Anda di halaman 1dari 1

Lihat gambar di bawah dengan teliti.

Huraikan pendapat anda tentang


amalan semangat kejiranan di negara ini. Panjang huraian anda
hendaklah tidak lebih daripada 120 patah perkataan.

Amalan semangat kejiranan merupakan amalan yang terpuji. Amalan ini


lebih jelas kelihatan dalam masyarakat luar bandar berbanding dengan
masyarakat bandar.

Amalan semangat kejiranan termasuklah amalan bertegur sapa, bantu-


membantu, ziarah-menziarahi, dan saling menunjukkan keprihatinan antara jiran.
Amalan ini dapat memupuk semangat muhibah dan perpaduan antara jiran .

Selain itu, kegiatan jenayah juga dapat dikurangkan dengan adanya


kerjasama antara jiran. Apabila terdapat sesuatu keluarga meninggalkan
rumahnya, bolehlah jiran sebelahnya tolong mengawasi rumahnya semasa
ketiadaan mereka.

Seterusnya, jika berlakunya kecemasan dalam sesuatu keluarga, seperti


jatuh sakit, kecurian atau kebakaran, jiran tetangga boleh memberikan bantuan
dengan segera. Begitu juga jika diadakan kenduri-kendara, jiran tetangga dapat
membantu.

Pendek kata, usaha perlu diambil untuk memupuk semangat kejiranan


supaya amalan murni ini tidak lenyap sebagai akibat arus pembangunan.
(121 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai