mengikuti
pengajian, sama ada di Singapura atau di Malaysia. Maka untuk
memudahkan para pelajar memahami persoalan “Hukum Isbal”,
saya rangkumkan jawapan bagi semua soalan tersebut dengan
jawapan berbentuk penjelasan dengan nas-nas syarii, diperkuat
dengan athar sahabat, dikemas dengan fatwa para ulama muktabar
kalangan Ahli Sunnah wal-Jamaah dan diteliti melalui penelitian
para A’immat as-Salaf as-Soleh ‫ ائمة السلف الصالح‬.

Antara soalan-soalan yang telah diajukan ialah:

1. Apakah hukumnya orang lelaki yang melabuhkan kain atau


seluarnya sehingga mencecah tanah semasa solat? Sah atau
batal solatnya? Kerana ada ulama yang mengharamkan dan
ada pula yang menghukum batal. Dapatlah kiranya ustaz
memberi jawapan dan penerangan secara syarii.

2. Apakah ta’rif dan pengertian isbal yang sebenar? Apa hukum


Isbal menurut syara? Menurut sebahagian ulama berpakaian
isbal adalah haram bagi lelaki tetapi wajib bagi wanita,
apakah itu benar? Tolong jelaskan dengan dalil-dalil al-
Quran, Sunnah dan fatwa para ulama Salaf as-soleh?

3. Menurut ustaz saya yang berkelulusan al-Azhar di Mesir,


bahawa isbal itu tidak haram kerana Abu Bakar pernah

2
berpakaian isbal, apakah itu benar? Saya harap ustaz dapat
menjawab dengan hujah dan dalil agar menjadi panduan
kepada saya, kawan-kawan serta keluarga. Terima kasih.

4. Menurut ulama, isbal ialah pakaian yang menutup buku lali,


apakah sarung kaki (stoking) dan sepatu but yang menutup buku
lali termasuk pakaian isbal? Tolong jelaskan?

HUKUM ISBAL
(MELABUHKAN PAKAIAN)

3
Isbal (‫ال‬ ِ َ‫ )ا‬bermaksud: “Melabuhkan pakaian (seperti
ُ َ‫ْال ْسب‬
seluar, jubah, kain sarung dan semua jenis pakaian) sehingga
menutup buku lali (mata kaki). Atau pakaian labuh yang
menyentuh bumi (mencecah tanah) sehinggga diseret.

Berkata Imam as-San’ani rahimahullah:

‫ هو الذى يطول ثوبه ويرسله الى االرض اذا‬: ‫المسبل ازاره‬


.‫مشى‬

“Mengisbal pakaiannya: Iaitu orang yang memanjangkan


pakaiannya dan melabuhkannya sehingga (mencecah) ke
bumi apabila berjalan”. 1

Syara telah mengharamkan setiap lelaki beriman dari


menurunkan, memanjangkan atau melabuhkan pakaian mereka,
seperti baju, seluar, kain sarung, jubah, serban atau apa sahaja
jenis pakaian, kerana perbuatan isbal amat jelas telah disepakati
oleh para ulama Salaf as-Soleh hukumnya haram berlandaskan
hujah-hujah yang autentik.

Terdapat banyak hadis-hadis sahih dan fatwa para ulama


Ahli Sunnah wal-Jamaah terutama yang berpegang dengan
manhaj Salaf as-Soleh, mereka sepakat mengharamkan lelaki
beriman dari mengisbalkan pakaiannya sama ada semasa bersolat
atau di luar solat. Antaranya sabda Rasulullah sallallahu ‘alahi
wa-sallam:

‫ص َوال ِْع َم َام ِة َو َم ْن َج َّر ِم ْن َها َش ْيئًا ُخيَالَ َء‬


ِ ‫ال ِفى اْ ِال َزا ِر َوالْ َق ِم ْي‬ ُ َ‫اَ ِال ْسب‬
‫لَ ْم َيْنظُ ِر اهللُ اِلَْي ِه َي ْو َم ال ِْقيَ َام ِة‬

1 . Lihat: ‫ استيفاء االقوال فى تحريم االسبال على الرجال‬hlm. 32. Al-Imam Muhammad bin
Ismail al-Amir as-San’ani.

4
“Isbal kebiasaannya berlaku pada kain, baju dan serban.
Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya (berisbal) sedikit
sahaja kerana kesombongan, Allah tidak akan melihatnya
pada Hari Kiamat”. 2

‫صلَّى اهللُ َعلَْي ِه‬ ِ


َ ‫ت َر ُس ْو َل اهلل‬ ُ ْ‫ َراَي‬: ‫ال‬ َ َ‫ض َي اهللُ َع ْنهُ ق‬ ِ ‫َع ِن الْم ِغ ْيرة ر‬
َ َ ُ
َ‫يَا ُس ْفيَا ُن ! ال‬: ‫ان بْ ِن َس ْه ٍل َو ُه َو َي ُق ْو ُل‬ ِ ‫آخ ًذا بِ ِر َد ِاء س ْفي‬
ِ ‫وسلَّم‬
َُ َ ََ
ُّ ‫تُ ْسبِ ْل اِ َّن اهللَ الَيُ ِح‬
.‫ب ال ُْم ْسبِلِ ْي َن‬

“Dari Mughirah radiallahu ‘anhu berkata: Aku melihat


Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam memegang
pakaian Sufiyan bin Sahl dan baginda bersabda: Wahai
Sufyian! Janganlah engkau berisbal, kerana Allah tidak
menyukai orang-orang yang berisbal”. 3

ANTARA CIRI-CIRI
ORANG BERTAQWA

2 . (1) H/R Abu Daud. 4/353-354. No. 4094. (2) An-Nasaii. Sunan. 8/208. (3)
Ibn Majah. 2/1184. No. 3576.
3 . Dikeluarkan oleh (1) Ibn Majah 2/1183 No. 3575. (2) An-Nasaii dalam Al-Kubra
dan Tuhfatul Asyraf. (3) Ibn Hibban dalam Sahihnya 7/397 No. 5418. (4) Ahmad
dalam Musnadnya 4/246. 253. (5) Ibn Abi Syaibah 8/207.

5
Antara ciri-ciri orang yang bertaqwa kepada Allah ‘Azza
wa-Jalla dan beristiqamah dalam menjaga agamanya ialah orang
yang taat kepada Allah dan RasulNya serta meninggalkan isbal.
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:

‫ اِ ْرفَ ْع‬: ُ‫صلَّى اهللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم لَِر ُج ٍل َرآهُ يَ ُج ُّر اِ َز َاره‬ ِ
َ ‫ال َر ُس ْو ُل اهلل‬ َ َ‫ق‬
.َ‫اِ َز َار َك َواتَّ ِق اهلل‬

“Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah menegur


seorang lelaki yang berpakaian labuh (baginda bersabda):
Angkatlah (tinggikanlah) kain kamu dan bertaqwalah
kepada Allah”. 4

َ َ‫صلَّى اهللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم ق‬


‫ َم ْن‬: ‫ال‬ ِ ٍ ‫َعن ُهبْي‬
َ ‫ب َرض َي اهللُ َعْنهُ َع ِن النَّبِ ِّي‬ َ ْ
‫َو ِط َئ َعلَى اِ َزا ِر ِه ُخيَالَ َء َوطَئَهُ فِى النَّا ِر‬

“Dari Hubaib radiallahu ‘anhu, dari Rasulullah sallallahu


‘alaihi wa-sallam: Sesiapa yang pakaiannya melebihi
buku lalinya dengan kesombongan, ia akan memasukkan
kakinya di neraka”. 5

ِ ِ ِ ِ ِ َ ‫اك واِسب‬ ِ
ُ‫ال اْال َزا ِر م َن ال َْمخ ْيلَة َوالَيُحُّب َها اهلل‬َ ْ َ َ َّ‫َواي‬
“Berhati-hatilah kamu dari rasa berbangga diri dengan
mengisbalkan (melabuhkan) pakaian, kerana pakaian
seperti itu tidak disukai oleh Allah”. 6

4 . H/R Ahmad. Dalam Musnad. 4/395.


5 . H/R Bukhari “Tarikh al-Kabir”. 2/1184 dan 8/367. No. 2907. (2) Ahmad. 3/437.
6 . Dikeluarlkan oleh Ahmad 5/63-64 dan isnadnya sahih. Lihat: Silsilah Ahadis
as-Sahihah. No. 880. Nasruddin al-Albani.

6
Dalam hadis sahih di atas, kalimah ( ُ‫خيَالَء‬
ُ ْ‫“ ) اَل‬Al-Khulaya”
dan ( ُ‫“ ) اَل َْم ِخ ْيلَة‬Al-Makhilah” ditafsirkan oleh Ibn al-Athir sebagai:
“Megah/sombong” dan “Takbur”. 7

Ditafsirkan oleh Imam Muslim rahimahullah sebagai:


“Sombong, Takbur, bermegah-megah kepada manusia dan ingin
agar manusia merasa takjub kepadanya”. 8

‫صلَّى اهللُ َعلَْي ِه‬ ِ


َ ‫ال َر ُس ْو ُل اهلل‬ َ َ‫ ق‬: ‫ال‬ َ َ‫ض َي اهللُ َع ْنهُ ق‬ ِ ‫َعن اَبِي َذ ٍّر ر‬
َ ْ ْ
‫ث الَ يُ َكلِّ ُم ُه ُم اهللُ َي ْو َم ال ِْقيَ َام ِة َوالََي ْنظُُر اِلَْي ِه ْم‬ٌ َ‫ ثَال‬: ‫َو َسلَّ َم‬
ُ‫صلَّى اهلل‬
ِ
َ ‫ َف َق َراَ َها َر ُس ْو ُل اهلل‬: ‫ال‬ َ َ‫اب اَلِْي ٌم ق‬ٌ ‫َوالَُي َز ِّك ْي ِه ْم َولَ ُه ْم َع َذ‬
‫ َم ْن ُه ْم‬، ‫ َخ ُاب ْوا َو َخ ِس ُر ْوا‬: ‫ال اَُب ْو َذ ٍّر‬ َ َ‫ ق‬. ‫ث َم َّر ٍاة‬ َ َ‫َعلَْي ِه َو َسلَّ َم ثَال‬
، ُ‫ َوال َْمنَّا ُن الَّ ِذ ْي الَُي ْع ِط ْي اِالَّ َمنَّه‬، ‫ اَل ُْم ْسبِ ُل‬: ‫ال‬ ِ ‫يا رسو َل‬
َ َ‫اهلل؟ ق‬ ُْ َ َ
‫ اَل ُْم ْسبِ ُل‬: ‫ َوفِى ِر َوايَِة ُم ْسلِ ٍم‬. ‫ب‬ ِ ‫اذ‬ِ ‫ف الْ َك‬ ِ ِ‫والْم ْن ِف ُق سل َْعتَهُ بِالْحل‬
َ َ ُ َ
. ُ‫اِ َز َاره‬

“Dari Abi Zarr radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah


sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Ada tiga golongan
yang tidak ditegur oleh Allah di Hari Kiamat dan Allah
tidak melihat kepada mereka, tidak mengampunkannya
dan mereka mendapat azab yang pedih, Rasulullah
mengulang-ulangi ucapannya ini tiga kali. Maka Abu
Zarr berkata: Alangkah rugi dan menyesalnya mereka
wahai Rasulullah! Siapakah mereka itu? Baginda
menjhawab: Orang yang musbil (melabuhkan pakaiannya
sehingga menutup buku lali), orang yang mengungkit
(menyebut-nyebut) pemberiannya dan orang yang menjual

7 . Lihat: an-Nihayah 2/93. Ibn al-Athir.


8 . Lihat: Riadhatus Solihin. Hlm. 277.

7
barangannya dengan sumpah palsu. (Dalam riwayat
Muslim: Orang yang melabuhkan pakaiannya )”. 9

‫ ثَالَثَ ةٌ الَ َي ْنظُ ُر اهللُ اِلَْي ِه ْم‬: ‫ض َي اهللُ َعْن ُه َما َم ْر ُف ْو ًعا‬
ِ ‫َع ِن ابْ ِن ُعم ر ر‬
َ ََ
‫ ُو ُم ْد ِم ُن الْ َخ ْم ِر‬، ُ‫ اَل َْمنَّا ُن َعطَاهُ َوال ُْم ْسبِ ُل اِ َز َارهُ ُخيَالَء‬: ‫َي ْو َم ال ِْقيَ َام ِة‬

“Dari Ibnu Umar radiallahu ‘anhu secara marfu’: Tiga


golongan Allah tidak melihat kepada mereka: Orang
mengungkit pemberiannya, orang yang melabuhkan
pakaiannya dan orang yang menagih arak”. 10

Berkata Ibn Hajar rahimahullah:

