Anda di halaman 1dari 19

RANCANGAN PEMBANGUNAN NEGERI TERENGGANU

(RPNT) 2004 - 2008

I. SINOPSIS

1. PENDAHULUAN

1.01. Agenda kepimpinan Kerajaan Negeri ialah Islam Hadhari Terengganu


Bestari. Ia adalah aspirasi Kerajaan Negeri untuk merealisasikan Islam
dalam kehidupan umat Islam bersesuaian dengan cabaran-cabaran milenium
baru. Agenda ini menjurus kepada penterjemahan praktis umat Islam kepada
lapan nilai Islam Hadhari. Terengganu Bestari adalah hasrat Kerajaan Negeri
untuk mewujudkan kemajuan peradaban dengan menggalakkan rakyat untuk
mesra teknologi maklumat dan komunikasi sebagai wadah untuk mencapai
ketinggian peradaban; pemfokusan kepada tadbir urus baik (good
governance) agar lebih telus, lebih cekap, penyertaan rakyat yang lebih
meluas serta pentadbiran awam 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan
peningkatan infostruktur dan infrastruktur bagi dimanfaatkan oleh seluruh
lapisan masyarakat.

1.02. Khusus untuk RPNT, Kerajaan Negeri telah mengenal pasti dua belas
teras bagi merealisasikan hala cara pembangunan negeri Terengganu. Teras-
teras ini adalah sebagai paksi dalam menentukan prioriti dalam
melaksanakan program/projek pembangunan negeri. Pemilihan teras-teras
ini juga adalah untuk melengkapkan agenda kepimpinan Kerajaan Negeri
berasaskan Islam Hadhari Terengganu Bestari. RPNT ialah halacara
pembangunan lima tahun negeri Terengganu yang merupakan langkah awal
kepada matlamat jangka panjang untuk menjadi sebuah negeri maju pada
tahun 2020. Di samping itu ia merupakan tindakan untuk menghambat tahap
pembangunan yang telah dicapai oleh negeri-negeri lebih maju terutama di
Pantai Barat Semenanjung.

2. ISU-ISU SEMASA PEMBANGUNAN

Kepentingan dan Hubungan Wilayah

2.01. Pembangunan bandar antara daerah yang tidak seimbang dari segi
fungsi dan saiz menyebabkan kepada primasi yang tinggi. Ini seterusnya
memberi tekanan kepada penyediaan kemudahan dan juga perkhidmatan di
bandar-bandar tersebut yang secara tidak langsung menyebabkan
penyebaran bandar tersebut tidak meresapi ke pusat-pusat pertumbuhan
kecil. Masalah kemudahsampaian dan perhubungan serta kedudukan
geografi mengehadkan pengintegrasian Terengganu dengan pembangunan
negara. Justeru Lebuhraya Pantai Timur adalah amat penting.

2.02. Ketidakseimbangan pembangunan di antara daerah yang tinggi


dikaitkan dengan pengintegrasian pembangunan bandar dan desa yang
rendah, ini menyebabkan kepada kemiskinan, ketidakseimbangan
pendapatan isi rumah dan sebagainya. Fenomena ini adalah disebabkan oleh
aktiviti-aktiviti ekonomi bandar dan desa di dalam sesebuah daerah tidak
menyokong di antara satu sama lain.

Kependudukan dan Perancangan Sumber Manusia

2.03. Kadar pertumbuhan penduduk yang rendah dan pola petempatan yang
berselerak tidak dapat memberi impak ekonomi kepada pusat-pusat
petempatan di negeri Terengganu. Kadar yang rendah ini sama ada dari segi
pertambahan semula jadi atau migrasi dalam akan menimbulkan masalah
kerana tidak memenuhi kriteria ‘critical mass’ yang perlu untuk melaksanakan
atau mewujudkan peluang pekerjaan, perniagaan dan perkhidmatan.

2.04. Guna tenaga mahir yang rendah tidak dapat memenuhi perkhidmatan
dan perindustrian yang sedia ada di Terengganu. Dalam pada itu walaupun
terdapat guna tenaga yang mempunyai kemahiran tetapi tahap migrasi luar
telah bertambah dari setahun ke setahun kerana tidak mempunyai pekerjaan
yang setimpal dengan kemahiran yang dipunyai oleh guna tenaga di
Terengganu.

Asas dan Prospek Ekonomi

2.05. Sektor petroleum telah menyumbang kepada KDNK negeri yang tinggi
walau bagaimanapun hasil dari sektor ini tidak dapat diagihkan secara terus
untuk meningkatkan pendapatan penduduk dan menawarkan peluang
pekerjaan yang sewajarnya. Akibatnya asas ekonomi di negeri Terengganu
yang lebih tertumpu kepada sektor primer berasaskan ‘resource based’
mempunyai produktiviti yang rendah dan menyebabkan prestasi ekonomi
negeri yang perlahan.

2.06. Sumber ekonomi negeri belum dioptimumkan dengan sepenuhnya


bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan hasil negeri. Faktor lokasi dan
sistem perhubungan dan pengangkutan yang terhad menyebabkan
Terengganu menghadapi persaingan dengan negeri-negeri jiran dan negeri
lain dalam keupayaan menarik pelabur.

Pertanian, Perhutanan dan Perlombongan

2.07. Sektor pertanian masih belum dapat memberikan pulangan ekonomi


yang optimum kepada negeri kerana pengeluaran hasil pertanian yang
rendah akibat di usahakan secara kecil-kecilan oleh golongan yang kurang
berpengetahuan yang mana sebahagian besarnya diusahakan oleh golongan
yang sudah lanjut usianya. Sektor perlombongan tidak dieksploitasi
sepenuhnya untuk memberikan nilai tambah kepada pembangunan ekonomi
negeri.

2.08. Hasil pengeluaran pertanian, perhutanan dan perikanan yang telah


siap diproses masih belum dapat memenuhi permintaan pasaran eksport
dalam dan luar negara. Ketidakstabilan penghasilan, pemasaran dan harga
komoditi menyebabkan kekurangan daya saing di dalam menarik pelaburan
luar bagi sektor ini.

