Anda di halaman 1dari 17

15 RESIPI IBU SEMASA EDARAN

PERCUMA

BERPANTANG
Sumber Asal – BLOG IBU HAMIL

15 RESIPI IBU BERPANTANG


Terima kasih kerana memuatturun e-book ini.

Ianya boleh diedarkan secara percuma dan dijadikan ‘Free-Gift’ Contest.


Sebarang suntingan adalah tidak dibenarkan.

Secara umumnya, wanita di dalam pantang tidak dibenarkan makan


makanan laut (udang, ketam, sotong) kerana boleh menyebabkan kegatalan
pada luka.

Telur boleh menyebabkan luka lambat sembuh dan mungkin bernanah

Ikan yang boleh dimakan adalah dari jenis bersisik (tidak bisa) atau yang
tidak menyebabkan kegatalan seperti ikan siakap, haruan (menyembuhkan
luka), bawal putih/hitam, gelama dan ikan tenggiri.

Antara sayur-sayuran dan buah-buahan yang tidak dibenarkan adalah


seperti kubis, tebu, air kelapa dan buah anggur kerana akan menyebabkan
tubuh sejuk atau 'berangin'.

Rujukan Berkaitan:

1. http://hamil.mustaffa.org/alahan-semasa-mengandung
2. http://hamil.mustaffa.org/makanan-ketika-berpantang-mengikut-orang-
dulu-dulu
3. http://hamil.mustaffa.org/gula-tambahan-penyumbang-masalah-
obesiti-penyakit-kronik
4. http://hamil.mustaffa.org/tip-ibu-mengandung-mengatasi-sembelit-
ketika-hamil
5. http://hamil.mustaffa.org/pantang-larang-selepas-bersalin

Harap Maklum
-ADMIN-

1 15 RESIPI IBU SEMASA BERPANTANG


Sumber Asal – BLOG IBU HAMIL [http://hamil.mustaffa.org]
15 RESIPI IBU SEMASA EDARAN
PERCUMA

BERPANTANG
Sumber Asal – BLOG IBU HAMIL

RESIPI SUP IKAN HARUAN


Bahan-bahan:

1 ekor ikan haruan


2 cawan air
2 sudu makan minyak jagung
1 sudu makan lada hitam – ditumbuk
3 ulas bawang merah - ditumbuk [A]
2 ulas bawang putih - ditumbuk [A]
2 sm halia - ditumbuk [A]
1 keping asam keeping
Garam secukup rasa
Daun bawang & daun sup – dihiris

Cara menyediakan:

a) Ikan dipotong dan dibersihkan dengan air asam jawa untuk


menghilangkan bau hanyir. Bilas dengan air bersih. Toskan.
b) Panaskan minyak jagung dalam periuk. Tumiskan bahan A hingga wangi.
Masukkan air.
c) Apabila mendidih, masukkan lada hitam, asam keping dan ikan. Kacau
rata dan masak lagi hingga mendidih.
Taburkan daun bawang, daun sup dan garam. Kacau rata dan
hidangkan.

2 15 RESIPI IBU SEMASA BERPANTANG


Sumber Asal – BLOG IBU HAMIL [http://hamil.mustaffa.org]
15 RESIPI IBU SEMASA EDARAN
PERCUMA

BERPANTANG
Sumber Asal – BLOG IBU HAMIL

RESIPI IKAN HARUAN ASAM KUKUS


Bahan-bahan:

1 ekor ikan haruan – dibersihkan


1 cawan air asam jawa
3 sudu makan minyak jagung
2 sudu makan kicap cair
1 sudu makan serbuk lada hitam
sudu teh gula pasir
1 sudu teh tepung jagung - campurkan sedikit air
1 tangkai daun kesum
1 batang bunga kantan – dihiris
Garam secukup rasa

Bahan kisar [A]:

6 ulas bawang merah


2 ulas bawang putih
2 sm kunyit hidup
1 sm lengkuas
1 batang serai – diketuk
1 sudu teh lada hitam – ditumbuk

Cara menyediakan:

a) Ikan digaul dengan garam dan serbuk lada hitam. Ketepikan selama 30
minit.
b) Panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan bahan A hingga wangi.
c) Masukkan air asam jawa, kicap cair, gula dan garam. Bila mendidih,
masukkan pes tepung jagung, daun kesum dan bunga kantan. Kacau
hingga pekat.
d) Sementara itu, kukus ikan haruan tadi sehingga masak. Letak dalam
pinggan.
e) Apabila kuah mendidih, tuangkan atas ikan tadi sehingga rata.
Hidangkan.