‫ وجر الثوب يستلزم الخيالء ولو‬، ‫ان االسبال يستلزم جر الثوب‬


‫لم يقصد الخيالء‬

“Sesungguhnya isbal itu ialah melabuhkan pakaian,


melabuhkan pakaian itu adalah suatu kesombongan
walaupun tidak bermaksud (berniat) untuk sombong”. 11

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:

‫ال فَِانَّهُ ِم َن ال َْم ِخ ْيلَ ِة‬ َ َّ‫َواِي‬


ُ َ‫اك َواْ ِال ْسب‬
“Berjaga-jagalah kamu dari berisbal, sesungguhnya isbal
itu perbuatan sombong”. 12

Hadis di atas ini mengkategorikan orang yang isbal


(melabuhkan pakaiannya) sebagai orang yang sombong walaupun

9.(1) H/R Muslim 1/102 Kitabul Iman. No. 106. (2) Abu Daud. Sunan. 4/347.
No. 4087. (3) Turmizi. Sunan. 2/342. No. 1229.
10 . Dikeluarkan oleh al-Tabrani. Lihat: “Majma’ud az-Zawaid”.
11 . Lihat: Fathul Bari, 10/264.
12 . Dikeluarkan oleh Ahmad 5/63-64. Isnadnya sahih.

8
ia tidak bermaksud atau berniat demikian. Oleh itu isbal
diharamkan kepada setiap lelaki beriman dan awaslah mereka
yang mengisbalkan seluar, kain atau pakaiannya kerana telah
diberi amaran oleh sekian banyak hadis-hadis yang sahih.

Berkata Ibnu Al-Arabi rahimahullah:

“Tidak dibolehkan bagi seorang lelaki memakai baju


(termasuk seluar atau kain, pent.) yang melebihi mata
kakinya (melebihi paras buku lalinya)”. 13

‫ت َعلَى َر ُس ْو ِل‬ ُ ‫ َم َر ْر‬: ‫ال‬َ َ‫ض َي اهللُ َع ْن ُه َما ق‬ِ ‫اهلل بْ ِن عُم ٍر ر‬ ِ ‫َعن َع ْب ِد‬
َ َ ْ
َ ‫ َف َق‬. ٌ‫استِ ْر َخاء‬ ِ ِ ِ ِ
‫ يَا َع ْب َد‬: ‫ال‬ ْ ‫صلَّى اهللُ َعلَْيه َو َسلَّ َم َوفى ا َزا ِر ْي‬ َ ‫اهلل‬
ُ ‫ فَ َما ِزل‬، ‫ت‬
‫ْت‬ ُ ‫ ِز ْد ! فَ ِز ْد‬: ‫ال‬َ َ‫ ثُ َّم ق‬. ُ‫ َف َر َف ْعتُه‬. ‫ اِ ْرفَ ْع اِ َز َار َك‬، ‫اهلل‬
ِ
‫السا‬ ‫ف‬ ‫ص‬ ِ‫ ن‬: ‫ال‬ ‫ق‬ ‫ف‬ ‫؟‬ ‫ن‬ ‫ي‬ ‫ا‬ ‫ى‬ ‫ل‬ ِ‫ال بعض الْ َقوِم ا‬
َ ُ ْ َ َ َ َ ْ َ َ ْ ُ ْ َ َ ‫ َف َق‬، ‫اَتَ َح َّر َاها َب ْع ُد‬
.‫َقْي ِن‬

“Dari Abdullah bin Umar radiallahu ‘anhuma berkata:


Aku pernah melintas (di hadapan) Rasulullah sallallahu
‘alaihi wa-sallam dan dengan mengenakan pakaian labuh.
Maka baginda bersabda: Wahai Abdullah! Naikkan/
tinggikan kainmu. Maka aku menaikkannya. Baginda
bersabda lagi: Tambahkan (naikkan) lagi. Maka aku
tambah lagi. Kemudian saya terus tidak meninggalkan
cara berpakaian yang seperti selepas itu. Beberapa kaum
yang bersama bertanya: Sampai ke paras mana? Baginda
bersabda lagi: Pertengahan betis”. 14

13. Lihat: Fathul Bari 10/264. ‘Aunul Ma’bud 11/142.


14. (1) H/R Muslim dalam Sahihnya. 3/1650. No. 2086. (2) Al-Baihaqi dalam
Sunan al-Kubra. 2/43.

9
‫ْت اَبَا َس ِع ْي ٍد َع ِن‬
ُ ‫ َساَل‬: ‫ال‬ َّ ‫َع ِن ال َْعالَِء بْ ِن َع ْب ِد‬
َ َ‫ َع ْن اَبِْي ِه ق‬، ‫الر ْح َم ِن‬
‫صلَّى اهللُ َعلَْي ِه‬ ِ
َ ‫ت َر ُس ْو َل اهلل‬ ُ ‫ َس ِم ْع‬: ‫ أ ْخبِ ُر َك بِ ِعل ٍْم‬: ‫ال‬َ ‫اْ ِال َزا ِر َف َق‬
‫اح ِفْي َما‬ ِ ِ ِ
َ َ‫ َوالَ ُجن‬، ‫السا َق ْي ِن‬
َّ ‫ف‬ ِ‫ص‬ ْ ِ‫ا َز َارةُ ال ُْم ْؤمن الَى ن‬: ‫َو َسلَّ َم َي ُق ْو ُل‬
ِ َ ِ‫ فَمااَس َفل ِمن َذل‬. ‫بينَهُ وبين الْ َكعبي ِن‬
ُ‫ الَ َي ْنظُُر اهلل‬، ‫ك فَفى النَّا ِر‬ ْ َ ْ َ ْ َْ َ َْ َ َْ
.‫طرا‬ ِ ِ
ً َ‫الَى َم ْن َج َّر ا َز َارهُ ب‬
“Dari ‘Ala bin Abdulrahman dari bapanya berkata: Aku
bertanya kepada Abu Saied tentang kain (pakaian). Maka
beliau berkata: Aku khabarkan dengan ilmu, aku
mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam
bersabda: Pakaian seorang mukmin sehingga
pertengahan dua betis. Tidak mengapa di antara betis dan
maka kaki. Maka apa yang di bawah mata kaki maka dia
di neraka, Allah tidak melihat orang yang melabuhkan
pakaiannya dengan megah (sombong)”. 15

Berkata Imam An-Nawawi rahimahullah:

‫أي َعجبًا َو ُخيَالَء‬


ْ : ‫بَطًَرا‬
“Batran: iaitu megah dan sombong”. 16

15 . (1) Dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya jld. 4/303. No. 4093. (2) Ibn
Majah 2/1183. No. 3573. (3) Malik dalam Mu’ta hlm. 914-915. (4) Ahmad dalam
Musnad jld.2. No. 6, 31, 44, 52 dan 97. (5) Ibn Abi Syaibah dalam Musanaf
8/244. (6) Al-Humaidi dalam Musnadnya 2/323. No. 737. (7) Al-Baihaqi dalam
Sunan al-Kubra 2/244. Dan al-Bagawi dalam Syarah as-Sunnah 12/12.
16 . Lihat: Riadhu as-Solihin hlm. 276.

10
BERISBAL KERANA LUPA,
TIDAK SENGAJA & TERLALU MARAH

Jika bersolat dalam keadaan isbal (berpakaian labuh)


kerana lupa (tidak disedari), tidak disengajakan atau dalam
keadaan marah, maka tidak ada hukum baginya (sah solatnya).
Ini berdasarkan beberapa hadis Rasulullah terutamanya tentang
cara pakaian baginda dalam solat semasa kesiangan:

‫ص لَّى اهللُ َعلَْي ِه َو َس لَّ َم‬ ِ َّ ‫ت‬


َ ‫الش ْمس َخ َر َج َر ُس ْو ُل اهلل‬ ِ ‫اََّن َها لَ َّما َكس َف‬
َ
.ُ‫َف ْز ًعا يَ ُج ُّر اِ َزاره‬
“Sesungguhnya setelah didapati matahari telah kelihatan,
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam keluar (solat)
tanpa disengajakan (tidak disedarinya) baginda
berpakaian labuh”. 17

َّ ‫ص ِة ُس َج ْو ِد‬
، ‫الس ْه ِو‬ َّ ِ‫ض َي اهللُ َع ْن هُ فِى ق‬ ِ ‫ان بْ ِن حص ْي ِن ر‬ ِ ‫َعن ِعم ر‬
َ َ ُ َْ ْ
ِ ْ َ‫صلَّى اهللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم َخ َر َج غ‬
ُ‫ضبَانًا يَ ُج ُّر ا َز َاره‬ َ ُ‫َواَنَّه‬
“Dari Imran bin Husin dalam kisah sujud sahwi
bahawasanya baginda sallallahu ‘alaihi wa-sallam keluar
(solat) dalam keadaan marah dan dalam keadaan labuh
pakaiannya”. 18

Melalui hadis di atas, jelaslah bahawa hanya orang yang


tidak perasan (tidak sedar), marah dan terlupa yang tidak berdosa
jika berpakaian isbal, termasuklah semasa mengerjakan solat,
kerana ia berlaku tanpa ada maksud atau dirancang.

HUKUM SOLAT
LELAKI YANG ISBAL
17 . (1) H/R Bukhari 2/526, 547 dan 10/355. (2) An-Nasaii 3/127, 146 dan 152.
No. 1464, 1491, 1492 dan 1502.
18 . (1) Dikeluarkan oleh Muslim 1/99, 404. No. 101, 574. (2) Abu Daud 1/618.
No. 1018. (3) An-Nasaii 3/26. No. 1237. (4) Ibn Majah 1/384. No. 1215.

11
Imam an-Nawawi rahimahullah tidak menerangkan,
adakah sah atau tidak solat seseorang lelaki yang berisbal dengan
rasa bangga/sombong atau bermegah diri. Ini seolah-olah ia
berkata akan sahnya, walau bagaimanapun beliau menetapkan
haramnya orang-orang lelaki yang solat dengan pakaian yang
labuh (isbal) sehingga mencecah tanah.
19

Berkata Muhammad bin Hazam rahimahullah:

“Tidak berpahala solat seseorang lelaki yang melabuhkan


bajunya (kainnya) dengan sombong. Yang benar setiap
pakaian yang dipakai oleh seorang lelaki sewajarnya
hanya setakat di paras mata kaki (buku lali), sama sekali
tidak boleh melebihi mata kaki. Sesiapa yang melabuhkan
pakaiannya tanpa senaja atau lupa maka tiada hukum
atasnya”. 20

Dari Mujahid pula beliau berkata: “Sesiapa (lelaki) yang


pakaiannya mencecah buku lali maka tidak diterima oleh Allah
solatnya. Dari Zar bin Abdullah al-Mauhabi berkata bahawa
Mujahid berkata: Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya Allah
tidak akan menerima solatnya”. 21

Namun sah solat makmum yang berimamkan imam yang


berpakaian isbal (labuh). Kerana Rasulullah sallallahu ‘alaihi
wa-sallam bersabda:

.‫س َد َف َعلَْي ِه ْم ُد ْونَ ُك ْم‬ َ ‫صلُّ ْو َن فَ َما‬


َ َ‫ص َّح َفلَ ُك ْم َولَ ُه ْم َو َما ف‬ َ ُ‫ت‬
“Bersolatlah bersama mereka, jika solat mereka sah maka
bagi kamu dan bagi mereka, jika sekiranya fasad (tidak

19 . Lihat: ‫ استيفاء االقوال فى تحريم االسبال على الرجال‬hlm. 24. As-San’ani.


20 . Lihat: 4/37 ‫المحلى‬. Masalah No. 428.
21 . Lihat: Al-Makhtutat. Al-Mauhabi.

12
sah) maka mereka tanggung sendiri dan kamu tidak
menanggung solat mereka”. 22

Berkata Imam as-San’ani rahimahullah tentang hadis di


bawah ini:

ِ ‫ت الْ َك ْعب ْي ِن ِمن‬


‫اال َزا ِر فَِف ْى النَّا ِر‬ َ ‫َما تَ ْح‬
َ َ
“Apa sahaja yang melebihi bawah mata kaki dari jenis
pakaian adalah dalam neraka”. 23

‫قد دلَّت االحاديث على ان ما تحت الكعبين فى النار وهو يفيد‬


‫ ودل على ان من جر ازاره خيالء الينظر اهلل اليه وهو‬. ‫التحريم‬
. ‫دل على التحريم‬

“Telah banyak hadis-hadis yang membuktikan


bahawasanya pakaian yang melebihi mati kaki di neraka,
ini membuktikan ia perbuatan yang haram. Dan juga
telah dibuktikan bahawa sesiapa yang melabuhkan
pakaiannya dengan bangga/sombong Allah tidak akan
melihat padanya, ini menunjukkan tentang haramnya
perbuatan tersebut”. 24

Hadis-hadis seperti ini menunjukkan bahawa isbal itu


haram hukumnya sama ada dalam solat atau di luar solat. Mereka
yang melipat seluar panjangnya ketika solat kerana takut isbal
adalah mereka yang keliru memahi hukum isbal atau hanya

22 . Dikeluarkan oleh: (1) Bukhari 2/295. No. 809, 810 dan 2/297 No. 812. (2)
Muslim 1/354. (3) An-Nasaii 2/209 No. 1096-1097 dan 2/215 No. 1113. (4) Ibn
Majah 1/286 No. 883.
23 . H/R (1) Bukhari 10/256. (2) Imam Ahmad dalam Musnadnya 2/410, 461, 498.
(3) Al-Baihaqi dalam Sunnan al-Kubra 2/244. (4) Dan Abdul Razak as-San’ani
dalam Musannafnya 11/83.
24 . Lihat: ‫ استيفاء االقوال فى تحريم االسبال على الرجال‬hlm. 26. As-San’ani.