2
Pembangunan Perindustrian

2.09. Industri yang berteknologi tinggi dan berasaskan modal hanya


tertumpu kepada pembangunan industri petrokimia dan tidak di diversifikasi
kepada industri hiliran. Pembangunan industri IKS di Negeri Terengganu
adalah rendah berbanding negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia
kerana sumber asli sedia ada tidak dieksploitasi sepenuhnya dan
pengeluaran hasil tidak dipelbagaikan.

2.10. Kekurangan guna tenaga mahir dan berpengetahuan terutama di


dalam bidang petrokimia, plastik, pembuatan dan pemasangan mesin,
pemprosesan dan pengkhususan makanan menyebabkan Negeri
Terengganu akan menghadapi masalah di dalam mengatasi cabaran
globalisasi.

2.11. Ketidaksempurnaan logistik dan infrastruktur industri menyebabkan


kawasan industri sedia ada menjadi tidak kompetitif berbanding dengan
kawasan industri yang terletak di sebelah selatan Negeri Terengganu di mana
kesan limpahan lebih banyak mengalir ke Kuantan berbanding dengan
daerah Kemaman dan Dungun.

Pelancongan

2.12. Sektor pelancongan tidak dieksploitasi sepenuhnya di mana


sumbangan KDNK sektor ini pada tahun 2003 adalah kurang daripada 3.3%.
Ini adalah satu kerugian kerana sektor ini mampu untuk menyumbang kepada
peningkatan KDNK dan juga penawaran pekerjaan kepada penduduk di
negeri Terengganu.

2.13. Produk-produk pelancongan sedia ada tidak dipromosikan secara


menyeluruh di mana hanya produk pelancongan tertentu sahaja yang
dipromosikan sehingga ke peringkat antarabangsa. Pembangunan
pelancongan yang tidak terkawal di kawasan semula jadi akan menyebabkan
ketidakmampanan industri pelancongan di masa hadapan.

Perdagangan dan Perkhidmatan

2.14. Pusat-pusat perdagangan berkembang tidak selaras dengan hierarki


perbandaran yang telah ditetapkan memberi kesan kepada penawaran ruang
lantai perdagangan dan perkhidmatan melebihi permintaan. Kekurangan
pemangkin dan pemusatan aktiviti yang mampu menjana aktiviti perdagangan
dan perkhidmatan menyebabkan sebahagian besar pusat bandar dan pusat-
pusat petempatan tidak mengalami pertumbuhan yang lebih dinamik.

2.15. Pembangunan perdagangan dan perkhidmatan di daerah yang


bersempadan seperti Kemaman dan Jerteh menghadapi persaingan yang
kuat dengan bandar di negeri jiran sehingga mewujudkan masalah tarikan
luar (external pulling factor) yang kuat di mana penduduk berbelanja di luar
bagi mendapatkan barangan bertaraf tinggi (high order goods). Sektor
informal terutama aktiviti peniaga kecil dan gerai tidak disokong dengan

3
kemudahan-kemudahan yang membolehkan sektor ini berkembang dengan
lebih tersusun.

Gunatanah dan Geografi

2.16. Tanah yang tersedia untuk pembangunan tidak dioptimumkan.


Pertumbuhan industri ‘informal’ dan ‘back yard’ dalam kawasan telah
menimbulkan percanggahan atau konflik guna tanah dan menyumbang
kepada masalah pencemaran alam sekitar. Kawasan-kawasan yang telah
diluluskan untuk projek-projek perindustrian dan perumahan tidak
dibangunkan sepenuhnya.

Penempatan Bandar dan Koridor Pembangunan

2.17. Koridor pertumbuhan Kertih-Kemaman menghadapi persaingan sihat


dengan koridor Gebeng-Kuantan. Walaupun begitu langkah-langkah positif
dapat diambil supaya kedua-dua koridor dapat saling memanfaatkan masing-
masing. Lagipun kawasan-kawasan ini merangkumi Koridor Pantai Timur.
Pusat-pusat penempatan sedia ada mempunyai fungsi dan hierarki yang
kurang jelas serta taburan yang tidak seimbang di antara daerah.

2.18. Sebahagian besar pusat penempatan sedia ada bersaiz kecil dan
berselerak kesan daripada ketiadaan pengelompokan aktiviti ekonomi yang
mampu untuk menggalakkan pertumbuhan. Ini menyebabkan pusat-pusat
petempatan ini mengalami persaingan serta kelembapan pembangunan.
Ketidakcukupan bilangan penduduk dan kadar pertumbuhan bandar yang
rendah menyebabkan Bandar Kuala Terengganu tidak dapat memainkan
peranan dan fungsinya dengan lebih berkesan.

2.19. Penawaran perumahan terutama dalam kategori mampu milik kos


rendah tidak belum memenuhi permintaan penduduk. Pembangunan
perumahan berskala kecil mewujudkan kawasan kediaman yang tidak
berkualiti. Penyediaan kemudahan masyarakat tidak mematuhi piawaian
perancangan. Untuk lima tahun akan datang bermula pada tahun 2004
sekurang-kurangnya 30% daripada pembinaan rumah haruslah untuk rakyat
berpendapatan rendah termasuk keluarga miskin dan miskin tegar.

Rekreasi dan Sukan

2.20. Penyediaan kemudahan rekreasi dan sukan secara umumnya belum


mencukupi terutamanya bagi kemudahan-kemudahan bertaraf negeri dan
nasional. Prasarana sukan sedia ada tidak memadai dan tidak dapat
diperkembangkan lagi. Selain daripada itu aspek penyertaan dalam sukan
berprestasi tinggi perlu ditekankan sebagai satu kaedah untuk menaikkan
imej Terengganu.

Perhubungan dan Pengangkutan

2.21. Ketiadaan sistem perhubungan darat, air dan udara yang efisien dan
dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri serta melicinkan

4
pergerakan dan perjalanan. Kemudahan terminal-terminal pengangkutan
meliputi bas dan teksi adalah masih terhad dan belum mampu memberi
keselesaan kepada pengguna.

Infrastruktur dan Utiliti

2.22. Penyediaan infrastruktur telekomunikasi dan teknologi yang berkaitan


masih belum mampu menyokong pertumbuhan ekonomi negeri dengan lebih
berkesan. Sebahagian besar kawasan petempatan dan pertanian berada di
dalam kawasan banjir.

2.23. Keupayaan PBT dalam pengurusan sisa pepejal yang masih terhad
serta pelupusan sisa toksik yang tidak ekonomik. Kualiti dan tekanan air yang
rendah adalah kesan daripada infrastruktur pengagihan bekalan air yang
lama. Kekayaan sumber bekalan air masih belum dieksploitasi sepenuhnya
bagi memajukan ekonomi dan meningkatkan hasil negeri.

Alam Sekitar dan Pengurusan Mampan

2.24. Tekanan pembangunan ke atas pulau-pulau peranginan dan


pencerobohan hutan serta kawasan tadahan air menyebabkan kemerosotan
kualiti alam sekitar dan menjejaskan sektor pelancongan di masa hadapan.
Masalah hakisan pantai dan muara sungai yang begitu ketara pada musim
tengkujuh akan membawa kepada kerugian harta benda dan keselamatan
penduduk.

Pengurusan Awam dan Sistem Penyampaian Awam

2.25. Ketiadaan penyelarasan dan kerjasama di antara dan sesama


jabatan/agensi negeri dan di antara dan semasa jabatan/agensi Negeri dan
Persekutuan. Sebahagian besar daripada agensi pelaksana ada hubung kait
di antara mereka dan di masa yang sama mempunyai autonomi di dalam
melaksana tugas dan tanggungjawab jabatan/agensi. Keberkesanan
jawatankuasa-jawatankuasa perancangan dan pemantauan pembangunan di
peringkat negeri dan daerah tidak ke tahap yang memuaskan.

2.26. Penglibatan swasta yang masih lagi rendah di dalam program-


program pembangunan termasuk pelaburan. Keupayaan pegawai dan
kakitangan dan kemudahan yang ada di jabatan dan agensi untuk
menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan pengurusan
dan pembangunan mampan.

3. TERAS

3.1. Wawasan negeri Terengganu Darul Iman adalah untuk


menyempurnakan kesejahteraan rakyat terutama dari segi
penghayatan nilai-nilai syumul Islam dan peningkatan taraf dan mutu
hidup serta menjadikannya sebagai sebuah negeri yang maju
menjelang 2020.

5
3.2. Selaras dengan wawasan untuk menjadikan Terengganu sebagai
negeri maju menjelang 2020, pelaksanaan strategi dan program
pembangunan negeri Terengganu adalah juga berasaskan kepada
matlamat di peringkat negara iaitu berdasarkan Dasar Wawasan
Negara yang berteraskan kepada pembasmian kemiskinan dan
penyusunan semula masyarakat ke arah mencapai perpaduan negara.

3.3. Secara khususnya, matlamat pembangunan negeri adalah seperti


berikut:-

 memastikan pertumbuhan ekonomi yang berterusan untuk


meningkatkan kualiti hidup rakyat;
 menjanakan pendapatan rakyat terutama yang berpendapatan
rendah dan terendah;
 mengurangkan ketidakseimbangan tahap sosioekonomi di antara
kawasan;
 mewujudkan guna tenaga berpengetahuan dan berkemahiran di
samping membentuk masyarakat yang lebih inovatif;
 meninggikan daya pengeluaran dan kecekapan ke arah
peningkatan daya saing dan daya tahan semua sektor; dan
 memperluas dan mempelbagaikan asas ekonomi negeri khusus
kepada sektor perkilangan, pertanian dan perkhidmatan.

3.04. Teras pembangunan dalam RPNT akan berasaskan kepada agenda


kepimpinan negeri. Justeru teras yang telah dikenal pasti ialah:

 Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia;


 Penjanaan Pendapatan Rakyat;
 Pembangunan Pelancongan;
 Pembangunan Pertanian dan Industri Asas Tani;
 Pembangunan Perindustrian;
 Pembangunan Industri Kecil Sederhana dan Keusahawanan;
 Pembangunan Infrastruktur dan Komunikasi;
 Penyediaan Perumahan;
 Pembangunan Bandar dan Pusat Pertumbuhan;
 Pengurusan Mampan Alam Sekitar dan Sumber Asli;
 Pembangunan Masyarakat; dan
 Pengurusan Awam.

4. PROGRAM/PROJEK PERDANA

4.01. Program/projek perdana atau utama ini dipilih mengikut kriteria:


pernyataan dalam manifesto, keperluan mendadak dan kepentingan awam.
Dengan mengambil kira kriteria ini, Kerajaan Negeri telah mengenal pasti
beberapa program/projek keutamaan.

Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia

4.02. Penubuhan universiti penuh adalah satu program utama yang akan
dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan dengan sokongan Kerajaan Negeri.

6
Kaedahnya akan diputuskan oleh Kerajaan Persekutuan. Selain daripada itu
penaiktarafan KUSZA dan TATI juga akan dijadikan program utama dalam
RPNT ini. Dalam pada itu MARA telah meluluskan pewujudan dua buah
MRSM baru di Terengganu.

4.03. Bagi mempertingkatkan prestasi kecemerlangan pendidikan sekolah-


sekolah elit dan premier akan diwujudkan. Langkah ini akan diambil dengan
kerjasama Kementerian Pelajaran. Kerajaan Negeri akan menyediakan
peruntukan khusus untuk tujuan ini dengan harapan sekolah-sekolah ini akan
mengeluarkan murid-murid tercemerlang kelak.

4.04. Kerajaan Negeri akan meningkatkan mutu pengajaran dan


pembelajaran di tadika dan sekolah-sekolah melalui program/projek
tambahan dengan peruntukan khas negeri. Langkah ini seiring dengan
pengamalan konsep pendidikan sepanjang hayat Kerajaan Negeri akan
menyokong usaha-usaha di peringkat pra-persekolahan lagi untuk
bermulanya pendidikan. Program Tadika Cemerlang akan dijadikan asas
kepada TABIKA dan akan dikendalikan oleh KEMAS.

4.05. Kerajaan Negeri akan juga mempertingkatkan program-program


bantuan tuisyen sekolah bagi meningkatkan prestasi murid-murid di setiap
daerah.

4.06. Program-program latihan untuk kumpulan sasar lepasan sekolah


akan dipertingkatkan dan akan dilaksanakan oleh TESDEC. Dan program-
program ini ialah dalam bidang-bidang yang akan dikemaskini dari masa ke
masa mengikut permintaan industri-industri di Terengganu.

