Anda di halaman 1dari 6

Kewajipan Berdakwah

Beza Dakwah & Islah

 Dakwah dari segi bahasa adalah menjemput masuk

 Dakwah dari segi syarak adalah usaha menjemput seseorang kepada agama Islam

 Islah pula adalah bermaksud usaha membaikpulih amalan & kepercayaan Muslim
mengenai Islam

Realiti Islah & Dakwah Di Malaysia

 Islah - Sentiasa berjalan dengan pesat melalui 

1. Sistem pendidikan (sekolah hingga universiti)


2. Rancangan TV & Radio
3. Forum, kuliah & ceramah di masjid & surau
4. Tulisan di akhbar & buku
5. Pelbagai persatuan Islam (IPT hingga NGO)

 Dakwah - Wujud sejak dahulu tetapi amat sedikit berbanding usaha Islah

Pendekatan Berdakwah

 Berlandaskan Quran & Sunnah


o Semua pendekatan dalam melakukan Dakwah mestilah berlandaskan cara yang
Allah dan Nabi Muhammad saw ajarkan melalui Quran & Sunnah, dan bukannya
cara yang kita fikirkan sendiri tanpa merujuk 2 sumber tadi.

 Melalui akhlak
o Ini adalah salah satu daripada pendekatan yang amat berkesan. Tetapi dalam
keadaan realiti sekeliling kita sekarang, kita perlu tahu untuk menerangkan
tentang salah faham non Muslim terhadap akhlak majoriti Muslim yang amat
berbeza dengan ajaran Islam.

 One To One 
o Secara umumnya, pendekatan cara beginilah yang paling berkesan. Pada zaman
moden ini, pendekatan One To One ini terbahagi kepada 2 cara, iaitu
 Lisan: Bersemuka
 Internet: Chatting & Emel

 Dialog antara agama (Interfaith dialogue)


o Selain daripada peranan penceramah untuk menerangkan mengenai kecantikan,
sempurna dan logiknya ajaran Islam, para pendengar (participant) Muslim juga
mempunyai tugas yang besar. Mereka sepatutnya bergaul dengan para pendengar
non Muslim. Berkenalan dengan mereka. Ambil nombor handphone dan emel.
Dan lakukan follow up secara One To One.

 Program “Presenting Islam to non Muslim"


o Program berbentuk begini sebenarnya baru sahaja wujud di Malaysia. Selalunya
program begini hanya dibuat di dalam gereja. Seperti program Interfaith dialogue,
program ini juga memberi peluang kepada individu Muslim untuk mengenali
individu non Muslim yang memang berminat untuk berbincang mengenai perkara
keagamaan.

 Blogging
o Adakah pendekatan begini dan pendekatan melalui emel terdapat di dalam Quran
& Sunnah? Jika kita membaca surah An Nahl ayat ke 125, jelas Allah menyuruh
kita menyeru manusia kepada Allah dengan hikmah kebijaksanaan. Tambahan
pula Nabi Muhammad saw dan Nabi Sulaiman as sendiri pernah menulis surat
menyeru pembesar non Muslim supaya menyembah Allah.

 Mosque Tour Guide


o Setiap tahun ramai pelancong dalam dan luar negara yang datang melawat
beberapa masjid di seluruh negara. Setakat ini, bilangan volunteer yang
mengambil kesempatan yang amat luas ini hanyalah sedikit bilangannya. Ini
adalah salah satu peluang di kalangan FCR Alumni untuk melakukan Praktikal
Dakwah dengan menerangkan perkara aqidah kepada pelancong non Muslim.

 Penerangan melalui risalah


o Pendekatan begini boleh dilakukan di dalam banyak program seperti Interfaith
dialogue, Presenting Islam to non Muslim dan Mosque Tour. Sekali lagi peranan
FCR Alumni amat ditagih di sini. Di dalam risalah tersebut, kita boleh meletakkan
emel atau nombor handphone kita supaya kita boleh melakukan follow up dengan
sasaran kita.

 Perbandingan agama
o Pendekatan begini hanya digunakan apabila keadaan memerlukan. Dalam
pendekatan ini, kita akan membuktikan kepada non Muslim mengenai kebenaran
Quran dan Sunnah melalui kajian terhadap sumber rujukan non Muslim itu sendiri
seperti Sains dan Teknologi bagi golongan Atheist, Bible bagi Kristian, Kitab
Hindu dll.
o Apabila seseorang sudah meyakini Islam 100% dan sudah bersedia untuk
bersyahadah, maka pendekatan perbandingan agama ini mungkin tidak perlu
digunakan bergantung kepada keadaan dan kes. Kita hanya perlu menerangkan
perkara aqidah Islam semata-mata.

Assignment: Bolehkah Begini?

 Bolehkah kita mendakwa pendekatan kita adalah terbaik berbanding pihak lain? Contoh
o Nabi berdakwah dengan bersemuka, maka blogging dan internet bukanlah terbaik
o Nabi hanya cerita tentang kecantikan Islam, maka tidak perlu tahu kepercayaan
agama lain dan tidak perlu cerita keburukan agama lain

Kelebihan Berdakwah

 Perbaiki diri sendiri


 Menyediakan skill
o Berdialog dengan misionari Kristian dan golongan non Muslim yang lain
o Menangani kes
 Murtad
 Potensi untuk murtad
 Mualaf
 Muslim bermasalah (berislah)

Kenapa Dakwah?

 34:28 “Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat
manusia seluruhnya”
 Sahih Bukhari Vol 1 Hadis 331: Muhammad saw adalah Nabi untuk semua manusia
 21:107 Nabi saw adalah menjadi rahmat kepada semua manusia
 2:185 Quran menjadi petunjuk bagi sekalian manusia
 14:52 Quran diturunkan adalah untuk semua manusia
 25:1 “…Tuhan yang menurunkan Furqan kepada hambaNya, untuk menjadi peringatan
dan amaran bagi seluruh penduduk alam”

Bagaimana?

 3:64 Katakanlah: "Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan
antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita
tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun…”
o Ayat ini mengajar kita supaya mencari persamaan semasa berdakwah

 16:125 “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan


dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang
lebih baik…”
o Hikmah kebijaksanaan - berakhlak, nada suara yang sesuai, teknik bercakap,
kreativiti hujah dari pelbagai sumber, dll

 29:46 “Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang
paling baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka…”
o Kita dibenarkan berbahas dengan non Muslim tetapi hanya dengan cara yang baik
o Bagi golongan yang zalim di antara mereka, cara yang lebih tegas patut
digunakan
 6:108 “Dan janganlah kamu cerca sembahan mereka yang lain dari Allah, kerana mereka
kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan …”
o Selain larangan mencerca sembahan mereka semasa berdakwah, kita juga ditegah
daripada mencerca amalan mereka yang lain

Limitation

 88:21-22 “Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (dan janganlah berdukacita jika ada yang
menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan;
Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (untuk menerima Islam)”
o Tugas kita hanyalah SHARE Islam

 10:99 “Dan jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekalian manusia yang ada
di bumi. Maka patutkah engkau (Muhammad) pula hendak memaksa manusia supaya
mereka menjadi orang-orang yang beriman?”
o Tugas kita ialah menyampaikan message Islam dan bukan convertkan orang

 2:6 “Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada
mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka
tidak akan beriman”
o Kita pasti akan menemui golongan sebegini apabila kita aktif berdakwah, dan kita
tidak perlu bersedih jika menemui mereka ini

 18:29 Dan katakanlah (wahai Muhammad): "Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan
kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu
kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya"
o Selepas kita berusaha menerangkan kebenaran Islam dengan bersungguh-sungguh
dan kemudian tetap ditolak, maka kita tak perlu berasa bersalah. Tugas kita sudah
selesai untuk individu tersebut.

Alasan Tidak Berdakwah

 Tak Cukup Ilmu


o Ilmu tak akan cukup sampai ke mati
o Banyak perkara lain (yang tiada kaitan dengan dakwah) yang boleh dan telah
dipelajari, maka kenapa tidak belajar untuk berdakwah?
o Sahih Bukhari Vol 4 Hadis 667: “Sampaikan kepada yang lain walaupun satu
ayat”
o Kalimah syahadah juga adalah satu ayat, maka sebarkan
o Ramai Muslim yang faham surah Al Ikhlas dengan jelas, tetapi kenapa tidak
mahu dikongsi dengan non Muslim?
o Tidak perlu jadi pakar baru boleh berdakwah
o Teknik jika tak tahu jawab soalan
 Mengaku tidak tahu jawab dan jangan “goreng”
 Teknik berdialog apabila tidak tahu menjawab soalan
1. “Saya tak tahu jawapannya, tapi saya akan carikan jawapan”
2. “Bagus soalan itu, nanti saya akan carikan jawapan”
3. “Soalan awak membantu saya belajar agama saya sendiri, nanti
saya carikan jawapan”
4. “Biar saya kumpulkan soalan awak, nanti saya akan berikan
jawapan”