13
terikut-ikut perbuatan orang lain. Hujah-hujah tentang haramnya
isbal dikuatkan lagi dengan hadis-hadis selanjutnya:

َ‫ت اُ ُّم َسلَ َمة‬ ْ َ‫ َف َقال‬، ‫َم ْن َج َّر َث ْوبَهُ ُخيَالَ َء لَ ْم َي ْنظُ ِر اهللُ اِلَْي ِه َي ْو َم ال ِْقيَ َام ِة‬
:‫ت‬ ْ َ‫ َف َقال‬. ‫ َي ْر ِخ ْي َن ِش ْب ًرا‬: ‫ال‬ َ َ‫ِّساءُ بَ ُذ ُي ْولِ ِه َّن ؟ ق‬َ ‫صنَ ُع الن‬ ْ َ‫ف ت‬ َ ‫ فَ َك ْي‬:
. ‫اعا الَيَ ِز ْد َن َعلَْي ِه‬ ِ
ً ‫ َفُي ْرخ ْينَهُ ِذ َر‬: ‫ال‬ َ َ‫ ق‬. ‫ف اَقْ َد ُم ُه َّن‬َ ‫اِ ًذا َت ْن َك ِش‬
“Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya dengan
kesombongan, maka Allah tidak akan melihatnya pada
Hari Kiamat. Ummu Salamah bertanya: Bagaimana
kaum wanita, bagaimana semestinya dilakukan pada
hujung (bawah) kain mereka? Baginda bersabda: Kalau
mereka melabuhkannya labuhkanlah sejengkal. Ia
berkata: Seperti itupun masih dapat tersingkap kaki
mereka itu. Baginda bersabda: Boleh melebarkannya
sampai sehasta dan jangan lebih dari itu”. 25

TIDAK MELEBIHI
MATA KAKI (BUKU LALI)

25 . Dileluarkan oleh Abu Daud 4/364. No. 4119. (2) Dikeluarkan oleh An-Nasaii
8/209. No. 5336-5339. (3) Turmizi 4/223 No. 1736. (4) Ahmad dalam
Musnadnya 2/5555. Dan Abul Razak as-San’ani dalam musannafnya 11/82. Berkata
Imam Muslim: Sanad hadis ini sahih.

14
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam penah menegur
seorang lelaki yang berpakaian isbal dengan sabdanya:

َ َّ‫ َواِي‬، ‫ت فَِالَى الْ َك ْعَب ْي ِن‬


‫اك‬ َ ‫ فَِا ْن اََب ْي‬، ‫اق‬ ِ ‫الس‬َّ ‫ف‬ ِ‫ص‬ ِ ِ
ْ ِ‫َو ْارفَ ْع ا َز َار َك الَى ن‬
.َ‫ب ال َْم ِخ ْيلَة‬ ُّ ‫ َواِ َّن اهللَ الَ يُ ِح‬، ‫ فَِا َّن َها ِم َن ال َْم ِخ ْيلَ ِة‬، ‫ال اْ ِال َزا ِر‬َ َ‫َواِ ْسب‬
“Tinggikanlah kainmu sehingga pertengahan betis, jika
tidak mahu berbuat seperti itu, maka (angkatlah) ke paras
mati kaki, takutilah olehmu dari mengisbalkan kain,
kerana yang demikian itu termasuk kesombongan dan
sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang
sombong”. 26

Hadis ini menunjukkan bahawa panjangnya pakaian yang


diizinkan oleh Rasulullah untuk orang lelaki ialah tidak melebihi
mata kaki, yang melebihinya dianggap isbal dan hukumnya
haram. Dan hadis-hadis seterusnya yang mengharamkan isbal:

ً‫صلِّى ُم ْسبِال‬ ِ ‫َعن اَبِي ُهر ْيرةَ ر‬


َ ُ‫ َب ْينَ َما َر ُج ٌل ي‬: ‫ال‬ َ َ‫ض َي اهللُ َعْنهُ ق‬ َ َ َ ْ ْ
ِ ِ َ ‫اِ َز َارهُ َف َق‬
َّ ‫ب َفَت َو‬
ْ‫ضا‬ ْ ‫ ا ْذ َه‬: ‫صلَّى اهللُ َعلَْيه َو َسلَّ َم‬ َ ‫ال لَهُ النَّبِ ُّي‬
َّ ‫ب َفَت َو‬ ِ َّ ‫ب َفَت َو‬
ُ‫ال لَه‬
َ ‫ َف َق‬. ْ‫ضا‬ ْ ‫ ا ْذ َه‬: ُ‫ال لَه‬ َ ‫ َف َق‬، ‫اء‬
َ ‫ضاَ ثُ َّم َج‬ َ ‫فَ َذ َه‬،
‫ال‬
َ َ‫ ق‬، ُ‫ت َعْنه‬ َّ ‫ضاَ ثُ َّم َس َك‬َّ ‫ك اََم ْرتَهُ اَ ْن َيَت َو‬ ِ ‫ يا رسو َل‬: ‫رجل‬
َ َ‫اهلل َمال‬ ُْ َ َ ٌ ُ َ
ِ ِ ِ
‫صالَ َة َر ُج ٍل‬ َ ‫ َوا َّن اهللَ الََي ْقبَ ُل‬، ُ‫صلَّى َو ُه َو ُم ْسبِ ٌل ا َز َاره‬ َ ُ‫ انَّهُ َكا َن ي‬:
. ‫ُم ْسبِ ٍل‬

“Dari Abu Hurariah radiallahu ‘anhu berkata: Diketika


seorang lelaki solat dalam keadaan labuh (mencecah
bumi/isbal) kainnya, maka Rasulullah sallallahu ‘alaihi

26 . Lihat: Riadhus Solihin. 2/869. Imam Nawawi. H/R Abu Daud dengan
isnadnya yang sahih. Dan diriwayatkan juga oleh Imam Turmizi. Beliau
mengatakan bahawa ini adalah hadis hasan sahih.

15
wa-sallam bersabda kepadanya: Pergilah berwuduk,
kemudian (setelah berwuduk) dia datang semula.
Kemudian Rasulullah berkata kepadanya: Pergilah
berwuduk. Maka berkata seorang lelaki lain kepada
Rasulullah: Wahai Rasululla! Engkau menyuruhnya
berwuduk kemudian engkau diam (tidak menerangkan
sebabnya). Maka Baginda bersabda: Sesungguhnya dia
bersolat dengan keadaan iabal (kainnya labuh menutupi
mata kaki/mencecah tanah), sesungguhnya Allah tidak
menerima solat lelaki yang isbal (melabuhkan)
pakaiannya”. 27

Orang-orang lelaki yang sengaja mengisbalkan


(memanjangkan) seluar, kain atau pakaiannya terutama semasa
mengerjakan solat, maka mereka hendaklah menghayati dan
memikirkan isi hadis di atas ini, kerana Nabi Muhammad
sallallahu ‘alaihi wa-sallam memerintahkan lelaki yang isbal
agar berwuduk dan mengulangi solatnya sehingga dua kali.
Malah diwaridkan dengan ancaman neraka bagi mereka yang
berpakaian labuh mencecah bumi (isbal), sama ada semasa
solat atau di luar solat. Baginda seterusnya mengancam dengan
sabdanya sebagaimana hadis sahih riwayat Ibn Masoud:

ِ ُ ‫ َس ِم ْع‬: ‫ال‬ ِ ‫َع ِن ابْ ِن مسعو ٍد ر‬


ُ‫صلَّى اهلل‬
َ ‫ت َر ُس ْو َل اهلل‬ َ َ‫ض َي اهللُ َعْنهُ ق‬ َ ُْ ْ َ
‫س ِم َن‬ ِِ ‫ من اَسبل اِ َزرهُ ِفى‬: ‫َعلَي ِه وسلَّم ي ُقو ُل‬
َ ‫ َفلَْي‬، ‫صالَته ُخيَالَ َء‬
َ َ َ َْ ْ َ ْ َ َ َ َ ْ
.‫اهلل ِفى َح ٍّل َوالَ َح َر ٍام‬
ِ

“Dari Ibn Masoud radiallahu ‘anhu berkata: Aku


mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam
bersabda: Sesiapa yang mengisbalkan kainnya dalam

27. Dikeluarkan oleh (1) Abu Daud 1/419-420 N.638. (2) Baihaqi dalam Sunan al-
Kubra 2/241. Berkata an-Nawawi: Sesungguhnya hadis ini menurut syarat Muslim,
lihat: Raudhatus Solihin hlm. 278. Lihat: ‫استيفاء االقوال فى تحريم االسبال على الرجل‬
hlm. 27 oleh As-San’ani.

16
solatnya dengan megah, maka dari Allah tiada lagi yang
halal dan haram”. 28

Berkata Imam an-Nawawi rahimahullahu tentang hadis di


atas ini:

‫ قد برئ من اهلل وفارق دينه‬: ‫معناه‬

“Hadis ini memberi makna: (Orang yang isbal) telah


berlepas dari Allah dan dia telah meninggalkan
agamanya”. 29

Berkata al-Hafiz Ibn Hajar rahimahullah:

“Isnadnya mauquf. Selanjutnya beliau berkata: Hadis


seperti ini tidak dikatakan mengikut pendapat (ar-rakyu),
maka pada hadis ini, tidak ada larangan untuk
menerimanya secara zahirnya.” 30

Perhatian:

Sarung kaki atau jaurab (stoking) tidak dikatogerikan


sebagai pakaian isbal. Ini bererti sesiapa yang memakai sarung
kaki atau sepatu yang menutup mata kaki tidak dianggap berisbal.
Persoalan ini telah dibincangkan oleh para ulama fiqh (fukaha).

BERALASAN DENGAN
PAKAIAN ABU BAKAR

Ada sebahagian orang yang mempertahankan dan


menggemari isbal beralasan bahawa isbal itu dibolehkan jika tidak

28 . Dikeluarkan oleh Abu Daud 1/419. No637. At-Tabrani dalam Majma al-Kabir
9/315, 10/284. (3) Abu Daud at-Tayalisi No. 351. (4) Al-Baihaqi 2/242.
29 . Lihat: ‫ استيفاء االقوال فى تحريم االسبال على الرجال‬hlm. 28. As-San’ani.

30 . Lihat: Fathul al-Bari 10/257.

17
berasa riak, sombong dan bermegah dengan pakaiannya yang
isbal. Ada juga yang beralasan bahawa para ulama Al-Azhar
kebanyakannya isbal, begitu juga dengan para pendakwah yang
sudah terkenal termasuklah para mufti dan para ustaz. Mereka
yang berisbal beralasan dengan hadis Ibnu Umar yang seolah-olah
pada hadis tersebut Abu Bakar telah berisbal tetapi dibolehkan
oleh Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam.

Alasan seperti ini adalah batil kerana mereka kurang teliti


memahami hadis Ibnu Umar sebagaimana di bawah ini:

َ َ‫صلَّى اهللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم ق‬


‫ال‬ ِ
َ ‫َع ِن ابْ ِن ُع َم َر َرض َي اهللُ َعْن ُه َما اَ َّن النَّبِ َي‬
َ ‫ َف َق‬، ‫ َم ْن َج َّر َث ْوبَهُ ُخيَالَ َء لَ ْم َيْنظُ ِراهللُ اِلَْي ِه َي ْو َم ال ِْقيَ َام ِة‬:
‫ال اَُب ْوبَ ْك ٍر‬
ِ ِ ِ ِ ِ ‫ يا رسو َل‬: ‫ضي اهلل عنه‬ ِ
َ ‫ ا َّن ا َزا ِر ْي يَ ْسَت ْرخى االَّ اَ ْن َت َع‬، ‫اهلل‬
ُ‫اه َده‬ ْ ُ َ َ ُ ْ َ ُ َ ‫َر‬
‫ت ِم َّم ْن‬َ ‫ك لَ ْس‬َ َّ‫ ان‬: ‫صلَّى اهللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم‬ ِ
َ ‫ال لَهُ َر ُس ْو ُل اهلل‬ َ ‫ َف َق‬،
.‫َي ْف َعلُهُ ُخيَالَ َء‬
Dari Ibnu Umar radiallahu ‘anhuma bahawasanya Nabi
sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Barangsiapa yang
melabuhkan baju/pakaiannya (sehingga mencecah
bumi/menyentuh tanah) dengan sombong, maka ia tidak
akan dilihat oleh Allah pada Hari Kiamat. Abu Bakar lalu
berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya pakaianku
ini selalu tersentuh tanah, kecuali setelah aku
membetulkannya. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam
menjawab: Sesungguhnya engkau tidak termasuk
golongan orang yang melakukan semacam itu, iaitu
bukan golongan orang-orang yang sombong”. 31