4.07. Satu lagi aspek utama yang ditekankan oleh Kerajaan Negeri ialah
program-program perubahan minda dan sikap rakyat berterusan untuk
menerapkan nilai-nilai syumul Islam. Justeru, peruntukan khusus akan
disediakan bagi tujuan ini dengan mengadakan program-program sepanjang
RPNT. Ia akan berasaskan modul agenda Islam Hadhari Terengganu
Bestari.

Penjanaan Pendapatan Rakyat

4.08. Program penjanaan pendapatan rakyat akan juga dilaksanakan bagi


tujuan membasmi kemiskinan khususnya di kalangan petani dan nelayan.
Justeru dalam sektor pertanian ini adalah satu agenda khas yang akan
dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri.

4.09. Bagi memastikan pelaksanaan program/projek menjana pendapatan


rakyat berpendapatan rendah dan keluarga miskin tegar, Kerajaan Negeri
akan mewujudkan satu pangkalan maklumat mengenai semua isi rumah
dalam kedua-dua kategori ini. Dengan maklumat ini, setiap penerima bantuan
akan mendapat bantuan sepatutnya bagi membantu mengeluarkan keluarga
dari kancah ini.

7
Pelancongan

4.10. Sektor pelancongan mempunyai potensi yang besar di Terengganu


dengan anugerah Allah s.w.t. Justeru, Kerajaan Negeri akan memperkasakan
sektor ini berteraskan alam semula jadi, tradisi dan warisan. Matlamatnya
ialah untuk meningkatkan sumbangan sektor ini kepada KDNK negeri
sebanyak 10% pada akhir RPNT kelak.

4.11. Bagi menyokong industri pelancongan satu pusat peranginan yang


berasaskan konsep MICE akan dimajukan di Terengganu melalui konsep
perkongsian bijak dengan sektor swasta. Dengan wujudnya konsep ini aktiviti-
aktiviti pelancongan dijangka akan meningkat.

Kesejahteraan Rakyat

4.12. Kerajaan Negeri akan mewujudkan Muassasah Gadaian Islam di


setiap daerah bagi kemudahan rakyat. Selain daripada itu langkah akan juga
diambil untuk mengembalikan elaun guru Al-Quran/Fardu Ain dan Hafiz
Quran sebagai bukti iltizam Kerajaan Negeri dalam bidang pendidikan fardu
ain.

4.13. Dana Khas (Wang Ehsan) diteruskan kerana ia adalah mekanisme


langsung yang dapat menyalurkan peruntukan Kerajaan Negeri kepada
rakyat terutama yang berpendapatan rendah dan miskin tegar. Walaupun
jumlah peruntukannya besar tetapi ia merupakan satu tanggungjawab yang
telah diamanahkan oleh rakyat kepada Kerajaan Negeri.

4.14. Bagi menghebahkan maklumat serta berita yang tepat dan mutakhir
Kerajaan Negeri akan menubuhkan dua institusi khusus untuk tujuan ini.
Selain daripada itu hasratnya ialah untuk memupuk kesedaran dan
perpaduan di kalangan ummah. Institusi-institusi ini ialah Unit Perhubungan
dan Komunikasi Negeri Terengganu dan Unit Terengganu Bestari.

Penyediaan Perumahan

4.15. Penyediaan perumahan kepada rakyat adalah satu tugas yang akan
dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri terutama kepada yang berpendapatan
rendah dan miskin tegar. Justeru langkah pertama yang akan diambil ialah
untuk menghidupkan semula projek-projek perumahan yang terbengkalai
sebelum ini dengan sokongan Kerajaan Persekutuan. Dengan tindakan ini
projek-projek perumahan rakyat miskin akan dipertingkatkan di samping
peruntukan khusus yang akan disediakan oleh Kerajaan Negeri bagi
membina rumah untuk keluarga-keluarga miskin tegar..

Infrastruktur dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

4.16. Kerajaan Persekutuan dan Negeri akan berusaha untuk menjayakan


projek utama pembinaan Lebuhraya Pantai Timur dalam jangka masa

8
terdekat. Selain daripada itu satu lagi projek penting yang akan dilaksanakan
ialah menaikkan taraf Lapangan Terbang Sultan Mahmud.

4.17. Khusus untuk pengembangan teknologi maklumat dan komunikasi


sektor swasta akan diberi peluang untuk bersama dengan Kerajaan Negeri
membangunkan Koridor Multimedia Pantai Timur.

4.18. Dari segi tanggungjawab Kerajaan Negeri projek pembinaan


Kompleks Sukan Negeri akan diteruskan memandangkan masih belum ada
prasarana sukan yang boleh dibanggakan. Di samping itu langkah-langkah
tertentu akan diambil untuk menyediakan tanah tapak rumah kediaman yang
teratur kepada rakyat.

Pembangunan IKS dan Keusahawanan

4.19. Dengan pewujudan IKS di seluruh negeri, Kerajaan Negeri dengan


kerjasama sektor swasta akan berusaha untuk memperbanyakkan peluang
pekerjaan dan mengatasi pengangguran di Terengganu terutama kepada
lepasan IPTA dan IPTS termasuk yang mempunyai sijil kemahiran. Jika perlu,
latihan dan kursus berbentuk ‘latihan semula’ akan dilaksanakan bagi melatih
semula guna tenaga yang menganggur ini.

4.20. Kerajaan Negeri akan juga mengadakan perbincangan dengan


PETRONAS dan sektor swasta bagi membangunkan IKS berteraskan
industri petrokimia kerana pada masa kini ia masih belum sampai ke tahap
yang memberangsangkan. Pendekatan tertentu haruslah dicari bagi
menjayakan usaha ke arah peningkatan usahawan-usahawan tempatan
dalam industri ini.

4.21. Tabung TEKUN Terengganu akan diteruskan dengan penglibatan


yang lebih menyeluruh daripada Kerajaan Negeri dan dengan bantuan
Kerajaan Persekutuan. Dana untuk TEKUN Terengganu akan ditambah
sebagai usaha bersepadu untuk meningkatkan jumlah usahawan dalam
RPNT.