3 15 RESIPI IBU SEMASA BERPANTANG


Sumber Asal – BLOG IBU HAMIL [http://hamil.mustaffa.org]
15 RESIPI IBU SEMASA EDARAN
PERCUMA

BERPANTANG
Sumber Asal – BLOG IBU HAMIL

RESIPI DAGING LADA HITAM


Bahan-bahan:

500 gm daging lembu


1 biji bawang besar - dihiris
5 ulas bawang putih - dicincang halus
2 sudu makan minyak jagung
1 sudu makan lada hitam - ditumbuk kasar
1 sudu makan kicap manis
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Daging dihiris nipis dan dibersihkan.


b) Panaskan minyak jagung. Goreng daging hingga agak garing. Angkat.
c) Masukkan bawang besar dan bawang putih ke dalam baki minyak
gorengan tadi. Kacau hingga wangi.
d) Kemudian masukkan semula daging, kicap, lada hitam dan garam.
Kacau rata-rata kemudian angkat. Hidangkan.

4 15 RESIPI IBU SEMASA BERPANTANG


Sumber Asal – BLOG IBU HAMIL [http://hamil.mustaffa.org]
15 RESIPI IBU SEMASA EDARAN
PERCUMA

BERPANTANG
Sumber Asal – BLOG IBU HAMIL

RESIPI PAIS IKAN TENGGIRI


Bahan-bahan:

2 potong ikan tenggiri (anggaran 400 gm) - dibersihkan


1 sudu teh asam jawa - campurkan 3 sudu makan air
1/2 sudu teh serbuk kunyit
3 helai daun pisang - dilayur
3 ulas bawang merah - ditumbuk (A)
1 biji cili merah - ditumbuk (A)
1 ulas bawang putih - ditumbuk (A)
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Satukan bahan A dengan serbuk kunyit dan air asam jawa. Tambah
garam. Lumurkan campuran ini pada ikan hingga rata. Perapkan selama
30 minit.
b) Bungkus ikan ini dengan daun pisang. Bakar atas bara api atau dalam
ketuhar dengan suhu 200 darjah C hingga masak. Angkat dan
hidangkan.

5 15 RESIPI IBU SEMASA BERPANTANG


Sumber Asal – BLOG IBU HAMIL [http://hamil.mustaffa.org]
15 RESIPI IBU SEMASA EDARAN
PERCUMA

BERPANTANG
Sumber Asal – BLOG IBU HAMIL

RESIPI IKAN SIAKAP PANGGANG


Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap


50 ml pati santan
1 batang serai - dikisar [A]
2 ulas bawang merah - dikisar [A]
1 sm kunyit hidup - dikisar [A]
1 ulas bawang putih - dikisar [A]
1 sudu makan minyak masak
1 sudu teh gula pasir
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Perap ikan dengan separuh bahan A selama 1 jam.


b) Letak ikan di atas aluminium foil. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 180
darjah C selama 15-20 minit atau sehingga masak.
c) Panaskan minyak dan tumiskan lebihan bahan A hingga garing.
Masukkan santan dan kacau hingga pekat.
d) Kemudian masukkan garam dan gula pasir. Kacau rata. Sedia untuk
dihidangkan dengan ikan siakap.

6 15 RESIPI IBU SEMASA BERPANTANG


Sumber Asal – BLOG IBU HAMIL [http://hamil.mustaffa.org]
15 RESIPI IBU SEMASA EDARAN
PERCUMA

BERPANTANG
Sumber Asal – BLOG IBU HAMIL

RESIPI IKAN TENGGIRI GORENG HALIA


Bahan-bahan:

1 keping ikan tenggiri


4 sm halia - dihiris & digoreng
2 sudu makan minyak bijan
1-2 sudu makan kicap manis
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam

Cara menyediakan:

a) Lumur ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Biarkan selama 20 minit.
b) Panaskan minyak bijan dan goreng ikan sehingga garing. Ketepikan.
c) Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali. Masukkan ikan semula.
d) Tuangkan kicap dan kacau rata.
e) Angkat ikan dan letak ke dalam pinggan. Taburkan halia goreng di
atasnya.
f) Sedia untuk dihidangkan.