Pengajaran yang boleh diambil dari hadis ini ialah:

1. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam dengan jelas


menafikan tentang isbalnya pakaian Abu Bakar radiallahu
31. H/R (1) Bukhari 10/217. (2) Muslim 2085. Dikeluarkan oleh Abu Daud
4085. An-Nasaii 8/206.

18
‘anhu, kerana baginda bersabda: ( ‫)) انك لست ممن يفعله خيالء‬
Bermaksud: “Sesungguhnya engkau tidak termasuk/tergolong
orang yang melakukan seperti itu”. Jika telah menafikan oleh
Rasulullah akan isbalnya pakaian Abu Bakar, maka tidak
seorangpun boleh menuduh beliau berpakaian isbal hingga
dijadikan contoh untuk menghalalkan isbal.

2. Selain dinafikan sebagai seorang sahabat yang berpakaian


isbal, baginda juga menjelaskan bahawa Abu Bakar bukanlah
golongan orang yang meyombong diri, sedangkan isbal
dianggap sebagai perbuatan sombong walaupun orang yang
berisbal tidak bermaksud demikian.

Tidak seorangpun dari kalangan para ulama Salaf as-Soleh


yang mengizinkan isbal. Dan tidak seorangpun dari mereka
mengaitkan (menasabkan) perbuatan isbal yang mungkar
walaupun dengan salah seorang dari kalangan para sahabat Nabi
Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Malah tidak ada satu
nas atau dalil untuk menghalalkan perbuatan orang-orang lelaki
muslim yang telah melabuhkan pakaian mereka. Dengan ini,
sewajar orang-orang yang beriman memberi perhatian tentang
hukum isbal ini.

Tidak sewajarnya seseorang yang telah mengetahui hukum


berpakaian isbal kemudian mengharuskan kerana semata-mata
mengikuti kehendak hawa nafsunya. Ingatlah bahawa Rasulullah
sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:

‫ الَ ُي ْؤ ِم ُن اَ َح ُد ُك ْم َحتَّى يَ ُك ْو َن َه َواهُ َتَب ًعا لِ َما‬، ‫َوالَّ ِذ ْي َن ْف ِس ْي بِيَ ِد ِه‬


.‫ت بِ ِه‬ُ ‫ِج ْئ‬
“Demi jiwaku yang di tanganNya, tidak beriman
seseorang kamu sehingga hawa nafsunya mengikut
(mentaati) apa yang telah aku datangkan dengannya”. 32

32. Dikeluarkan oleh al-Bagawi dalam “Syarah as-Sunnah” 1/213. Ibn Abi Asim
dalam “As-Sunnah” 1/12. Dan al-Khatib dalam “Tarikh Bagdad”. 4/369.

19
Dengan pembuktian dalil-dalil syarii dalam tulisan ini,
sewajarnya kaum muslim menjaga akidah, amalan dan agamanya
dengan mengimani tentang haramnya hukum isbal, lalu
meninggalkan perbuatan haram ini dengan penuh ketakwaan dan
keikhlasan.

Wallahu a’lam. Walhamdulilah.

HUKUM SUBHAH
(BIJI-BIJI TASBIH)

Pertanyaan:

20
Assalamualaikum Ustaz! Saya ingin bertanya tentang biji
tasbih yang digunakan oleh ramai masyarakat Islam. Ia banyak
terdapat di masjid-masjid dan di surau serta di hadapan kereta
orang-orang Islam. Apakah hukumnya bertasbih atau berzikir
dengan menggunakan biji-biji tasbih sebagaimana banyak
digunakan oleh para imam, para ustaz serta orang-orang awam?
Tolong jelaskan hukumnya dengan dalil-dalil dan hujah-hujahnya
melalui syara. Sekian, terima kasih.

Jawapan:

Berzikir dengan menggunakan biji-biji tasbih (subhah) itu


hukumnya bid’ah, kerana biji-biji tasbih (subhah) suatu benda
yang tidak pernah terdapat dikalangan bangsa Arab, malah tidak
pernah dikenal oleh bangsa Arab dan tidak pernah juga disebut
oleh Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam.

Bertasbih atau berzikir dengan menggunakan subhah tidak


pernah berlaku di zaman Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam.
Tentunya amat mustahil bagi Nabi menyuruh menggunakan
sesuatu yang tidak pernah dilihat dan dikenali oleh baginda serta
para sahabat.

Kemasukan dan bermulanya penggunaan biji-biji (rantai


biji-biji tasbih/subhah) ke dalam masyarakat Islam adalah setelah
para rahib dan pendita Yahudi, Nasrani serta Majusi memeluk
agama Islam. Mereka membawanya ke dalam Islam dan
meneruskan tradisi penggunaan subhah lantaran kebiasaan dalam
agama mereka berzikir dengan menggunakan biji-biji tasbih
(subhah). Perkara ini terjadi setelah berlalunya zaman Salaf as-
Soleh dan berleluasanya perbuatan bid’ah.