4.22. Satu industri yang akan pupus jika tidak diberi perhatian oleh Kerajaan
Negeri ialah industri kraf tangan berasaskan warisan dan tradisi seperti
membuat songket, batik, bot, tembaga ukiran kayu. Oleh yang demikian
Kerajaan Negeri akan menubuhkan satu pusat latihan khusus bagi memberi
nilai yang lebih tinggi kepada kemahiran tradisi rakyat termasuk penduduk
luar bandar seperti batik, songket, tembaga dan ukiran uayu.

Pertanian dan Industri Asas Tani

4.23. Untuk para nelayan, Kerajaan Negeri akan menyediakan peruntukan


khas bagi membina tukun-tukun dengan kerjasama LKIM dan Jabatan
Perikanan sebagai usaha-usaha menambah pendapatan.

4.24. Bagi petani pula, infrastruktur dan sokongan akan diberi oleh Kerajaan
Negeri bagi memastikan pengeluaran padi dapat meningkat daripada 2.5

9
tan metrik pada masa kini kepada 10 tan metrik dalam RPNT. Tindakan ini
akan diambil bersama dengan KETARA dengan peruntukan khusus daripada
Kerajaan Negeri.

4.25. Selaras dengan hasrat Kerajaan Persekutuan untuk memberi


penekanan kepada industri asas tani, Kerajaan Negeri akan memperhebatkan
usaha untuk mempertingkatkan pembangunan IKS berteraskan
pertanian. Dalam hubungan ini aspek pemasaran produk akan diberi
penekanan sewajarnya.

4.27. Industri maritim akan juga diberi penekanan khusus dalam sektor
pertanian. Aspek yang akan ditumpukan ialah bidang latihan untuk guna
tenaga dalam sektor ini dan juga industri-industri yang khusus dalam bidang
maritim.

Pembangunan Bandar dan Pusat Pertumbuhan

4.28. Selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk menjadikan Kuala


Terengganu sebagai model bandar sempurna, projek pengubahsuaian Pasar
Kedai Payang akan dilaksanakan segera.

4.29. Pewujudan bandar baru bersepadu di Koridor Pembangunan


Petrokimia Paka-Chukai akan dilaksanakan dengan kerjasama PETRONAS.
Tindakan ini perlu bagi mengembangkan pusat pertumbuhan ini menjadi
penempatan yang sesuai dengan perkembangan industri petroleum di
kawasan ini.

Penyelidikan dan Pembangunan

4.30. Untuk memastikan setiap program/projek mempunyai maklumat tepat


dan mutakhir dan juga untuk menerokai bidang-bidang baru Kerajaan
Negeri akan memperuntukkan peruntukan khas untuk tujuan
penyelidikan dan pembangunan. Dengan tindakan ini diharapkan
setiap kajian akan dapat memberi manfaat kepada Kerajaan Negeri
dan rakyat sama ada secara langsung atau tidak langsung.

4.31.Antara langkah awal yang akan diambil ialah penubuhan sebuah


institusi yang dinamakan Institut Pembangunan Terengganu atau
Terengganu Development Institute (TDI).
Pengurusan Awam

4.32. Kerajaan Negeri akan juga meningkatkan infrastruktur dan peranan


institusi-institusi latihan yang dikhaskan kepada sektor awam di peringkat
negeri sesuai dengan keperluan dan keadaan semasa. Tindakan ini diambil
bagi memastikan program-program meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran serta motivasi perkhidmatan awam sentiasa diadakan. Selain
daripada itu, keperluan kepada pekerja berpengetahuan (knowledge worker)
masa kini adalah pra-syarat untuk menjadi lebih relevan dalam k-ekonomi.

10
4.33. Khusus untuk pegawai dan kakitangan awam Kerajaan Negeri akan
memperluaskan pinjaman kenderaan secara Islam.

II. PRESTASI SEHINGGA SUKU TAHUN PERTAMA 2006

Prestasi Program/Projek Perdana (Flagships) adalah seperti berikut:

1. Penubuhan Universiti Penuh

Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) telah mula beroperasi pada 14 Januari
2006 dan pengambilan pertama pelajar ialah pada sesi Julai 2006 seramai
1,950 orang.

2. Penaiktarafan KUSZA dan TATI

KUSZA telah diserapkan sebagai salah sebuah kolej dalam UDM. Manakala
TATI sedang dalam proses untuk di naiktaraf sebagai Kolej Universiti dengan
jangkaan kelulusan pada tahun 2007.

3. Pewujudan Dua Buah MRSM Baru

Dua buah MRSM ini akan dibina di daerah Dungun dan daerah Kemaman.
Kedua-dua projek disenaraikan dalam RMKe9.

4. Penubuhan Sekolah-sekolah Elit dan Perdana

Kerajaan Negeri telah menaiktaraf sekolah harian Kementerian Pelajaran


kepada dua buah Sekolah Elit dan 14 buah Sekolah Premier. Di samping itu,
empat buah Sekolah Menengah Agama Negeri telah dijadikan Sekolah Elit
Agama/Imtiaz dengan tujuan utamanya untuk melahirkan generasi Ulul Albab.
Peruntukan daripada Kerajaan Negeri untuk program ini adalah sebanyak
RM11 juta setahun.

5. Peningkatan Mutu Pengajaran dan Pembelajaran di


Tadika/Tabika/Taska Dengan Program Khusus Pra-persekolahan

Program Tadika Cemerlang Negeri Terengganu adalah program yang telah


dinilaitambahkan kelas-kelasnya di KEMAS dan Yayasan Islam Terengganu
oleh Kerajaan Negeri dengan memperkenalkan pengajaran subjek Bahasa
Inggeris dan Matematik di peringkat pra-persekolahan lagi. Ia melibatkan
peruntukan dari Kerajaan Negeri sebanyak RM12 juta setahun.

6. Bantuan Tuisyen Sekolah

Program ini melibatkan semua murid yang layak dengan peruntukan khas
sebanyak RM33 juta setahun.

11
7. Latihan Untuk Kumpulan Sasaran Lepasan Sekolah

TESDEC telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan tugasan ini di


samping institusi lain di bawah Kerajaan Persekutuan seperti Institut Latihan
Perindustrian, Institut Kemahiran Belia Negara. Pusat Giat MARA dan lain-
lain. Setiap tahun penempatan yang perlu dibuat melibatkan 5,000 peserta.

8. Program-program Perubahan Minda dan Sikap Rakyat

Program ini dibahagikan kepada dua kelompok iaitu sektor awam dan rakyat.
Tanggungjawab sektor awam diberi kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan
untuk mengendalikan pelbagai bentuk kursus, ceramah dan lain-lain lagi.
Tujuan asasnya ialah untuk memajukan modal insan dengan merubah sikap
dan minda pegawai awam berjumlah 11,000 orang.

Untuk kumpulan sasar rakyat pula, tugasan ini diberi kepada U-BEST dan
sehingga kini kumpulan sasar pertama yang menjalani program perubahan
minda dan sikap terdiri daripada golongan pemimpin informal - ketua
kampung, ahli JKKK, imam, bilal dan lain-lain.

9. Membasmi Kemiskinan Khususnya di Kalangan Petani dan


Nelayan

Dalam Sistem Pangkalan Dara Profil Keluarga Miskin Terengganu, sehingga


akhir 2005, terdapat 666 keluarga nelayan yang dikategorikan sebagai miskin
(PGK < RM529.00);6 keluarga penternak dan 2,127 keluarga petani. Justeru,
Kerajaan Negeri yakin cabaran untuk mengeluarkan jumlah 2,799 keluarga ini
dari kancah kemiskinan akan dapat dilakukan dengan kejayaan. Kerajaan
Negeri telah mengenal pasti jenis program/projek khusus untuk semua
keluarga ini bagi menambah pendapatan mereka.

Kerajaan Negeri telah menjadikan Tahun 2006 sebagai Tahun Pertanian bagi
negeri Terengganu dan telah menyasarkan supaya seramai 10,000 orang
petani, penternakan dan nelayan dapat ditambah pendapatan sebanyak
RM500/orang/sebulan (peningkatan).

10. Menjana Pendapatan Rakyat Berpendapatan Rendah dan


Keluarga Miskin Tegar

Sebagai langkah bersepadu Kerajaan Negeri telah menyediakan satu Sistem


Pangkalan Data Profil Keluarga Miskin untuk merancang dan melaksana
setiap program/projek mengikut keperluan setiap keluarga miskin secara
terperinci. Sehingga 31 Mac 2005, semua data asas profil keluarga miskin
telah di masuk ke pangkalan data ini. Sistem ini akan meningkatkan
keberkesanan program/projek mengurangkan kadar kemiskinan dengan
menumpukan secara langsung kepada keperluan sesebuah keluarga itu. Di
samping itu ia akan juga mengelakkan duplikasi dan pemantauan secara
berkala kemajuan serta status kumpulan sasar ini dapat dilaksanakan.

12
Pada asasnya, Kerajaan Negeri melaksanakan program peningkatan
pendapatan dengan fokus kepada aktiviti berikut:

• meningkatkan aktiviti galakan pelaburan langsung dengan tujuan


menambah pembinaan kilang yang lebih banyak dan sekali gus
mewujudkan peluang pekerjaan dan keusahawanan;

• menjalankan aktiviti ekonomi skala besar yang kurang risiko (misalnya


perladangan) oleh entiti-entiti syarikat berkaitan Kerajaan Negeri untuk
menjana pendapatan lestari dan sebagai `cash cow' bagi pembiayaan
aktiviti pengurangan kemiskinan jangka panjang;

• aktiviti pertanian campuran di kalangan miskin produktif untuk


mengoptimumkan pendapatan;

• mempergiat aktiviti latihan dan bimbingan; dan

• penekanan terhadap konsep kredit mikro bagi mengatasi masalah


modal golongan miskin.

Sehingga 31 Mac 2006, terdapat 10,884 keluarga miskin dan miskin tegar di
Terengganu.

11. Peningkatan Sumbangan Sektor Pelancongan Kepada KDNK


Negeri Sebanyak 10% pada Akhir RPNT

Kedatangan pelancong terutama pelancong asing telah meningkat mulai


tahun 2004. Cabaran sektor ini ialah untuk memastikan pelancong menginap
dalam jangka masa yang lebih lama. Dengan ini perbelanjaan mereka akan
meningkat dan sekali gus menyumbang kepada ekonomi negeri. Dan
sehingga kini, telah ada peningkatan peratusan sumbangan ini dari 3.5%
pada tahun 2004 kepada 5.1% pada tahun 2005.

12. Penubuhan Satu Pusat Peranginan Berasaskan Konsep MICE

Projek ini sedang menunggu permohonan daripada sektor swasta kerana


Kerajaan Negeri akan melaksanakannya melalui konsep penswastaan.
Walaupun begitu dua buah hotel yang juga dimodelkan dengan konsep MICE
ini tetapi berskala sederhana akan dibuka di daerah Kuala Terengganu pada
tahun ini.

13. Pewujudan Muassasah Gadaian Islam Setiap Kawasan Parlimen

Pada masa ini telah wujud di setiap Kawasan Parlimen kecuali Setiu dan
Marang. Untuk Parlimen Kuala Nerus, ia akan dibuka pada tahun semasa.

14. Elaun guru Al-Quran/Fardhu Ain dan Hafiz Quran

Program telah dikembalikan semula kepada yang berhak sebagai mengenang


jasa dan juga menobatkan Al-Quran sebagai sumber ilmu pengetahuan.

13
15. Dana Khas (Wang Ehsan) Diteruskan

Program ini diteruskan dengan penglibatan peruntukan sebanyak RM50 juta


setahun dengan kumpulan sasarnya kepada keluarga berpendapatan rendah.

16. Penubuhan Unit Perhubungan dan Komunikasi Terengganu

Unit ini telah pun beroperasi dan dikenali sebagai U-KOM. Antara program
yang telah dan sedang dilaksanakan adalah:

 Penerbitan Warta Hadhari secara cetak dan juga on-line.


 Penyediaan Video - Terengganu Le’Nin, 1 Tahun Menabur Bakti, dll.
 Penerbitan Buku/Risalah - Antara Dua, Sisipan Bajet, Isu Tanah dll.