 Diri Sendiri Belum Baik


o Mereka mensyirikkan Allah, maka siapa lebih baik di sisi Allah?
o Berdakwah akan membantu kita mengislah diri
o Adakah selama ini semua misionari Kristian lebih baik daripada kita dari semua
segi?
o Tidak semestinya!
o Maka jika mereka boleh lakukan “dakwah”, kenapa kita tidak boleh? Sedangkan
kita yakin bahawa kita di pihak yang benar

 Baiki Muslim Dahulu


o Benarkah dakwaan begini? “Contoh buruk Muslim menjadi halangan kepada
dakwah, maka islahkan Muslim dahulu!”
 Adakah perlu tunggu semua Muslim menjadi baik, baru hendak
berdakwah?
 Sampai kiamat benda ini tak akan berlaku
 Oleh itu, lebih baik kita pelajari cara menjawab salah tanggapan terhadap
Islam, dan bukannya dengan meninggalkan dakwah
o 4:48,116 Syirikkan Allah adalah kemungkaran nombor SATU di sisi Allah
o Walaupun ramai orang yang mencegah pelbagai jenis kemungkaran semasa
berislah tetapi AMAT SEDIKIT yang lakukan pencegahan KEMUNGKARAN
nombor SATU di sisi Allah!
o Nabi SAW lakukan Islah & Dakwah serentak walaupun ketika Islam kuat di
Madinah
 Kewujudan golongan munafik dan yang tidak bersolat jemaah di masjid
membuktikan Muslim belum sempurna, TETAPI usaha dakwah masih
diteruskan
o Maka, dakwah dan islah adalah sama penting

 Dakwah adalah Fardu Kifayah?


o 3:104 “Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah)
kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara
yang baik, serta melarang daripada segala yang salah” - Sebahagian golongan
yang tidak mahu berdakwah menjadikan ayat di atas sebagai alasan.
 Ayat ini merujuk kepada kerja fulltime sebagai pendakwah
o 3:110 Umat Muhammad adalah umat paling mulia kerana ciri-ciri Amar Maaruf
Nahi Mungkar tiada pada umat-umat terdahulu
o Setiap Muslim wajib mencegah kemungkaran dalam tiga peringkat mengikut
kemampuan, iaitu dengan kuasa, atau lisan, atau hati
o Oleh itu, setiap Muslim wajib mencegah kemungkaran mensyirikkan Allah jika
peluang itu datang kepada kita
 Contoh: Kawan sepejabat, sekelas, serumah, kenalan-kenalan lain

 “Tiada Paksaan” Dalam Agama


o Ya, memang benar tiada paksaan dalam beragama
o 2:256 “Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah
nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur)…”
o Ayat ini merujuk kepada keadaan di mana usaha dakwah telahpun dilakukan
terlebih dahulu, dan kemudian jika ia ditolak, maka kita tidak boleh memaksa
mereka memeluk Islam

 Jaga Urusan Sendiri


o Adalah menjadi urusan setiap Muslim untuk mengingatkan orang lain tentang
kebenaran
o Dakwah adalah menjadi tugas yang wajib bagi setiap Muslim
o Oleh itu, apabila ada yang berkata “jaga urusan kamu sendiri”, dia adalah betul,
kerana itu adalah apa yang kita sedang lakukan, iaitu kita sedang menjaga urusan
kita sendiri

Apa Lagi Alasan?

 Lihatlah ayat ini:-


o Sesungguhnya orang-orang yang kufur engkar kepada ayat-ayat keterangan Kami,
Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka
masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat
merasa azab sengsara itu 4:56

 Maka, tiadakah perasaan kasihan?

 Bayangkan Sejenak...Seandainya Kita Adalah Seorang Non Muslim Yang Sedang


Berada Di Padang Mahsyar, Sanggupkah Kita Terima 1001 Alasan Untuk Tidak
Mengajak Kita Kepada Islam Oleh Kawan Muslim Kita Semasa Sama-sama Hidup Di
Dunia Dahulu?

MOGA KITA INSAF BERSAMA

Mas-Yuri Mahyiddin
013-615 9030
znflhev@yahoo.co.uk

Anda mungkin juga menyukai