Subhah dianggap bid’ah kerana tidak ada nas (dalil) dari al-
Quran, hadis-hadis sahih, athar dan fatwa ulama Salaf as-Soleh
yang memfatwakan sunnahnya bertasbih atau berzikir dengan
menggunakan subhah. Adapun hadis-hadis yang memperkatakan
tentang subhah adalah hadis-hadis palsu kesemuanya dan nilainya
batil serta mungkar. Antara hadis-hadis tersebut ialah:

21
ُّ ‫نِ ْع َم ال ُْم َذ ِّك ُر‬
ُ‫الس ْب َحة‬
“Sebaik-baik sesuatu (alat zikir) untuk digunakan
mengingati Allah ialah subhah (buat-buah/biji-biji
tasbih)”. 33

Hadis di atas ini adalah hadis palsu diriwayatkan oleh


Imam Dailami. Menurut Imam al-Albani rahimahullah hadis ini
palsu kerana sandanya tidak jelas dan para perawinya tidak
dikenali (majhul). Malah terdapat perawinya yang kazzab
(pendusta/pembohong) sehingga hadis ini dianggap batil. 34

‫ص لَّى اهللُ َعلَْي ِه‬ ِ


َ ‫اص اَنَّهُ َد َخ َل َم َع َر ُس ْو ِل اهلل‬ ٍ َّ‫َع ْن َس َع ِد بْ ِن اَبِ ْي َوق‬
.‫سبِّ ُح بِ ِه‬ ٍ
َ ‫َو َسلَّ َم َعلَى ْم َراَة َو َب ْي َن يَ َد ْي َها َن ًوى اَ ْو َح‬
َ ُ‫صى ت‬
“Dari Sa’ad bin Abi Waqqas sesungguhnya dia pernah
masuk ke rumah seorang perempuan bersama Rasulullah
sallallahu ‘alaihi wa-sallam, didapati perempuan tersebut
sedang memegang biji-biji tasbih atau batu-batu kerikil
yang dipergunakan untuk bertasbih dengannya”. 35

Menurut Imam az-Zahabi, hadis ini lemah kerana


Khuzaimah perawi yang terdapat dalam hadis ini seorang rawi
yang majhul. Dan hadis seterusnya:
36

‫صى‬ َ ‫سبِّ ُح بِال‬


َ ‫ْح‬ َّ ِ َّ َ ‫َكا َن‬
َ ُ‫صلى اهللُ َعلَْيه َو َسل َم ي‬
“Pernah Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bertasbih
dengan batu kerikil (batu-batu kecil).

Menurut Syeikh al-Albani, hadis ini “Wahin Jiddan”


Terlalu Lemah. Pada sanadnya terdapat perawi yang suka
meriwayatkan hadis-hadis palsu. Al-Albani seterusnya
33 H/R Dailimi
34 Lihat: Musnad Firdaus. Lihat: Silsilah Ahadis ad-da’ifah. Nasruddin al-Albani.
35 H/R Abu Daud No. 1500. Hakim 1/547-548.
36 Lihat: Mizanul I’tidal Az-Zahabi. Lihat: At-Taqrib oleh Ibnu Hajar.

22
menjelaskan dalam jawapannya tentang persoalan bertasbih
dengan subhah:

“Kami dapati bertasbih dengan subhah (rantai biji-biji


tasbih) adalah suatu bid’ah yang bertentangan dengan sunnah.
Kerana mengikut sunnah bertasbih adalah dengan ruas-ruas jari-
jemari tangan kanan . 37

Adapun antara sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam


tentang bertasbih dengan tangan kanan ialah:

‫ص لَّى اهللُ َعلَْي ِه‬ ِ


َ ‫ت َر ُس ْو َل اهلل‬ َ َ‫اهلل بْ ِن َع ْم ٍرو ق‬
ُ ْ‫ َراَي‬: ‫ال‬ ِ ‫َعن َع ْب ِد‬
ْ
.‫َّسبِْي َح بِيَ ِم ْينِ ِه‬ ِ
ْ ‫َو َسلَّ َم َي ْعق ُد الت‬
“Dari Abdullah bin Amr berkata: Aku melihat
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam menghitung-
menghitung tasbih dengan tangan kanannya”. 38

‫ات‬ ٌ َ‫وا ْع ِق ْد َن بِاْالَنَ ِام ِل فَِا َّن ُه َّن َم ْسُئ ْوال‬:


ٌ ‫ت َو ُم ْسَت ْنطََق‬ ٍ
َ ‫َوفَى َر َوايَة‬
“(Dalam riwayat yang lain): Dan hendaklah kamu hitung
dengan jari-jemari kamu kerana sesungguhnya jari-jemari
itu kelak akan ditanya dan akan diminta untuk bercakap
(berbicara)”. 39

Menurut Syeikh al-Albani rahimahullah: Subhah tidak


pernah ditemuii di zaman Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan
para sahabat baginda. Tasbih adalah amalan umat Nasrani.
Orang-orang Nasrani meniru orang-orang Budha dan umat-umat
lainnya. Sehingga masa ini kita dapati sebahagian pendita-pendita
dan rahib-rahib Nasrani menggantung rantai biji-biji tasbih di
tengah-tengah rumah mereka dan di atasnya terdapat salib.

Perbuatan ini termasuk tasyabbuh (meniru ibadah) orang


kafir. Ini merupakan tasyabbuh yang paling bahaya berbanding
37 . Lihat: Msajmu’ah Fatawa al-Madina al-Munawarrah. Al-Albani.
38 . H/R Abu Daud No. 1502.
39 . H/R Abu Daud No. 1501.

23
dengan tasyabbuh yang lain, kerana ini meniru dalam masalah
amalan ibadah. Oleh yang demikian, kami amat menentang
penggunaan subhah, terutamanya ia boleh menghilangkan
keikhlasan seseorang (kerana membawa kepada perbuatan
40

riak/menunjuk-nunjuk. Pent).

Ibnu Masud radiallahu ‘anhu membid’ahkan penggunaan


biji-biji tasbih semasa berzikir atau bertasbih sebagaimana
terdapat athar yang sahih dari beliau:

“Dari Shult bin Bahram beliau menceritakan: Ibnu


Masoud pernah melalui seorang perempuan yang
bertasbih dengan menggunakan biji-biji tasbih (subhah).
Maka beliau (Ibnu Masoud) merampas, memutuskan dan
membuangnya. Dikejadian yang lain, beliau pernah
melintasi seorang lelaki yang sedang bertasbih dengan
batu-batu kecil (hasa), lalu beliau menyepak dengan
kakinya batu-batu tersebut lantas berkata: Kamu telah
mendahului! (mendahului yang lain mengerjakan sesuatu
yang tidak ada contohnya dari Nabi sallallahu ‘alahi wa-
sallam). Engkau telah mengerjakan bid’ah yang sesat.
Engkau telah mengalahkan (mematikan) ilmu para
sahabat Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam. 41

40 . Lihat: Majmu’ah Fatawa al-Madinah al-Munawarrah. Nasruddin al-Albani.


41. Lihat: Al-Bid’ah Wan Nahyu ‘Anhu. Hlm. 12. Al-Qurtubi

24

Anda mungkin juga menyukai