17. Penubuhan Unit Terengganu Bestari

Unit ini telah pun beroperasi dan dikenali sebagai U-BEST. Antara tugasan
utama ialah untuk mengadakan program khas merubah minda dan sikap
kepada kumpulan sasar yang terdiri daripada pemimpin masyarakat dan
pemimpin pendapat di peringkat akar umbi serta badan-badan bukan
kerajaan.

18. Penyediaan Perumahan

Dalam RMKe8, keperluan perumahan bagi semua jenis rumah untuk


Terengganu adalah sebanyak 28,000 unit. Daripada bilangan ini 30% adalah
untuk keluarga berpendapatan rendah. Pada tahun 2005, Kerajaan Negeri
telah membina 1,000 buah unit rumah mampu milik khusus untuk golongan
berpendapatan rendah. Jumlah ini akan juga dibina pada tahun 2006.

Untuk keluarga miskin tegar pula pada tahun 2004 dan 2005, Kerajaan Negeri
telah melaksanakan projek-projek berikut:

TAHUN Bilangan KOS Bilangan KOS


BINA BARU BAIK PULIH
2004 411 RM4.9 juta 4,731 RM24.5 juta
2005 1,503 RM19.8 juta 2,259 RM11.7 juta

19. Pembinaan Lebuhraya Pantai Timur Fasa Kedua (LPTF2)

Setakat ini prestasinya adalah seperti berikut:

PKJ UKUR REKA BENTUK STATUS

1A SIAP SIAP Penilaian Tender

1B SIAP SIAP Penilaian Tender

1C SIAP SIAP Rekabentuk siap

14
2 SIAP SIAP Penilaian Tender

3 90% 15% Reka bentuk

4 95% 15% Reka bentuk

5A 100% 25% Reka bentuk

5B 100% 25% Reka bentuk

6 100% 25% Reka bentuk

7 100% 25% Reka bentuk

8 80% 15% Reka bentuk

9A 70% 15% Reka bentuk

9B 80% 15% Reka bentuk

9C 100% 20% Reka bentuk

11 SIAP SIAP Pembinaan mula 15.3.06

12 SIAP SIAP Pembinaan akan mula dalam


jangka masa terdekat.

Nota: Pakej 10 dilaksanakan oleh MTD.

20. Penaiktarafan Lapangan Terbang Sultan Mahmud

Kemajuan semasa projek ini adalah sebanyak 30% dan ini melibatkan
peruntukan sebanyak RM141 juta.

21. Pembangunan Koridor Multimedia Pantai Timur

Kerajaan Negeri telah mengenal pasti beberapa lokasi untuk dijadikan


pusat/inkubator dalam beberapa bidang ala MSC. Walaupun begitu pada
masa kini program pembangunan ICT yang dijalankan untuk menyokong
pembentukan Koridor Multimedia Pantai Timur ini adalah seperti berikut:

 Pusat ICT DUN atau Bestari.Comm,


 M2M- Multimedia Farming,
 e-Kerajaan,
 e-Aduan,
 e-Siswazah.

22. Pembinaan Kompleks Sukan Negeri

Kerja-kerja pembinaan yang sedang dilaksanakan pada masa ini merangkumi


Stadium Utama dan Kerja Tanah Stadium Tertutup yang melibatkan

15
peruntukan sebanyak hampir RM200 juta. Prestasi pencapaian fizikal semasa
ialah sebanyak 20%.

23. Memperbanyakkan Peluang Pekerjaan dan Mengatasi


Pengangguran

Pada setiap tahun, purata 22,000 pelajar akan menamatkan persekolahan.


Daripada jumlah ini, 20% akan melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih
tinggi, manakala jumlah yang lebih kurang sama pula akan memasuki pusat
latihan teknik dan vokasional. Ini bermakna terdapat lebih kurang 60%
daripada lepasan sekolah ini akan memasuki pasaran buruh setiap tahun.
Untuk mengekalkan tahap gunatenaga penuh, bilangan pekerjaan baru yang
perlu diwujudkan setiap tahun adalah sebanyak 12,000. Sehingga kini, ia
masih lagi mapan kerana kadar pengangguran masih di bawah 4%. Dalam
pada itu melalui pendaftaran e-siswazah Kerajaan Negeri pula, terdapat kira-
kira 2,800 orang pencari kerja graduan. Pentadbiran Negeri telah dan akan
terus berusaha untuk “match-making” siswazah ini dengan sektor swasta dan
juga menyediakan peluang keusahawanan terutama dalam sektor pertanian
dan industri asas tani.

Kerajaan Negeri telah mewujudkan program T-GAS (Terengganu Graduate


Attachment Scheme) untuk memberi peluang kepada siswazah menimba
pengalaman bekerja di sektor swasta dan juga awam. Setakat ini ia telah
berjaya menempatkan 1,000 orang peserta.

24. Membangunkan IKS Berteraskan Industri Petrokimia

Sektor IKS berteraskan industri petrokimia akan terus ditekankan dengan


kerjasama Petronas. Walaupun begitu para usahawan perlu juga mengambil
inisiatif sendiri.

25. Penerusan Tabung TEKUN Terengganu

Peranan Tabung ini telah diambil alih oleh Yayasan Pembangunan Usahawan
Terengganu kerana ia selaras dengan tanggungjawab badan ini di peringkat
negeri.

26. Penumpuan Kepada Industri Kraftangan Berasaskan Warisan dan


Tradisi - Songket, Batik, Bot, Tembaga dan Ukiran Kayu

Kerajaan Negeri akan terus memainkan peranan menggalakkan usahawan-


usahawan dalam industri warisan ini. Satu projek yang sedang dilaksanakan
dan dijangka siap pada suku tahun ketiga tahun ini ialah pembinaan Pusat
Kraf Ukiran Kayu Terengganu di Besut. Peruntukan yang diluluskan untuk
projek ini ialah sebanyak RM12 juta. Selain daripada pembinaan Akademi
tenunan Terengganu yang bertempat di Kuala Terengganu sedang juga
dilaksanakan dengan kos sebanyak RM1 juta dan dijangka siap pada akhir
tahun ini.