7 15 RESIPI IBU SEMASA BERPANTANG


Sumber Asal – BLOG IBU HAMIL [http://hamil.mustaffa.org]
15 RESIPI IBU SEMASA EDARAN
PERCUMA

BERPANTANG
Sumber Asal – BLOG IBU HAMIL

RESIPI IKAN GELAMA PANGGANG


Bahan-bahan:

1 ekor ikan gelama


1/2 sudu teh serbuk kunyit
Sedikit garam

Cara menyediakan:

a) Ikan dibersihkan. Jika suka, kelar badan ikan supaya ikan cepat masak.
b) Gaulkan dengan garam dan basuh hingga bersih. Toskan.
c) Kemudian gaulkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Panggang atas
bara api hingga masak.
d) Sedia untuk dihidangkan.

8 15 RESIPI IBU SEMASA BERPANTANG


Sumber Asal – BLOG IBU HAMIL [http://hamil.mustaffa.org]
15 RESIPI IBU SEMASA EDARAN
PERCUMA

BERPANTANG
Sumber Asal – BLOG IBU HAMIL

RESIPI AYAM KUKUS BERCUKA


Bahan-bahan:
8 ketul ayam
4 ulas bawang putih - ditumbuk
1 sm halia - ditumbuk
3 sudu makan cuka
Garam secukup rasa

Bahan tumbuk [A]:

1 sudu makan ketumbar


1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih

Cara menyediakan:

a) Lumurkan ayam dengan bawang putih, halia dan garam. Perap selama
30 minit.
b) Kemudian kukus ayam sehingga masak.
c) Tuangkan cuka pada ayam dan taburkan bahan A.
d) Kukus lagi selama 5 minit.

Nota: Masakan yang mengandungi cuka sangat baik diambil oleh ibu
selepas bersalin kerana dapat mengecutkan perut dan rahim.

9 15 RESIPI IBU SEMASA BERPANTANG


Sumber Asal – BLOG IBU HAMIL [http://hamil.mustaffa.org]
15 RESIPI IBU SEMASA EDARAN
PERCUMA

BERPANTANG
Sumber Asal – BLOG IBU HAMIL

RESIPI AYAM MASAK BIJAN


Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam - dibuang kulit, dipotong & dibersihkan


4 sm halia tua - dihiris halus
3 sudu makan minyak bijan
1 - 2 sudu makan kicap manis
Sedikit garam
Air secukupnya

Cara menyediakan:

a) Panaskan minyak bijan dalam kuali.


b) Tumis halia hingga wangi.
c) Masukkan ayam dan kacau rata. Tutup kuali dan masak ayam selama 20
minit dengan api kecil.
d) Tuangkan sedikit air supaya tidak terlalu kering.
e) Akhir sekali, masukkan kicap dan kacau rata.
f) Bila ayam masak, tutup api.
g) Tambah garam jika perlu.

10 15 RESIPI IBU SEMASA BERPANTANG


Sumber Asal – BLOG IBU HAMIL [http://hamil.mustaffa.org]
15 RESIPI IBU SEMASA EDARAN
PERCUMA

BERPANTANG
Sumber Asal – BLOG IBU HAMIL

RESIPI HATI MASAK BEREMPAH


Bahan-bahan:

300 gm hati lembu


2 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu makan serbuk rempah kari
1 sudu teh serbuk ketumbar
4 ulas bawang putih - dikisar [A]
2 ulas bawang merah - dikisar [A]
2 sm halia - dikisar [A]
1 sm lengkuas - dikisar [A]
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Hati lembu dipotong dan dibersihkan.


b) Gaulkan hati lembu dengan bahan A, garam dan serbuk rempah yang
lain sehingga rata.
c) Perapkan semalaman di dalam bekas bertutup yang disimpan dalam peti
sejuk.
d) Bakar dalam ketuhar pada suhu 200 darjah C selama 30 - 35 minit atau
sehingga masak.

Nota: Hati lembu menambahkan darah.

11 15 RESIPI IBU SEMASA BERPANTANG


Sumber Asal – BLOG IBU HAMIL [http://hamil.mustaffa.org]
15 RESIPI IBU SEMASA EDARAN
PERCUMA

BERPANTANG
Sumber Asal – BLOG IBU HAMIL

RESIPI HALWA HALIA


Bahan-bahan:

250 gm halia - dihiris nipis


250 ml air
5 ulas bawang putih - dibakar & dibelah dua
2 sudu makan gula pasir
1 sudu teh cuka
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Celur halia dalam air panas selama 5 minit. Toskan


b) Masak gula pasir, garam, cuka dan air hingga mendidih. Sejukkan.
c) Masukkan halia dan bawang putih ke dalam mangkuk. Tuangkan air
rebusan tadi.
d) Tutup kemas dan biarkan semalaman.

12 15 RESIPI IBU SEMASA BERPANTANG


Sumber Asal – BLOG IBU HAMIL [http://hamil.mustaffa.org]
15 RESIPI IBU SEMASA EDARAN
PERCUMA

BERPANTANG
Sumber Asal – BLOG IBU HAMIL

RESIPI JUS HALIA KURMA


Bahan-bahan:

200 gm halia
20 biji buah kurma
750 ml air masak

Cara menyediakan:

a) Tumbuk halia hingga lumat


b) Belah buah kurma dan buangkan bijinya.
c) Jerang halia, kurma dan air dalam periuk. Renehkan selama 3 jam.
d) Bila mendidih, perlahankan api.
e) Tapis dan kemudian hidangkan panas atau suam.

13 15 RESIPI IBU SEMASA BERPANTANG


Sumber Asal – BLOG IBU HAMIL [http://hamil.mustaffa.org]
15 RESIPI IBU SEMASA EDARAN
PERCUMA

BERPANTANG
Sumber Asal – BLOG IBU HAMIL

RESIPI REBUSAN MANJAKANI


Bahan-bahan:

5 biji buah manjakani


500 ml air
2 sm halia tua
2 sm kunyit tua
2 keping asam keping

Cara menyediakan:

a) Satukan kesemua bahan ke dalam periuk.


b) Jerang di atas api sederhana hingga mendidih.
c) Perlahankan api dan renehkan selama 10 minit.
d) Tapis dan minum air ini setelah suam.

Nota: Manjakani berfungsi untuk mengering dan mengetatkan pangkal


rahim. Tidak sesuai diminum oleh gadis/anak dara kerana ditakuti
menjadi penyebab mandul.

14 15 RESIPI IBU SEMASA BERPANTANG


Sumber Asal – BLOG IBU HAMIL [http://hamil.mustaffa.org]
15 RESIPI IBU SEMASA EDARAN
PERCUMA

BERPANTANG
Sumber Asal – BLOG IBU HAMIL

RESIPI REBUSAN PEGAGA


Bahan-bahan:

2 ikat pegaga
5 cawan air

Cara menyediakan:

a) Rebus pegaga dengan air di dalam periuk hingga tinggal anggaran 3


cawan air sahaja.
b) Minum apabila suam (2 kali sehari).

Nota: Minum air rebusan pegaga untuk membersihkan darah dalam


tubuh ibu yang baru melahirkan anak.

15 15 RESIPI IBU SEMASA BERPANTANG


Sumber Asal – BLOG IBU HAMIL [http://hamil.mustaffa.org]
15 RESIPI IBU SEMASA EDARAN
PERCUMA

BERPANTANG
Sumber Asal – BLOG IBU HAMIL

RESIPI TUMIS SAWI PUTIH


Bahan-bahan:

5 tangkai sawi batang putih - dipotong


1 sm halia - dihiris
10 ekor ikan bilis - dibersihkan
1 sudu teh minyak masak
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara menyediakan:

a) Tumiskan halia dan ikan bilis dalam minyak panas hingga garing.
b) Masukkan sawi. Kacau rata dan tuangkan air.
c) Tutup sebentar dan biarkan lembut. Tambah garam dan angkat.

Nota: Sawi putih membantu menambahkan susu ibu.

16 15 RESIPI IBU SEMASA BERPANTANG


Sumber Asal – BLOG IBU HAMIL [http://hamil.mustaffa.org]
15 RESIPI IBU SEMASA EDARAN
PERCUMA

BERPANTANG
Sumber Asal – BLOG IBU HAMIL

17 15 RESIPI IBU SEMASA BERPANTANG


Sumber Asal – BLOG IBU HAMIL [http://hamil.mustaffa.org]

Anda mungkin juga menyukai