16
27. Pembinaan Tukun-tukun

Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan khusus sebanyak RM1 juta


setahun bagi pembinaan tukun sebagai salah satu kaedah membantu
nelayan menambah pendapatan. Agensi yang diberi tanggungjawab untuk
melaksanakan projek ini ialah LKIM. Ia akan terus berjalan dari setahun ke
setahun. Sebanyak 174 lokasi tukun telah dibina dan ia telah memberi kesan
positif kepada peningkatan pendapatan 2,000 nelayan.

28. Memastikan Pengeluaran Padi Meningkat

Kawasan Jelapang Padi Negeri adalah di bawah KETARA dan merangkumi


daerah Besut dan daerah Setiu. Dan salah satu tujuan asasnya ialah untuk
meningkatkan kadar pengeluaran padi per hektar dari setahun ke setahun.
Bagi tahun pra-2004, pengeluaran padi adalah sebanyak 3.5 metrik tan per
ha. Pada tahun 2005, KETARA telah berjaya mengeluarkannya kepada 5 mt
per ha. Matlamatnya adalah kepada 10 mt per ha.

29. Mempertingkatkan Pembangunan IKS Berteraskan Pertanian

Pada masa ini sektor IKS berteraskan hasil-hasil pertanian terus dimajukan
kerana ia telah memberi kejayaan kepada para pengusaha tempatan
terutama produk seperti keropok, kerepek, sos dan lain-lain. Selain daripada
itu nasi dagang Terengganu juga telah dikenali di serata tempat. Walaupun
begitu dalam RPNT ini Kerajaan Negeri menekankan kepada rebranding
produk negeri ini dengan mewujudkan jenama T-Dagang, T-Lekor dan lain-
lain.

30. Penumpuan Kepada Industri Maritim

Setakat ini dua buah syarikat telah beroperasi di daerah Kuala Terengganu
dengan berpengkalan di tebing Sungai Terengganu. Selain daripada itu
sebuah syarikat lagi aktif beroperasi di daerah Kemaman. Kerajaan Negeri
akan terus berusaha untuk menarik penyertaan syarikat-syarikat tempatan
dalam industri ini. Di samping itu industri pembuatan bot juga beroperasi di
Pulau Duyong, Kuala Terengganu.

31. Pengubahsuaian Pasar Kedai Payang

Projek sedang berjalan lancar dengan matlamat akhirnya melibatkan


pembangunan di kawasan pasar dan juga tebingan untuk menjadi sebuah
Grand Bazaar serta model Bandar Warisan Pesisiran.

32. Pewujudan bandar baru bersepadu di Koridor Pembangunan


Petrokimia Paka-Chukai

Program ini masih lagi dalam proses perbincangan dan telah memasuki
peringkat akhir dengan Petronas.

17
33. Penyelidikan dan Pembangunan (P & P)

P & P ini akan dipertingkatkan khusus dalam bidang-bidang yang memberi


manfaat kepada rakyat dan negeri. Peruntukan khusus Kerajaan Negeri untuk
tujuan ini adalah sebanyak RM10 juta setahun. Setakat ini kajian yang
dilaksanakan adalah dalam bidang pengurusan organisasi, pengurusan alam
sekitar, tinjauan pendapat dan lain-lain lagi.

34. Penubuhan Terengganu Riverine and Coastal Authority


(TREVICOSTA)

TREVICOSTA ini ditubuhkan dengan salah satu matlamat utamanya ialah


bagi memastikan pembangunan mampan di seluruh negeri. Penubuhannya
masih dalam peringkat kajian. Walaupun begitu Kerajaan Negeri telah
melaksanakan tugas pengurusan mampan ini melalui Jawatankuasa
TREVICOSTA yang dipengerusikan oleh YAB. Menteri Besar.

35. Pengurusan Lestari Tanah Lembap

Satu kawasan telah dikenal pasti sebagai kawasan tanah lembap iaitu di
Setiu. Justeru ia dikenali sebagai Setiu Wetland. Kerajaan Negeri akan
menguruskan kawasan tanah lembap secara mampan dengan sokongan
serta nasihat KUSTEM dan WWF Malaysia. Projek ini sedang berjalan di
peringkat awalan iaitu memberi kesedaran pentingnya alam sekitar kepada
penduduk setempat. Tujuan akhirnya agar pembangunan di kawasan itu akan
memberi manfaat kepada rakyat setempat tanpa mengorbankan alam sekitar.

36. Penubuhan Institut Pembangunan Terengganu atau Terengganu


Development Institute (TDI)

TDI telah ditubuhkan pada akhir 2004 dan telah memberi khidmat selaku
think tank Kerajaan Negeri.

37. Penubuhan Institusi Latihan Khas Kepada Sektor Awam

Institusi ini akan dikenali sebagai Terengganu International Training Center


(ITCoT). Sehingga kini, pembinaannya berada pada tahap 10% dan
peruntukan yang diperuntukkan ialah sebanyak RM25 juta. Lokasinya ialah di
Telok Puchong, Kemaman. ITCoT ini dijangka beroperasi pada akhir tahun
ini.

38. Memperluaskan Pinjaman Kenderaan Secara Islam

Program ini telah berjalan khas untuk pegawai awam negeri sahaja dan
merangkumi juga pinjaman komputer tanpa faedah. Peruntukan kewangan
“revolving funds” untuk program ini adalah sebanyak RM17 juta.

18
III. LANGKAH SETERUSNYA....

Kebanyakan Program/Projek Perdana telah dilaksanakan dalam dua tahun


RPNT ini. Tambahan pula banyak lagi program/projek sokongan dijalankan
dengan matlamat asasnya untuk meningkatkan kesejahteraan serta kualiti
kehidupan rakyat. Selain daripada pembangunan modal insan dan
pembinaan upaya (capacity building) untuk sektor awam selaku jentera
pelaksanaan akan terus diperhebat. Bagi langkah seterusnya, satu penilaian
terperinci secara total akan dibuat pada suku tahun ketiga 2006 sebagai
tindakan menyediakan Kajian Separuh Penggal RPNT ini. Setelah dibuat
penjajaran dan dibuat penyesuaian dengan keperluan semasa dan setempat,
strategi-strategi baru dalam Kajian Separuh Penggal RPNT ini pula akan
diformulasikan untuk pelaksanaan dalam jangka masa akhir dua tahun RPNT
ini.

19

Anda mungkin juga menyukai